panduan ujian lencana maju jaya kemahiran pindaan 2009
-
Upload
roiamah-basri -
Category
Documents
-
view
250 -
download
2
description
Transcript of panduan ujian lencana maju jaya kemahiran pindaan 2009
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
1
Perkhemahan Lencana Maju, Lencana Jaya Dan Lencana Kemahiran
(Sekolah Menengah) Daerah Kinta,
Syarat-Syarat Am Penyertaan dan Ujian:
1. KEAHLIAN: Telah berdaftar sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun semasa.
Keahlian untuk tahun sebelumnya telah tamat pada 31 Mac tahun semasa.
2. KESIHATAN: Disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan.
3. KEBENARAN BERTULIS: Telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga,
pemimpin kumpulan, dan kuasa penganjur kumpulan/pengetua sekolah.
4. PEMIMPIN PENGIRING: Mempunyai seorang Pemimpin Pengakap sebagai pengiring
bersama-sama sepanjang perkhemahan dijalankan (PPM Daerah Kinta tidak akan
bertanggungjawab di atas masalah kesihatan, dan juga JIKA berlaku sebarang kejadian
yang tidak diduga ke atas seseorang ahli pengakap sepanjang perkhemahan ini sekiranya
pemimpin tiada). 5. YURAN PENYERTAAN PERKHEMAHAN: Sanggup membayar sejumlah yuran seperti
berikut:
5.1 Yuran Penyertaan Kumpulan (setiap kumpulan/sekolah): RM15.00 (Ringgit Malaysia:
Lima Belas Sahaja)
5.2 Yuran Penyertaan Individu: RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja) untuk
makan dan minum sepanjang perkhemahan, urusan pentadbiran/pengurusan kem, serta
bayaran sewa tapak kem, air,elektrik dan lain-lain. 5.3 Semua pembayaran atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA
6. PERMOHONAN PENYERTAAN: 6.1.1 Pendaftaran dibuat di tapak perkhemahan
6.1.2 Borang pendaftaran diserahkan dalam
6.1.2.1 2 salinan bercetak ditandatangani oleh pemimpin dan pengetua
6.1.2.2 1 disket berlabel nama kumpulan diisi borang perdaftaran yang telah
dipenuhi
7. KERJA DI TAPAK: Semua kerja di tapak perkhemahan MESTI DIHENTIKAN pada pukul
11.30 malam. Peserta dilarang sama sekali berbuat bising selepas jam 12.00 tengah malam.
8. KEBERSIHAN: Peserta mestilah menjaga kebersihan kawasan perkhemahan pada setiap masa.
9. SISA MAKANAN: Peserta dilarang membuang sisa makanan ke dalam longkang.
10. SAMPAH: Setiap kumpulan/patrol mesti menyediakan satu tong sampah besar dan plastik
sampah. 11. MAKANAN & MINUMAN: Makan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur
perkhemahan. Untuk persediaan ujian, sila bawa peralatan memasak seperti dapur, periuk,
kuali, senduk/sudip, sudu dan lain-lain.
12. Makanan tidak halal adalah tidak dibenarkan sama sekali. 13. PELAWAT: Pelawat/Pembantu tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan tanpa
kebenaran kem warden/urusetia. Jika hal mustahak sila berjumpa dengan urusetia.
14. PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI: Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan pelawat (ibu/bapa/penjaga/pembantu) tanpa
kebenaran, atau penyertaan akan dibatalkan.
15. KEBENARAN MELAWAT: Kebenaran masuk pelawat-pelawat ke kawasan perkhemahan
adalah tertakluk kepada pihak urusetia perkhemahan.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
2
UndangUndang Perkhemahan
1.0 Perintah Tetap: 1.1 Tidak boleh mempersoalkan hal-hal agama, perkauman, dan politik.
1.2 Tidak boleh merokok, menagih dadah, minum minuman beralkohol, dan berjudi.
1.3 Tidak boleh meninggalkan kem tanpa kebenaran daripada Kem Komandan atau wakilnya.
1.4 Tidak boleh melakukan sabotaj, merosakkan peralatan kem, mengganggu, menghasut, dan
menimbulkan huru-hara.
