PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan...

21
POLISI & GARISPANDUAN PATIENT’S OWN MEDICINES

Transcript of PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan...

Page 1: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

POLISI & GARISPANDUAN

PATIENT’S OWN MEDICINES

Page 2: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

Edisi Pertama

2016

© HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana - mana bahagian menerbitkan semula, menyimpan dan

menyiarkan dalam sebarang bentuk edaran sama ada secara elektronik, mekanikal,

fotokopi, rakaman pita atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Lot 36, Jalan Universiti

46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel : 603-7841 3200 Fax: 603-7968 2222

Laman web : www.pharmacy.gov.my

Page 3: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

KATA PENGANTAR

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Program Patient’s Own Medicines (POMs) adalah merupakan salah satu program yang

dilaksanakan sebagai salah satu langkah penjimatan kos pembelian ubat-ubatan di

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya percaya program ini telah dilaksanakan

dikebanyakan hospital KKM. Namun pelaksanaannya masih tidak seragam dan tidak

didokumentasikan.

Sehubungan dengan itu, polisi dan garispanduan ini telah dibangunkan sebagai

langkah untuk menyeragamkan pelaksanaannya dan dalam masa yang sama fasiliti

terlibat dapat mendokumentasikan maklumat-maklumat penting seperti data

penjimatan kos pembeliaan ubat-ubatan di KKM.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

yang terlibat dalam membangunkan polisi dan garispanduan ini secara langsung

mahupun tidak langsung. Diharap polisi dan garispanduan ini dapat membantu Pegawai

Farmasi di fasiliti KKM menjayakan Pogram Patient’s Own Medicines ini.

Terima kasih

ABIDA HAQ BINTI SYED M.HAQ

Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

Disediakan oleh:

Cawangan Penjagaan Farmaseutikal

Bahagian Amalan & perkembangan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Disemak oleh:

Puan Abida Haq Binti Syed M. Haq

Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Penghargaan:

Bahagia Perkhidmatan Farmasi mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada:

Semua peserta Bengkel Penyediaan Polisi & Garispanduan Patient’s Own Medicines

yang diadakan pada 11-13 April 2016

Ahli Jawatankuasa Kerja Kecil Farmasi Pesakit Dalam 2016-2017

Page 5: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

KANDUNGAN

1. DEFINISI PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs) ............................................................................................... 1

2. MATLAMAT ...................................................................................................................................................................... 1

3. POLISI PENGGUNAAN POMs ..................................................................................................................................... 1

4. PRA KEMASUKAN WAD .............................................................................................................................................. 2

5. PROSEDUR POMs ........................................................................................................................................................... 2

6. PEMINDAHAN PESAKIT .............................................................................................................................................. 3

7. PEMBEKALAN POMs KETIKA DISCAJ.................................................................................................................... 4

8. PENGENDALIAN POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK/ UBAT-UBATAN YANG

TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI ............................................................................................ 4

9. POMs YANG TIDAK DIGUNAKAN ............................................................................................................................ 5

10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN YANG TERLIBAT ................................................. 5

APPENDIX A ............................................................................................................................................................................... 7

APPENDIX B ............................................................................................................................................................................... 8

APPENDIX C .............................................................................................................................................................................. 9

APPENDIX D ............................................................................................................................................................................ 10

APPENDIX E ............................................................................................................................................................................ 13

APPENDIX F ............................................................................................................................................................................ 14

APPENDIX G ............................................................................................................................................................................ 15

GLOSARI .................................................................................................................................................................................... 16

Page 6: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

1

POLISI & GARISPANDUAN ‘PATIENT OWN MEDICINES (POMs)

1. DEFINISI PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs)

POMs adalah ubat-ubatan pesakit yang telah dipreskrib atau dibeli sendiri oleh pesakit dan dibawa

ke hospital semasa memerlukan rawatan di wad. Pesakit perlu membawa ubat-ubat mereka ke

hospital supaya anggota kesihatan dapat mengenal pasti sejarah pengubatan yang tepat bagi

memastikan kesinambungan penjagaan pesakit. Ubat komplementari termasuk ubat tradisional dan

suplemen adalah dikecualikan daripada POMs kerana kesukaran untuk mengenalpasti kandungan

dan indikasinya.

