Paperwork English Wed;asdjoksdpoakspodkaopdskaek

8
KERTAS KERJA “ENGLISH WEEK” SK. PARIT KADZI MUAR TARIKH: 26-30 APRIL 2015 HARI: AHAD- KHAMIS

description

sijdasoijdoiajdoiqhjdqipodjoiqohqiophdiwhiofhqoiwf wekfnqwlkfnqwlfqw fwqlf q fqwlf w fel qwlf lqwklf qwef klqwlkf qwkflkq lkf;qwklf qlw flkwqlf klqw flke efklq wlf qw flkqwlf qwef

Transcript of Paperwork English Wed;asdjoksdpoakspodkaopdskaek

KERTAS KERJA

ENGLISH WEEKSK. PARIT KADZI MUAR

TARIKH: 26-30 APRIL 2015HARI: AHAD- KHAMIS

1. PENDAHULUAN

Bahasa Inggerismerupakan bahasa komunikasi dunia ataupun lebih dikenali sebagai bahasa global. Mungkin semua orang di dunia ini lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan antara satu sama lain.Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam bahasa inggeris. Manakala 1 bilion lagi sedang mempelajarinya. 75% daripada surat dan poskad di dunia ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Hampir semua acara formal dan sukan dunia dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, Olimpik dan Fifa World Cup. Ahli politik dan duta negara dari pelbagai negara menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, NATO dan Persatuan Dagangan Bebas.

Selain daripada perkara di atas,kemahiran Bahasa Inggerismembolehkan anda Berhubung dengan ramai orang di serata dunia. Perkongsian idea dan ilmu dalam forum internet. Menghantar email kepada individu dari negara lain. Mempelajari tentang budaya kehidupan mereka. Melancong dengan mudah. Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di tempat yang anda tuju. Hal ini kerana bahasa Inggeris digunakan lebih daripada 100 negara di dunia. Dapat menanya arah, berbual atau meminta pertolongan.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3. RASIONAL

3.1 Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu murid untuk menanam minat terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris selain daripada matapelajaran yang lain. Selain daripada itu, aktiviti yang dianjurkan dapat mendorong murid-murid untuk mempelajari dan menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan baik.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang penggunaan Bahasa Inggeris secara menyeluruh.

4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama terutamanya aktiviti secara berkumpulan serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid.

5. KONSEP

5.1. Pemantapan Intergrasi

5.1.1 Pengagihan peserta 5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti5.1.3 Aktiviti berkumpulan

5.2. Latihan Dalam Kumpulan

6. PELAKSANAAN

6.1 TARIKH

26 30 April 2015

6.2 TEMPAT Tahap 1 Tempat Perhimpunan Tahap 2 Tempat letak kereta

7. SENARAI JAWATANKUASA

- Rujuk Lampiran 1

8. SASARAN

8.1 Semua murid SK Parit Kadzi

9. JADUAL

- Rujuk Lampiran 2

12. PERBELANJAAN & SUMBER KEWANGAN

BILBUTIRANPERBELANJAAN SUMBER

1.Banner

RM 35.00sekolah

2.Hadiah

RM 1.50x12 =RM 18sekolah

JumlahRM 53

PENUTUP:

Generasi muda perlu diberi peluang dan pendedahan untuk penguasaan bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Penggunaan Bahasa ini dapat menjamin kelancaran urusan seharian. Ianya juga berfungsi atau berperanan sebagai pemudah cara komunikasi dalam kerjaya mahupun pembelajaran.

3 objektif utama English Week ialah :

Membantu murid-murid untuk memahami konsep asas Bahasa Inggeris. Menerapkan sifat ingin belajar terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Menambah pengetahuan sedia ada perbendaharaan kata murid dalam matapelajaran Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Adalah diharapkan aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai matapelajaran Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, amat diharapkan aktiviti yang akan dijalankan dapat mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam matapelajaran tersebut.Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberi nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaannya nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang disasarkan khususnya kepada murid-murid yang terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh:Disemak oleh:

________________________ _________________TAN BOON LEEGURU PANITIA BAHASA INGGERISSK. PARIT KADZI84000 MUAR, JOHORSITI RASHIDAH BINTI MUHAMMAD SETIAUSAHA

SK. PARIT KADZI84000 MUAR, JOHOR

Disahkan oleh:

___________________MOHD YAZID BIN AHMADGURU BESARSK. PARIT KADZI84000 MUAR, JOHOR

LAMPIRAN 1

SK. Parit Kadzi MuarSenarai Jawatankuasa English Week 2015

Jawatankuasa Induk

Pengerusi :En.Mohd Yazid Bin AhmadNaib Pengerusi 1:En. Ismail Bin A. RahmanNaib Pengerusi 2:Tn.Hj.Aziz Bin AmirPenyelaras:Pn. Azlima Binti LimatSetiausaha : Cik Siti Rashidah Binti MuhammadNaib Setiausaha:En. Megat Muhammad Khudri Bin Darus SalimEn. Muhd Khairi Fakhri Bin FazilEn. Arif Izzudin Bin Othman Pengurus Peserta: Cik Siti Rashidah Binti MuhammadMr. Tan Boon LeePn. NurulLinda Binti Abu BakarEn. Megat Muhammad Khudri Bin Darus SalimEn. Muhd Khairi Fakhri Bin FazilEn. Arif Izzudin Bin Othman

Jawatankuasa Kerja

AJK DokumentasiEn. Arif Izzudin Bin Othman

Pengelola AktivitiCik Siti Rashidah Binti MuhammadMr. Tan Boon LeePn. NurulLinda Binti Abu BakarEn. Megat Muhammad Khudri Bin Darus SalimEn. Muhd Khairi Fakhri Bin FazilEn. Arif Izzudin Bin Othman

Majlis PenutupCik Siti Rashidah Binti MuhammadMr. Tan Boon LeePn. NurulLinda Binti Abu BakarEn. Megat Muhammad Khudri Bin Darus SalimEn. Muhd Khairi Fakhri Bin FazilEn. Arif Izzudin Bin Othman

Lampiran 2

SK PARIT KADZI, MUARJADUAL AKTIVITI ENGLISH WEEK 2015Hari/Tarikh/Masa Masa/ Aktiviti AJK Pengelola Aktiviti

Ahad26 April 2015

7.10-7.20 pagi

9.50-10.00 pagi

Majlis Perasmian

Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)Simon Says

Tahap 2(Tahun 4-Tahun 6)Simon says

Cik Siti Rashidah Binti Muhammad

En. Megat Muhammad Khudri

Isnin27 April 2015

9.50-10.00 pagi

Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)Tongue Twister

Tahap 2(Tahun 4-Tahun 6)Tongue TwisterEn. Megat Muhammad Khudri

En. Muhd Khairi

En. Arif Izzudin

Selasa28 April 2015

9.50-10.00 pagiTahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)Find Hidden Objects

Tahap 2(Tahun 4-Tahun 6)Crossword puzzlesCik Siti Rashidah

En. Arif Izzudin

Rabu 29 April 2015

7.10-7.20 pagi

9.50-10.00 pagi

Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)Riddles

Tahap 2(Tahun 4-Tahun 6)Riddles

Tahap 1a,e,i,o song

Tahap 2 Tongue TwisterCik Siti Rashidah

En. Megat Muhammad Khudri

En. Muhd Khairi

En. Arif Izzudin

Khamis30 April 2015

9.50-10.15 pagi

Majlis Penutup (Penyampaian Hadiah) Cik Siti Rashidah En. Megat Muhammad Khudri En. Muhd Khairi En. Arif Izzudin