PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...
Transcript of PANDUAN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIKpendaftar.uthm.edu.my/v2/doc/pekeliling/Lampiran Pekeliling...
PANDUAN
BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK
Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada kandungan buku ini dalam apa-apa
jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada
secara elektronik atau mekanikal, termasuk
fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa
keizinan bertulis daripada Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan
Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut /
Program Baru / Pengambilan Pelajar
Bil. 4/2018/2019
Kelulusan Senat Bil. 8/2018/2019
KANDUNGAN
PENGENALAN
DEFINISI
OBJEKTIF
NILAIAN KREDIT
KOMPONEN BEBANPengajaran dan Penyeliaan Prasiswazah
Penyelidikan dan Penyeliaan Pascasiswazah
Pentadbiran
Pembangunan Diri
1
2
3
4
5
BAB PERKARA M/S
1
3
5
6
7
11
13
16
EMPAT KOMPONEN UTAMA BEBAN
TUGAS STAF AKADEMIK
Pengajaran dan Penyeliaan Prasiswazah
merujuk kepada pengajaran dan
pembelajaran melalui kuliah, tutorial dan
amali. Penyeliaan prasiswazah merujuk
kepada penyeliaan projek di peringkat
Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan
Industri atau Latihan Mengajar.
Penyelidikan dan Penyeliaan Pascasiswazah
merujuk kepada penyelidikan dan
penyeliaan projek/ disertasi/ tesis di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Pentadbiran
merujuk kepada lantikan jawatan
pengurusan oleh Universiti atau
Fakulti/Pusat secara giliran seperti Dekan,
Timbalan Dekan, Pengarah/Ketua Pusat,
Ketua Program, Ketua Jabatan, Ketua Panel
Bidang, Ketua Makmal dan jawatan-jawatan
lain yang berkaitan
Pembangunan Diri
merujuk kepada tugas yang lazimnya
diamalkan oleh staf akademik kategori
Guru Bahasa dan Pengajar.
Panduan Beban Tugas Staf Akademik ini
bertujuan untuk memberi penerangan
mengenai beban tugas staf akademik
seterusnya membantu perancangan dan
pembahagian tugas staf akademik yang
merangkumi fungsi dan peranan yang
telah ditetapkan oleh Universiti.
Staf akademik diberikan beban tugas
yang bersesuaian bagi membolehkannya
membina dan meningkatkan keupayaan
kendiri dan kepakaran dalam sesuatu
bidang pengajian dan pengkhususan
masing-masing.
Staf akademik adalah diagihkan tugas
sebanyak 40 JAM beban tugas minima
per minggu untuk melaksanakan EMPAT
KOMPONEN UTAMA BEBAN TUGAS STAF
AKADEMIK.
CAD UTHM | 1
1 PENGENALAN
Untuk tujuan pengagihan beban, staf akademik dikategorikan kepada Pensyarah
Universiti (DS), Pengajar (DV), Guru Bahasa (DG) dan Penyelidik Utama di Pusat-
pusat Kecemerlangan (COE) (mengikut kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah
Universiti Bilangan 2/2012).
Pemantauan beban staf akademik ini dilaksanakan secara sistematik melalui
Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA) yang dilaksanakan secara dalam talian
di bawah pemantauan pihak Pusat Pembangunan Akademik dan Latihan (CAD) dan
dibantu oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM).
BEBAN TUGAS MINIMA (JAM)
KESELURUHANPENGAJARAN
PENYELIAAN
PENTADBIRAN
PENYELIDIKAN
PENSYARAH
UNIVERSITI/FELO
INDUSTRI
28 12
40Nisbah 70:30
PENYELIDIK DI PUSAT
KECEMERLANGAN
12 2840
Nisbah 30:70
GURU BAHASA DAN
PENGAJAR
PENGAJARAN
PENYELIAAN
PENTADBIRAN
PEMBANGUNAN DIRI
(PENYELIDIKAN /
PERKHIDMATAN
MASYARAKAT) 40
32 8
Nisbah 80:20
…pengenalan
PERUNTUKAN BEBAN TUGAS BAGI STAF AKADEMIK DI UTHM
Jadual 1 : Peruntukan Beban Tugas Berdasarkan Komponen Beban bagi Staf Akademik UTHM
CAD UTHM | 2
Takrifan yang digunakan dalam panduan ini adalah
seperti berikut:
Universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Fakulti/Pusat
Pusat tanggungjawab yang menjalankan
atau menguruskan sebarang aktiviti
akademik pelajar berdaftar contohnya
pengajaran dan pembelajaran.
Pusat Kecemerlangan (COE)
Pusat untuk menjalankan penyelidikan
bermutu tinggi dan mempunyai kolaborasi
dengan agensi luar termasuk institusi
antarabangsa. Ia adalah sebuah entiti
yang menerajui suatu bidang
penyelidikan/perkhidmatan yang terfokus.
