Objektif plkn

2
aktiviti Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah: 1) Kejiranan - Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi. 2) Kemudahan awam - para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya. 4) Alam sekitar - Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar. 5) Penempatan di Jabatan - Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada pelatih PLKN memahami peranan dan tanggungjawab beberapa buah Jabatan Kerajaan terutamanya Jabatan yang berorentasikan pakaian seragam (beruniform). Di samping itu memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk membantu Jabatan dan mengetahui peluang-peluang kerjaya yang tersedia ada dalam jabatan dan agensi berkenaan. Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja- kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka

description

plkn

Transcript of Objektif plkn

Page 1: Objektif plkn

aktivitiBagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

1) Kejiranan - Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.

2) Kemudahan awam - para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.

4) Alam sekitar - Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

5) Penempatan di Jabatan - Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada pelatih PLKN memahami peranan dan tanggungjawab beberapa buah Jabatan Kerajaan terutamanya Jabatan yang berorentasikan pakaian seragam (beruniform). Di samping itu memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk membantu Jabatan dan mengetahui peluang-peluang kerjaya yang tersedia ada dalam jabatan dan agensi berkenaan.

Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja.

Penubuhan program ini telah berjaya meningkatkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat yang semakin hilang oleh pembangunan. Hal ini, dapat dilihat semangat perpaduan ini wujud semasa mereka melakukan aktiviti berkumpulan, mereka bekerjasama

Page 2: Objektif plkn

tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. Diharap program seperti dapat diteruskan untuk melahirkan semangat perpaduan antara kaum yang selama ini menjadi masalah dalam menantapkan lagi negara.

Adanya PLKN semangat kesukarelaan dapat diserapkan dalam diri remaja, contohnya banjir yang berlaku di Johor ramai masyarakat terutamanya peserta dan bekas peserta PLKN telah turut serta dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Oleh demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa PLKN begitu berkesan dalam melahirkan remaja yang mempunyi semangat kesukarelaan yang tinggi.