NUR AMIRAH BINTI ABD JABAR - bic.utm.my
Transcript of NUR AMIRAH BINTI ABD JABAR - bic.utm.my
PENGGUNAAN ACUAN HIJAU ‘PLYTEC’ DI DALAM PROJEK PEMBINAAN
NUR AMIRAH BINTI ABD JABAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : NUR AMIRAH BINTI ABD JABAR
Tarikh lahir : 21 JULAI 1993
Judul :
PENGGUNAAN ACUAN HIJAU PLYTEC DI DALAM
PROJEK PEMBINAAN
Sesi Akademik : 2016/2017 II
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
930721-11-5096 EN. ISMAIL BIN HARON
(No kad pengenalan penulis) (Nama Penyelia)
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains (Pembinaan)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. ISMAIL BIN HARON
Tarikh :
Tandatangan :
Nama Pembaca Kedua: DR. NURSHIKIN BINTI MOHAMAD
SHUKERY
Tarikh :
PENGGUNAAN ACUAN HIJAU ‘PLYTEC’ DI DALAM PROJEK PEMBINAAN
NUR AMIRAH BINTI ABD JABAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan
FAKULTI ALAM BINA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Penggunaan Acuan Hijau Plytec Di Dalam Projek
Pembinaan” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
i
DEDIKASI
Alhamdulillah, di atas Rahmat dan berkatMu Ya Allah Segala
pujian bagi Allah yang Maha Besar
Masih memberi peluang untuk melakukan kewajipan sebagai
penuntut ilmu
Istimewa buat kedua insan yang ku sayangi
Umiku Syurgaku dan Abahku yang ku kasihi
Terima kasih atas segalanya
Doa, pengorbanan, sokongan dan segala nasihat yang diberikan
sentiasa menjadi kekuatan diriku
Tidak lupa juga kepada adik-beradik yang dikasihi
Sekalung budi juga buat semua tenaga
pengajar yang telah banyak memberikan ilmu
Serta teman – teman seperjuangan
Afiqah, Lina, Huda, Syifaa, Syera & Lai
Suka duka dan senyum tawa bersama kalian semua
takkan ku lupakan. Jerit perit meghadapi rintangan
mengajar erti sebuah kehidupan bagi mengharungi
hari-hari yang mendatang
ii
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Syukur ke hadrat Mu Ilahi
kerana dengan limpah rahmat Mu yang menemukan jalan yang Engkau kehendaki
untuk orang – orang yang Engkau kasihi. Maka dengan ketentuan Mu jua dapat juga
hamba Mu ini berada di ambang kejayaan dan seterusnya dapat menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
saya iaitu En Ismail Bin Haron kerana beliau adalah merupakan orang yang paling penting
dan beliau juga telah banyak membantu, memberi nasihat serta dorongan kepada saya
dalam semua perkara yang berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. Segala tunjuk ajar
beliau sangat bermakna dalam penyediaan tesis ini. Didikan dan segala bantuannya
amatlah saya hargai.
Kepada rakan – rakan seperjuangan, terima kasih kerana telah banyak membantu dalam
proses menyiapkan tesis ini.Segala pertolongan yang telah kalian berikan akan dikenang
selamanya. Semoga semua jasa baik itu di balas dengan kebaikan dari Allah S.W.T. jua.
Akhir sekali buat umi, abah dan keluarga tersayang, tanpa mereka siapalah diri ini.
Pengorbanan yang mereka berikan tidak terbalas rasanya. Hanya kejayaan di sini sahaja
mampu membalas jasa – jasa mereka semua. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang
dapat membalasnya.
Sekian, terima kasih
iii
ABSTRAK
Salah satu strategi di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) ialah
mentransformasikan sektor pembinaan dengan peningkatan penggunaan teknologi di
dalam kaedah pembinaan dan juga meningkatkan produktiviti di dalam pembinaan.
Penggunaan acuan hijau dilihat mampu memenuhi usaha transformasi sektor pembinaan
ini. Pemilihan sistem acuan bagi sesuatu projek pembinaan sedikit sebanyak akan
mempengaruhi proses penyiapan pembinaan tersebut. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk
mengenalpasti perbezaan antara acuan konvensional dengan acuan hijau dari segi masa
pembinaannya serta masa acuan itu dibuka dan juga produktiviti buruh di dalam
penggunaan kedua-dua jenis acuan ini. Kajian ini telah ditekankan kepada sepuluh (10)
projek iaitu sebanyak lima (5) projek yang menggunakan acuan kaedah konvensional dan
lima (5) projek yang menggunakan acuan hijau Plytec. Data dan maklumat telah direkod
menggunakan borang analisis dokumen melalui dokumen seperti diari tapak dan juga
program kerja tapak. Hasil kajian yang diperolehi merumuskan bahawa sistem acuan hijau
Plytec mempunyai kadar penjimatan masa yang banyak dari segi pemasangan dan
membuka semula acuan berbanding acuan konvensional , manakala dari segi
produktiviti buruh pula penggunaan acuan hijau dilihat lebih produktif berbanding acuan
konvensional.
iv
ABSTRACT
One of the strategies in the Eleventh Malaysia Plan (11th MP) is to transform the
construction sector by increasing the use of technology in construction methods and at the
same time increasing productivity in the industry itself. The usage of green formwork has
been discovered as one of a medium which can fulfill the transformation plan. This is
because formwork system selection for a construction project is vital as it will influence
the completion date of a project. Therefore, this study aims to identify the differences
between conventional formwork and green formwork in terms of its installation and
dismantle process as well as the productivity rate of labour involved. This study focused
on ten (10) projects which encompasses of; five (5) projects implementing conventional
formwork methods; and another five (5) projects applying Ply-Tec Green Formwork. Data
and information has been recorded in forms of document analysis through site diary as
well as construction work program. Result shows that Ply-Tec Green Formwork
implementation can save a lot of time in terms of installation and dismantle rather than
conventional mold techniques. Whereas, in terms of labor productivity rate, the
application of Ply-Tec Green Formwork is more productive compared to conventional
formwork.
v
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Metodologi Kajian 5
1.8 Susunan Bab 9
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
11
2.2 Definisi Acuan Konkrit 12
2.2.1 Sistem Acuan 13
2.3 Kaedah Konvensional 13
2.3.1 Acuan Kayu Tradisional 14
2.3.2 Pembinaan Struktur Lantai Atas dalam 15
Kaedah Konvensional
2.3.2.1 Tempoh Pembinaan Struktur 16
Lantai Atas
2.3.2.2 Tenaga buruh yang diperlukan 17
vi
2.3.3
Kelebihan dan Kelemahan Sistem Acuan
Konvensional 18
2.4 Definisi Acuan Hijau Plytec 20
2.4.1 Komponen Sistem Acuan Hijau Plytec 21
2.4.2 Pembinaan Struktur Lantai Atas dalam 23
Sistem Acuan Hijau
2.4.2.1 Tempoh Pembinaan 24
2.4.2.2 Tenaga buruh yang diperlukan 25
2.4.3 Kaedah Pemasangan Acuan Hijau Plytec 26
2.4.4 Kaedah membuka Acuan Hijau Plytec 27
2.4.5 Kelebihan Sistem Acuan Hijau Plytec 30
2.4.6 Kelemahan Sistem Acuan Hijau Plytec 33
2.5 Keperluan yang perlu pada acuan di dalam 34
pembinaan
2.6 Pengukuran Masa bagi Kerja Pembinaan 36
Acuan
2.6.1 Kadar Pengukuran bagi Acuan Kaedah 37
Konvensional
2.6.2 Kadar Pengukuran bagi Acuan Hijau 37
Plytec
2.7 Perbincangan mengenai pengukuran masa 38
2.8 Pengukuran Produktiviti buruh bagi kerja 38
pembinaan acuan
2.8.1 Pengiraan buruh bagi Acuan 39
Konvensional
2.8.2 Pengiraan buruh bagi Acuan Hijau 39
Plytec
2.8.3 Pengiraan nilai produktiviti buruh 40
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
vii
3.2.1 Kajian Kes 44
3.3 Perancangan Kaedah Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 48
3.4.1 Analisis Dokumen 49
3.5 Kaedah Analisis Data 50
3.5.1 Borang Analisis Dokumen 50
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Latar Belakang Kajian 53
4.3 Analisis terhadap Objektif Pertama 54
4.3.1 Analisis terhadap tempoh masa bagi acuan 54
Konvensional
4.3.1.1 Analisis Projek A 54
4.3.1.2 Analisis Projek B 56
4.3.1.3 Analisis Projek C 58
4.3.1.4 Analisis Projek D 59
4.3.1.5 Analisis Projek E 61
4.3.2 Analisis terhadap tempoh masa bagi Acuan Hijau 62
Plytec
4.3.2.1 Analisis Projek F 63
4.3.2.2 Analisis Projek G 64
4.3.2.3 Analisis Projek H 66
4.3.2.4 Analisis Projek I 68
4.3.2.5 Analisis Projek J 70
4.4 Kesimpulan bagi Objektif pertama 72
4.5 Analisis terhadap Objektif kedua 74
4.5.1
Analisis terhadap Produktiviti buruh bagi acuan 74
Konvensional
viii
4.5.1.1 Analisis Projek A 75
4.5.1.2 Analisis Projek B 76
4.5.1.3 Analisis Projek C 78
4.5.1.4 Analisis Projek D 79
4.5.1.5 Analisis Projek E 80
4.5.2
Analisis terhadap Produktiviti buruh bagi acuan
hijau Plytec 81
4.5.2.1 Analisis Projek F 82
4.5.2.2 Analisis Projek G 83
4.5.2.3 Analisis Projek H 85
4.5.2.4 Analisis Projek I 86
4.5.2.5. Analisis Projek J 87
4.6 Kesimpulan bagi Objektif kedua 93
BAB 5 KESIMPULAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 91
5.2 Kesimpulan kajian 92
5.2.1
Objektif satu: Tempoh pembinaan
Acuan 92
5.2.2 Objektif dua: Produktiviti buruh 92
5.3 Batasan kajian 93
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.5 Rumusan 94
RUJUKAN 95
LAMPIRAN 98
ix
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Carta Alir Kajian 8
Rajah 2.1 Sistem acuan kayu konvensional 16
Rajah 2.2 Komponen-komponen acuan hijau Plytec 22
Rajah 2.3 Sistem acuan hijau 23
Rajah 2.4 Lakaran sistem acuan hijau 24
Rajah 2.5
Perbezaan Produktiviti antara Sistem Acuan Konvensional
dengan Sistem Acuan Hijau 25
Rajah 2.6 Kaedah pemasangan Acuan Hijau Plytec 28
Rajah 2.7 Kaedah membuka Acuan Hijau Plytec 30
Rajah 3.1 Rekabentuk Metodologi Kajian 43
Rajah 3.2 Model Interaktif Komponen Analisis 47
x
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1 : Pengiraan Jangka masa bagi Acuan Kaedah Konvensional 37
Jadual 2.2 : Pengiraan Jangka masa bagi Acuan Hijau Plytec 37
Jadual 2.3 : Jumlah Buruh Kaedah Konvensional 39
Jadual 2.4 : Jumlah Buruh bagi Acuan Hijau Plytec 39
Jadual 2.5 : Formula Produktiviti Buruh 40
Jadual 4.1 : Maklumat Projek A 54
Jadual 4.2 : Analisis masa bagi Projek A 55
Jadual 4.3 : Maklumat Projek B 56
Jadual 4.4 : Analisis masa bagi Projek B 57
Jadual 4.5 : Maklumat Projek C 58
Jadual 4.6 : Analisis masa bagi Projek C 59
Jadual 4.7 : Maklumat Projek D 59
Jadual 4.8 : Analisis masa bagi Projek D 60
Jadual 4.9 : Maklumat Projek E 61
Jadual 4.10 : Analisis masa bagi Projek E 62
Jadual 4.11 : Maklumat Projek F 63
Jadual 4.12 : Analisis masa bagi Projek F 63
Jadual 4.13 : Maklumat Projek G 64
Jadual 4.14 : Analisis masa bagi Projek G 65
Jadual 4.15 : Maklumat Projek H 66
Jadual 4.16 : Analisis bagi Tempoh masa Projek H 67
Jadual 4.17 : Maklumat Projek I 68
Jadual 4.18 : Analisis masa bagi Projek I 69
Jadual 4.19 : Maklumat Projek J 70
Jadual 4.20 : Analisis masa bagi Projek J 71
Jadual 4.21 : Ringkasan Acuan Konvensional bagi Objektif pertama 72
xi
Jadual 4.22 : Ringkasan Acuan Hijau Plytec bagi Objektif pertama 72
Jadual 4.23 : Jumlah buruh bagi Projek A 75
Jadual 4.24 : Analisis Produktiviti buruh Projek A 75
Jadual 4.25 : Jumlah buruh bagi Projek B 76
Jadual 4.26 : Analisis Produktiviti buruh Projek B 77
Jadual 4.27 : Jumlah buruh bagi Projek C 78
Jadual 4.28 : Analisis Produktiviti buruh Projek C 78
Jadual 4.29 : Jumlah buruh bagi Projek D 79
Jadual 4.30 : Analisis Produktiviti buruh Projek D 79
Jadual 4.31 : Jumlah buruh bagi Projek E 80
Jadual 4.32 : Analisis Produktiviti buruh Projek E 80
Jadual 4.33 : Jumlah buruh bagi Projek F 82
Jadual 4.34 : Analisis Produktiviti buruh Projek F 82
Jadual 4.35 : Jumlah buruh bagi Projek G 83
Jadual 4.36 : Analisis Produktiviti buruh Projek G 84
Jadual 4.37 : Jumlah buruh bagi Projek H 85
Jadual 4.38 : Analisis Produktiviti buruh Projek H 85
Jadual 4.39 : Jumlah buruh bagi Projek I 86
Jadual 4.40 : Analisis Produktiviti buruh Projek I 87
Jadual 4.41 : Jumlah buruh bagi Projek J 87
Jadual 4.42 : Analisis Produktiviti buruh Projek J 88
Jadual 4.43 : Ringkasan Acuan Konvensional bagi objektif kedua 89
Jadual 4.44 : Ringkasan Acuan Hijau Plytec bagi objektif kedua 89
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Umum mengetahui bahawa sektor pembinaan adalah penyumbang utama dalam
pembangunan ekonomi Negara dengan pencapaian pertumbuhan tahunan purata sebanyak
11.1 peratus dan menyumbang sebanyak RM194 bilion melalui Rancangan Malaysia Ke-
10 (RMKe-10). Pertumbuhan sektor pembinaan ini juga dijangka meningkat dari tahun
ke tahun disebabkan peningkatan pembangunan infrastuktur yang lebih ke arah moden.