1.5 Tidak boleh berkelakuan sumbang, berbahasa kesat, dan menghina.
1.6 Tidak boleh engkar kepada perintah pegawai perkhemahan/pemimpin. 1.7 Tidak boleh membawa makanan yang mematikan selera seperti coklat, dan makanan
ringan.
1.8 Tidak boleh berhubung dengan orang luar/pembantu perkhemahan tanpa kebenaran Kem
Komandan atau wakilnya.
1.9 Kegagalan mengikut perintah tetap akan mengakibatkan peserta itu dibatalkan
penyertaannya atau digagalkan keseluruhan keputusan perkhemahannya.
2.0 Peraturan Kem: 2.1 Taat kepada Perintah Tetap.
2.2 Mengerjakan Solat (untuk peserta muslim).
2.3 Mengikut semua arahan Pegawai Perkhemahan/Pemimpin.
2.4 Menjalankan semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
2.5 Memberi hormat kepada semua pegawai perkhemahan/pemimpin.
2.6 Bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain.
2.7 Menunjukkan sikap yang baik setiap masa dengan mengamalkan kerjasama, toleransi, dan
bantu membantu.
2.8 Menepati waktu untuk semua aturcara kem.
2.9 Menyertai semua aktiviti kem dan kumpulan/patrol.
2.10 Memakai baju berlengan dan seluar panjang untuk semua aktiviti.
2.11 Memakai pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata untuk semua aktiviti kem / aktiviti
fizikal.
2.12 Mementingkan keselamatan pada setiap masa.
2.13 Menjaga kebersihan, dan keindahan kawasan, kebersihan khemah dan kawasan.
2.14 Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meninggikan prestasi kem.
2.15 Melaporkan dengan segera kepada Kem Komandan atau wakilnya jika berlaku
kemalangan atau kecemasan.
2.16 Melaporkan semua perlakuan sumbang kepada Kem Komandan atau wakilnya.
2.17 Melaporkan peserta yang melanggar Perintah Tetap.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
3
LENCANA MAJU
Syarat-Syarat Khas:
� Berada di tingkatan dua dan ke atas pada tahun semasa
� Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha
� Telah lulus dan dianugerahkan Sijil Rambu Pengakap Kanak-Kanak di sekolah rendah
� Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya satu Sijil Lencana Kepandaian
� Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Usaha/Rambu PKK di dalam Buku Log Lencana
Maju.
Ujian-Ujian:
1. Buku Log Lencana Maju (Individu – Wajib Lulus):
1.1 Buku Log Lencana Maju mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada
hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini. 1.2 Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam
buku “Program Latihan Pengakap Muda” edisi 1992 (sila rujuk muka surat 7 – 10, buku tersebut).
1.3 Salinan Sijil Lencana Usaha yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah ditampalkan di
dalam Buku Log Lencana Maju.
1.4 Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara
keseluruhan di dalam Ujian Lencana Maju ini.
2. Ujian Bertulis (Individu): 2.1 Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif).
2.2 Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur).
2.3 Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, dan Lencana Maju.
3. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.1 Khemah:
3.1.1 Khemah jenis pasang siap boleh digunakan. Jika ada pengakap perempuan, khemah
berasingan mestilah disediakan.
3.2 Gadjet:
3.2.1 Mendirikan gajet asas lebih dari 8 jenis 3.2.2 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan
kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak
makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan . Semuanya disediakan secara berpatrol.
3.3 Pakaian Seragam:
3.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki.
3.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
3.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan.
3.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta
diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan
tersebut sahaja).
3.4 Kebersihan dan Keselamatan
3.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan
lubang kering disediakan.
3.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
3.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah.
3.5 Tata Atur:
3.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari
atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.
3.5.2 Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan
teratur dan diletakkan di tempat yang bersesuaian.
3.6 Tapak Khemah:
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
4
3.6.1 Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 8
orang.
3.6.2 Sekira perlu lebih, bergantung pada pihak urusetia
3.7 Gagal:
3.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju
untuk semua ahli dalam patrol tersebut.
3.8 Kaki Gadjet:
3.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan
pancang.
4. Temuduga (Individu):
4.1 Perlu tahu perkara-perkara berikut:
4.1.1 Nama penuh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
4.1.2 Nama penuh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Perempuan Perak.
4.1.3 Nama penuh dan Jawatan Menteri- Menteri pringkat pusat/persekutuan.
4.1.4 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak.
