Palm Island Combine
description
Transcript of Palm Island Combine
1
1.0 Pengenalan
Merupakan sebuah jajahan British, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terletak di pantai tenggara
Semenanjung Arab, dan bersempadan dengan Oman, Arab Saudi, Teluk Oman dan Teluk Parsi.
Terdiri daripada tujuh negeri termasuklah Dubai. Walaupun sebahagian besar negara ini terdiri
daripada padang pasir rata yang bersempadan dengan bukit di sebelah timur, UAE kaya dengan
rizab gas asli dan petroleum.
Gambar 1: Peta Dubai
Semenjak penemuan minyak di negara tersebut, ekonomi UAE semakin berkembang
manakala taraf kehidupan turut sama meningkat dengan pesatnya, menjadikannya sebagai
sebuah negara Arab yang paling kaya. Lokasinya yang terletak dipertemuan kedua-dua teluk
menjadi satu titik penting dalam transit perkapalan minyak mentah. Dalam tahun-tahun
kebelakangan ini, UAE mula meningkatkan fokus mereka mempelbagaikan sumber ekonomi
antaranya dalam bidang hartanah perumahan, pelancongan, dan bertitik tolak dari itu, turut
menghidupkan bandar-negeri Dubai menjadi salah satu hub perbankan utama dunia. Walaupun
pusat UAE adalah Abu Dhabi, Dubai tetap berfungsi sebagai Bandar dan pelabuhan utama di
2
negara ini dan terletak di sepanjang sentral pantai negara tersebut, Dubai juga merupakan antara
pusat perniagaan dan perdagangan di UAE. Dengan kemajuan dan kekayaan yang ada, Dubai
dilihat giat membangunkan mercu tanda yang agung, dan ini dapat dilihat dengan pembinaan
projek mega Palm Islands di Dubai.
1.1 Palm Islands
Palm Islands, merupakan pulau buatan manusia yang asalnya diilhamkan oleh Sheikh
Mohammed bin Rashid Al Maktoum pemerintah Dubai yang berfungsi sebagai kawasan
kediaman mewah beserta infrastruktur komersial. Ianya dibina oleh Nakheel Properties, seorang
pemaju hartanah terkenal di UAE dan turut mendapatkan khidmat dari syarikat dredging
Belgium dan Belanda, kontraktor marin, Jan De Nul dan Van Oord, dan beberapa pakar-pakar
dunia dalam bidang penebusgunaan tanah. Pulau-pulau yang dibina adalah Palm Jumeirah, Palm
Jebel Ali dan Palm Deira dan “The World”.
Setiap binaan pulau yang berbentuk pohon sawit ini, akan di top oleh binaan yang
berbentuk bulan sabit. Kedua-dua pulau yang pertama dibina daripada kira-kira 100 juta meter
padu batu dan pasir. Manakala, Palm Deira pula dibina daripada kira-kira 1 bilion meter padu
dari bahan yang sama. Bahan-bahan binaan ini kesemuanya di lombong di UAE sendiri dan hasil
binaan akhir adalah berupa 100 hotel-hotel mewah, pangsapuri dan villa eksklusif kediaman
sebelah pantai, marina, taman tema air, restoran, pusat membeli-belah, kemudahan sukan dan spa
kesihatan.
Pembinaan pulau tiruan yang pertama iaitu Palm Jumeirah bermula pada bulan Jun 2001,
diikuti Palm Jebel Ali dan bagi Palm Deira yang meliputi permukaan seluas 46,35 kilometer
persegi, telah diumumkan pembangunannya pada bulan Oktober 2004. Pembinaan ini asalnya
mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun, sebelum Dubai mengalami krisis kredit global yang
membimbangkan.
3
Gambar 2: Salah satu Palm Islands
Gambar 3: Palm Islands
Seterusnya, binaan megah yang keempat pula dibina, dan binaan keempat ini dinamakan “The
World” yang merupakan kepulauan tiruan pelbagai pulau-pulau kecil yang dibina dalam bentuk
kasar peta dunia. Terletak 2.5 batu, juga di luar pantai Dubai, pulau ini terdiri daripada pasir
yang dilombong dari perairan cetek pantai Dubai. Kesemua keempat-empat pulau tiruan ini
yang turut digelar sebagai “fantastic four” oleh pelancong ketika ini dilihat menjadi tarikan
utama pelancong yang datang ke Dubai dan ini dapat memberikan impak yang positif terhadap
ekonomi Dubai khususnya seperti yang dijangka.
