PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN...

64
Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGANNYA PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Lawatan Rasmi T.Y.T. Akef Al Fayez, Speaker Parlimen Jordan [Ruangan 4321] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 4321] USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Hukuman Mati ke atas Sim Kee Choong—Tuan Lim Kit Siang (Ruangan 4367] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) [Ruangan 4371] USUL-USUL: Jawatankuasa Pilihan Parlimen—Dasar Ekonomi Baru—Tuan Lim Kit Siang [Ruangan 4373] Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 4415] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR HAJl MOKHTAR SHAMSUDDIN. J.S.D. S.M.T.S.M.S.K.M.N.P.I.S. KETUA PENGARAH 1985

Transcript of PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN...

Page 1: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

Jilid IIIBil. 24

Hari Jumaat26hb Julai, 1985

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHOUSE OF REPRESENTATIVES

PARLIMEN KEENAMSixth Parliament

PENGGAL KETIGAThird Session

KANDUNGANNYA

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:Lawatan Rasmi T.Y.T. Akef Al Fayez, Speaker Parlimen Jordan

[Ruangan 4321]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN[Ruangan 4321]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURANMESYUARAT 18:

Hukuman Mati ke atas Sim Kee Choong—Tuan Lim Kit Siang (Ruangan 4367]

RANG UNDANG-UNDANG:Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) [Ruangan 4371]

USUL-USUL:Jawatankuasa Pilihan Parlimen—Dasar Ekonomi Baru—Tuan Lim Kit Siang

[Ruangan 4373]Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat

[Ruangan 4415]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPURHAJl MOKHTAR SHAMSUDDIN. J.S.D. S . M . T . S . M . S . K . M . N . P . I . S .

KETUA PENGARAH1985

Page 2: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4305 26 JULAI 1985 4306

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT YANG KEENAMPenyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Mohamed Zahir bin HajiIsmail, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato' Seri DrMahathir bin Mohamad, S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J.,D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T.,D.U.N.M. (Kubang Pasu)

" Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DatoMusa Hitam, S.P.M.J., S.S.U., S.P.M.S., D.U.N.M., S.P.N.S.(Panti)

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Dr NeoYee Pan, S.P.M.J., B.S.I. (Muar)Menteri Kerjaraya, Dato' S. Samy Vellu, S.P.M.J., D.P.M.S.,P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)Menteri Luar Negeri, Y.B.M, Tengku Dato' Ahmad RithauddeenAl-Haj bin Tengku Ismail, S.P.M.P., S.S.A.P., P.M.K. (KotaBharu)

" Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Y.B.M. Tengku Tan SriRazaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S.(Ulu Kelantan)Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chong Hon Nyan, P.S.M.,D.G.S.M., J.M.N. (Batu Berendam)Menteri Perusahaan Utama, Dato' Paul Leong Khee Seong,D.P.C.M. (Taiping)

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie anak Irok,P.N.B.S. (Kanowit)Menteri Perusahaan Awam, Datin Paduka Rafidah Aziz,D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

" Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Dr Sulaiman binHaji Daud, P.N.B.S., J.B.S. (Santubong)

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Datuk SeriSanusi bin Junid. D.S.D.K., D.G.S.M., S.M.K. (Jerlun-Lang-kawi)

Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,D.M.P.N., D.J.N., K.M.N. (Kepala Batas)

Page 3: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4307 26 JULAl 1985 4308

Yang Berhormat Menteri Penerangan, Dato' Rais Yatim, D.S.N.S. (Jelebu)Menteri Buruh, Dato' Mak Hon Kam, D.P.M.P., J.M.N. (Tan-jong Malim)Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Datuk SeriMohd. Adib bin Haji Mohd. Adam, D.G.S.M. (Alor Gajah)Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar StephenYong Kuet Tze, D.A., P.N.B.S. (Padawan)Menteri Kesihatan, Dato Chin Hon Ngian, D.S.I.J. S.M.J.(Rengam)Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Shahrir bin Abdul Samad,D.P.M.J., P.I.S. (Johor Bahru)

" Menteri Pertanian, Tuan Anwar bin Haji Ibrahim (PermatangPauh)Menteri Kehakiman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Dr. James P. Ongkili, S.P.D.K., D.I.M.P. (Tuaran)Menteri Kebajikan Masyarakat, Dato' Abu Hassan bin HajiOmar, D.P.M.S., S.M.T., P.I.S. (Kuala Selangor)Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mohamed Khalil binYaakob, D.S.A.P., J.S.M. (Maran)Menteri Kewangan, Tuan Daim Zainuddin (Kuala Muda)Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Chan Siang Sun, D.I.M.P.,J.S.M., A.M.N., P.J.K., J.P. (Bentong)Timbalan Menteri Pertanian, Dr Goh Cheng Teik (Nibong Tebal)

" Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' K. Pathmanaban, D.S.N.S.,K.M.N. (Telok Kemang)Timbalan Menteri Buruh, Dato' Haji Zakaria bin Haji AbdulRahman, D.P.M.T., K..M.N., P.J.K. (Besut)

" Timbalan Menteri Buruh, Datuk William Lye Chee Hien,P.G.D.K.. (Gaya)

" Timbalan Menteri Pelajaran, Tuan Bujang bin Haji Ulis (Simun-jan)

" Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Abang Abu Bakar bin DatuBandar Abang Haji Mustapha, D.S.A.P., J.M.N. (Paloh)

Timbalan Menteri Pertanian, Tuan Luhat Wan (Baram)

Timbalan Menteri Penerangan, Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed(Machang)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin PadukaChow Poh Kheng @ Rosemary Chong, D.P.M.S. (Ulu Langat)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan ShariffahDorah binti Dato' Syed Mohammed, S.M.J., A.M.N., P.I.S.,B.S.I. (Semerah)

Page 4: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4309 26 JULAI 1985 4310

Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tuan Muh-yiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh)Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato S.Subramaniam, D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)Timbalan Menteri Kewangan, Dato Dr. Tan Tiong Hong,D.S.A.P. (Raub)Timbalan Menteri Pengangkutan, Puan Hajjah Rahmah bintiOthman, J.S.M., S.M.S., A.M.N., P.J.K. (Selayang)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato Sabbaruddin Chik,D.S.A.P., S.M.S. (Temerloh)Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PuanNapsiah binti Omar (Kuala Pilah)Timbalan Menteri Luar Negeri, Tuan Abdul Kadir bin HajiSheikh Fadzir, A.M.K. (Kulim-Bandar Baru)Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad(Kangar)Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Dato' Oo GinSun, D.S.D.K., S.D.K., A.M.K., J.P. (Alor Setar)

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Ahmad Shah binDatuk Hussein Tambakau, B.S.K. (Keningau)Timbalan Menteri Kerjaraya, Dato Zainal Abidin bin Zin,D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Tuan Megat Junid binMegat Ayob, A.M.P., A.M.K. (Hilir Perak)Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Tuan Haji AbdulRahim bin Abu Bakar, S.M.P., A.M.N. (Kuantan)Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr. Ling Liong Sik, D.P.M.P.(Mata Kuching)Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Lee KimSai, D.P.M.S., P.P.N. (Ulu Selangor)Timbalan Menteri Perusahaan Awam, Tuan Haji Daud bin Dato'Haji Taha (Batu Pahat)

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, TuanAbdillah bin Haji Abdul Hamid (Silam)

Timbalan Yang di-Pertua, Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh(Arau)

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan AlamSekitar, Tuan Law Hieng Ding, P.B.S. (Sarikei)

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat, TuanJawan anak Empaling, K.M.N. (Rajang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam, Tuan Hus-sein bin Mahmud (Tanah Merah)

Page 5: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4311 26 JULAI 1985 4312

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos,Tuan Au How Cheong, K.M.N., A.M.P. (Telok Anson)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara danLuar Bandar, Tuan Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali,A.M.P. (Gerik)Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,Tuan Awang bin Jabar, A.M.N., P.J.K. (Dungun)Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Tuan Mustaffabin Mohammad, S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I. (Sri Gading)Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan Yeoh PohSan (Petaling)Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemaju-an Wilayah, Tuan Haji Dusuki bin Haji Ahmad (Tumpat)Tuan Abdul Ghafar bin Baba (Jasin)Tuan Abdul Ghani bin Misbah, P.P.N., B.S.K., A.S.D.K. (Kina-batangan)Dato Abdul Manan bin Othman, D.P.M.T., P.P.T. (KualaTrengganu)Tuan Abdul Rahman bin Suliman (Parit Buntar)Datuk Patinggi Haji Abdul Taib bin Mahmud, D.P., D.A.,S.P.M.J., P.G.D.K. (Samarahan)Datuk Haji Abu Bakar bin Umar, D.S.K.D., S.D.K. (Kota Setar)Tuan Haji Affandy bin Tun Haji Mohd. Fuad Stephens (Marudu)Tuan Ahmed Hambal bin Yeop Majlis, P.P.T. (Parit)Tan Sri Datin Paduka Hajjah Aishah binti Haji Abdul Ghani,P.M.N., D.P.M.S., J.M.N. (Kuala Langat)Datuk Alfred Jabu Anak Numpang, P.N.B.S., K.M.N. (Betong)Tuan Alias bin Md. Ali, P.J.K. (Ulu Trengganu)Tuan Andrew Janggi Muyang (Lubok Antu)Tuan Haji Azharul Abidin bin Haji Abdul Rahim, A.M.P. (Ba-tang Padang)Tuan Bahari bin Haron (Labis)Tuan Baharom bin Haji Bakar (Padang Terap)Tuan Ban Hon Keong (Batu Gajah)Dr. George Chan Hong Nam (Lambir)Tuan Chan Kok Kit (Sungai Besi)Dr. Chen Man Hin (Seremban)Dato Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Beruas)Tuan Peter Chin Gan Oon, P.M.P. (Ipoh)

Page 6: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4313 26 JULAI 1985 4314

Yang Berhormat Datuk Clarence E. Mansul, P.G.D.K. (Penampang)Datuk Edmund Langgu Anak Saga, P.N.B.S., P.B.S. (Saratok)

Datuk Edwin Anak Tangkun, P.N.B.S., P.B.S., A.B.S. (BatangLupar)Tuan Fung Ket Wing (Sandakan)

Tuan Newman Gaban (Bandau)Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera)

Tuan V. Govindaraj, A.M.N., P.J.K. (Pelabuhan Kelang)Datuk Harris bin Mohd. Salleh, S.P.D.K., S.P.M.J. (Ulu Padas)Tuan Hassan bin Haji Mohamed, K.M.N., A.M.N. (RantauPanjang)Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong, J.P. (Labuk Sugut)Dato Dr. Hee Tien Lai, D.S.I.J., A.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (AyerHitam)

" Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan (Kuala Nerus)Tuan Ismail bin Arshad, A.M.K. (Jerai)

Tuan Ismail @ Mansor bin Said, A.M.N. (Kemaman)Dato Jamaluddin bin Haji Suhaimi, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K.(Sabak Bernam)Tuan Justine Anak Jinggut (Ulu Rajang)Dato' Sri Haji Kamaruddin bin Haji Mohd: Isa, S.P.M.P.,K.M.N., J.P. (Larut)Tuan Kan Yau Fa, A.S.D.K. (Tawau)Tuan Karpal Singh (Jelutong)

Tuan Khadri bin Sabran (Tenggaroh)" Tuan Mark Koding (Kinabalu)

" Dr. Koh Tsu Koon (Tanjong)Dato Lee Boon Peng, D.S.N.S., A.M.N., P.J.K., J.P. (Mantin)Tuan Lee Lam Thye (Kuala Lumpur Bandar)Dr. Leo Michael Toyad (Mukah)Datuk Leonard Linggi Anak Jugah, P.N.B.S., P.B.S. (Kapit)Dato Lew Sip Hon, D.P.M.S., J.M.N. (Shah Alam)Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka)

" Tuan Lim Liang Seng, P.P.T. (Kinta)

Tuan Ling Sie Ming (Sibu)

Tuan Mamat Ghazalee bin Abdul Rahman, S.M.T., P.J.K. (UluNerus)

Page 7: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4315 26 JULAI 1985 4316

Yang Berhormat Dato' Haji Mohamed bin Haji Ali, D.J.M.K., K.M.N., A.M.N.,P.B. (Nilam Puri)

Tuan Mohamed Amin bin Haji Daud, A.M.N. (Pekan)Dato' Mohamed bin Rahmat, S.P.M.J., S.S.I.J., P.N.B.S.,K.M.N. (Pulai)

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Hamid, P.P.N., P.P.T.(Matang)Dato Haji Mohamed Suhaimi bin Dato Haji Kamaruddin,D.P.M.S., A.M.N. (Sepang)Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin RautinIbrahim, D.S.D.K., K.M.N. (Kuala Kedah)

" Tuan Mohammad Idris bin M o h a m a d Basri (Setapak)Dato Mohammad Yahya bin Lampong, A.S.D.K. (Kota Betud)Tuan Mohammed Yussof bin Haji Yakob (Hilir Padas)Tuan Haji Mohd. Zain bin Abdullah, S.M.K. (Bachok)Tuan Mokhtaram bin Rabidin, A.M.N., P.P.N., P.I.S. (Pontian)Tan Sri Haji Muhammad Ghazali bin Shafie, P.M.N., S.S.A.P.,S.I.M.P., S.P.D.K. (Lipis)Tuan Mutang Tagal (Bukit Mas)

Tuan Ng Cheng Kuai (Lumut)Dato' Haji Ngah bin Haji Abdul Rahman, S.P.M.J., S.S.I.J.,P.I.S., B.S.I., A.M.N., J.P. (Ledang)Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, K.M.N., J.P. (PengkalanChepa)Dato' Dr. Nik Hussain bin Abdul Rahman, D.P.M.K., K.M.N.(Kuala Krai)Tuan Omar bin Abdullah (Tampin)

Tuan Othman bin Abdul (Ulu Muda)Datuk Pengiran Othman bin Haji Pengiran Rauf, P.G.D.K.,A.D.K. (Kimanis)Tuan Patrick Anek Uren (Mas Gading)Tuan Quah Wee Liam, P.I.S., B.S.I. (Kluang)Tuan Richard Dampeng Anak Laki (Serian)Dato'Haji Saidin bin Haji Mat Piah,D.P.M.P.,P.M.P.,A.M.N.,P.J.K. (Padang Rengas)Tuan Seow Hun Khim (Bukit Mertajam)

Tuan Haji Seroji bin Haji Haron, A.M.N., P.P.N., B.K.M.(Baling)

Tuan Shamsuri bin Md. Saleh, A.M.N., P.K.T., J.P. (Balik Pulau)

Page 8: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4317 26 JULAI 1985 4318

Yang Berhormat Tuan Sim Kwang Yang (Bandar Kuching)Tuan Tan Koon Swan, A.M.P., J.P. (Damansara)Tuan Tan Kok Hooi (Padang Serai)

Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

Tuan Thomas Salang Siden (Julau)Tuan Ting Ling Kiew (Bintulu)Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad (Jerantut)Wan Ibrahim bin Wan Abduilah (Pasir Mas)Tuan Haji Wan Mohd. Najib bin Wan Mohamad (Pasir Puteh)Wan Zainab binti M.A. Bakar, A.M.N., P.J.K. (Sungai Petani)Tuan Yahya bin Haji Zakaria, P.P.T. (Bagan Datok)Tuan Yew Foo Weng (Menglembu)

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S.,K.M.N. (Tanjong Karang)

Page 9: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4319 26 JULAI 1985 4320

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat: Datuk Azizul Rahman bin Abdul Aziz

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul HamidPenolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Yahya Manap

Penyunting Kanan: P.B. MenonPenyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik

Penolong Penyunting: N. RamaswamyPenolong Penyunting: Amran bin Ahmad

Pemberita-pemberita

Louis Yeoh Sim NgohHaji Abdul Rahman bin Haji Abu SamahSuhor bin HusinMohd. Saleh bin Mohd. YusofJuliah binti AwamSupiah binti Dewak

Ismail bin HassanShamsiah binti Mohd. YusofHajjah Kalsom binti GhazaliMohamed bin OsmanNorishah binti Mohd. Thani

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim

Page 10: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4321 26 JULAI 1985 4322

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Jumaat, 26hb Julai, 1985

Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.00 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikanMesyuarat)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUALAWATAN RASMI T. Y.T AKEF AL FAYEZ

SPEAKER PARLIMEN JORDAN

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Ber-hormat, sukacita saya maklumkan iaitu bersa-ma kita dalam Dewan pada ketika ini adalahTuan Yang Terutama Akef Al Fayez, SpeakerParlimen Kingdom of Jordan dan 12 orang lagiAhli Dewan Parlimen negara yang tersebut.Saya mengucapkan selamat datang kepadaTuan Yang Terutama dan delegasi yang terse-but (Tepuk.)

Saya percaya dengan adanya lawatan TuanYang Terutama dan delegasi Parlimen Jordanyang singkat itu akan menjalinkan perhubung-an yang lebih erat dan rapat di antara keduanegara dan khususnya di antara kedua-duaParlimen.

JAWAPAN-JAWAPANMULUT BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Da-to Michael Chen Wing Sum.

(Soalan No.l Y.B. Dato' Michael Chen WingSutn tidak hadir)

IBUKOTA — LALULINTAS SIBUK

2. Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan minta Men-teri Wilayah Persekutuan menyatakan:

(a) oleh kerana semakin sehari semakinbertambah sesak dan bertambah sibuk

lalulintas dengan kenderaan-kendera-an yang bertambah banyak di Ibuko-ta, maka apakah rancangan atau pro-gram baru di kala ini untuk mengatasimasalah kesibukan sekarang dan ma-sa-masa depan untuk jangka panjang;dan

(b) adakah pihak yang berkenaan adamempunyai rancangan untuk memba-nyakkan jalan-jalan kecil di seluruhpelusuk Bandaraya; adakah benar jikadikatakan kesesakan-kesesakan yangberlaku telah disebabkan salah satudari kekurangan jalan-jalan yang se-patutnya berpadanan dengan banyak-nya kenderaan; apakah pandanganKerajaan dalam perkara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan (Dato' Shahrirbin Abdul Samad): Tuan Yang di-Pertua, faktorutama yang telah mengakibatkan masalah ke-sesakan lalu lintas adalah pertambahan bilang-an kenderaan yang begitu pesat. Menurut ang-ka-angka yang diperolehi jumlah bilangan ken-deraan termasuk motosikal yang telah didaf-tarkan di Wilayah Persekutuan dan Selangortelah bertambah dari 372,000 pada tahun 1975kepada 1,800,864 pada akhir tahun 1984. Pert-ambahan ini merupakan pertambahan seba-nyak 171 % dalam tempoh 9 tahun. Di WilayahPersekutuan Kuala Lumpur sahaja bilangankenderaan telah bertambah dari 236,159 yunitpada tahun 1983 kepada 285,680 yunit padatahun 1984. Ini adalah pertambahan sebanyak21% dalam tempoh satu tahun. Bilangan mo-tokar persendirian sahaja telah bertambah dari103,366 yunit kepada 128,777 yunit. Ini adalahpertambahan sebanyak 24.5% dalam tempohyang sama.

Page 11: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4323 26 JULAI 1985 4324

Saya perlu menyatakan bahawa usaha berte-rusan untuk membina jalan-jalan dan jejambattidak akan mengatasi masalah pengangkutandi bandaraya ini. Sebaliknya, pembinaan jalan-jalan hanya akan menarik dan menggalakkanpemilikan kereta persendirian. Oleh yang demi-kian, satu imbangan mesti diadakan di antarabeberapa cara iaitu pembaikan sistem pengang-kutan awam, pembinaan sistem jalan yang baikserta dasar sekatan penggunaan kereta persen-dirian.

Dalam usaha pembaikan sistem pengang-kutan awam Kerajaan bercadang untuk mewu-judkan sistem pengangkutan awam yang mo-den seperti transit laju ringan dan aerobus.Kajian sistem pengangkutan pelan induk telahmengenalpasti bahawa anjakan mode seba-nyak 40% daripada pengangkutan persendiri-an kepada pengangkutan awam adalah tahapyang paling minima untuk mewujudkan keada-an lalu lintas yang selesa pada tahun 2,000.Sistem transit laju ringan dan aerobus bukansahaja akan mencapai sasaran ini tetapi ia jugamembawa pembaikan kepada keadaan alamsekitar di samping mengelakkan penggantung-an besar k"e atas bahan petroleum. Tambahanpula STLR akan juga menjimatkan pelaburandalam pembelian bas serta pembinaan jalan-jalan baharu.

Soal yang kedua, Kerajaan tidak mempun-yai rancangan untuk membanyakkan jalan-jalan kecil di seluruh pelusuk bandaraya keranausaha ini tidak akan mengatasi masalah kese-sakan lalu lintas.

Sepertimana telah saya jelaskan pada awal,tadi pertumbuhan kereta dan kenderaan diWilayah Persekutuan adalah jauh melebihi ke-mampuan Kerajaan untuk menambahkan ja-lan-jalan. Dalam keadaan di mana pertambah-an serta pembesaran jalan adalah semestinyaterhad oleh kedudukan tanah yang boleh digu-nakan untuk tujuan-tujuan tersebut. Kerajaanperlu meningkatkan mutu pengangkutanawam supaya ianya boleh menjadi pilihan yangmenarik bagi mereka yang masuk ke pusatbandaraya untuk tujuan bekerja, membeli be-lah atau tujuan-tujuan yang lain. Buat masa inipilihan ini terhad kepada bas dan teksi yang

menggunakan jalan dan laluan yang sama se-perti kenderaan persendirian. Keadaan ini me-nyebabkan kesesakan lalu lintas dan oleh itupengangkutan awam tidak mempunyai seba-rang keistimewaan untuk menarik pengguna-nya dengan lebih meluas kecuali Kerajaan me-laksanakan sistem STLR dan juga aerobus.

Tuan Lee Lam Thye: Tuan Yang di-Pertua,tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakanbahawa salah satu jalan yang berkesan untukmembaiki sistem lalu lintas ialah menggunakansistem pengangkutan awam. Dan apa yangdicadangkan oleh Kerajaan ialah sistem SLRTtermasuk aerobus. Memandangkan bahawakita hendak mengambil masa untuk melaksa-nakan projek SLRT ini, suka saya bertanyaYang Berhormat Menteri berkenaan apakahtindakan atau langkah-langkah yang telahdiambil sehingga hari ini untuk berbincangdengan syarikat-syarikat bas bagi tujuan untukmemperbaiki sistem bas yang ada sekarang,memandangkan bahawa sistem bas masih ti-dak memuaskan. Sungguhpun di suatu ketikaDewan Bandaraya telah melaksanakan loronglaluan untuk bas, akan tetapi sungguhpun initelah dibuat akan tetapi ini nampaknya tidakmemperbaiki keadaan, maka saya hendakmendapat tahu daripada Yang BerhormatMenteri apakah tindakan selanjutnya.

Dato' Shahrir bin Abdul Samad: Tuan Yangdi-Pertua, sepertimana yang saya telah sebut-kan dalam ucapan awal saya tadi memanglahsebenarnya bahawa sistem pengangkutanawam yang ada sekarang ini iaitu Sistem Basdan juga Teksi tidaklah merupakan satu sistempengangkutan awam yang boleh memuaskankerana ia menggunakan jalan yang sama deng-an kenderaan-kenderaan persendirian. Olehhal yang demikian, sistem pengangkutan awamyang ada sekarang (penggunaan bas dan teksi)memanglah tidak dapat mengatasi masalah pe-ngangkutan awam dan tidak boleh mengatasikesesakan lalulintas dan walaupun demikianmemanglah Kementerian Wilayah Persekutu-an mengambil langkah-langkah dari masa kesemasa yang merupakan langkah-langkahjangka pendek bagi membincangkan denganpihak-pihak yang tertibat dalam pengangkutanawam melalui sebuah Jawatankuasa Penyela-rasan Pengangkutan yang ditubuhkan di ba-wah Kementerian saya bersama dengan Dewan

Page 12: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4325 26 JULAI 1985 4326

Bandaraya bagi mewujudkan strategi-strategijangka masa pendek bagi mengatasi masalah-masalah pengangkutan awam di BandarayaKuala Lumpur ini. Sukalah saya menegaskanbahawa apa sahaja pun yang dilakukan olehKerajaan ataupun oleh pihak-pihak yang men-jalankan pengangkutan awam di Bandaraya initidak dapat mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas kerana pada masa ini sistem pengangkut-an awam itu menggunakan laluan yang samadengan kenderaan persendirian.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Ber-hormat Menteri Wilayah Persekutuan. Daripa-da jawapan Yang Berhormat Menteri sebentartadi nyatalah bahawa tanggungjawab dan pe-ngurusan yang begitu besar untuk menyele-saikan masalah lalulintas awam dan pebagai-nya di Bandaraya dan Wilayah Persekutuan.

Pertama, saya ingin menyoal apakah carapegawai-pegawai yang mentadbirkan pengu-rusan lalulintas ini, berapa ramaikah pegawaiyang ditugaskan dan adakah satu Jawatankua-sa Petugas Khas yang dibentuk oleh Kemente-rian Wilayah Persekutuan untuk menyelesaik-an masalah ini.

Kedua, adakah Menteri sedar dan menge-sahkan bahawa pejabat Menteri Wilayah Per-sekutuan dengan pejabat Datuk Bandar ber-lainan bangunannya, tidakkah boleh disatuk-an? Saya mencadangkan Menteri Wilayah Per-sekutuan pindah ke Dewan Bandaraya supayapengurusan lebih cekap dan pantas. Bilakahperkara ini, kalau boleh, dilaksanakan?

Dato' Shahrir bin Abdul Samad: Tuan Yangdi-Pertua, soal pengurusan lalulintas dan trafikdi Bandaraya kita diuruskan oleh Dewan Ban-daraya melalui Bahagian Lalulintas dan Tra-fiknya dan mempunyai bilangan pegawai-pe-gawai yang tertentu bagi mengendalikan masa-lah-masalah ini. Di samping itu juga Jawatan-kuasa Lalulintas dan Trafik yang ada di DewanBandaraya dianggotai oleh wakil-wakil berba-gai jabatan yang turut terlibat di dalam soalurusan lalulintas dan trafik seperti Polis Trafik,Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.

Mengenai soal hubungan di antara pejabatMenteri dan pejabat Datuk Bandar, saya rasawalaupun kami duduk di bangunan yang bera-singan tidak ada masalah kesesakan lalulintasyang boleh mengganggu perjalanan DalukBandar ke pejabat saya untuk menghadiri me-syuarat ataupun perbincangan bagi menyele-saikan masalah di Bandaraya ini.

Tuan Chan Kok Kit: Tuan Yang di-Pertua,soalan tambahan. Bolehkah Yang BerhormatMenteri beritahu sama ada Kerajaan berca-dang mengenakan sekatan ke atas motokar-motokar yang masuk dalam ibu kota dan samaada Bandaraya mempunyai juga rancanganuntuk melebih banyakkan lagi jalan-jalan yangsedia ada kepada jalan-jalan sehala?

Dato' Shahrir bin Abdul Samad: Tuan Yangdi-Pertua, sememangnya memang kita tidakdapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas Dewan Bandaraya kita selagi kereta da-tang masuk ke Bandaraya bertumpu-tumpudan bertambah dari masa ke semasa. Umpama-nya kalau dahulu saya daripada rumah sayahendak datang ke pejabat boleh bertolak padajam 7.45 pagi, hari ini saya terpaksa bertolak7.30 pagi kerana traffic jam itu telah bertambahpanjang dari bulan ke bulan.

Walau bagaimanapun, sekatan yang hendakdilakukan oleh Kerajaan atau KementerianWilayah Persekutuan dan Bandaraya kepadakemasukan kereta-kereta dan kenderaan per-sendirian ke Bandaraya kita ini bukanlah ber-bentuk seperti sekatan melalui perundangandan sebagainya tetapi dilakukan melalui peran-cangan iaitu di mana pertamanya kita menggu-nakan tempat letak kereta sebagai satu caramengurangkan kemasukan kereta-kereta dankenderaan ke pusat bandar umpamanya deng-an apa yang dilakukan oleh Kerajaan hari inidengan membina laluan berjalan kaki dandengan menghadkan dan menaikkan caj letakkereta dan juga mengenakan syarat-syarat me-ngawal tempat letak kereta, secara langsung iaakan menentukan-bahawa jumlah kereta-kere-ta yang boleh diletak di satu-satu tempat ituakan bertambah berkurangan dan terhad dandengan cara itu tidaklah menggalakkan kepadamereka yang bekerja di Kuala Lumpur iniuntuk membawa kereta mereka sendiri masukke bandaraya. Walau bagaimanapun, selagi

Page 13: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4327 26 JULAI 1985 4328

kita tidak mempunyai pilihan yang lain untukmembolehkan mereka masuk ke bandaraya,selagi kita tidak mempunyai satu alternatifkepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpurini untuk bertukar apa yang disebutkan sebagaimode of transport, bertukar daripada keretapersendirian kepada sistem pengangkutanawam maka selagi itu kita tidaklah boleh mela-kukan sekatan-sekatan yang disebutkan olehAhli Yang Berhormat dari Sungai Besi. Olehsebab itu, selagi projek STLR dan Aerobusbelum lagi dilaksanakan maka sekatan-sekatariyang disebutkan itu hanyalah dilakukan secaraperancangan sahaja iaitu seperti dengan caramenyediakan bilangan tempat-tempat letak ke-reta yang tertentu ataupun dengan menggalak-kan pembangunan-pembangunan di kawasan-kawasan selain daripada pusat Bandaraya sen-diri dan dengan cara ini dapatlah menyelerak-kan tumpuan-tumpuan orang ramai ke kawa-san-kawasan yang lain di Kuala Lumpur inidan bukan hanya tertumpu ke kawasan pusatBandaraya sahaja.

Jadi, saya inginlah mengulangi bahawa se-lagi tidak ada alternatif yang menarik dalamsistem pengangkutan awam negara kita inimaka setagi itulah pilihan utama kepada rakyatialah dengan menggunakan kenderaan persen-dirian mereka sendiri, dan selagi itu berlakuselama itulah juga kesesakan lalulintas akanmenjadi satu perkara biasa dalam penghidupankita.

PADI JENIS IR 42 — PEMBELIAN3. Tuan Othman bin Abdul minta Menteri Pe-rusahaan Awam menyatakan berapakah keru-gian sebenar yang dihadapi oleh Kerajaan ke-rana pembelian padi IR 42; berapakah jumlahsebenar simpanan (stok) di semua komplek-komplek LPN di negara ini dan apa yang akandibuat ke atas padi-padi yang tidak dapat dikilang untuk dijadikan beras; dan adakah be-nar dakwaan bahawa dalam keadaan stok be-ras dalam negeri yang masih banyak, Kerajaanmasih mengimport beras dari negara luar; jikabenar mengapa.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam (TuanHaji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, kerugian yang ditanggung oleh LPN

daripada belian padi IR 42 adalah disebabkanoleh kemerosotan hasil jualan akibat daripadapenghasilan beras hancur yang banyak berban-ding dengan padi jenis lain.