4.1.5 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, Nama dan
Jawatan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta.
4.1.6 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
4.2 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal
5. Ikatan dan Simpulan (Individu): 8.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan.
8.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, melekatkannya kepada kertas lukisan
dengan menggunakan seloptape dan melabelkannnya.
8.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah:
8.3.1 Buku sila
8.3.2 Simpul manuk
8.3.3 Tindih kasih
8.3.4 Lilit dua simpul
8.3.5 Lilit pemati biasa
8.3.6 Simpul himpit
8.3.7 Simpul pulih
8.3.8 Bunga Geti Berganda
8.3.9 Lilit Balak
8.3.10 Lilit ‘Taut-line’
8.3.11 Ikatan seraya
8.3.12 Ikatan serong
8.3.13 Tindih kasih gelung
8.3.14 Belit lucut
8.3.15 Lilit pasdul
8.3.16 Simpul Kerusi
8.3.17 Lilit pemati selit
8.3.18 Simpul kepala lalat
8.3.19 Sambatan balik
8.3.20 Ikatan silang gunting
6. Masakan Rimba/Backwood’s (Individu):
9.1 Peserta dikehendaki memasak/menyediakan perkara-perkara berikut dengan bantuan bahan-
bahan semulajadi: 9.1.1 nasi
9.1.2 telur
9.1.3 ubi kentang/ubi keledek/ubi kayu
9.1.4 roti lilit
7. Model Projek Perintis (Individu):
10.1 Model projek perintis yang dibenarkan ialah menara Piramid/Hourglass atau menara yang
bersesuaian sahaja.
10.2 Tinggi minima 30cm, tinggi maksima 50cm
10.3 Siapkan sebelum ujian/perkhemahan, serahkan kepada penguji pada hari lapor diri
10.4 Ikatkan kad/tag : pada tag pastikan ada No. Peserta, Nama Peserta, No. Kumpulan, Nama
Kumpulan/Sekolah.
10.5 Model yang diserahkan tidak boleh dituntut oleh peserta. Ia menjadi hak Pasukan Latihan
Daerah Kinta
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
5
10.6 GAGAL ujian ini bermaksud GAGAL secara keseluruhan Ujian Lencana Maju ini.
8. Peta dan Kompas (Individu dan Berpatrol): 11.1 Setiap patrol mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kompas (silva) sendiri.
11.2 Mesti tahu mencari bearing, rujukan grid, mengenal petunjuk dalam peta, skala dan sebagainya.
9. Pertolongan Cemas (individu):
12.1 Setiap peserta mesti mempunyai kain anduh sendiri.
12.2 Perkara yang perlu dibuat adalah menunjuk cara:
12.2.1 melipat kain anduh
12.2.2 membalut kepala
12.2.3 membuat anduh besar/tangan
12.2.4 membalut tangan/tapak tangan
12.2.5 membalut bahu
12.2.6 membalut siku
12.2.7 membalut lutut
12.2.8 membalut pinggang
12.3 Berkebolehan menunjuk cara memanggil
12.3.1 Polis
12.3.2 Bomba
12.3.3 Ambulan
12.4 Peserta berkebolehan menerangkan dan melakukan pemulihan pernafasan berikut:
12.4.1 kaedah mulut ke mulut
12.4.2 kaedah Holger Nielsen
10. Ekspedisi/Treking (Individu): 14.1 Setiap peserta mesti meyertai latihan ekspedisi/tracking yang dijalankan.
11. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 16.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan/tarian etnik sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional
Melayu/Bumiputera seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang,
Endang, Ngajat, Sumazau dan lain-lain.
16.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol.
16.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh
peserta/patrol.
16.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap
individu semasa persembahan.
� Peringatan:
1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80%
(termasuk Buku Log Lencana Maju, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis)
2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap),
dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan.
3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu
suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain
basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain
yang difikirkan perlu.
4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak
diterima.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
6
LENCANA JAYA
Syarat-Syarat Khas:
� Berada di tingkatan tiga dan ke atas pada tahun semasa
� Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju
� Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya empat Sijil Lencana Kepandaian
� Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Maju di dalam Buku Log Lencana Jaya.
