Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi...
Transcript of Ogos 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... file3 terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat
meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Kita sedang memodenkan industri perikanan negara secara lestari
melalui amalan perikanan baik. Justeru, Kod Amalan Untuk
Perikanan Yang Bertanggungjawab (Code of Conduct ForResponsible Fisheries, CCRF) telah diwujudkan dan diamalkan
secara global. Di peringkat Asia Tenggara, “Garis Panduan
Serantau Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab Di Asia
Tenggara” telah digubal. Buku mengenai CCRF ini telah diterbitkan
oleh beberapa negara dalam pelbagai bahasa sebagai garis
panduan dalam memastikan industri perikanan di negara masing-
masing diuruskan secara bertanggungjawab.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan juga telah menerbitkan empat
siri buku CCRF iaitu “Operasi Menangkap Ikan Yang
Bertanggungjawab”, “Akuakultur Yang Bertanggungjawab”,
Amalan Lepas Tuai dan Perdagangan Yang Bertanggungjawab”
dan Pengurusan Perikanan Yang Bertanggungjawab”.
Kod Amalan Untuk Perikanan Yang Bertanggungjawab ini perlu
dijadikan panduan oleh kita semua terutamanya pengusaha-
pengusaha perikanan bagi memastikan hasil-hasil perikanan dapat
dieksport ke luar negara. Ini adalah kerana negara-negara
pengimport hanya menerima produk-produk yang berkualiti,
selamat dimakan dan telah mendapat persijilan tertentu seperti
Persijilan Kesihatan, GMP, HACCP, Halal, SPLAM, SAAB dan
lain-lain sahaja. Persijilan ini adalah jaminan bahawa produk-
produk perikanan sama ada ikan segar dan hasil pemprosesan
telah dihasilkan melalui kaedah yang mematuhi syarat-syarat
tertentu. Contoh bagi subsektor akuakultur dalam penggunaan
benih, bahan dan peralatan yang dibenarkan bermula dari
pelepasan benih sehingga dituai, akan diaudit oleh pihak yang
dilantik. Bagi subsektor perikanan tangkapan, setiap aktiviti akan
diaudit bermula dari aspek spesifikasi bot, pengendalian ikan di
atas bot seperti penggunaan ais, penggunaan kotak ikan
berinsulas sehingga dipasarkan.
Sehubungan itu, semua warga perikanan, nelayan-nelayan,
penternak dan pengusaha industri asas tani hendaklah dilengkapi
pengetahuan-pengetahuan ini. Bagi nelayan, mereka juga perlu
mempelajari Ilmu pelayaran dan perlu melelengkapkan vesel
mereka dengan peralatan yang moden. Bagi warga perikanan,
mereka perlu meningkatkan pengetahuan mengikut bidang
masing-masing. Pembentukan kemahiran di kalangan pegawai-
pegawai menjadi agenda Jabatan Perikanan bagi memastikan
mereka dapat menjadi fasilitator kepada kumpulan sasar.
Para pembaca yang dihormati sekalian,
Cabaran kita pada hari ini ialah meningkatkan produktiviti hasil
perikanan dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar. Ada
dua mesej yang jelas iaitu memastikan sumber makanan yang
mencukupi dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar
Ogos 2013 http://www.dof.gov.my
(bersambung ke muka surat 3)
AMANAT
Ketua Pengarah Perikanan
1
21 Jun 2013Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman
Antara Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili
oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua
Pengarah Perikanan Malaysia dengan Syarikat LKPP
Corporation Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah
Urusannya, Datuk Md. Adnan bin Sulaiman untuk
menjalankan projek EPP# 6 – Zon Akuakultur
Berintergrasi yang melibatkan pembangunan
kemudahan infrastruktur di ladang penternakan di
Zon Industri Akuakultur Kg. Pulau Permatang Pauh,
Pekan, Pahang. Majlis diadakan di Ibu Pejabat
Perikanan Malaysia, Putrajaya.