Ketua COE dilantik oleh Naib Canselor.
Pusat Penyelidikan (COR)
Satu kumpulan penyelidikan yang
melaksanakan kajian dalam kumpulan
besar dalam bidang tertentu di bawah
pengurusan Fakulti. Ketua COR dilantik
oleh Naib Canselor.
Kumpulan Fokus (FG)
Suatu kumpulan penyelidikan yang
melaksanakan kajian dalam kumpulan
kecil dalam bidang tertentu di bawah
pengurusan Fakulti. Ketua FG dilantik oleh
Pejabat Pendaftar.Staf Akademik
Pegawai universiti yang dilantik secara
tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan
Profesor, Profesor Madya, Pensyarah
Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa,
Pengajar, Penolong Pengajar dan Felo
Industri.
Penyelidik Utama
Staf akademik yang dilantik sebagai Ketua
Kluster dalam setiap bidang integrasi
tujahan utama (Integrated Niche Area) di
setiap COE dan COR
Penyelidik Kanan
Staf akademik yang dilantik sebagai
Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang
integrasi tujahan utama (Integrated Niche
Area) di setiap COE dan COR bagi tujuan
membantu Penyelidik Utama.
Kredit
Ukuran kuantitatif yang melambangkan
beban pembelajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran tertentu.
Beban
Jumlah ukuran kuantitatif yang
melibatkan semua tugas staf akademik
termasuk pengajaran, penyeliaan dan
membimbing pelajar menjalankan latihan
industri/praktikum/mengajar dan projek
ilmiah/tesis sehingga tamat, serta
pentadbiran.
CAD UTHM | 3
2 DEFINISI
…definisi
Projek Diploma
Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan
penulisan ilmiah yang dilakukan oleh
pelajar peringkat diploma.
Projek Sarjana Muda
Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan
penulisan ilmiah yang dilakukan oleh
pelajar di peringkat sarjana muda.
Projek Sarjana
Kerja-kerja penyelidikan berserta dengan
penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang
dilakukan oleh pelajar di peringkat pasca
siswazah.
Semester Panjang/Lazim
Satu tempoh pengajian yang dinyatakan
dalam kalendar akademik tahunan
universiti.
Semester Pendek
Satu tempoh pengajian selain daripada
semester panjang yang dinyatakan di
dalam kalendar akademik tahunan
universiti
Perkhidmatan Masyarakat
Aktiviti/kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilakukan secara berkumpulan yang
mempunyai matlamat serta tujuan tertentu
CAD UTHM | 4
Panduan Beban Tugas Staf Akademik ini bertujuan untuk memberi penerangan
mengenai beban tugas staf akademik seterusnya membantu perancangan dan
pembahagian tugas staf akademik yang merangkumi fungsi dan peranan yang
telah ditetapkan oleh Universiti.
Memastikan pengurusan pengagihan beban
tugas dapat dilaksanakan dengan efektif dan
efisien.
Membolehkan pihak pengurusan Universiti
memantau agar staf akademik mendapat
beban tugas yang adil dan saksama.
Memastikan beban tugas staf akademik
tertakluk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh Universiti
CAD UTHM | 5
3 OBJEKTIF
Satu (1) kredit bermaksud empat puluh (40) JAM BELAJAR PELAJAR (JBP) dalam
tempoh satu (1) semester.
JAM BELAJAR PELAJAR
Jam belajar pelajar (JBP) ini adalah gabungan pelbagai bentuk aktiviti
pembelajaran seperti kuliah, tutorial, makmal, projek, kerja lapangan, kerja
amali, dan sebagainya.
BENTUK AKTIVITI
BIL. JAM
PERTEMUAN /
MINGGU
NILAI KREDIT
Kuliah 1 jam 1
Tutorial 2 jam 1
Makmal / Bengkel 2 – 3 jam 1
Studio / Projek / Kerja Lapangan 3 – 5 jam 1
Jadual 2 : Nilai Kredit untuk Kuliah / Tutorial / Makmal / Studio / Projek / Kerja Lapangan
(Sumber : Buku Peraturan Akademik UTHM, 2018)
CAD UTHM | 6
4 NILAIAN KREDIT
Beban staf akademik UTHM dikategorikan kepada empat (4) komponen utama
iaitu: PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH, PENYELIDIKAN DAN
PENYELIAAN PASCASISWAZAH, PENTADBIRAN dan PEMBANGUNAN DIRI.
PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH
Pengajaran merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat
Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana Muda adalah
ditetapkan seramai minimum 30 orang.
Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana adalah ditetapkan
seramai 15 orang.
Walau bagaimanapun, kuliah untuk jumlah pelajar yang kurang daripada itu
adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan Fakulti/Pusat.
