Paper
-
Upload
arisya8587 -
Category
Documents
-
view
10 -
download
0
description
Transcript of Paper
Seediscussions,stats,andauthorprofilesforthispublicationat:http://www.researchgate.net/publication/263927081
KEBERKESANANKURSUSPENGAJARANMIKROTERHADAPPROGRAMLATIHANMENGAJARDISEKOLAH
CONFERENCEPAPER·SEPTEMBER2011
READS
426
4AUTHORS,INCLUDING:
MohdBekriRahim
UniversitiTunHusseinOnnMalaysia
25PUBLICATIONS3CITATIONS
SEEPROFILE
Availablefrom:MohdBekriRahim
Retrievedon:11November2015
571 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
48 KEBERKESANAN KURSUS PENGAJARAN MIKRO TERHADAP PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH Nurul Hana Jamaludin, Junita Sulaiman, Jamil Abd. Baser, Mohd Bekri Rahim Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
ABSTRAK Pengajaran Mikro merupakan satu kursus yang dirancang dan dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi untuk memberikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada bakal guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Dengan itu, kajian yang berbentuk kuantitatif diskriptif ini akan dijalankan bagi tujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Kursus Pengajaran Mikro dan mengenalpasti sama ada pengetahuan yang diperolehi dapat dikuasai oleh pelajar dalam persediaan untuk menjalani latihan mengajar dari segi penulisan rancangan pengajaran, kaedah yang digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran bakal guru dalam melaksanakan simulasi pengajaran di dalam kelas. Responden terdiri daripada 30 orang guru pelatih yang sedang mengikuti Program Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Negeri Perak dan Selangor. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan sebagai instrument kajian. Analisis akan dilakukan menggunakan Program SPSS Version 16.0 untuk melihat keberkesanan subjek Pengajaran Mikro terhadap program latihan mengajar dengan mendapatkan skor min, sisihan piawaian, nilai Ujian‐T dan Korelasi antara dua pembolehubah yang telah dikenalpasti. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat memberikan satu senarai cadangan kepada Institusi Pengajian yang membekalkan guru di sekolah‐sekolah di Malaysia terhadap elemen yang perlu ada dan dititikberatkan dalam Kursus Pengajaran Mikro. Kata Kunci : Pengajaran Mikro, Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran, Keberkesanan Pengajaran, Kemahiran Pengajaran Pengenalan Orlich et al. (1998) menerangkan rasional mengapa perlunya pengalaman Pengajaran Mikro disediakan kepada guru pelatih. Pengajaran Mikro membenarkan guru pelatih untuk mempraktikkan teknik, strategi atau prosedur pengajaran, mengurangkan rasa bimbang dengan berlatih di persekitaran yang menggalakkan, menguji pendekatan inovatif terhadap konsep pengajaran, berlatih pengajaran berkumpulan dan memperoleh respons terhadap pengajaran dengan kadar yang segera.
Pihak KPM telah mengadakan pelbagai program untuk melahirkan guru‐guru yang berkarisma untuk membolehkan mereka melahirkan generasi yang berkualiti bagi mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Bagi merealisasikan matlamat ini, KPM telah mengambil beberapa langkah alternatif dengan mewujudkan latihan kepada bakal guru, memantapkan pemilihan, menambahbaik kerjaya perguruan dan persekitaran di samping menekankan aspek‐aspek lain seperti intelektual, rohani, jasmani dan aspek emosi. Ini untuk meningkatkan
572 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
kesedaran yang mendalam kepada mereka supaya berasa bangga terhadap profesion dan mengembalikan rasa hormat masyarakat terhadap golongan guru (KPM, 2001).