Perbezaan hasil pendapatan padi jenis IR 42yang dikisar berbanding dengan padi jenis lainialah sebanyak $5.92 setiap 100 kilogram atau-pun $59.20 bagi setiap tan metrik. Perbezaanini adalah merupakan kerugian yang perlu di-tanggung oleh LPN yang membeli padi jenis IR42 tanpa mengenakan potongan ke atas kadarpenghasilan kepala beras.

Akibat dari LPN tidak mengenakan potong-an berasaskan kepada kadar penghasilan kepa-la beras seperti yang dilakukan oleh kilang-kilang swasta, menyebabkan pembelian padioleh LPN di musim penuaian utama 1985 telahbertambah sebanyak 149.06%.

Bagi tempoh tersebut LPN telah mengalamikerugian pendapatan sebanyak $6.81 juta ber-dasarkan jumlah pembelian 115,000 tan metrikpadi jenis IR 42.

Semua padi yang dibeli oleh LPN akan diki-sar. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat itusedia maklum, LPN telah mengambil langkah-langkah tambahan seperti melaksanakan skimupah kisar dengan tujuan meningkatkan keu-payaan mengisar yang sedia ada pada LPN.

Di samping itu, semua beras hasil dari kisar-an padi tempatan ini pula adalah dijual sepe-nuhnya kepada pengguna-pengguna. Walaubagaimanapun, Kerajaan negara ini akan terusmenentukan stokpail keselamatan masih lagikekal di tahap yang dikehendaki dan menen-tukan pengeluaran tempatan; dengan itu pe-ngimportan beras masih lagi diperlukan keranapengeluaran tempatan masih lagi belum men-cukupi.

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah: TuanYang di-Pertua, tadi Timbalan Menteri telahmenerangkan bahawa salah satu daripada se-bab yang menimbulkan kerugian kepada berasjenis IR 42 ini kerana kemerosotan penghasilanberas hancur daripada jenis-jenis yang lain.

Page 14: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4329 26 JULAI 1985 4330

Saya ingin bertanya mengapakah terjadi demi-kian, apakah kerana padi itu tidak sesuai deng-an keadaan cuaca di negara kita ataupun kera-na kita menggunakan jenis jentera-jentera yangtidak sesuai dengan jenis padi yang ada itu, danbagaimanakah langkah-langkah yang positifdan untuk mengatasi masalah itu supaya peta-ni-petani tidak terus menanggung kerugian?

Tuan Haji Daud bin Dato Haji Taha: TuanYang di-Pertua, padi IR 42 ini mungkin mem-punyai sifat semula jadi iaitu keretakan padabiji beras dan apabila dikisar akan menghasil-kan beras hancur yang banyak berbandingdengan padi jenis lain. Oleh sebab yang demiki-an apabila dikisar ia menjadi beras hancur.Maka hasil daripada jualan beras itu tentulahberkurangan kerana mutu beras itu rendah.

Mengenai apa yang boleh kita lakukan ialahkita menasihatkan supaya petani-petani janganlagi menanam padi jenis IR 42 dan kita berha-rap supaya kita dapat mengambil langkah-langkah lain seperti menentukan supaya benca-na alam ataupun kerosakan-kerosakan kepadapadi-padi yang popular ditanam sekarang inidapat dicegah.

Tuan Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Tadi Yang Ber-hormat Timbalan Menteri ada menyatakanbahawa langkah-langkah untuk tidak mengga-lakkan petani-petani supaya tidak menanamIR 42. Jadi kerugian ini adalah disebabkan olehpihak LPN membeli tanpa potongan kadar'kepala beras'. Adakah Yang Berhormat Tim-balan Menteri sedar bahawa dengan penanam-an padi IR 42 ini keuntungan yang lebih telahdapat diperolehi oleh petani-petani melaluipenjualan padi? Jika Yang Berhormat sedar,jika dibandingkan dengan kerugian LPN, bera-pakah jumlah keuntungan yang diperolehi olehpetani-petani kesan daripada penanaman padijenis IR 42?

Yang kedua, bolehkah Yang BerhormatTimbalan Menteri memberitahu berapakahstok padi yang belum dikisar yang masih adadisimpan oleh pihak LPN?

Tuan Yang di-Pertua: Apa salahnya kalaumakan beras hancur (Ketawa).

Tuan Haji Daud bin Dato Haji Taha: TuanYang di-Pertua, memang benar pihak petanimendapat keuntungan daripada hasil IR 42tetapi bagi pihak LPN atau bagi pihak Keraja-an mendapat kerugian. Walau bagaimanapun,ada kalanya hasil-hasil tanaman daripada IR42 tidak mendapat hasil yang lebih baik kepadapetani-petani disebabkan oleh kerana adanyapadi-padi yang kosong ataupun yang hampa.

Bagi menjawab soalan yang kedua, TuanYang di-Pertua, LPN akan dapat mengisarpadi-padi yang ada di dalam kilang-kilang kita.Untuk menentukan jumlah sebenarnya, sayatidak dapat memberikan sekarang ini tetapikalau Yang Berhormat hendakkan jawapan-nya, bolehlah saya beri dengan jawapan bertu-lis.

PEMERIKSAAN KESELAMATANDI LAPANGAN TERBANG

4. Dr. Chen Man Hin minta Menteri Pengang-kutan menyatakan sama ada langkah-langkahkeselamatan di semua lapangan terbang di ne-gara ini adalah mencukupi untuk memeriksasetiap bungkusan parcel, suit case, atau petiyang dibawa masuk ke dalam kapalterbangpenumpang atau cargo untuk mempastikantidak ada bahan-bahan letupan kerana kesela-matan penumpang-penumpang adalah amatpenting.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Puan Haj-jah Rahmah binti Othman): Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah serta pemeriksaan ke-selamatan yang diadakan di semua lapanganterbang di negara ini adalah dilaksanakan seja-jar dengan dan mengikut perakuan-perakuanyang ditetapkan oleh Pertubuhan PenerbanganAwam Antarabangsa (International Civil Avi-ation Organisation).

Langkah-langkah keselamatan yang diadak-an itu termasuklah melengkapkan lapanganterbang dengan alat-alat pengesan dan peme-riksaan keselamatan yang moden dan juga tin-dakan bagi melatih kakitangan untuk menja-lankan tugas-tugas keselamatan dengan ber-kesan.

Page 15: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4331 26 JULAI 1985 4332

Kementerian saya dan Jabatan PenerbanganAwam akan terus mengawasi keadaan di la-pangan terbang untuk menentukan segalalangkah keselamatan tersebut sentiasa mengi-kut keperluan-keperluan ICAO dan amalanantarabangsa.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, se-mua beg-beg, bungkusan parcel dan peti-petiyang hendak dibawa dalam penerbangan ter-masuk 'hand luggage', dengan izin, adalah di-kehendaki menjalani pemeriksaan keselamatansebelum ianya dibenar dimuatkan atau dibawabersama ke dalam kapalterbang. Penumpang-penumpang, anak-anak kapal dan juga peker-ja-pekerja yang bertugas di kawasan udara,atau dengan izin, 'air site' lapangan terbangjuga diperiksa sebelum dibenarkan masuk kekawasan larangan atau dalam kapalterbang.Bagi barang-barang kargo yang hendak diba-wa melalui pengangkutan udara, ICAO telahjuga menetapkan langkah-langkah serta pro-sedur-prosedur tertentu yang harus diikuti bagimenjaga keselamatan penerbangan.

Kementerian saya, Jabatan PenerbanganAwam dan juga syarikat-syarikat penerbangansentiasa memberi perhatian berat bagi menen-tukan segala peraturan keselamatan tersebutdiikuti dalam pengendalian kargo udara.

SUHU PANAS DI KUALA LUMPUR5. Tuan Mohammad Idris bin Mohammad Basriminta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Se-kitar menyatakan setakat manakah kajian te-lah dibuat oleh Kementerian mengenai keada-an suhu panas alam sekitar di Wilayah Perseku-tuan yang sangat tinggi terutamanya pada mu-sim panas. Apakah syor-syor yang Kementeri-an telah merumuskan untuk mengurangkansuhu panas ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law HiengDing): Tuan Yang di-Pertua, kajian yang di-maksudkan oleh Ahli Yang Berhormat berke-naan dengan keadaan suhu di Wilayah Perse-kutuan Kuala Lumpur telah dijalankan semen-jak awal tahun ini. Kajian ini perlu dijalankanuntuk beberapa tahun sebelum mendapat ke-simpulan yang-bererti atau menunjukkan kea-daan yang sebenarnya.

Memanglah betul bahawa di mana terdapat-nya kekurangan pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan di sesuatu kawasan, suhu di kawas-an itu tentu akan meningkat. Untuk mengu-rangkan suhu panas di kawasan-kawasan ban-daran, suatu program menanam pokok dijalanraya perlu diadakan serta juga 'landscaping',dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengenalpastikeadaan panas yang berpunca dari cahaya ma-tahari, dari bangunan-bangunan tinggi danyang berpunca juga dari kenderaan bermotor,sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan untukmengkaji jenis bahan-bahan binaan yang se-suai untuk bangunan-bangunan tinggi. Selaindaripada itu kawasan-kawasan lapang di ban-dar-bandar hendaklah disediakan sebagai ka-wasan hijau atau 'green area'.

MINI MAKTAB RENDAH SAINS MARA

6. Tuan Mohd. Razlan bin Haji Abdul Hamidminta Menteri Pembangunan Negara dan LuarBandar menyatakan sama ada beliau sedarbahawa MARA bercadang akan membina 45buah Mini Maktab Rendah Sains MARA da-lam Rancangan Malaysia Kelima nanti. Disamping itu, adakah beliau juga sedar bahawaNegeri Perak adalah negeri yang paling ramaipenduduk-penduduk dan paling ramai penun-tut-penuntut di negara ini. Jika sedar, adakahbeliau bercadang supaya Mini Maktab RendahSains M ARA ini dibina di pekan-pekan kecil diNegeri Perak seperti di Selama, Grik, Kam-pung Gajah, Parit Buntar, Lumut dan PadangRengas. Dan adakah taraf akademik dan ke-mudahan-kemudahan lain di Mini MaktabRendah Sains MARA ini sama seperti di Mak-tab-maktab Rendah Sains MARA (MRSM)yang sedia ada.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara danLuar Bandar (Tuan Abdillah bin Haji AbdulHamid): Tuan Yang di-Pertua, cadanganMARA untuk membina 45 buah Mini MaktabRendah Sains MARA di dalam RancanganMalaysia Kelima adalah di dalam pengetahuanYang Berhormat Menteri Pembangunan Nega-ra dan Luar Bandar. Projek ini akan dilaksa-nakan sebaik sahaja peruntukannya diluluskan

Page 16: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4333 26 JULAI 1985 4334

oleh pihak Kerajaan. Taraf akademik dan ke-mudahan-kemudahan yang akan disediakan diMini MRSM ini adalah sama dan setaraf deng-an MRSM-MRSM yang sedia ada.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Soalan tambahan. Saya ingin tahu daripa-da Yang Berhormat Timbalan Menteri Pemba-ngunan Negara dan Luar Bandar, adakahMARA akan bercadang agar kesemua 45 buahMini Maktab Rendah Sains MARA ini diberipeluang kepada syarikat-syarikat swasta untukmendirikannya iaitu secara 'turnkey' projek?Ini bertujuan untuk menolong meringankanbeban MARA dari segi perbelanjaan mendiri-kan projek-projek Mini MRSM ini.

Tuan Abdillah bin Haji Abdul Hamid: TuanYang di-Pertua, MARA memang merancanguntuk membina MRSM-MRSM di negara inidengan kos yang rendah dan untuk maklumanAhli Yang Berhormat, MARA berusaha untukmembina ini dengan menggunakan material-material yang ada.

KELAS PRA SEKOLAH

7. Tuan Haji Seroji bin Haji Haron minta Men-teri Pelajaran menyatakan adakah Kementeri-an berpuashati dengan perjalanan Kelas PraSekolah yang sedang berjalan sekarang danadakah Kementerian Pelajaran bercadang un-tuk mengambil alih pentadbiran supaya lebihkemajuan dan selaras.

Timbalan Menteri Pelajaran (Tuan Bujangbin Haji Ulis): Tuan Yang di-Pertua, Kemente-rian Pelajaran telah membuat satu kajian me-ngenai sistem pendidikan pra sekolah di negaraini dan mendapati beberapa kelemahan dalamsistem itu terutama dari segi kurikulum danguru. Oleh itu Kementerian Pelajaran telahmenyediakan satu kurikulum pra sekolah iniboleh digunakan oleh pusat-pusat pendidikanpra sekolah di negara ini.

Di samping itu Kementerian Pelajaran jugabercadang untuk menggubal satu kurikulumpendidikan guru-guru pra sekolah.Kementerian Pelajaran juga sedang mengkajicadangan untuk menubuhkan sebuah MajlisPendidikan Pra Sekolah yang akan berfungsisebagai badan penyelaras pendidikan pra

sekolah di negara ini. Kementerian Pelajarantidak bercadang mengambil alih pentadbiranpendidikan pra sekolah.

PENYIKSAAN KANAK-KANAK

8. Tuan Lee Lam Thye minta Menteri Kebajik-an Masyarakat menyatakan berapa banyak kespenyiksaan kanak-kanak yang telah dilapor keKementerian sejak 4 tahun lalu dan sehingga30hb Jun, 1985. Apakah tindakan yang telahdiambil terhadap kes-kes yang dilaporkan danapakah langkah yang Kementerian bercadanghendak ambil untuk mengurangi masalah sosi-al ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian KebajikanMasyarakat (Tuan Jawan anak Empaling):Tuan Yang di-Pertua, kes penyiksaan ataupenganiayaan kanak-kanak yang telah dilapor-kan ke Kementerian saya semenjak 4 tahun laludan sehingga 30hb Julai, 1985 adalah 476.Kesemua aduan-aduan tersebut telah disiasatoleh Kementerian Kebajikan Masyarakat dankeputusan tindakan yang telah diambil terha-dap kesemua kes tersebut adalah seperti beri-kut:

70 orang kanak-kanak dimasukkan keRumah Kanak-kanak dan lain-lain tem-pat keselamatan; 47 ditempatkan kepadakeluarga yang sesuai; 342 orang diletak-kan di bawah penyeliaan dan 11 kes dida-pati palsu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telahmengambil tindakan undang-undang ke atas43 ibu-bapa atau penjaga yang melakukan ke-salahan berkenaan dan keputusan mahkamahadalah seperti berikut:

9 dibebaskan; 11 dikenakan ikat jamin;25 diberi amaran; 6 didenda; dan 2 dipen-jara.

Untuk mengurangkan masalah penganiaya-an kanak-kanak di kalangan masyarakat dinegara ini Kementerian saya akan terus bergiatuntuk menguatkuasakan undang-undang yangada untuk mendakwa mereka yang tidak ber-tanggungjawab dan disamping itu akan berusa-ha untuk melaksanakan kerja-kerja pencegah-an bagi mengurangkan masalah penganiayaan

Page 17: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4335 26 JULAI 1985 4336

kanak-kanak. Di antara usaha yang sedangdijalankan ialah memberi maklumat kepadaorang ramai melalui media massa dari masa kesemasa terhadap gejala penganiayaan kanak-kanak dan juga meminta kerjsama seluruh ma-syarakat untuk tampil ke hadapan melaporkansebarang kejadian penyiksaan kanak-kanakkepada Jabatan Kebajikan Masyarakat deng-an seberapa segera.

Selain daripada itu, Kementerian saya kinisedang menyediakan satu risalah mengenai pe-nganiayaan kanak-kanak dan risalah ini akandapat diedar kepada orang ramai pada penghu-jung tahun ini. Kementerian saya juga baru-baru ini telah berusaha menubuhkan satu Ja-watankuasa Intervensi terhadap penganiayaankanak-kanak di peringkat kebangsaan. Jawa-tankuasa ini bertanggungjawab untuk meng-kaji dan merancang program intervensi bagimengatasi penganiayaan kanak-kanak denganlebih berkesan. Setakat ini Jawatankuasa inisedang giat mengumpulkan data dan maklu-mat rnengenai penganiayaan kanak-kanak dinegara ini sebelum membuat satu programyang konkrit baginya.

Selain daripada Kementerian KebajikanMasyarakat, Jawatankuasa ini mengandungiahli-ahli yang terdiri daripada KementerianPelajaran, Kesihatan, Buruh, Penerangan, Ja-batan Peguam Negara, Polis dan Majlis Keba-jikan Kanak-kanak Malaysia. Adalah menjadihasrat Kementerian saya supaya Jawatankuasaserupa ini ditubuhkan di tiap-tiap buah negeri.

Tuan Lee Lam Thye: Tuan Yang di-Pertua,adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimensedar bahawa penguatkuasaan undang-un-dang yang berkenaan untuk mencegah penyik-saan kanak-kanak adalah tidak cukup berkes-an memandangkan kekurangan ahli-ahli pe-nguatkuasaan? Suka saya mendapat tahu samaada Kementerian bercadang untuk menambahkakitangan penguatkuasa untuk menguruskanperkara ini?

Tuan Jawan Anak Empaling: Tuan Yang di-Pertua, dari masa ke semasa Kementerian sayamemang menimbangkan perkara ini dan seki-ranya perlu biasa kita dapat tambah tetapi inibergantung kepada kekuatan ekonomi negarakita.

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah: TuanYang di-Pertua, saya ingin membuat soalantambahan. Tadi Yang Berhormat SetiausahaParlimen telah menerangkan bahawa mengikutangka yang ada di Kementeriannya ada 476 kesyang dilaporkan kepada Kementerian. Daripa-da jumlah itu, kita juga telah diberitahu baha-wa 43 sahaja ibu bapa yang diambil tindakan.Saya ingin bertanya mengapa terjadi demikian.

Kedua, daripada jumlah kes 476 itu, 342keadaan di tempat-tempat penyeliaan. Adakahkanak-kanak ini setelah tamat tempoh penyeli-aan dibenarkan balik ke pangkuan keluarga-nya?

Tuan Jawan anak Empaling: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes-kes yang dilaporkan kepa-da Kementerian saya seperti yang saya katakantadi, memang betul. Atas siasatan yang terten-tu ada juga kes-kes itu tidak memerlukan tin-dakan yang direktif, ada yang demikian. Adakes yang ringan sedikit, mungkin itu tindakanringan juga.

Budak-budak yang dimasukkan ke dalamRumah Kanak-kanak seperti yang dikatakantadi sekiranya mereka itu telah tamat dalamjagaan dan didapati mereka itu baik perangai-nya dan ibu bapa pun bertanggungjawab atasmenjaga kanak-kanak itu dan kanak-kanak itudapat ditentukan keselamatannya, maka mere-ka tidaklah salah kita melepaskan.

PEMINDAHAN TEKNOLOGI BERAT9. Tuan Baharom bin Haji Bakar minta Mente-ri Perdagangan dan Perindustrian menyatakansejauh manakah perkembangan Dasar Keraja-an mengenai soal-soal pemindahan teknologiberat dari negara-negara maju khususnya dariJepun dan Korea Selatan ke negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindu-strian (Dato' Oo Gin Sun); Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya menjelaskan bahawa pe-mindahan teknologi berat ke negara kita masihlagi diperingkat permulaan. Ini adalah disebab-kan pihak swasta amat berhati-hati untuk meli-batkan diri dalam industri berat memandang-kan kepada keperluan modal pelaburan yangbesar yang juga bermakna mereka menghadapirisiko yang juga besar.

Page 18: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4337 26 JULAI 1985 4338

Berdasarkan perkembangan yang agak lem-bab inilah maka Kerajaan telah mengambildaya usaha untuk mempertingkatkan pelabur-an dalam sektor industri ini dengan menubuh-kan Perbadanan Perindustrian Berat Malaysia(HICOM) untuk menjadi daya penggerak uta-ma. Oleh itu adalah masih terlalu awal untukmembuat penilaian ke atas kejayaan pemin-dahan teknologi berat dari negara-negara majuke negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapunsetakat ini negara Jepun telah menunjukkanperkembangan pemindahan teknologi beratyang menggalakkan dengan penyertaan secaralangsung bersama HICOM dalam projek-pro-jek pembuatan simen di Kedah, bilet keluli diTrengganu, dan kereta motor di Shah Alam,Selangor. Ketiga-tiga projek industri berat initelahpun memasuki pasaran. Sebelum daripa-da ini, Jepun juga telah lama terlibat dalampemindahan teknologi industri besl keluli diPulau Pinang.

Berbanding dengan negara Jepun, pemin-dahan teknologi berat dari Korea Selatan ada-lah tidak menggalakkan. Pada masa ini KoreaSelatan terlibat dengan projek pengeluaran si-men di negeri Perak secara usahasama denganPerbadanan Kemajuan Negeri Perak yang ma-sih lagi di dalam peringkat perlaksanaan. Peng-libatan Korea Selatan dalam pemindahan tek-nologi berat sektor pembuatan adalah terhadkerana ianya lebih menumpukan perhatian ke-pada sektor pembinaan seperti Jambatan PulauPinang melalui kontrak-kontrak yang dipero-lehi dan bukannya melalui projek usaha sama.

Walau bagaimanapun tidaklah menjadi ma-salah yang besar bagi Malaysia untuk menda-patkan pemindahan teknologi dari mana-mananegara asalkan kita sedia untuk membelinya.Kita boleh membeli teknologi berdasarkan ke-pada kemampuan dan kesediaan kita untukmembeli teknologi-teknologi berkenaan deng-an bayaran yang difikirkan menasabah tetapimemberikan hasil yang memuaskan. Pilihanteknologi adalah terletak di tangan kita sendiridan melalui proses ini akan dapat menyum-bangkan ke arah pemindahan teknologi dariluar ke negara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat TuanNg Cheng Kuai.

(Soalan No.10 Y,B. Tuan Ng Cheng Kuaitidak hadir)

HAD MUATAN LORI DI JALANRAYA

11. Tuan Yahya bin Haji Zakaria minta Mente-ri Kerja Raya menyatakan langkah yang diam-bil bagi menyekat lori-lori yang lebih had mua-tannya melalui jalanraya dari Teluk Intan keBagan Datok kerana dengan adanya lori-loriyang lebih muatan itu melalui jalan ini, jalanra-ya tersebut selalu saja rosak.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Dato' ZainalAbidin bin Zin): Tuan Yang di-Pertua, Kemen-terian saya bukan sahaja sedar bahawa jalanra-ya dari Teluk Intan ke Bagan Datok telahdirosakkan oleh lori-lori yang berlebihanmuatan tetapi juga jalanraya-jalanraya lainyang telah mengalami keadaan yang serupa. Diantara langkah-langkah untuk mengatasi ma-salah ini yang akan diambil oleh Kementeriansaya ialah mendirikan beberapa stesen timbangmuatan di tempat-tempat strategik disepan-jang jalanraya di seluruh negara yang dikenalpasti telah dirosakkan oleh lori-lori sepertiyang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormatitu.

Dengan adanya stesen-stesen itu maka lori-lori yang disyaki membawa muatan lebihandari timbangan dan jika didapati membawamuatan lebihan akan didenda secara kompaunoleh pihak berkuasa. Sebagai langkah tambah-an, Kementerian saya juga akan menubuhkanYunit Penguatkuasaan Jalanraya dengan me-minjam kakitangan daripada Jabatan Polis un-tuk bukan sahaja mengawal kegunaan jalanra-ya oleh kenderaan-kenderaan berlebihan muat-an tetapi juga untuk menjaga keselamatan dankebersihan jalanraya-jalanraya itu. Langkah-langkah ini dijangka akan berkuatkuasa dalamsedikit masa lagi.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah TimbalanMenteri itu sedar bukan sahaja dengan kelebih-an muatan lori-lori tersebut menyebabkan ja-lanraya bukan sahaja di Bagan Datok tetapi

Page 19: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4339 26 JULAI 1985 4340

diseluruh negara tetapi menyebabkan juga be-berapa kemalangan berlaku di jalanraya, Dandi atas kemalangan yang berlaku itu pula mere-ka mendirikan tempat bersembahyang, tugudan sebagainya yang boleh mengakibatkan ke-bersihan jalanraya itu terganggu.

Adakah Kementerian ini membuat satu un-dang-undang bagi perkara-perkara yang tidakbaik dilihat oleh sesiapa pun dalam negara kitaini.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya sangatberterima kasih kepada Ahli Yang Berhormatdari Bagan Datok yang sedar akan perkara ini.Sebenarnya Kementerian Kerjaraya khasnyaBahagian Jalanraya sedang mengkaji akanadanya berlaku sebahagian daripada masyara-kat kita yang mendirikan batu-batu di tepijalan sebagai tanda ingatan, umpamanya tem-pat berlaku kemalangan dan lain-lain lagi.Saya berharap perkara-perkara seperti ini padamasa hadapan tidak akan dibuat lagi sungguh-pun mereka menaikkan atau mendirikan tandaingatan ini kepada masyarakat dan keluargamereka tetapi ianya boleh menjadi satu barangbahaya kepada masyarakat lain yang menggu-nakan jalanraya ini. Kita akan meninjau kese-luruhan perkara ini dan saya percaya Kemente-rian Kerjaraya setelah pindaan Akta Pengam-bilan Jalanraya yang diberikan kepada Menteridi Kementerian Kerjaraya ini akan melihatsupaya kebersihan bukan sahaja di atas jalan-raya tetapi di bahagian reserve jalan akan di-tentukan melalui pindaan Akta ini.

SISTEM KESELAMATAN JALANRAYA

12. Tuan Ban Hon Keong minta Menteri Pe-ngangkutan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerianbeliau untuk mencegah penambahan kemala-ngan-kemalangan jalanraya yang sering berla-ku memandangkan negara kita mempunyaikadar kemalangan jalanraya yang amat tinggidi dunia dan juga pemunya-pemunya kendera-an di negara kita sedang membayar bayaranlesen kereta yang tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkutan (PuanHajjah Rahmah binti Othman): Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang serupa sepertimaksud soalan ini dalam Dewan ini telah saya

jawab pada 23.3.84 dan 12.4.85 dalam manasaya telah menjelaskan mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh KementerianPengangkutan untuk mencegah penambahankemalangan jalanraya yang sering berlaku.

Di antara langkah-langkah yang telah dansedang diadakan ialah:-

(i) Perlaksanaan Sistem Keselamatan Ja-lanraya (KEJARA) bermula pada1.2.84. Semenjak itu Jabatan Pe-ngangkutan Jalan telah mengeluarkansebanyak 53 notis kepada pemandu-pemandu yang telah memperolehi 20mata kesalahan atau lebih, memintamereka memberi tunjuk-sebab secarabertulis mengapa lesen memandu me-reka tidak perlu digantung kerana me-lakukan kesalahan-kesalahan lalulin-tas jalanraya. Di samping itu ranca-ngan-rancangan untuk menjalankankursus-kursus pemulihan bagi peman-du-pemandu yang terlibat sedang di-sediakan.

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan juga ber-cadang mengadakan latihan-latihanuntuk Pengajar-pengajar Pemandudengan tujuan untuk meningkatkankeupayaan dan kemahiran mereka su-paya pemandu-pemandu akan men-jadi lebih cekap dan bertimbang kelak.

(iii) Mulai pada 1.7.85, Kementerian tnitelahpun memperkenal dan melaksa-nakan pemasangan Alat Amaran HadLaju untuk semua kenderaan beratperdagangan yang mempunyai beratdengan muatan 4,500 kg. ke atas yangdidaftarkan pada atau selepas 1.7.85.Kenderaan yang didaftarkan sebelum1.7.85 adalah diperlukan memasangalat itu sebelum 31.12.85.

Wan Ibrahim bin Wan Abdullah: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Bermacam ikhtiartelah dilakukan oleh pihak tertentu bagi me-ngurangkan kemalangan jalanraya termasukmengadakan sistem KEJARA umpamanya, te-tapi kemalangan terus berlaku.

Page 20: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4341 26 JULAI 1985 4342

Saya ingin mendapat kepastian daripadaTimbalan Menteri, apakah sistem itu yang ti-dak betul ataupun orang yang melaksanakan,yang bertugas melaksanakan sistem itu yangtidak cekap, yang menyebabkan, walaupun sis-tem demi sistem dikemukakan atau diperkenal-kan, kemalangan terus juga meningkat.

Puan Hajjah Rahmah binti Othman: TuanYang di-Pertua, bukan sistem itu yang tidakbetul dan bukan orang yang melaksanakannyatidak cekap, tetapi orang yang menggunakanjalanraya itu yang tidak betul dan tidak cekaptermasuklah Yang Berhormat sama agaknya.(Ketawa)

KURSUS PENANAMANPADI/BUAH-BUAHAN

13. Tuan Mokhtaram bin Rabidin minta Men-teri Pertanian menyatakan, adakah Kementeri-annya telah atau bercadang akan menghantarpegawai-pegawai/pembantu/juruteknik perta-nian untuk berkursus/berlatih di dalam bidangpenanaman padi dan buah-buahan di negeriThai, memandangkan kemajuan yang dicapaioleh negara Thai di dalam bidang-bidang terse-but.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan LuhatWan): Tuan Yang di-Pertua, KementerianPertanian khususnya Jabatan Pertanian telah-pun menghantar pegawai dan juruteknik perta-nian untuk berkursus dan berlatih di negeriThai dalam berbagai bidang penanaman padidan buah-buahan. Tiga orang Pegawai Pertani-an telah dihantar berkursus dalam bidang pe-merosesan benih dan seorang lagi dalam bi-dang penanaman padi. Dua orang PembantuPertanian pula telah dihantar untuk mengikutikursus penanaman buah-buahan sementaradua orang Juruteknik Pertanian telah berkur-sus dalam penanaman padi dan seorang lagidalam penanaman buah-buahan.

SEKOLAH BANTUAN MODAL (CINA)

14. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Pela-jaran menyatakan sama ada Kementerian akanmemperuntukkan tambahan yang mencukupidalam peruntukan tambahan peruntukanwang kepada sekolah-sekolah rendah Cina, di

Negeri Sarawak bagi tujuan pembaikan, penye-lenggaran dan penggantian bilik-bilik darjahdan kemudahan-kemudahan di sekolah-seko-lah tersebut kerana banyak daripadanya ada-lah dalam keadaan usang.

Tuan Bujang bin Haji Ulis: Tuan Yang di-Pertua, bilangan Sekolah Bantuan Modal JenisSekolah Cina ialah lebih kurang 200 buah.Sekolah Bantuan Modal hanya menerima 50%hingga 75% bantuan daripada kos projek. Wa-lau bagaimanapun pihak Jabatan PelajaranNegeri Sarawak dari masa ke semasa ada me-nyediakan senarai Sekolah-sekolah BantuanModal yang memerlukan peruntukan untukprojek-projek gantian dan tambahan. Kemen-terian ini sentiasa menimbang dan meluluskanpemberian modal mengikut keutamaan kepadasekolah-sekolah berkenaan berdasarkan kepa-da jumlah peruntukan yang sedia ada. Bagitahun 1985, sebanyak $2 juta telah diluluskandi bawah Program Pemberian Modal ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr.Tan Seng Giaw.

(Soalan No.15 Y.B. Dr. Tan Seng Giaw tidakhadir).

