Panduan Boost Post FB Ads |ebook.teknikboostpost.com/PanduanBoost.pdf · 2017-03-03 · Panduan...

18

Transcript of Panduan Boost Post FB Ads |ebook.teknikboostpost.com/PanduanBoost.pdf · 2017-03-03 · Panduan...

Panduan Boost Post FB Ads | 2

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana anda telah mengambil langkah

yang tepat dengan mendapatkan panduan ini bagi mengukuhkan bisnes anda.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang diri

saya. Nama saya Rizal Mohamed Din dan saya adalah seorang Internet Marketer

sepenuh masa. Saya aktif dalam aktiviti pemasaran produk secara online,

pembangunan sistem serta pembangunan laman web. Saya memulakan perjalanan

karier saya sebagai seorang programmer di sebuah firma IT hampir 20 tahun lalu.

Pada awal karier, saya banyak terbabit dalam pembangunan sistem untuk jabatan

kerajaan dan juga kementerian. Antara projek mega yang saya pernah uruskan adalah

projek Sistem Pengurusan Penghakiman Syariah yang sekarang sedang digunakan di

jabatan kehakiman syariah negeri-negeri di Malaysia.

Kini saya giat membantu pemilik produk, stokis dan agen dalam pelbagai niche untuk

membuat pemasaran menggunakan media sosial. Kebanyakan dari mereka memilih

untuk memasarkan produk menggunakan platform Facebook kerana ia salah satu

lubuk pemasaran yang efektif. Kos pengiklanan yang agak rendah dan fleksibel juga

menyebabkan mereka suka beriklan di Facebook.

Dalam panduan ini saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk membantu

pelanggan saya untuk memasarkan produk mereka. Teknik ini berjaya menghasilkan

pulangan yang lumayan kepada pelanggan saya dan tidak mustahil ianya boleh

membantu anda juga.

TeknikBoostPost.com

Panduan Boost Post FB Ads | 3

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Facebook, di Malaysia sahaja

pengguna facebook telah mencecah hampir 20 juta pengguna. Dengan

pengguna yang ramai ini, pemilik bisnes memilih untuk memasarkan produk

mereka menggunakan Facebook. Fenomena ini secara tidak langsung

membantu usahawan kecil untuk menjual produk mereka secara online dan

beroperasi hanya dari rumah.

Pemasaran secara Facebook juga terbukti berjaya menghasilkan para jutawan

segera di Malaysia dan ada antara mereka menghasilkan jualan puluhan ribu,

malah ratusan ribu sehari. Kebanyakan dari mereka beroperasi dari rumah

sahaja kerana ini membantu mereka menjimatkan kos operasi dan boleh

menumpukan pada kos pemasaran. Mereka juga lebih suka ‘low profile’ dan

tidak mahu terlalu menonjolkan diri.

Namun pemasaran menggunakan Facebook ini tidaklah semudah yang anda

sangkakan. Memang sesiapa sahaja pun boleh membuat iklan di Facebook.

Namun ramai yang melakukan kesilapan semasa memulakan kempen iklan

berbayar mereka. Iklan mereka kurang berjaya kerana mereka belum benar-

benar faham produk mereka dan tidak pasti siapakah sasaran sebenar produk

tersebut.

Jadi apabila menggunakan teknik yang tidak betul, maka wang yang

dilaburkan untuk FB Ads akan lebur begitu sahaja. Salah seorang rakan saya

adalah seorang usahawan produk kesihatan, dan beliau telah membelanjakan

sejumlah wang yang agak besar untuk FB Ads. Namun hasil jualan pada akhir

bulan hanya sekadar mampu menampung kos pengiklanan sahaja. Perkara

sebegini sebenarnya boleh dielakkan dengan menggunakan teknik yang betul.

Bagi memastikan anda tidak mengulangi kesilapan sama, saya akan berikan

langkah-langkah penggunaan FB Ads yang berkesan. Apa yang saya terangkan

dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan satu

teknik simple iklan Facebook sejak setahun yang lepas.

Panduan Boost Post FB Ads | 4

Sebelum anda boleh mengiklan di Facebook, anda perlu membina fanpage

produk anda. Anda boleh sahaja pos iklan secara percuma di Facebook group

seperti group komuniti, group kereta, group masak dan sebagainya, tapi

pastikan anda miliki fanpage khas untuk produk anda. Fanpage adalah pusat

informasi dan pemasaran produk anda. Dengan itu, anda wajib masukkan

gambar serta keterangan mengenai produk, harga produk (jika perlu), alamat

perniagaan dan paling utama nombor telefon untuk pelanggan hubungi anda.