4
Gambar 4: The World
2.0 Isu-isu persekitaran yang melibatkan Palm Island
Pembinaan pulau-pulau buatan Dubai menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam
sekitar. Tindakan manusia telah menyebabkan keseimbangan ekosistem di kawasan
pembangunan tersebut mengalami gangguan yang akan memberi kesan terhadap alam sekitar
dan manusia seandainya langkah-langkah pencegahan tidak diambil. Antara kesan yang timbul
dari segi fizikal ialah hakisan pantai, pemendapan sedimen dan perubahan arus ombak.
2.1 Kesan Ekonomi
Dari segi ekonominya, Dubai merupakan pengeluar minyak mentah yang utama dalam dunia.
Penggalian sumber asli ini telah menjadi pendapatan utama bagi negara ini. Dengan tujuan
mengurangkan pergantungan kepada sumber asli ini, kerajaan Dubai bertindak mempelbagaikan
aktiviti ekonomi negara ini. Ini kerana sumber asli yang memperkayakan negara ini akan
menghadapi kehabisan pada suatu hari nanti.
Dubai Urban Area Stratefic Plan 1993-2012 merupakan panduan pembangunan ekonomi
dan fizikal bandar Dubai ke arah abad ke-21. Pelan ini menunjukkan usaha agensi awam dan
swasta bagi membangunkan bandar dari bentuk gurun kepada suatu bandar maju. Pelan ini
bertujuan mengiatkan industri perlancongan, dan juga perniagaan setempat. Bagi menjadikan
gurun ini sebagai tempat perlancongan yang terkenal, pembinaan pulau buatan manusia dalam
bentuk unik, pokok minyak sawit telah dijadikan suatu unsur utama untuk menarik pelancong.
5
Selain itu, pembinaan kemudahan-kemudahan rekreasi, hiburan dan membeli-belah juga
termasuk dalam pelan pembangunan tersebut.
Pembinaan rumah percutian (villa), hotel mewah dan pusat membeli-belah yang berkelas tinggi
adalah bertujuan menarik pelancong dan memajukan perlancongan negara Dubai agar
perlancongan boleh dijadikan suatu aktiviti ekonomi yang mempertahankan kekayaan negara.
Namun begitu, pembinaan pulau buatan manusia ini telah mengakibatkan kerosakan ekologi
lautan. Rantai makanan bagi hidupan laut telah terganggu akibat daripada kekurangan makanan
yang disebabkan oleh kerosakan tempat tinggal hidupan laut, termasuklahcoral reefs, tiram dan
alga.
2.2 Kesan Biologi
Selain itu, pembinaan Palm Island yang di buat oleh Nakheel yang dilihat mempunyai
kesan yang jelas dan ketara ke atas alam sekitar terutama sekali dari aspek biologi. Adalah
sesuatu yang mustahil bagi pembinaan yang dianggap mega yang memberi perubahan teramat
besar keatas ekosistem tidak memberi impak kepada kawasan hidupan liar dan proses
semulajadi.
Pembinaan pulau ini dilihat telah mengubah kawasan habitat hidupan liar yang berada
dikawasan tersebut. Selain dari itu mendakan yang terhasil semasa proses pembinaan pulau ini
juga telah mengakibatkan hidupan marin dalam laut tersebut mati kelemasan serta telah
menyebabkan kecederaan fauna marin setempat. Kesan lain dari proses pembinaan ini terhadap
tumbuhan persisir pantai adalah menyebabkan pengurangan pendedahkan kepada cahaya
matahari berikutan permukaan daun tubuhan diliputi oleh habuk dan debu dari proses tambakan
tersebut.
Merujuk kepada tinjauan yang dijalankan oleh pihak MME kesan dari proses pembinaan
pulau ini akan membunuh tiram dan bukan itu sahaja ia juga akan mengakibatkan kemusnahan
karangan yang nadir dikawasan tinjauan tersebut. Selain itu pembinaan ini juga mengakibatkan
kemusnahan koloni seperti Siderastrea siderea, Pseudosiderastreatayamai, dan faviids.