Ujian-Ujian:
12. Buku Log Lencana Jaya (Individu – Wajib Lulus):
� Buku Log Lencana Jaya mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan pada
hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini.
� Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam
buku “Program Latihan Pengakap Muda” edisi 1992 (sila rujuk muka surat 11 – 15, buku tersebut).
� Salinan Sijil Lencana Usaha dan Sijil Lencana Maju yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan
hendaklah ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Jaya.
� Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara
keseluruhan di dalam Ujian Lencana Maju ini.
13. Ujian Bertulis (Individu): � Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif).
� Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur).
� Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, dan Lencana Maju.
14. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.1 Khemah:
3.1.1 Pondok sementara mesti dibina dan disiapkan pada hari pertama. Jika ada pengakap
perempuan, pondok berasingan berasingan mestilah disediakan.
3.2 Gadjet:
3.2.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara, 2 orang untuk satu pondok, mempunyai
lantai setinggi 12 inci dari tanah. Atap pondok sementara tidak perlu daripada bahan
semulajadi, sekadar ponco.
3.2.2 Mendirikan gajet asas lebih dari 10 jenis
3.2.3 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan
kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak
makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan sahaja. Semuanya disediakan secara berpatrol.
3.2.4 Ikatan lilit kacang/ular mesti digunakan.
3.3 Pakaian Seragam:
3.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki.
3.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
3.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan.
3.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta
diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan
tersebut sahaja).
3.4 Kebersihan dan Keselamatan
3.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan
lubang kering disediakan.
3.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
3.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah.
3.5 Tata Atur:
3.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari
atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
7
3.5.2 Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan teratur dan
diletakkan di tempat yang bersesuaian.
3.6 Tapak Khemah:
3.6.1 Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 8
orang. 3.6.2 Sekira perlu lebih, bergantung pada pihak urusetia
3.7 Gagal:
3.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju
untuk semua ahli dalam patrol tersebut.
3.8 Kaki Gadjet:
3.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan
pancang.
4. Temuduga (Individu):
4.1 Perlu tahu perkara-perkara berikut:
4.1.1 Nama penuh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
4.1.2 Nama penuh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Perempuan Perak.
4.1.3 Nama penuh dan Jawatan Menteri- Menteri pringkat pusat/persekutuan.
4.1.4 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak.
4.1.5 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta, Nama dan
Jawatan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta.
4.1.6 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
4.2 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal.
6. Ikatan dan Simpulan (Individu):
6.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan.
6.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, melekatkannya kepada kertas
lukisan dengan menggunakan seloptape dan melabelkannnya.
6.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah:
6.3.1 Simpul pulih
6.3.2 Bunga geti berganda
6.3.3 Lilit ‘Taut-line’
6.3.4 Ikatan seraya
6.3.5 Ikatan serong
6.3.6 Belit lucut
6.3.7 Lilit pasdul
6.3.8 Simpul kerusi
6.3.9 Lilit pemati selit
6.3.10 Simpul kepala lalat
6.3.11 Sambatan balik
6.3.12 Ikatan silang gunting
6.3.13 Simpul abah-abah
6.3.14 Lilit tindih kejap
6.3.15 Simpul ngah
6.3.16 Tindih kasih air
6.3.17 Ikatan pengail
6.3.18 Lilit tong
6.3.19 Sambatan mata
6.3.20 Ikatan silang tungku
7. Memasak dan Melayan (Berpatrol):
7.1 Semua bahan masakan dan alatan memasak disediakan sendiri oleh peserta/patrol.
7.2 Boleh menggunakan dapur gas/minyak tanah untuk memasak.
7.3 Makanan dalam tin tidak dibenarkan.
7.4 Mesti dimasak semasa ujian sahaja, dan bukan dimasak sebelumnya (tidak boleh dimasak di rumah).
7.5 Makanan yang dimasak mesti mencukupi untuk ahli-ahli dalam patrol, dan perlu dihidangkan
semuanya semasa pemeriksaan.
7.6 Markah termasuk hiasan untuk sesuatu jenis makanan dan hiasan hidangan keseluruhan.
7.7 Makanan yang perlu dimasak/disediakan ialah: nasi, sayuran, lauk (ikan/ayam/daging/udang/sotong),
dan sup, minuman serta pencuci mulut (desert).