2. MATLAMAT

Objektif polisi & garispanduan ini adalah untuk memberi panduan pengurusan POMs semasa

kemasukkan pesakit ke dalam wad di fasiliti kesihatan KKM. Pengurusan POMs yang berkesan dapat

mengoptimakan penggunaan ubat dan mengelakkan pembaziran.

3. POLISI PENGGUNAAN POMs

3.1 Pesakit atau penjaga hendaklah membawa kesemua ubat pesakit ke hospital pada setiap kali

kemasukan ke wad. Penerangan yang jelas mengenai POMs hendaklah diberikan semasa sesi

orientasi di wad.

3.2 Penggunaan POMs semasa di wad hanya akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan

daripada pesakit atau persetujuan penjaga yang sah bagi pesakit kanak-kanak dan yang bergantung

kepada penjaga.

3.3 Keadaan ubat hendaklah dinilai oleh anggota kesihatan di peringkat awal kemasukkan pesakit ke

wad atau sebaik sahaja ubat dibawa ke hospital. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah

direkodkan dalam borang CP1 dan disimpan bersama fail pesakit.

3.4 POMs hendaklah berada di bawah pengawasan anggota kesihatan bagi mengelakkan berlakunya

kesilapan pengubatan (medication error).

3.5 POMs hendaklah disimpan di tempat yang selamat di wad, mengikut tatacara penyimpanan yang

betul dan dilabel dengan jelas nama serta nombor pendaftaran pesakit.

3.6 Pesakit hendaklah dimaklumkan dengan jelas mengenai perkara berikut:

Page 7: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

2

3.6.1 POMs akan digunakan mengikut keadaan klinikal pesakit dan setelah dinilai kesesuaiannya.

3.6.2 Baki POMs akan dipulangkan semula kepada pesakit semasa discaj jika regimen rawatan itu

perlu diteruskan. Namun begitu, POMs yang dibeli sendiri akan dipulangkan semula walaupun

rawatan tersebut tidak diteruskan.

3.6.3 Pesakit tidak dibenarkan untuk mengambil/menggunakan POMs tanpa kebenaran daripada

anggota kesihatan.

3.7 Lokasi penyimpanan, sebarang pertukaran tempat penyimpanan dan baki POMs yang

dipulangkan kepada pesakit atau penjaganya mesti didokumenkan dengan jelas.

4. PRA KEMASUKAN WAD

Penerangan/risalah mengenai pelaksanaan Program POMs akan diberikan semasa pesakit berada di

klinik/Jabatan Kecemasan.

5. PROSEDUR POMs

5.1 Penerimaan ubat POMs

a. Pada hari kemasukan pesakit ke wad, makluman mengenai POMs akan dibuat semasa

orientasi wad.

b. Semua ubat POMs perlu diserahkan kepada Pegawai Farmasi.

c. Semua POMs perlu dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula oleh Pegawai

Farmasi mengikut ubat yang dipreskrib oleh Pegawai Perubatan di wad. Kriteria POMs yang

boleh diguna pakai adalah seperti di Appendix A.

d. Persetujuan pesakit akan diperolehi (secara lisan) sekiranya terdapat ubatan yang akan

digunakan semula di wad dan persetujuaan dicatat di dalam CP1.

e. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1 (Appendix B) dan

disimpan bersama fail pesakit.

5.2 Pelabelan POMs

a. Semua ubatan POMs yang telah dikenalpasti untuk diteruskan di wad akan dilabel semula

dengan jelas menggunakan nama generik (rujuk contoh label 1 di APPENDIX C) bagi

mengelakkan kekeliruan dan berlakunya kesilapan pengubatan.

5.3 Penyimpanan POMs

a. Semua POMs mestilah disimpan di kawasan penyimpanan POMs yang telah ditetapkan di

wad.

b. Bagi ubat rangkaian sejuk, ianya perlu disimpan di peti sejuk wad.

Page 8: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

3

c. Bagi ubat dadah berbahaya/ psikotropik, ianya perlu disimpan di tempat yang berkunci.