Oleh itu, di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) terdapat empat strategi
dalam usaha mentransformasikan sektor pembinaan, dua darinya ialah memacu
produktiviti dengan peningkatan penggunaan teknologi dan pemodenan di dalam kaedah
pembinaan dan memupuk amalan lestari dalam rantaian nilai pembinaan dan menggubal
undang-undang yang menyokong aktiviti pembinaan lestari (Rancangan Malaysia
Kesebelas, 2015).
Justeru itu, penggunaan acuan hijau ini dilihat mampu memenuhi usaha
transformasi sektor pembinaan. Penggunaan acuan hijau ini juga merupakan alternatif
kepada kaedah konversional yang mampu meningkatkan tahap produktiviti,
2
menggunakan teknologi baru yang lebih moden serta dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja kurang mahir. Pelbagai strategi di buat untuk mencapai
matlamat pembinaan mapan di mana ia boleh ditafsirkan sebagai cara mencipta
tanggungjawab dalam mengurus ke arah pembinaan yang bersih dan sihat. Dengan itu,
teknologi baru yang ke arah kelestarian dan kekal adalah penting untuk industri
pembinaan.Penggunaan acuan hijau adalah satu teknologi yang dapat memupuk amalan
lestari kerana ciri-cirinya yang dapat mengurangkan sisa- sisa bahan binaan dan dapat
menjamin kesalamatan dan kebersihan di tapak pembinaan. Acuan hijau ini juga
merupakan salah satu konsep dari kaedah pembinaan Industrialised Building System
(IBS) melalui sistem acuan (Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd, 2016).
1.2 Penyataan Masalah
Penggunaan kaedah acuan konvensional di dalam industri pembinaan di Malaysia
adalah sangat meluas dan sering digunakan kerana sifatnya yang lebih mudah dibentuk
dan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pekerja untuk menggunakannya. Kaedah
acuan konvensional ini kebiasaanya terdiri daripada kayu atau papan lapis. Walaupun
penggunaannya di anggap mudah untuk diuruskan tetapi ianya mengambil masa yang
lama bagi pembinaan struktur-struktur yang besar dan juga bagi pembinaan bangunan
tinggi.
Selain itu, papan lapis atau kayu itu sendiri mempunyai masalah kerana tidak dapat
digunakan bagi jangka hayat yang lama. Menurut Nawi dan Azrin (2013), masalah yang
sering berlaku di dalam sistem pembinaan konvensional adalah tempoh penyiapan projek
telah mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Hal ini kerana kerja - kerja
pemasangan acuan ini dilaksanakan secara berperingkat yang merangkumi kerja
pemasangan perancah, kerja- kerja pembinaan dan pemasangan kotak bentuk, kerja- kerja
pemasangan tupang pada kotak bentuk dan acuan ini juga mengambil masa untuk proses
membuka semula.
3
Kajian Proverbs, Holt dan Olomolaiye (1998) menyatakan bahawa penggunaan
acuan juga merupakan salah satu faktor yang akan memberikan kesan kepada tempoh
pembinaan. Bagi mengatasi masalah ini, produktiviti sistem acuan yang banyak
mempengaruhi jangka masa dan kos perlu diperbaiki lagi menurut kajian Kim et al.,
(2005) .Selain masalah berkaitan tempoh pembinaan , penggunaan sistem acuan
konvensional juga mendatangkan masalah dari segi jumlah pekerja yang diperlukan. Oleh
kerana sistem acuan konvensional ini dilaksanakan secara berperingkat dan urutan kerja
yang banyak, ia memerlukan jumlah pekerja yang ramai untuk menyiapkan sesebuah
struktur di dalam pembinaan.
Dalam industri pembinaan di Malaysia penggunaan buruh merupakan salah satu
elemen yang agak kritikal disebabkan oleh kekurangan pekerja tempatan di dalam
peratusan yang agak tinggi (Abdul Kadir et al.,2006). Industri pembinaan ini banyak
bergantung kepada pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan sebagainya
yang boleh mendatangkan masalah sosial.
Menurut Likin (2008) , kebanjiran warga asing telah menimbulkan pelbagai kesan
negatif terutamanya dari segi masalah sosial disebabkan tingkah laku , nilai , dan norma
mereka yang bertentangan dengan cara hidup masyarakat Malaysia. Justeru itu,
penggunaan acuan hijau di dalam projek pembinaan ini dilihat mampu menyelesaikan
masalah ini dengan cara pengurangan pekerja.
4
1.3 Persoalan Kajian
Untuk memenuhi tujuan kajian, dua persoalan kajian telah dihasilkan iaitu:
i. Adakah dengan menggunakan sistem acuan hijau Plytec tempoh pembinaan
struktur lantai dapat di percepatkan?
ii. Adakah dengan menggunakan sistem acuan hijau Plytec jumlah pekerja dapat
dikurangkan?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk menjalankan penyelidikan terhadap perkara-
perkara seperti berikut:
i. Untuk membandingkan tempoh masa pemasangan acuan dan acuan dibuka bagi
struktur lantai atas dalam penggunaan sistem acuan hijau Plytec dengan acuan
konvensional.
ii. Membandingkan nilai produktiviti buruh yang diperlukan dalam sistem acuan
hijau Plytec dengan acuan konvensional.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian untuk penyelidikan ini telah digariskan bagi memudahkan objektif
kajian tercapai. Kaji selidik ini dijalankan terhadap :
5
i. Kajian ini melibatkan lima projek pembinaan yang menggunakan sistem acuan
hijau Plytec dan juga lima projek yang menggunakan acuan konvensional.
ii. Kajian ini melibatkan buruh yang melakukan kerja-kerja pemasangan sistem
acuan bagi struktur lantai sahaja.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memenuhi beberapa kepentingan yang dilihat berguna
untuk dijadikan rujukan atau panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti kontraktor
dan pembekal bahan binaan. Kajian ini juga akan memberi gambaran mengenai cara
memacu produktiviti pembinaan dengan peningkatan penggunaan teknologi dalam
kaedah pembinaan yang lebih mapan dan lestari. Selain itu, kajian ini juga dapat
membantu pihak kerajaan dalam mengubal undang-undang bagi menyokong aktiviti
pembinaan lestari. Kajian ini juga dapat memberi manfaat terhadap penambahbaikan
sistem acuan iaitu dari penggunaan sistem acuan konvensional kepada sistem acuan hijau
yang lebih bersifat lestari dalam pembinaan di Malaysia.
1.7 Metodologi Kajian
Peringkat metodologi kajian adalah salah satu peringkat yang sangat penting untuk
menjadikan objektif kajian tercapai. Struktur yang teratur dan baik di dalam rangka kerja
kajian ini akan menjadikan objektif yang ingin dicapai dapat diperolehi dengan begitu
mudah. Pelbagai kaedah kerja telah dikenal pasti dalam menghasilkan penyelidikan ini.
Metodologi kajian yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i. Peringkat pertama
Perbincangan pada peringkat awal dengan penyelia adalah sangat penting untuk
memberikan gambaran dan pemahaman yang sebenar mengenai tajuk
6
penyelidikan. Pada peringkat ini, perbincangan dibuat untuk mendapatkan isu
kajian dapat dibentuk dan seterusnya objektif serta skop kajian dapat diwujudkan
setelah isu dikenalpasti.
ii. Peringkat Kedua
Kajian literatur diperolehi hasil daripada pembacaan dan analisis sumber- sumber
seperti jurnal, keratan akhbar, tesis terdahulu , buku-buku rujukan dan juga laman
web di internet. Maklumat hasil daripada kajian literatur ini boleh menambahkan
lagi pengetahuan mengenai kajian yang dibuat.
iii. Peringkat ketiga
Semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Secara keseluruhan, semua proses
penyediaan untuk mengumpul data dipanggil instrumentasi. Kaedah kualitatif
digunakan untuk mengumpul maklumat. Antara instrumen yang digunakan ialah
analisis dokumen yang diperolehi daripada responden.
iv. Peringkat Keempat
Setelah data mengenai tempoh pembinaan yang diperlukan untuk projek yang
menggunakan acuan hijau dan bagi projek yang menggunakan kaedah acuan
konvensional bersama dengan jumlah pekerja yang diperlukan telah diperolehi,
data dan maklumat ini akan disusun dalam kajian ini.
v. Peringkat Kelima
Peringkat kelima ini merupakan rumusan hasil daripada keseluruhan kajian yang
telah dilaksanakan. Rumusan ini akan meliputi penemuan utama kajian, cadangan
lanjutan kajian dan permasalahan yang berlaku sepanjang kajian ini dilaksanakan.
7
Oleh itu, keseluruhannya adalah untuk mencapai matlamat dan objektif utama
kajian.
Dalam Rajah 1.1 di bawah menunjukkan carta alir kajian bagi penyelidikan ini.
Terdapat lima peringkat dan pada setiap peringkat akan diterangkan bagaimana proses
untuk mendapatkan data sehingga data disusun dan dibuat kesimpulan. Peringkat pertama
adalah peringkat perbincangan awalan. Perbincangan ini akan dilakukan bersama penyelia
untuk mengenal pasti isu , objektif dan juga skop kajian. Seterusnya, peringkat kedua
merupakan peringkat kajian literatur yang akan merujuk semua jenis sumber melalui buku
rujukan, jurnal, tesis terdahulu dan laman web di internet. Kajian literatur ini akan merujuk
kepada fokus tajuk kajian untuk memberikan lagi pemahaman tentang kajian yang dikaji.