Bilangan kursus minimum bagi setiap staf akademik ialah satu (1) kursus per
semester.
Nilai beban untuk komponen pengajaran adalah seperti dalam Jadual 3.
Jumlah pengajaran minimum per semester bagi staf akademik dengan
pelantikan jawatan pengurusan (lantikan Naib Canselor dan Pendaftar) adalah
seperti dalam Jadual 4.
CAD UTHM | 7
5 KOMPONEN BEBAN
PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH
CAD UTHM | 8
…komponen beban
Aktiviti Deskripsi
Nilai Beban (Jam)
Pra Siswazah
(Diploma/Sarjana
Muda)
Pasca Siswazah
(Sarjana/PhD)
Kuliah
1 jam kuliah
(pertama dan
ulangan dalam
semester yang
sama)
3 jam beban 4 jam beban
Penilaian Kuliah
2 minit seorang
pelajar yang
melebihi 30
orang/kelas
2 minit seorang
pelajar yang
melebihi 15
orang/kelas
Tutorial
1 jam tutorial
(pertama dan
ulangan dalam
semester yang
sama)
1.5 jam beban Tiada berkaitan
Amali
1 jam studio /
bengkel / makmal /
kerja lapangan
2 jam beban 1.5 jam beban
Jadual 3 : Perincian nilai beban untuk komponen pengajaran
PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH
CAD UTHM | 9
…komponen beban
Pengajaran
KategoriNilai beban
(jam)
Tidak menjawat sebarang jawatan pengurusan
(lantikan Naib Canselor atau Pendaftar)≥ 26 jam
Penyelaras, Ketua Makmal dan setara ≥ 18 jam
Ketua Panel/ Ketua Program/ Ketua Jabatan dan
setara≥ 9 jam
Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan
Pengarah dan setara≥ 6 jam
Penolong Naib Canselor ≥ 3 jam
Jadual 4 : Nilai pengajaran minimum per semester bagi staf akademik
(Sumber: Adaptasi daripada LNPT, 2018 UTHM)
Komponen penyeliaan merangkumi dua sub-komponen iaitu penyeliaan projek
tahun akhir serta penyeliaan Latihan Industri atau Latihan Mengajar.
Nilai beban bagi penyeliaan projek tahun akhir adalah seperti di Jadual 5.
Nilai beban bagi penyeliaan Latihan Industri adalah seperti di Jadual 6.
PENGAJARAN DAN PENYELIAAN PRASISWAZAH
CAD UTHM | 10
…komponen beban
Jadual 5 : Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan Projek Sarjana Muda/Diploma
Tahap PerananNilai beban
(jam/pelajar)
DiplomaPenyelia Utama 1 jam/pelajar
Penyelia Bersama 0.5 jam/pelajar
Sarjana MudaPenyelia Utama 1 jam/pelajar
Penyelia Bersama 0.5 jam/pelajar
Latihan
Industri /
Latihan
Mengajar
Kategori Nilai beban (jam)
Pelajar UTHM Bilangan hari bertugas × 8 jam / 14 minggu
Pelajar bukan UTHM Bilangan pelajar × 1 jam / minggu
Jadual 6 : Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan Latihan Industri / Latihan Mengajar
PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH
CAD UTHM | 11
…komponen beban
Nilai beban bagi komponen penyelidikan ini adalah diambilkira berdasarkan
kepada penyertaan geran penyelidikan di peringkat Universiti, Kebangsaan
atau Antarabangsa dan peranan staf akademik tersebut serta penyeliaan
pelajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Sekiranya staf akademik mempunyai geran dari luar Universiti (peringkat
Kebangsaan atau Antarabangsa), hendaklah menghantar bukti lantikan geran
kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) untuk direkodkan dalam sistem.
Nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran adalah seperti dalam
Jadual 7.
PerananNilai Beban (jam/geran)
Universiti Kebangsaan Antarabangsa
Ketua Geran Penyelidikan 1.0 2.0 3.0
Ahli Geran Penyelidikan 0.5 1.0 1.5
Jadual 7 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran
PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH
CAD UTHM | 12
…komponen beban
Bagi sub-komponen penyeliaan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, nilai
beban mengambilkira mod pengajian pelajar dan juga peranan staf akademik
tersebut.
Nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana dan Doktor
Falsafah diberikan dalam Jadual 8 dan Jadual 9.