Salah satu kandungan kursus yang wajib diambil oleh bakal guru dalam pengajiannya di Institut Pengajian Pendidikan ialah program latihan mengajar. Program latihan mengajar ini adalah aplikasi dari pembelajaran Kursus Pengajaran Mikro. Mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti, Pengajaran Mikro dilaksanakan supaya pelajar dapat mengaplikasikan teori‐teori pengajaran, teknik dan kaedah yang dipelajari ketika Pengajaran Mikro dalam situasi sebenar sewaktu menjalani program latihan mengajar di sekolah. Semasa Kursus Pengajaran Mikro dijalankan, pelajar hanya menjalani satu simulasi di mana mereka berada di dalam kelompok yang kecil dan rakan sebaya berperanan sebagai murid. Penguasaan kemahiran adalah meliputi set induksi, pengurusan bilik darjah, penerangan isi‐isi pelajaran, penggunaan contoh‐contoh, aktiviti‐aktiviti pembelajaran, cara menyoal pelajar, pengukuhan dan juga penutup. Melalui cara ini, pelajar‐pelajar dapat menguasai teknik asas dalam pengajaran yang mana ia dapat membantu bakal guru mengajar dengan yakin dan berkesan(Esah Sulaiman, 2003). Tujuan latihan mengajar ini adalah untuk mempersiapkan diri guru pelatih dengan situasi profesion perguruan yang sebenarnya.
Dalam Pengajaran Mikro, terdapat dua penilaian formatif yang dijalankan. Pertama adalah penilaian daripada pensyarah yang pakar dalam bidang pengajaran tersebut. Penilaian dilakukan terhadap cara guru pelatih menyediakan perancangan mengajar dan tindakan yang dilaksanakan oleh guru pelatih semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Penilaian formatif yang kedua adalah berpandukan pandangan dan komen yang diberikan oleh rakan sebaya yang bertindak sebagai sekumpulan kecil pelajar semasa Pengajaran Mikro (Taggart, Phifer, Nixon dan Wood, 1998). Menurut Kementeria Pelajaran Malaysia (2001), adalah menjadi hasrat dan cita‐cita setiap guru pelatih hendak menjadi seorang guru yang berkesan, jujur dan bersifat ikhtisas ( Profesional ). Peranan penyelia ialah memberi sebarang bimbingan dan panduan supaya guru pelatih itu berjaya mencapai matlamat tersebut.
Selain itu, penggunaan dan pengaplikasian Alat Bantu Bahan Mengajar (ABBM) merupakan dapat membantu guru bagi melicinkan serta melancarkan proses pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta (Mok, 1991, Mohd. Aris et el, 2004), melalui penggunaan ABBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat‐alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan isi pelajaran dapat disampaikan sepenuhnya. Manakala dari segi ekspektasi pelajar pula, jelas menunjukkan bahawa pelajar‐pelajar berasa sangat seronok jika guru mereka menggunakan
573 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
ABBM semasa mengajar. Ini membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. ABBM yang sesuai memberi kesan terhadap minat pelajar. Sebagai contoh, komputer merupakan BBM yang paling diminati. Ini menunjukkan bahawa guru perlu celik komputer bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar kini. Latar Belakang Masalah
Pengajaran Mikro berasal di Universiti Stanford pada tahun 1963 dan ia adalah salah satu dari perkembangan yang amat penting dalam bidang latihan perguruan. Pada asasnya, Pengajaran Mikro merupakan satu bentuk simulasi di mana keadaan pengajaran boleh dikawal dengan mudah. Umpamanya, dalam Pengajaran Mikro, jumlah pelajar di dalam kelas dikecilkan dan masalah kompleks dapat dikurangkan. Situasi seperti ini membolehkan seorang guru pelatih memperoleh kemahiran pengajaran satu persatu secara beransur‐ansur. Menurut Allen dan Ryan (1969) dalam Mook (2001), perkara utama dalam Pengajaran Mikro adalah seperti berikut: 1. Ia adalah pengajaran sebenar walaupun keadaan pengajaran itu adalah
berbentuk simulasi dan dijalankan seperti yang dilakukan dalam kelas biasa. 2. Ia mengurangkan masalah‐masalah kompleks seperti saiz kelas, isi