Ada yang bertanya saya cara membuat fanpage kerana mereka keliru antara

fanpage dan profile page. Profile page adalah halaman dimana anda membuat

pos berbentuk peribadi pada wall anda dan mereka yang nampak status anda

adalah mereka yang ada dalam friend list anda. Fanpage pula adalah halaman

yang khusus bagi memuatkan informasi produk anda. Fanpage sangat penting

bagi membolehkan anda mempromosi produk dengan menggunakan FB Ads.

Tetapi ada juga pemilik bisnes yang menggunakan profile page bagi tujuan

pemasaran secara organik. Ia selalu digunakan oleh peniaga yang mempunyai

niche yang memerlukan mereka mendidik prospek mereka dengan content

yang berkaitan niche mereka.

Berikut adalah langkah-langkah bagi membina fanpage. Log masuk ke akaun

Facebook anda dan klik pada butang anak panah seperti di bawah. Kemudian

klik pada link Create Page untuk akses ke halaman pembinaan fanpage.

Panduan Boost Post FB Ads | 5

Sistem akan buka halaman Create a Page seperti di bawah. Klik pada imej

Brand or Product dan masukkan maklumat sehingga selesai.

Seterusnya sistem akan buka fanpage anda seperti skrin di bawah. Masukkan

gambar profile bagi page anda, klik ikon kamera pada Add a Picture. Anda

kemudian boleh masukkan gambar cover fanpage dengan menekan butang

Add a Cover.

Setelah selesai langkah memasukkan gambar, fanpage anda sudah sedia

untuk dikemaskinikan dengan maklumat dan gambar mengenai produk atau

servis anda.

Panduan Boost Post FB Ads | 6

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan setelah anda dapatkan fanpage.

Ini untuk memastikan fanpage anda sedia untuk dilawati oleh prospek anda.

Pastikan anda letakkan gambar profile dan cover yang menarik untuk

fanpage anda. Pastikan gambar adalah jelas dan kelihatan profesional.

Berikan nama dan URL fanpage yang sesuai dengan bisnes anda. Klik pada

section About untuk buat perubahan nama dan alamat fanpage anda.

Gambar profile dan gambar cover anda mestilah berkaitan dengan produk.

Masukkan produk anda yang dijangka paling laris jika anda ada beberapa

produk. Ini supaya fans anda dapat mengenalpasti produk utama anda.

Letakkan nombor telefon pada fanpage untuk memudahkan prospek

hubungi anda, pastikan letak lebih dari satu nombor.

Pastikan telefon ada aplikasi WhatsApp bagi memudahkan komunikasi.

Isikan maklumat pada bahagian About, masukkan maklumat berikut :

Short / Long Description - keterangan tentang produk atau bisnes

Phone – nombor telefon untuk dihubungi

Email – alamat email yang anda akses setiap masa

Website – laman web produk anda

Sila pastikan fanpage anda mempunyai pos dan gambar yang mencukupi,

ini supaya fans mendapatkan maklumat secukupnya tentang produk anda.

Setelah fanpage anda lengkap, anda perlu dapatkan Page Likes untuk

fanpage anda. Invite rakan yang ada dalam Friend List untuk like fanpage

anda. Ini cara termudah untuk dapat beberapa likes untuk permulaan.

Masukkan status pada profile page anda dengan meletakkan alamat

fanpage anda. Anda juga boleh mempromosi alamat fanpage anda pada

group-group facebook yang ada kaitan dengan produk anda.

Panduan Boost Post FB Ads | 7

Untuk memulakan iklan di Facebook, anda perlukan kad bagi memudahkan

pembayaran. Anda boleh menggunakan sama ada kad debit atau kad kredit

bagi tujuan ini. Saya sarankan anda gunakan kad debit kerana kad debit lebih

selamat digunakan kerana anda hanya perlu topup bila anda mahu buat

bayaran sahaja.

Ini kad debit yang saya syorkan untuk anda gunakan untuk FB Ads iaitu :

BIG Prepaid AirAsia – www.bigprepaid.com

Saya mencadangkan supaya anda memohon BigPrepaid Plastic dan bukan

BigPrepaid Virtual kerana saya mendapat beberapa tahu ada pengguna

menghadapi masalah bila menggunakan kad jenis virtual.