RUNGUTAN KONTRAKTORBUMIPUTERA

16. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah mintaPerdana Menteri menyatakan sejauh manakahbenarnya rungutan kontraktor Bumiputera ba-hawa terdapat kelewatan pendaftaran di PusatPenyelarasan Khidmat Kontraktor Bumipute-ra (Pusakabumi) sehingga menyebabkan ramaikontraktor-kontraktor Bumiputera yang terle-pas peluang untuk memasuki tender di Jaba-tan-jabatan Kerajaan; jika benar apakah lang-kah-langkah yang telah berkesan untuk me-ngatasi masalah yang tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DatoMohamed Khalil bin Yaakob): Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa kontra-ktor-kontraktor kerja sama ada bumiputeraataupun bukan bumiputera yang sedia berdaf-tar dengan berbagai Jabatan atau agensi Kera-jaan masih boleh memasuki tender-tender diJabatan, agensi Kerajaan yang mereka telah

Page 21: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4343 26 JULAI 1985 4344

berdaftar, walaupun pendaftaran mereka be-lum lagi diambilalih di dalam daftar Pusaka-bumi.

Urusan pengambilanalih pendaftaran kon-traktor-kontraktor kerja yang sedia berdaftardengan berbagai Jabatan dengan agensi masihbelum selesai. Ini bermakna terdapat kontra-ktor-kontraktor yang pendaftarannya telah-pun ditukar kepada pendaftaran Pusakabumidan ada lagi yang belum lagi ditukar ke penda-taran Pusakabumi. Walau bagaimanapun,suka saya menjelaskan bahawa kontraktor-kontraktor kerja yang pendaftarannya belumlagi ditukar ke pendaftaran Pusakabumi tidak-lah dihalang dari memasuki tender-tender diJabatan dan agensi-agensi Kerajaan di manamereka asalnya berdaftar. Umpamanya, mere-ka yang sedia berdaftar dengan JKR, JPT danPKNS dan lain-lain masih boleh memasukitender-tender di Jabatan-jabatan itu. Oleh iturungutan kontraktor bumiputera bahawa kele-watan pendaftaran Pusakabumi telah menye-babkan ramai kontraktor bumiputera terlepaspeluang untuk memasuki tender adalah kurangtepat. Bagi mereka yang baru ingin menjadikontraktor, mereka perlu berdaftar dengan Pu-sakabumi.

Setakat ini Pusakabumi telah menerimapermohonan-permohonan pendaftarannyayang baru sebanyak 2,233 iaitu yang baru.Urusan memproses dan menimbang permo-honan itu adalah berbeza mengikut kes ia-itu jika tidak permohonan yang dikemuka-kan lengkap dan segala dokumen yang perlutelah dikemukakan bersama, maka jangkamasa purata yang telah diambil ialah antara 2atau 3 bulan. Tetapi dalam kebanyakan permo-honan-permohonan yang dikemukakan ba-nyak persuratan berlaku untuk meminta lapo-ran-laporan lengkap daripada pihak bank danagensi-agensi lain bagi mengesahkan butir-bu-tir dalam permohonan tersebut, sudah tentulahpersuratan demikian akan memakan masa danFaktor inilah yang banyak melambatkan prosesmenimbang permohonan berkenaan. Walaubagaimanapun Kerajaan belum bercadang me-nyingkatkan proses penyemakan dan penge-sahan butir-butir yang dikemukakan keranamatlamat utama pendaftaran ialah untukmempastikan bahawa setiap syarikat yang

ingin berdaftar mempunyai keupayaan tekni-kal dan kewangan, semoga kontrak-kontrakKerajaan tidak tergendala perlaksanaannya.

Tuan Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yangdi-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri telahmenyatakan bahawa Pusakabumi akan me-mastikan keupayaan kontraktor-kontraktorbagi melaksanakan projek-projek Kerajaan.Jadi saya ingin tahu daripada Yang BerhormatMenteri daripada jumlah kontraktor-kontra-ktor sama ada bumiputera atupun bukan bu-miputera yang telah didaftarkan dengan Pusa-kabumi ataupun yang telah dibaharui denganPusakabumi, berapakah kontraktor-kontra-ktor yang telah ditarik balik permit merekakerana kesalahan-kesalahan yang dinyatakanoleh Yang Berhormat Menteri tadi, dari segikeupayaan dan sebagainya. Jadi apakah keba-nyakan sebab-sebab permit mereka telah dita-rik balik.

Dato Mohamed Khalil bin Yaakob: TuanYang di-Pertua, saya perlu notis untuk membe-rikan angka dan cuma yang saya dapat jelaskanialah selain daripada keadaan menarik balik,kita juga menerima permohonan supaya kelassyarikat-syarikat itu dinaikkan kepada yanglebih tinggi lagi.

RINGGIT MALAYSIA — PENILAIAN

17. Tuan Peter Chin Gan Oon minta MenteriKewangan menyatakan adakah Ringgit Ma-laysia telah dinilaikan berlebihan kerana ia te-lah bertambah dalam kekuatan terhadap keba-nyakan matawang-matawang termasuk Deut-sche Mark, Yen dan Sterling demikian membu-at ekspot Malaysia kurang berasingan dalamharga berbanding dengan negara-negara ketigayang lain.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato Dr. TanTiong Hong): Tuan Yang di-Pertua, pada awaltahun-tahun 1970an, berikutan dengan turun-nya nilai dollar Amerika Syarikat dan penga-pungan matawang-matawang utama antara-bangsa Ringgit Malaysia telah diapungkanpada 21.6.1973 supaya nilai pasarannya dapatditentukan.

Page 22: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4345 26 JULAI 1985 4346

Pada bulan September 1975, Kerajaan telahmemutuskan bahawa ukuran yang amat sesuaibagi nilai Ringgit bukanlah berbanding denganemas atau mana-mana matawang, tetapi ada-lah berbanding dengan sekumpulan matawangnegara-negara rakan perdagangan utama Ma-laysia. Semenjak itu, Tuan Yang di-Pertua, nilaiRinggit ditentukan berbanding dengan sekum-pulan matawang-matawang ini. Oleh keranaitu nilai Ringgit pada sebarang masa dan ketikaboleh meningkat atau menurun berbandingdengan satu-satu matawang. Ini adalah keranamatawang-matawang utama ini juga terapungberbanding antara satu dengan lain.

Sistem pengapungan berasaskan sekumpul-an matawang ini dapat menentukan kadar pe-nukaran yang seimbang.

Tuan Yang di-Pertua, kadar ini diukur ber-dasarkan kadar pertukaran matawang antara-bangsa yang utama kepada Malaysia sepertiDollar Amerika Syarikat, Deutschemark, Yendan Pound Sterling dan bukan terhadap mata-wang tertentu. Berdasarkan kepada keadaanini jika nilai Ringgit meningkat terhadap satu-satu matawang tidaklah bermakna yang Ring-git telah dinilaikan berlebihan keseluruhannya.

Soal kurang perasingan eksport Malaysiaoleh kerana kekukuhan Ringgit adalah satukeadaan yang perlu diambil perhatian dari segipergerakan nilai matawang yang dinamik.Pada satu-satu masa seperti yang diterangkannilai Ringgit boleh menjadi kukuh ataupunlemah kerana sistem mengapong Ringgit ber-gantung kepada perkembangan di pasaranpertukaran wang antarabangsa. Oleh itu, ti-daklah bermakna nilai Ringgit perlu diturun-kan hanya untuk meningkatkan perasinganeksport Malaysia. Perasingan eksport Malay-sia boleh ditingkatkan lagi melalui meningkat-kan produktiviti oleh pengeluar-pengeluar ba-rang eksport.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat TuanOmar bin Abdullah.

(Soalan No. 18 Y.B. Tuan Omar bin Abdullahtidak hadir).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat TuanV. Govindaraj. Kita boleh habis banyak soalanhari ini.

(Soalan No. 19 Y.B. Tuan V. Govindarajtidak hadir).

STESEN MINYAK BUMIPUTERA/BUKANBUMIPUTERA

20. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Perda-gangan dan Perindustrian menyatakan:

(i) bilangan stesen-stesen minyak di nega-ra ini yang diselenggarakan oleh ora-ng-orang Bumiputera dan bukan Bu-miputera;

(ii) sama ada angka-angka bagi (i) di atasmeliputi stesen-stesen minyak PET-RONAS; jika tidak, nyatakan bilang-an stesen-stesen minyak PETRONASyang diselenggarakan oleh orang-orang Bumiputera dan bukan Bumi-putera;

(iii) peratus industri petroleum yang dimi-liki oleh orang-orang Bumiputera,bukan Bumiputera dan orang-orangasing; dan

(iv) sama ada apabila sasaran Dasar Eko-nomi Baru berhubung dengan industripetroleum dicapai, orang-orang buk-an Bumiputera akan dipelawa me-nyertai industri petroleum.

Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin:Tuan Yang di-Pertua,

(i) Bilangan stesen-stesen minyak yangtelah diberi lesen sehingga 31hb Disember,1984 adalah sebanyak 1,480 stesen, yang mana404 (27.3%) stesen diusahakan oleh Bumipute-ra dan 1,076 (72.7%) stesen diusahakan olehbukan Bumiputera.

(ii) Angka-angka yang dinyatakan tadiadalah termasuk jumlah stesen-stesen minyakPETRONAS iaitu sebanyak 66 buah stesenyang kesemuanya diusahakan oleh Bumipute-ra. Stesen-stesen PETRONAS ini hanyalah me-rupakan 4.5% sahaja daripada jumlah stesen-stesen minyak yang ada di Malaysia.

Page 23: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4347 26 JULAI 1985 4348

(iii) Bagi aktiviti mengedar bahan-bahanpetroleum secara borong, kedudukan pengelu-aran lesen oleh Kementerian Perdagangan danPerindustrian sehingga 31.12.84 adalah sepertiberikut:

BukanBumiputera Bumiputera Usahasama Jumlah

Memasar danMcngedar Bahan-bahan Petroleum 34% 60% 6% 100%dan Gas Petrole-um Cecair

MembekalkanPerkhidmatanPengangkutan 38% 33% 26%kepada Syarikat-syarikat Minyak

Memasar Runcitmelalui Stesen 27% 73%Minyak

(iv) Soal ini tidak berbangkit oleh keranatujuan Dasar Ekonomi Baru adalah untukmemberi petuang kepada Bumiputera menyer-tai bidang-bidang dalam mana penyertaan me-reka adalah rendah. Ini dengan sendirinyamemberi implikasi bahawa bukan Bumiputerasudah pun bergiat dan mempunyai peluanguntuk terus bergiat dalam semua industri. Se-bagai contoh, dari segi pemberian lesen yangdikeluarkan bagi pengedar-pengedar petrole-um secara borong dari jumlah lesen-lesen yangdikeluarkan pada tahun 1984 iaitu sebanyak229 lesen, sejumlah 87 lesen telah dikeluarkankepada bukan Bumiputera, 117 lesen kepadaBumiputera dan 25 lesen kepada UsahasamaBumiputera dan bukan Bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Muluttelah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 1,10, 15, 18, 19, 21 hingga 38 adalah diberi dibawah ini.)

MATAPELAJARAN 3M — PELAKSANAAN

1. Dato' Micbael Chen Wing Sum minta Men-teri Pelajaran menyatakan sama ada Kerajaansedar bahawa kekurangan alat pengajaran(Kit) dan terlalu banyak buku-buku telahmenghalang pelaksanaan sistem 3M dan jikaya, apakah langkah yang akan diambil olehKerajaan untuk mengatasinya.

Tuan Bujang bin Haji Ulis: Adalah tidakbenar untuk mengatakan terdapat kekuranganalat pengajaran atau kit kerana alat pengajaranatau kit yang dikeluarkan adalah mencukupiuntuk kegunaan asas bagi matapelajaran 3M.Pihak sekolah atau guru juga boleh mendapat-kan alat pengajaran yang lain termasuk yangterdapat di pasaran untuk menampung dimana yang kurang.

Kenyataan Ahli Yang Berhormat bahawaterlalu banyak buku telah menghalang pelaksa-naan sistem 3M juga adalah tidak benar. PihakKementerian Pelajaran membekalkan hanyasebuah buku bagi tiap-tiap malapelajaran Ba-hasa, Matematik, Pendidikan Moral, Alamdan Manusia dan dua buah buku bagi Pendi-dikan Agama Islam. Jika perlu, untuk tujuanpemulihan dan pengkayaan, guru-guru boleh-lah menggunakan buku-buku tambahan yangterdapat dalam pasaran.

PERBELANJAAN SUBSIDI DALAMRANCANGAN MALAYSIA KELIMA

10. Tuan Ng Cheng Kuai minta Menteri Ke-wangan menyatakan:

(a) anggaran belanja untuk tujuan 'subsi-di' bagi tempoh 1981 — 1984 denganmemberi angka-angka tahunan;

(b) belanja-belanja tersebut merupakanberapa peratus Belanjawan tahunan;dan

(c) memandangkan dasar Kerajaan un-tuk mengikis sikap subsidi, apakahKerajaan akan banyak mengurang-kan jumtah subsidi dalam RancanganMalaysia Kelima.

Dato Dr. Tan Tiong Hong:(a) Jumlah perbelanjaan bagi tujuan sub-

sidi bagi tempoh 1981 hingga 1984adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah ($ juta)1981 1,369.091982 1,496.161983 1,400.501984 619.20

Page 24: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4349 26 JULAI 1985 4350

(b) Dari segi peratus jumlah perbelanjaantahunan, perbelanjaan untuk tujuansubsidi adalah seperti berikut:-

Tahun Peratus1981 5.01982 5.31983 5.01984 2.3

(c) Adalah benar bahawa Kerajaan se-dang berusaha untuk mengikis sikapbergantung kepada subsidi dari pemi-kiran di kalangan petani-petani, nela-yan-nelayan, peniaga-peniaga kecildan sebagainya. Adalah menjadi has-rat Kerajaan untuk memupuk sema-ngat berdikari di antara mereka-mere-ka di dalam golongan ini supaya mere-ka tidak lagi mengharapkan bantuansecara berterusan dari Kerajaan sema-ta-mata untuk mengendalikan kerjadan usaha masing-masing. Sehubung-an dengan dasar ini, Kerajaan sedangmenimbangkan pengurangan perun-tukan subsidi dan sebaliknya, menam-bah peruntukan kredit dalam Ran-cangan Malaysia Kelima untuk meno-long mereka di dalam golongan ini.

LAPANGAN TERBANG SUBANG —PEMBAIKAN

15. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pe-ngangkutan menyatakan jumlah wang yangtelah di belanjakan untuk pembaikan yangdibuat ke atas Lapangan Terbang Subang, iaitudiperhentian (terminal) satu dan dua. Apakahrancangan yang telah ada bagi penggunaanperhentian kedua. Bilakah rancangan ini akandilaksanakan; dan maklumat lengkap serta se-bab-sebab yang dapat menyokong pembinaanperhentian ini.

Puan Hajjah Rahmah binti Othman: Perbe-lanjaan yang terlibat untuk pembaikan Termi-nal I dan pembinaan Terminal II Lapangan

Terbang Antarabangsa Subang adalah sepertiberikut:-

(i) Kos mengubahsuai Terminal I ialah$l20 juta; dan

(ii) Kos membina Terminal II pula ialah$19 juta.

Tujuan asal membina Terminal II adalahsebagai terminal gantian atau sementara untukmengendalikan penumpang-penumpang sema-sa kerja-kerja pengubahsuaian Terminal I dijalankan. Apabila Terminal I dibuka semulapada 1hb Jun, 1983, dan segala operasi dipindahkan semula ke Terminal I sebahagiandaripada Terminal II adalah pula digunakanbagi penempatan Ibu Pejabat Jabatan Pener-bangan Awam dan sebahagiannya lagi bagi digunakan sebagai balai tiba untuk memprosespenerbangan-penerbangan haji yang pulangdari Jeddah. Terminal II adalah juga digunak-an untuk mengendalikan penerbangan-pener-bangan khas tidak berjadual.

KERETAPI BARU TIMUR-BARAT —RANCANGAN

18. Tuan Omar bin Abdullah minta MenteriPengangkutan menyatakan sama ada pihakKeretapi Tanah Melayu akan meneruskan ran-cangan pembinaan landasan Timur/Barat se-perti yang diura-urakan. Jika rancangan iniditeruskan apakah bentuk landasan yang akandi bina dan bagaimanakan projek ini akan dibiayai, jika diswastakan adakah penglibatanorang tempatan dan juga penglibatan kon-trektor tempatan.

Puan Hajjah Rahmah binti Othman: Ran-cangan Keretapi Baru Timur-Barat yang me-nyambungkan Pelabuhan Kelang dengan ban-dar-bandar di negeri Pantai Timur Semenan-jung adalah di dalam peringkat akhir persiapanuntuk mendapatkan keputusan oleh Kerajaan.Pihak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayusedang menyiapkan kertas laporan untuk Ka-binet membuat keputusan sama ada projek iniperlu di jalankan atau sebaliknya. Laporan inidi jangka akan dikemukakan kepada Kabinet

Page 25: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4351 26 JULAI 1985 4352

sedikit hari lagi. Laporan ini juga akan membe-rikan cadangan bentuk pembiayaan dan per-laksanaannya. Pihak Kerajaan akan menen-tukan institusi-institusi atau pihak mana yangakan melaksanakan pojek ini kelak.

Mengenai penglibatan orang tempatan dankontrektor tempatan, adalah menjadi dasarKerajaan untuk menggalakkan perkara ini se-berapa yang boleh mengikut kemampuan tek-nik kontrektor tempatan.

PENYELIDIKAN/PEMBANGUNANSAINS SEKTOR SWASTA

19. Tuan V. Govindaraj minta Menteri Sains,Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan apa-kah langkah-langkah yang diambil oleh pihakKementerian ini bagi menggalakkan para pe-ngusaha-pengusaha tempatan dari aspek perta-nian, bahan-bahan mentah dan sumber-sum-ber galian untuk mencebur diri dalam bidangpenyelidikan dan pengkajian demi kepentinganmasa depan ekonomi negara kita.

Tuan Law Heing Ding: Adalah menjadi dasarKerajaan untuk menggalakkan penyelidikkandan pembangunan di dalam bidang sains olehsektor swasta.

Langkah-Iangkah yang diambil oleh Keraja-an ke arah tersebut adalah secara am seperti:-

(a) mengelolakan seminar, bengkel dankursus latihan;

(b) pengenalan teknologi-teknologi baruyang berkaitan dengan bidang perta-nian, bahan-bahan mentah dan sum-bersumber galian.

Kerajaan adalah sedar bahawa penglibatansektor perindustrian dalam penyelidikan danpembangunan sains adalah sangat-sangat di-perlukan dan sepatutnya diberikan galakanuntuk meningkat lagi aktiviti-aktiviti sektorperindustrian. Oleh yang demikian, Kerajaantelah membenarkan perbelanjaan R & D olehpihak swasta dikecualikan daripada cukai.Tambahan pula, pengecualian ini ditetapkankepada kadar satu satu-pertiga kali daripadajumlah perbelanjaan yang telah digunakanoleh pihak swasta dalam aktiviti-aktiviti R & D

nya. Aktiviti-aktiviti R & D ini boleh dilaksa-nakan oleh syarikat secara persendirian atau-pun secara kontrek kepada pertubuhan-pertu-buhan R & D di negara ini. Bangunan daninfrastruktur yang ditubuhkan untuk maksudR & D oleh syarikat-syarikat yang berkenaanboleh dianggap sebagai bangunan perkilanganyang dapat insentif pengecualian cukai yangtertentu. Ini adalah satu cara untuk mengga-lakkan penyertaan pihak swasta dalam aktiviti-aktiviti R & D.

Kementerian saya telahpun mengendalikansessi-sessi dialog dengan pertubuhan ikhtisasdan saintifik dengan tujuan mencari jalan un-tuk meningkatkan lagi R & D di dalam sektorswasta. Kerajaan telahpun menubuhkan bebe-rapa institusi R & D seperti PORIM, RRIM,MARDI, FRI dan SIRIM yang boleh bertin-dak sebagai katalis kepada usaha penyelidikanyang dijalankan oleh pihak swasta. Dalampada itu, Kementerian saya menggalakkanusaha bersama di dalam penyetidikan di antarasektor swasta dengan mana-mana institusi pe-nyelidikan Kerajaan.

MEMORANDUM TERHADAP SEKOLAHMENENGAH SERI MAHKOTA

21. Tuan Gooi Hock Seng minta MenteriPelajaran menyatakan sama ada benar bahawa33 orang ibu bapa telah mengemukakan satumemorandum berkenaan integrasi bangsapelajar Sekolah Menengah Seri Mahkota diKuantan baru-baru ini. Jika ya menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan telah menjalankansebarang penyiasatan terhadap penga-duan tersebut;

(b) hasil-hasil penyiasatan tersebut.

Tuan Bujang bin Haji Ulis: Kementerian inisememangnya ada menerima memorandumtersebut. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pa-hang telah menjalankan siasatan lebih awal keatas kejadian pengaduan di Sekolah MenengahSeri Mahkota, Kuantan sebelum memoran-dum itu diterima. Daripada penyiasatan itudidapati disiplin di Sekolah ini pada keseluru-hannya adalah terkawal dan tindakan sewajar-nya telah diambil.

Page 26: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4353 26 JULAI 1985 4354

PETAK LETAK KERETA DIKUALA LUMPUR

22. Tuan Lee Lam Thye minta Menteri Wila-yah Persekutuan menyatakan:-

(a) sama ada beliau sedar bahawa dikeba-nyakan tempat dalam Bandaraya Ku-ala Lumpur hari ini, terutamanya da-lam kawasan Tigasegi Emas, pembi-naan bangunan berbilang tingkatyang terlalu banyak telah mengakibat-kan implikasi yang serius ke atas alamsekitar, iaitu kesesakan lalulintas, ke-kurangan petak letak kereta, jika se-dar, apakah tindakan yang Kemente-rian cadangkan untuk diambil bagimengatasi masalah ini; dan

(b) apakah langkah yang Kementerian-nya bercadang hendak ambil untukmengurangkan kesesakan lalulintaspada setiap hari dalam kawasan pem-bangunan yang padat dalam Bandara-ya seperti Jalan Ampang/Jalan TunRazak dan Jalan Cheras yang digu-nakan oleh penduduk-penduduk dari30 kawasan perumahan di kawasan-kawasan tersebut.

Datuk Shahrir bin Abdul Samad:(a) Saya memang sedar bahawa pembina-

an bangunan berbilang tingkat, teru-tamanya di dalam Kawasan TigasegiEmas (Golden Triangle), telah menga-kibatkan masalah kesesakan lalulintasserta kekurangan petak letak kereta.Masalah ini disebabkan oleh keranakebanyakan bangunan berbilang ting-kat ini adalah jenis perdagangan danpejabat, iaitu jenis kegunaan tanahyang mengakibatkan tumpuan trafikdan manusia berlebihan. Oleh halyang demikian, pada tahun lalu, telahmengarahkan kepada pihak peran-cang bandaraya Kuala Lumpur supa-ya tidak menggalakkan pembangunanjenis perdagangan dan pejabat di pu-sat bandaraya, seperti di Kawasan Ti-gasegi Emas, dan sebaliknya diberik-an galakan lebih kepada pembangun-an jenis kediaman. Pada kebiasaan-nya, pembangunan jenis kediaman,walaupun berbilang tingkat, tidak

akan mengakibatkan tumpuan trafikdan manusia yang berlebihan.

Memandang kepada masalah yangtelah dikemukakan dalam soalan AhliYang Berhormat itu, maka amatlahtepat sekali strategi pembangunan Ke-rajaan bagi Wilayah Persekutuan.Strategi pembangunan ini ialah deng-an merancangkan untuk pembangun-an sederhana di pusat bandaraya danpembangunan yang lebih pesat di ka-wasan luar dari pusat bandaraya. Me-lalui strategi ini akan diselerakkanpembangunan kepada keseluruhankawasan di Wilayah Persekutuan agarmasalah kesesakan lalulintas dan se-bagainya dapat dikurangkan. Dari as-pek dasar pengangkutan puia, pelak-sanaan sistem transit laju ringan(STLR) dan Aerobus akan dapat me-ngurangkan kemasukan kenderaanpersendirian di pusat bandaraya selaindari membantu pencapaian strategiuntuk menyelerakkan pembangunandi Wilayah Persekutuan.

(b) Langkah pertama yang telah diambiloleh Kerajaan ialah dengan memberinotis kepada Kelab Lumba Kuda Se-langor untuk berpindah dari kedudu-kannya sekarang di Jalan Ampang.Langkah pertama ialah dengan me-mindahkan urusan off course'nya keSungai Besi. Kelab ini akan berpindahdalam masa tiga tahun lagi dan secaralangsung ini akan mengurangkan ke-sesakan lalulintas khususnya di hu-jung minggu.

Langkah kedua ialah dengan me-rancangkan bagi menggantikan bula-tan-bulatan di Kuala Lumpur denganpersimpangan yang lebih sesuai sertameningkatkan kemampuan persimpa-ngan-persimpangan yang lain.

Selanjutnya di Jalan Cheras, Le-buhraya Perhubungan Timur-Barat(East-West Link) yang menghubung-kan Jalan Cheras ke Jalan Sungai Besi

Page 27: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4355 26 JULAI 1985 4356

dan Lebuhraya Seremban telah dica-dangkan, disamping untuk menge-maskinikan 2 buah bulatan di kilome-ter 5 dan 8 Jalan Cheras kepada 'gra-de-separated interchange' dan mem-besarkan bahagian jalan tersebut ke-pada 6 lorong. Di dalam perancanganprojek ini, bulatan Edinburgh akanjuga dijadikan sebagai persimpanganbertingkat. Kementerian saya berca-dang untuk menswastakan projek ter-sebut. Mengenai Jalan Ampang/JalanTun Razak pula, Dewan BandarayaKuala Lumpur telah mencadangkan'grade-separated interchange' yangdianggarkan menelan belanja seba-nyak $16.5 juta.

SEKOLAH — TAMBAHAN MASABELAJAR

23. Tuan Haji Seroji bin Haji Haron mintaMenteri Pelajaran menyatakan adakah Keraja-an sedar bahawa masa belajar sekolah dalamsetahun sekarang ini tidak mencukupi dan di-cadang untuk menambah masa atau hari bela-jar.

Tuan Bujang bin Haji Ulis: Untuk maklumanAhli Yang Berhormat Kementerian Pelajaranberpendapat bahawa masa yang ditetapkanuntuk tiap-tiap matapelajaran yang diajar se-karang ini adalah sesuai dan mencukupi untukmencapai objektif dan matlamat setiap mata-pelajaran, selaras dengan sukatan pelajaranyang sedia ada. Oleh itu Kemcnterian Pelajarantidak bercadang untuk menambah masa atauhari belajar ini.

PENYELIDIKAN TERHADAPTUMBUH-TUMBUHAN

24. Tuan Mamat Gha/alcc bin Abdul Rahmanminta Menteri Pertanian menyatakan adakahpenyelidikan yang komprehensif terhadaptumbuhan-tumbuhan yang boleh menjadi uba-t-ubatan. Jika ada apa hasilnya, dan apa lang-kah untuk eksploitasi bagi kegunaan perubat-an secara saintifik maupun secara tradisional.

Menteri Pertanian (Tuan Anwar bin Haji Ib-rahim): Setakat ini belum lagi terdapat suatulagi penyelidikan yang komprehensif terhadaptumbuhan-tumbuhan yang boleh menjadi uba-t-ubatan. Beberapa penyelidikan di dalam bi-dang-bidang tertentu telah dijalankan oleh ba-dan badan penyelidikan termasuk di MARDI.Penyelidikan di MARDI ditumpukan dalambidang pengumpulan dan pemilihan tumbu-han-tumbuhan dan sistem penanaman tumbu-han-tumbuhan yang boleh menjadi ubat-ubat-an, Langkah-langkah perlu sudah dan sedangdiambil untuk mempastikan supaya suatu pro-gram penyelidikan yang komprehensif dapatdiujudkan bersama-sama jabatan-jabatan daninstitusi yang terlibat di dalam bidang ini.

KEMPEN BELILAH BARANGANBUATAN MALAYSIA

25. Tuan Peter Chin Gan Oon minta MenteriPerdagangan dan Perindustrian menyatakansetakat tarikh ini apakah darjah kejayaan telahtercapai dengan kempen tersebut kepada ora-ng-orang individu bukanlah lebih baik kempentersebut diarahkan lebih kepada mereka yangmenggunakan barang baranganmodal/pelaburan dan barang-barang 'interme-diate' yang sama-sama dalam tahun 1984,menggunakan 'bulk' utama import, iaitu 33%dan 46% daripada import adalah bagi barangbarangan modal/pelaburan dan intermediatemasing-masing kerana barang barangan tahanlama pengguna diletakkan hanya 5% bil importMalaysia dalam tahun 1984.

Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd.Yassin:Kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'adalah ditujukan kepada semua sektor samaada pengguna individu atau sektor industriyang memerlukan barang-barang 'intermedia-te'. Usaha-usaha sedangpun dijalankan untukmenggalakkan mereka supaya menggunakanbahan-bahan dan teknologi tempatan yang se-suai, seperti pertandingan bagi merebut Anuge-rah Barangan Cemerlang dan Anugerah Ter-baik Barangan Cemerlang. Pertandingan terse-but bertujuan memilih dan membawa keperha-tian umum pekilang-pekilang tempatan yangberjaya mengeluarkan barang-barang yangbermutu, yang banyak menggunakan bahan-bahan dan teknologi tempatan. Pertandinganini akan dijalankan di lapan sektor industri

Page 28: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4357 26 JULAI 1985 4358

yakni sektor-sektor industri makanan, 'kimia,kejuruteraan, bahan binaan, tekstile dan pakai-an, getah dan pelastik, kayu dan kertas daneletrik & eletronik. Pemilihan akan didasarkankepada kriteria mutu, bahan tempatan danteknologi tempatan yang digunakan.

Sambutan dan penyertaan dalam pertan-dingan ini yang dianjurkan oleh Kementeriansaya amat memuaskan. Sebanyak 121 peki-lang-pekilang tempatan yang melibatkan seba-nyak 226 jenis barangan bertanding untuk me-rebut gelaran Anugerah Barangan Cemerlangdan Anugerah Terbaik Barangan Cemerlang.Ini dengan sendirinya menunjukkan keyakinanindustri-industri tempatan kita terhadap ke-mampuan masing-masing menghasilkan ba-rangan yang bermutu dan banyak mengan-dungi bahan-bahan tempatan serta menggu-nakan teknologi tempatan.

Perlulah saya menarik perhatian juga baha-wa negara masih perlu mengimport barangan'capital' atau 'intermediate' sekiranya tidak di-hasilkan dalam negeri.

SKANDAL PINJAMAN BMF

26. Tuan Sim Kwang Yang minta Menteri Ke-wangan menyatakan kemajuan yang dicapaioleh Kerajaan untuk membawa kemuka penga-dilan orang-orang yang bertanggungjawab ter-hadap skandal $2.5 billion BMF serta menda-patkan balik kepada Malaysia pinjaman-pin-jaman tersebut.