8. Pondok Sementara 8.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara pada hari pertama
8.2 2 orang untuk satu pondok
8.3 Mempunyai lantai, tinggi lantai minima 12 inci dari tanah.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
8
8.4 Atap menggunakan ponco
9. Projek Perintis/Pioneering (Berpatrol):
9.1 Membina dan menyiapkan projek perintis, yang dibenarkan ialah menara Piramid/Hourglass, menara
segi empat, atau menara Brynbach sahaja.
9.2 Tidak kurang 2 meter tinggi/panjang.
9.3 Peralatan, buluh tambahan dan tali jut tidak disediakan hanya kayu bakau disediakan (kayu
bakau tidak boleh dipotong) bahan tambahan seperti buluh boleh digunakan.
10. Pertolongan Cemas (individu):
10.1 Setiap patrol mesti meyediakan sendiri 10 helai kain anduh kayu tuap secukupnya.
10.2 Mengenakan kayu tuap untuk rawatan patah tulang paha, tulang betis, dan patah lengan.
10.3 Peserta berkebolehan menerangkan dan menunjukcara teknik pemulihan pernafasan berikut:
10.3.1 kaedah mulut ke mulut
11. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 11.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan / tarian etnik sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional
Melayu/Bumiputera seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang,
Endang, Ngajat, Sumazau dan lain-lain.
11.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol.
11.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh
peserta/patrol.
11.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap
individu semasa persembahan.
� Peringatan: 1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80%
(termasuk Buku Log Lencana Jaya, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis)
2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap),
dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan..
3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu
suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain
basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain
yang difikirkan perlu.
4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak
diterima.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
9
LENCANA KEMAHIRAN (Lima Lencana Tertinggi)
Syarat-Syarat Khas:
� Berada di tingkatan empat dan ke atas pada tahun semasa
� Telah lulus dan mempunyai Sijil Lencana Usaha, Sijil Lencana Maju dan Lencana Jaya
� Telah lulus dan mempunyai sekurang-kurangnya enam Sijil Lencana Kepandaian
� Sila tampalkan salinan fotostat Sijil Lencana Jaya di dalam Buku Log Lencana Kemahiran.
Ujian-Ujian:
15. Buku Log Lencana Jaya (Individu – Wajib Lulus):
� Buku Log Lencana Kemahiran mestilah disiapkan dengan lengkapnya dan dihantar/diserahkan
pada hari melapor diri untuk perkhemahan ujian ini.
� Kandungan Buku Log mestilah lengkap dan teratur mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam
buku “Program Latihan Pengakap Remaja” edisi 1991 (sila rujuk muka surat 4 – 6, buku tersebut).
� Salinan Sijil Lencana Usaha, Maju dan Jaya yang telah disahkan oleh Pemimpin Kumpulan hendaklah
ditampalkan di dalam Buku Log Lencana Kemhiran.
� Jika buku log anda ditafsirkan GAGAL oleh Pemeriksa Buku Log, bermakna anda GAGAL secara
keseluruhan di dalam Ujian Lencana Kemahiran ini.
16. Ujian Bertulis (Individu): � Bahagaian A, soalansoalan anika pilihan (objektif).
� Bahagaian B, soalan/jawapan bertulis (struktur).
� Soalan-soalan meliputi skema Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya.
17. Taraf Perkhemahan/Pemeriksaan Pagi (Berpatrol – Wajib Lulus): 3.2 Khemah:
4.1 Pondok sementara mesti dibina dan disiapkan pada hari pertama. Jika ada pengakap perempuan,
pondok berasingan berasingan mestilah disediakan
4.2 Gadjet:
4.2.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara, 1 orang untuk satu pondok dan mempunyai
lantai/pelantar setinggi 12 inci dari tanah. Atap daripada Ponco.
4.2.2 Mendirikan gajet asas lebih dari 12 jenis 4.2.3 Mendiri dan menyiapkan dengan sempurna : pintu gerbang dan pagar, tiang bendera, papan
kenyataan, dapur pelantar (altar fire), ampaian/penyidai kain, rak alatan dapur dan rak
makanan, rak senjata, kerusi dan meja makan sahaja. Semuanya disediakan secara berpatrol.