5.4 Preskripsi POMs

Ubat POMs yang akan digunakan di dalam wad mestilah di preskrib oleh Pegawai Perubatan

dan ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’ pada preskripsi.

5.5 Pembekalan Ubat

a. Bagi preskripsi berlabel POMs, ubat tidak akan dibekalkan oleh Farmasi Pesakit Dalam tetapi

menggunakan ubat POMs pesakit berkenaan di wad.

b. Preskripsi tanpa label POMs akan dibekalkan mengikut sistem bekalan ubat sedia ada.

c. Ubat POMs akan diisi di troli pengubatan wad oleh Pegawai Farmasi/Penolong Pegawai

Farmasi di wad.

d. Sekiranya bekalan POMs kehabisan, Pegawai Farmasi Wad perlu memaklumkan kepada

Farmasi Pesakit Dalam untuk membuat pembekalan ubat tersebut. Pembekalan ubat adalah

mengikut sistem bekalan ubat sedia ada.

e. Bagi ubat yang di luar formulari hospital, Pegawai Perubatan hendaklah menilai keperluan

ubat tersebut dan rujuk kepada prosedur sedia ada di fasiliti masing-masing.

5.6 Administrasi POMs

a. Jururawat Terlatih perlu merujuk kepada Carta Pengubatan Pesakit sebelum administrasi

ubat dilakukan.

b. Jururawat Terlatih bertanggungjawab memastikan ubat-ubatan termasuk POMs diberikan

kepada pesakit seperti yang telah dipreskrib oleh Pegawai Perubatan.

c. Pastikan ubat dimakan oleh pesakit dan kemudian direkodkan ke dalam carta pengubatan

pesakit atau Medication Administration Record (MAR) seperti biasa.

6. PEMINDAHAN PESAKIT

6.1 Jururawat perlu memastikan ubat-ubatan POMs dihantar bersama pesakit yang akan

dipindahkan antara wad atau ke fasiliti yang lain bagi tujuan rawatan.

6.2 Maklumat POMs tersebut perlu dicatat di dalam borang pemindahan pesakit untuk makluman

wad atau fasiliti yang dirujuk.

6.3 Jururawat yang menerima pesakit tersebut di wad atau fasiliti yang baharu, perlu memastikan

ubat-ubatan POMs diterima mengikut SOP sedia ada.

6.4 Jururawat perlu memaklumkan kepada pihak Farmasi Pesakit Dalam jika berlaku pemindahan

pesakit mengikut prosedur di fasiliti masing-masing.

Page 9: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

4

7. PEMBEKALAN POMs KETIKA DISCAJ

7.1 Senarai POMs perlu disemak oleh Pegawai Farmasi dengan preskripsi discaj bagi memastikan

sama ada POMs diteruskan atau tidak.

7.2 Bagi POMs yang akan diteruskan, penambahan kuantiti ubat-ubatan perlu dilakukan mengikut

durasi dalam preskripsi discaj.

7.3 Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubat-ubatan tersebut akan diserahkan kepada Farmasi Pesakit

Dalam dan dimaklumkan kepada pesakit/waris.

7.4 Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan discaj, preskripsi yang telah disemak perlu

ditandakan sebagai:

a. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang mencukupi sehingga tarikh temu

janji berikutnya.

b. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu ditambah kuantiti.

7.5 Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia ada dan mengikut praktis fasiliti masing-

masing.

8. PENGENDALIAN POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK/ UBAT-

UBATAN YANG TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI

8.1 POMs DADAH BERBAHAYA/ BAHAN PSIKOTROPIK

a. POMs di bawah kategori ubat ini hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci dan

dikendalikan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan prosedur pengendalian Bahan

Psikotropik 1989.

b. Semua ubatan ini perlu dimasukkan ke dalam satu beg plastik lutsinar dan dilabelkan.

c. Setiap penerimaan dan penggunaan ubat ini perlu direkodkan di dalam buku rekod khas yang

berasingan daripada buku rekod dadah berbahaya/bahan psikotropik wad tersebut.

