PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK - incoh.usm.myincoh.usm.my/brochure_bm.pdf · domain yang terikat dengan...

2
Untuk maklumat lanjut: Sekretariat, INCoH2011, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Tel: 604–6533888 samb. 4183 Faks: 604–6563707 Emel: [email protected] Sesawang: http://incoh.usm.my/ Dr. Azimah Sazalie 04–6533888 samb. 3340 Dr. Mohd Luthfi Abdul Rahman 04–6533888 samb. 3829 Dr. Sharifah Rohayah Sheikh Dawood 04–6533888 samb. 3868 Dr. Rita Abdul Rahman Ramakrishna 04–6533888 samb. 3338 PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK Abstrak : 200 perkataan (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berserta terjemahan dalam Bahasa Melayu) Biodata : 50 perkataan Kertas kerja penuh : 10 – 25 mukasurat (jarak 1.5) Font & Saiz : Arial, saiz 11 Perisian : Microsoft Word PENYERAHAN ABSTRAK Sila emel abstrak anda ke Sekretariat Persidangan di [email protected] YURAN PENYERTAAN Tempatan Antarabangsa Pelajar RM300 USD250 Ahli Akademik RM450 USD350 Umum RM450 USD350 CARA PEMBAYARAN Untuk maklumat terperinci tentang cara pembayaran, sila rujuk sesawang persidangan di http://incoh.usm.my/ PENGINAPAN Sila rujuk sesawang persidangan. Yuran Pendaftaran termasuk penyertaan ke semua ucap utama dan sesi pleno, semua persembahan poster/selari, kudapan untuk enam waktu rehat pagi/ petang, tiga makan tengah hari, makan malam persidangan dan bahan-bahan persidangan. Memperkasa Ilmu Kemanusiaan dalam Memartabatkan Warisan, Pengetahuan, Manusia dan Persekitaran Tempat: Hotel Park Royal, Batu Feringghi, Pulau Pinang, MALAYSIA 14 – 16 Jun 2011 PERSIDANGAN ILMU KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 2011 INCoH2011 Anjuran: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Pengerusi Persidangan: Prof. Dato’ Abu Talib bin Ahmad TARIKH PENTING Tarikh akhir penerimaan abstrak : 28 Feb 2011 Tarikh pemberitahuan abstrak diterima/ditolak : 31 Mac 2011 Penerimaan kertas kerja penuh : 30 April 2011

Transcript of PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK - incoh.usm.myincoh.usm.my/brochure_bm.pdf · domain yang terikat dengan...

Page 1: PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK - incoh.usm.myincoh.usm.my/brochure_bm.pdf · domain yang terikat dengan kepelbagaian ciri tersebut, adalah penting bagi Ilmu Kemanusiaan menyertai pemerkasaan

Untuk maklumat lanjut:

Sekretariat, INCoH2011,

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,

11800 Pulau Pinang, Malaysia. Tel: 604–6533888 samb. 4183

Faks: 604–6563707 Emel: [email protected]

Sesawang: http://incoh.usm.my/

Dr. Azimah Sazalie

04–6533888 samb. 3340

Dr. Mohd Luthfi Abdul Rahman 04–6533888 samb. 3829

Dr. Sharifah Rohayah Sheikh Dawood

04–6533888 samb. 3868

Dr. Rita Abdul Rahman Ramakrishna 04–6533888 samb. 3338

PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK Abstrak : 200 perkataan (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berserta terjemahan dalam Bahasa

Melayu) Biodata : 50 perkataan Kertas kerja penuh : 10 – 25 mukasurat (jarak 1.5) Font & Saiz : Arial, saiz 11 Perisian : Microsoft Word PENYERAHAN ABSTRAK Sila emel abstrak anda ke Sekretariat Persidangan di [email protected]

YURAN PENYERTAAN

Tempatan Antarabangsa

Pelajar RM300 USD250

Ahli Akademik RM450 USD350

Umum RM450 USD350

CARA PEMBAYARAN Untuk maklumat terperinci tentang cara pembayaran, sila rujuk sesawang persidangan di http://incoh.usm.my/ PENGINAPAN Sila rujuk sesawang persidangan.

Yuran Pendaftaran termasuk penyertaan ke semua ucap utama dan sesi pleno, semua persembahan poster/selari, kudapan untuk enam waktu rehat pagi/petang, tiga makan tengah hari, makan malam persidangan dan bahan-bahan persidangan.