Setelah selesai pendaftaran kad debit ini, anda boleh topup kredit pada kad

debit dengan mudah secara online mengunakan mana-mana perkhidmatan

online banking seperti Cimbclicks, Maybank2u dan lain-lain.

Kebaikan kad debit ini ialah anda tak perlu masukkan duit yang banyak dalam

akaun kad debit tersebut. Anda perlu masukkan duit ke kad debit pada akhir

bulan setelah iklan anda telah berjalan selama hampir sebulan.

Ini bermakna anda boleh iklankan dahulu produk anda dan dapatkan

keuntungan dari jualan. Kemudian anda gunakan sebahagian dari keuntungan

anda itu untuk bayaran kos iklan anda. Jadi tak payah pening keluarkan kos

iklan dulu.

Panduan Boost Post FB Ads | 8

Setelah dapatkan kad bank, anda sudah boleh mulakan kempen iklan anda.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda gunakan untuk mengiklan

menggunakan FB Ads. Pilihan yang diberikan Facebook ini bergantung kepada

objektif bisnes anda, contoh seperti berikut :

Menambah likes pada fanpage untuk menambah followers anda.

Memasarkan produk atau memperkenalkan produk baru anda

Mengajak pengguna Facebook ke laman web produk anda

Membuat promosi atau memberi diskaun bagi pembelian produk

Memperkenalkan kedai atau restoran anda kepada penduduk sekitar

Saya akan tunjukkan cara yang selalu saya gunakan untuk mengiklan di

Facebook. Mula sekali pergi ke bar menu sebelah atas page facebook dan klik

pada butang arrow seperti gambar di bawah. Kemudian klik pada link Create

Ads untuk pilihan seterusnya.

Link Create Ads akan membawa anda ke Ads Manager, halaman untuk

memulakan iklan anda. Pada halaman ini anda boleh buat pilihan objektif

kempen pemasaran anda.

Panduan Boost Post FB Ads | 9

Anda akan diberi 3 pilihan untuk objektif iklan iaitu :

Awareness – kempen iklan ini sesuai jika anda ingin memperkenalkan

produk, kedai atau restoran anda.

Consideration – Pilihan ini sesuai jika anda mahu pelanggan ke website

anda, tingkatkan Page Likes fanpage dan tingkatkan engagement pos anda.

Conversion – Bagi pilihan ini pula ia sesuai untuk menjual produk dari

katalog fanpage anda.

Dari tiga (3) pilihan tersebut, saya lebih suka gunakan objektif untuk

Consideration untuk mengiklankan produk saya. Dari lima pilihan seperti di

bawah, saya kerap gunakan pilihan Engagement. Klik pada Engagement

seperti skrin di bawah.

Kemudian ada 4 lagi pilihan akan dipaparkan, klik pada Post Engagement.

Fungsi ini sebelum ini dinamakan Boost Post sebelum Facebook menukarkan

kepada nama Post Engagement.

Panduan Boost Post FB Ads | 10

Saya tidak akan menerangkan penggunaan Post Engagement (Boost Post)

melalui Ads Manager dalam panduan ini. Saya akan gunakan iklan Boost Post

dengan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh newbie iaitu

menggunakan fungsi Boost Post melalui fanpage anda.

Mula-mula sekali, keluar dari panel Ads Manager dan masuk ke fanpage anda.

Sekarang pos satu kandungan baru atau gunakan pos sedia ada dalam

fanpage. Sebelum iklankan pos, pastikan pos anda ada ciri-ciri berikut :

Menggunakan huruf besar untuk menekankan perkataan penting dalam

pos anda. Contohnya, ‘Dapatkan harga DISKAUN pada HARI INI sahaja’

Pilih gambar yang menarik dan jelas, jangan sesekali masukkan gambar

yang kabur. Lebih banyak gambar lebih baik untuk menarik perhatian.

Gunakan ikon pada pos anda jika anda mahu highlight sesuatu perkara.

Kandungan pos anda wajib timbulkan perasaan ingin tahu pada prospek

anda dan tidak sabar lebih lanjut tentang produk anda.

Setelah masukkan pos baru pada fanpage, anda kini bersedia untuk iklankan

pos anda. Rujuk gambar dibawah, klik pada butang Boost Post untuk buat

setting iklan anda.