Perringkat yang ketiga pula ialah metodologi kajian yang akan menerangkan
bagaimana kajian itu akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan apa dan
instrumen yang akan digunakan. Setiap pendekatan iaitu sama ada menggunakan kaedah
kualitatif atau kuantitatif akan memainkan peranan yang penting pada capaian data yang
akan diperolehi. Data dan maklumat pula haruslah tepat mengikut kaedah yang digunakan
iaitu sama ada menggunakan pendekatan kualitatif atau kuantitatif.
Peringkat yang keempat pula adalah peringkat menganalisis data dan penyusunan
data. Semua data dan maklumat yang telah diperolehi perlulah dianalisis untuk
mengetahui capaian sesuatu objektif tersebut. Peringkat yang terakhir adalah peringkat
kesimpulan dan cadangan. Hasil daripada analisis yang diperolehi satu kesimpulan akan
dibuat untuk mengetahui jawapan kepada analisis yang telah dibuat.
8
PERINGKAT PERTAMA: PERBINCANGAN AWALAN
i) Kenalpasti isu kajian
ii) Kenalpasti objektif kajian
iii) Kenalpasti skop kajian
OBJEKTIF KAJIAN 2
Untuk membandingkan produktiviti
buruh yang diperlukan dalam sistem
acuan hijau dengan sistem acuan
konvensional
OBJEKTIF KAJIAN 1
Untuk membandingkan tempoh
pembinaan sistem acuan hijau
dengan sistem acuan konvensional
PERINGKAT KEDUA: KAJIAN LITERATUR
Sumber melalui buku rujukan, jurnal, tesis terdahulu dan laman web di internet.
TAJUK KAJIAN LITERATUR
I. Pengenalan
II. Definisi Acuan Konkrit
III. Kaedah Konvensional
IV. Definisi Acuan Hijau Plytec
V. Keperluan yang perlu pada acuan di dalam pembinaan
VI. Pengukuran Masa bagi Kerja Pembinaan Acuan
VII. Perbincangan mengenai pengukuran masa
VIII. Pengukuran Bilangan Buruh Bagi Kerja
Pembinaan Acuan
PERINGKAT KETIGA : METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KUALITATIF
Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat
menerusi dokumen yang diperolehi
PERINGKAT KEEMPAT : ANALISIS DAN
PENYUSUNAN DATA
Menganalisi data yang diperoleh daripada kaedah analisis dokumen
PERINGKAT KELIMA : CADANGAN DAN KESIMPULAN
Rajah 1.1 Carta Alir Kajian
9
1.8 Susunan Bab
Struktur pecahan bab di dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i. Bab 1 – Pengenalan
Di dalam bab ini akan membincangkan pengenalan mengenai tajuk penyelidikan ,
menerangkan mengenai penyataan masalah kajian, objektif yang hendak dikaji,
persoalan kajian yang terhasil , skop kajian, dan juga metodologi kajian.
ii. Bab 2 – Kajian literatur
Bab ini akan merangkumi kajian literatur di dalam kajian ini. Bab ini akan
membincangkan mengenai pengenalan mengenai pembinaan hijau, sistem acuan
di dalam pembinaan, sistem acuan konvensional, perbincangan mengenai
pembinaan struktur lantai atas dalam kaedah konvensional dari aspek masa dan
pekerja yang diperlukan, pengenalan mengenai sistem acuan hijau Plytec,
perbincangan mengenai pembinaan struktur lantai atas dalam sistem acuan hijau
Plytec, ciri- ciri sistem pembinaan sistem acuan hijau Plytec dan faktor yang
mendorong penggunaan sistem acuan hijau Plytec.
iii. Bab 3 – Metodologi kajian
Menurut Denzin dan Lincoln (1994), penyelidikan kualitatif melibatkan
kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan
naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek. Menurut Idris (2013)
penyelidikan yang berdasarkan kualitatif yang merupakan sesuatu yang relatif,
hanya boleh difahami individu yang terlibat dengan aktiviti yang diselidik.
10
iv. Bab 4 – Analisis data
Analisis data mengenai kedua-dua objektif yang ingin dicapai di dalam kajian ini
telah dibuat melalui proses analisis dokumen yang telah diperolehi.
v. Bab 5 – Kesimpulan dan cadangan
Hasil umum kajian ini akan dijelaskan di dalam bab ini. Ia adalah hasil dari
penemuan maklumat dari bab sebelumnya. Tambahan pula, ia termasuk
cadangan untuk meningkatkan kajian yang akan datang.
11
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dewasa kini, kebanyakan industri di Malaysia termasuk industri pembinaan telah
menghadapi cabaran yang tidak dapat dielakkan berpunca dari istilah ‘kelestarian’.
Masyarakat hari ini telah menyedari bahawa pembangunan mapan adalah satu keperluan
pada masa kini. Oleh itu, industri pembinaan merupakan salah satu industri yang
memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan mapan ini kerana
sumbangannya bukan sahaja ke arah ekonomi negara tetapi juga kerana pembinaan ini
dalam persekitaran yang mempengaruhi produktiviti dan kualiti, keselesaan, keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Di dalam kajian Hassin (2010) menyatakan bahawa untuk mendapatkan
pembinaan yang lestari ia bergantung kepada pembinaan yang mapan dan konsep
pembinaan kelestarian itu lebih menekankan kepada tanggungjawab kepada persekitaran,
keuntungan kepada ekonomi dan kesedaran sosial kepada masyarakat. Terdapat beberapa
12
isi penting yang perlu diambil kira di dalam memahami definisi pembinaan lestari iaitu
rekabentuk yang diperlukan dalam pengurangan sisa, mengurangkan bahan sisa di tapak
bina, mengurangkan tenaga yang diperlukan dalam proses pembinaan dan penggunaanya,
tidak mencemarkan, memelihara dan meningkatkan biodiversiti serta memulihara sumber.
Menurut Y. Miyatake (1996) , bagi merealisasikan pembinaan yang mampan,
industri pembinaan ini perlu mengubah proses persekitaran yang hendak dibina iaitu,
proses pembinaan, daripada proses konvensional kepada proses kitaran. Hal ini
bermaksud penukaran proses pembinaan dari kaedah konvensional kepada kaedah yang
boleh menunjukkan peningkatan yang lebih ketara kepada bahan yang terdiri dari sumber
kitar semula, diperbaharui dan sumber yang boleh digunakan semula.
2.2 Definisi acuan konkrit
Menurut Chudley dan Greeno (2013), campuran pertama konkrit adalah berbentuk
cecair dan oleh itu untuk membentuk mana-mana struktur konkrit , konkrit basah haruslah
diletakkan di dalam acuan yang sesuai untuk mengekalkan bentuk, saiz dan kedudukan.
Berdasarkan kajian Hanna (1999), acuan konkrit atau lebih dikenali sebagai ‘formwork’
merupakan satu struktur sementara yang bertujuan untuk memberikan sokongan untuk
konkrit basah sehingga ia boleh menyokong dirinya sendiri. Ia juga akan menghasilkan
bentuk dan saiz mengikut acuan tersebut. Selain itu, acuan konkrit ini merupakan struktur
kejuruteraan yang berfungsi menyokong beban yang ada contohnya konkrit basah, bahan
binaan, beban pekerja, pelbagai kesan dan angin yang kadang-kadang berlaku.
13
2.2.1 Sistem acuan
Sistem acuan ditakrifkan sebagai keseluruhan sistem sokongan yang menampung
konkrit basah, kesemuanya termasuklah, acuan atau pelapis yang menahan konkrit dengan
baik serta perkakasan yang lain menurut kajian Hanna (1999). Pembangunan sistem acuan
pada masa kini telah selari dengan petumbuhan pembinaan konkrit. Konkrit telah bergerak
maju kedepan dan telah banyak rekabentuk struktur yang agak unik dan susah telah
tercipta. Justeru itu, tugas sistem acuan sangat penting untuk memastikan struktur dibina
dengan baik dan pantas. Para perekabentuk dan kontraktor semakin sedar tentang
keperluan sistem acuan yang lebih berteknologi untuk mengikuti perkembangan zaman
yang semakin maju dan moden dan demi membangunkan inovasi yang kreatif seiring
dengan pelancaran Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang selari dengan Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11).
Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) merupakan program yang
dibuat untuk mentransformasikan sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan
datang iaitu dari tahun 2016 hingga 2020. Fokus utama Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah untuk menekankan kepada peningkatan penggunaan
Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) dalam
kalangan pemaju bertujuan untuk memacu produktiviti sektor pembinaan (Berita Harian,
2015).
2.3 Kaedah Konvensional
Menurut Collins Cobuild learner's dictionary. (1996), kaedah konvensional
bermaksud sesuatu yang biasa digunakan atau sesuatu yang telah digunakan untuk tempoh
yang sangat panjang. Oleh itu, di dalam industri pembinaan kaedah konvensional ini
14
merupakan kaedah yang wujud sejak lama dahulu. Berdasarkan kajian Nawi dan Azrin
(2013), kaedah konvensional ialah kaedah pembinaan in-situ yang memerlukan semua
komponen hendaklah dibina di tapak yang merangkumi kerja-kerja pemasangan kotak
acuan, besi tetulang, mengkonkrit dan kerja-kerja pemasangan. Sistem acuan kayu
tradisional merupakan sistem acuan yang digunakan di dalam kaedah konvensional.
Sistem acuan ini telah lama dan sangat meluas penggunaannya di dalam industri
pembinaan di Malaysia. Sistem acuan kayu ini boleh dikelaskan sebagai sistem yang
menggunakan kaedah tangan yang membawa maksud acuan ini boleh dikendalikan oleh
satu atau dua orang buruh untuk mengangkat komponen-komponen acuan ini, menurut
kajian Hanna (1999).
2.3.1 Acuan kayu tradisional
Sistem acuan kayu tradisional ini boleh digunakan untuk semua struktur mendatar
dan juga menegak termasuklah acuan untuk papak, rasuk, asas, tiang dan dinding. Sistem
ini biasanya dibina daripada kayu atau gabungan kayu, dan kepingan papan lapis. Sistem
ini dibina dan didirikan di tapak bina bagi proses membuka pula, sistem acuan kayu ini
perlu dibuka satu persatu menggunakan alatan seperti tukul untuk mencabut paku daripada
kayu. Selain itu, acuan ini juga boleh dibersihkan dan digunakan semula untuk beberapa
kali. Peningkatan pesat dalam kos bahan mentah dan kesan inflasi , menjadikan kayu
menjadi sesuatu bahan yang tidak lagi murah. Gred kayu yang membezakan sifat
ketahanan, kekuatan dan kecacatan. Gred yang paling tinggi ialah gred A dan B yang
mempunyai kualiti dan ketahanan yang sangat tinggi, Nawi dan Azrin (2013). Kayu juga
dapat diklasifikasikan kepada keras, lembut, berat dan ringan. Melalui kajian Hassin
(2010), kajian ke atas sifat-sifat mekanikal kayu menyifatkan bahawa kayu sangat ketara
perubahannya melalui perubahan suhu dan kelembapan. Berdasarkan Amitm (2012), bagi
memastikan struktur konkrit mempunyai permukaan yang baik, sistem acuan kayu ini
15
perlu digunakan sekali sahaja hal ini kerana kecacatan pada acuan kayu akan memberikan
kesan kepada permukaan konkrit yang akan terhasil. Namun, untuk menjimatkan kos ,
acuan kayu boleh digunakan berulang kali tetapi tidak melebihi empat kali. Kerja- kerja
membuat acuan kayu ini boleh menjadi mudah kerana boleh menggunakan peralatan
tangan contohnya seperti gergaji tangan, tukul dan paku.