29 Jun 2013YBhg. Datuk Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bersama
YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia mengadakan
demonstrasi memasak produk makanan berasaskan kupang
bersama Dato’ Chef Ismail sempena Program Promosi Makan
Kupang di Port Dickson, Negeri Sembilan.
2
4 Julai 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia menyerahkan bendera Jabatan Perikanan kepada Encik
Abdullah Jaafar, Ketua Kontigen Sukan sempena Karnival Sukan
MOA 2013 di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
29 Jun 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia melepaskan benih ikan sempena
Program Gegar 1-Perikanan & Pelepasan Benih Ikan Peringkat
Kebangsaan – “Selamatkan Ikan Patin Sungai Pahang” di
Temerloh, Pahang.
4 Julai 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan cenderahati kepada
Encik Abdullah Jaafar, Ketua Kontigen Sukan Jabatan Perikanan
Malaysia sempena Karnival Sukan MOA 2013 di UPM Serdang,
Selangor. (ber
sam
bung
ke
muk
a su
rat 3
)
3
terutama yang berpendapatan rendah. Teori ekonomi
mengatakan, masalah ketidakcukupan makanan akan berlaku
apabila jumlah permintaan yang melebihi penawaran. Kadar
pertambahan penduduk dunia yang lebih cepat berbanding
dengan produktiviti akan menimbulkan pelbagai masalah untuk
mengagihkan sumber yang terhad. Penduduk dunia pada tahun
2050 dijangka meningkat kepada 9.6 bilion orang di mana
Malaysia akan mempunyai seramai 43 juta orang pada tahun
tersebut. Pihak FAO meramalkan bahawa dengan kadar
pengeluaran sekarang (jika tidak ditingkatkan), harga makanan
akan meningkat. Sehubungan itu isu ini telah menjadi masalah
global dan hangat diperbincangkan di mana-mana forum dunia.
Justeru, usaha kita adalah mengadakan kempen untuk
meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha serta
mengurangkan golongan miskin dalam bidang pertanian.Perkara
ini telah ditekankan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani yang baharu iaitu Dato’ Sri ismail Sabri Bin Yaakob. Agenda
ini akan mejadi KPI Jabatan Perikanan dengan menggalakkan
penyertaan swasta dalam projek-projek perikanan. Jabatan juga
menjayakan Program Azam Tani bagi membantu kumpulan sasar
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu seperti ilmu pengurusan
projek, kewangan, penggunaan teknologi dan lain-lain dalam
usaha meningkatkan pendapatan mereka.
Cabaran kepada kita juga adalah menyediakan pelapis iaitu belia-
belia dengan ilmu dalam bidang perikanan. Belia-belia ini akan
menggantikan kita kelak. Justeru, mereka disarankan menyertai
kursus-kursus yang disediakan oleh Jabatan Perikanan seperti
ilmu pelayaran, penggunaan pukat, pengendalian bot,
pengendalian hasil tangkapan, pemprosesan, akuakultur dan lain-
lain. MyAgrosis juga ditubuhkan bagi menggalakkan kumpulan
siswazah menyertai bidang perikanan.
Sehubungan itu, marilah kita memperkasakan kemahiran masing-
masing dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, biosekuriti,
pengurusan sumber, perlindungan sumber, pengurusan
maklumat, komunikasi bagi memastikan industri perikanan
berdaya maju.
Sekian, wassalam.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1)
1 Ogos 2013 YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia menyampaikan sijil kepada Ketua-ketua Daerah Perikanan
sempena Program Pentauliahan Ketua Daerah Perikanandi Ibu
Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya
(sambungan dari muka surat 2)
1 Ogos 2013YBhg. Datuk Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan
kepada kakitangan sempena Majlis Berbuka Puasa Jabatan
Perikanan Malaysia di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani, Putrajaya.
13 Julai 2013YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia menyampaikan jaket keselamatan sempena
Program Penyerahan Bantuan “Touch Point” di Kuala Besut,
Terengganu.