Dato Dr Tan Tiong Hong: JawatankuasaPenyiasat yang diketuai oleh Y.B. Tan SriAhmad Noordin telah mengambil keputusanmengemukakan beberapa 'brief dan laporankepada Bank Bumiputera Malaysia Berhad(BBMB). Melalui 'brief tersebut Jawatankua-sa itu melaporkan bahawa mereka sedang da-lam proses menyiapkan laporan akhir penemu-an-penemuan mereka dalam kes skandal pin-jaman BMF (Hong Kong) ini. Y.B. Tan SriAhmad Noordin telah berjanji kepada BBMBuntuk mengemukakan laporan akhir tersebutpada bulan April, yang lalu. Tetapi oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Jawatanku-asa tidak dapat menyiapkan laporan itu padatarikh yang dijanjikan. Berdasarkan 'brief

yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa,BBMB dan BMF (Hong Kong) telahpun mela-porkan kes ini kepada pihak polis tempatandan juga pihak-pihak berkuasa di Hong Konguntuk tindakan selanjutnya.

Berdasarkan kenyataan Peguam Negara ma-lalui akbhar-akhbar tempatan pada 1hb. Ju-lai, 1985 lalu, pihak polis telahpun selesai men-jalankan penyiasatan mereka ke atas kes ini.Peguam Negara juga telah menyatakan baha-wa tindakan udang-undang tidak dapat diam-bil di negara ini di atas kesalahan-kesalahanjenayah yang dilakukan di luar Malaysia. Sayatidak ada apa-apa tambahan kepada kenyata-an itu.

RASUAH AHLI POLITIK — TUDUHAN

27. Tuan Gooi Hock Seng minta Perdana Men-teri menyatakan:-

(a) keputusan hasil tangkapan 4,orangAhli Politik yang dipercayai ahli-ahliUMNO oleh Badan Pencegah Rasuahpada 16.10.84 di Lapangan TerbangAntarabangsa Pulau Pinang keranadituduh menerima rasuah sebanyak$700,000.00 dari seorang pemaju pe-rumahan bagi membolehkan pemajutersebut mendapatkan pinjaman seba-nyak $20 juta; dan

(b) menyatakan apakah tindakan yang te-lah diambil terhadap keempat-empatAhli Politik berkenaan.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Menyen-tuh bahagian pertama soalan Ahli Yang Ber-hormat itu, sebenarnya 3 orang ahli politiktelah ditahan pada 13 Oktober 1984 (bukannyapada 16 Oktober 1984) oleh pihak Badan Pence-gah Rasuah di Lapangan Terbang Antara-bangsa Pulau Pinang.

Berhubung bahagian kedua, sukalah sayanyatakan siasatan ke atas kes ini telahpun sele-sai di mana ketiga-tiga orang yang ditohmahitu telahpun dituduh di Mahkamah Pulau Pi-nang pada 1 Julai 1985 di bawah Seksyen 3(a)(ii)dan 3(a)(i) Akta Pencegah Rasuah 1961.

Page 29: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4359 26 JULAI 1985 4360

PEJABAT POS BARU DI KEPONG

28. Dr.Tan Seng Giaw minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan memandangkanbeliau telah menyatakan rancangan menga-dakan pejabat pos yang baru bagi KepongBaru di Dewan yang mulia ini, apakah sebab-sebab projek tersebut dilengahkan dan berapajumlah wang yang telah diperuntukkan bagiprojek ini.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (DatukLeo Moggie anak Irok): Untuk makluman AhliYang Berhormat, Kementerian saya telah me-masukkan Pejabat Pos Kepong Baru sebagaisatu cadangan di bawah Kajian Semula SeparuhPenggal RM4 dahulu tetapi telah tidak dilulus-kan. Oleh yang demikian, soal melengahkanprojek tersebut tidak berbangkit. Bagaimana-pun, cadangan ini telah dimasukkan semulasebagai satu cadangan projek di bawah Ran-cangan Malaysia Kelima dan setakat ini kepu-tusannya belum diketahui lagi.

PERWIRA HABIB BANK — TUDUHANRASUAH

29. Dr Chen Man Hin minta Menteri Kewang-an memberi butir-butir lanjut mengenai siasat-an yang dijalankan ke atas eksekutif-eksekutifpembangunan tinggi Perwira Habib Bank Ma-laysia Berhad sama ada komisyen atau sogok-an dituntut oleh mereka dan jika ya, sama adamereka akan dituduh dalam mahkamah.

(Sila lihat Jawapan No. 33 pada 24.7.85)

AGENSI LUAR BELANJAWAN (OBA)30. Tuan Gooi Hack Seng minta Menteri Ke-wangan menyatakan:-

(a) nama-nama 14 buah pihak berkuasaawam yang akan dikawal perbelanja-an mereka dengan segera sebagai satulangkah bagi meneliti perbelanjaannegara; dan

(b) butir-butir lengkap berkenaan garispanduan perbelanjaan agensi-agensiawam sebagaimana yang diumumkanbaru-baru ini.

Dato Dr Tan Tiong Hong:(a) Untuk makluman Ahli Yang Ber-

hormat, terdapat 40 buah Agensi-agensi Luar Belajawan yang akandiawasi oleh Kerajaan setakat ini dan14 buah agensi-agensi utama ataupuntradisional adalah seperti berikut:-

1. Lembaga Letrik Negara2. Lembaga Letrik Sabah3. Perbadanan Pembekalan Letrik

Sarawak4. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau

Pinang

5. Lembaga Pelabuhan Kelang6. Lembaga Pelabuhan Kuching7. Keretapi Tanah Melayu8. Jabatan Talikom9. Dewan Bandaraya Kuala Lum-

pur10. Majlis Perbandaran Pulau Pi-

nang

11. Majlis Perbandaran Ipoh

12. Majlis Perbandaran Melaka13. Lembaga Kemajuan Tanah Per-

sekutuan14. Pihak Berkuasa Kemajuan Peke-

bun Kecil Perusahaan Getah.(b) Satu jawatankuasa telah ditubuhkan

di Unit Perancang Ekonomi, JabatanPerdana Menteri dengan tujuan untukmengujudkan satu jentera pentadbir-an bagi mengkaji, mengawas dan me-luluskan perbelanjaan bagi Agensi-agensi Luar Belanjawan ini. Garispanduan yang sewajarnya akan dike-luarkan sedikit masa lagi mengenaiperkara ini.

CUKAI PERKHIDMATAN31. Tuan Lee Lam Thye minta Menteri Ke-wangan menyatakan berapa banyak rayuanyang telah diterima daripada pertubuhan yang

Page 30: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4361 26 JULAI 1985 4362

terlibat berkaitan dengan cukai perkhidmatansebanyak 10% yang dikenakan oleh Kerajaandan apakah langkah yang sedang diambil un-tuk menimbang rayuan-rayuan ini dan mengu-rang atau menghapuskan cukai perkhidmatan10% ini demi kepentingan pengguna dan parapengusaha restoran dan pusat-pusat makananyang terlibat.

32. Tuan Ng Cheng Kuai minta Menteri Ke-wangan menyatakan berapakah anggaran ku-tipan cukai servis di restoran berbanding deng-an jumlah sebenar yang diterima bagi tahun1983,1984 dan 1985; dan bilangan restoranyang telah menggulung tikar pada 1983,1984dan 1985.

Dato Dr Tan Tiong Hong: Pada petang inidua Ahli Yang Berhormat yang telah mem-bangkitkan soalan-soalan mengenai cukai per-khidmatan dan dengan izin saya ingin menja-wab kedua-dua soalan ini sekarang.

Mengenai soalan daripada Ahli Yang Ber-hormat dari Kuala Lumpur Bandar, saya inginmaklumkan bahawa setakat ini terdapat bebe-rapa persatuan/pertubuhan yang telah menge-mukakan rayuan supaya kadar cukai perkhid-matan 10% itu dikurangkan. Baru-baru inidalam Dailog Belanjawan 1986, dua buah pert-ubuhan iaitu Persatuan Hotel Malaysia danInstitut Akauntan Umum Malaysia telah mera-yu supaya Kerajaan menurunkan kadar cukaiperkhidmatan itu. Kementerian saya sedangmengkaji rayuan-rayuan tersebut.

Ahli Yang Berhormat dari Lumut pula telahmembangkitkan dua soalan dan jawapannyaadalah seperti berikut:-

Mengenai soalan pertama, saya ingin me-maklumkan bahawa Kementerian saya tidakmembuat anggaran bagi kutipan cukai per-khidmatan ke atas restoran-restoran akan teta-pi kutipan sebenar ke atasnya bagi tahun 1983ialah $37.8 juta sementara bagi tahun 1984 pulaialah $38 juta.

Mengenai soalan kedua, suka dimaklumkanbahawa bagi tahun 1983 sebanyak 61 buahrestoran yang tertakluk kepada cukai perkhid-matan telah menutup perniagaan mereka se-mentara bagi tahun 1984, angka tersebut ialah

83 buah. Bagi tahun 1985 angka tersebut masihbelum ditetapkan. Namun begitu, adalah wajardiperhatikan bahawa restoran-restoran baruyang telah mula membayar cukai perkhidmat-an bagi tahun 1983 ialah 18 buah manakalabagi tahun 1984 pula ialah 89 buah.

RUMAH-RUMAH PKEN — JUALAN

33. Tuan Mamat Ghazalee bin Abd.Rahmanminta Menteri Perusahaan Awammenyatakan:-

(i) bilangan Rumah kos Rendah, RumahKos sederhana, Rumah Kos Tinggiyang telah dibina oleh PKEN-PKENdalam tempoh 1981 sekarang, dan be-rapa pelaburannya;

(ii) berapa rumah-rumah PKEN yang ti-dak dapat dijual, dan mengapa. Apalangkah-langkah untuk atasinya; dan

(iii) apa peranan bank-bank dan institusi-institusi kewangan membantu PKENmenjayakan program-program peru-mahan mereka.

Tuan Daud bin Dato Haji Taha:

(i) Sepanjang tempoh 1981 hingga seka-rang sejumlah 60,144 unit telah dapatdisiapkan oleh PKEN-PKEN denganjumlah pelaburan sebanyak $2,317.7juta. Daripada jumlah itu sejumlah28,086 unit adalah merupakan RumahKos Rendah, 27.674 unit rumah kossederhana dan 4,384 unit rumah kostinggi.

(ii) Pada masa ini sejumlah 13,027 unitrumah yang telah disiapkan olehPKEN-PKEN masih dalam peringkatpenjualan. Daripada jumlah ini seba-nyak 126 unit sahaja merupakan ru-mah-rumah kos rendah.

Perkara ini berlaku adalah berikutan dengankelembapan pasaran harta yang pada keseluru-hannya berpunca dari:-

(i) kekurangan kuasa membeli (purcha-sing power) lanjutan dari kelembapanekonomi pada amnya.

Page 31: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4363 26 JULAI 1985 4364

(ii) Syarat-syarat pinjaman yang diperke-tatkan sama ada bagi pinjaman Kera-jaan mahupun pinjaman bank.

(iii) kadar faedah yang tinggi;(iv) kadar gaji yang telah ditetapkan oleh

pihak bank bagi tujuan pinjaman;(v) quota jualan kepada Bumiputra;(vi) sikap pembeli yang lebih suka kepada

rumah jenis teres berbanding denganrumah pangsa (flat) sedangkan atassebab-sebab kekurangan tanahPKEN terpaksa membina rumah pan-gsa; dan

(vii) sikap pembeli yang menunggu hargaturun, lebih-lebih lagi dalam keadaanpasaran lembab seperti sekarang.

Masalah-masalah yang dihadapi adalah di-luar kawalan PKEN-PKEN. Namun begituusaha-usaha sedang dan akan terus diambildari segi strategi perlaksanaan dan pemasaranbagi menyesuaikan dengan keadaan perseki-taran yang telah berubah. Antara tindakan-tindakan yang akan diambil ialah:-

(i) potongan harga;(ii) memudahkan syarat-syarat jualan mi-

salnya memansuhkan bayaran 10%pendahuluan semasa menandatanganijualbeli;

(iii) membenarkan Bumiputra membeli le-bih dari satu unit;

(iv) menjalankan kajian yang lebih telitidari segi pasaran, kos, harga jualan,rekabentuk dan lokasi serta kemam-puan pembeli sebelum melaksanakanprojek-projek baru; dan

(v) meningkatkan usaha-usaha kos 'sa-ving' dalam pengurusan rekabentukdan bahan-bahan yang digunakan.

(III) Bagi membantu PKEN-PKEN menja-yakan program-program perumahanmereka pihak bank/institusi kewangantelah mengadakan 2 bentuk pinjamankepada PKEN-PKEN iaitu:-(i) Pinjaman Perantaraan (Bridging

Finance) dan 'Term Loan' kepada

PKEN-PKEN bagi membiayai pe-laksanaan projek-projek perumah-an.

(ii) Pinjaman Akhiran (End-Finance)kepada pembeli-pembeli bagimembeli rumah-rumah yang dibi-na oleh PKEN-PKEN. Bagaima-napun kelulusan pinjaman ini ada-lah bergantung kepada kedudukankewangan (Credit Starting) pembe-lli-pembeli.

MAN HANDLING TERHADAP Y.B.YEWFOO MENG DI LOME (TOGO)

34. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri LuarNegeri menyatakan sama ada Kerajaan telahmenyiasat ke dalam aduan yang dibuat menge-nai Man Handling' dan layanan memalukanyang dialami oleh seorang anggota delegasiMalaysia ke persidangan Kesatuan AntaraParlimen yang diadakan di Lome (Togo), danjika benar, apakah langkah-langkah Kerajaantelah diambil untuk memprotes kepada Keraja-an Togo terhadap kelakuan seumpama itu, dansekiranya aduan tersebut tidak berasas, apakahtindakan Kerajaan terhadap sipengadu berke-naan, yakni Ahli Parlimen Menglembu, YangBerhormat Yew Foo Meng, kerana mencemarimej dan reputasi antarabangsa Malaysia.

Menteri Luar Negeri (Tengku Dato' AhmadRithauddeen Al-Haj): Pada pengetahuan saya,Kementerian Luar Negeri tidak menerima apa-apa aduan mengenai kejadian yang dikatakanberlaku di Lome (Togo), kepada Ahli ParlimenMenglembu, Y.B.Yew Foo Meng, apabila beli-au menghadiri persidangan Kesatuan AntaraParlimen di sana.Setahu saya, Sekretariat Ke-satuan Antara Parlimen di Kuala Lumpur jugatidak menerima apa-apa aduan.

PEMASTAUTIN TETAP CINA

35. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri DalamNegeri menyatakan berapa ramai pemastautintetap Cina yang tidak bernegeri di Malaysiayang telah menggunakan peluang PerjanjianPeking (Peking Communique) yang dimeteraiantara Malaysia dan Cina pada Mei 31, 1974

Page 32: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4365 26 JULAI 1985 4366

oleh Tun Razak dan Chow En Lai untuk diikti-rafkan sebagai warganegara Republik RakyatCina, dan nyatakan jumlah bilangan orang-orang Malaysia yang mungkin boleh menggu-nakan peluang Perjanjian Peking itu untukdiiktirafkan sebagai warganegara RepublikRakyat Cina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Radzibin Sheikh Ahmad): Mengikut rekod Kemente-rian Dalam Negeri, tidak ada.

PEMANDU KENDERAAN —PERTOLONGAN KECEMASAN

36. Tuan V. Govindaraj minta Menteri Pe-ngangkutan menyatakan sama ada pihak Ke-menterian ingin menetapkan bahawa setiappemandu bas dan kenderaan-kenderaan awamseharusnya mempunyai sijil pertolongan kece-masan bagi membolehkan mereka memberipertolongan kecemasan kepada penumpang-penumpang sewaktu kecemasan.

Puan Hajjah Rahmah binti Othman: Cadang-an bagi tiap-tiap pemandu kenderaan perkhid-matan awam supaya mempunyai sijil perto-longan kecemasan adalah molek dan bolehdikaji oleh Kementerian saya bersama denganKementerian Kesihatan yang merupakanagensi bersesuaian untuk memberi pelajarandan latihan mengenai pertolongan kecemasanserta mengeluarkan sijil-sijil berkenaan.

Dalam hubungan ini sukalah saya memak-lumkan bahawa Ordinan Lalulintas Jalan 1958juga mempunyai peruntukan-peruntukan dibawah undang-undang subsidiarinya bahawakenderaan-kenderaan perkhidmatan awamyang mempunyai tempat duduk melebihi 7penumpang dikehendaki mengadakan di da-lam kenderaan-kenderaan tersebut kotak me-ngandungi alat-alat pertolongan cemas yangteratur dan boleh digunakan. Jabatan Pe-ngangkutan Jalan dalam ceramah-ceramahatau temuduga-temuduga yang dijalankan darimasa ke semasa sebelum pemandu-pemandudan konduktor-konduktor diberi lesen-lesenvokesyenal memasukkan juga elemen keperlu-an undang-undang mengenai penggunaan alat-alat pertolongan kecemasan ini.

PROJEK MEWAH

37. Tuan Khadri bin Sabran minta PerdanaMenteri menyatakan apakah langkah-langkahyang sedang dan akan dilaksanakan supayaKerajaan tidak lagi melaksanakan projek-pro-jek yang bercorak terlalu mewah di dalamnegara ini sesuai dengan hasrat yang disuarak-an oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysiabaru-bam ini.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Sepertiyang telah saya beritahu Dewan Rakyat pada17hb. Julai, 1985, sehingga masa ini Kerajaantidak mempunyai definisi teknikai bagi projekmewah dan projek keperluan. Di samping ituDewan Rakyat juga telah dimaklumkan baha-wa semua projek-projek pembangunan yangtelah dikenalpasti dan diluluskan oleh Parli-men bagi masa yang lepas adalah projek-projekyang amat perlu dan penting bagi pembangun-an masyarakat dan negara.

SKANDAL PINJAMAN BMF — PINDAANUNDANG-UNDANG

38. Tuan Chan Kok Kit minta Perdana Menterimenyatakan sama ada Kerajaan bersedia me-minda undang-undang negara yang sedia adauntuk membawa kemuka pengadilan orang-orang yang terlibat dalam skandal pinjamandollar 2.5 billion Bumiputra Malaysia Financeseperti yang disarankan oleh bekas PerdanaMenteri Tun Hussein Onn, jika ya, beri butir-butir lanjut, jika tidak mengapa.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Kerajaanmemang bersedia meminda mana-mana unda-ng-undang sekiranya tindakan sedemikianadalah perlu demi kepentingan negara dan bo-leh dilakukan tanpa mengenepikan keadilandan kebebasan rakyat jelata. Bagaimanapun,berhubung dengan pemberian pinjaman-pin-jaman oleh Bumiputra Malaysia Finance Ltd.,sebarang tindakan bagi meminda undang-un-dang berkenaan akan menjadi, dengan izin'an exercise in futility'. Ini adalah oleh keranaPerkara 7 Perlembagaan Persekutuan mela-rangkan apa-apa undang-undang jenayah di-buat secara kebelakangan.

Page 33: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4367 26 JULAI 1985 4368

Selain daripada itu, walaupun nampaknyamereka yang terlibat dalam pemberian pinja-man-pinjaman itu telah melakukan suatu kesa-lahan pecah amanah jenayah, keterangan yangterdapat di Malaysia tidak mencukupi untukmematutkan pendakwaan dijalankan. Ini ada-lah begitu halnya disebabkan peramanahan(entrustment) dan penggelapan (embezzle-ment) itu adalah perbuatan yang dilakukan diHongkong. Oleh yang demikian, perlulah kitamendapatkan saksi-saksi dari Hongkong un-tuk memberi keterangan di Malaysia dan me-ngemukakan dokumen-dokumen yang berhu-bungan dengan transaksi itu yang kini terdapatdi Hongkong supaya dikemukakan di Malay-sia. Kita tidak ada cara (means) untuk memak-sa saksi-saksi ini supaya memberi kenyataandan memberi keterangan dalam mahkamah disini atau mengemukakan dokumen-dokumenyang berkaitan itu. Tiada apa-apa undang-undang boleh dibuat untuk memaksa saksi-saksi di luar bidang kuasa Malaysia supayahadir dalam mahkamah di Malaysia dan me-ngenakan hukuman tertentu ke atas merekakiranya mereka itu enggan berbuat demikian.

Memandangkan kepada sebab-sebab terse-but, kita tidak dapat mendakwa di Malaysiamereka yang terlibat dalam pemberian pmja-man-pinjaman berkenaan tanpa kebenaran se-wajarnya.

USUL MENANGGUHKAN MESYUARATDIBAWAH PERATURAN MESYUARAT 18:

HUKUMAN MATI KE ATAS SIM KEECHONG

4.05 ptg.

Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka): TuanYang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peratur-an Mesyuarat 18(1) untuk memohon kebenar-an menagguhkan Majlis Mesyuarat dan usulsaya yang berbunyi:

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat18, Dewan ini mengizinkan Ketua Pem-bangkang, Yang Berhormat Tuan Lim Kit

Siang untuk menangguhkan Majlis Mesyu-arat ini untuk berunding satu perkara ter-tentu, kepentingan orang ramai yang ber-kehendak disegerakan, yakni pelaksanaantidak lama lagi hukuman mati ke atas SimKee Chong berumur 28 tahun kerana iaadalah satu perkara tertentu, kepentinganorang ramai yang berkehendak disegerak-an berasaskan kepada alasan-alasan beri-kut:

(1) Sim Kee Chong telah disabit dan dihu-kum mati di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri 1960 oleh MahkamahTinggi Kuala Lumpur pada 18hb Jun,1983 kerana memiliki secara haramRevolver Jenis .38 Special Smith danWeston, serta 5 butir peluru jenis .38Special. Rayuan Sim ke MahkamahPersekutuan telah ditolak pada 28hbOktober, 1983. Sim sepatutnya digan-tung pada 3hb Julai, 1985, akan tetapisehari sebelum itu, iaitu pada 2hb Ju-lai, 1985 beliau berjaya mendapatkansatu perintah menangguhkan pelaksa-naan hukuman itu daripada Yang ArifHakim Harun Hashim sementara me-nunggu keputusan mengenai saman-nya terhadap Lembaga PengampunanBerkuasa Penjara Pudu dan Kerajaan.Pada 16hb Julai, 1985 Kerajaan telahberjaya dalam permohonannya untukmengenepikan writ samannya sertamembatalkan perintah menangguh-kan pelaksanaan hukuman itu. Mah-kamah Agong telah mendengar rayu-an Sim di Ipoh pada hari Isnin, bersa-maan 22hb Julai, 1985 dan telah me-nolak rayuan tersebut pada hari ke-mudiannya di mana Hakim BesarYang Arif Tan Sri Abdul Hamid telahberkata bahawa kuasa Lembaga Pe-ngampunan ialah, dengan izin, prero-gative of mercy which is not subject toreview by the Court. Akibat ini tanpaperintah menangguhkan pelaksanaanhukuman itu Sim boleh digantungpada bila-bila masa sahaja.

(2) Sim telah dihukum mati kerana perun-tukan hukuman mati wajib yang ter-dapat di dalam Akta KeselamatanDalam Negeri di bawah mana beliau

Page 34: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4369 26 JULAI 1985 4370

didakwa pada hal beliau tidak sepa-tutnya menghadapi hukuman mati ke-rana kesalahan yang dilakukannya,terutama sekali memandangkan tiadabukti dalam mahkamah yang menun-jukkan Sim terlibat dalam apa-apakegiatan subversif atau keganasan ter-ancam, kebengisan malah kekejamanAkta Keselamatan Dalam Negeridengan peruntukan hukuman mati se-cara wajib yang menafikan para Ha-kim kuasa budibicara untuk menge-nakan hukuman hendaklah dilunaksekiranya keyakinan orang ramai da-lam keadilan sistem undang-undangtidak terlemah.

(3) Ketidakadilan dalam penggantunganSim akan menjadi ketara apabilaorang ramai menimbang kes bekasMenteri Kabinet, Mokhtar Hashimyang disabit dan dihukum mati keranamenggunakan senjatapi serta membu-nuh Yang di-Pertua Dewan Undang-an Negeri Sembilan yang mana hu-kuman matinya telah dikurangkan ke-pada hukuman seumur hidup dan ke-salahan Mokhtar Hashim adalah lebihserius.

(4) Sungguhpun mahkamah tidak bo-leh mengulang kaji keputusan-kepu-tusan yang dibuat oleh Lembaga Pe-ngampunan, namun adalah menjaditanggungjawab Parlimen untuk berse-laras dengan pendapat dan aspirasiawam dan hendaklah mengiktirafkandengan serta-merta akan rasa marahorang ramai terhadap ketidakadilanyang berlaku dalam kes Sim KeeChong berbanding dengan kes Mokh-tar Hashim yang bukan sahaja akanmelemahkan dengan seriusnya keya-kinan orang ramai dalam kewibawaansistem undang-undang, impartialityLembaga Pengampunan, tetapi jugaerti dan nilai jaminan Perlembagaanseperti tercatit dalam Perkara 8 Per-lembagaan Malaysia yang mengisyti-harkan bahawa semua orang adalahsama disisi undang-undang dan ber-hak menerima perlindungan yangsama daripada undang-undang.

Sebab kelima, bahawa disebabkan Parlimenadalah forum yang terakhir sekali di mana rasapandang berat orang ramai boleh dilahirkanuntuk mempastikan keyakinan orang ramaidalam kewibawaan sistem undang-undang, im-partiality Lembaga Pengampunan dan erti se-benar Perkara 8 Perlembagaan tidak terjejasdengan seriusnya, maka Parlimen hendaklahmenyediakan peluang serta-merta untuk mem-perlihatkan rasa pandang berat orang ramaiserta menyertai rayuan-rayuan awam yang di-buat kepada Lembaga Pengampunan untukmengurangkan hukuman mati Sim kepada hu-kuman seumur hidup bukan sahaja berasaskankepada pertimbangan di atas tetapi juga darisegi peri kemanusiaan, dan

Keenam, yang akhirnya untuk mempastikankeyakinan berterusan orang ramai dalam sis-tem undang-undang dan keadilan kita Parli-men hendaklah menimbangkan sama ada ha-rus diadakan pindaan-pindaan Perlembagaanuntuk mencegah diskriminasi kelas daripadaberlaku dalam pelaksanaan prerogative belaskasihan oleh Lembaga Pengampunan. Sekian,terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Ber-hormat, kita baru sahaja mendengar teks Usulyang dibacakan oleh Ahli "Yang Berhormatdari Kota Melaka meminta kebenaran hendakmencadangkan supaya Majlis Mesyuarat iniditangguhkan hari ini dengan tujuan hendakmembincangkan suatu perkara tertentu berke-naan kepentingan orang ramai yang berkehen-dak disegerakan.

Saya telah menerima Pemberitahu Usul itupagi tadi. Seperti yang diperuntukkan di dalamPeraturan Mesyuarat 18(2) Tuan Yang di-Pert-ua hendaklah menolak permintaan itu kecualijika beliau puas hati bahawa perkara yangdibangkit itu menepati tiga syarat, iaitu satu,perkara itu perkara tertentu, kedua, ia berkait-an dengan kepentingan orang ramai, dan keti-ga, ia mustahak disegerakan.

Setelah meneliti Pemberitahu Usul AhliYang Berhormat itu saya mendapati iaitu per-kara satu, perkara tertentu. Pada fikiran sayaperkara ini bukanlah boleh dikatakan satu per-kara yang tertentu atau definite kerana seperti

Page 35: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4371 26 JULAI 1985 4372

yang disebut di dalam Usul itu tujuannya Parli-men hendaklah menimbang sama ada harusdiadakan pindaan-pindaan Perlembagaan un-tuknya. Ini pada fikiran saya bukanlah satuperkara yang definite.

Dari segi kepentingan orang ramai, sayaboleh menerima bahawa perkara ini adalahkepentingan orang ramai. Dan yang ketiga,perkara yang mustahak disegerakan. Perkarapengampunan adalah hak keistimewaan prero-gative Duli Yang Maha Mulia Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong adalah me-nyentuh soal Perlembagaan sebagaimana yangdiperuntukkan di dalam Perkara 42 Perlemba-gaan Persekutuan dan lagi perkara ini jugaadalah menyentuh kuasa-kuasa mahkamahyang juga telah ditentukan di dalam Perlemba-gaan. Oleh sebab perkara-perkara ini adalahsulit dan tidak dapat diselesaikan di dalammasa yang singkat, maka yang demikian sayafikir tidak dapat disegerakan. Oleh itu, sayamenolak Usul Yang Berhormat itu.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANGPENCEN (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi me-nyambung semula perbahasan yang ditangguh-kan atas masalah 'Bahawa Rang Undang-un-dang ini dibacakan Kali Yang Keduasekarang. (25hb Julai, 1985)

4,15 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Mcnteri (Dato'Mohamed Khalil bin Yaakob): Tuan Yang di-Pertua, semalam saya berhenti apabila sayamemberi tafsiran mengenai gaji akhir dan tem-poh perkhidmatan yang boleh diambil kirahendaklah diubahsuai. Bagi menampung kospencen seseorang pegawai semasa berkhidmatdengan pihak swasta berkenaan di mana tem-poh itu akan diambil kira, syarikat berkenaanadalah dikehendaki mencarum sebanyak17 1/2% daripada gajinya kepada Kerajaan.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikanMesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang serupakepada seksyen 13 dan seksyen-seksyen yangberkaitan Akta Pencen (Pihak Berkuasa Berka-nun dan Tempatan) 1980 telahpun dibentangdan diluluskan oleh Parlimen dalam persida-ngannya yang berlangsung pada bulan Aprilyang lalu. Kali ini pindaan adalah dicadangkankepada seksyen 12A Akta Pencen, 1980 yangkhusus bagi Perkhidmatan Awam. Saya sukamengulangi bahawa pindaan yang dicadang-kan kepada seksyen 12A ini ialah bagi memper-luaskan pemakaiannya kepada sebarang orga-nisasi tidak kira sama ada Kerajaan mempun-yai kepentingan secara langsung ataupun tidaklangsung.

Pindaan-pindaan lain yang dicadangkan ia-lah bagi membolehkan seseorang pegawai te-tap yang telah disahkan dalam jawatan tetapibelum diberi taraf berpencen layak menerimafaedah pencen sekurang-kurangnya 1/5 daripa-da gaji akhir yang diterima apabila disarakanatas sebab penswastaan.

Bagi tujuan perkiraan faedah persaraan,tempoh perkhidmatan yang akan diambil kirahendaklah termasuk tempoh perkhidmatan disyarikat swasta semasa pegawai berkenaan me-nerima gaji dan terma serta syarat-syarat Per-khidmatan Awam manakala gaji akhir yangdipakai hendaklah berdasarkan gaji akhir yangditerima sebelum ditawarkan tanggagaji swas-ta. Faedah persaraan yang dilayakki itu akandibekukan bayarannya sehingga seseorang pe-gawai tetap yang disarakan atas sebab pens-wastaan mencapai umur 45 tahun bagi pegawaiwanita dan 50 tahun bagi pegawai laki-laki.Walau bagaimanapun, dalam keadaan di manaperkhidmatannya ditamatkan atas sebab kesi-hatan ataupun atas sebab pengurangan perbe-lanjaan oleh syarikat swasta dalam keadaanyang tertentu faedah persaraannya adalah di-cadang dibayar sungguhpun pegawai berkena-an belum meningkat umur persaraan pilihansendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menca-dangkan.