kandungan dan masa. 3. Ia memusatkan perhatian kepada latihan dalam kemahiran pengajaran. 4. Ia membenarkan keadaan pengajaran dikelolakan dengan lebih rapi. 5. Ia memberi peluang kepada seseorang guru pelatih menonton rakaman
pengajaran serta membincang dan menilai pengajarannya dengan penyelia bersama guru‐guru pelatih yang lain. Jika dilihat dari segi pencapaian penilaian, peratusan pelajar yang
mendapat gred yang tinggi iaitu A dan A‐ masih lagi rendah. Apa yang dipersoalkan oleh penyelidik ialah mengapa perkara ini boleh berlaku sedangkan semua aspek‐aspek seperti set induksi, cara‐cara menarik dan mengekalkan perhatian murid, menulis objektif pengajaran, teknik menyoal, kawalan bilik darjah, teknik penyoalan dan penggunaan alat‐alat bantu mengajar telah diajar ketika kelas Pengajaran Mikro. Adakah Kursus Pengajaran Mikro yang mereka ambil gagal mencapai matlamat kerana berdasarkan penilaian pensyarah ketika latihan mengajar, mereka mendapat markah yang sebegitu? Pensyarah yang menilai guru pelatih ketika latihan mengajar seharusnya memberi panduan dan bimbingan kepada guru pelatih. Ini termasuklah dari segi penulisan perancangan pengajaran, strategi‐strategi yang sesuai digunakan ketika guru pelatih mengajar, kaedah‐kaedah yang sesuai digunakan ketika guru pelatih mengajar dan sebagainya (Jagdish, 1988).
Norazizul (2007) dalam kajiannya mendapati bahawa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar‐pelajar yang telah menjalani latihan mengajar, didapati jumlah masa bagi sesuatu penyeliaan oleh pensyarah
574 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
pembimbing adalah kurang mencukupi. Ini kerana ada segelintir pensyarah pembimbing yang tidak menyelia sepenuhnya ketika guru pelatih mengajar di dalam kelas. Pensyarah hanya menilai set induksi, perancangan pengajaran, alat bantu mengajar, penampilan dan juga isi‐isi pengajaran. Pensyarah pembimbing telah meninggalkan kelas sebelum guru pelatih sempat menjalankan aktiviti penutup pengajarannya pada hari itu. Apa yang ditinggalkan hanyalah borang penilaian dan juga buku perancangan pengajaran yang telah ditanda atau disemak di atas meja di belakang kelas. Perkara ini menyebabkan guru pelatih tidak berpeluang berbincang dengan penyelia tersebut dari aspek kekuatan dan kelemahan pengajarannya. Dari segi format penulisan perancangan pengajaran, ianya juga terdapat percanggahan di antara format penulisan perancangan pengajaran yang dipelajari oleh guru pelatih ketika Pengajaran Mikro dengan cara penulisan perancangan pengajaran dikehendaki oleh pensyarah pembimbing. Ini menimbulkan konflik kepada guru pelatih tentang format penulisan perancangan pengajaran
Isu kepentingan latihan mengajar dalam latihan perguruan pra perkhidmatan diakui oleh ramai penyelidik dan ahli akademik (Ramlah et al.,2001; Abdul Raof dan Subahan, 1991; Abdul Rahim et al., 1992 dan Abu Hassan et al.1994). Sehingga kini masih banyak lagi masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dibincang dan dibahaskan. Antaranya ialah guru pelatih berhadapan dengan masalah besar dalam usaha belajar untuk mengajar dan memperbaiki pengajaran (Zakaria et al., 2001); tahap kesediaan pedagogi guru pelatih dikatakan kurang memuaskan (Abu Hassan et al. 1994); keyakinan diri dalam menyampaikan isi pelajaran masih rendah (Hashim dan Mohd Daud, 2001); prestasi yang kurang memuaskan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) serta tahap kesediaan, minat dan sikap, pengetahuan dan kemahiran mengajar yang sederhana (Baharin, 2006; Shariff et al. 1994). Raths (2001) merumuskan bahawa banyak program pendidikan keguruan masa kini didapati tidak efektif dalam menambahbaik amalan latihan mengajar dan ini seharusnya membuka mata para penyelidik dan ahli akademik untuk mencari puncanya.