Panduan Boost Post FB Ads | 11

Pertama sekali anda perlu untuk buat pilihan Audience anda seperti di bawah.

Disebabkan page anda masih baru dan tidak mempunyai ramai fans, klik pada

link Create New Audience untuk bina kumpulan sasaran anda.

Skrin dibawah akan keluar dan anda perlu namakan audience (Name) anda

supaya anda boleh gunakan audience ini untuk iklan lain. Kemudian tentukan

jantina (Gender) dan umur (Age) sasaran pelanggan anda.

Tumpukan pada setting audience kerana ia penentu kejayaan iklan. Faktor

jantina ini penting kerana jika anda menjual tudung sudah tentu sasaran anda

wanita dan jika anda menjual GoPro prospek anda tentu mereka yang muda.

Panduan Boost Post FB Ads | 12

Pada setting Locations pula untuk letakkan lokasi sasaran pelanggan anda.

Selain lokasi yang biasanya bandar-bandar utama, anda juga boleh letakkan

lokasi negeri seperti Selangor, Johor dan lain-lain. Contoh dibawah saya

letakkan lokasi di Sungai Buloh dan 10 batu disekitarnya. Anda boleh target

sebuah bandar dan maksima 50 batu disekitarnya. Anda boleh letak lebih dari

satu lokasi untuk sasaran lokasi pelanggan anda.

Akhir sekali anda perlu buat setting pada Interests. Pada bahagian ini, anda

akan filter pengguna facebook mengikut kecenderungan mereka. Mungkin

ada yang suka kek, memasak, bersukan, produk kecantikan, tudung dan

sebagainya.

Pada contoh dibawah, saya masukkan interest cupcake. Anda boleh masukkan

lebih dari satu interest yang berkait dengan niche yang sama. Contohnya

cheesecake, chocolate cake dan lain-lain. Akhir sekali simpan data audience

ini dengan menekan butang Save.

Panduan Boost Post FB Ads | 13

Selesai bahagian Audience, kita ke bahagian Budget and Duration untuk set

bajet anda untuk iklan. Katakan saya ada bajet sebanyak RM35 untuk

dibelanjakan. Saya masukkan pada bahagian Total budget RM35 dan anda

dapat lihat pada bahagian Estimated People Reached menunjukkan iklan

akan dapat dilihat dari 2,500 hingga ke 6,500 orang. Lagi tinggi engagement

iklan anda, makin ramai orang akan lihat iklan anda.

Seterusnya anda pilih bilangan hari anda ingin anda iklankan pos anda. Anda

boleh pilih 1 day, 7 days atau 14 days atau setkan tarikh iklan anda akan

tamat pada pilihan Run this ad until.

Jika anda tetapkan iklan anda untuk berjalan selama 7 hari dengan bajet

sebanyak RM35, maka pada setiap hari anda akan membelanjakan sekitar

RM5 seperti gambar di atas. Saya mencadangkan anda setkan iklan anda dari

1 hari ke 3 hari bagi memudahkan anda mengawal iklan anda.

Dalam contoh diatas, saya setkan iklan untuk 7 hari. Walau bagaimanapun,

anda boleh hentikan iklan anda pada bila-bila masa yang anda mahukan. Anda

boleh hentikan iklan jika prestasi iklan tidak memberangsangkan.

Panduan Boost Post FB Ads | 14

Setelah anda berpuas hati dengan setting dan kandungan pos anda, tekan

butang Boost untuk menghantar iklan anda bagi tujuan pengesahan.

Facebook akan menilaikan iklan anda sebelum dipaparkan sebagai iklan.

Anda akan nampak mesej dengan status In Review sebaik sahaja anda

hantarkan iklan anda untuk pengesahan. Selalunya pengesahan akan dibuat

secara automatik oleh sistem dan ia akan mengambil sekitar 15 minit.

Sekiranya selepas 15 minit iklan anda masih belum disahkan, kemungkinan

besar iklan anda didapati melanggar polisi yang ditetapkan oleh Facebook.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah penggunaan perkataan dilarang dan

gambar yang mengandungi terlalu banyak teks.

Panduan Boost Post FB Ads | 15

Sekarang tekan butang Close pada skrin setting Boost Post. Pada bahagian

bawah pos, anda akan nampak status Boosted for RM35.00 dengan ikon jam

yang menunjukkan pos sedang dinilaikan untuk iklan.