Pembinaan ini juga dilihat telah mengakibatkan beberapa spesies fauna dan flora yang endemik
dikawasan tersebut terus hilang. Tetapi pembinaan ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar
6
kepada fauna marin yang boleh bergerak dari kawasan yang mengalami impak dari aktiviti
pembinaan ini. Antara fauna yang tidak mendapat kesan besar dari kawasan impak adalah ikan
verterbrata dan landak laut.
Kajian yang dijalankan oleh Dr. Williams bersama Emirates Environmental Marine
Group mendapati bahawa kawasan yang akan mengalami impak dari pembinaan ini adalah
seluas 25 juta m2dan dari jumlah kawasan tersebut 10 %- 15% daripadanya merupakan habitat
kepada terumbu karang. Mengikut pengiraan beliau bahawa pembinaan ini akan menimbus kira-
kira 0.83 m2 sehingga 1.25 m2 kawasan habitat terumbu karang tersebut.
Namun begitu, langkah Nakheel meletakkan breakwater juga merupakan satu usaha yang
dapat meningkatkan kekayaan habitat sekitar perairan pulau tersebut. Perletakan breakwater ini
akan menyediakan satu lapisan bawah yang keras dan berbatu untuk hidupan marin. Breakwater
dijadikan sebagai tukun tiruan yang berfungsi sebagai habitat kepada karangan serta kawasan
pembiakan fauna marin.
3.0 Kaitannya dengan Etika Alam Sekitar
Pembinaan pulau buatan di Dubai bukan sahaja menyebabkan berlakunya kemusnahan hidupan
laut seperti terumbu karang, malah menyebabkan kesan dari segi fizikal. Pemantauan Bumi yang
dilakukan NASA membuktikan bahawa pulau buatan di Dubai mulai tenggelam kerana
berlakunya penurunan tanah hampir 1 cm (0,4 inc) setahun. Pernyataan mengejutkan dikeluarkan
oleh syarikat survei tanah Eropah Fugro NPA, yang melakukan penelitian lima tahun terhadap
pergerakan Pulau Palm. Antara kesan yang dapar dilihat ialah hakisan yang berlaku dikawasan
persisiran pantai disebabkan oleh gangguan pergerakan ombak akibat pembinaan Palm Island.
Keadaan ini mempercepatkan proses hakisan dan boleh menyebabkan akitiviti di sepanjang
pantai terganggu.
Keadaan yang berlaku ini jelas dilihat melanggar prinsip etika yang dikemukakan oleh
James Lovelock dalam bukunya yang bertajuk Gaia: a new look at life on earth. James lovelock
menyatakan bumi dilihat sebagai organism yang besar dimana seluruh sistem dan komponen
didalamnya sama ada biotic dan abiotik adalah saling berkaitan dan mempunyai fungsi antara
7
satu sama lain. Jika satu daripada sistem bumi terancam, ianya akan mempengaruhi sistem bumi.
Lovelock menyatakan, bumi mempunyai sistem kekebalan yang tersendiri dan mampu
mengembalikan keseimbangan namun terbatas.
Pembinaan pulau-pulau di luar pantai Dubai telah menyebabkan perubahan dalam
pengangkutan sedimen, hakisan pantai dan corak gelombang ombak. Kesemua kesan ini
merupakan bentuk gangguan ke atas ekosistem. Kekebalan bumi yang di maksudkan James
Lovelock ialah keupayaan bumi mengembalikan keseimbangan apabila dikacau ganggu oleh
manusia dan terdapat keterbatasan dalam keupayaan bumi apabila bumi tidak lagi dapat
mengembalikan keseimbangannya dalam bentuk semulajadi dan berlakunya kejadian seperti
banjir dan sebagainya.
Berdasarkan kepada etika Anthropocentric, etika ini merupakan suatu kefahaman alam
sekitar yang berfokuskan kepentingan manusia. Individu yang memiliki fahaman ini percaya
bahawa manusia dan alam sekitar merupakan dua entiti yang berbeza. Sehubungann itu, alam
sekitar perlu dimanipulasikn demi kepentingan manusia.
Pelan pembangunan palm islands di negara Dubai telah berlakunya konflik di antara
dasar pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar. Dengan adanya pelan
pembangunan tersebut, kerajaan Dubai menunjukkan niatnya bagi mempertahankan kekayaan
negara agar boleh mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepadasumber asli.Keadaaan ini
menunjukkan kerajaan Dubai bertindak berpandukan konsep anthropocentric.