Memandangkan belum berpengalaman bertugas menjadi seorang pendidik, sudah semestinya para pelajar yang menjalani program latihan mengajar ini akan mengharungi pelbagai cabaran. Mereka tidak berpengalaman mengendalikan kelas amali, cara penggunaan alat‐alatan, bahan‐bahan pengajaran dan memilih serta menggunakan kaedah pengajaran dengan baik. Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi mereka seperti kerjasama antara murid‐murid, disiplin, rakan sekerja, ibu bapa serta keyakinan diri sendiri, seperti yang diperkatakan oleh Jegadish (1988).
Pengalaman praktikal merupakan satu pendekatan yang sangat membantu guru pelatih dalam membina prosedur‐prosedur praktikal dan menjadi lebih realistik mengenai pengajaran dan perancangan mereka (Bryan dan Abell, 1999 dan Kagan, 1992). Mereka yang dikenalpasti sebagai novis dalam pengalaman
575 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
mengajar didapati kurang berjaya dalam menterjemahkan perancangan yang dilakukan kepada tindakan (Borko et al., 1992; Borko dan Livingston, 1989) walaupun mereka telah membuat perancangan yang rapi untuk mengajar sesuatu topik dengan berdasarkan teori‐teori yang terkemuka. Namun apabila menghadapi situasi sebenar dalam bilik darjah, mereka tidak dapat melaksanakan segala perancangan tersebut kerana terpaksa menghadapi banyak halangan yang di luar jangkaan mereka.
Melalui latihan mengajar guru pelatih didedahkan dengan pengalaman mengajar dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai permasalahan, yang menjadikan mereka lebih matang dan bersedia. Keadaan ini akan membantu mempertingkatkan prestasi mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, pengalaman mengajar yang diperoleh tidak mampu meningkatkan pengetahuan mereka dalam kemahiran penyampaian isi kandungan sesuatu topik kerana semasa sesi praktikum dijalankan kebiasaannya guru pelatih diberikan topik‐topik yang telah distrukturkan dan bukannya siri topik yang dapat membangunkan kemahiran penguasaan penyampaian topik tersebut. Oleh yang demikian, cara yang terbaik untuk mengatasi permasalahan tersebut adalah dengan menggabungkan pengalaman yang ada bersama elemen refleksi untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam amalan pengajaran yang lazimnya dititikberatkan dalam tempoh praktikum. Jelaslah praktikum terikat bersama amalan refleksi sekali gus membantu membangunkan amalan refleksi guru (Hasniza, 2006).
Pernyataan Masalah
Hasil dari perbincangan di atas, masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam usaha membantu pelajar menghadapi program latihan mengajar. Menurut Robiah Sidin (1994), guru pelatih masih lemah dan kurang mahir dengan teknik‐teknik mengajar, contohnya bagaimana mereka mengaitkan pengajaran teori dan amali. Faktor ini menyebabkan guru pelatih menghadapi masalah semasa menjalani kursus latihan mengajar dan juga tidak berkeyakinan untuk keluar mengajar di sekolah. Abdullah (1996) pula mendapati guru‐guru menghadapi masalah dalam pengajaran dari segi penggunaan bahan bantu mengajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sepatutnya guru‐guru sudah terlatih semasa menjalani kursus perguruan sebelum mengajar di sekolah. Justeru, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Kursus Pengajaran Mikro yang telah dilalui oleh pelajar terhadap program latihan mengajar yang mereka jalani di samping melihat faktor persekitaran yang menyumbang kepada kesediaan mereka untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Adalah diharapkan kajian ini dapat memastikan bakal‐bakal guru telah lengkap dan bersediadari segi penguasaan kemahiran mengajar, motivasi dari segi mental dan fizikal dalam menjalani latihan mengajar di sekolah.
