Panduan Kerja Smu 3013 Sem 2
-
Upload
kumutha-jayakumar-bassekaren -
Category
Documents
-
view
132 -
download
0
description
Transcript of Panduan Kerja Smu 3013 Sem 2
PANDUAN KERJA KURSUS (PPGPJJ)
SMU 3013
MATEMATIK (Mathematics)
Sem 2
2013/14
PROF DR MARZITA PUTEH (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik
1
1.0 PENGENALAN
Kursus ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenai
asas-asas matematik. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah set, lanjutan sistem
nombor nyata, logaritma, surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor
kompleks.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menguasai takrif serta membincangkan konsep-konsep dan teorem-teorem
penting dalam setiap tajuk yang dipelajari. (C2, CS1)
2. Menjelaskan hukum aljabar, aksiom nombor nyata dan kesamaan, hukum
logaritma, petua surd, identiti trigonometri, petua sinus dan kosinus serta hukum
hasildarab skalar dan vektor. (C3, A3)
3. Menyelesaikan persamaan logaritma, persamaan surd, persamaan trigonometri
dan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. (C3, LL 1)
4. Membezakan nombor khayalan dan nombor kompleks. (C2)
5. Melakukan operasi terhadap nombor kompleks serta menyelesaikan persamaan
yang melibatkan nombor kompleks. (C3,P2)
6. Menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan pelbagai penggunaan
konsep, teorem, takrif, hukum, prinsip-prinsip dalam setiap tajuk yang dipelajari.
(C4, CT 4)
3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1. Pemberatan Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Jumlah (%)
Individu
Tugasan 1 dan
Tugasan 2
20%
20%
E-Forum 20%
JUMLAH 60%
2
4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU
i. Kursus SMU 3013 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2, E- Forum dan
Peperiksaan Akhir.
ii. SEMUA Tugasan, dan E-Forum adalah WAJIB.
iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar
kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam
myGuru3.
iv. Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini
supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak
menyelesaikan kerja kursus anda.
Tugasan Arahan Tarikh
Akhir
%
Tugasan 1
ARAHAN: Tugasan 1 mempunyai TIGA soalan. Jawab
semua soalan.
1. Untuk setiap operasi yang diberi, lukiskan semula dan
lorekkan rantau yang diwakili oleh operasi tersebut.
a. ( ) ' ( )A C A B
b. ( )A B C
[2 markah]
2. Dapatkan set penyelesaian bagi ketaksamaan
|2 3| 5x dan lukiskan graf penyelesaiannya:
[6 markah]
3. Selesaikan persamaan berikut.
a. 2 1 3x x
b. 5log 4log 5xx
[12 markah]
23 Mac
2014
20
A B
C
3
Tugasan 2
ARAHAN: Tugasan 2 mempunyai EMPAT soalan. Jawab
semua soalan.
1) Permudahkan ungkapan berikut selengkapnya:
baba 532 63
[5 markah]
2) Selesaikan persamaan logaritma berikut:
xx 6lnln 2
[5 markah]
3) Cari persamaan garis yang melalui titik 3,2 A dan selari
dengan garis .0526 yx
[5 markah]
4) Tunjukkan bahawa:
xx sin2
5cos
(Ukuran sudut dalam radian dan guna rumus:
yxyxyx sinsincoscoscos ).
[5 markah]
27 April
2014
20
E-Forum
1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat
naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam
kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal
MyGuru 3.
2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan isi pentingbagi setiap jawapan.
Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.
3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga
perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya
tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan
yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan.
4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar
mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan
markah kerja kursus yang disediakan.
4
5. Tajuk-tajuk forum adalah seperti berikut:
FORUM 1
Rajah 1 Rajah 2
Bincangkan perbezaan antara dua gambarajah Venn di atas.
FORUM 2
Dalam kupasan peperiksaan PMR 2007, didapati ramai murid
tidak menguasai konsep dalam soalan yang melibatkan hukum
indeks (Nik Noralhuda & Nor Hasnida, 2010). Bincangkan
mengapa ia berlaku.
FORUM 3
Suatu nombor integer yang kuasanya sifar adalah bersamaan
dengan 1. Bincangkan bagaimana ia terjadi dengan memberikan
contoh yang bersesuaian.
FORUM 4
Misalkan pernyataan berikut:
Cari semua nilai x bagi sin x = 0.6428 dalam julat 90 < x < 360.
Bincang apakah perbezaan jika julat yang diberi adalah
-90 < x < -360.
FORUM 5
Dalam sistem nombor terkandung set-set nombor asli ,N
integer ,Z nombor nisbah ,Q nombor bukan nisbah ,Q
nombor nyata ,R dan nombor kompleks .C Set nombor
kompleks ,C yang ditakrifkan sebagai
1,R,|C 2 ibabiaz
dikatakan sebagai set yang terbesar sekali dalam sistem nombor.
Bincangkan pandangan ini dengan memberi contoh-contoh
termasuk elemen-elemen yang sesuai.
(24/2/14
- 9/3/14)
10/3/14 –
23/3/14
24/3/14 –
6/4/14
7/4/14 -
20/4/14
21/4 –
5/5/14
4
4
4
4
4
JUMLAH 60
10. 10
8 12
5 8. 12 . 5.
5
5.0 FORMAT PENULISAN TUGASAN
Tugasan 1 dan Tugasan 2
i) Muka depan (Lampiran 1).
ii) Jawab semua soalan dan perlu menuliskan jalan kerja dengan jelas.
Perhatian: Jenis tulisan : Times New Roman (saiz tulisan 12) / Arial (saiz tulisan 12) Spacing :
1.5
6.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) E-Forum (20%)
A Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang
baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif
dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang
cemerlang dan kemas, menarik dan
kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan
dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli
yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan
dan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang
baik, penyampaian yang baik, menarik
dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
B+ Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan dan
ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format dan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang
sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas,
ada elemen interaksi.
B Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan
format dan bahasa pada tahap minima (tidak lebih
dari 3 kesalahan).
Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan
idea yang bernas.
B- Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.
Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik dan menarik dan
ada idea yang kemas.
C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3
perkara), isi mencukupi, isi dihuraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara)
dan kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).
Ada penjelasan, penyampaian yang
sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea
yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan sekadar
ada, ada idea tetapi kurang kemas.
D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak
mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format
dan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak ada penjelasan, penyampaian
yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak
lengkap.
Gagal melengkapkan tugasan pada masa
yang ditetapkan dan tidak menjawab soalan.
6
7.0 PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!!
• Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut
arahan Pensyarah E-Learning anda.
• Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
• Kiraan anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
• Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
• Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
• Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
• Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.
Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
• Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab
anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda.
• Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
• Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning bagi
kumpulan masing-masing.
7
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
SMU 3013 MATEMATIK
TUGASAN 1 / 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
KUMPULAN : __________________________________________________
PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________
TARIKH SERAH : __________________________________________________
PEMARKAHAN
LAMPIRAN 1