Page 36: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4373 26 JULAI 1985 4374

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pat-hmanaban): Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmenyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, masalah di hadapan Majlis ialahRang Undang-undang bernama Suatu Aktauntuk meminda Akta Pencen, 1980 dibacakankali kedua sekarang dan terbuka untuk diba-has.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sayakemukakan masalah kepada Majlis bagi dipu-tuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Unda-ng-undang ini dibacakan kali yang kedua seka-rang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan di-setujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yangkedua dan diserahkan kepada Dewan sebagaiJawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Rang Undang-undang ditimbangkan dalamJawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikanJawatankuasa)

Fasal 1hingga 7 diperintahkan jadi sebahagi-an daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengantidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketigadan diluluskan.

USUL

JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN— DASAR EKONOMI BARU

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput AhliYang Berhormat daripada Kota Melaka.

4.24 ptg.

Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka): TuanYang di-Pertua, saya mencadangkan:

Bahawa Dewan ini memutuskan baha-wa dalam membuat persediaan bagi Ran-cangan Malaysia Kelima 1986 — 1990,Dewan ini menubuhkan sebuah Jawatan-kuasa Pilihan Parlimen untuk menyiasatke dalam ketidakadilan dan ketidaksak-samaan Dasar Ekonomi Baru yang telahgagalkan matlamat serampang dua matauntuk membasmi kemiskinan tanpa me-ngira kaum serta menyusun semula ma-syarakat Malaysia untuk menghapuskanidentifikasi kaum dengan kerja, atau lok-asi serta juga matlamat menyeluruh un-tuk mencapai perpaduan negara.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Dasar Eko-nomi Baru diisytiharkan dalam tahun 1970,dasar tersebut telah diumumkan sebagai mem-punyai matlamat serampang dua mata untukmembasmi kepada kemiskinan tanpa mengirakaum serta untuk menyusun semula masyara-kat Malaysia untuk menghapuskan pengenal-an kaum dengan kerja atau lokasi tetapi lebih-lebih penting lagi daripada kedua-dua matla-mat Dasar Ekonomi Baru ini ialah matlamatkeseluruhannya untuk mencapai perpaduannegara yang mengelak Malaysia sejak Merdekatahun 1957.

Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai ba-tasan masa 20 tahun dari 1970 kepada 1990telah gagal menjadi alat utama bagi menyatuk-an rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, baha-sa, budaya dan agama supaya menjadi rakyatMalaysia yang satu, yang mempunyai identitikesedaran dengan izin, sense of purpose yangsemua bersama walaupun dasar tersebut telahberjalan selama hampir 15 tahun.

Ini jelas dibuktikan dengan pengakuan pe-mimpin-pemimpin Barisan Nasional, khasnyaYang Amat Berhormat Timbalan PerdanaMenteri pada bulan Julai tahun lalu di manabeliau telah berkata bahawa polarisasi kaum diMalaysia telah menjadi begitu serius sehinggaia menjejas murid-murid sekolah.

Page 37: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4375 26 JULAI 1985 4376

Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja telahgagal mencapai perpaduan negara tetapi iajuga telah menjadi punca perpecahan yang pa-ling dahsyat sekali di negara ini yang menciptarasa perenggangan dan permusuhan. Tidakada seorang pun rakyat Malaysia yang mem-bantah kedua-dua matlamat Dasar EkonomiBaru.

Untuk membasmi kemiskinan tanpa mengi-ra kaum penyusunan semula masyarakat Ma-laysia untuk menghapuskan pengenalan kaumdengan kerja atau lokasi, boleh dikatakan tan-pa sebarang kontradiksi bahawa selepas 15tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Da-sar Ekonomi Baru telah gagal dalam kedua-dua matlamatnya itu. Kemiskinan tulin samaada di kalangan orang-orang Semenanjung,Sabah atau Sarawak masih menjadi satu masa-lah yang sukar diatasi dengan jurang antaraorang-orang kaya dan orang-orang miskinmenjadi makin luas di bawah Dasar EkonomiBaru.

Walaupun Kerajaan Barisan Nasional telahmengheboh-hebohkan tentang betapa seriu-snya masalah kemiskinan orang-orang Mela-yu, masalah jurang antara orang-orang Melayumiskin dan sekelas kecil orang-orang Melayukaya akibat Dasar Ekonomi Baru yang dapatmengumpul begitu banyak harta dan kekayaanbernilai beratus-ratus juta ringgit dalam tem-poh beberapa tahun sahaja telah menjadi lebihrumit di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Mengikut angka pemerintah sendiri kira-kira 30.3% rakyat hidup di bawah garis kemis-kinan dalam tahun 1983. Kadar kemiskinan dikawasan-kawasan desa sebenarnya bertambahdari 37.4% pada tahun 1980 kepada 41.6%pada tahun 1984. Di kawasan bandar sebalik-nya sungguhpun kadar kemiskinan menurun1.5% sahaja iaitu dari 12.6% pada tahun 1980kepada 11.1% pada tahun 1983, masalah inikita boleh lihat ialah satu masalah begitu seriussama ada daripada segi kemiskinan relatif ataukemiskinan absolute.

Antara golongan yang paling miskin ialahpenoreh getah, pekebun kecil kelapa dan kela-pa sawit, pesawah padi, nelayan, pekerja la-dang, orang Asli, penghuni kampung-kam-pung baru dan mereka yang berpendapatanrendah di bandar-bandar.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat kedua un-tuk menyusun semula masyarakat Malaysiatelah dilaksanakan dengan cara amat diskri-minasi dan selektif sehingga ia mencipta perpe-cahan dan ketidakharmonian dan bukannyasahaja perpaduan negara.

Apabila DEB dilancarkan dalam tahun1970, Perdana Menteri demi Perdana Menteri— Perdana Menteri demi Perdana Menteri —telah berikrar bahawa dalam pelaksanan DEB.Kerajaan akan mempastikan tiada mana-managolongan tertentu yang akan mengalami keru-gian atau merasa dinafikan sesuatu, akan tetapiikrar dan prinsip cardinal DEB ini nampaknyatidak dihiraukan begitu seringkali dalam per-laksanaanya sehingga seseorang berhak berta-nya-tanya sama ada untuk tidak menghirau-kannya telah menjadi satu keputusan dasar.

Kes Stesyen Minyak Petrol Boon Brothers diSitiawan, Perak adalah satu contoh yang palingbaik berhubung dengan ketidakadilan dan ke-tidaksaksamaan yang diwujudkan oleh DEB.Boon Brothers telah menjalankan perniagaanstesyen minyak selama 60 tahun tetapi selepastamatnya pajakan atau lease stesyen minyakitu, Kerajaan Negeri Perak enggan membaha-rui pajakan tersebut untuk membolehkan BoonBrothers meneruskan perniagaan tradisi ste-syen minyak petrol yang telah dikendalikansekian lama itu. Tidak ada seorang pun akanmerungut sekiranya Kerajaan Negeri Perakberkehendakkan tanah tersebut untuk tujuanawam tetapi apa yang dibuat oleh KerajaanNegeri Perak ialah untuk memberi pajakantersebut kepada sebuah syarikat bumiputeraManjong Development Sdn. Bhd. yang mem-punyai modal berbayar sebanyak $4 sahajauntuk menjalankan perniagaan steyen minyakpetrol yang sama. Sekiranya ini bukan kesDEB yang menyebabkan kerugian atau mena-fikan rakyat Malaysia hak-hak dan cara hidup

Page 38: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4377 26 JULAI 1985 4378

tradisional mereka, maka saya tidak tahu apa-kah itu hak-hak mereka. Kerajaan Negeri Pe-rak haruslah memanggil Syarikat Manjong De-velopment Sdn. Bhd. dan meminta Pengarah-pengarah Syarikat tersebut bersetuju menye-rahkan balik pajakan tersebut kepada Keraja-an supaya pajakan tersebut boleh diperbaharuiuntuk membolehkan Boon Brothers menerus-kan dengan perniagaan stesyen minyak petrol-nya, sementara Kerajan Perak boleh mengurni-akan sebidang tanah lain di Sitiawan kepadaSyarikat Manjong Development Sdn. Bhd.Dengan cara ini hak dan kepentingan semuapihak di bawah DEB dapat dipelihara.

Ketidakadilan dan ketidaksaksamaan DEBtidaklah terhadap kepada kes Boon Brotherssahaja tetapi meliputi dalam semua bidanghidup dalam negara kita. Pihak Barisan Nasio-nal haruslah menyedari bahawa sekiranya pro-ses penyusunan semula dihadkan kepada sek-tor-sektor, golongan-golongan tertentu sahajaatau membabitkan kaum-kaum tertentu saha-ja, maka ia akan bertentangan dengan matla-mat keseluruhan DEB untuk mewujudkan per-paduan negara kerana ia akan mencipta ketida-kadilan-ketidakadilan dan ketidaksaksamaan-ketidaksaksamaan yang baru.

Perkhidmatan awam seperti yang diakuipada akhirnya oleh Presiden MIC merangkapMenteri Kerjaraya adalah satu bidang signifik-an yang sudah pun dipolarisasikan oleh dasar-dasar yang bersifat diskriminotori berhubungdengan peluang-peluang pengambilan dan ke-naikan pangkat bagi kakitangan-kakitanganawam bukan Melayu. Sungguhpun Menteri-menteri UMNO telah menafikan wujudnya di-skriminasi dalam peluang-peluang pengambil-an dan kenaikan pangkat bagi kakitangan-kakitangan Kerajaan bukan Melayu hanya pe-mansuhan dasar-dasar bersifat diskriminotoriseumpama itu boleh membantu mencapai per-paduan negara. Umpamanya, sejak dua dekadyang lalu tidak seorang bukan Melayu dilantikke jawatan Naib Canselor mana-mana daripa-da ketujuh-ketujuh universiti yang terdapat dinegara ini. Apakah ini disebabkan kerana tidakada seorang bukan Melayu pun yang layakmemegang jawatan-jawatan Naib Canselor diuniversiti-universti tempatan di Malaysia?

Selanjutnya pegawai Kerajaan yang palingkanan sekali telah di'by-pass' baru-baru inibagi jawatan Ketua Setiausaha Negeri (KSU)kerana beliau adalah seorang bukan Melayu,sungguhpun beliau tidak kalah kepada sesiapapun dari segi pengalaman, kebolehan dan keka-nanan. Bukankah dasar ini dalam perkhidmat-an awam bersifat diskriminotori yang menje-jaskan secara tidak adil peluang-peluang ke-naikan pangkat pegawai-pegawai awam bukanMelayu?

Timbalan Yang di-Pertua: Minta penjelasan,Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Menteri Pelajaran (Tuan Bujangbin Haji Ulis): Ahli Yang Berhormat dari KotaMelaka itu mengatakan Pegawai Ketua Setiau-saha Negeri, adakah itu tepat ataupun yangdisebutkan itu betul atau tidak. bolehkah YangBerhormat itu menjelaskan?

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh Ahli YangBerhormat menjelaskan?

Tuan Lim Kit Siang: Saya percaya YangBerhormat Timbalan Menteri sendiri patut le-bih tahu dan faham mengenai perkara ini.Baiklah, SUK.

Timbalan Yang di-Pertua: Apa itu SUK, AhliYang Berhormat?

Tuan Lim Kit Siang: Setiausaha KerajaanNegeri atau Chief Secretary.

Timbalan Yang di-Pertua: State Secretary,

Tuan Lim Kit Siang: Chief Secretary.

Timbalan Yang di-Pertua: Chief Secretary,KSN.

Tuan Lim Kit Siang: Ya, saya di sini adacatitan, Setiausaha Negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan, Ketua Se-tiausaha Kerajaan, Ketua Setiausaha Negara.

Tuan Lim Kit Siang: Ketua Setiausaha Nega-ra. Oh, Yang Berhormat Timbalan Menterimahu betulkan itu istilahlah. Tidak menafikan

Page 39: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4379 26 JULAI 1985 4380

mengenai fakta. Baiklah, terima kasih. Ini me-nunjukkan bahawa apa yang saya cakap ada-lah benar, tidak mahu membetulkan fakta-fakta tetapi oleh kerana nama jawatan adasedikit silap. Saya terima kasih kepada YangBerhormat Timbalan Menteri tetapi itu me-nunjukkan apa yang saya kata adalah benar,Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Ahli YangBerhormat, penjelasan atau minta jalan?

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria: Pen-jelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Diizinkan.

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria: Terima ka-sih, Tuan Yang di-Pertua. Ketua Pembang-kang dalam ucapannya tadi menyebutkan Ke-tua Setiausaha Negeri, saya dengar. Yang sebe-narnya dalam, kalau tak silap saya tak adajawalan Ketua Setiausaha Negeri, apa yangada Ketua Setiausaha Negara. Itu sebab Tim-balan Menteri minta penjelasan daripada ucap-an Ahli Yang Berhormat itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa sudah-pun dibetulkan, sila teruskan Ahii Yang Ber-hormat.

Tuan Lim Kit Siang: Mungkin Ahli YangBerhormat tidur tadi, tak dengar. Lebih baikmahu dengar, dengar jangan tidur.

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria: Kalau sayatidur, saya tak soal.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Ber-hormat sila duduk. Adakah Yang Berhormatminta jalan lagi?

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria: Tidak, sebabdia kata saya tidur. Saya tidak tidur. Kalau saya

. tidur, saya tidak soal.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila duduk, AhliYang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang: Ya, saya cakap tiduroleh kerana perkara baru dibetulkan dia taktahu, dia hendak bangkit menunjukkan diatidur. Kalau mahu tidur balik rumah.

Tuan Yang di-Pertua, juga terdapat bidanglain di mana ketidakadilan-ketidakadilan danketidaksaksamaan-ketidaksamaan mengotoriproses pembangunan negara. Misalnya, dalamdominasi, hampir seluruh rancangan-rancang-an FELDA oleh satu kaum. Peruntukan tem-pat-tempat universiti dan biasiswa, perlesenandan pemberian permit, peruntukan-peruntuk-an rumah kos rendah dan sebagainya, selagiketidakadilan-ketidakadilan dan ketidaksak-samaan Dasar Ekonomi Baru dibenarkan ber-leluasa tanpa disekat maka matlamat keselu-ruhan Dasar Ekonomi Baru untuk mencapai per-paduan negara bukan sahaja akan gagal tetapiDasar Ekonpmi Baru akan menjadi alat utamake arah ketidak-perpaduan negara. Ini sebab-nya mengapa saya bercadang supaya sebuahJawatankuasa Pilihan Parlimen ditubuhkan se-bagai persediaan bagi Rancangan MalaysiaKelima tahun 1986-1990 untuk menyiasat kedalam ketidakadilan-ketidakadilan dan keti-daksaksamaan-ketidaksaksamaan Dasar Eko-nomi Baru yang telah menggagalkan matlamatserampang dua mata Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Ber-hormat, minta penjelasan atau membangkit-kan Peraturan Mesyuarat,

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Diizinkan.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Tuan Yang di-Pertua, adakah Ketua Pem-bangkang itu memahami apa itu Dasar Eko-nomi Baru? Kerana Dasar Ekonomi Baru inidilahirkan selepas Peristiwa 13 Mei yang manaPeristiwa 13 Mei itu telah dicetuskan oleh ora-ng-orang seperti Ketua Pembangkang. Ituyang bermula. Dengan sebab itulah kita adaDasar Ekonomi Baru. Jadi Ketua Pembangkangmesti memahami apakah itu matlamat DasarEkonomi Baru. Kerana kaum pribumi telahditekan oleh penjajah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatboleh.......

Page 40: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4381 26 JULAI 1985 4382

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Jadi dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua.......

Timbalan Yang di-Pertua: .....menghuraikanapa sahaja mengenai penjelasan sekiranyaYang Berhormat hendak berucap selepas iniboleh bangun, saya beri peluang berucap.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Tuan Yang di-Pertua, saya di sini seolah-olah Ketua Pembangkang itu iri hati terhadapperkembangan Dasar Ekonomi Baru untukmenolong kaum pribumi kaum Melayu untuknaik yang mana pada satu ketika masa penja-jah, orang Melayu ditekan. Orang Cina semuayang kaya-kaya. Bahkan di Kuala Lumpursekarang pun siapa yang paling kaya, orangpribumi, atau orang Cina? Sekian, terima ka-sih.

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak tahu apapenjelasan itu, tetapi saya rasa sangat kesalbahawa seorang Ahli Yang Berhormat yangbegitu tidak bertanggungjawab melahirkan,meluahkan kata-kata tadi mengenai siapa yangbertanggungjawab Peristiwa 13 Mei. Saya se-benarnya tidak mahu bincang perkara itu buk-an oleh kerana kita takut satu perbincangan.Sebenarnya siapa yang mencetuskan Peristiwa13 Mei, siapa?

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatminta jalan atau penjelasan.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Penjelasan.

Tuan Lim Kit Siang: Selepas saya jelas ataspenjelasannya beliau boleh minta penjelasanlagi.

Dalam tahun 1969, kali yang pertama Partisaya mengambil bahagian dalam Pilihanrayabesar, kita menang. Kita menang 13 kerusiParlimen. Kita menang 9 atau 10 kerusi dalamNegeri Selangor. Adakah pihak yang menangmahu mencetuskan kacau-bilau? Dalam satu

permainan, Tuan Yang di-Pertua, soccer. Apa-bila ada kekacauan, siapa yang mencetuskan-nya, pihak yang rasa beliau kalah atau pihakyang rasa dia tidak kalah? Dan itu yang perta-ma.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: (Bangun).

Tuan Lim Kit Siang: Saya belum habis. Sayabelum habis.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatminta penjelasan atau membangkitkan Pera-turan Mesyuarat.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Cuma saya hendak menerangkan sedikitkepada .....

Timbalan Yang di Pertua: Yang Berhormatbelum bagi izinkan lagi. Sila duduk!

Tuan Lim Kit Siang: .....yang pertama. Yangkedua, jangan tukar sejarah. Dan kita di pihaksini berani mengadakan satu siasatan yangsebenarnya dalam Peristiwa 13 Mei. DalamDewan yang mulia ini dalam tahun 1971, kitaada kemukakan saranan. Baiklah ada Suru-hanjaya di-Raja untuk siasat siapa yang sebe-narnya bertanggungjawab mencetuskan Peris-tiwa 13 Mei. Kalau sebenarnya pemimpin-pe-mimpin DAP yang bertanggungjawab untukmencetuskan Peristiwa 13 Mei, kita rela didak-wa di Mahkamah, kita rela apabila ada ISA,boleh hukum mati, sabit hukuman mati. Kitatidak takut tetapi jangan menggunakan peristi-wa isu yang begitu malang, begitu tragik dalamnegara kita dan tanahair yang kita cinta seba-gai satu alat politik ugut sesiapa yang mahumelahirkan aspirasi, melahirkan perasaan keti-dakseimbangan yang patut dibetulkan melaluiproses demokrasi.

Apa Yang Berhormat buat tadi ialah tidakperiksa daripada apa yang selalu dilakukanoleh sangat tidak bertanggungjawab yang sela-lu mahu memainkan, mengugut rakyat 'Peristi-wa 13 Mei, dan saya mahu tanya kepadamereka yang selalu mahu mengeluarkan ugut-an Peristiwa 13» Mei, adakah mereka yangmahu mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Kalaumereka tidak mahu mencetuskan Peristiwa 13Mei, kenapa selalu memain-mainkan lagu ini.

Page 41: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4383 26 JULAI 1985 4384

Dan saya rasa mereka yang selalu melahirkanPeristiwa 13 Mei oleh kerana rakyat ada pera-saan tidak puashati yang mahu dibetulkan,yang Kerajaan faham dan tahu mereka yangsebenarnya anti-nasional, sebenarnya anasir-anasir yang akan merosakkan perpaduan masadepan ketidakharmonian negara ini yang mere-ka yang lebih berbahaya....

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorm-at....

Tuan Lim Kit Siang: Belum habis.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji AbdulHamid: Minta Penjelasan.

Tuan Lim Kit Siang: Belum habis penjelasansatu.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak diizinkan.Sila duduk!

Tuan Lim Kit Siang: Saya mahu habis penje-lasan kepada penjelasan satu dahulu, dan sayaharap dalam Dewan yang mulia ini nanti apa-bila kita bahaskan Dasar Ekonomi Baru, sayaada cuba dengan rasional, kemukakan fakta-fakta tanpa emosi, hysteria. Tadi kita dengar,lihat hysteria, hysteria. Orang yang ada hyste-ria itu patut pergi Tanjung Rambutan (Keta-wa).

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Ketua Pembangkanglah patut pergi Tan-jung Rambutan.

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak ada hysteria.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Ah tidak ada hysteria. Sikap angkuh.

Timbalan Yang di-Pertua:Yang Berhorm-at.....

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak ada hysteria.Ada hysteria patut pergi.

Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Ha-mid: Soal angkuh tadi ....

Tuan Lim Kit Siang: Tatatertib pun tidakhormat. Tatatertib pun tidak hormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, saya ingin mengingatkan Ahli-ahliYang Berhormat bahawa sesiapa pun tidakboleh bangun berucap kecuali dengan sayamemanggilnya. Dan Ahli-ahli Yang Berhorm-at, izinkan saya mengingatkan Ahli-ahli YangBerhormat bahawa kita bermesyuarat dalamMajlis sekarang, bukan dalam Jawatankuasa.Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka bolehteruskan ucapan.

Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua,bahawa kita dalam perbahasan ini iaitu DasarEkonomi Baru, kita tahu matlamat, tujuanDasar Ekonomi Baru. Pada ucapan awal saya,saya pun sudah sebutkan: pertama, membas-mikan kemiskinan tidak kira kaum, kedua,menyusun semula masyarakat untuk mem-basmi identifikasi kaum dengan pekerjaan vo-cation atau location. Dan lebih besar matla-matnya ialah untuk mencapai perpaduan nega-ra — rakyat tetapi tujuan saya kemukakan usulini ialah untuk cuba mengingatkan Dewanyang mulia ini sebagai Parlimen, Kerajaan ba-hawa dalam perjalanan 15 tahun Dasar Eko-nomi Baru ada wujud ketidakadilan dan keti-daksaksamaan yang baharu.

Kita bersetuju dengan dua-dua matlamat itutetapi kita patut juga faham dan tahu bahawadalam proses untuk menghapuskan ketidaka-dilan dan ketidaksaksamaan yang lama (histo-ric), kita juga seharusnya mengelakkan, men-ciptakan ketidaksaksamaan dan ketidakadilanyang baharu oleh kerana generasi ini, genarasi-genarasi yang akan datang, mereka juga adahak untuk menuntut, untuk menikmati kesak-samaan dalam negara kita. Ada orang katabahawa genarasi ini, genarasi bukan Melayuataupun apa-apa patut membayar kos originalsin oleh kerana menunjukkan sistem ketidaka-dilan dan sistem ketidaksaksamaan. Kalau adafalsafah dan fikiran ini patut, adakah ini wajar?Bukankah masanya sudah sampai kalau tujuankita ialah untuk memupuk kesedaran nasional,kesedaran identiti kefahaman Malaysian, cari

Page 42: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4385 26 JULAI 1985 4386

jalan di mana kita boleh menyatupadukan se-mua rakyat, semua kaum dan semua keturun-an. Itulah, Tuan Yang di-Pertua, burden, tu-gas, tujuan hujah-hujah dan sama ada bersetu-ju atau tidak bersetuju itu lain hal. Saya harapkita janganlah beremosi, beremosi semacamkila lihat tadi. Kalau begitu Parlimen tidakberhak untuk berbincang masalah-masalahrakyat, masalah-masalah negara. Apa yangsaya kemukakan tadi, secara minima pun sayaboleh masukkan dengan dalam tetapi secaraminima supaya dapat satu rangka, satu framework ada masalah, Dasar Ekonomi Baru sele-pas 15 tahun ada menimbulkan masalah dimana over riding objective untuk mencapaiperpaduan negara ada terjejas. Kita perlu lihatini tanpa emosi. Kalau Parlimen bukan tempatyang kita boleh buat begitu mana dalam negarakita, kita boleh buat begitu? Kita sudah cuaidan lalai. Kalau Parlimen tidak berani buatbegitu tanpa beremosi dan hysterical saya rasaini satu tanda bahawa masa depan kita dantujuan kita untuk menyatupadukan rakyat ber-bilang kaum, agama, kebudayaan tidak begitucerah.

Tuan Yang di-Pertua, tadi sebelum saya di-ganggu, saya ada berkata" bahawa oleh keranaadalah menimbulkan ketidakadilan dan keti-daksaksamaan yang baharu, kita perlu adasatu Jawatankuasa Pilihan Parlimen ditubuh-kan sebagai persedian bagi Rancangan Malay-sia Kelima untuk menyiasat ketidakadilan-ke-tidakadilan dan ketidaksaksamaan-ketidak-saksamaan Dasar Ekonomi Baru yang telahgagal — menggagalkan matlamat serampangdua mata Dasar Ekonomi Baru. Untuk mem-basmi kemiskinan tanpa mengira kaum danmenyusun semula masyarakat Malaysia untukmenghapuskan pengenalan kaum dengan kerjaatau lokasi serta matlamat menyeluruh untukmencapai perpaduan negara. Pada hari Jumaatdua minggu lalu ketika berucap kepada warta-wan-wartawan asing yang berada di Ibukotauntuk meliputi Persidangan Menteri-menteriLuar ASEAN, Yang Amat Berhormat Timbal-an Perdana Menteri telah berkata, bahawaKerajaan tidak akan melanjutkan Dasar Eko-nomi Baru selepas tahun 1990, tetapi Kerajaanakan terus berusaha mencapai matlamat-mat-lamat Dasar Ekonomi Baru. Sebarang peru-bahan dalam norma dasar tanpa perubahan-perubahan besar dalam arahan-arahan dasar

akan bermakna tiada apa-apa perubahan besaratau sebenar sama sekali. Apa juga tujuanKerajaan selepas tahun 1990 negara kini meng-hadapi ketidakadilan-ketidakadilan baharuyang diwujudkan oleh Dasar Ekonomi Barusejak 15 tahun kebelakangan ini semenjakpelaksanaannya yang harus diidentifikasikandan diperbetulkan agar matlamat menyeluruhperpaduan negara dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri,oleh kerana gangguan tadi saya rasa perlu sayamenitikberatkan supaya nanti tidak ada sayaharap orang yang cuba memutar-belitkan apayang saya dan rakan-rakan saya kemukakanatas pendirian kita. Yang pertama ialah kitabersetuju bukan sahaja kita menyokong sepe-nuhnya tujuan-tujuan yang diisytiharkan da-lam Dasar Ekonomi Baru untuk membasmik-an kemiskinan, untuk menyusun semula ma-syarakat Malaysia.

Apa yang kita kemukakan hari ini ialahmengenai penyelewengan Dasar EkonomiBaru dalam dua-dua tujuan ini khasnya penye-lewengan daripada matlamat over riding ialahuntuk mencapai perpaduan negara. Kalau me-ngenai perkara-perkara yang saya ada kemu-kakan ada pandangan-pandangan yang berbe-za saya akan hormati tetapi janganlah sesiapaberdiri kata bahawa DAP tentang, DAP mahuhancur, DAP tidak bersetuju dengan tujuanmahu membasmi kemiskinan. tujuan mahumenyusun masyarakat Malaysia oleh keranasemuanya fitnah dan orang yang rela buatbohong yang begitu besar saya rasalah merekatidak bermaruah, mereka tidak bertanggungja-wab, mereka tidak berjiwa rakyat, jiwa kebang-saan, jiwa maruah sendiri.

Di sini saya kemukakan cadangan dan akandisokong oleh saudara saya Yang Berhormatdari Kuala Lumpur Bandar.

5.00 ptg.

Tuan Lee Lam Thye (Kuala Lumpur Bandar):Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk me-nyokong Usul yang telah dicadangkan olehYang Berhormat Wakil dari Kota Melaka dan

Page 43: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4387 26 JULAI 1985 4388

di samping ini suka saya mengambil bahagiandalam perbahasan ini dan menerangkan apasebab saya menyokong Usul ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untukmenyokong Usul yang dibentangkan oleh Ke-tua Pembangkang, Ahli dari Kota Melakayang menggesa Dewan yang mulia ini supayameluluskan bahawa dalam membuat persedia-an untuk Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), Parlimen hendaklah menubuhkan satuJawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menjalan-kan siasatan ke atas pelbagai ketidakadilan danketidaksaksamaan Dasar Ekonomi Baru yangtelah gagal untuk mencapai objektifnya untukmewujudkan perpaduan nasional menerusimattamat serampang dua mata bagi membasmikemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Empatbelas tahun sudah berlalu sejak pelan-caran Dasar Ekonomi Baru. Menurut Keraja-an, Dasar Ekonomi Baru ialah asas ekonomiuntuk masyarakat Malaysia dan pencapaianmatlamat Dasar Ekonomi Baru akan menyedi-akan satu asas yang kukuh dan kuat bagiperpaduan nasional. Menyentuh objektif Da-sar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk mem-basmi kemiskinan dan menyusun semula ma-syarakat yang mana matlamat akhir ialahmembina perpaduan nasional, adalah sangatpenting bahawa Parlimen dibenar membahas-kan Dasar Ekonomi Baru dan mempastikansejauh mana ianya telah dilaksanakan untukmencapai 6bjektifnya.

Perbahasan ke atas Usul ini adalah sangatperlu dan bersesuaian memandangkan kenya-taan dari Yang Amat Berhormat TimbalanPerdana Menteri pada beberapa hari yang lalubahawa Kerajaan tidak akan melanjutkan Da-sar Ekonomi Baru walaupun kelihatan bahawakadar pertumbuhan tahunan yang dimatlamat-kan antara 7% dan 8% tidak akan dicapaiapabila berakhirnya tahun 1990.

Menurut Yang Amat Berhormat, walaupunKerajaan tidak akan melanjutkan Dasar Eko-nomi Baru, adalah dipastikan untuk mencapaimatlamat dan objektif Dasar Ekonomi Baruitu menerusi cara-cara lain atau menerusi stra-tegi baru yang tertentu dan perkara ini sedangdibahaskan dengan Unit Perancang Ekonomi.

Yang Amat Berhormat pernah dilaporkan ber-kata, menurut sebuah akhbar tempatan, baha-wa Kerajaan hendaklah menyerahkan semulake Parlimen dan membahaskan isu-isu selan-jutnya.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan fikiranterbuka Yang Amat Berhormat ke atas DasarEkonomi Baru adalah dipuji kerana kita dalamDAP sentiasa menyuarakan bahawa DewanRakyat sebagai badan yang tertinggi di negaraini hendaklah dibenar membahaskan DasarEkonomi Baru dengan cara terbuka dan jujur,dengan satu pandangan ke arah mengenalpastikelemahan-kelemahan dan kecacatan perlak-sanaannya.