(bersambung ke muka surat 4)
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2013
Tajuk : Peruntukan dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil
dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan
Penyusunan Semula Kementerian
Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan (PP) ini bertujuan untuk
menjelaskan peraturan mengenai pengurusan
perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah
untuk tahun 2013 bagi kementerian yang terlibat
dengan penyusunan semula kementerian berkuat
kuasa mulai 16 Mei 2013.
Tarikh : 25 Jun 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2013
Tajuk : Tatacara dan Peraturan Mengenai Pengurusan
Pendahuluan Pelbagai
Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan (PP) ini bertujuan untuk
menjelaskan tatacara dan peraturan mengenai
pengurusan Pendahuluan Pelbagai bagi melicinkan
proses permohonan dan memperkemaskan akaun-
akaun berkenaan.
Tarikh : 2 Julai 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2013
Tajuk : Tatacara Perolehan Bagi Penganjuran Majlis/ Acara
Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi
Kerajaan
Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada Kementerian /
Jabatan/ Badan Berkanun (Agensi) mengenai
tatacara perolehan secara rundingan terus bagi
perolehan perkhidmatan penganjuran majlis atau
acara rasmi kerajaan secara pakej dan
perkhidmatan katering bagi jamuan keraian rasmi
kerajaan.
Tarikh : 6 Ogos 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
iv) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk : Penggantian Model Kereta Rasmi jawatan Proton
Perdana Executive dan Proton Inspira Kepada
Honda Accord
Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) ini bertujuan
memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan
supaya model Proton Perdana Executive yang
diperuntukkan bagi kegunaan Anggota Pentadbiran,
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negara/ Dewan Rakyat, Hakim dan
Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/ Khas A
dan ke atas atau yang setaraf, diganti dengan
model Honda Accord 2.4L. Kerajaan juga bersetuju
supaya model Proton Inspira yang diperuntukkan
bagi kegunaan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred
Utama/ Khas B dan C atau setaraf, diganti dengan
model Honda Accord 2.0 L.
Tarikh : 18 Januari 2013
DARI PERBENDAHARAAN
4
20 Ogos 2013YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan sijil
kepada Encik Ahmad Tarmidzi Ramly, Pengarah Bahagian
Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia sempena Majlis
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di MAEPS,
Serdang, Selangor.
23 Ogos 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia berucap sempena Majlis Sambutan Hari
Raya Aidilfitri Jabatan Perikanan Malaysia 2013 di Ibu Pejabat
Perikanan Malaysia, Putrajaya.
(sambungan dari muka surat 3)
Ikan Mirip ManusiaMemang aneh di dunia ini, ada ikan menyerupai manusia atau
binatang-binatang lain. Ini semua menunjukkan kebesaran AllahSubhanahuwata’ala. Cuba perhatikan imej-imej ikan berikut:-
5
1.Limau Nipis Wangikan RambutHiris beberapa biji limau nipis dan gosokkan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu bilas dengan air.
Selain dari mewangikan rambut, limau nipis juga boleh
menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
2. Khasiat Air BerasAir cucian beras banyak faedahnya. Ia boleh digunakan untuk
mencuci muka supaya kelihatan lebih bersih dan bebas dari
minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci muka.
Air beras juga boleh menyuburkan pokok bunga dan melebatkan
bunga.
3. Rawatan Lepas BersalinUntuk merawat perut selepas bersalin – parut dua ketul halia
sederhana besar dan campurkan dua sudu cuka. Sapukan
di sekeliling pinggang. Selepas itu lilitkan bengkung seperti
biasa. Ia dapat mengelakkan kulit perut dari pecah dan calar.
4. Madu Lebah Ubat Sakit MataMasalah sakit mata seperti
mata berair, mata kemerahan
dan jangkitan kuman dapat
diatasi dengan menggunakan
madu lebah. Caranya ialah
dengan mencuci mata dengan
air, kemudian sapu atau
titiskan beberapa titik madu ke
dalam mata. Selepas itu pejamkan mata selama lima minit
sebelum mencucinya dengan air biasa. Lakukan dua atau tiga
kali sehari. Insya-Allah mata akan pulih seperti biasa.