2.3.2 Pembinaan struktur lantai atas dalam kaedah konvensional
Berdasarkan Chudley dan Greeno (2013), bagi pembinaan lantai konkrit ini, apa
sahaja kaedah pembinaan yang digunakan, urutan pembinaan akan mengikuti pola yang
sama iaitu:-
i. Memasang dan mendirikan acuan
ii. Menyediakan dan meletak tetulang besi
iii. Tuang dan padatkan konkrit
iv. Membuka semula acuan secara berperingkat
Sistem acuan mendatar digunakan untuk menyokong sementara kerja-kerja
konkrit yang berkedudukan mendatar seperti struktur papak konkrit atau lantai. Sistem
acuan konvensional untuk kerja-kerja konkrit mendatar ini dibina menggunakan bahan
seperti kepingan papan lapis dan juga kayu sebagai disokong pada kerangka dan terletak
di atas beberapa gelegar kayu. Struktur lantai merupakan antara struktur yang memerlukan
penggunaan acuan dalam kawasan yang agak besar yang perlu disediakan dan biasanya ia
dari rasuk ke rasuk. Kayu atau props logam juga boleh digunakan sebagai sokongan
menegak. Acuan bagi struktur rasuk tingkat atas dan juga lantai atas akan dibina serta di
konkrit pada masa yang sama. Pembinaan lantai atas ini akan memelukan kerja dan tenaga
yang lebih banyak kerana kawasannya yang agak luas berbanding dengan struktur tiang.
16
Menurut Shahbani (2015) , pembinaan acuan bagi struktur ini dimulakan dengan
pemasangan topi yang biasanya digunakan dari papan lapis pada permukaan atas struktur
tiang. Peranca besi atau scaffolding digunakan sebagai tupang untuk menahan acuan.
Beban yang berat dari konkrit basah memaksa pemasangan peranca dibina dengan baik
supaya ianya dapat menahan beban. Kayu yang berukuran 4” x 2” akan dipasang di atas
peranca yang berfungsi sebagai kerangka bagi acuan rasuk dan lantai setelah peranca siap
dipasang. Rajah 2.1 menunjukkan komponen-komponen di dalam sistem acuan kayu
konvensional.
2.3.2.1 Tempoh pembinaan struktur lantai atas
Kelajuan pembinaan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam pengawalan
perancangan sesuatu projek. Di dalam perancangan sistem acuan konvensional,perjalanan
kerja akan mengambil masa yang agak lama disebabkan segala aktiviti yang dijalankan
adalah saling bergantung dan berkaitan antara satu sama lain.Kawasan struktur atas yang
Rajah 2.1 Sistem acuan kayu konvensional
Sumber : Hanna (1999)
17
agak luas kebiasaannya memerlukan jumlah acuan yang banyak. Acuan dikenalpasti
sebagai salah satu faktor yang akan memberikan kesan kepada tempoh pembinaan
berdasarkan kajian Proverbs, Holt dan Olomolaiye (1998). Kim et al., (2005) menyatakan
di dalam kajiannya bahawa sistem acuan konvensional ini telah digunakan secara meluas
di dalam industri pembinaan di Korea tetapi pelbagai masalah yang dihadapi antaranya
ialah tempoh kitaran yang terlalu panjang iaitu 10 hari masa yang diambil bagi setiap
tingkat. Sebagai contoh, tempoh pembinaan struktur kerangka untuk bangunan kediaman
40 tingkat di Korea adalah selama 14 bulan, manakala di Amerika Syarikat bagi bangunan
yang sama saiz, ianya hanya mengambil masa kira-kira 7 bulan untuk menyiapkannya. Di
dalam kajiannya itu juga menyatakan produktiviti bagi penggunaan sistem acuan
konvensional ini adalah sangat rendah berbanding sistem acuan lain.
2.3.2.2 Tenaga buruh yang diperlukan
Abdul Kadir et al., 2006 di dalam kajiannya telah memberi penekanan terhadap
permintaan buruh asing yang sangat tinggi terutamanya didalam kerja-kerja pembinaan
struktur. Antara kerja-kerja pembinaan struktur utama yang melibatkan penggunaan
pekerja asing yang ramai ialah kerja-kerja pertukangan acuan, telulang keluli dan juga
konkrit. Antara kerja-kerja ini, pertukangan acuan memerlukan tenaga buruh yang paling
berkemahiran manakala bagi kerja-kerja telulang keluli pula tenaga buruh memerlukan
kemahiran seperti kiraan besi, penjadualan dan melenturkan besi menggunakan mesin
dimana kemahiran-kemahiran ini boleh dilatih bagi pekerja yang tiada kemahiran. Selain
itu, bagi kerja-kerja menuang konkrit juga dianggap mudah dan boleh diajar kepada
pekerja yang tiada kemahiran. Di dalam kajian ini juga telah menunjukkan tenaga buruh
yang ramai diperlukan untuk kerja-kerja pertukangan acuan di dalam sistem acuan
konvensional.
18
2.3.3 Kelebihan dan kelemahan sistem acuan konvensional
Sistem acuan konvensional ini memberikan kelebihan dan juga keburukan kepada
industri pembinaan. Antara kelebihan menggunakan sistem acuan konvensional
berdasarkan kajian Hanna, (1999) ialah :-
i. Fleksibiliti
Sistem acuan ini mampu untuk membentuk apa -apa struktur atau bentuk konkrit
kerana sistem ini dibina secara satu persatu atau sekeping-sekeping mengikut
bentuk yang dikehendaki. Sesuatu rekabentuk senibina yang rumit boleh dibentuk
dengan menggunakan
ii. Ekonomi
Sistem ini tidak ekonomi dari segi produktiviti buruh dan sisa bahan tetapi sistem
ini mungkin menjimatkan bagi projek-projek kecil dengan penggunaan semula
acuan ini. Sistem ini juga mempunyai kelebihan dari segi kos permulaan kerana
nilainya lebih kecil berbanding sistem acuan yang berteknologi tinggi. Selain itu,
sistem acuan konvensional ini mungkin menjadi alternatif kepada keadaan tapak
yang agak terhad dan sukar untuk kren masuk ke dalam tapak kerana sistem ini
boleh diangkat oleh buruh sahaja.
iii. Senang didapati
Kayu merupakan bahan binaan yang boleh didapati hampir dimana sahaja. Selain
itu, sistem acuan konvensional ini mungkin menjadi satu-satunya alternatif yang
boleh dilaksanakan jika pembekal bagi sistem acuan yang berteknologi tidak boleh
didapati atau lambat untuk diperolehi. Buruh yang mudah diperolehi dan juga
19
kos yang rendah mungkin merupakan sebab utama sistem acuan konvensional ini
digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan Malaysia.
Sementara itu, sistem acuan konvensional ini juga mempunyai beberapa kelemahan,
antaranya ialah (Nawi dan Azrin , 2013).
i Kos buruh yang tinggi
Di dalam sistem ini, penggunaan buruh adalah agak tinggi. Kos buruh terdiri
daripada 30 hingga 40 peratus daripada jumlah papak konkrit.
ii Sisa bahan binaan yang tinggi
Mendirikan dan membuka semula acuan konvensional dijalankan sekeping-
sekeping. Ini menyebabkan acuan kayu pecah dan berlaku perubahan bentuk kayu.
Dianggarkan lima peratus bahan buangan yang dihasilkan dari penggunaan acuan
ini.
iii Bilangan penggunaan semula yang terhad
Bilangan penggunaan semula yang terhad. Jumlah penggunaan semula adalah
kunci kepada pembinaan yang menjimatkan. Biasanya, acuan konvensional
adalah terhad kepada 4-5 kali penggunaan semula. Penggunaan semula yang
terhad memaksa kontraktor untuk menggunakan beberapa set acuan yang lain
dan ini akan menambahkan kos acuan di dalam pembinaan.
20
iv Kualiti tenaga buruh dan penyeliaan yang tinggi
Kualiti tenaga buruh dan penyeliaan yang tinggi diperlukan di dalam
menggunakan sistem acuan konvensional ini. Bagi kerja-kerja pemasangan
acuankonvensional ini biasanya ia memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan
penyeliaan yang terbaik untuk memastikan bentuk yang dihasilkan baik dan
mengikut saiz yang dikehendaki. Bagi kawasan tapak bina yang kekurangan
tenaga buruh mahir yang hanya mempunyai buruh tidak mahir atau separuh mahir,
sistem acuan pasang siap atau yang berteknologi adalah lebih sesuai dan
digalakkan untuk digunakan di tapak bina.
2.4 Definisi Acuan Hijau Plytec
Pada masa kini, penggunaan sistem acuan dan tupang adalah sangat penting di
dalam pembinaan. Ia juga merupakan antara bahagian yang teramat penting di dalam
pembinaan struktur konkrit. Keadaan masa yang semakin ke hadapan dan semakin moden
dengan pembinaan rekabentuk atau infrastuktur yang semakin besar dan pembinaan
bangunan yang semakin tinggi, keperluan untuk sistem acuan yang lebih cekap dan
berteknologi tinggi adalah sangat penting seiring dengan perkembangan semasa.
Permintaan terhadap sistem acuan ini juga semakin berkembang. Berdasarkan Ply tec
formwork.com, (2016) definisi sistem acuan hijau ini ialah sistem acuan konkrit panel-
prop dengan mekanisme membuka semula telah diciptakan. Sistem acuan hijau ini juga
merupakan salah satu konsep Sistem Pembinaan Berindustri (IBS).
Ia adalah satu sistem acuan yang terdiri daripada kedua-dua bentuk menegak untuk
unsur-unsur konkrit bertetulang seperti tiang dan dinding; dan, bentuk mendatar untuk
papak dan rasuk. Ia adalah satu sistem pemasangan seperti kaedah puzzle yang boleh
dipasang dan dibuka dengan kecekapan yang tinggi dan keselamatan yang kukuh.
21
Sistem acuan hijau ini memerlukan kitaran pembinaan yang lebih pendek di antara
lima hingga tujuh hari. Oleh itu, sistem ini boleh menghasilkan kawasan kerja konkrit
empat hingga enam kali kawasan permukaan sendiri setiap bulan dan produktiviti acuan
hijau ini adalah lebih dua kali ganda dari sistem acuan konvensional.
Sistem acuan hijau Plytec adalah penggantian yang berkesan bagi sistem acuan
konvensional untuk pembinaan konkrit. Ia mempunyai kelebihan yang tiada tandingan
seperti keselamatan, kecekapan tinggi, dan dapat mengurangkan kos pembinaan serta
buruh yang diperlukan. Sistem acuan ini adalah mudah dan inovatif.
2.4.1 Komponen sistem acuan hijau Plytec
Sistem acuan hijau Plytec ini mempunyai mekanisma canggih dimana ia
mempunyai sistem untuk menanggalkan atau membuka acuan itu dengan cepat. Sistem
acuan hijau Plytec ini terdiri daripada beberapa komponen asas iaitu panel utama yang
mengandungi papan lapis buluh yang terletak di atas kerangka keluli dan prop keluli
boleh laras. Permukaan prop keluli ini terdiri daripada hot dipped galvanized dan salutan
serbuk. Sistem acuan hijau Plytec ini boleh menangani susun atur rekabentuk struktur
dengan cekap. Rajah 2.2 menunjukkan komponen acuan hijau Plytec.
Konsep acuan hijau ini adalah kaedah pembinaan dan teknologi yang digunakan
adalah dari sumber alam semula jadi yang berkesan dan mesra alam. Satu-satunya
komponen boleh guna sistem acuan hijau ini ialah papan lapis buluh yang diperbuat dari
sumber yang boleh diperbaharuhi. Buluh ini dianggap sebagai bahan pembinaan ekologi
kerana buluh ini dituai melalui penanaman semula. Hal ini barmaksud bahawa tidak ada
penebangan ke atas pokok, oleh itu ia dapat mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar.
22
Selain itu, komponen keluli utama (stripping head) adalah hasil dari leburan
sumber keluli kitar semula. Semua komponen ini direkabentuk dan di kilangkan untuk
hasil penggunaan yang berulang kali dan yang lebih bertahan lama dari kaedah sistem
acuan konvensional. Penggunaan sistem acuan hijau ini diyakini akan dapat
mengurangkan sampah dan bahan buangan di tapak bina dan dengan itu ia dapat
menjimatkan kos yang besar dalam menguruskan sisa buangan dari tapak bina.