Palm islands merupakan suatu pulau buatan manusia. Pulau yang berbentuk unik ini telah
menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia. Secara langsung, industri perlancongan di Dubai telah
dipergiatkan dengan adanya keindahan dan keunikan pulau tersebut. Kemudahan-kemudahan
yang disediakan di atas pulau itu juga merupakan salah satu unsur yang menarik pelawatan
pelancong. Kesemua ini disediakan oleh pihak berkenaan adalah bermatlamat menjadikan sektor
perlancongan sebagai sumber pendapatan negara mereka.
Pendapatan yang lumayan menyebabkan pembinaan pulau-pulau dijalankan berterusan.
Kejadiannya, kerosakan kepada alam sekitar telahpun berleluasa. Keadaan ini menunjukkan
manusia bertindak demi kepentingan sendiri dengan memanipulasikan sektor persekitaran.
8
Kepentingan sendiri yang lebih diutamakan telah menyebabkan kerosakan alam sekitar yang
sukar dipulihkan.
Isu ini dilihat turut menyentuh mengenai etika yang menyokong pandangan Ekosentrik, di mana
ekosentrik ini merupakan konsep etika yang merujuk kepada kefahaman alam sekitar yang
berlandaskan keharmonian diantara manusia dan alam sekitar. Bagi pembinaan ini pihak pemaju
iaitu Nakheel dilihat tidak mematuhi kosep etika ini. Sikap tidak mementingkan aspek alam
sekitar dapat dilihat dari aspek penyediaan Laporan Impak Alam Sekitar.
Laporan EIA yang sepatutnya dibuat oleh pihak Nakheel tidak langsung dibuat dan
diserahkan kepada kerajaan tempatan Dubai atau Kerajaan negara tersebut. Dari pada aspek ini
pihak Nakheel menjalankan projek tersebut hanya untuk mengejar keuntungan tanpa memikirkan
kesannya kepada alam sekitar yang sepatutnya dijaga bagi mewujudkan keharmoniaan diantara
manusia dan alam sekitar.
Pembangunan ini juga dilihat hanya memberi faedah kepada manusia tetapi
memudaratkan kepada alam sekitar. Dalam kes ini pembinaan pulau ini dilihat menjejaskan
biotik marin namun tiada seorangpun sama ada pihak kerajaan yang memantau akan kesan dari
aktiviti pembinaan ini.
Walaupun ada pemantauan yang dijalankan melalui Program Pemantauan Zon Pantai
Perbandaraan Dubai namun mereka hanya menkaji aspek-aspek topologi dan hydrographical di
kawasan persisir pantai Dubai ini termasuklah dikawasan permbinaan pembinaan Palm Island.
Pihak kerajaan dan berwajib juga dilihat seolah-olah tidur dan langsung tidak menjalankan kajian
kesan biologi impak dari pembinaan tersebut.
4.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, pembinaan Palm Islands ini dilihat banyak mendatangkan kesan kepada
alam disekitar lingkungan pembinaanya, meskipun projek ini berskala besar dan bernilai tinggi,
pemaju dilihat kurang menitikberatkan keseimbangan alam semulajadi dan longgarnya
penguatkuatkuasaan bagi menjaga alam sekitar.
9
Sekiranya hal ini berterusan, dan tiada langkah pencegahan diambil bagi menstabilkan ekologi
kawasan ini, Palm Islands diramalkan akan mula tenggelam, dan ini adalah membahayakan
penduduk di situ. Kepupusan flora dan fauna, serta hakisan pasir dari aktiviti pembinaan ini juga
boleh menjadi semakin memudaratkan. Justeru, kerajaan Dubai, pemaju dan agensi
penguatkuaan Negara tersebut haruslah lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
10
RUJUKAN
http://jointings.org/eng/archives/34 [12 Disember 2011]
Kubat, A.Y., Guney, Y.I., Ozer, O., Topcu, M. and Bayraktar, S. (2009). “The Effects of the New
Development Projects on the Urban Macroform of Dubai.” Proceedings of the 7th International
Space Syntax Symposium. 060: 1 – 6.
https://sites.google.com/site/palmislandsimpact/environmental-impacts [12 Disember 2011]