Inilah sebab kenapa DAP mengemukakanUsul untuk mendapatkan persetujuan Parli-men supaya menubuhkan satu JawatankuasaPiHhan Parlimen supaya mengkaji sedalam-dalamnya pelbagai kelemahan perlaksanaanDasar Ekonomi Baru yang telah mewujudkanketidakadilan baru dan ketidaksaksamaan da-lam masyarakat Malaysia. Apabila Dasar Eko-nomi Baru dilancarkan dalam tahun 1970 bagimembasmi kemiskinan di kalangan semua rak-yat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyu-sun semula masyarakat supaya pengenalankaum mengikut fungsi ekonomi dan kawasandapat dikurangkan dan seterusnya dihapus-kan. Seorang demi seorang Perdana Menteritelah memberi jaminan bahawa Dasar Eko-nomi baru akan dilaksanakan dalam satu carayang boleh mempastikan bahawa tidak adagolongan tertentu yang akan kehilangan sesua-tu atau merasai diketepikan atau dinafikan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 15 ta-hun perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, ianyatelah gagal dalam objektifnya untuk mewujud-kan perpaduan nasional sepertimana yang te-lah dikatakan oleh Wakil dari Kota Melakadengan cara melaksanakan serampang duamata iaitu untuk membasmi kemiskinan danmenyusun semula masyarakat telah mewujud-kan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan barusama ada dalam meluaskan jurang di antarakaya dan miskin, terutamanya antara orangMelayu miskin dan orang kaya baru Melayu

Page 44: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4389 26 JULAI 1985 4390

yang menerima faedah daripada Dasar Eko-nomi Baru kerana hubungannya dengan ke-pimpinan politik atau melalui cara memalaysi-akan semua aspek dan sektor kehidupan dinegara ini.

Selepas memerhatikan rekod dan prestasiKerajaan dalam membasmi kemiskinan selamadekad yang lalu, saya mendapati bahawa ran-cangan serampang dua mata Dasar EkonomiBaru tidak pernah menekankan dalam prosesperlaksanaan. Adalah jelas kepada saya dankepada ramai rakyat Malaysia bahawa pene-kanan yang besar pernah dilakukan oleh Kera-jaan ialah kepada mata kedua Dasar EkonomiBaru untuk menyusun semula masyarakat bagimenghapuskan pengenalan kaum menerusifungsi ekonomi daripada mata pertama yangbertujuan untuk menghapuskan kemiskinantanpa mengira kaum.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi apa yang lebihserius ialah kecacatan perlaksanaan DasarEkonomi Baru dan melainkan ianya diperbe-tulkan, akan menambah lagi ketegangankaum, mewujudkan perbezaan kelas dan me-lumpuhkan perpaduan negara.

Saya ingin mengulangi seruan bahawa wa-laupun DAP menyokong Dasar Ekonomi Barudan objektifnya, kami sesungguhnya tidak ber-setuju dengan cara mana perlaksanaan yangtelah mewujudkan pengasingan atau menyim-pang dari tujuan atau objektif asalnya. Inilahsebabnya kenapa parti DAP merasa bahawasemasa menyediakan Rancangan Malaysia Ke-lima untuk dilancarkan, Parlimen hendaklahmengambil perhatian yang berat dan melaksa-nakah satu kajian semula yang menyeluruh keatas Dasar Ekonomi Baru bagi mempastikanbagaimana dan sejauh mana ia telah mencapaiobjektifnya untuk mewujudkan perpaduan na-sional.

Pada saat ini apabila Dasar Ekonomi Baruhanya mempunyai 5 tahun lagi untuk dilaksa-nakan, satu kajian semula ke atas Dasar Eko-nomi Baru ini adalah diperlukan untuk mem-buat pembetulan antara apa yang dijanjikandengan apa yang dilaksanakan; ataupun apa

yang diisytiharkan dengan apa yang dilaksa-nakan. Dasar Ekonomi Baru seperti yang diisy-tiharkan bertujuan untuk melaksanakan ob-jektif-objektif yang murni tetapi Dasar Eko-nomi Baru yang dilaksanakan jelas menunjuk-kan bahawa penyusunan semula masyarakathanya benar-benar memberi faedah kepadakaum bumiputera kelas menengah dan kayadaripada golongan miskin. Inilah satu sebabkenapa perbezaan pendapatan antara golong-an miskin dan kaya iaitu antara golongan bera-da dan tidak berada semakin meluas dan bera-da pada saat yang membahayakan.

Satu lagi aspek yang serius ialah pencabulanyang berulang-kali ke atas jaminan dan janjiyang disuarakan oleh beberapa Yang AmatBerhormat Perdana Menteri bahawa DasarEkonomi Baru akan dilaksanakan dalam satucara yang mana tidak seorang pun rakyatMalaysia akan merasa kehilangan sesuatu ataumerasa diketepikan atau dinafikan. Terdapatbanyak contoh di masa lalu dan sehingga kehari ini yang menyokong dakwaan DAP ini.

Di bidang pelajaran misalnya, perlaksanaanDasar Ekonomi Baru telah mengakibatkan ke-musnahan peluang-peluang pelajaran tinggiuntuk kaum bukan Melayu sama ada di pering-kat univerisiti atau pra universiti. WalaupunDasar Ekonomi Baru semasa ianya diumum-kan dahulu sebagai satu rancangan yang akanmembantu orang-orang Melayu untuk me-nyaingi kaum-kaum lain dalam bidang pelajar-an tinggi. Satu lagi contoh yang baik ialahpembahahagian kaum dalam sktm-skim tanahiaitu FELDA yang mana keperluan pembaha-gian kaum yang seimbang dalam skim-skimpembangunan tanah Kerajaan telah dinafikanseluruhnya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi contoh yangmana perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru telahmengakibatkan sesuatu golongan tertentu me-rasai kehilangan atau diketepikan ialah menge-nai perlaksanaan pelbagai projek pembangun-an semula bandar oleh pihak Perbadanan Pem-bangunan Bandar (UDA) di Kuala Lumpuryang telah menyebabkan ramai peniaga kecilterpaksa keluar dari tapak asal kerana kedu-dukan kewangan mereka tidak mengizinkanmereka menyewa unit-unit baru di kompleksmoden yang dibina oleh pihak UDA.

Page 45: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4391 26 JULAI 1985 4392

Tuan Yang di-Pertua, peristiwa terbaru da-lam kejadian-kejadian ini ialah kesah pam mi-nyak Boon Brothers di Sitiawan yangjuga telahdisebutkan oleh Yang Berhormat Ketua Pem-bangkang yang telahpun....

Timbalan Yang di-Pertua: Hujah itu telah-pun dikemukakan dan saya rasa tidak perluYang Berhormat mengulangi lagi hujah yangsama. Sekiranya ada perkara Yang Berhormathendak kaitkan dengan hujah yang berlainan,bolehlah Yang Berhormat huraikan tetapi seki-ranya itu bersamaan bolehlah Yang Berhormattinggalkan perkara itu kerana telahpun dibang-kitkan.

Tuan Lee Lam Thye: Terima kasih, TuanYang di-Pertua. Apa yang saya telah menyen-tuh tadi ialah tentang berbagai-bagai contohuntuk membuktikan dakwaan pihak DAP ba-hawa sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakannampaknya telah timbul ketidakadilan dan ke-tidaksaksamaan baru. Maka memandangkankepada hujah-hujah yang disampaikan olehsaya tadi, saya berpendapat bahawa adalahsangat perlu supaya Usul ini dapat dibahaskandalam Dewan pada petang ini untuk membo-lehkan semua Wakil Rakyat menumpukan per-hatian mereka terhadap masalah ini khususnyamasalah tentang perlaksanaan Dasar EkonomiBaru, sungguhpun kita semua bersetuju deng-an objektif ataupun tujuannya.

Dalam kebangkitan pembangunan-pemba-ngunan berbentuk ini, adalah tepat pada masa-nya bagi Parlimen menubuhkan satu Jawatan-kuasa Pilihan bagi menyemak semula danmemperbetulkan kelemahan-kelemahan, me-ngenal pasti kelemahan itu dan memperbetul-kan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru danmerekomen kepada Parlimen berbagai langkahyang diperlukan untuk mempastikan bahawaperlaksanaan Dasar Ekonomi Baru tidak akanlari atau tidak akan menyimpang dari tujuanasalnya serta satu garis panduan yang sempur-na hendaklah disediakan bagi menentukan ba-hawa matlamat-matlamat tertentu Dasar Eko-nomi Baru adalah satu cara ke arah membinaperpaduan negara.

Sekian dan dengan ini saya menyokong usulyang dibentangkan oleh Wakil dari Kota Mela-ka.

Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat: Bangun.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya belum kemu-kakan masalahnya lagi. Ahli-ahli Yang Ber-hormat, masalah sekarang terbuka untuk diba-has. Yang Berhormat dari Bagan Datok.

5.15 ptg.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria (Bagan Datok):Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk me-nyertai perbahasan bagi membangkang Usulyang dikemukakan oleh Ketua Pembangkangdan disokong oleh Ahli dari Kuala LumpurBandar.

Saya bangun segera tadi bukanlah untukapa, tetapi takut idea-idea yang sedang ada inihilang. Terima kasih kerana membenarkansaya sebagai Ahli Dewan yang pertama dariBarisan Nasional untuk mengambil bahagian.

Tuan Yang di-Pertua, setelah mendengarhujah-hujah yang dikemukakan oleh KetuaPembangkang dan penyokongnya tadi, itu punsudah memadai bahawa Kerajaan Barisan Na-sional memberi peluang kepada mereka untukmengemukakan perkara itu dalam Dewanyang mulia ini. Tetapi hujah-hujah yang dike-mukakannya saya rasa gagal sekali untuk me-nyokong Usul ini disokong. Alasan saya, untukmengatakan sama ada Dasar Ekonomi Baruyang diwujudkan oleh Kerajaan Barisan Nasi-onal ini berjaya ataupun gagal tidaklah bolehhanya kita mengemukakan satu contoh. Satucontoh pam minyak Boon Brothers di Sitiawanitu sudah 100% Dasar Ekonomi Baru kitamenyeleweng, gagal, tidak ada keadilan, tidakada kesamaan, saya rasa tidak betul. Kalaukita hendak menyatakan kegagalan atau keja-yaan sesuatu yang diwujudkan oleh Kerajaan,kita mesti pandang pada keseluruhannya (ave-rage), hitung panjang, bukan dengan mengam-bil satu-satu contoh, itu disebut dengan carabongkak dan sombong. Katanya tiada histeria,tiada sentimen tetapi dari segi psikologi, sayatahu, ada sentimen. Kitapun tahu sama adausul itu dikemukakan dengan cara ikhlas atau-pun dengan cara kata pepatah, 'Pepat di luarrencong di dalam, sekilat ikan di dalam air kitatahu jantan betina'. Sebab itu kita faham. Ka-lau saya katakan sekilat ikan di dalam air kita

Page 46: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4393 26 JULAI 1985 4394

tahu jantan betina', maka itu menunjukkanarifnya kita menentukan sesuatu yang kita ka-takan.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baruyang diwujudkan oleh Kerajaan yang disebut-kan oleh Ketua Pembangkang dan Wakil dariKuala Lumpur Bandar telah mengetahui apa-kah objektif, iaitu penyusunan masyarakatmajmuk yang ada di dalam negara kita Malay-sia ini yang berbilang kaum. Sebelum diwujud-kan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan ini darisegi penyusunan ekonomi dan sebagainya, Ke-rajaan Malaysia atau dulunya Kerajaan Peri-katan telahpun menyusun satu dasar yang baikuntuk berkongsi sama memerintah negara Ma-laysia ini dengan tiga bangsa. Dibenarkanorang Melayu, orang Cina dan orang Indiaduduk setaraf sebagai Menteri Kabinet. Inikalau saya ulas, dua jam tidak habis, TuanYang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagi peluangorang lain samalah.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Ya, tetapi sayabangun ini, saya hendak menerangkan satupersatu, bagi chance saya bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagi 'chance' itukena minta izin.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Terima kasih,dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Ke-tua Pembangkang dan wakil-wakil DAP yangduduk dalam Dewan ini memahami bagaimanabaiknya Kerajaan, kalau tidak salah biar sayasebut satu yang paling cukup berharga kepadasaya dan orang Melayu iaitu dasar KerajaanPerikatan men'jus soli'kan rakyat dalam negeriini. Saya hendak tahu berapa juta rakyat orangCina yang diotomatikkan jadi warganegara.

Dan saya hendak tahu, mari kita tanya nega-ra lain dalam dunia ini adakah pernah negaralain melaksanakan secara otomatik men'jossoli'kan rakyat negara asing, diotomatikkanjadi warganegara yang mendapat hak yangsama.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pert-ua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Ber-hormat, sila duduk sebentar. Ahli-ahli YangBerhormat, saya ingin mengingatkan kepadaYang Berhormat dari Bandar Kuching bahawasekiranya ia terus melanggar peraturan-pera-turan tatatertib mesyuarat ini, saya akan kelu-arkan dia daripada mesyuarat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di ha-dapan kita ialah satu masalah yang sambil kitamencari bahan-bahan pemikiran juga tidak bo-leh kita pisahkan diri kita daripada sedikitketegangan. Oleh itu, janganlah membuatkankeadaan yang pasti tegang itu lebih tegang lagi.Oleh itu saya harap Ahli-ahli Yang Berhormatmembawa diri dan berucap dengan penuhtanggungjawab. Sekali lagi saya ingatkan YangBerhormat dari Bandar Kuching supaya ja-ngan lagi keluarkan apa-apa perkataan apa-apapun di dalam Dewan ini kecuali bila sayamemanggil beliau untuk berucap. Sila teruskanYang Berhormat dari Bagan Datok.

Tuan Sim Kwang Yang: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Adakah Yang Ber-hormat hendak beri jalan.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Sekejap lagisaya beri jalan macam Ketua Pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak diizinkan.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Sekejap lagi.Saya sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua, ialahkerana dengan dasar liberal Kerajaan Perikat-an pada masa itu telah memberi peluang kepa-da orang Cina menjadi warganegara dan me-ngambil kesempatan, peluang berniaga, pelu-ang berusaha dan sebagainya sehingga peratuskekayaan dari segi perniagaan, dari segi memi-liki hartanah, bangunan-bangunan dan seba-gainya telah meningkat begitu tinggi yangmembezakan jarak jauh perbezaan ekonomiuntuk bukan bumiputera dengan bumiputera.

Maka dengan sebab itulah Kerajaan kitauntuk menjawab perasaan tidak puas hati ke-pada bumiputera, kepada bukan bumiputeradiwujudkan Dasar Ekonomi Baru denganmempunyai matlamat atau mempunyai objek-tif menyusun semula masyarakat. Tafsiran me-nyusunan semula masyarakat ini ialah untuk

Page 47: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4395 26 JULAI 1985 4396

tidak menampakkan kalau orang Melayu ha-nya hidup di kampung atau luar bandar, Dankalau orang Cina hanya hidup di bandar danmenjalankan perniagaan dan kalau orang In-dia hanya hidup di estet-estet menjadi buruh,itulah objektif Dasar Ekonomi Baru. Dan seka-rang mari kita perhatikan setelah 14 tahunDasar Ekonomi Baru ini berjalan adakah ob-jektif-bjektif ini telah tercapai? Itu soalnya.Jawapannya, belum lagi tercapai. Tetapi boleh-lah dikatakan peratusnya itu agak adalah sedi-kit.

Sebagai contoh, kalau Ketua Pembangkangdengan Ahli Yang Berhormat dari Kuala Lum-"pur Bandar tadi menyebutkan contoh dari segipetrol pump sekarang saya hendak sebut. Barutadi dalam Masa Soal Jawab Timbalan Menterimenerangkan apabila ditanya oleh Yang Ber-hormat dari Pembangkang juga menyoal hen-dak tahu berapa peratus bumiputera yang me-ngusahakan petrol pump ataupun pam mi-nyak. Jawapannya baru 4% dan keseluruhan-nya dibandingkan daripada bumiputera hanya27%, bukan bumiputera 63%. Itu pun dengansebab adanya PETRONAS yang dikuasai olehKerajaan. Kalau hendak diharapkan denganikhlas syarikat-syarikat minyak seperti Shell,Mobil, Caltex dan lain-lain yang dikuasai olehbukan bumiputra jangan harap bumiputrahendak dapat petrol pump daripada syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputrawalaupun Perdana Menteri, Timbalan PerdanaMenteri, Menteri-menteri Kabinet daripadaUMNO menyembah minta tolong, melutut dikaki orang bukan bumiputra tidak dapat. Na-sib baiklah Kerajaan buat satu usaha, AllahTa'ala' pun beri rezeki kepada PETRONAS,dapatlah beri petrol pump kepada bumiputra,Itupun dipersoalkan! Baru 4% belum tentuberjaya atau tidak dan bumiputra yang dapatpetrol pump atau pam minyak ini pinjam duitdaripada bank. Bank mana? Bank yang dikua-sai oleh sama ada bumiputra atau bukan bumi-putra.

Kalau bukan bumiputra yang punya bankitu kalau beri bumiputra berniaga, Alhamdulil-lahlah nasib baik, tetapi hitung panjangnyakalau bank-bank itu dikuasa oleh bukan bumi-putra, jangan harap bumiputra hendak senang

dapat meminjam. Melainkan berjumlah juga-lah kepada Bank Bumiputra, Bank Rakyat,Bank Islam, Bank Pertanian dan Bank Simpan-an Nasional. Ini terang dan nyata. Kalau kitapergi lihat di Kuala Lumplur mi, mari kitapergi lihat Lee Wah Bank dan lain-lain bankyang dikuasai oleh bukan bumiputra. Tengokdaripada Executive Officer, daripada atas sam-pai ke bawah adakah atau tidak bumiputra.Tidak ada! Kita wujudkan Bank Bumiputra,disabotaj pula.

Ini saya hendak cadangkan supaya Jawatan-kuasa apa sekalipun ditubuhkan siasat siapaitu George Tan yang menghancurkan BankBumiputra. Jangan siasat pegawai Bank Bumi-putra itu tetapi siasat George Tan itu daripadamana asalnya, siapa di belakangnya adakahParti Pembangkang yang menyuruh dia buatserupa itu. Kita hendak siasat.

Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatpenjelasan diminta.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Nanti dulu,saya belum habis. Habis nanti saya beri penje-lasan. Jangan pula Ketua Pembangkang beru-cap naikkan darah kita, kita ingat. Kita orangIslam mempunyai kesabaran, keimanan, yangkuat dan teguh. Buat kata Yang Berhormatdari Padang Rengas manusia-manusia Islamini mempunyai keimanan, kesabaran yang bo-leh dicuba, tidak hilang kerana kita ada pan-duan iaitu Allah s.w.t. yang sentiasa menunjuk-kan kita kepada jalan yang benar. Sebab itutiap-tiap mula kita bermesyuarat kita berdoakepada Allah. Bukan seperti kafir laknatullahyang tidak mendapat petunjuk dan hidayatdaripada Allah s.w.t. Itu dia cara kita.

Tuan Lim Kit Siang: On a point of order.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,Peraturana Mesyuarat dibangkitkan, sila du-duk.

Tuan Lim Kit Siang: Peraturan Mesyuarat36(4) kalau tidak silap saya yang mencegahseseorang mengeluarkan atau menggunakanbahasa biadap!

Page 48: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4397 26 JULAI 1985 4398

Adakah penggunaan yang tadi daripadaYang Berhormat dari Bagan Datok mengenaiorang yang bukan Islam — kafir; sama ada itubiadap, adakah unparliamentary dan kalau un-parliamentary, minta satu ruling bahawa beli-au tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, saya ingin bertanya kepada AhliYang Berhormat dari Kota Melaka perkataan-perkataan ataupun perkataan-perkataan ham-pir yang disebutkan tadi, kalaupun tidak bolehdisebut perkataan yang tertentu itu, perkataan-perkataan yang sebelum atau selepasnya itusupaya saya dapat memberi keputusan.

Tuan Lim Kit Siang: Apa yang dikata menge-nai bahawa orang Islam adalah sabar danorang bukan Islam tidak sabar, yang pertamaitulah yang melanggari sensitif— dua point oforder sekarang.

36(1 )(c) yang berbunyi dalam English:'words which are likely to promote fee-lings of ill-will........

Timbalan Yang di-Pertua: Saya faham YangBerhormat.

Tuan Lim Kit Siang:....dan kedua mengenaiperkataan akhir, Peraturan 36(4), oleh keranakalau trend ini dibenarkan, saya rasa perbahas-an UMNO/PAS tidak begitu hangat semacamdalam Dewan ini sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Ber-hormat dari Badan Datok,saya ingin bertanyasama ada Yang Berhormat bermaksud 'lakna-tullah' adalah setiap yang bukan Islam ataupunorang-orang yang jahat sahaja.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, untuk hendak menentukan sama adaorang Islam atau bukan Islam dialaknatullah,siapa pun tidak boleh tahu, TuanYang di-Pertua, Allah Taala sahaja yangtahu.Tadi saya bukan mengatakan Ketua Pem-bangkang atau wakil Kuala Lumpur Bandaratau pun orang bukan Islam itu laknatullah —tidak, hanya Allah Taala yang tahu di atas niatseseorang itu. Jadi tadi saya memberi ucapan

jangan Ketua Pembangkang terasa pula —tidak. Beliau sendiri walaupun bukan Islam,tetapi belum tentu dia tidak masuk syurga. ka-lau dia mati esok 'mengucap', dia masuk syur-ga, Tuan Yang di-Pertua, mengikut apa yangsaya belajarlah. Islam ini ia dalam, Tuan Yangdi-Pertua, kalau Ketua Pembangkang hendakbelajar, bolehlah saya ajar.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, jelas.

Tuan Lim Kit Siang: Saya minta satu rullingyang spesifik, bukan satu peluang di manaYang Berhormat Menteri boleh elak dan lari.Ucapan saya tadi ialah spesifik mengenai apayang berlaku dalam perbahasan ini dan dalamperbahasan ini baru dua orang yang ada beru-cap, iaitu saya dan rakan saya Ahli dari KualaLumpur Bandar dan sangat nyata, saya rasasaya minta ruling on a point of order....

Timbalan Yang di-Pertua: Saya minta YangBerhormat duduk sebentar.

Tuan Lim Kit Siang: Baik.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya pula inginbertanya, adakah Yang Berhormat ada impu-tation, dengan izin, bahawa saya cuba meno-long Ahli Yang Berhormat dari Badan Datokmelepaskan dirinya.

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak buat imputa-tion, tetapi saya rasa tidak seorangpun yangada mengeluarkan perkataan yang boleh dibe-narkan elak daripada apa yang dikeluar, tidakbolehpos ex postfacto untuk menjelaskan apayang sudah dikata itu sama ada pada mukanyaitu melanggari seksyen kecil 4, seksyen kecil 10,oleh kerana penjelasan selepas itu ialah mitiga-tion sahaja. On the face of it, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikeluarkan, diucapkan, ada-kah dibenarkan parliamentary atau tak parlia-mentary, mengenai kafir mengenai orang Islamada kualiti, orang yang bukan Islam tidak adakualiti. Saya minta rulling dua-dua ini olehkerana bersabit dengan Peraturan 36(4) dan36(10) specifik.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, saya ingin memaklumkan kepadaAhli Yang Berhormat dari Kota Melaka seba-gai orang yang hendak memutuskan perlulah

Page 49: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4399 26 JULAI 1985 4400

saya mendapat penjelasan sejelas-jelasnya da-hulu, maka soalan-soalan saya tadi adalah se-mata-mata untuk mendapatkan penjelasan dansekarang setelah jelas saya putuskan:

Pertama, mengenai Peraturan Mesyuarat36(4) yang dibangkitkan tidak saya terdengarsuatu yang merupakan bahasa biadab dalamkonteks yang disampaikan kerana jelas baha-wa tadi Yang Berhormat Ahli dari Bagan Da-tok tidak memaksudkan bahawa kesemua ora-ng-orang bukan Islam ataupun mana-manaorang, mana-mana golongan adalah orang-orang laknatullah.

Mengenai kebangkitan Peraturan Mesyua-rat 36(10)(c):

Saya memutuskan bahawa setakat ini AhliYang Berhormat dari Bagan Datok belum lagiataupun tidak menyalahi Peraturan Mesyuarat36(10)(c), tetapi saya ingin mengingati AhliYang Berhormat dari Bagan Datok, sekiranyaia teruskan dengan arah yang sama, saya pastiia akan menyalahi Peraturan Mesyuarat terse-but. Sila teruskan Ahli Yang Berhormat dariBagan Datok.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua.

Sebagaimana yang saya katakan pada perm-ulaan tadi objektif Dasar Ekonomi Baru iniadalah untuk menyusun masyarakat majmukdi dalam negara kita ini. Jadi setelah 14 tahunrancangan Dasar Ekonomi Baru ini berjalan,kita dapati sedikit-sedikit telah beransur me-mulihkan penyusunan terhadap ekonomiorang Melayu dan penyusunan kepadamasyarakat ketiga-tiga kaum yang terbesar didalam negara kita ini. Umpamanya denganDasar Ekonomi Baru ini kita dapati bahawaramai ataupun banyak bilangan orang-orangMelayu kita telah menceburkan diri di dalamlapangan perniagaan sama ada perniagaan itudikuasai secara individu ataupun secarakumpulan ataupun penyertaan saham-sahamyang dikelolakan sama ada secara persendirianataupun secara yang dilaksanakan olehKerajaan melalui PNB dan sebagainya. Makadengan adanya Dasar Ekonomi Baru ini dapatkita meletakkan bumiputera kita, kalau dahulu

mereka itu kita dapati hanya berniaga di luarbandar, di kampung, tetapi sekarang orang-orang Melayu sudah ada bersama berniagabersama-sama dengan orang-orang bukanMelayu, sama ada orang Cina ataupun orangIndia dan ada juga kita dapati bahawa orang-orang Cina dan India berusaha sama,berkongsi sama menjalankan perniagaan didalam negara kita ini untuk mencapaimatlamat Dasar Ekonomi Baru.

Sebelum adanya Dasar Ekonomi Baru,orang Cina asyek berniaga dengan cara Cina-nya — tidak mahu berkongsi dengan orangMelayu, orang Melayu asyek berniaga dengancara Melayunya, tetapi dengan adanya DasarEkonomi Baru ini kita dapati bahawa sama adapeniaga itu orang Melayu aktif atau tidak, ituterpulanglah kepada diri masing-masing. Teta-pi saya dapati bahawa prestasi akan pencapai-an objektif DEB ini adalah didapati kesannyaberansur-ansur baik dan dapat menyusun ma-syarakat ketiga-tiga kaum di dalam negarakita. Umpamanya orang-orang India kalau da-hulu mereka hanya sebagai buruh biasa, tetapidengan adanya syarikat-syarikat yang ditubuh-kan oleh Mendiang Tun V.T Sambanthandengan Syarikat NCLF dan berbagai-bagaisyarikat lagi dengan membeli estet-estet yangbegitu besar di dalam negara kita termasukkawasan saya, dalam kawasan Parlimen BaganDatok, habis estet orang putih dibeli oleh syari-kat dan buruh-buruh di situ ada saham didalam ladang itu. Ini menunjukkan bahawaorang India bukan sahaja sebagai buruh, tetapisebagai masyarakat yang dapat menyertai Da-sar Ekonomi Baru.

Orang Cina sudah tentulah macam saya ka-takan tadi, di samping Kerajaan melaksanakanDasar Ekonomi Baru membuat berbagai-bagaipembangunan, macam kata Ahli Yang Ber-hormat dari Kuala Lumpur Bandar mencon-tohkan UDA. UDA memang kita buat untukmembangunkan bandar ataupun bandar kecil,tetapi apabila UDA mengeluarkan tender un-tuk membuat bangunan yang beratus-ratusjuta, siapakah kontrak yang dapat? Syarikatorang Cina.

Page 50: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4401 26 JULAI 1985 4402

Jadi, saya hendak tanya sama ada DasarEkonomi Baru yang dilaksanakan oleh Keraja-an itu hanya orang Melayu, Bumiputera saha-jakah dapat atau yang banyak dapat untungdan sebagainya itu adalah terdiri daripadakaum Cina. Jadi, bagaimanakah dakwaan Ke-tua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormatdari Kuala Lumpur Bandar mengatakan pelak-sanaan Dasar Ekonomi Baru ini menjauhkanataupun diskriminasi, tidak ada perpaduan na-sional dan sebagainya. Cuba beri contoh ma-cam kata Yang Berhormat dari Kuala LumpurBandar tadi Dasar Ekonomi Baru telah mem-buatkan kecacatan, cuba sebut apa dia yangcacat, beri contoh-contoh. Kalau kita kata per-paduan nasional tidak ada dengan sebab bi-dang pelajaran tinggi tidak dapat peluang ke-pada bukan bumiputera. Dalam soal-jawabkepada Menteri Pelajaran kalau kita tanya,Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini Wakildaripada mana, kalau saya sebut nama DatoKhalil tak sedap pula ....

Timbalan Yang di-Pertua: Menteri?

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Yang Ber-honnat Menteri di Jabatan Perdana Menterimemberi peratus tentang pelajar yang pergi keluar negeri dan sebagainya. Walaupun katalahdari segi peluang untuk Kerajaan mengambilpelajar daripada orang Cina itu sedikit, tetapipelajar-pelajar yang dihantar oleh orang Cinayang begitu kaya, beratus-ratus, beribu-ribupergi ke Amerika, pergi ke London, pergi keAustralia cuba beritahu saya kerana orangCina begitu senang, wangnya banyak, dia bo-leh hantar anak-anak ke luar negeri, balik esokbolehjadi doktor, boleh jadi lawyer, bolehjadiMenteri, boleh jadi itu, boleh jadi ini. Inilahbak kata Timbalan Menteri Pertanian, Wakildaripada manakah itu ......

Timbalan Yang di-Pertua: Tak apa, Timbal-an Menteri Pertanian cukup.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: TimbalanMenteri Pertanian, cuba kita dengar hujahnyasemasa beliau membahaskan bila Ketua Pem-bangkang membawa hakisan mengatakan takada demokrasi. Yang saya tahu ada dua orangsahaja orang bukan bumiputera baik, faham;satu Dr. Goh itu baru saya dengar, yang seo-rang lagi Professor Koh Kai Keng tengok cara

dia memberitahu bagaimana kita hendak me-ngenal, bersatu padu, tahu akan negara ini,siapa asal usulnya, mengapa bumiputera itupatut kita tolong, macam itulah caranya. Ja-ngan macam cara Ketua Pembangkang ini, takbetul cara itu.