Rajah 2.2 Komponen-komponen acuan hijau Plytec
Sumber : Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd.
(2016)
23
Rajah 2.3 Sistem acuan hijau
Sumber : http://www.schformwork.com/products (2015)
2.4.2 Pembinaan struktur lantai atas dalam sistem acuan hijau
Keberkesanan perancangan pembinaan memerlukan kefahaman yang lengkap
kerana hanya dengan kefahaman yang menyeluruh tentang pembinaan menjadikan kaedah
pembinaan yang terperinci dan sumber keperluan dapat dijalankan dengan selamat,
ekonomi dan kualiti yang diperlukan untuk memenuhi kehendak klien (lllingworth,1993).
Pembinaan struktur lantai atas akan melalui sedikit perubahan jika menggunakan sistem
acuan hijau ini. Secara teorinya, pembinaan lantai konkrit menggunakan sistem acuan
hijau ini masih mempunyai urutan kerja yang sama seperti kaedah konvensional iaitu
memasang dan mendirikan acuan , menyediakan dan meletak tetulang besi, tuang dan
padatkan konkrit dan membuka semula acuan secara berperingkat. Rajah 2.4
menunjukkan lakaran ilustrasi sistem acuan hijau Plytec.
24
Rajah 2.4 Lakaran sistem acuan hijau
Sumber : http://www.plytecformwork.com/green-formwork/(2016)
2.4.2.1 Tempoh pembinaan
Sistem ini akan siap dengan lebih cepat daripada acuan tradisional kerana
penggunaan sistem ini yang lebih mesra pengguna dan mudah untuk dipasang. Hal ini
kerana ia boleh mencapai sebanyak 120m² keluasan yang dapat disiapkan selama sehari
dan dibuat secara berkumpulan iaitu seramai lima orang sahaja berdasarkan kajian Plytec
Formwork System Industries Sdn Bhd (2016).
25
2.4.2.2 Tenaga buruh yang diperlukan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh syarikat Plytec Formwork System
Industries Sdn Bhd dengan pekerja seramai lima orang sistem ini boleh menyediakan
kawasan seluas 250m²/hari berbanding sistem konvensional iaitu 46m²/hari dan dengan
kos penjimatan sebanyak 40%. Kajian daripada tapak projek menunjukkan bahawa
dengan menggunakan sistem acuan hijau Plytec ini, pihak kontraktor berjaya
mengurangkan tenaga kerja lebih daripada 50% dan ia lagi menggandakan produktiviti
berbanding kaedah konvensional. Rajah 2.5 menunjukkan produktiviti yang dicapai
melalui kedua-dua sistem acuan. Sistem acuan hijau telah menunjukkan produktiviti yang
tinggi berbanding acuan konvensional. Hal ini kerana hanya seramai lima orang tenaga
buruh yang diperlukan dapat menyiapkan sebanyak 120m² keluasan dan hanya dua orang
pekerja mahir diperlukan dan selebihnya pekerja separuh mahir (Plytec Formwork System
Industries Sdn Bhd ,2016).
Rajah 2.5 Perbezaan Produktiviti antara Sistem Acuan Konvensional dengan Sistem
Acuan Hijau
Sumber : http://www.plytecformwork.com/green-formwork/(2016)
26
2.4.3 Kaedah pemasangan sistem acuan hijau Plytec
Perkara pertama yang perlu diambil kira di dalam pemasangan sistem acuan hijau
ini ialah penyelia bagi pemasangan acuan ini perlulah memahami dan mengkaji terlebih
dahulu susunan panel dan komponen mengikut lukisan. Penyelia bagi kerja ini perlu
memilih dan mengenalpasti titik permulaan komponen ini untuk dipasang seperti yang
terdapat di dalam lukisan. Setelah itu, penyelia perlu mengarahkan seramai empat orang
buruh untuk bersedia bagi pemasangan sistem acuan hijau ini. Langkah-langkah
pemasangan sistem acuan hijau ini telah ditunjukkan seperti di dalam jadual di bawah.
No Langkah-langkah Penerangan
a)
Melaraskan prop kepada
ketinggian tupang (shoring)
yang diperlukan.
Tarik dan panjangkan prop,
kemudian, masukkan pin pada
penyambungan melalui lubang
yang terdapat pada bahagian
dalam prop dan juga bukaan
yang terdapat pada bahagian
atas prop.
Ketatkan pin pada bahagian
kunci laras prop.
b)
Susun pendakap pada susunan
empat sudut, angkat prop dan
pasang bahagian pendakap pada
90 darjah, kemudian prop
dikunci untuk memastikan
keselamatannya.
27
Pastikan keempat-empat prop
saling bergantung melalui
pendakap yang dipasang.
c)
Gantung dan cangkuk panel
pada kedua-dua bahagian prop
dan pastikan soket pada
bahagian panel telah berada
pada bahagian kepala prop.
Gunakan alat penahan panel
untuk menarik dan menahan
bahagian sebelah panel. Alat ini
juga digunakan untuk
menaikkan panel.
Gantukan cangkuk panel pada
keempat-empat prop.
d)
Tempatkan prop seterusnya dan
gantungkan bahagian panel
yang seterusnya pada mana-
mana bahagian prop yang telah
dipasangkan tadi.
Ulang langkah (a) hingga (b)
secara berterusan untuk panel
berikut mengikut pelan lukisan
yang disediakan.
28
e)
Memasang acuan konvensional
kayu pada setiap jurang antara
rasuk, dinding , tiang dan juga di
bahagian- bahagian tepi acuan
seperti yang ditunjukkan di
dalam gambar sebelah.
f)
Kaedah lapisan berganda papak
digunakan bagi pembinaan
lantai atas.
Rajah 2.6 Kaedah pemasangan Acuan Hijau Plytec
Sumber : Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd. (2016)
2.4.4 Kaedah membuka semula sistem acuan hijau Plytec
Sebelum melakukan sebarang pelucutan pada komponen-komponen acuan hijau
ini, perkara yang paling penting adalah dengan memastikan kekuatan konkrit mencapai
pada satu tahap yang dikehendaki dan mesti di justifikasi oleh ujian kiub konkrit dan
minumum 3 hari untuk papak dan 7 hari bagi rasuk. Langkah-langkah bagi membuka
semula komponen acuan hijau adalah seperti di dalam jadual di bawah.
29
No Langkah-langkah Penerangan
a)
Perlahan-lahan tekan plat kunci
di kepala prop ke sisi lain, plat
kunci akan jatuh ke bawah
selepas ia mencapai kedudukan
yang betul.
b)
Lakukan langkah yang sama
pada setiap 4 prop sokongan
yang ada pada setiap panel.
Kepala sokongan akan jatuh ke
bawah bersama-sama dengan
plat kunci, beberapa alat perlu
digunakan untuk menarik
kepala sokongan supaya ia
jatuh dengan selamat.
c)
Gunakan peralatan yang sesuai
untuk menarik panel keluar
untuk menarik panel itu dari
tampang bawah papak.
30
d)
Setelah itu, perlahan-lahan
menarik panel dengan
menyokong kedua-dua belah
panel bagi mengelakkan panel
jatuh ke bawah
e) Ulang langkah Ulang langkah
(a) hingga (d) secara berterusan
untuk panel berikut mengikut
pelan lukisan yang disediakan.
Rajah 2.7 Kaedah membuka Acuan Hijau Plytec
Sumber : Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd. (2016)
2.4.5 Kelebihan sistem acuan hijau Plytec
Pemilihan bahan yang sesuai untuk sistem acuan seharusnya berdasarkan harga,
keselamatan semasa proses pembinaan dan kualiti sistem acuan tersebut. Jenis sistem
acuan juga boleh di kenalpasti melalui kaedah memasang sistem acuan tersebut. Bukan
sahaja sistem acuan konvensional yang mempunyai kelebihan dari segi penggunaannya,
sistem acuan hijau ini juga mempunyai beberapa kelebihan. Antara kelebihan
31
menggunakan sistem acuan hijau ini berdasarkan Ply tec formwork.com, (2016) adalah
seperti berikut :-
i Mengurangkan kos pembinaan
Dengan menggunakan sistem acuan hijau ini, ia sedikit sebanyak dapat
mengurangkan kos pembinaan. Kos pembinaan dapat dikurangkan melalui
pengurangan buruh yang diperlukan dalam kerja-kerja pemasangan sistem acuan
hijau ini. Kebiasaannya, di dalam sistem acuan konvensional penggunaan buruh
terlalu ramai diperlukan bagi kerja- kerja pemasangan acuan tetapi untuk sistem
acuan hijau ini, anggaran hanya lima orang buruh diperlukan bagi setiap
pemasangan sistem acuan hijau ini. Selain itu, kos bagi menguruskan sisa bahan
buangan tapak akan dapat dikurangkan kerana penggunaan sistem acuan hijau
adalah bebas dari sisa bahan buangan
ii Penggunaan semula
Sistem acuan hijau ini juga dapat digunakan semula untuk kerja-kerja konkrit
samada di dalam projek yang sama ataupun untuk projek akan datang. Ciri- ciri
sistem acuan hijau yang mesra pengguna, mudah untuk di uruskan dan tahan lasak
ini menjadikan ianya boleh digunakan semula. Oleh itu, terdapat penjimatan kos
bagi kegunaan projek yang lain.
iii Menggunakan bahan keluli yang telah dikitar semula
Bagi memenuhi ciri-ciri kelestarian , bahan keluli di dalam sistem acuan hijau ini
adalah dari bahan yang telah dikitar semula dan komponen yang sudah tamat
tempoh jangka hayatnya atau sudah tidak elok untuk digunakan juga boleh dikitar
semula untuk penghasilan komponen sistem acuan hijau yang baru.
32
iv Meningkatkan produktiviti
Penggunaan sistem acuan hijau yang berkesan dapat meningkatkan produktiviti
kerja selain dapat mengurangkan tenaga buruh yang ada. Tenaga buruh yang ramai
kadang kala bukan dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja tetapi
berisiko melambatkan proses kerja disebabkan masalah tenaga buruh sendiri.
Dengan pekerja seramai lima orang sistem ini boleh menyediakan kawasan seluas
250m²/hari berbanding sistem konvensional 46m²/hari dan dengan kos penjimatan
sebanyak 40%.
v Pantas dan mudah untuk mengendalikannya
Pengendalian dan pemasangan sistem acuan hijau ini yang seakan akan seperti
pemasangan puzzled akan dapat dipasang dengan begitu mudah dan pantas sekali
dan ia sekaligus dapat mempercepatkan kerja- kerja konkrit.
vi Mudah untuk diajar dan mudah untuk memahami
Tenaga buruh yang diperlukan untuk memasang komponen acuan hijau ini bukan
hanya terarah kepada pekerja mahir tetapi ia juga boleh menggunakan tenaga
buruh separa mahir apabila mereka telah diajar bagaimana cara pemasangan
komponen acuan hijau dengan betul. Hal ini kerana ianya mudah untuk diajarkan
kepada orang lain dan ianya sangat mudah untuk difahami.
33
2.4.6 Kelemahan sistem acuan hijau Plytec
Walaupun sistem acuan hijau ini mempunyai banyak kelebihan tetapi ia juga tidak
dapat terlepas dari kelemahan yang sedia ada. Antara kelemahan sistem acuan hijau ini
berdasarkan kajian (Nawi et al., 2013) ialah :-
i Kos pelaburan ke atas sistem acuan ini agak tinggi
Kebiasaannya kos bagi sistem acuan ini agak tinggi diperingkat awal berbanding
dengan kos acuan konvensional. Ia tidak mendatangkan keuntungan jika saiz
projek adalah kecil.
ii Kos peralatan atau mesin meningkat
Kos peralatan atau mesin akan sedikit meningkat disebabkan penggunaan kren
untuk mengangkat komponen-komponen acuan hijau ini. Acuan hijau ini
memerlukan tenaga mesin untuk kerja-kerja mengangkat ke tempat pembinaan.
iii Buruh perlu dilatih terlebih dahulu
Penggunaan sistem acuan hijau ini yang sedikit berbeza dengan kaedah acuan
konvensional menyebabkan ia perlu di terangkan dengan lebih terperinci kepada
tenaga buruh untuk mengelakkan berlaku kesilapan. Ia juga perlu di pantau oleh
penyelia yang berpengalaman.