576 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah: 1. Mengenal pasti keberkesanan Pengajaran Mikro dalam membantu pelajar
semasa menjalani latihan mengajar. 2. Mengenalpasti sama ada pengetahuan yang diperolehi di dalam Pengajaran
Mikro dapat dikuasai oleh pelajar dalam persediaan untuk menjalani latihan mengajar.
Persoalan Kajian Persoalan kajian ini ialah: 1. Sejauh manakah keberkesanan Pengajaran Mikro dalam membantu pelajar
menjalani program latihan mengajar? 2. Sejauh manakah tahap penguasaan ilmu pengetahuan pelajar yang diperolehi
dari Pengajaran Mikro untuk menjalani program latihan mengajar? 3. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan Pengajaran Mikro
terhadap program latihan mengajar?
Skop Kajian ini adalah tertumpu kepada guru‐guru pelatih yang mengajar mata
pelajaran vokasional di Negeri Perak dan Selangor sahaja yang memfokuskan kepada keberkesanan Pengajaran Mikro yang dipelajari di Universiti dalam membantu mereka menjalani program latihan mengajar yang melibatkan persedian sebelum mengajar, kemahiran teori, amali, penggunaan alat bahan bantu mengajar dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada kesediaan mereka mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Literatur
KPM telah mewajibkan kepada semua bakal guru sama ada di universiti atau di maktab menjalani latihan mengajar selama dua belas (12) minggu. Tempoh latihan mengajar dua belas minggu ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama, selama enam minggu dan enam minggu lagi di bahagian kedua. Guru pelatih dikehendaki menjalani latihan mengajar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Praktik Fakulti Pendidikan (Panduan Latihan Praktik, 2007). Tujuan latihan mengajar ini ialah untuk guru pelatih melaksanakan atau mempraktikkan segala teori, kaedah mengajar, kemahiran dan kefahaman yang telah dipelajari di bilik kuliah.
Menurut Jagdish (1988), latihan mengajar merujuk kepada situasi apabila seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan segala kemahiran mengajar. Guru pelatih ini akan memainkan peranan mereka sebagai seorang guru yang sebenar. Ini jelas menunjukkan bahawa penekanan dibuat pada aspek penggunaan atau mempraktikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani latihan mengajar. Guru pelatih ini dianggap sudah bersedia dan lengkap dengan disiplin sebagai
577 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
seorang guru apabila beliau menjejakkan kaki ke semester latihan mengajar. Latihan mengajar adalah landasan awal bagi guru‐guru pelatih mendapat pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman mengajar. Selain daripada itu, guru pelatih juga akan dapat mengenali suasana persekolahan yang sebenar dan perkara‐perkara lain yang berkaitan dengan persekolahan. Melalui latihan mengajar ini, guru pelatih akan dapat membina dan menyuburkan kefahaman mengenai profesion perguruan dengan lebih jelas lagi. Guru pelatih juga berpendapat latihan mengajar yang telah diadakan dapat mencerminkan keberkesanan kursus‐kursus yang telah diikuti oleh guru‐guru pelatih sama ada di Maktab Perguruan atau Institusi Pengajian Tinggi. Ada kalanya terdapat mata pelajaran yang dipelajari itu tidak dapat dipraktikkan atau diajar di sekolah‐sekolah yang ditempatkan untuk latihan mengajar (Md Sood, 1988 dalam Jagdish, 1988).
