PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN...
Transcript of PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK · PDF filePANDUAN PELAKSANAAN UJIAN...
PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK
16 NOVEMBER 2016
Secara ringkasnya, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan
kandungan silibus diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali
adalah penilaian untuk mengukur pencapaian pelajar. Pelbagai jenis pengukuran (ujian,
kuiz, tugasan dll) boleh dilaksanakan sepanjang semester dan semua ini akan
menghasilkan hanya satu gred pencapaian yang melambangkan prestasi seseorang
pelajar untuk kursus tersebut. Oleh kerana itu, panduan pelaksanaan ujian ini
disediakan bagi tujuan memberi garis panduan bagi merancang serta melaksanakan
proses penyediaan Soalan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi setiap semester di
peringkat fakulti. Dengan adanya panduan ini, diharapkan segala aktiviti berkenaan
dapat diselaraskan dan secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan EAC.
Panduan ini akan melibatkan tiga kategori staf iaitu Koordinator Kursus, Vetter dan
Pensyarah. Berikut skop panduan pelaksanaan Ujian 1 dan 2 serta Proses Vetting bagi
semua kategori staf sepanjang kursus dijalankan:
1. Pensyarah menentukan tarikh Ujian 1 dan 2 setiap semester. Ujian 1 hendaklah
diadakan pada minggu ke 6 hingga 7 manakala Ujian 2 hendaklah diadakan pada
minggu ke 12 hingga 13.
2. Pensyarah memaklumkan tarikh Ujian 1 dan 2 kepada pelajar pada awal semester (Lesson Plan). 3. Pensyarah menyediakan soalan ujian dan skema ujian. 4. Pensyarah membuat vetting soalan ujian dan menyertakan borang muka hadapan kertas ujian (lampiran 1) kepada Vetter. 5. Vetter menjalankan Proses Vetting terhadap soalan ujian yang telah disediakan
dengan mengisi borang vetting (lampiran 2) di peringkat pusat pengajian. Sekurang-
kurangnya 2 orang Vetter diperlukan untuk menilai setiap ujian.
6. Pensyarah membuat semakan dan pembetulan kertas soalan ujian dan skema
jawapan berdasarkan cadangan dari Vetter.
7. Seterusnya, pensyarah menyerahkan kertas ujian akhir, skema jawapan dan borang
vetting kepada Vetter. Setelah mendapat pengesahan dari Vetter, pensyarah perlu
mendapatkan kelulusan Koordinator Kursus dan Ketua Pusat Pengajian terhadap
proses vetting tersebut.
7. Pensyarah mencetak kertas soalan ujian.
8. Pensyarah menjalankan ujian mengikut perancangan dan ianya dilaksanakan dalam
waktu kuliah/tutorial. Ujian hendaklah diadakan secara individu di mana pelaksanaan
“common test” tidak dibenarkan.
9. Pensyarah perlu memasukan markah pelajar ke dalam sistem TReS pada minggu
pertama selepas sistem dibuka (minggu ke 8 hingga 9 bagi Ujian 1 dan minggu ke
14 bagi Ujian 2). Laporan pelajar bermasalah perlu dihantar kepada Koordinator
Kursus dan Penasihat Akademik pada minggu seterusnya untuk dianalisa
keberkesanan tindakan awal. Koordinator hendaklah mengenalpasti tindakan berkesan
yang perlu dibuat seperti Klinik atau Mentor Mentee untuk pelajar lemah selepas ujian.
10. Ketua Pusat Pengajian memaklumkan kepada Timbalan Dekan Akademik status
penghantaran markah melalui analisa di dalam sistem TReS bagi mempastikan
pensyarah melaksanakan ujian seperti mana panduan yang telah disediakan ini.