8.2 POMS YANG TIADA DALAM FASILITI ATAU FORMULARI FASILITI

POMs yang tiada di fasiliti/ di dalam formulari fasiliti/ formulari KKM hendaklah disimpan

dan dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh fasiliti masing-masing.

Page 10: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

5

9. POMs YANG TIDAK DIGUNAKAN

9.1 POMs yang telah diberhentikan terus/sementara (withhold) penggunaan semasa kemasukan wad

a. Perlu diikat (contoh dengan cabel tie) dan disimpan di dalam bekas khas yang berlabel.

b. POMs dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak digunakan semasa di wad akan

dipulangkan ke Farmasi Pesakit Dalam selepas pesakit discaj.

c. POMs yang dibeli sendiri akan disimpan sepanjang berada di dalam wad dan akan diberikan

semula kepada pesakit semasa discaj.

9.2 Ubatan yang rosak dan tamat tarikh luput

a. Ubatan yang rosak dan tamat tarikh luput perlu dihantar ke Farmasi Pesakit Dalam bagi

tujuan pelupusan.

b. POMs di bawah kategori ubat terkawal/ dadah berbahaya/ bahan psikotropik mesti

diserahkan kepada Jabatan Farmasi untuk dilupuskan mengikut Akta Dadah

Berbahaya 1952 dan prosedur pengendalian Bahan Psikotropik 1989.

10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN YANG TERLIBAT

10.1 Pegawai Perubatan

a. Mempreskrib ubatan yang bersesuaian dengan keadaan semasa pesakit.

10.2 Pegawai Farmasi

a. Mengambil sejarah pengubatan pesakit menggunakan borang CP1.

b. Menyemak dan menyaring ubat-ubatan yang dibawa oleh pesakit serta kesesuaian untuk

digunakan semula di wad.

c. Menerangkan mengenai POMS kepada pesakit dan mendapatkan persetujuan daripada

pesakit secara lisan sekiranya perlu digunakan semasa pesakit berada di wad.

d. Menyemak dan menyaring preskripsi ubat-ubatan di wad.

e. Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad.

10.3 Jururawat Terlatih

a. Memaklumkan pesakit/waris agar membawa ubat-ubatan yang sedang diambil ke hospital

semasa menerima rawatan di wad.

b. Administrasi ubat-ubatan kepada pesakit seperi yang telah dipreskrib.

10.4 Penolong Pegawai Farmasi

a. Mengemaskini profil pesakit

b. Membuat pelabelan semula ke atas ubat POMs sekiranya perlu.

c. Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad.

Page 11: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

6

d. Membuat penambahan kuantiti ubat-ubatan POMs semasa pesakit discaj.

Page 12: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

7

APPENDIX A

KRITERIA POMS YANG BOLEH DIGUNA PAKAI

Secara am, semua ubat yang telah sampai tarikh luput tidak boleh digunakan semula

Ubat dalam pek asal perlu mempunyai:

o Label

o No kelompok ubat

o Tarikh luput

Kriteria Boleh digunakan Di larang guna

Ubat biji/“loose

tablet” di dalam

botol/sampul

Masih dalam pembungkusan asal lengkap dengan butiran ubat

Tiada maklumat lengkap

Ubat biji di

dalam “blister

pack”

Terdapat maklumat berikut pada blister pack:

Nama ubat

Kekuatan ubat

Tarikh luput

Nombor kelompok

Tiada nama ubat

Tiada kekuatan ubat

Tiada tarikh luput

Tiada nombor kelompok

Ubat krim dan

suppositori

Dalam pek asal

Belum tamat tempoh

Ubat dalam keadaan bersih

Telah sampai tarikh luput

Krim telah berubah warna

Pembungkusan kotor/rosak

Cecair Belum tamat tempoh/mempunyai tarikh buka

Penyimpanan yang betul

Di simpan dalam botol asal

Tiada/tamat tarikh luput

Cara penyimpanan tidak dapat dikenal pasti/ tidak betul

Fizikal ubat telah berubah

Insulin Dibekalkan/dibuka kurang dari 28 hari (jika tidak disimpan dalam peti sejuk)

Dibekalkan/dibuka lebih dari 28 hari (jika tidak disimpan dalam peti sejuk)