Secara uumnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan media pengajaran yang dapat menarik minat pelajar di mana dengan adanya penggunaan bahan bantu mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987). Dale (1963), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu : (i) Merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang
penting dalam pembelajaran mereka. (ii) Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran serta dapat mengurangkan berbagai‐bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.
(iii) Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar dan dapat menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
(iv) Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudah melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan pelbagai.
(v) Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
(vi) Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
(vii) Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.
Hasil dari kajian Omar (1997), beliau mendapati penguasaan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif, seperti; (i) Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. (ii) Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. (iii) Membantu mencapai objektif pengajaran. (iv) Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar
578 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
Menurut Esah dan Mohd Anuar (1998), para pelajar tidak cukup setakat menguasai konsep tetapi perlu menguasai kemahiran mengajar dan melaksanakan setiap kemahiran kecil yang telah diutarakan melalui latihan amali dalam sesi Pengajaran Mikro. Kekurangan kemahiran mengajar dari aspek teori dan praktikal menyebabkan ramai guru‐guru pelatih opsyen Matematik mengalami masalah untuk melaksanakan pengajaran semasa latihan mengajar. Shahabuddin et al. (2003) menyatakan bahawa secara idealnya, murid‐murid sekolah yang sebenar patut dibawa ke bilik tempat Pengajaran Mikro dijalankan. Namun, kekangan dan masalah yang timbul menyebabkan guru pelatih atau rakan sebaya bertindak sebagai murid. Akan tetapi masalah yang akan timbul ialah apabila guru pelatih pergi ke latihan mengajar. Suasana yang dialami oleh guru pelatih semasa berlatih di kelas Pengajaran Mikro adalah berbeza dengan keadaan sebenar di bilik darjah. Hal ini menyebabkan ramai guru pelatih menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang sebenar.
Atan Long (1986) menganggap bahawa guru yang baik memiliki ciri‐ciri seperti sahsiah yang baik, memiliki latar belakang pengetahuan yang hendak diajar dan berkemampuan dalam penyampaian. Manakala L.S. Schulman (1986 dan 1987) pula menganggap bahawa untuk menjadi guru yang efektif, mereka perlu menonjolkan kecekapan dalam penguasaan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan pedagogi. Pengetahuan isi kandungan meliputi memahami konsep dan yang mendasari struktur konsep yang diajar, manakala pengetahuan pedagogi pula merujuk kepada kemahiran yang perlu ada seperti membimbing, mengurus, menilai dan berkomunikasi dengan pelajar. Pengetahuan kandungan pedagogi merangkumi kebolehan menyampaikan pengetahuan kandungan untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian. Metodologi Kajian
Kajian kuantitatif ini adalah berbentuk tinjauan diskriptif. Rekabentuk tinjauan ini dipilih kerana ianya bersifat saintifik di mana ukuran kuantitatif boleh dilaksanakan melalui sesuatu kajian (Idris, 2010). Rekabentuk ini dipilih berdasarkan kesesuaian dengan bentuk kajian yang dibuat, lebih praktikal dan realistik untuk mendapatkan maklum balas yang baik dari responden. Selain itu, penyelidik memilih kaedah ini kerana pendekatan yang digunakan dalam kaedah kuantitatif lebih bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kajian ini akan melibatkan bilangan responden yang ramai iaitu terdiri daripada guru‐guru pelatih TVET yang mengajar mata pelajaran vokasional di beberapa buah sekolah di Negeri Perak. Populasi Kajian
Populasi bagi kajian adalah melibatkan daripada guru‐guru yang mengajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Negeri Perak dan Selangor. Sekolah menengah teknik dan vokasional yang terlibat dalam kajian ini adalah 15 buah sekolah yang terdapat dalam negeri tersebut. Manakala sampel kajian pula dipilih
579 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
dalam kalangan guru‐guru yang mengajar mata pelajaran teknikal dan vokasional di sekolah tersebut dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Faktor pemilihan tempat kajian pula adalah disebabkan pengkaji mengandaikan dapatan kajian yang diperolehi dari responden secara tidak langsung dapat memberikan gambaran pada keseluruhan sekolah menengah yang terdapat di seluruh Malaysia. Ini kerana sistem pentadbiran dan organisasi yang terdapat di sekolah menengah seluruh Malaysia adalah sama dengan 15 buah sekolah menengah yang dikaji. Kaedah Analisis
Dalam kajian ini, pengkaji membuat analisis terhadap respon‐respon yang diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan mengikut turutan soalan secara kuantitatif yang mana setiap item akan menjawab setiap soalan kajian yang dikemukakan. Data‐data yang diperolehi disusun, diringkaskan dan dibentangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan sesuai digunakan. Manakala perisian yang akan digunakan bagi menganalisis data ialah Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Perisian ini digunakan kerana ia merupakan perisian yang khusus bagi suatu analisis statistik dan menghasilkan kebolehpercayaan yang tinggi.