5. Elak Mata Pedih Kerana BawangSetiap kali menghiris bawang
merah, pasti mata pedih
dan berair. Untuk mengatasi
masalah ini, rendamkan
dahulu bawang ke dalam
air garam kira-kira sepuluh
minit selepas kulitnya dikupas.
Kemudian barulah dihiris.
6. Kangkung Kilatkan Rambut Untuk kilatkan rambut, ramas
kangkung dengan sedikit air sehingga
hancur dan berlendir. Kemudian
sapukan pada rambut dan bungkus
dengan tuala. Biarkan selama satu jam
sebelum dibilas dengan air bersih.
Lakukan dua kali dalam seminggu.
7. Daun Nangka Empukkan DagingUntuk memudahkan daging empuk, masukkan beberapa helai
daun nangka ke dalam rebusan daging.
8. Hilangkan Pahit Pucuk BetikPucuk betik celur sememangnya pahit. Untuk menghilang-
kannya, masukkan beberapa helai daun jambu batu atau
dua tiga biji buah pinang masak ketika mencelurnya.
9. Serbuk Kayu Suburkan Pokok BungaSatu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan
menggaulkan seberapa banyak serbuk kayu bersama tanah.
Kemudian bolehlah digunakan untuk menanam pokok bunga.
10. Bayam Ubat Banyak PenyakitBayam mengandungi banyak
zat yang diperlukan oleh
badan. Ia mengandungi
protein, selulus, karotin, asid
oksalik, kalsium, fosforus,
serta vitamin B1, B2 dan
C. Kandungan zat besinya
yang tinggi, membolehkan
ia menyembuhkan penyakit
kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi
dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.
11. Kacang Tanah Rendahkan Tekanan DarahKacang tanah kaya dengan
kandungan lemak, vitamin A, B, E
dan K serta lesitin, kolina, asid
amino dan kalsium. Minyak kacang
tanah boleh merendahkan tekanan
darah tinggi dan kolestrol dalam
darah. Ia juga baik untuk mengubati
penyakit susah tidur (insomnia).
12. Biji Asam Jawa Penawar Bisa Lipan/Lebah. Untuk mengubati bisa sengatan lipan atau lebah, tumbuk biji
asam jawa sehingga halus. Tempelkan pada bahagian
yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja,
rasa sakit akan hilang. (ber
sam
bung
ke
muk
a su
rat 7
)
6
13. Asam Jawa dan Garam Meredakan Benjol
Sekiranya kepala anda benjol kerana dipukul, bancuhkan asam
jawa dan garam bersama air sehingga pekat. Sapukan air
bancuhan itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa
15 minit, benjolan itu akan mengecil dan hilang.
14. Pelbagai Cara Untuk Sembuhkan BatukTerdapat banyak cara untuk mengubat penyakit batuk.
Antaranya ialah dengan memarut seperempat biji buah pala dan
campurkan dengan air limau nipis dan satu sudu kecil minyak
kayu putih. Setelah itu gosok dibelakang badan pesakit. Ramuan
ini hanya untuk sekali guna sahaja. Lakukan rawatan seperti ini
dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah,
penyakit batuk akan segera sembuh.
15. Daun Lidah Buaya Ubati Batuk BerterusanBatuk boleh menyebabkan badan pesakit menjadi kurus dan
pesakit tidak dapat tidur lena. Jika berlanjutan, ambil isi daun
lidah buaya dan hiris kecil-kecil iaitu 20 gram. Kemudian
campurkan sedikit madu dan minum dua kali sehari selama
lebih kurang tujuh hari. Pesakit perlu berpantang iaitu jangan
makan terlalu banyak makanan manis dan juga makanan
pedas, jangan kurang tidur, jangan masukkan jari ke dalam
mulut serta perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.
16. Penawar PengsanSekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak
sedarkan diri, segeralah ambil segelas air dan bacakan ‘Ayat
Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka, kepala
dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut
namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan
penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsan.