4.2.4 Ikatan lilit kacang/ular mesti digunakan.
4.3 Pakaian Seragam:
4.3.1 Memakai pakaian seragam yang lengkap dari kepala hingga ke kaki.
4.3.2 Pakaian seragam mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
4.3.3 Semua lencana dipasang dengan betul dan mengikut susunan.
4.3.4 Pakaian seragam mestilah bersih dan kemas (untuk tujuan pemeriksaan pagi, peserta
diingatkan supaya menyediakan sepasang uniform yang lengkap dikhaskan untuk tujuan
tersebut sahaja).
4.4 Kebersihan dan Keselamatan
4.4.1 Kawasan luar dan dalam khemah bersih, alatan masak dan dapur bersih, lubang basah dan
lubang kering disediakan.
4.4.2 Alatan kerja diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
4.4.3 Sulfur ditaburkan di keliling khemah.
4.5 Tata Atur:
4.5.1 Kandungan bag dikeluarkan, keperluan peribadi disusun dengan kemas, pakaian disusun dari
atas ke bawah bermula dengan pakaian di kepala hingga ke pakaian yang dipakai di kaki.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
10
4.5.2 Susunan/Pelan atur sub-kem : khemah, gadjet-gadjet yang dibina disusun dengan teratur dan
diletakkan di tempat yang bersesuaian.
4.6 Tapak Khemah:
4.6.1 Satu tapak khemah untuk satu patrol sahaja, anggota setiap patrol tidak melebihi 4
orang. 4.7 Gagal:
4.7.1 GAGAL dalam taraf perkhemahan bermaksud GAGAL Keseluruhan Ujian Lencana Maju
untuk semua ahli dalam patrol tersebut.
4.8 Kaki Gadjet:
4.8.1 Semua kaki gadjet tidak boleh ditanam, kecuali tiang pagar, tiang pintu gerbang, dan
pancang.
5. Temuduga (Individu): 4.3 Perlu tahu perkara-perkara berikut:
4.3.1 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
4.3.2 Nama penuh dan Jawatan Menteri-Menteri pringkat pusat/persekutuan.
4.3.3 Nama penuh dan Gelaran Kebesaran Menteri Besar Perak.
4.3.4 Nama Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, dan Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Kinta.
4.3.5 Nama penuh dan Jawatan/Unit Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah Kinta.
4.3.6 Memberi pendapat mengenai isu-isu semasa.
4.4 Peserta mesti mempunyai kebolehan lisan yang baik, dan boleh memberi pendapat apabila disoal.
12. Ikatan dan Simpulan (Individu):
12.1 Tali, pisau, kertas lukisan, dan selotape disediakan.
12.2 Peserta dikehendaki membuat ikatan/simpulan yang dikehendaki, dan melekatkannya kepada kertas
lukisan yang disediakan dengan menggunakan selotape dan melabelkannnya.
12.3 Ikatan/simpulan yang perlu dibuat adalah:
12.3.1 Simpul tapak kucing
12.3.2 Simpul raga
12.3.3 Simpul buaian
12.3.4 Ikatan Jepun
12.3.5 Ikatan Filipina
12.3.6 Ikatan silang gunting
12.3.7 Ikatan seraya
12.3.8 Ikatan serong
12.3.9 Ikatan silang tungku
12.3.10 Takal tali
13. Membuat Wogel/Simpul Serban (Individu): 13.1 Peserta akan diberi markah mengikut masa yang diambil untuk menyiapkan wogel.
13.2 Contoh Permarkahan: Siap dalam masa kurang daripada 5 minit – 10 markah, selepas 5 minit
sehingga 10 minit – 8 markah, ... dan seterusnya.
13.3 Setiap peserta dikehendaki menyediakan tali yang sesuai sepanjang 1 meter (dicadangkan tali payung
terjun/tali perengkuh mesin rumput).