Page 13: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

8

APPENDIX B

Page 14: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

9

APPENDIX C

PATIENT’S OWN MEDICINES (POMs)

Label 1

Nama Pesakit

R/N

NAMA UBAT

Kuantiti Ubat

Page 15: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

10

APPENDIX D

Prosedur Pembekalan ‘Patient’s Own Medications’ (POM)

BIL. TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB

1.0 Pesakit diberikan makluman mengenai POMs di wad PF

2.0 Ubatan akan dipreskrib oleh Pegawai Perubatan setelah melihat

kondisi pesakit

HO/MO

3.0 Dapatkan keizinan pesakit (secara lisan) untuk menggunakan

ubatan POMs sepanjang pesakit berada di dalam wad

PF

4.0 Sekiranya pesakit bersetuju:

i. Semua POMs perlu dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula oleh Pegawai Farmasi mengikut ubat yang dipreskrib oleh Pegawai Perubatan di wad.

ii. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1

iii. POMs dilabel dan disimpan di tempat yang ditetapkan

iv. Ubat POMs tersebut akan ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’ pada preskripsi.

PF

5.0 Pembekalan ubat di Farmasi IP :

i. Bagi preskripsi berlabel POMs, ubat tidak akan

dibekalkan oleh Farmasi Pesakit Dalam tetapi

menggunakan ubat POMs pesakit berkenaan di wad.

ii. Preskripsi tanpa label POMs akan dibekalkan mengikut

sistem bekalan ubat sedia ada.

iii. Ubat POMs akan diisi ke dalam laci pesakit di troli

pengubatan wad oleh Pegawai Farmasi/Penolong

Pegawai Farmasi.

PF /PPF

Page 16: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

11

BIL. TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB

iv. Sekiranya bekalan POMs kehabisan, Pegawai

Farmasi/Jururawat Terlatih perlu memaklumkan

Pegawai Perubatan untuk mempreskrib semula ubat

tersebut. Pembekalan ubat adalah mengikut sistem

bekalan ubat sedia ada.

v. Bagi ubat yang di luar formulari hospital, Pegawai

Perubatan hendaklah menilai keperluan ubat tersebut

dan rujuk kepada prosedur sedia ada di fasiliti masing-

masing.

PF/MO/JT

MO

6.0 Pemberian ubat kepada pesakit dalam wad :

i. Bagi ubat biasa, bekalan diperolehi daripada troli

pengubatan/ward stok

ii. Bagi ubat POMs, bekalan ubat diperolehi daripada laci

setiap pesakit di troli pengubatan.

iii. Jururawat Terlatih bertanggungjawab memastikan POMs

diberikan kepada pesakit.

iv. Pastikan ubat dimakan oleh pesakit dan kemudian

direkodkan ke dalam carta pengubatan pesakit atau

Medication Administration Record (MAR)

JT

7.0 Pesakit Discaj :

i. Senarai POMs perlu disemak oleh Pegawai Farmasi

dengan preskripsi discaj bagi memastikan sama ada

POMs diteruskan atau tidak.

ii. Bagi POMs yang akan diteruskan, penambahan kuantiti

ubat-ubatan perlu dilakukan mengikut durasi dalam

preskripsi discaj

iii. Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubatan tersebut akan

diserahkan kepada Farmasi Pesakit Dalam dan

dimaklumkan kepada pesakit/waris.

iv. Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan

discaj, preskripsi yang telah disemak perlu ditandakan

seperti berikut:

PF/PPF

Page 17: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

12

BIL. TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB

a. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang

mencukupi sehingga tarikh temu janji berikutnya.

b. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu

ditambah kuantiti

v. Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia

ada dan mengikut praktis fasiliti masing-masing.

PF/PPF

Page 18: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

13

APPENDIX E

CARTA ALIR KERJA PEMBEKALAN ‘PATIENT’S OWN MEDICATIONS’ (POM)

MULA

TAMAT

Ubat-ubatan dipreskrib oleh doktor setelah menilai kondisi pesakit

Dapatkan keizinan pesakit untuk menggunakan POMs ketika di dalam wad

Ubat POMs ditandakan/dicop dengan perkataan ‘POMs’

pada preskripsi.