Menurut Uma Sekaran (2000), proses menanalisis data adalah melibatkan pengurusan data, dan sintesis data iaitu membuat rumusan dan tafsiran ke atas data tersebut. Justeru, bagi menjawab persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini, maka beberapa analisis akan dilakukan. Jadual 3.1 menunjukkan kaedah penganalisisan data yang akan dilakukan bagi setiap persoalan kajian.
Jadual 3.1 : Persoalan kajian, instrumen dan kaedah analisis yang digunakan Persoalan Kajian Instrumen Kajian Kaedah Analisis
(i) Sejauh manakah keberkesanan Pengajaran Mikro dalam membantu pelajar menjalani program latihan mengajar?
Soal selidik Skor min,peratusan, sisihan piawai, regresi
(ii) Sejauh manakah tahap penguasaan ilmu pengetahuan pelajar yang diperolehi dari Pengajaran Mikro untuk menjalani program latihan mengajar?
Soal selidik Skor min,peratusan, sisihan piawai, ujian ANOVA
(iii) Adakah faktor persekitaran mempengaruhi keberkesanan Pengajaran Mikro terhadap program latihan mengajar?
Soal selidik Skor min,peratusan, sisihan piawai
580 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
Jangkaan Dapatan Kajian Kajian ini mengharapkan agar diperolehi maklumat mengenai keberkesanan
Kursus Pengajaran Mikro kepada pelajar yang menjalani program latihan mengajar dan seterusnya ilmu yang diperolehi itu dapat digunakan untuk bertugas menjadi seorang pendidik. Beberapa faktor persekitaran juga akan dikenalpasti yang memungkinkan menjadi penghalang atau masalah kepada bakal guru ini di sekolah. Akhirnya, satu dapatan yang amat berguna diperolehi yang akan dijadikan sebagai cadangan penambahbaikan kandungan kurikulum yang sedia ada. Kesimpulan
Persiapan dari pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran untuk menjalani latihan mengajar mampu menyediakan pelatih dengan keperluan menangani cabaran mendatang. Pengajaran Mikro merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar sebelum mereka dibenarkan untuk menjalani latihan mengajar. Ini menunjukkan betapa pentingnysa kursus ini dalam menyediakan bakal guru pelatih dalam menghadapi pelajar‐pelajar sewaktu latihan mengajar. Pengajaran Micro penting untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti dari segi kemahiran dan pengetahuannya dalam mengendalikan kelas ketika proses pengajaran berlaku. Dengan melalui tempoh yang ditetapkan, pembelajaran Pengajaran Mikro dapat membantu pelajar untuk merancang pengajaran dengan baik, menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat membantu bakal‐bakal guru dalam meningkatkan persediaan mereka terhadap motivasi mental dan fizikal ketika proses pengajaran berlangsung. Rujukan 1. Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. 2. Abdul Jami, A. F.(2007). Pembangunan Perisian Teknologi Kejuruteraan Unit
Teras Perhubungan Elektronik Tingkatan 4. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.