34
2.5 Keperluan yang perlu pada acuan di dalam pembinaan
Acuan diperbuat dari pelbagai saiz dan bahan yang berbeza dan memerlukan
kemahiran dan pengalaman yang baik sekali di dalam proses membinanya. Untuk
memastikan acuan memenuhi semua syarat-syarat kerja, jurutera pembinaan haruslah
memahami ciri-ciri atau sifat bahan acuan yang digunakan dan supaya dapat
mengenalpasti jumlah beban yang dikenakan dan memahami kelebihan dan kelemahan
sesuatu sistem acuan. Di dalam merekabentuk dan membina acuan, beberapa keperluan
haruslah di ambil kira untuk memastikan sistem acuan yang dipilih adalah yang terbaik.
Terdapat empat syarat utama yang boleh ditekankan menurut kajian Hanna (1999)
antaranya ialah seperti berikut:-
i. Ekonomi
Elemen ekonomi antara perkara yang perlu ditekankan di dalam pemilihan sistem
acuan yang sesuai dan perlu diambil kira di dalam perancangan sistem acuan untuk
struktur konkrit. Ia melibatkan banyak faktor iaitu kos bahan, kos buruh yang memasang
dan membuka semula acuan dan kos peralatan atau mesin yang diperlukan untuk proses
mengangkat acuan. Elemen ekonomi ini juga melibatkan jumlah penggunaan semula
acuan iaitu berapa kerap ia boleh digunakan semula. Acuan mesti dibina secara berkesan,
dapat mengurangkan masa dan kos di dalam proses pembinaan dan pembinaan ini
haruslah mendapat manfaat kepada pihak kontraktor dan juga klien. Acuan haruslah
mempunyai sifat yang mudah untuk didirikan dan dibuka semula. Kos permulaan yang
agak tinggi dari bahan seperti keluli, mungkin baik dari segi ekonomi kerana jumlah
penggunaan yang boleh digunakan semula yang dapat mengantikan acuan konvensional.
Elemen ekonomi di dalam rekabentuk acuan bergantung kepada kebijaksanaan dan
pengalaman oleh perekabentuk iaitu samada dari jurutera atau pihak kontraktor.
35
ii. Kualiti
Rekabentuk acuan haruslah dibina dengan kukuh dan tepat dari segi saiz, bentuk
dan kedudukan mengikut keperluan yang diinginkan. Kualiti acuan itu sendiri mempunyai
kesan terhadap keselamatan, kemalangan dan kegagalan. Rekabentuk acuan yang betul
memastikan bahawa konkrit basah yang ditampung kekal dengan saiz dan bentuk yang
dikehendaki melalui ukuran yang cukup untuk menahan bentuknya di bawah tekanan
konkrit. Kualiti konkrit yang terhasil ditentukan melalui kualiti dari bahan acuan dan mutu
kerja. Banyak masalah yang berkaitan dengan konkrit ini antaranya ialah perubahan
bentuk, warna dan debu adalah disebabkan oleh acuan itu sendiri. Selain itu, kecacatan
yang terjadi pada struktur konkrit adalah disebabkan oleh kecacatan pada sistem acuan itu
sendiri yang telah digunakan secara berulang dan sokongan yang tidak mencukupi.
iii. Keselamatan
Pengendalian acuan ini adalah agak berisiko tinggi dan pekerja kebiasannya
terdedah kepada keadaan tempat kerja yang kurang selamat. Sebahagian atau keseluruhan
dari kegagalan pada acuan konkrit adalah penyumbang kepada kematian, kecederaan, dan
kerosakkan harta di dalam pembinaan. Acuan mesti dibina dengan kekuatan yang
mencukupi dan faktor keselamatan harus diambil kira. Keselamatan buruh adalah salah
satu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu, perekabentuk dan kontraktor.
Keselamatan adalah tanggungjawab semua orang termasuk pekerja di tapak, penyelia
tapak, dan pengurusan atasan. Terdapat banyak risiko di dalam proses mendirikan dan
membuka semula acuan. Oleh itu, setiap langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk
memastikan persekitaran kerja yang selamat. Untuk memastikan keselamatan struktur dan
perlindungan kepada pekerja, acuan penting direka secara selamat supaya dapat
menyokong beban keseluruhan dan tekanan yang datang dari konkrit basah yang berada
di dalam acuan tersebut. Bahan yang digunakan untuk membina acuan ini juga haruslah
dari saiz dan kuantiti yang betul, dari kualiti yang bagus dan yang mempunyai ketahanan.
36
iv. Kelajuan dan masa
Kelajuan di dalam pembinaan bermaksud kadar dimana struktur-struktur konkrit
pantas dibina dan boleh dinyatakan dari segi bilangan tingkat yang telah didirikan dalam
tempoh setiap minggu atau bulan. Kelajuan pembinaan boleh juga diukur dari segi
bilangan inci atau milimeter konkrit yang dituang sejam. Kerja-kerja acuan boleh
mengawal kadar kelajuan projek pembinaan.
2.6 Pengukuran Masa bagi Kerja Pembinaan Acuan
Produktiviti acuan dapat di ukur dari pelbagai aspek, antaranya ialah aspek
pengukuran masa. Di dalam kajian lepas, produktiviti acuan ini telah menjadi tumpuan
kajian. Namun begitu, data dan maklumat yang berkesan tidak cukup diperolehi seperti
bagaimana sesuatu tempoh masa itu dikenal pasti melalui proses kerja yang lebih
terperinci iaitu dari mana proses itu bermula dan berakhir. Dengan membandingkan
kedua-dua jenis kaedah acuan yang digunakan serta menilai ciri-cirinya, kajian ini cuba
untuk menentukan kaedah yang mana proses pembinaannya lebih cepat.
Bagi kajian ini, penyelidik akan menjalankan kajian kes yang melibatkan sepuluh
projek pembinaan bangunan. Untuk mencapai pengukuran masa yang berkesan dan
seragam, kajian ini hanya di fokuskan kepada pembinaan struktur lantai atas.
Pengukuran masa bagi kerja-kerja pembinaan acuan ini juga akan diselarikan
bermula dari titik permulaan kerja acuan dan juga titik pengakhiran kerja acuan bagi
mendapat keputusan yang berkesan dan seragam.Anggaran kitaran masa bagi kaedah
acuan konvensional di rujuk melalui kajian Cooke (1996). Manakala kitaran masa bagi
kaedah acuan hijau di perolehi melalui kajian Ply Tec Formwork System Industries Sdn
Bhd. (2016). Tempoh pembinaan acuan bermula melalui kerja-kerja penyediaan acuan,
diikuti oleh proses menempatkan acuan, pemasangan acuan, pemasangan tetulang besi,
37
kerja mengkonkrit dan diakhiri dengan kerja-kerja membuka semula acuan. Perbincangan
mengenai kedua-dua kaedah akan diterangkan seperti jadual dibawah.
2.6.1 Kadar pengukuran bagi Acuan Kaedah Konvensional
ELEMEN PROSES KAEDAH ACUAN
KONVENSIONAL
ANGGARAN
KITARAN MASA
Lantai Atas
Titik
Bermula
Kerja-kerja pemasangan acuan 14 hari
a
b Pemasangan Tetulang Besi 7 hari
c Pengkonkritan 1 hari
Titik
Berakhir f Membuka Acuan 5 hari
Jumlah masa 27 hari
Jadual 2.1 Pengiraan Jangka masa bagi Acuan Kaedah Konvensional
Sumber : Cooke (1996)
2.6.2 Kadar pengukuran bagi Acuan Hijau Plytec
ELEMEN PROSES KAEDAH ACUAN HIJAU
Plytec
ANGGARAN
KITARAN MASA
Lantai Atas
Titik
Bermula Kerja-kerja pemasangan
acuan 2 hari
a
b Pemasangan Tetulang Besi 5 hari
c Pengkonkritan 1 hari
Titik
Berakhir d Membuka Acuan 2 hari
Jumlah masa 10 hari
Jadual 2.2 Pengiraan Jangka masa bagi Acuan Hijau Plytec
Sumber : Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd. (2016)
38
2.7 Perbincangan mengenai pengukuran masa
Berdasarkan pengiraan jangka masa bagi kedua-dua jenis acuan, terdapat sedikit
perbezaan. Perbezaan berlaku semasa kerja-kerja penyediaan acuan dan kerja-kerja
pemasangan acuan. Bagi kerja-kerja penyediaan acuan ia memerlukan peringkat aktiviti
yang banyak iaitu kerja-kerja memotong papan lapis, kerja-kerja membentuk acuan dan
sebagainya. Manakala kerja pemasangan acuan pula memerlukan proses yang agak rumit
iaitu kerja-kerja memaku bagi penyambungan komponen.
Hal ini sedikit berbeza dengan sistem acuan hijau Plytec yang dilihat lebih cepat
dari segi penyediaan acuan, kerana rekabentuk acuan ini datang daripada kilang dan
pemasangan acuan memerlukan komponen-komponen ini hanya disambung sahaja. Bagi
mengetahui perbezaan tempoh masa acuan bagi aktiviti memasang dan juga membuka
acuan, pengiraan akan dijalankan untuk mengetahui jumlah kitaran masa bagi 1m² jadi ia
akan di kira seperti di bawah:-
2.8 Pengukuran Produktiviti Buruh bagi Kerja Pembinaan Acuan
Bilangan buruh dinilai berdasarkan aktiviti menyelia acuan , memasang acuan dan
kerja membuka semula acuan. Setelah buruh dapat dikenalpasti berapa jumlahnya,
pengiraan produktiviti dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan produktiviti buruh
dalam penggunaan acuan hijau Plytec dengan acuan konvensional. Jadual 2.1 dan Jadual
2.2 menunjukkan berapa kebiasaanya jumlah bilangan buruh yang digunakan bagi acuan
hijau Plytec dan acuan konvensional menurut sumber Cooke (1996) bagi acuan
Jumlah kitaran masa = Keluasan lantai yang dibina
Bilangan hari
39
konvensional dan Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd. (2016) bagi acuan hijau
Plytec. Pengiraan produktiviti buruh pula diterangkan pada Jadual 2.5.
2.8.1 Pengiraan Buruh bagi Acuan Kaedah Konvensional
SISTEM
ACUAN
TUGAS YANG DILAKUKAN TENAGA BURUH
(ORANG)
MAHIR SEPARA
MAHIR
Acuan
Konvensional
a
Menyelia kerja-kerja pemasangan
acuan
1
b Kerja-kerja pemasangan acuan 8 11
c Acuan dibuka
Jumlah Buruh 20
Jadual 2.3 Jumlah Buruh Kaedah Konvensional
Sumber : Cooke (1996)
2.8.2 Pengiraan Buruh bagi Acuan Hijau Plytec
SISTEM
ACUAN
TUGAS YANG DILAKUKAN TENAGA BURUH
(ORANG)
MAHIR SEPARA
MAHIR
Acuan Hijau
Plytec
a
Menyelia kerja-kerja pemasangan
acuan
1
b Kerja-kerja pemasangan acuan
3
2 c Acuan dibuka
Jumlah Buruh 6
Jadual 2.4 Jumlah Buruh bagi Acuan Hijau Plytec
Sumber : Ply Tec Formwork System Industries Sdn Bhd. (2016)
40
2.8.3 Pengiraan nilai produktiviti buruh
Pengiraan nilai produktiviti buruh menggunakan formula berdasarkan kajian N.
Mine et al., (2010) iaitu semakin tinggi nilai buruh-min/m², semakin rendah tahap
produktiviti buruh. Berdasarkan Jadual 2.5, M merujuk kepada man-hour, untuk mencari
nilai produktiviti buruh ini, bilangan pekerja akan didarabkan dengan bilangan jam
bekerja buruh iaitu dalam minit dan dibahagikan kepada kuantiti kerja iaitu jumlah
keluasan acuan yang telah dibina. Menurut N. Mine et al., (2010) , semakin rendah nilai
buruh-min/m², semakin tinggi tahap produktiviti buruh terhadap kerja tersebut.