SETUJU TIDAK SETUJU

SESUAI DIGUNAKAN SEMULA TIDAK SESUAI

Pembekalan ubat di Farmasi Pesakit Dalam

Ubat dilupuskan di farmasi

i. POMs dinilai dinilai dari segi kesesuaian untuk digunakan semula berdasarkan ubat yang telah dipreskrib

ii. Senarai ubat yang telah disemak hendaklah direkodkan dalam borang CP1

Ubat dipulangkan semula kepada pesakit

Administrasi kepada pesakit dan direkodkan ke dalam carta pengubatan pesakit atau Medication Administration Record (MAR)

Preskriber

Tanggungjawab

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi/Penolong

Pegawai Farmasi

Jururawat

Page 19: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

14

APPENDIX F

Pembekalan ubat POMs ketika discaj

BIL. TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB

1.0 Senarai POMs perlu disemak dengan preskripsi discaj bagi

memastikan sama ada POMs diteruskan atau tidak.

PF

2.0 Bagi memudahkan proses pembekalan ubat-ubatan discaj,

setiap POMs yang telah disemak perlu ditandakan sebagai:

I. “POMs √” di preskripsi discaj bagi bekalan POMs yang

mencukupi sehinggatarikh temu janji berikutnya,

sekiranya terdapat kuantiti berlebihan , baki yang

terlebih hendaklah diambil dan dimaklumkan kepada

pesakit.

II. “POMs +” di preskripsi discaj bagi POMs yang perlu

ditambah kuantiti

III. Bagi POMs yang tidak diteruskan, ubatan tersebut akan

diserahkan kepada Farmasi Pesakit Dalam dan

dimaklumkan kepada pesakit/waris

PF

3.0 Pembekalan ubat discaj adalah mengikut prosedur sedia ada dan

mengikut praktis fasiliti masing-masing.

PF/PPF

Page 20: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

15

APPENDIX G

CARTA ALIR KERJA PEMBEKALAN UBAT POMS KETIKA DISCAJ

MULA

Senarai POMs perlu disemak dengan preskripsi discaj bagi memastikan sama ada POMs diteruskan atau tidak.

Ada permasalahan dan perlukan

intervensi?

Tandakan “POMs +” pada preskripsi

Ubat sedia ada di fasiliti? (bagi ubat yang

tiada dalam FUKKM dan Formulari hospital

TIADA

ADA

Buat pembetulan dan catit intervensi

ADA

Ubat POMs perlu ditambah kuantiti?

Tandakan “POMs√” pada preskripsi YA

TAMAT

TIADA

TIDAK

Tidak dibekalkan oleh fasiliti

Ubat dibekalkan

Tanggungjawab

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi

Pegawai Farmasi/Penolong

Pegawai Farmasi

Page 21: PATIENT’S OWN MEDICINES - pharmacy.gov.my · klinik/Jabatan Kecemasan. 5. ... Mengisi ubat-ubatan POMs ke dalam laci pesakit di troli pengubatan wad. ... Ubat dalam keadaan bersih

16

GLOSARI

1. Medication Administration Record (MAR) adalah rekod administrasi ubat-ubatan yang

diberikan kepada di dalam wad

2. Pegawai Farmasi merujuk kepada Fully Registered Pharmacist (FRP) atau Provisional

Registered Pharmacist (PRP).

3. Pegawai Perubatan merujuk kepada Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan atau

Pakar Perubatan.

4. Sistem bekalan ubat sedia ada

Ubat-ubatan pesakit akan disediakan di Farmasi Pesakit Dalam dengan menggunakan Unit Dose

System (UDS) dan stok wad. UDS merupakan sistem pembekalan ubat-ubatan wad dengan

menggunakan troli pengubatan (Medication Trolley) berlaci di mana ubat dibekal mengikut dos

setiap waktu dan waktu pengambilan setiap hari bagi setiap pesakit secara individu mengikut

Garispanduan Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam. Stok wad merupakan stok ubat yang

disimpan di wad yang mempunyai kekerapan penggunaan yang tinggi iaitu merangkumi floor

stock, after office hour (AOH) dan troli kecemasan.