3. Abdul Kadir, M. B. (2009). Learning Organisation: Membentuk Budaya Belajar dalam Organisasi. Selangor: PTS publishing.
4. Abdullah, A.G. (2006). Budaya Organisasi dan Komitmen Guru Dalam Perlaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Sekolah Menengah Zon Bukit Mertajam. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.
5. Abu, B., John, O., Syed Mansor, S. M. & Jaafar, H.(2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
6. Ahmad Babji, J. (2004). Persepsi Budaya Pembelajaran dan Penggunaan Inovasi di Institut Penilaian Negara (ISPEN. Universiti Utara Malaysia: Tesis Sarjana.
581 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
7. Ahmad Fadzli, Y. (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
8. Ahmad Tharbe, I. H. (2003). Memimpin Kaunseling Kelompok. Universiti Teknologi Malaysia, Johor: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. ms. 10,26,30.
9. Alias, N. (2005). Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL.
10. Alias, M., Wan Mohamed, W. A. & Suradi, Z. (2010). Statistic in Research. 2nd ed. Johor: UTHM.
11. Allis, A. & Phelps, R. (2000). Staff Development for Online Delivery: A collaborative, team based action learning model. Australian Journal of Educational Technology. 16(1), 26‐44.
12. Ananthakrishnan (1993). Microteaching as a Vehicle of Teacher Training: It Advantages and Disadvantages. Journal Postgraduate Medical, 39‐142‐143. Available online at www.jpgmonline.com. Retrieved on 2nd February 2008.
13. Arif, N. & Mukrim, Z.(2000). Proses Pembelajaran dan Hubungan Dengan Pencapaian Metematik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Universiti Malaya.
14. Azizi Yahya, Y. (2000). Penggunaan Model KIPP Dalam Penilaian Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Malaysia. Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
15. Buang, N. A. & Moi, Y. P. (2002). Kesediaan Guru‐Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
16. Schulman, L.S. (1986). “Those Who Understand: Knowledge in Teaching” dalam Educational Researcher, 15, ms.4‐14.
17. Schulman, L.S. (1987). “Knowledge and Teaching: Foundation of the New Reform” dalam Havard Educational Review, 57(1), ms.1‐22.
18. Esah Sulaiman. (2003). Penyeliaan latihan mengajar secara elektronik (e‐supervision): satu kajian kes di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
19. Esah Sulaiman (2003). “Amalan Profesionalisme Perguruan. Edisi 1. Johor; Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia. 65‐105.
20. Jagdish Raj Sharma (1990). Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
21. Ralph, E. G. (1992). Improving Practicum Supervision: A Canadian Experience. Action In Teacher Education, XIV(4), 30‐38.
22. Ralph, E. G. (1993). Sensitive, Sensible Practicum Supervision: A Contextual Application in Saskatchewan. The Alberta Journal of Educational Research, XXXIX(3), 283‐296.
23. Ralph, E. G. (1996). Contextual Supervision: Matching Supervisory Styles With Learners' Needs. The Canadian Administrator, 35(5), 1‐11.
24. Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti..
582 Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011
25. Shariff Omar, Baharuddin Aris, Mohd. Ghani Awang, & Baharin Abu. (1994). Penilaian Penyeliaan Terhadap Prestasi Guru Pelatih UTM Dalam Latihan Mengajar. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Jawatankuasa Latihan Keguruan Antara Universiti Ke9, UKM, Bangi, Selangor.
26. Tomlinson, P. (1995). Understanding Mentoring: Reflective Strategies for School‐based Teacher Preparation. Buckingham: Open University Press.
27. Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education : An Introduction. Boston : Allyn & Bacon
28. Yaakub Isa (1994). Guru Yang Efektif. Kuantan : Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.
29. Zakaria Kasa, Soaib Asimirin, Abdul Rasid Jamian, & Yahya Othman. (2001). Persepsi Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidik (23), 20‐30.