14. Pondok Sementara
14.1 Membina dan menyiapkan pondok sementara pada hari pertama
14.2 1 orang untuk satu pondok (Individu)
14.3 Mempunyai lantai, tinggi lantai minima 12 inci dari tanah.
14.4 Atap menggunakan ponco.
15. Projek Perintis/Pioneering (Berpatrol):
15.1 Membina dan menyiapkan projek perintis dengan jayanya, yang dibenarkan ialah Monkey bridge,
transporter bridge, atau jenis jambatan yang dibenarkan sahaja.
15.2 Tidak kurang 5 meter tinggi/panjang.
15.3 Mesti menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu: (a) 3-2-1, (b) ‘log and
picket’ (c) ‘dead-man’
15.4 Peralatan, buluh tambahan dan tali jut tidak disediakan hanya kayu bakau disediakan (kayu
bakau tidak boleh dipotong) bahan tambahan seperti buluh boleh digunakan.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
11
16. Pertolongan Cemas (individu):
16.1 Setiap patrol mesti meyediakan sendiri 10 helai kain anduh kayu tuap secukupnya.
16.2 Mengenakan kayu tuap untuk rawatan patah tulang paha, tulang betis, dan patah lengan.
16.3 Peserta berkebolehan menerangkan dan menunjukcara teknik pemulihan pernafasan berikut:
16.3.1 kaedah mulut ke mulut
16.3.2 kaedah Holger Nielsen
17. Tarian/Kebudayaan (Individu dan Berpatrol): 17.1 Hanya tarian kebudayaan kebangsaan sahaja yang dibenarkan. Tarian Tradisional Melayu/Bumiputera
seperti Tarian Inang, Zapin, Joget, Piring, Dabus, Canggung, Kuda Kepang, Endang, Ngajat, Sumazau
dan lain-lain.
17.2 Muzik (kaset/cd), pemain kaset/cd disediakan sendiri oleh peserta/patrol.
17.3 Peralatan seperti pakaian, perhiasan, dan solekan dan lain-lain keperluan disediakan sendiri oleh
peserta/patrol.
17.4 Markah kumpulan tidak semestinya menjadi markah individu, penguji akan mengambil kira setiap
individu semasa persembahan.
� Peringatan:
1. Jumlah ujian yang perlu dilepasi (LULUS) oleh setiap individu ialah sekurang-kurangnya 80%
(termasuk Buku Log Lencana Jaya, Taraf Perkhemahan, dan Model Projek Perintis)
2. Setiap Kumpulan/sekolah mesti membawa sebuah peti pertolongan cemas yang penuh berisi (lengkap),
dan boleh digunakan pada bila-bila masa sewaktu kecemasan..
3. Setiap peserta mesti membawa peralatan tidur (tikar/ground sheet, selimut dll), baju hujan, lampu
suluh, peralatan solat/sembahyang (bagi peserta muslim), peralatan bersuci/mandi (baldi, kain
basah/pakaian mandi, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala), sudu, cawan, pinggan, dan lain-lain
yang difikirkan perlu.
4. Sebarang kelulusan adalah tertakluk pada Pasukan Latihan Daerah Kinta, sebarang rayuan tidak
diterima.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
12
JADUAL PERKHEMAHAN
Hari
Waktu
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
0530 - 0630 Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh
0630 - 0730 Masak / Sarapan Pagi
0730 - 0800 Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2
0800 - 0830 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/kawad tongkat
0830 - 0900
0900 - 0930
0930 - 1000
Ujian
Temuduga Gotong Royong
1000 - 1030 Pendaftaran Peserta Rehat/Minum Pagi
1030 - 1100 Pemberian No Peserta
1100 - 1130 Taklimat
1130 - 1200 Persediaan Tapak
Ujian
Masakan Rimba Taklimat Penutup
1200 - 1230
1230 - 1300 Majlis Penutup
1300 - 1330
1330 - 1400
Makan Tengahari
&
Solat Zohor BERSURAI & JUMPA
LAGI
1400 - 1430
1430 - 1500
1500 - 1530