Saya suka hendak memberitahu kepada Ke-tua Pembangkang dan Tuan Yang di-Pertuadan Ahli-ahli Dewan, kalau suara-suara KetuaPembangkang ini diucapkan di luar daripadaDewan ini, ini merupakan satu batu api kepadarakyat bukan bumiputera, iaitu mengapi-apik-an kepada rakyat supaya tak puas hati kepadaKerajaan sedangkan Kerajaan Barisan Nasio-nal, daripada satu Perdana Menteri ke satuPerdana Menteri, dia sebut tadi Yang TeramatMulia Tunku Abdul Rahman, AllahyarhamTun Razak sampai meninggal di London me-ngidap lukaemia kerana memikirkan masalahnegara Malaysia, Tun Hussein Onn, sekarangDato Seri Dr. Mahathir dengan Dato Musadan Menteri Kabinet merancang bagaimananegeri ini jangan terasa. Bagi kita orang bumi-putera setiap kata yang kita ucap kita akanmemelihara, kalau aku cakap macam ini ma-cam mana rasa hati dia.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekali lagi YangBerhormat menghampiri menyalahi PeraturanMesyuarat 36(10)(c) tak boleh membezakahsifat-sifat antara satu kaum dengan satu kaum,tak boleh membezakan sifat-sifat golonganmana-mana agama di antara satu agama deng-an satu agama. Saya harap Yang Berhormatmemberi penekanan terhadap unsur-unsuryang lain daripada perbandingan sifat-sifat da-lam membahaskan masalah di depan kita ini.Sila teruskan, Yang Berhormat dan saya harapYang Berhormat boleh gulung dalam masa 5minit. Saya beri masa Yang Berhormat 5 minitsahaja lagi.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Apayang saya katakan tadi itu adalah untuk mene-rangkan kepada setiap apa yang kita rancangoleh Kerajaan itu daripada satu Perdana Men-teri kepada satu Perdana Menteri adalah untukmenyatupadu perpaduan kaum di dalam nega-ra kita ini.

Page 51: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4403 26 JULAI 1985 4404

Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua memberik-an masa saya 5 minit, saya ingat tadi dapatberucap lagi sampai 6.30, sampai tamat Dewanini, oleh sebab itu saya terpaksalah pergi kepa-da tajuk-tajuk yang saya catitkan di dalamcatitan saya untuk menyertai perbahasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sama sekali me-nolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ke-tua Pembangkang dan penyokongnya tadidengan alasan yang telah saya berikan tadibahawa tidaklah boleh kita mengatakan gagal-nya Dasar Ekonomi Baru ini dengan mengam-bil satu contoh seperti yang disebutkannyaPam Minyak Boon Brothers di Sitiawan. Sayarasa jawapannya ada pada Kerajaan NegeriPerak dan Kerajaan Negeri Perak yang dike-tuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besarsaya, Dato Seri Ramli Ngah Talib denganExconya tentulah ada mempunyai alasan-alas-an yang begitu baik yang tidak bertujuan me-nganiaya kepada sesiapa juga di dalam NegeriPerak untuk menjalankan sama ada DasarEkonomi Baru ataupun perniagaan ataupunapa juga sebarang pentadbiran Kerajaan Nege-ri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itusukalah saya menyebutkan di sini, saya berasaamat dukacita di atas penerangan Ketua Pem-bangkang dan juga penyokongnya tadi menga-takan bahawa dalam ucapan Timbalan Perda-na Menteri ada menyebut bahawa Kerajaanakan memberhentikan Dasar Ekonomi Barupada tahun 1990. Saya sebagai Wakil Rakyatdan juga daripada Parti UMNO saya akanmendesak melalui UMNO dalam Perhimpun-an Agung supaya Kerajaan meneruskan DasarEkonomi Baru ini, jangan diberhentikan padatahun 1990 kerana negara kita telah dijajahberatus-ratus tahun dan kita baru sahaja hen-dak membetulkan selama 14 tahun, sampaitahun 1990 hendak diberhentikan pula,jangan.

Saya mendesak kepada Kerajaan dan UnitPerancang Ekonomi, pegawai-pegawainyayang bijaksana di Unit Perancang Ekonomisupaya mencadangkan kepada Kerajaan, Ja-batan Perdana Menteri dan sebagainya supayaditemskan Dasar Ekonomi Baru ini, jangandiberhentikan dan saya akan memberitahurakyat saya seramai 100,000 supaya mendesakKerajaan meneruskan Dasar Ekonomi Baru

ini, kerana dasar ini adalah satu dasar yangbaik, kalaupun tidak untuk kita yang hiduptetapi adalah untuk generasi yang akan datangkerana generasi yang akan datang yang akandibentuk oleh Dasar Ekonomi Baru ini sudahtidak ada lagi Melayu, tidak ada lagi Cina,tidak ada lagi India tetapi pada tahun 2,000ataupun tahun 3,000 nanti kita hanya dapatialah bangsa Malaysia di mana Tanah Melayuinipun dalam geography sudahpun tak ada,sudah diganti dengan Malaysia. Itu satu pe-ngorbanan orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, waktu saya belajarIlmu Alam dahulu ada dalam peta dunia Ta-nah Melayu', tetapi hari ini Tanah Melayusudah tak ada, itu pengorbanan orang Melayusampai dalam peta untuk belajar di sekolahpun sudah tak ada, sudah diganti dengan 'Ma-laysia', korbankan. Yang tinggal pada orangMelayu, Keretapi Tanah Melayu, Askar Mela-yu, Baju Melayu, belacan Melayu, itu sahajayang ada, Tuan Yang di-Pertua. Kalau inipunsemua hendak diungkit oleh Parti Pembang-kang, saya rasa boleh tetapi tunggulah masa-nya, tak lama lagi Keretapi Tanah Melayuitupun akan hilang, Askar Melayu itupun akanhilang, tunggulah sebab orang Melayu ini sung-guh ......

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,beralih kepada perkara yang lain.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Tidak, sayahendak menggulung menutup supaya KetuaPembangkang itu jangan lagi sentimen, TuanYang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatsedang menaikkan sentimen.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Maaf, TuanYang di-Pertua, kalau itu menaikkan sentimentetapi apa yang saya kata itu ikhlas, iaitu sayamenerangkan dari segi sejarah tentang kerugi-an orang Melayu, dia sanggup, tetapi jangan-lah sampai ditolak ke air sampai lemas.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,sila beralih kepada perkara yang lain.

Page 52: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4405 26 JULAI 1985 4406

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Ya, TuanYang di-Pertua, sebelum saya mengakhiriucapan saya untuk memberi peluang kepadarakan-rakan saya yang lain untuk menyertaiperbahasan ini seperti mana yang saya tegas-kan tadi, saya sangat berharap kepada Keraja-an, kepada Unit Perancang Ekonomi, kepadaMenteri-menteri Kabinet — bukan sahajaMenteri daripada UMNO tetapi kepada Baris-an Nasional yang didokong oleh parti kompo-nen Barisan Nasional supaya merancangkanataupun memberi sokongan kepada DasarEkonomi Baru ini supaya dapat diteruskankerana alasan saya Dasar Ekonomi Baru yangdilaksanakan oleh Kerajaan selama 14 tahunini bukannya semata-mata membasmi kemis-kinan kepada orang Melayu tetapi membasmikemiskinan kepada semua bangsa, orang Cina,orang Melayu dan orang India di dalam negarakita ini. Tetapi kalau sebilangan kecil orangMelayu itu menjadi kaya......

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,boleh gulung sekarang.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Ya, sayamenggulung, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa sudah cu-kup.

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Kalau sebi-langan kecil orang-orang Melayu yang menjadikaya dan sebilangan kecil orang Melayu yangmiskin, itu tidak dapat dikatakan tak ada per-paduan nasional, yang penting sekarang ialahuntuk melaksanakan perpaduan semua kaumdi dalam negara ini, tetapi malangnya di dalampelaksanaan Kerajaan melaksanakan DasarEkonomi Baru, berpaduan negara dan sebagai-nya....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,kalau saya suruh duduk serta-merta bukankahtergantung ayat?

Tuan Yahya bin Haji Zakaria: Ya, saya hen-dak berhenti int, Tuan Yang di-Pertua, tetapisegala perancangan yang dilaksanakan olehKerajaan untuk menyatupadu dan melaksa-nakan Dasar Ekonomi Baru ini kita berharap

pihak Parti Pembangkang janganlah memba-wa usul-usul yang seperti dikemukakan padasekarang ini.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, sayadengan sesungguhnya menyatakan saya tidakbersetuju sama sekali cadangan yang dikemu-kakan oleh Parti Pembangkang dan saya me-nentang dengan sekeras-kerasnya. Terima ka-sih.

Beberapa Ahli Yang Berhormat: Bangun

Timbalan Yang di-Pertua: Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Walaupun masalah didepan Majlis berpotensi untuk mewujudkanketegangan namun kalau diteliti Usul yangmenjadi masalah di hadapan Majlis tidak perluia menimbulkan ketegangan kerana Usul didepan Majlis ialah persoalan sama ada Dewanini setuju atau tidak mengadakan sebuah Jawa-tankuasa Pilihan Parlimen untuk menyiasatkepada apa yang didakwakan ketidakadilandan ketidaksaksamaan Dasar Ekonomi Barudan apa yang didakwakan sebagai kegagalanDasar Ekonomi Baru dalam mencapai matla-mat-matlamatnya. Itu sahaja masalah.

Ahli Yang Berhormat dari Ulu Terengganu.

5.53 ptg.Tuan Alias bin Md. Ali (Ulu Terengganu):

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi kita telah-pun mendengar dua ucapan dari Ahli-ahliYang Berhormat dari Kuala Lumpur Bandardan Kota Melaka iaitu yang merupakan ucapa-n-ucapan ceramah pilihanraya. Mereka sudahmenduga bahawa pilihanraya akan diadakantidak lama lagi dan datang ke Dewan ini deng-an harapan untuk memancing undi melaluisatu Usul yang dibawa kepada Dewan ini.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-duaorang Ahli Pembangkang itu bukanlah suatuperkara baru. Kita sudah dengar hujah-hujahseperti itu berkali-kali sejak pilihanraya dia-dakan dan ternyata bahawa hujah-hujah itutelah ditolak oleh rakyat dan pihak DAP buk-an sahaja tidak berjaya mempengaruhi rakyattetapi rakyat telah menolak hujah-hujah sepertiyang dinyatakan itu.

Page 53: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4407 26 JULAI 1985 4408

Tetapi apa yang hendak saya katakan di sini,Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa adalahmalang sekali di dalam negara kita Malaysia inikita ahli-ahli politik masih lagi tidak dapatberfikir secara matang, masih lagi mencari jal-an senang untuk mencari pengaruh, masih lagimencari jalan dekat untuk menaikkan sema-ngat rakyat iaitu dengan menggunakan isuyang usang iaitu isu perkauman.

Memang isu perkauman adalah suatu perka-ra yang amat mudah untuk diperkatakan, baikorang Melayu, orang India, orang Cina; carayang paling baik untuk memperkenalkan dirikita kepada kaum masing-masing dan cubauntuk menarik perhatian dan sokongan mere-ka ialah dengan memperkatakan bahawa kaumyang kita cuba hendak pengaruhi itu adalahsatu kaum yang ketinggalan di dalam serba-serbi kegiatan masyarakat di negara kita. Dandengan menaikkan sentimen perasaan merekakita mengharap mereka akan dapat memberisokongan dan menjadikan kita sebagai juaramereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira sudah 28tahun kita merdeka dan sudah sekian lamapula Parlimen ini wujud, sudah sampailah ma-sanya Ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli politikdi negara ini berfikir lebih, dengan izin, sophis-ticated, lebih bertertib dan bersikap lebih baiksecara senang di dalam menghadapi masalahmendapatkan sokongan daripada rakyat. Kitaorang politik boleh memilih jalan senang danboleh memilih jalan susah dan akhirnya tafsir-an sama ada kita orang politik yang baik atautidak akan ditentukan oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, adalah mudah sepertiyang saya kata tadi mengatakan bahawa orangMelayu mundur, orang Cina mundur, orangIndia mundur, orang Iban mundur, orang apasekalipun mundur, mudah sekali untuk kitamengatakan tetapi soal yang hendak kita jawabdi sini ialah apakah kita lebih baik daripadaorang lain di luar negara Malaysia ini.

Memang kalau kita melihat jiran di sebelahkita yang rumahnya besar, rumah kita lebihkecil daripada rumahnya kita akan berasa ba-hawa kita adalah satu orang yang tidak berna-sib baik dan yang dianiaya, yang ditekan dansebagainya, tetapi kalau kita melihat ke luar

daripada rumah kita di sebelah yang lain pulakita akan mendapati rumah orang lain lebihkecil daripada rumah kita dan kehidupan kelu-arga di situ lebih dhaif daripada kita, makabarulah kita akan menyedari bahawa kita satukeluarga yang rupa-rupanya lebih bernasibbaik daripada keluarga yang lebih malang dari-pada kita.

Masalahnya apakah kita mahu bersyukurdengan apa yang kita ada ataupun kita tidakmahu bersyukur dengan apa yang kita ada.Senang sahaja jawabnya. Kalau kita tidakmahu bersyukur dengan apa yang kita adamaka kita bersama-sama dengan orang-orangyang tidak bersyukur itu akan mengapi-apikanrakyat yang tidak bernasib baik dan akan ber-lakulah rasa tidak puas hati dan rasa tidak puashati ini akan mencetuskan sesuatu yang tidakbaik akhirnya, tetapi kalau kita menganggapbahawa kita sudah bernasib baik dan lebihbernasib baik daripada orang-orang yang tidakbernasib baik terutama orang-orang yang diluar daripada negara kita maka kita akan men-dapati bahawa kita adalah seorang manusiayang boleh bersyukur dan berterima kasihdengan apa yang telah diberikan oleh Malaysianegara kita kepada kita dan kita akan cubamengajak orang lain untuk bersama-sama ber-syukur dengan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mencatat-kan beberapa hal yang telah ditimbulkan olehWakil dari Kota Melaka mengenai beberapakelemahan ataupun penganiayaan yang ko-nonnya didakwa yang telah dikenakan kepadaorang-orang yang bukan Melayu. Beliau telahmenyebut antara lain soal penyertaan FELDAMelayu sahaja banyaknya, orang bukan Mela-yu tak ada.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, penyerta-an orang Melayu dalam FELDA dan bumipu-tera lain dalam FELDA bukanlah sesuatu yangpatut diungkit-ungkit oleh kerana bidang pert-anian sebenarnya adalah sektor yang palingmiskin dalam semua sektor ekonomi di negarakita ini dan peserta-peserta FELDA yang men-dapat 10 ekar tanah tidaklah boleh dibandingdengan orang-orang bukan Melayu yang me-miliki harta estet beribu-ribu ekar yang banyakmerata-merata di negara kita ini.

Page 54: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4409 26 JULAI 1985 4410

Kalau kita ungkit 10 ekar tanah diberi kepa-da orang Melayu dalam FELDA maka orang iniakan mengungkit betapa hal beribu-ribu ekartanah yang dimiliki oleh bukan Melayu dalambentuk estet yang terdapat di serata tanahairkita ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang betul orangMelayu luar bandar mendapat rumah murahlebih banyak barangkali daripada orang-oranglain tetapi dalam bandar rumah murah lebihbanyak didapati oleh orang-orang bukan Me-layu. Dan sebenarnya kalau kita hendak berca-kap tentang rumah murah, hendak diungkit-ungkit rumah murah, saya sendiri merasa bu-kanlah satu perkara yang amat penting yanghendak kita bangkitkan oleh kerana kalau kitabangkitkan soal rumah murah kita patut bang-kitkan soal rumah bukan murah iaitu rumah-rumah mahal. Kalau kita katakan rumah mu-rah untuk orang Melayu, rumah mahal untuksiapa? Rumah mahal untuk bukan Melayu, dimana rumah mahal di bandar-bandar besar,siapa punya, bukan Melayu punya. Kalau di-bandingkan siapa yang menang, adakah orangMelayu atau orang bukan Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu me-nyentuh tentang soal biasiswa yang telah dise-butkan oleh dan telah dijawab diulas oleh saha-bat saya tadi tetapi saya hendak menyebutbahawa dalam soal masalah pemberian biasis-wa dan penempatan anak-anak di sekolahtinggi ini, saya kira kita patutlah bersikap ratio-nal.

Kita harus bertanya berapa banyak orangMelayu bumiputera yang telah lulus dan mene-rima ijazah sehingga hari ini, dan berapa ba-nyak orang bukan Melayu yang telah meneri-ma ijazah yang lulus daripada pengajian se-hingga hari ini, bandingkan berapa peratus,dan bandingkan dari segi peratusan kaum yangada dalam Malaysia ini barulah kita mendapatsuatu gambaran yang objektif sama ada betulatau tidak berlaku diskriminasi dalam soalpemberian biasiswa dan tempat di institusi pe-ngajian tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya berkira denganmenimbulkan soal sebuah stesyen minyak yangmengatakan telah diambil alih oleh Kerajaan,dalam masa 15 tahun baru satu DAP dapat

menunjukkan bukti bahawa ada perbuatanyang tidak sehat berlaku dalam menjalankanDEB. Ini adalah suatu rekod yang barangkalitidak boleh, dengan izin, dimatch oleh mana-mana Kerajaan sekalipun dalam dunia dari segikeadilan, dalam masa 15 tahun satu baru kesyang dapat ditunjukkan oleh DAP dalam Dew-an ini, dan itupun belum tentu benar atau salah.Barangkali ada, dengan izin, explanation dari-pada Kerajaan Negeri mengapa tindakanmembatalkan lesen itu dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, satu kes oleh BoonBrothers telah dibatalkan atau tidak disam-bung lesen minyaknya telah diungkit oleh duaorang Ahli Parlimen DAP dalam Dewan iniseolah-olah langit sudah runtuh dan sudahhendak kiamat, sudah berlaku suatu keadaanyang di mana seluruh masyarakat Malaysiaharus bangkit menentang. Saya fikir inilah per-watakan yang saya sangat tidak suka hendaktenguk iaitu kita mengapi-apikan sesuatu per-kara, dengan izin, out of proportion, suatuperkara yang sepatutnya boleh dibuat dengansecara administrative kalau DAP tidak puashati tulislah surat kepada Menteri Besar Perak,tetapi dua orang bercakap atas masalah yangsama dalam Dewan ini, saya sendiri naik gelihati seolah-olah sudah tidak ada benda lainyang boleh dibawa dalam Dewan ini sebagaicontoh untuk memperkuatkan kes mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ya, memang benarNaib Canselor yang ada di dalam negara kitaini boleh dikatakan semuanya orang Melayu,bumiputera tetapi apalah yang ada kepadaNaib Canselor yang lima, enam orang itu.Berapakah sangat gaji mereka dan denganmenjadi seorang Naib Canselor barangkali me-reka tidak boleh jadi millionaire, bandingkanberapa orang millionaire bukan Melayu yangada dalam negara kita. Kalau hendak diungkitbiarlah kita bersikap rational dan biarlah kitabersikap wajar dan bersikap adil.

Kita mestilah juga membaca dan memberita-hu kepada rakyat berapa ramai millionairebukan Melayu yang ada dalam Malaysia iniyang telah berjaya mengumpulkan harta keka-yaan melalui sumber-sumber yang ada dalamMalaysia ini, berapa ramai. Kita hendak ungki-t-ungkitkan soal Naib Canselor di Universitiyang enam orang langsung kita melupakan

Page 55: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4411 26 JULAI 1985 4412

bahawa orang bukan Melayu tidak dapat jadiNaib Canselor boleh berjaya dan boleh maju didalam lapangan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, ya, memang benarmasalah orang Melayu lebih banyak diberipeluang di dalam memilih permit teksi, rumahmurah, apa lagi perkara-perkara yang kecil,perkara-perkara yang menunjukkan kemiskin-an mereka tetapi jangan kita lupa bahawasektor-sektor yang miskin ini tidak bolehmengkayakan orang-orang yang menyertai la-pangan ini.

Dalam bidang ekonomi Malaysia sektoryang kaya, sektor yang maju ialah sektor ke-wangan, sektor pengeluaran, sektor perkilang-an, sektor pembinaan, harta iaitu property de-velopment, dengan izin, perkapalan, insurans,banking dan sebagainya, siapa yang ada dalamsektor ini.

Saya percaya Ahli Yang Berhormat dariKota Melaka dan Kuala Lumpur Bandarboleh bersikap ikhlas, jujur kepada dirinyasendiri, saya hendak bertanya dan saya harapbeliau menjawab dan berlaku jujurlah kepadadirinya sendiri, jangan membohongi dirinyasendiri, kalaupun dia tidak mahu membohongiorang lain, jangan berbohong kepada dirinyasendiri, jawab soalan saya, siapa yang menyer-tai sektor-sektor kaya ini, siapa yang mengam-bil bahagian dalam sektor-sektor ini. OrangMetayu berapa peratus, orang bukan Melayuberapa peratus, dan antara peratus orang buk-an Melayu itu, berapa peratus orang Cina.Kalau tidak puas hati juga saya tidak tahulah,apa yang beliau hendak lagi.

Sebenarnya kalau ikutkan tidak puas hatisepatutnya orang-orang yang Wakil Rakyatyang macam sayalah yang patut tidak puas hatisebab orang-orang yang duduk di kampung dikawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, ada yangmakan dua kali sehari, ada yang makan sekalisehari, duduk di rumah tidak ada api dan tidakada air, longkang tidak tentu hala, nyamukbanyak, pacat banyak, penyakit banyak, kesu-sahan hidup dalam kampung, ini saya tidakdengar lagi barangkali kita tidak dengar lagi,sahabat-sahabat kita dari Sarawak yang akan

menceritakan betapa susahnya masyarakatluar bandar di Sarawak yang hidup di rumahpanjang dengan serba serbi kekurangan, su-dahlah miskin kekurangan dari segi infrastruk-tur, kekurangan dari segi peluang untuk men-cari kehidupan, kekurangan dari segi peluanguntuk mendapat pelajaran untuk anak-anaktetapi mereka tidak datang ke Dewan ini men-jerit-jerit mengatakan mereka adalah satukaum yang telah dizalimi atau didiskriminasi,mereka tidak datang kepada Dewan ini danmengatakan bahawa mereka telah dianaktirik-an bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menye-babkan kesusahan kepada kehidupan mereka,tidak, mereka tidak bercakap. Apa yang anih-nya sekarang Tuan Yang di-Pertua, ialah baha-wa orang yang mewakili masyarakat yang pa-'ling berjaya dalam masyarakat Malaysia inilahorangnya yang datang ke Dewan dan berkatabahawa mereka telah dizalimi, ini adalah suatuparadox, dengan izin, akan tercatat di dalamsejarah negara ini dan sejarah Parlimen ini yangakan ditertawakan oleh generasi yang akandatang yang kelak akan membaca Hansardatau catatan Parlimen kita, betapa berpura-puranya Wakil-wakil mereka di dalam Dewanini pada suatu ketika betapa tidak puas hati-nya, betapa dengan izin, betapa artificialnya,Wakil-wakil Rakyat mereka bercakap di dalamParlimen semata-mata untuk meharik perhati-an orang-orang, kaum-kaum yang mereka wa-kili dengan sedikit pun tidak menghiraukanhakikat yang wujud dalam masyarakat Malay-sia ini.

Kita tidak usah bercakap tentang statistik,memang saya tidak ada statistik hari ini hendakdiberi untuk menyokong pendapat-pendapatyang mengatakan bahawa masyarakat bumi-putera, masyarakat Melayu adalah masyarakatyang terkebelakang, yang telah terkebelakang,yang masih terkebelakang dan akan terus kebe-lakang sampai lima tahun yang akan datangatau 10-20 tahun yang akan datang, tetapi kitatidak datang di sini dengan mengapi-apikansemangat sentimen perkauman orang Melayuuntuk menentang, dengan izin, fellow citizens,orang-orang bukan Melayu semata-mata un-tuk mendapat, dengan izin, political score, un-tuk mendapat sokongan politik daripada ma-syarakat yang kita wakili.

Page 56: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4413 26 JULAI 1985 4414

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada yang lebihburuk, tidak ada yang lebih jijik, tidak adayang lebih dahsyat daripada membohongi seja-rah, membohongi kenyataan, membohongi ha-kikat; tidak ada yang lebih buruk daripadaperbuatan membohongi orang ramai dan cubamenutupi hakikat yang sebenarnya.

Memang, Tuan Yang di-Pertua, kita telahbercakap tentang perkhidmatan awam yangramai dianggotai oleh orang bumiputera. Teta-pi siapa dia ahli perkhidmatan awam yangdianggotai oleh orang bumiputera. Merekaadalah Kerani, mereka ialah Polis, mereka ia-lah Askar. Berapa gaji mereka? Hanya $400 -$500. Berapa ramai orang Melayu dalam go-longan professional? Tanyalah Ketua Pem-bangkang daripada Kota Melaka. Sama adaorang Melayu lebih ramai dalam golonganprofessional ataupun bukan bumiputera lebihramai di dalam golongan professional. Dantanyalah Ketua Pembangkang berapa penda-patan ahli-ahli professional, $300 atau $3,000sebulan? Di manakah, siapakah yang patut danharus komplen dalam soal ini? Orang bukanMelayu atau orang Melayu, orang bumiputeraatau bukan bumiputera?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendakmengungkit-ungkit dalam soal Melayu, soalbukan Melayu, bumiputera dan bukan bumi-putera, kita akan duduk dalam Dewan inisampai pagi besok, sampai tahun hadapan,sampai seribu tahun lagi atau satu melion ta-hun lagi, kita tidak akan habis bercakap ten-tang isu perkauman di dalam Dewan ini.

Soalnya sekarang kita mesti tanya kepadadiri kita sendiri, apakah kita hendak mengajaranak-anak dan generasi kita akan datang un-tuk menjadi perkauman seperti kita ataupunkita hendak mengajar anak-anak kita supayamelupakan bahawa mereka orang Melayu atauorang bukan Melayu bahawa semua merekaadalah masyarakat Malaysia yang wajib mem-beri sumbangan kepada kemajuan negara initanpa mengira bahawa mereka orang Melayuataupun bukan Melayu, bumiputera atau buk-an bumiputera.

Kalau kita datang ke Dewan ini denganmengajar anak-anak dan generasi kita akandatang untuk melupakan keturunan mereka,maka kita tidak boleh dan tidak sewajarnyadatang ke Dewan ini untuk bercakap tentangMelayu dan bukan Melayu, bumiputera danbukan bumiputera. Kalau ada kekurangan ber-laku kepada Ah Lim maka Ah Lim itu bukankerana dia Cina maka dia kekurangan, tetapiAh Lim yang kekurangan itu berlaku keranadia Ah Lim dan dia adalah rakyat Malaysia.Kalau ada Mamat bin Abdullah tidak dapatmelanjutkan pelajaran ke universiti, bukan ke-rana dia orang Melayu tetapi adalah kerana diaMamat bin Abdullah seorang Malaysia. Ada-kah kita sanggup bersikap demikian? Adakahkita sanggup mengajar diri kita dan mengajargenerasi yang akan datang supaya bersikapsebagai seorang Malaysia tetapi kalau kita ti-dak sanggup melupakan bahawa kita adalahmewakili rakyat Malaysia dan kita masih ber-pegang bahawa kita adalah mewakili satukaum yang tertentu sahaja maka kita akanbercakap tentang orang Cina, tentang orangMelayu sampai sejuta tahun yang akan datangdan kita tidak akan dapat menemui satu apapun penyelesaian kepada masalah perkaumanini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dansaya menentang usul ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatdari Kota Belud.

6.15 ptg.

Dato Haji Mohammad Yahaya bin Lampong(Kota Belud): Tuan Yang di-Pertua, saya me-ngucapkan berbanyak terima kasih kerana di-beri peluang untuk menyertai perbahasan ten-tang usul yang telah dikemukakan oleh AhliYang Berhormat dari Kota Melaka.

Saya sebenarnya apabila masuk ke dalamDewan ini dalam tahun 1982 benci kepadaPembangkang tetapi apa boleh buat nasib se-karang ini saya juga menjadi seorang pembang-kang. Jadi oleh sebab itu saya tidak lagi bencikepada pembangkang tetapi cuba mengambilbahagian dalam perbahasan ini dengan Tikiranyang terbuka. Tuan Yang di-Pertua, setelahmendengar hujah-hujah.....

Page 57: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4415 26 JULAI 1985 4416

Timbalan Yang di-Pertua: Sebentar, YangBerhormat, minta duduk. Ahli Yang Berhorm-at, saya ingin bertanya kepada Bangku Keraja-an, sama ada berhajat untuk membawa usul dibawah Perkara 12.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSANYANG DIBEBASKAN DARIPADA

PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pat-hmanaban): Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyua-rat 12, Dewan ini tidak akan ditangguhkanhari ini sehingga pukul 7.00 malam se-hingga Usul Ahli Yang Berhormat dariKota Melaka diselesaikan.

Timbalan Menteri Penerangan (Dato ChanSiang Sun); Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmenyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, saya kemukakan masalah bagi di-putuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul inidisetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetu-jukan.

Diputuskan,

Bahawa Mengikut Peraturan Mesyua-rat 12, Dewan tidak akan ditangguhkanhari ini sehingga pukul 7.00 malam se-hingga Usul Ahli Yang Berhormat dariKota Melaka di selesaikan.

JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN— DASAR EKONOMI BARU

Timbalan Yang di-Pertua: Saya akan mem-beri masa 10 minit untuk pembawa usul meng-gulung, jadi kita ada masa perbahasan lebihsedikit daripada 30 minit. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat bekerjasama supaya ma-sing-masing dapat masa untuk berbahas. Silak-an Ahli dari Kota Belud.

Tuan Mohammad Yahya bin Lampong: Teri-ma kasih, terutama sekali saya ingin mengu-capkan syabas kepada Ahli Yang Berhormatdari Kota Melaka, sebab berani membawa usulini ke dalam Dewan ini. Walau bagaimanapun,beliau dan Ahli dari Kuala Lumpur Bandartelah gagal untuk mempengaruhi saya, teruta-ma sekali bahkan Dewan ini supaya mendapatsokongan usul ini diterima.

Wakil-wakil dari Bagan Datuk dan KualaTrengganu telah menyatakan hujah-hujah dimana Wakil-wakil dari Kota Melaka dan Kua-la Lumpur Bandar gagal mensenaraikan satupersatu bidang-bidang di mana kegagalan danketidaksaksamaan telah wujud. Kalau sayarasa satu trend yang berbahaya, Tuan Yang di-Pertua, akan wujud di dalam negara ini sekira-nya kita selalu mengungkit-ungkitkan isu per-kauman disebabkan apabila kita gagal menda-pat sesuatu, kita akan membuat alasan, men-cari alasan bahawa saya tidak dapat sesuatuoleh sebab saya Cina, saya tidak dapat sesuatuoleh sebab saya Melayu, saya tidak dapat sesu-atu oleh sebab saya dari Sabah ataupun seteru-snya. Sekiranya trend begini berterusan makaakan gagallah segala usaha-usaha kita, tinda-kan-tindakan kita akan menyatupadukankaum di negara ini.

Kalau kita tinjau negara-negara jiran sepertiSingapura, Indonesia, Thailand, Filipina dansebagainya di mana kita dapati berbagai-bagaimasalah yang wujud tetapi masalah-masalahyang wujud itu tidaklah pula dibangkitkandisebabkan oleh perkauman, oleh sebab satukaum yang lebih maju daripada kaum yanglain, oleh sebab satu kumpulan lebih dibantudaripada kumpulan yang lain. Dan begitu juga,Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Ketua Pem-bangkang dari Kota Melaka gagal, gagal mem-pengaruhi ataupun menjelaskan ke dalamDewan ini bahawa hanya penyertaan Kerajaansahaja yang selalu menjadi sasaran.

