Power point for life. Baby nursery Girl nursery Boy nursery.
Nursery Sawi1
-
Upload
azizul-ramli -
Category
Documents
-
view
3.755 -
download
5
Transcript of Nursery Sawi1
NURSERY SAWIT
Pengenalan
Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Kepentingan tapak semaian
1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur
2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan
3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang.
Pemilihan tapak
Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:-
1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan
2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir
3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik
4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung
5. Kawasan ini juga haruslah dekat dengan kawasan ladang agar senang semasa proses penanaman dijalankan serta dapat menjimatkan kos.
6. Mempunyai kawalan keselamatan yang baik supaya dapat mencegah daripada kecurian serta ancaman daripada haiwan perosak.
Page 1
Pemilihan tapak semaian
1. Dua Peringkat / Double Stage iaitu :-
1. Pre Nursery
2. Main Nursery
Pre Nursery
Saiz polybag 15cm x 23cm. Beg yang telah diisi serta disusun didalam petak lazimnya disusun mengikut kaedah 10 beg x 200 beg supaya kerja-kerja menyiram, merumput dan kerja-kerja penakaian anak benih senang dijalankan. Setiap petak yang disyorkan adalah sebanyak 2000 benih. Ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan dijalankan. Manakala jaluran susunan beg pula adalah mengikut arah timur barat. Jarak antara jaluran beg pula hendaklah dipisahkan dengan satu lorong selebar 0.6m. Selain itu tempoh bagi setiap semaian adalah sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Proses penakaian benih pula perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sewaktu didalam peringkat ini yakni sebanyak 10%. Ini adalah bertujuan untuk memastikan benih yang sedia ada adalah bermutu dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Juga bagi mengelakkan kerugian yang akan dialami pada peringkat seterusnya.
Contoh gambarajah Pre-nursery
Main Nursery
Page 2
Saiz polybag berukuran 35 cm x 51 cm. Tempoh tanaman pula adalah 12 hingga 18 bulan. Jarak tanaman pula adalah 0.9m x 0.9m x 0.9m dan berbentuk segitiga. Sebanyak 10,000 anak benih sawit akan dapat disemai setelah ditolak sistem jalan. Manakala bagi proses penakaian pula, sebanyak 10% akan diambil kira pada peringkat ini. Contoh gambarajah bagi susunan polybag ( main nursery )
Contoh gambarajah Main Nursery
Page 3
Keluasan tapak semaian
Katakan bahawa kawasan baru yang akan dibuka adalah sebanyak 200 hektar. Jadi keperluan bagi anak benih yang akan di gunakan untuk kawasan yang berkeluasan 200 hektar adalah:-
Formula:
Keluasan kawasan yang akan dibangunkan x Jum. Pokok bagi 1 hektar ( SPH )
= Jum. Pokok Yang diperlukan
Kemudian,
Jum. Pokok Yang diperlukan x 35% ( 20% supplying + 15% culling )
= Jum. Penambahan pokok
Lalu:
Jum. Penambahan pokok + Jum. Pokok yang di perlukan
Manakala keluasan yang di perlukan bagi pembentukan nursery adalah:-
Dengan menggunakan jarak pokok 0.91m x 0.01m x 0.91m, maka 1 hektar dapat menyediakan 12,500 pokok. Jadi:-
Page 4
Keluasan kawasan= 200 ha
Jum. Pokok Bagi 1 Ha = 148/ha
Jadi:-
200 ha x 148/ ha = 29600 pokok
29600 x 35% = 10360 pokok
29600 + 10360 = 39960 pokok
39960 / 12500 = 3.19 ha yang diperlukan + kemudahan jalan dan saliran serta kolam takungan = 4 ha
Proses penyediaan tapak semaian
Beberapa proses perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum menyediakan tapak semaian diantaranya ialah:-
1. Membajak
2. Pembinaan Jalan pertanian dan susunatur semaian
3. Sistem pengairan dan saliran yang baik
4. Sistem penyiraman yang bagus.
5. Memagar kawasan tapak semaian
6. Mengisi dan menyusun polybeg yang diperlukan
7. Menanam biji benih
Penyelenggaraan Nursery
Page 5
4 jenis kerja yang biasa dilakukan bagi kerja- kerja penyelenggaraan ini. Diantaranya ialah:-
1. Menyiram
2. Merumpai
3. Kawalan musuh dan penyakit
4. Membaja.
Menyiram
Setiap pokok hendaklah disiram sebanyak 2 kali dalam sehari dimana sebelah pagi dan di sebelah petang sahaja. Dilarang sama sekali menyiram diwaktu tengahari dan pastikan setiap kali siraman pokok mendapat 150 mm air sepokok.
Merumpai.
Dilakukan sebulan sekali dan hanya bagi kawasan diantara polybag dengan polybag sahaja. Sekiranya terdapat rumpai didalam polybag, hanya tangan sahaja digunakan bagi tujuan merumpai. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap anak benih terhindar daripada mengalami keracunan.
Kawalan Musuh Dan Penyakit.
Dilakukan 1 minggu sekali. Menggunakan campuran racun kulat dan serangga
Contohnya:-
Thiram + Malathion
Thiram + Rogor
Poliram + Tamaron
Diantara serangan musuh dan penyakit yang selalu dihadapi ialah:-
Musuh Tanda penyakit
Page 6
Hama/ kutu ( red spider mite ) Daun berbintik
Bena ( Aphids ) Daun kuning / kering
Belalang Daun cacat dimakan / bantut
Koya Daun kering
Tikus Makan pangkal pokok
Pembajaan
Baja ditabur disekeliling pokok didalam polybeg tetapi jangan terlalu rapat dengan pangkal pokok. Dilakukan sekali sebulan. Menggunakan baja kimia yang mengandungi
Page 7
semua zat permakanan yang utama ( N, P, K, Mg ) serta larut secara perlahan adalah amat digalakkan. Contohnya, Agroblen, Kokei, Nurseryace, Woodace dan sebagainya.
Disini ada menyediakan contoh jadual bagi program pembajaan untuk pre nursery dan juga main nursery.
Minggu Jenis Baja Sukatan
4 Urea 7gm
5 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm
6 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 15gm
7 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 18gm
8 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm
9 NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 23gm
Jadual pembajaan bagi Main Nursery
Masa
( selepas ditanam ) Jenis Baja Kadar Sepokok ( gm )
2 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7
4 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 7
8 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
12 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
16 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
20 Minggu NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) 14
24 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
28 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
32 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
36 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 21
Page 8
40 Minggu NPK Blue ( 12:12:17:2 ) 28
Penakaian pokok ( CULLING )
Bertujuan bagi menyediakan anak benih yang bermutu tinggi dan terbaik sahaja yang akan ditanam diladang bagi memastikan pengeluaran hasil yang diingini serta penggunaan tanah yang lebih efektif.
Terdapat beberapa peringkat yang digunakan ketika proses penakaian dijalankan. Antaranya ialah:-
1. Permilihan pertama dibuat pada pokok yang berusia 3 bulan sebelum dipindahkan ke semaian besar ( Main Nursery )
2. \pemilihan dijalankan setiap 3 bulan ketika pokok berusia 6 bulan, 9 bulan, dan 12 bulan.
3. Pemilihan terakhir dibuat sebelum anak pokok dipindahkan ke lading.
4. Kesemua pokok yang telah di culling haruslah dimusnahkan.
Pre Nursery:-
Page 9
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )
Main nursery
Page 10
Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )
RUJUKAN
Page 11
MANUAL DAN PROSEDUR OPERASI PERLADANGAN
AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD
Page 12