Jadual 2.5 Formula produktiviti buruh
Sumber : N. Mine et al., (2010)
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja (min)
Kuantiti kerja (m²)
M= buruh-min/m²
41
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai kaedah penyelidikan atau metodologi yang
akan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Metodologi kajian ini
juga sangat penting bagi penyelidik untuk mendapatkan hasil akhir yang berkesan di
dalam penyelidikan ini. Bab ini juga akan menerangkan langkah-langkah yang sesuai
untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk memenuhi objektif kajian. Kajian
yang digunakan di dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan kajian kualitatif.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mencapai objektif yang telah disenaraikan
di dalam kajian ini. Bagi mencapai objektif yang kajian, data dan maklumat haruslah
dicari dan dikaji terlebih dahulu. Data bagi kedua- dua objektif kajian ini adalah dibawah
penyelidikan kualitatif. Penyelidikan ini adalah berdasarkan kajian kes dan kajian kes
yang dipilih ialah dari pelbagai kes yang bukan hanya melibatkan satu kes sahaja. Kajian
kes menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data.
42
3.2 Reka Bentuk Kajian
Menurut kajian Kerlinger et al., (1973) , rekabentuk kajian berfungsi sebagai
panduan di dalam penyelidikan yang sedang dijalankan dan memberikan gambaran yang
jelas terhadap persoalan-persoalan kajian.
Penyelidikan ini merupakan penyelidikan secara kualitatif kerana ia berdasarkan
kajian kes. Menurut Jasmi (2012) , penyelidikan kualitatif ini mempunyai bentuk data
yang tersendiri yang agak berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah
dalam bentuk temubual dan pemerhatian di tapak bina. Di dalam kajian Punch (2001) ,
menyatakan bahawa pemilihan rekabentuk penyelidikan kualitatif ini harus menjadikan
penyelidik berada di dalam dunia empirikal yang menggabungkan persoalan penyelidikan
dengan data. Menurutnya lagi, di dalam memilih rekabentuk penyelidikan terdapat empat
perkara utama yang harus dipertimbangkan antaranya ialah:-
i Strategi yang melibatkan tujuan atau pendekatan menjalankan penyelidikan agar
persoalan penyelidikan dapat dijawab.
ii Konsep kerangka yang menunjukkan hubungkait antara satu pemboleh ubah
dengan pemboleh ubah yang lain.
iii Siapa dan apa yang hendak diselidik.
iv Peralatan dan prosedur yang akan digunakan untuk mengumpul dan menganalisis
bahan empirikal.
43
Metodologi kajian
Kaedah Kualitatif
Kajian Kes
Merujuk kepada lima (5) projek pembinaan
yang menggunakan acuan hijau Plytec dan
lima (5) projek yang menggunakan acuan
konvensional Skop Kajian
Instrumen kajian
Dokumentasi
Analisis Data
Penjadualan Data
Rumusan kajian
Kesimpulan Kajian
Merujuk kepada sepuluh (10)
tapak bina:
- Tempoh pembinaan struktur
lantai atas menggunakan
kedua-dua kaedah
- Bilangan buruh yang terlibat
Mendapatkan
dokumen-dokumen
daripada responden
seperti diari tapak
dan program kerja
Mengeluarkan isi penting dari
dokumen yang diperoleh
Rajah 3.1 Rekabentuk Metodologi Kajian
44
3.2.1 Kajian Kes
Menurut Creswell, (2008) kajian kes ini boleh digambarkan seperti penyelidik
membina satu gambaran yang kompleks dan holistik, menganalisis perkataan, melaporkan
secara terperinci pandangan responden dan melakukan penyelidikan penerokaan dalam
seting semula jadi. Kajian kes ini merupakan salah satu reka bentuk penyelidikan yang
menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Berdasarkan Idris (2013), penggunaan
kajian kes ini dapat membantu dalam memahami sesuatu isu atau objek yang kompleks
secara terperinci dengan hanya menggunakan sampel yang kecil.
Menurut Merriam (2001), penyelidikan pelbagai kes melibatkan pengumpulan dan
penganalisisan data daripada beberapa kes, dan kajian kes ini meningkatkan kesahan
luaran atau generalisasi dapatan penyelidikan. Menurut Miles dan Huberman (1994),
penyelidikan yang melibatkan beberapa kes ini akan mengukuhkan ketepatan, kesahan,
dan kestabilan hasil penyelidikan iaitu dengan cara melihat perbezaan dan persamaan di
dalam setiap kes. Bagi penyelidikan ini sebanyak lima kajian kes telah dipilih untuk
mendapatkan data dan maklumat bagi mencapai objektif kajian.
3.3 Perancangan kaedah kajian
Bagi mendapatkan data dan maklumat bagi kajian ini beberapa peringkat telah
dibuat untuk memudahkan proses memperolehi data. Bagi kajian ini, penyelidik
membahagikan kepada lima peringkat untuk menjayakan penyelidikan ini. Peringkat-
peringkat kajian adalah seperti di bawah:-
45
i Kajian awalan
Kajian awal di dalam penyelidikan ini diperolehi melalui hasil daripada kajian
literatur yang diperolehi. Pada peringkat ini, sumber kajian literatur diperoleh hasil
dari pembacaan jurnal, artikel, sumber internet, tesis-tesis terdahulu dan juga buku
rujukan. Menurut Idris (2013), pengendalian kajian literatur adalah salah satu
proses dalam penyelidikan untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan
yang dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain. Kajian literatur mampu
meningkatkan tahap kefahaman seseorang mengenai tajuk yang ingin dikaji.
Melalui kajian literatur, ia dapat membantu penyelidik meningkatkan kemahiran
merancang dan menyusun bahan-bahan bacaan yang telah diperolehi. Berdasarkan
kajian Idris (2013), antara tujuan utama kajian literatur di dalam penyelidikan
adalah seperti berikut:-
a) Membolehkan penyelidik membuat perbezaan antara apa yang telah dikaji dan apa
yang perlu dikaji.
b) Dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan tajuk penyelidikan yang baru.
c) Menggabungkan penulisan daripada pelbagai bahan rujukan
d) Mengenal pasti kaedah penyelidikan yang telah digunakan di dalam kajian-kajian
terdahulu
e) Mendapatkan maklumat dan data mengenai kajian yang hendak dilakukan
ii Pengumpulan data
Di dalam proses pengumpulan data dalam kajian ini, data boleh dibahagikan
kepada dua bentuk iaitu data primer dan juga data sekunder. Menurut Ibrahim
(2002), sumber data primer boleh didefinisikan sebagai sumber awalan, sumber
utama dan bahan yang boleh dirujuk yang masih dalam bentuk asli dan masih
belum ditafsirkan. Sumber data primer bertulis kebiasaanya di dalam bentuk
dokumen, catatan, surat rasmi dan tidak rasmi dan buku harian manakala sumber
46
data primer tidak bertulis pula di dalam bentuk lisan atau artifak arkeologi. Dalam
erti kata lain, sumber data primer ini diperolehi hasil daripada temu bual dan
pemerhatian.Sumber data sekunder pula dikenal pasti sebagai sumber kedua yang
merujuk kepada penyelidikan atau penulisan yang telah dijalankan oleh seseorang
atau sekumpulan penyelidik berdasarkan sumber primer. Sumber data sekunder ini
ialah bahan yang digunakan sebagai rujukan alternatif bagi memahami sumber
primer yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Idris, 2013). Antara
contoh sumber sekunder ialah jurnal, artikel dan buku rujukan.
iii Penyusunan data dan maklumat
Sebelum data dan maklumat itu di analisis, data perlulah disusun dan disemak
terlebih dahulu bagi memastikan ianya betul dan tidak berlaku sebarang masalah
apabila di peringkat analisis data. Data dan maklumat yang diperolehi dari kajian
literatur,transkrip temubual, nota lapangan daripada pemerhatian dan dokumen-
dokumen penting daripada analisis dokumen haruslah disusun dan disemak
dengan baik.
iv Analisis data dan maklumat
Di dalam menguruskan analisis data dan maklumat ini ia akan dilakukan secara
kaedah manual. Berdasarkan model interaktif komponen analisis data, sumber
yang diperolehi dari Miles dan Huberman, (1994) terdapat empat peringkat yang
terlibat didalam analisis data kualitatif antaranya ialah peringkat pengumpulan,
pengurangan, pengolahan dan akhir sekali ialah kesimpulan. Pada peringkat
pengumpulan data ini, semua data dari pelbagai sumber harus dikumpulkan
sebagai contoh rakaman audio daripada hasil temu bual perlu ditukarkan atau
dipindahkan di dalam bentuk transkrip. Peringkat kedua pula ialah pengurangan
data. Peringkat pengurangan data pula berlaku apabila data-data yang sama akan
47
dikumpulkan dan digabungkan berdasarkan kod-kod yang telah dikenal pasti.
Menurut Idris (2013), pengurangan data ini boleh dibuat dengan kerangka yang
menggunakan kod tertentu sebagai satu cara menyusun atur teks untuk dibuat
interpretasi. Menurutnya lagi, langkah ini dibuat untuk memastikan maklumat
dibaca secara berulang kali dan memahaminya dan ini dianggap sebagai satu
proses pembersihan data dan jenis-jenis pengekodan akan dibuat dan akan
dikategorikan mengikut fokus kajian. Selepas itu, proses pengolahan atau
pembentangan dan pengorganisasian semula data dibuat bagi menjawab semula
persoalan kajian yang telah dibuat. Proses yang terakhir ialah rumusan kajian. Hal
ini untuk membuat kesimpulan hasil daripada analisis data yang telah diperolehi.
Rajah dibawah menunjukkan model interaktif bagi komponen analisis data.
Rajah 3.2 Model Interaktif Komponen Analisis
Sumber : Miles dan Huberman (1994), Qualitative Data Analysis
48
v Cadangan dan Kesimpulan
Setelah melalui semua peringkat di atas, maka peringkat terakhir di dalam
penulisan kajian ini ialah membuat cadangan dan juga kesimpulan kajian.
Cadangan perlu dibuat bagi penambahbaikan kajian akan datang. Cadangan ini
dibuat untuk memudahkan penyelidik akan datang mengkaji kajian mereka.
Masalah-masalah yang dihadapi di dalam kajian ini juga akan dikemukan bagi
memudahkan penyelidik akan datang memperbaharui penyelidikan mereka.
3.4 Instrumen Kajian
Di dalam penyelidikan, perkara yang paling utama dan penting sekali ialah
pungutan data. Semua proses bagi penyediaan pungutan data dipanggil sebagai
instrumentasi (Idris, 2013). Bagi memperoleh data dan maklumat, instrumen kajian
diperlukan. Menurut Ary, Jacob, dan Rozavieh. (2002), semua penyelidik memerlukan
instrumen yang membenarkan mereka membuat sesuatu kesimpulan di akhir kajian dan
kesimpulan itu haruslah tepat dengan ciri yang diselidik. Sesuatu kesimpulan itu haruslah
tepat agar ia boleh digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui
analisis dokumen.
i Objektif pertama
Bagi objektif pertama fokus utamanya ialah untuk mengenalpasti tempoh
pembinaan acuan bagi struktur lantai atas, instrumen kajian yang digunakan ialah melalui
analisis dokumen. Analisis dokumen akan diperolehi daripada responden. Dokumen yang
diperlukan ialah diari tapak dan program kerja untuk mendapatkan maklumat atau data
yang lebih tepat. Antara data dan maklumat yang akan diambil adalah seperti yang
terdapat di dalam borang analisis dokumen yang telah dilampirkan pada no rujukan
na/1/bad/2017 .