1530 - 1600
1600 - 1630
Persediaan Tapak Persediaan Tapak
1630 - 1700 Solat Asar / Minum Petang
1700 - 1730
1730 - 1800
Ujian
Peta & Kompas
1800 - 1830
1830 - 1900
Ujian
Pertolongan Cemas Ujian
Ekspedisi
1900 - 1930
1930 - 2000
2000 - 2030
Masak / Makan / Solat Maghrib
2030 - 2100
2100 - 2130
2130 - 2200
Ujian
Bertulis
2200 - 2230
2230 - 2300
2300 - 2330
Ujian
Ikatan & Simpulan
Ujian
Tarian Kebudayaan
Kebangsaan
2330 - 2400 Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji
2400 - Selamat Malam & Mimpi Indah
Nota : Tapak perkhemahan mestilah berkualiti tinggi.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
13
JADUAL PERKHEMAHAN
Hari
Waktu
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
0530 - 0630 Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh
0630 - 0730 Masak / Sarapan Pagi
0730 - 0800 Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2
0800 - 0830 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/Kawad Tongkat
0830 - 0900
0900 - 0930
0930 - 1000
Ujian
Temuduga Gotong Royong
1000 - 1030 Pendaftaran Peserta Rehat/Minum Pagi
1030 - 1100 Pemberian No Peserta
1100 - 1130 Taklimat
1130 - 1200 Persediaan Tapak
Ujian
Memasak & Melayan Taklimat Penutup
1200 - 1230
1230 - 1300 Majlis Penutup
1300 - 1330
1330 - 1400
Makan Tengahari
&
Solat Zohor BERSURAI & JUMPA
LAGI
1400 - 1430
1430 - 1500
1500 - 1530
1530 - 1600
1600 - 1630
Persediaan Tapak Ujian
Projek Perintis
1630 - 1700 Solat Asar / Minum Petang
1700 - 1730
1730 - 1800
1800 - 1830
1830 - 1900
Ujian
Pertolongan Cemas
Ujian
Projek Perintis
1900 - 1930
1930 - 2000
2000 - 2030
Masak / Makan / Solat Maghrib
2030 - 2100
2100 - 2130
2130 - 2200
Ujian
Bertulis
2200 - 2230
2230 - 2300
2300 - 2330
Ujian
Ikatan & Simpulan
Ujian
Tarian Kebudayaan
Kebangsaan
2330 - 2400 Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji
2400 - Selamat Malam & Mimpi Indah
Nota: Tapak perkhemahan dan Projek Perintis mestilah berkualiti tinggi.
PASUKAN LATIHAN DAERAH Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta
Wisma Pengakap Negeri Perak
24, Jalan Hospital
30450 Ipoh, Perak
14
JADUAL PERKHEMAHAN
Hari
Waktu
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
0530 - 0630 Bangun Pagi / Mandi /Solat Subuh
0630 - 0730 Masak / Sarapan Pagi
0730 - 0800 Taraf Perkhemahan 1 Taraf Perkhemahan 2
0800 - 0830 Upacara Menaik/Mengibarkan Bendera/Kawad Tongkat
0830 - 0900
0900 - 0930
0930 - 1000
Ujian
Temuduga Gotong Royong
1000 - 1030 Pendaftaran Peserta Rehat/Minum Pagi
1030 - 1100 Pemberian No Peserta
1100 - 1130 Taklimat
1130 - 1200 Persediaan Tapak
Ujian
Membuat Wogel/Simpul
Serban
Taklimat
1200 - 1230
1230 - 1300 Majlis Penutup
1300 - 1330
1330 - 1400
Masak / Makan Tengahari
&
Solat Zohor BERSURAI & JUMPA
LAGI
1400 - 1430
1430 - 1500
1500 - 1530
1530 - 1600
1600 - 1630
Persediaan Tapak Ujian
Projek Perintis
1630 - 1700 Solat Asar / Minum Petang
1700 - 1730
1730 - 1800
1800 - 1830
1830 - 1900
Ujian
Pertolongan Cemas
Ujian
Projek Perintis
1900 - 1930
1930 - 2000
2000 - 2030
Masak / Makan / Solat Maghrib
2030 - 2100
2100 - 2130
2130 - 2200
Ujian
Bertulis
2200 - 2230
2230 - 2300
2300 - 2330
Ujian
Ikatan & Simpulan
Ujian
Tarian Kebudayaan
Kebangsaan
2330 - 2400 Mesyuarat/Taklimat Jawatankuasa Kem & Penguji
2400 - Selamat Malam & Mimpi Indah
Nota: Tapak perkhemahan dan Projek Perintis mestilah berkualiti tinggi.