Orang Asli Temuan

6
Ciri-Ciri Masyarakat Orang Asli Temuan Orang Asli Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal yang menyerupai kaum Melayu dan mempunyai rambut lurus dan bertubuh badan sederhana besar. Kebanyakan aspek fizikal orang Temuan mempunyai persamaan dengan orang Melayu. Menurut (Carey dalam Suki Mee,2009), Orang Asli Temuan mempunyai mata berwarna coklat pekat dan berukuran sederhana. Mulut mereka pula bersaiz luas dan besar. Perawakan mereka berbeza dengan Orang Asli yang lain. Menariknya, ada yang beranggapan para jejaka kaum Temuan daripada Melayu Asli ini merupakan kaum asli yang paling kacak di antara kaum yang lain Ini memandangkan mereka mempunyai ketinggian yang lebih berbanding kaum yang lain. Rajah 1: Foto wajah suku kaum Temuan lelaki dan perempuan Penemapatan Masyarakat Orang Asli Temuan Zaman Dahulu dan Sekarang .

Transcript of Orang Asli Temuan

Ciri-Ciri Masyarakat Orang Asli Temuan

Orang Asli Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal yang menyerupai kaum Melayu dan

mempunyai rambut lurus dan bertubuh badan sederhana besar. Kebanyakan aspek fizikal orang

Temuan mempunyai persamaan dengan orang Melayu. Menurut (Carey dalam Suki Mee,2009),

Orang Asli Temuan mempunyai mata berwarna coklat pekat dan berukuran sederhana. Mulut

mereka pula bersaiz luas dan besar. Perawakan mereka berbeza dengan Orang Asli yang lain.

Menariknya, ada yang beranggapan para jejaka kaum Temuan daripada Melayu Asli ini

merupakan kaum asli yang paling kacak di antara kaum yang lain Ini memandangkan mereka

mempunyai ketinggian yang lebih berbanding kaum yang lain.

Rajah 1: Foto wajah suku kaum Temuan lelaki dan perempuan

Penemapatan Masyarakat Orang Asli Temuan Zaman Dahulu dan Sekarang .

Pada zaman dahulu, Orang Asli hidup dengan memburu dan mengumpul makanan dan

tidak mempunyai rumah kediaman yang kekal. Mereka hidup berpindah-randah. Kehidupan

mereka bergantung dengan apa yang mereka perolehi di hutan. Sekiranya bekalan makanan

dikawasan tersebut sudah berkurangan, mereka akan berpindah mencari kawasan baru yang akan

mempunyai bekalan makanan yang banyak. Rumah mereka pula diperbuat berasaskan buluh,

daun bertam, nipah dan rotan. Fungsi buluh adalah sebagai dinding dan lantai, kayu-kayu bulat

pula sebagai rangka asas rumah, daun bertam atau nipah sebagai bumbung, manakala rotan

sebagai pengikatnya. Istimewanya, paku sememangnya tidak digunakan sama sekali.

Pada zaman sekarang, rata-rata rumah di kampung tersebut di perbuat menggunakan

batu. Sebagai contoh melalui kajian oleh (MOHAMAD NAZRIN BIN ABDULLAH et al.,

2012) sebelum ini di Kg Air Tawas, Tangkak, Johor. Terdapat juga rumah yang berbentuk

seperti bangsal berasakan kayu dan buluh masih ada tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini

disebabkan oleh usaha-usaha kerajaan yang telah menyalurkan bantuan dengan memberikan

rumah jenis batu itu kepada penduduk masyarakat Orang asli. Pada awal bantuan tersebut rumah

mereka tidak mempunyai bekalan elektrik. Kemudiannya mereka dibantu juga oleh kerajaan dan

mereka dapat menikmati bekalan elektrik sejak tahun 2009.

Rajah 2 : Rumah lama Orang Temuan di Kampung Air Tawas, Ledang

  Rajah 3 : Rumah Orang Temuan di Kampung Air Tawas, Ledang sekarang yang sudah

banyak bezanya dengan rumah mereka yang asal.

Struktur Organisasi Masyarakat Orang Asli Temuan

Struktur organisasi masyarat orang asli terdiri dari dua bentuk iaitu rasmi dan tidak rasmi.

Kepimpinan yang rasmi mempunyai jawatan yang berbeza seperti Menteri, Penghulu, Pemangku

dan Batin. Manakala jawatan yang tidak rasmi pula dipanggil ‘Ketua’ dalam kumpulan yang

kecil contohnya panggilan ketua mereka sebagai “Batin”

Masyarakat Orang Asli suku Temuan ini dipimpin oleh seorang Batin yang dilantik pada

kebiasaannya mengikut keturunan. Perlantikan Batin dibuat berdasarkan ketokohan atau

kebolehannya serta berpengetahuan luas tentang hal adat istiadat. Seandainya seseorang Batin

uzur, meninggal dunia ataupun meletakkan jawatan, anak lelaki secara rasminya akan dilantik

untuk menyambung tugas-tugas dalam menjaga penduduk. Satu mesyuarat yang diuruskan oleh

Jurukerah dan perundingan yang menggunakan Bahasa Adat secara formal dilaksanakan. Andai

kata Batin melanggar adat maka dia berhak dipecat oleh Perut dan pemilihan baru akan

dijalankan. Perut merupakan ahli masyarakat yang mempunyai hubungan dan salasilah yang

dapat digalurkan dengan jelas sehingga tujuh generasi dari nenek moyang yang sama. Jurukerah

dan Tok Jenang merupakan jawatan Menteri dan berfungsi sebagai penasihat utama kepada

Batin. Sesungguhnya Menteri menguasai dan mahir dalam adat istiadat dan pantang larang

dalam masyarakat Temuan. Namun begitu, beliau tiada hak untuk menjatuhkan sebarang

hukuman.

Seterusnya, pemangku merupakan suatu jawatan yang di warisi dan dilantik oleh Batin

sendiri dimana mereka berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman kepada anak buahnya. Tok

Jenang ialah Ketua Lembaga Adat dan mempunyai bidang kuasa yang terhad dalam menjatuhkan

hukuman. Jurukerah pula dilantik dengan mendapat persetujuan daripada Lembaga Adat.

Keistimewaan beliau adalah beliau boleh menjatuhkan hukuman yang ringan dan menjadi wali

iaitu Jurunikah di dalam istiadat perkahwinan. Jawatan Panglima pula dilantik oleh batin sendiri

setelah mendapat persetujuan daripada Lembaga Adat. Peranan beliau ialah menjaga dan

mengurus kebajikan anak-anak buahnya. Kemudian, Pemangku merupakan satu jawatan yang

diwarisi yang mana ia menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Batin serta berkuasa

menjatuhkan hukuman kepada anak buahnya.

Rajah : Ringkasan Struktur Organisasi Kaum Temuan