Peranan
Nilai Beban (jam/pelajar)
Sepenuh masa Separuh masa
Mod
Penyelidikan
Mod
Campuran
Mod
Kerja Kursus
Mod
Penyelidikan
Mod
Campuran
Mod
Kerja Kursus
Penyelia
Utama2.0 1.5 1.0 1.0 0.75 0.5
Penyelia
Bersama1.0 1.0 0.5 0.5 0.5 0.25
Jadual 8 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana
PENYELIDIKAN DAN PENYELIAAN PASCASISWAZAH
CAD UTHM | 13
…komponen beban
Jadual 9 : Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan peringkat Doktor Falsafah
Peranan
Nilai Beban (jam/pelajar)
Sepenuh masa Separuh masa
Mod Penyelidikan Mod Penyelidikan
Penyelia Utama 3.00 1.50
Penyelia Bersama 1.50 0.75
PENTADBIRAN
Komponen pentadbiran adalah merujuk kepada lantikan jawatan
pengurusan oleh Universiti (Naib Canselor dan Pendaftar) atau Fakulti/Pusat.
Senarai jawatan pengurusan dan nilai beban bagi setiap kategori adalah
seperti dalam Jadual 10.
Nilai beban maksimum bagi sub-komponen pentadbiran yang boleh
diberikan berdasarkan lantikan adalah seperti dalam Jadual 11.
PENTADBIRAN
CAD UTHM | 14
…komponen beban
Jawatan Nilai Beban (jam)
Penolong Naib Canselor
Dekan
Pengarah
Pengetua Kolej Kediaman
dan yang SETARA
24
Timbalan Dekan
Timbalan Pengarah
Ketua Center of Excellence (COE)
Ketua Penerbit
Ketua Pusat
dan yang SETARA
20
Ketua Jabatan,
Pengurus Makmal
Ketua Center of Research (COR)
dan yang SETARA
15
Ketua Panel
Ketua Program
Ketua Writing Unit
Ketua Galeri Ilmu
Ketua Editor
Penyelia Makmal
Pengarah Muzik
Felo TRANSFORM
dan yang SETARA
12
Penyelaras Jadual Waktu
Penyelaras Outcome Based Education (OBE)/Akreditasi
Penyelaras ISO 9001 : 2015/Penyelaras Kualiti
Penyelaras Projek Diploma/Sarjana Muda/Sarjana
Penyelaras Latihan Industri/Latihan Mengajar
10
Jadual 10 : Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusan
PENTADBIRAN
CAD UTHM | 15
…komponen beban
Jawatan Nilai Beban (jam)
Penyelaras Kursus/Makmal
Penyelaras Program Pasca Siswazah
Penyelaras Program Mod Campuran
Penyelaras Program Luar dan Pesisir
Penyelaras Jadual Waktu Makmal
Penyelaras Jawatankuasa Projek Pelajar dan Program Kemahiran
Penyelaras Program Mobiliti
Penyelaras Jawatankuasa Latihan Industri dan Hubungan Industri
Penyelaras Jawatankuasa Penasihatan Akademik dan Pengecualian
Kredit
Penyelaras Program Pembangunan Pelajar
Penyelidik Bersekutu
Penyelaras MOU
Penyelaras Promosi
Penyelaras Kebajikan Pelajar
Penyelaras Kelab Pelajar
Ketua Focus Group
Penyelidik Utama COE
dan yang SETARA
5
Ahli COE (Penyelidik Kanan)
Penyelidik utama COR
dan yang SETARA
3
Ahli COR
dan yang SETARA2
Keanggotaan dalam jawatankuasa
(selain daripada pemegang
jawatan pentadbiran)
Universiti
AJK Tetap Universiti
AJK Ad-Hoc Universiti
Aktiviti Pasukan Beruniform
Fakulti
Ahli FG
dan yang SETARA
1
Penasihat Akademik Tiada had minima pelajar 0.15/pelajar
samb. Jadual 10 : Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran mengikut jawatan pengurusan
PENTADBIRAN
CAD UTHM | 16
…komponen beban
Jadual 11 : Nilai beban maksimum bagi komponen pentadbiran berdasarkan lantikan
Jawatan Nilai Beban Maksimum (Jam)
Lantikan Universiti (Naib Canselor) 24
Lantikan Universiti (Pendaftar) 15
Lantikan Fakulti 10
PEMBANGUNAN DIRI
Staf akademik kategori Guru Bahasa (DG) dan Pengajar (DV) mengguna pakai
8 jam/minggu untuk komponen pembangunan diri.
Pembangunan diri merangkumi aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan
masyarakat.
Nilai beban bagi komponen pembangunan diri diberikan dalam Jadual 12.
Komponen Sub-Komponen Nilai Beban (Jam)
Penyelidikan
Scholarship of Teaching
and Learning (SoTL)Seperti kategori Pensyarah Universiti
Penyeliaan
Pascasiswazah
Perkhidmatan
Masyarakat
Aktiviti
KemasyarakatanBilangan hari bertugas × 8 Jam / 14 Minggu
Jadual 12 : Perincian nilai beban untuk komponen pembangunan diri untuk staf akademik kategori
Guru Bahasa dan Pengajar.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
JABATAN JAMINAN KUALITI
PUSAT PEMBANGUNAN DAN LATIHAN AKADEMIK