Anda akan menerima notifikasi sama ada iklan anda diluluskan atau ditolak

pada panel notifikasi akaun Facebook anda. Tunggu dari 5 ke 15 minit untuk

pengesahan. Ada kalanya pengesahan iklan mengambil masa lama walaupun

tidak ada masalah pada iklan anda.

Selepas iklan anda diluluskan, anda akan nampak status baru yang

menggantikan status sebelum ini. Jika anda rujuk gambar dibawah, status

baru menunjukkan baki iklan iaitu RM34.38. Perhatikan pula angka pada

people reached, ia telah pun meningkat dari angka 685 kepada 807.

Panduan Boost Post FB Ads | 16

Setelah selesai iklan, gambar dibawah gambar dibawah menunjukkan prestasi

Boost Post. Klik pada butang View Results seperti gambar dibawah.

Berikut adalah hasil engagement pada pos yang telah diiklankan. Perhatikan

result adalah berdasarkan bajet RM16.12 dari jumlah bajet sebenar iaitu

RM35. Perhatikan juga terdapat sebanyak 154 komen pada pos tersebut.

Panduan Boost Post FB Ads | 17

Saya ingin membuat ringkasan apa yang telah saya kongsikan dalam panduan

saya ini. Pertama sekali, anda perlu ada fanpage yang menarik. Fanpage anda

perlu ada kandungan dan gambar yang bersesuaian dengan produk atau

bisnes anda.

Pos anda wajib ada ayat memikat, membuatkan prospek anda ingin tahu lebih

lanjut serta mempunyai gambar yang akan menarik perhatian prospek anda.

Iklankan pos anda dengan fungsi Boost Post melalui fanpage anda dengan

sasaran kumpulan pengguna yang ditetapkan oleh anda. Pastikan sasaran

pengguna (audience) ini bertepatan dengan produk anda.

Letakkan bajet yang anda mahukan dan jumlah sasaran anda. Anda boleh

jalankan iklan anda selama mana yang anda mahukan tetapi sebaiknya setkan

pada jangkamasa yang singkat untuk memudahkan anda memantau prestasi

iklan anda.

Iklan anda kemungkinan akan ditolak jika tidak menepati peraturan

penggunaan perkataan atau gambar yang telah ditetapkan oleh Facebook.

Pastikan anda membaca dahulu polisi penggunaan gambar dan perkataan

yang tidak dibenarkan. Elakkan teks yang terlampau banyak pada gambar

kerana ia boleh menyebabkan iklan anda ditolak oleh Facebook.

Ada kalanya iklan anda akan menunjukkan prestasi yang baik dan ada kalanya

sedikit menurun. Bila iklan anda kurang respon dari pengguna, anda perlu

mengubah sasaran prospek anda. Jika iklan anda mendapat engagement yang

baik tetapi kemudian engagement menurun, cuba ubah ayat pada iklan anda.

Kebiasaannya pengguna akan kurang respon kepada iklan sama yang dilihat

berkali-kali.

Sekiranya anda ikut langkah yang diberikan dan setting pada sasaran

pengguna anda tepat, saya yakin teknik ini yang mudah ini dapat membantu

anda meningkatkan jualan anda. Faktor masa juga memainkan peranan

seperti waktu malam biasanya ramai orang online dan anda mungkin

mendapat respon yang lebih pada masa tersebut. Pengguna juga mungkin

kurang respon semasa cuti perayaan yang panjang.

Panduan Boost Post FB Ads | 18

Saya harap panduan ini dapat memberi anda keyakinan untuk anda

memulakan langkah pertama anda untuk membuat kempen iklan secara

berbayar di facebook. Selagi anda tidak mencuba, selagi itu anda tidak akan

tahu anda akan berjaya atau tidak.

Sekiranya anda masih lagi tidak jelas lagi mengenai penerangan dari saya atau

berminat untuk mendapatkan tips-tips penting Boost Post ini, pastikan anda

join group facebook yang saya buat khas untuk anda iaitu Teknik Boost

Post.

Anda juga boleh follow saya di facebook profile saya iaitu Rizal Mohamed

Din. Saya akan kongsikan dengan lebih terperinci teknik-teknik yang saya

gunakan untuk membantu pelanggan saya meningkatkan jualan mereka.

Sekian, terima kasih.

TeknikBoostPost.com