Bahkan penyertaan-penyertaan daripadaprivate sector, sebagaimana yang telah dinya-takan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Ku~ala Trengganu di mana kalau Kerajaan mengi-rim 10,000 pelajar-pelajar Melayu ke seberanglaut, kita dapat bahawa private sector ataupun

Page 58: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4417 26 JULAI 1985 4418

saudara-saudara kita orang-orang Cina mengi-rim 30,000. Jadi kalau kita katakan betul dari-pada segi Kerajaan tidak seimbang di manamungkin kita kirim 10,000 orang Melayu ataubumiputra, mungkin kita kirim 1,000 orangCina tetapi daripada pihak private sector pulaada 30,000 atau 40,000 pelajar Cina yang ada diluar negeri. Jadi ini"kita tidak boleh katakanbahawa sasaran itu kita tujukan kepada Kera-jaan sahaja. Jadi dari segi itu Ahli-ahli YangBerhormat dari Kota Melaka dan Kuala Lum-pur Bandar telah gagal untuk mensenaraikandi dalam Dewan ini bidang-bidang di manakaum-kaum sesuatu itu kepentingan-kepen-tingan mereka telah terjejas.

Dan begitu juga Ahli Yang Berhormat dariKota Melaka telah gagal untuk memberitahuDewan ini akan tugas-tugas Jawatankuasa Pi-lihan Parlimen yang akan dibentuk itu. Apa-kah tugas mereka ini dan siapakah yang akanmenjadi anggota, bidang-bidang manakahyang akan menjadi sasaran kepada mereka inidan cara-cara pentadbiran Jawatankuasa ini.

Saudara daripada Kota Melaka harus fahambahawa perpaduan negara dan masalah-masa-lah penyertaan dalam kegiatan-kegiatan nega-ra sama ada kegiatan pentadbiran ataupunperniagaan ini adalah satu perkara yang palingsusah, yang paling komplek, susah hendak kitasenaraikan satu persatu bahawa kumpulan iniharus mendapat percentage ataupun peratus-an, 5% dalam bidang ini, kumpulan yang lainakan mendapat 2%. Jikalau begitulah usaha-usaha yang akan kita lakukan maka negara inibukan pula akan maju, bahkan akan menujukebuntuan oleh sebab tidak lain yang kitafikirkan, kita fikirkan penyertaan satu-satukaum. Jadi masalah-masalah yang saya sebut-kan tadi, sebagaimana saya katakan di Ameri-ka tidak ada Dasar Ekonomi Baru, di Englandpun tidak ada Dasar Ekonomi Baru, di Afrikatidak ada Dasar Ekonomi Baru, tetapi di Eng-land pun mempunyai masalah, di Amerika punmempunyai masalah.

Kalau kita lihat di Israel, Tanah Arab diram-pas, di Uganda peniaga-peniaga ataupun per-niagaan-perniagaan orang-orang yang bukanUganda daripada Asia, tanah-tanah dirampas.Tetapi kita tidak melihat di sini tanah orangCina dirampas ataupun perniagaan orang Cina

dirampas. Jadi, saya rasa itulah kegagalan yangtelah dipertunjukkan oleh Ahli-ahli dari KotaMelaka dan juga dari Kuala Lumpur Bandar.Dan tadi saya nyata bahawa kalau kita terlalumenekankan akan usaha-usaha kita hendaklahdipengaruhi oleh penyertaan-penyertaankaum, jadi satu kaum akan mensenaraikan,sampai seribu tahun tidak habis senarai itu.Nanti orang Melayu mensenaraikan, seributahun tidak habis, orang Sabah, orang Dayak,orang Bajau dan seterusnya akan mensenaraik-an tiap-tiap kegiatan yang harus disenaraikanoleh kaum masing-masing.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akanmemberi ucapan yang panjang lebar oleh sebabsaya rasa itu sudah cukup untuk saya gagalmenyokong cadangan yang telah dilakukanoleh saudara dari Kota Melaka. Dan denganitu, saya mengucapkan ribuan terima kasiholeh sebab diberi peluang menyertai perbahas-an ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormatdari Kuala Nerus.

6.26 ptg.

Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan (Kuala Ne-rus): Bismillahir-rahmanir-rahim. Terima ka-sih, Tuan Yang di-Pertua, kerana saya dapatbersama-sama membahas usul yang telah di-bentangkan oleh pihak Ketua Pembangkang,

Pada mulanya, saya tidak rasa ingin beru-cap, tetapi apabila saya baca iaitu satu daripa-da rangkaian-rangkaian usu! yang telah diben-tangkan iaitu berbunyi satu daripadanya Dew-an ini iaitu hendaklah menubuhkan sebuahJawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menyia-sat ke dalam ketidakadilan dan ketidaksaksa-maan Dasar Ekonomi Baru. Manakala sayaterbaca ini, saya pun berasa ingin jugalah mahubercakap sedikit, kerana sejak saya berada da-lam Parlimen atau menjadi Ahli Parlimen su-dah tiga tahun, saya tidak pernah pun bangunapa-apa perkara yang dipersoalkan oleh pihakPembangkang. Oleh kerana sifat saya ini seba-gai seorang yang agak cara pertengahan iaitusaya memandang kepada tengah kepada butir-butiran yang elok, yang mana elok.

Page 59: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4419 26 JULAI 1985 4420

Saya percaya Kerajaan Malaysia iaitu Kera-jaan yang ada sekarang ini adalah Kerajaanyang memetik apa yang elok, tidak kecualidaripada pihak Pembangkang ataupun bagipihak mana-mana sahaja. Maka saya sendiribegitulah, saya percaya kebanyakan di antaraAhli-ahli Parlimen ialah memandang di atasbutir ataupun apa yang molek. Kalau sesuatuyang molek walaupun datang daripada pihakPembangkang tentu sekalilah pihak Kerajaanpun menerima. Tetapi dalam soal ini, dalamsoal ketidakadilan, maka ketidakadilan iniadalah suatu perkara yang berat. Yang sebe-narnya, wahai saudara Ahli Kota Melaka, se-benarnya Kerajaan yang ada sekarang ini ada-lah Kerajaan yang penuh keadilan mengikutsekadar apa yang berupaya. Kenapa saya me-ngatakan begitu? Sebab kalau kita tengok apayang telah disebutkan oleh saudara WakilKota Melaka dalam tentang kelohan iaitu Da-sar Ekonomi Baru yang agak boleh disebuttidak adil disebabkan kerana keutamaan Kera-jaan terhadap orang-orang bumiputra ataupunorang-orang Melayu misalannya, itu adalahpandangan sepintas lalu.

Yang pada hakikat sebenarnya adalah bagipihak Kerajaan Malaysia menjalankan sesuatukhasnya dalam Dasar Ekonomi Baru itu me-ngikut cara dan saluran yang penuh keadilan.Kenapa saya katakan begitu, dalam segi kewa-jipan sesebuah Kerajaan ialah untuk menjagakeamanan rakyat, maka keamanan tidak seka-H-kali boleh jadi aman sebetul-betulnya sekira-nya keadilannya itu tidak menyeluruh, makapolisi-polisi menjalankan keadilan itu berma-cam-macam acara. Misalannya cuba kita re-nungkan bersama dalam pandangan-pandang-an ataupun ajaran-ajaran Tuhan sendiri ter-hadap manusia iaitu di antara orang kaya danorang miskin. Kenapakah Allah s.w.t. mewa-jibkan kepada orang-orang Islam supaya kelu-arkan zakat, tak lain tak bukan supaya orang-orang yang miskin itu jangan marah kepadaorang kaya, jangan dendam kepada orangkaya, jangan sakit hati kepada orang kaya.

Oleh yang demikian, dengan sesuaian itubagi pihak Kerajaan hendak perintah kepadaorang-orang yang bukan Islam seperti orangCina dan orang-orang Hindu supaya keluarzakat maka dia tidak diwajibkan zakat di sisiagama. Dengan demikian, itulah salah satu

daripadanya yang telah dijalankan oleh pihakKerajaan menolong kepada orang-orang Me-layu supaya dapat dia hidup sebagaimanaorang lain juga walaupun tidak tercapai seba-gaimana yang telah dicapaikan kekayaan olehorang-orang Cina. Yang sebenarnya keduduk-an orang Melayu hendak dibandingkan dengankedudukan orang-orang yang bukan Melayuamat jauh ketinggalan dalam segi ekonomi,dalam segi kekayaan, kebolehan dan sebagai-nya. Kalau sekiranya Kerajaan membiarkanatau Kerajaan tidak menolong kepada Bumi-putera maka pada adatnya kata orang-orangBumiputera ini akan hanyut di belakang jauhsekali. Dengan demikian, sepatut-patutnyaorang-orang yang bukan Melayu memberi sim-pati kepada Kerajaan di atas dasar-dasar yangseumpama ini.

Saya pernah teringat tarikh perjuangan Ja-mal Abdul Nasir. Sebelum Jamal Abdul Nasirmemerintah negeri Mesir iaitu diperintah olehMalek Farouk, pada masa ketika itu perbezaanrakyat Mesir antara orang kaya dengan orangmiskin amat jauh sekali, orang-orang miskinmenjadi hamba kepada orang-orang kaya, ora-ng-orang miskin sentiasa menjadi kuli, menjaditukang tarik unta, menjadi tukang mandikuda kepada orang-orang kaya dan pada masaketika Malek Farouk memerintah didapati ne-geri Mesir tidak aman sentiasa berlaku pem-bunuhan-pembunuhan antara orang-orangkaya dan orang miskin. Dengan demikian,apabila sahaja datang Jamal Abdul Nasir da-lam pemerintahannya, Jamal Abdul Nasir me-nyeru kepada umat-umat Mesir supaya orang-orang kaya kiranya dapat...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,saya beri Yang Berhormat tiga minit lagi. Silateruskan. Saya minta maaf kerana telah adausul dan telah diputuskan bahawa Mesyuaratini akan ditangguhkan pada pukul 7.00 danmasih banyak lagi Ahli-ahli Yang Berhormatyang akan berucap. Jadi, saya minta maafterpaksa mengganggu Yang Berhormat, sayamohon maaf. Sila teruskan Yang Berhormat.

Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan: Terima ka-sih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh yang demikian,Jamal Abdul Nasir minta kepada orang-orangkaya supaya dapat kiranya harta-hartanya itudiserahkan kepada Kerajaan untuk dibahagi

Page 60: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4421 26 JULAI 1985 4422

sama kepada orang-orang miskin. Maka bebe-rapa banyak orang Mesir yang kaya-kaya, mil-lioner masing-masing sanggup menyerah hart-anya kerana memikirkan keamanan negeri.Dengan itu, saya rasa ini juga menjadi contohteladan kepada kita sekalian.

Hari ini wahai saudara Wakil Kota Melaka.Adakah kita tengok orang-orang Cina menjadidriver kepada orang Melayu seorang pun tidakada, tidak pernah saya jumpa. Tetapi orangMelayu menjadi driver orang Cina banyak.Kenapa itu? Ini tak lain tak bukan kerelaan iniialah daripada kesusahan, kemiskinan, Makadaripada kelohan inilah saya rasa patut kitafikirkan bersama.

Dalam soal membangkitkan semangat se-mua orang boleh terutama sekali kalau orang-orang miskin. Orang miskin dia kurang takutmati, lebih-lebih orang-orang fakir. Sebab ituyang berlaku pembunuhan, yang berlaku pert-engkaran, berbalah semuanya disebabkan ke-miskinan. Maka kalau sekiranya Kerajaan ti-dak menjalankan Dasar Ekonomi Baru iniataupun tidak buat sebagaimana apa yang te-lah Kerajaan lakukan ini saya rasa kita tidakboleh dapat keamanan seperti ini.

Pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri ora-ng-orang Cina lebih banyak daripada orangMelayu, orang Melayu sedikit sangat. Di Ame-rika, saya kurang pasti dalam segi angka bi-langan tetapi orang Melayu sangat sedikit. Ka-lau hendak diharapkan kepada ibubapa mere-ka pada adat kata orang Melayu jarang sangatboleh melangkah belajar di luar negeri tetapiorang-orang Cina dikurniakan oleh Tuhan da-pat harta banyak berupaya menyelenggarakananak-anak mereka di luar negeri belajar. Makasekiranya Kerajaan tidak memberi keutamaansedikit macam ini tentu sekalilah orang-orangMelayu banyak kejahilan. Apabila kejahilanesok bagaimana hendak hidup, dia tengokorang ini senang, orang ini pakai motokar,orang ini ada pelajaran bekerja senang yanglain-lain semua berkaki ayam, nanti orangkaya hendak berjalan pun susah, akan disekat-nya di tengah jalan.

Timbalan Yang di-Pertua: Noktah.

Tuan Ibrahim A/mi bin Hassan: Tak faham,maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ayat itu elok dahkalau diletak noktah di situ. Satu ayat lagisahaja, boleh.

Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan: Saya punhendak letak noktah ini, cuma saya letak komasahaja (Ketawa). Maka begitulah saya rasa.Dalam soal apa yang berlaku dalam Parlimenseperti apa yang telah...

Timbalan Yang di-Pertua: Itu sudah ceraianbaharu.

Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan: Ya. Sayapercaya begitu juga. Oleh itu saya rasa dalamperkara yang seumpama ini saya mengharap-kan supaya agar kiranya bagi pihak Pembang-kang khasnya Ketua Pembangkang iaitu sau-dara Wakil Ketua Pembangkang semoga mari-lah kita bersama-sama di dalam Parlimen iniuntuk mencari apa yang lebih baik sebab sayarasa apa yang saudara Wakil Kota Melakaberucap dengan cara garang begitu dan sensitifsedikit misalnya, itulah membawa kepada bagipihak back benchers sebelah Barisan ini pulabersemangat betul, itu salah satunya. Makasaya sendiri pun boleh juga hendak buat caraitu tetapi saya tidak hendak. Saya rasa lebihbaik pada masa-masa depan marilah kita ber-sama-sama untuk memberi pandangan-panda-ngan yang tidak agak kepada arah sensitif.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih,Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri diJabatan Perdana Menteri.

6.40 ptg.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato'

Mohamed Khalil bin Yaakob); Tuan Yang di-Pertua, tinggallah saya 8 minit untuk berucap.

Pada pendapat Kerajaan cadangan UsulAhli Yang Berhormat dari Kota Melaka untukmenubuhkan sebuah Jawatankuasa PilihanParlimen untuk menyiasat ketidakadilan danketidaksaksamaan Dasar Ekonomi Baru ada-iah tidak perlu. Ini yang perlu kita putuskanoleh kerana apa yang dihujahkan oleh YangBerhormat dari Kota Melaka itu adalah sang-kaannya semata-mata.

Page 61: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4423 26 JULAI 1985 4424

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Da-sar Ekonomi Baru adalah berasaskan kepadaekonomi yang berkembang dengan pesat danyang dapat membanyakkan peluang-peluanguntuk rakyat Malaysia serta punca-punca kelu-aran pembangunan. Dalam perlaksanaan Da-sar Ekonomi Baru itu seperti yang telah dija-minkan oleh Kerajaan, Kerajaan telah jugamempastikan bahawa ketidakadilan dan keti-daksaksamaan tidak ada dan tidak akan wujuddi mana sesuatu kumpulan telah dan akanmengalami kerugian atau berasa kehilanganhak-hak asasinya.

Bukti-bukti yang ada semenjak Dasar Eko-nomi Baru dilaksanakan menunjukkan baha-wa ekonomi negara telah berkembang denganpesat sementara kedua-dua serampang duamata Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmiankemiskinan tanpa mengira kaum dan penyu-sunan semula masyarakat Malaysia untukmenghapuskan identifikasi kaum dengan kerjaatau lokasi sedang berjalan ke arah matlamatyang ditetapkan.

Ahli Yang Berhormat perlulah mengetahuibahawa matlamat untuk mencapai perpaduannegara dan identiti kebangsaan melibatkanberbagai kegiatan dalam bidang ekonomi, sosi-al dan politik. Walaupun Dasar Ekonomi Barumerupakan satu syarat yang perlu ke arahpencapaian perpaduan negara, kekeliruan ti-dak seharusnya timbul yang perpaduan negaraboleh dicapai hanya dengan cara-cara ekonomisahaja. Usaha-usaha lain termasuklah penggu-balan Dasar Pelajaran untuk menggalakkanwujudnya nilai-nilai persamaan dan ketaatseti-aan di kalangan semua kaum dan di semuawilayah; menanamkan semangat bekerja kerasdan tekun untuk negara melalui berbagai jenisperkhidmatan; memajukan dengan usahacermat dan satu bahasa dan kesusasteraan ke-bangsaan, seni dan muzik dan mewujudkansimbol-simbol dan institusi-institusi negarayang tulin berdasarkan kebudayaan dan adatresam masyarakat. Adalah jelas bahawa pem-basmian kemiskinan dan penyusunan semulamasyarakat dan ekonomi merupakan hanyasyarat-syarat yang perlu tetapi tidak mencu-kupi bagi perpaduan negara.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru dilancarkaniaitu dalam tahun-tahun lima puluhan danenam puluhan, pertumbuhan ekonomi negaraadalah sebanyak kira-kira 6% setahun secarapurata. Selepas Dasar Ekonomi Baru dilancar-kan, kadar pertumbuhan ekonomi negara da-iam dekad pertama telah meningkat kepadasebanyak 7.8% setahun secara purata dan telahmenghasilkan kenaikan pendapatan per kapi-ta, peluang-peluang pekerjaan dan perubahanbesar dalam struktur ekonomi negara. Sung-guhpun pertumbuhan ekonomi negara dalamtahun-tahun lapan puluhan setakat ini telahberkurangan kepada kira-kira 6% setahun, iniadalah disebabkan oleh keadaan kemelesetanekonomi dunia keseluruhannya. Sekiranya di-bandingkan dengan pencapaian negara-negaralain, termasuk negara-negara yang sudah mem-bangun, prestasi ini boleh dibanggakan.

Pada tahun 1970, pendapatan perkapita ada-lah sebanyak $1, 142 iaitu antara yang tertinggidi rantau Asia. Menjelang akhir tahun 1983pendapatan per kapita teiah meningkat men-jadi $4,317. Pertumbuhan ekonomi yang tinggisejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru jugatelah menghasilkan 1,840,000 pekerjaan dalamtempoh 1970-1983 di berbagai sektor di katego-ri pekerjaan. Kadar pengangguran telah berku-rangan dari 7.8% dalam tahun 1970 kepada6% dalam tahun 1983.

Dari segi pembasmian kemiskinan, usaha-usaha telah dijalankan oleh Kerajaan bagi me-ngurangkan kadar kemiskinan di kalangan se-mua kaum. Kadar kemiskinan pada keseluru-hannya telah berkurangan daripada 49.3% da-lam tahun 1970 kepada 29% dalam tahun 1980.Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan telahmeningkat sedikit dalam tahun 1983 kepada30.3% disebabkan oleh kejatuhan harga ba-rangan utama akibat kemelesetan ekonomi du-nia.

Selaras dengan matlamat pembasmian ke-miskinan tanpa mengira kaum, bantuan yangdisalurkan oleh Kerajaan seperti subsidi kepa-da golongan miskin untuk meningkatkan dayapengeluaran dan pendapatan mereka telah di-nikmati oleh semua kaum. Sehingga tahun1977 Banci Pekebun Kecil Getah 1977 menun-jukkan bahawa daripada jumlah pekebun kecilgetah seramai 227,000 yang telah menerima

Page 62: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4425 26 JULAI 1985 4426

geran tanam semula getah ataupun 69.3% ada-lah terdiri daripada kaum Melayu sementara30.7% adalah kaum bukan Melayu. Dalamtahun 1979 seramai 9,830 pekebun kecil getahkaum Melayu dan 3,930 pekebun kecil getahkaum Cina lagi telah menerima geran tanamsemula getah.

Penanam-penanam padi daripada semuakaum telah juga menerima subsidi harga padiyang diberikan oleh Kerajaan untuk menam-pung pendapatan mereka. Dalam tahun 1983jumlah subsidi harga padi yang diterima olehpenanam-penanam padi Melayu berjumlah$ 152,920,000 sementara kaum Cina$14,967,702. Dari segi bilangan, seramai207,241 penanam padi kaum Melayu dan11,094 penanam padi kaum Cina telah meneri-ma subsidi harga padi dalam tahun 1983.

Dalam bidang perikanan pula, bilangan per-kakas perikanan yang dilesenkan jelas menun-jukkan bahawa semua kaum telah mendapatifaedah ini. Seramai 13,953 nelayan bumiputeradan 12,954 nelayan bukan bumiputera telahmendapat lesen bagi berbagai jenis perkakasperikanan termasuk pukat tunda, pukat jerutdan pukat tradisi pada tahun 1983.

Di samping program-program bertujuan me-ninggikan daya pengeluaran dan pendapatangolongan miskin dari semua kaum, program-program bagi menyediakan kemudahan asasuntuk meninggikan mutu kehidupan merekaterus dilaksanakan. Kemudahan kesihatan te-lah diperbaiki dan diperluaskan dan dengan inijangka hayat semasa lahir telah meningkat da-ripada 64.4 tahun dalam tahun 1970 kepada 70tahun dalam tahun 1983. Kadar kematian bayijuga telah berkurangan daripada 40.8 setiap1000 dalam tahun 1970 kepada 21.1 setiap 1000dalam tahun 1983 sementara kadar kematiankanak-kanak juga telah turun.

Kemudahan-kemudahan pelajaran juga te-lah disediakan dengan lebih banyak denganbertambahnya bilangan sekolah-sekolah ren-dah dan menengah. Dalam tahun 1970 seramai1.7juta murid seluruh Malaysia telah menuntutdi sekolah-sekolah rendah sementara 534,170murid lagi menuntut di sekolah menengah.

Dalam tahun 1983 seramai 2.1 juta murid ter-dapat di sekolah-sekolah rendah dan 1.2 jutamurid di sekolah-sekolah menengah.

Kadar penyertaan di peringkat persekolahanrendah di Semenanjung Malaysia telah me-ningkat daripada 90.6% dalam tahun 1970kepada 98.1 % dalam tahun 1980. Di peringkatpersekolahan menengah pula, kadar penyerta-an telah meningkat juga daripada 42.7% dalamtahun 1970 kepada 68.6% dalam tahun 1980.

Kaum-kaum telah juga menikmati kemuda-han-kemudahan bekalan air dan elektrik yangdisediakan oleh Kerajaan. Kira-kira 91% dari-pada jumlah penduduk bandar dan 51% dari-pada jumlah penduduk luar bandar telah men-dapat bekalan air dalam tahun 1983. Dari segiliputan bekalan elektrik pula, kira-kira 65.5%daripada jumlah penduduk Malaysia menik-mati kemudahan itu.

Berhubung dengan penyusunan semula ma-syarakat, kemajuan yang memuaskan juga te-lah dicapai sejak pelancaran Dasar EkonomiBaru. Dari segi taburan pendapatan isirumahmengikut kaum, pendapatan purata bagi se-mua kaum telah bertambah dalam tempoh1970-1979. Pendapatan purata sebenar isiru-mah kaum Melayu meningkat daripada $172dalam tahun 1970 kepada $296 dalam tahun1979.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bermaksudhendak memanjangkan lagi ucapan, cuma be-berapa Ahli telah membangkitkan perkarayang ada kaitan dengan Dasar Ekonomi Baru.Sukacita saya mengulangi di sini iaitu waimmaapa cara pun, selepas 1990 usaha memenuhimatlamat Dasar Ekonomi Baru akan tetapditeruskan jika ia gagal dicapai apabila tempohtamat pada tahun 1990 (Tepuk). Saya inginmenyarankan sekali lagi ataupun menegaskansekali lagi hakikat ini, jadi Ahli-ahli Yang Ber-hormat tidak perlulah bimbang.

Dengan ini juga saya sukacita menentangcadangan Usul Yang Berhormat dari KotaMelaka dan Usul itu sepatutnya ditolak (Te-puk).

Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput YangBerhormat Ketua Pembangkang.

Page 63: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4427 26 JULAI 1985 4428

Tuan Lim Kit Siang: Saya minta Ahli YangBerhormat dari Kepong untuk menggulungbagi pihak saya.

Timbalan Yang di-Pertua: Duduk sebentar.Yang Berhormat dari Kota Melaka, saya rasaPeraturan Mesyuarat tidak membolehkan sayamembenarkan.

Tuan Lim Kit Siang: Terima kasih, bukansaya tidak berani menggulung atau takut. Sayamengucapkan terima kasih kepada Yang Ber-hormat Menteri oleh kerana memberi panda-ngan bagi pihak Kerajaan tanpa apa-apa emosidan ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kha-snya Yang Berhormat dari Kuala Nerus danlain-Iain yang menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya di dalam Dewan yang mulia ini kitaboleh berbincang masalah-masalah pokokyang besar kepada rakyat. sungguhpun kitaada perbezaan dalam beberapa segi panda-ngan. Dalam masa yang ada cuma 7 minit, sayaakan fokus gulungan saya kepada perkara yangbasik.

Tuan Yang di-Pertua, tadi ada menarik per-hatian'bahawa sebenarnya usul ini sangat neut-ral. Usul ini untuk mengakui bahawa ada ma-salah-masalah, ada ketidakadilan sama adadalam segi membasmtkan kemiskinan atau da-ripada segi penyusunan semula masyarakatdan selepas 15 tahun perjalanan Dasar Eko-nomi Baru, perlu ada satu kajian yang menda-lam, khasnya apabila kita dalam peringkatsebelum menggubal Rancangan Malaysia Keli-ma yang akan bermula tahun depan.

Masalah yang pokok ialah sama ada DasarEkonomi Baru sudah berjaya untuk mewujud-kan perpaduan negara. Yang Berhormat dariUlu Terengganu mengatakan bahawa tang-gungjawab kita ialah mendidik anak-anak kitagenerasi yang akan datang supaya mereka ber-fikir, berlagak, bertindak sebagai seorang Ma-laysia, bahawa mereka mengenepikan, mening-galkan fikiran kaum. Itulah sebab kita kemu-kakan usul ini supaya semua unsur-unsur yangada kebolehan untuk memecahbelahkan rak-yat boleh dikenal pasti dan juga diatasi. Kena-pa kita takut mengakui ada masalah, masalah

yang saya dan rakan saya dari Kuala LumpurBandar kemukakan, sungguhpun ada Ahli-ahliYang Berhormat daripada pihak UMNO adabercakap tidak rela daripada mereka yang adamengambil bahagian mengakui masalah-masa-lah ini. Tetapi saya percaya Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada lain-Iain komponen,Parti MCA, Gerakan, MIC bersetuju sebab itumereka tidak berani bercakap oleh kerana ka-lau bercakap mereka terpaksa bersetuju dankalau mereka bersetuju mungkin mereka akandipecat dari Barisan Nasional. tetapi itu partipolitik. Tetapi ini menunjukkan apa yang kitacakap bukan semua tidak berasas.

Kita datang ke sini oleh kerana kita adatanggungjawab kepada rakyat, kepada negarabukan sahaja Ahli-ahli daripada UMNO adatanggungjawab kepada negara, kita dalamDAP pun ada tanggungjawab kepada negara,tanggungjawab kita tidak kurang daripada Ah-li-ahli dari UMNO. Kita semua bersama-samaada tanggungjawab dan sebab kita mahu ge-nerasi yang akan datang boleh diMalaysiani-sekan, kita perlu identifikasikan masalah-ma-salah yang sekarang menjadi obstacle.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi Yang Berhorm-at dari Ulu Terengganu mengatakan bahawajanganlah datang ke sini bercakap masalah-masalah orang Melayu, orang bukan Melayu.Di sini kita selalu dengar Ahli-ahli Yang Ber-hormat daripada UMNO cakap mengenai ma-salah-masalah masyarakat Melayu. Bukankahini benar dan masalah masyarakat orang Mela-yu ialah masalah orang Malaysia juga, masalahnegara dan seperti itu masalah-masalah orangbukan Melayu pun mesti dianggap sebagaimasalah-masalah masyarakat Malaysia dan ja-nganlah berpura-pura bahawa masalah-masa-lah satu kaum tidak ada. Patut kita bincang.Kita tidak boleh mengatasi masalah perkaum-an kalau kita baru mengikut cadangan YangBerhormat dari Ulu Terengganu jangan cakapdalam Dewan yang mulia ini. Tetapi generasi diluar, rakyat Malaysia semua kaum dalam pe-ngalaman harian rasa menghadapi pengalam-an yang merasa bahawa mereka bukan sahajaMalaysian tetapi lebih mustahak ialah samaada mereka bumiputera atau bukan bumipute-ra. Kalau kita tidak mahu masalah bumiputeradan masalah bukan bumiputera timbul sebagaisatu faktor utama memecahbelahkan rakyat

Page 64: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid III Bil. 24 Hari Jumaat 26hb Julai, 1985 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

4429 26 JULAI 1985 4430

Malaysia, ada satu jalan yang baik untuk mem-berhentikan, memecahkan rakyat, membaha-gikan rakyat kepada dua kumpulan bumipute-ra dan non bumiputera. Semua rakyat bumipu-tera Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh Yang Ber-hormat beri saya dua minit untuk mengemu-kakan masalahnya.

Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua,saya harap bahawa pandangan-pandanganyang kita kemukakan akan diambil kira olehpihak Kerajaan. Yang Berhormat dari BaganDatok ada mengatakan bahawa jangka masaPerikatan dalam Kabinet ada tiga kerusi, adaorang Cina dalam kerakyatan dan lain-lain.Kita tidak mahu semua itu dijadikan asas un-tuk menekankan atau untuk menutupkan ma-salah-masalah. Adakah semua asas ini untukjustifykan operation UMNO over MCA, MIC,Gerakan sehingga mereka takut cakap dalamperkara ini. Kenapa takut cakap?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,saya memerlukan masa untuk mengemukakan.

Tuan Lira Kit Siang: Akhirnya, saya serah-kan kepada Dewan.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, masalah telah terserah kepada kita.Maka saya sekarang kemukakan masalah bagidiputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usulatas nama Yang Berhormat Tuan Lim KitSiang iaitu:

Bahawa Dewan ini memutuskan baha-wa dalam membuat persediaan bagi Ran-cangan Malaysia Kelima 1986 - 1990,Dewan ini menubuhkan sebuah Jawatan-kuasa Pilihan Parlimen untuk menyiasatke dalam ketidakadilan dan ketidaksak-samaan Dasar Ekonomi Baru yang telahgagalkan matlamat serampang dua matauntuk membasmi kemiskinan tanpa me-ngira kaum serta menyusun semula ma-syarakat Malaysia untuk menghapuskanindentifikasi kaum dengan kerja, ataulokasi serta juga matlamat menyeluruhuntuk mencapai perpaduan negara.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan tidakdisetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditang-guhkan sekarang sehingga kepada satu masayang akan ditetapkan. Selamat pulang Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.01 malam.

L—10393.