Memperkasa Ilmu Kemanusiaan dalam Memartabatkan Warisan, Pengetahuan,

Manusia dan Persekitaran

Tempat:

Hotel Park Royal, Batu Feringghi, Pulau Pinang,

MALAYSIA

14 – 16 Jun 2011

PERSIDANGAN ILMU KEMANUSIAAN

ANTARABANGSA 2011

INCoH2011 Anjuran:

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Pengerusi Persidangan:

Prof. Dato’ Abu Talib bin Ahmad

TARIKH PENTING Tarikh akhir penerimaan abstrak : 28 Feb 2011 Tarikh pemberitahuan abstrak diterima/ditolak : 31 Mac 2011 Penerimaan kertas kerja penuh : 30 April 2011

Page 2: PANDUAN PENYERAHAN ABSTRAK - incoh.usm.myincoh.usm.my/brochure_bm.pdf · domain yang terikat dengan kepelbagaian ciri tersebut, adalah penting bagi Ilmu Kemanusiaan menyertai pemerkasaan

PENGENALAN Dalam tradisi bidang Ilmu Kemanusiaan yang luas, ia menawarkan medium interpretasinya yang tersendiri dalam menafsirkan pengertian tentang aspek warisan, pengetahuan, manusia dan alam. Melangkaui batas-batas yang abstrak, bidang Ilmu Kemanusiaan sering terjalin dalam beberapa isu seperti dalam bidang Kajian Bahasa, Kesusasteraan, Falsafah dan Tamadun, Sejarah, Geografi, Pengajian Agama dan Terjemahan. Selari dengan tuntutan dan cabaran bidang sains dan teknologi, usaha perlu ditakrifkan semula dalam mengiktiraf kepelbagaian peranan bidang Ilmu Kemanusiaan. Ini, antara lain, memerlukan penilaian terhadap nilai-nilai teras dan etika dalam hubungan antara manusia dan dunia sekitarnya. Sebagai salah satu domain yang terikat dengan kepelbagaian ciri tersebut, adalah penting bagi Ilmu Kemanusiaan menyertai pemerkasaan perjalanan penemuan (semula) dan transformasi ini. Oleh itu, persidangan ini menyediakan platform untuk mencapai objektif-objektif berikut: Menegaskan (semula) fungsi Ilmu Kemanusiaan

dalam menegakkan warisan, pengetahuan, manusia dan alam.

Untuk meneroka dan menjana idea dalam

pendekatan, teori dan penemuan terkini dalam bidang Ilmu Kemanusiaan.

Menjalin kerjasama antara intelektual, profesional

dan masyarakat umum dalam pelbagai disiplin Ilmu Kemanusiaan khususnya Kajian Bahasa, Kesusasteraan, Falsafah dan Tamadun, Sejarah, Geografi, Pengajian Agama dan Terjemahan.

BIDANG KAJIAN Semua makalah perlu menyentuh salah satu daripada sub-tema di bawah:

Warisan Pengetahuan Manusia Alam

Makalah daripada bidang pengajian berikut adalah dialu-alukan:

Kesusasteraan dan Drama Bahasa dan Linguistik Terjemahan dan Interpretasi Falsafah dan Tamadun Pengajian Agama Sejarah dan Masyarakat Geografi, Pembandaran dan Kelestarian Masyarakat Orang Asli dan Pribumi Teknologi dan Inovasi

Untuk melihat cadangan topik, sila layari sesawang persidangan di http://incoh.usm.my/ SIAPA PERLU HADIR Ahli akademik, profesional, pelajar, penyelidik dan masyarakat umum. BAHASA PENGANTAR PERSIDANGAN Pembentangan mestilah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

FORMAT PEMBENTANGAN Pembentangan adalah dalam masa 30 minit bagi setiap kertas kerja termasuk soal jawab. JENIS PEMBENTANGAN Persidangan ini akan merangkumi pembentangan lisan dan poster. Pembentangan Lisan /Makalah:

Kertas penyelidikan – Makalah lengkap berkaitan dengan topik-topik salah satu daripada disiplin yang telah dinyatakan.

Kertas Kerja – Kertas kerja lengkap tentang penemuan awal penyelidikan yang dijalankan.

Kajian Kes – Makalah lengkap dokumen penemuan dalam hubungannya dengan kelompok masyarakat, individu atau peristiwa tertentu.

Pembentangan Poster :

Pembentangan Visual – Pembentangan merangkumi abstrak dan maklumat diagram tentang sesuatu prosedur khusus, kronologi peristiwa atau penemuan gambar/pameran.

Laporan Kemajuan Penyelidikan – Laporan ringkas yang menghuraikan pelbagai tahap penyelidikan, hasil/signifikan, keterbatasan tahap tertentu dalam kajian atau hasil kajian perintis.

Kertas cadangan untuk kajian masa depan – Kertas cadangan penyelidikan yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan terhadap sesuatu topik yang terpilih.

Persidangan Ilmu Kemanusiaan Antarabangsa 2011: Kajian Bahasa, Kesusasteraan, Falsafah dan Tamadun, Sejarah, Geografi, Pengajian Agama, Terjemahan