17. Teras Pokok Sepang Hilangkan Bengkak Buah Dada
Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak
di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu
atau teras pokok sepang. Asah dengan sedikit air dan
campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut
berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.
18. Bengkak Di Bawah TelingaPenyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika
ada di antara keluarga anda terkena penyakit ini, asah kayu
sepang dan campur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling
telinga. Atau ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan
kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang
bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.
19. Minyak Kelapa Mencantikkan BetisWanita yang inginkan betis yang cantik, halus dan licin
hendaklah menyapukan minyak kelapa setiap pagi selepas
mandi dan urutkan perlahan-lahan. Anda juga boleh mengurut
betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan
hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah
lagi dengan air hingga menjadi bersih.
20. Kacang Hijau Penawar Urat Betis MenonjolSelalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat
betisnya akan menonjol dan
ia akan berterusan sehingga
sudah bersalin. Rebus
segenggam kacang hijau
sehingga mendidih. Sebelum
kacang hijau itu pecah kulitnya,
dan air rebusan tinggal segelas,
padamkan api. Minumlah air
rebusan kacang itu bersama
kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum tidur,
angkat kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat
selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam. Insya-Allah,
urat betis anda pulih seperti biasa.
Kayu sepang Teras pokok sepang
(sambungan dari muka surat 6)
7
Dalam melaksanakan pelbagai tugas seharian yang semakin mencabar,
sudah pasti kita akan menghadapi rintangan dan cabaran yang
memerlukan kita sentiasa dalam keadaan sabar dan tenang. Namun
begitu, bebanan kerja yang di luar jangka yang amat berat menyebabkan kita
berada dalam kedaan yang tidak terurus sehingga boleh menimbulkan tekanan
atau “stress”.
Sebagai warga kerja Jabatan Perikanan yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
amanah, sudah tentu kita tidak mahu perasaan tekanan yang berlebihan ini menganggu urusan kerja kita seharian.
Oleh itu, salah satucara yang sesuai untuk menangani persekitaran kerja ini ialah dengan mengamalkan senyuman.
Amalan senyum ketika menjalankan tugas perlu diterapkan oleh oleh penjawat awam selari dengan amalan mesra
pelanggan dan berbudi bahasa terutamanya para petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung
dengan orang ramai. Ia sekaligus dapat memuaskan hati orang ramai dan pelanggan serta memastikan
perkhidmatan awam sentiasa disenangi oleh orang ramai.
Bagi memastikan amalan ini dapat dipraktikkan dan diamalkan secara
menyeluruh, kerajaan telah menggariskan langkah-langkah kearah
meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi sektor awam yang mesra
pelanggan melalui usaha-usaha memantapkan amalan senyuman dalam
sistem penyampaian.
Kajian mendapati bahawa amalan senyum dan ketawa merupakan senaman
berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang tubuh badan sekaligus
memberikan manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon
lain. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita
gembira. Selain itu senyuman juga merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah
dan secara tidak langsung ia merangsang proses penyembuhan sesuatu penyakit. Dalam ajaran Islam sendiri
mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah dan sebagai penawar kepada penyakit rohani yang kronik.
Kepada semua warga kerja Jabatan Perikanan Malaysia,
senyuman ini tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa
ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman ikhlas
yang diberikan mampu menyerikan hati insan lain. Mungkin juga
mampu menyejukkkan hati yang sedang marah. Oleh itu, wahai
warga kerja Jabatan Perikanan yang budiman jadikanlah
senyuman sebagai budaya hidup bermasyarakat yang harmoni.
“Kempen Senyum” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan
juga di peringkat Jabatan Perikanan, hendaklah diamalkan
janganlah hendaknya kempen akan hanya tinggal kempen sahaja
dan tidak dipraktikkan secara berterusan.
Senyuman Ikhlas Membentuk Peribadi
Oleh: Rubani Muet
Pejabatan Perikanan Negeri Johor
8
9