49
ii Objektif kedua
Manakala untuk objektif yang kedua pula, perkara yang ditekankan ialah
produktiviti buruh semasa kerja-kerja pembinaan acuan pada struktur lantai atas. Oleh itu,
instrumen kajian yang digunakan juga merupakan analisis dokumen untuk mendapatkan
rekod yang lebih tepat. Antara data dan maklumat yang diinginkan ialah jumlah buruh
yang diperlukan bagi setiap kerja yang berkaitan dengan acuan. Di dalam borang analisis
dokumen yang telah dilampirkan akan menerangkan dengan lebih terperinci perkara-
perkara yang diperlukan.
3.4.1 Analisis Dokumen
Berdasarkan kajian Wallen et al., (1993), analisis dokumen adalah sesuatu
dokumen yang ditulis atau di dalam bentuk visual. Analisis dokumen ini boleh di
kategorikan sebagai pecahan dari kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada
analisis kandungan yang merupakan huraian objektif yang terkandung maklumat yang
telah dicetak atau di gambarkan. Dalam erti kata lain, menurut Marican (2005) bahagian
mesej itu dapat didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada
perkataan, maksud gambar atau apa-apa sahaja mesej yang disampaikan. Di dalam kajian
ini, analisis dokumen akan diperolehi melalui dokumen-dokumen seperti, program kerja
(work program), diari tapak (site diary), dan lain-lain dokumen yang penting bagi
memperolehi jawapan kepada objektif yang ditekankan di dalam kajian. Setelah
memperolehi dokumen-dokumen ini, isi-isi penting akan dikeluarkan dan dikaji terlebih
dahulu.
50
3.5 Kaedah Analisis Data
Selepas data dan maklumat diperolehi, ia perlu ditapis dan dianalisis mengikut
skop kajian yang digariskan agar proses yang seterusnya lebih mudah dan tersusun. Pada
peringkat analisis data, data dan maklumat yang diperolehi harus dianalisis secara teliti.
Hal ini kerana analisis data akan mempengaruhi hasil keseluruhan kajian penyelidikan.
Data dan maklumat yang diperolehi akan membantu di dalam penulisan kajian dan
penulisan rumusan serta cadangan kajian.
Pada peringkat ini, data-data yang diperolehi daripada dokumentasi akan dianalisis
di dalam bentuk gambarajah jadual bersama huraiannya di dalam bentuk penulisan supaya
ianya mudah untuk difahami.
3.5.1 Borang Analisis Dokumen
Data yang diperolehi dari analisis dokumen merupakan data yang agak tepat
kerana segala maklumat telah dicatat di dalamnya. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan dokumen diari tapak dan program kerja untuk mendapatkan data. Antara
perkara yang akan dikeluarkan dalam dokumen diari tapak (site diary) dan program kerja
(work programme) ialah aktiviti yang melibatkan kerja-kerja pembinaan acuan, bilangan
buruh yang diperlukan di dalam aktiviti tersebut, tempoh masa bagi setiap aktiviti yang
melibatkan proses pembinaan acuan lantai atas dan perkara yang berkaitan.
Dalam melaksanakan kajian ini, borang analisis dokumen digunakan untuk untuk
mendapatkan data dan maklumat yang diinginkan. Terdapat tiga (3) bahagian dalam
borang analisis dokumen ini yang merangkumi bahagian A, bahagian B, dan bahagian C.
51
a) Bahagian A – Latar Belakang Projek
Dalam bahagian ini perkara yang berkaitan ialah seperti nama projek, kontraktor,
jumlah kontrak, tarikh projek bermula dan tarikh projek itu tamat.
b) Bahagian B – Objektif Pertama Kajian
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif pertama
kajian iaitu tempoh pembinaan dan pembukaan acuan bagi struktur lantai atas
menggunakan acuan hijau atau acuan konvensional. Antara maklumat yang
diambil kira ialah jenis dokumen yang dianalisis, jenis acuan yang digunakan,
keluasan lantai, dan kitaran masa bagi kerja-kerja yang terlibat. Bagi objektif
pertama, analisis akan dijalankan untuk mengetahui jumlah kitaran masa bagi 1m²
bagi kerja pemasangan dan kerja membuka semula acuan dengan menggunakan
pengiraan seperti di dalam Jadual 3.3:-
Jumlah kitaran masa = Keluasan lantai yang dibina
Bilangan hari
= m²/hari
Jadual 3.3 Pengiraan bagi Objektif pertama
52
c) Bahagian C – Objektif Kedua Kajian
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kedua kajian
iaitu produktiviti buruh bagi kerja yang menggunakan acuan hijau atau acuan
konvensional. Antara maklumat yang diambil kira ialah jenis dokumen yang
dianalisis, jenis acuan yang digunakan, keluasan lantai, dan bilangan buruh yang
terlibat. Analisis bagi objektif kedua akan menggunakan formula N. Mine et al.,
(2010) iaitu:-
Menurut N. Mine et al., (2010), semakin rendah nilai buruh-min/m², semakin
tinggi tahap produktiviti buruh terhadap kerja tersebut.
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja (min)
Kuantiti kerja (m²)
M= buruh-min/m²
Jadual 3.4 Pengiraan bagi Objektif kedua
53
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan mengenai pengumpulan data dan
analisis berdasarkan 10 kajian kes yang telah dilaksanakan. Data- data ini diperoleh hasil
daripada analisis dokumen yang telah diperolehi melalui kesemua projek. Analisis ini juga
dilakukan untuk membandingkan tempoh masa antara penggunaan acuan konvensional
dengan acuan hijau serta penggunaan tenaga buruh bagi kedua-dua jenis acuan ini.
Melalui data yang terdapat di dalam dokumen yang telah dikenalpasti, penyelidik akan
melakukan analisis terhadap kedua-dua objektif ini.
4.2 Latar Belakang Kajian
Pengumpulan data ini melibatkan 10 projek sebagai kajian kes di mana 5 darinya
merupakan projek yang menggunakan acuan konvensional manakala 5 lagi projek
merupakan projek yang menggunakan sistem acuan hijau Plytec. Data diperolehi di sekitar
negeri Johor, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Projek-projek ini meliputi projek
bangunan perdagangan, bangunan kerajaan , hospital dan apartment.
54
4.3 Analisis terhadap Objektif pertama
Analisis terhadap objektif pertama adalah mengenai tempoh masa bagi kerja-kerja
pemasangan acuan dan juga bagi kerja membuka semula acuan. Bagi mengetahui sama
ada penglibatan acuan sama ada acuan konvensional atau acuan hijau Plytec ini membantu
dari segi mempercepatkan masa pembinaan, kajian hanya ditekankan kepada aktiviti
pemasangan dan juga aktiviti membuka semula acuan. Hal ini kerana aktiviti berkaitan
pemasangan tetulang besi dan juga kerja-kerja mengkonkrit mempunyai masa yang tetap
berdasarkan maklumat yang diperolehi di tapak pembinaan terlibat.
4.3.1 Analisis terhadap Tempoh Masa bagi Acuan Konvensional
Analisis terhadap tempoh masa bagi acuan konvensional ini telah melibatkan
sebanyak lima projek. Bagi acuan konvensional, projek yang terlibat adalah Projek A,
Projek B, Projek C, Projek D dan juga Projek E. Analisis telah dibuat seperti yang terdapat
di bawah:-
4.3.1.1 Analisis bagi Projek A
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek A
2) Jenis Bangunan Bangunan Perniagaan
3) Jumlah Kontrak Rm 500 Juta
4) Tarikh Projek Bermula Ogos 2014
5) Tarikh Projek Berakhir Disember 2017
6) Tempoh Kontrak 3 tahun
7) Jenis Acuan Acuan Konvensional
Jadual 4.1 Maklumat Projek A
55
Projek ini telah menggunakan acuan konvensional bagi kerja-kerja pembinaan
struktur lantai atas. Bagi projek ini, segala aktiviti pembinaan telah dibahagikan kepada
empat zon besar iaitu zon A, B, C dan juga D. Pada setiap empat zon itu pula akan
dibahagikan kepada empat pula, jadi jumlah keseluruhan zon ini ialah sebanyak 16 zon.
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 26,000 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 829 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 18 hari
Acuan dibuka 5 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 829m²/18
hari
= 46m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 829m²/5 hari
= 166m²/hari
Jadual 4.2 Analisis masa bagi Projek A
Berdasarkan Jadual 4.2, keluasan bagi satu tingkat untuk Projek A ini ialah 26,000
m² manakala bagi keluasan acuan yang dibina yang melibat hanya satu zon sahaja iaitu
sebanyak 829 m². Bagi mendapatkan tempoh masa yang seragam, jumlah kitaran masa
mengikut Program Kerja hanya melibatkan kerja-kerja pemasangan acuan dan juga
tempoh masa bagi aktiviti membuka acuan. Bagi mendapatkan jumlah kitaran masa untuk
keluasan sebanyak 1 m² bagi kerja- kerja pemasangan acuan, keluasan bagi acuan yang
dibina iaitu sebanyak 829 m² akan dibahagikan kepada jumlah kitaran masa mengikut
Program Kerja iaitu sebanyak 18 hari.
56
4.3.1.2 Analisis bagi Projek B
Bagi projek ini pula, kerja-kerja pembinaan akan dibahagi kepada 4 zon besar iaitu
Zon 1 hingga Zon 4. Di dalam setiap satu itu pula akan dibahagikan kepada empat pula
iaitu a hingga b. Contohnya Zon 1a hingga Zon 1d. Pembinaan bagi struktur lantai atas
projek ini telah menggunakan sistem acuan konvensional. Tarikh sebenar projek ini
berakhir adalah pada bulan Jun 2017, tetapi disebabkan oleh beberapa faktor kelewatan,
projek ini terpaksa dilanjutkan sehingga bulan September 2017. Analisis bagi tempoh
masa telah dibuat seperti di dalam Jadual 4.3.
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek B
2) Jenis Bangunan Bangunan Perniagaan
3) Jumlah Kontrak Rm 132 Juta
4) Tarikh Projek Bermula Februari 2015
5) Tarikh Projek Berakhir September 2017
6) Tempoh Kontrak 3 tahun
7) Jenis Acuan Acuan Konvensional
Jadual 4.3 Maklumat Projek B
57
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 25,600 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 576 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 14 hari
Acuan dibuka 5 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 576m²/14
hari
= 41m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 576m²/5 hari
= 115m²/hari
Jadual 4.4 Analisis masa bagi Projek B
Jadual 4.4 menunjukkan analisis masa yang dibuat terhadap Projek B. Projek ini
mempunyai keluasan sebanyak 25,600 m² bagi setiap satu tingkat. Bagi keluasan satu zon
acuan yang dibina adalah sebanyak 576 m². Bagi kerja-kerja pemasangan acuan, tempoh
masa yang diperlukan untuk keluasan sebanyak 576 m² ini ialah selama 14 hari manakala
bagi kerja- kerja membuka acuan pula, ia telah mengambil masa selama 5 hari. Jumlah
kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan acuan adalah sebanyak 41m²/hari
manakala untuk kerja-kerja membuka acuan pula, jumlahnya adalah sebanyak 115m²/hari.
58
4.3.1.3 Analisis bagi Projek C
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek C
2) Jenis Bangunan Servis Apartment
3) Jumlah Kontrak Rm 122 Juta
4) Tarikh Projek Bermula 1 Jun 2015
5) Tarikh Projek Berakhir 31 Julai 2017
6) Tempoh Kontrak 2 tahun
7) Jenis Acuan Acuan Konvensional
Jadual 4.5 Maklumat Projek C
Projek ini merupakan sebuah servis apartment yang telah dipecahkan kepada dua
Blok iaitu Blok A dan juga Blok B yang mempunyai 25 tingkat. Bagi projek ini pula,
kerja-kerja pembinaan akan dibahagi kepada 3 zon. Pembinaan bagi struktur lantai atas
projek ini telah menggunakan sistem acuan konvensional.
Jadual 4.5 menunjukkan analisis masa yang dibuat terhadap Projek C. Keluasan
bagi satu tingkat ialah sebanyak 30,250 m². Bagi keluasan satu zon acuan yang dibina
adalah sebanyak 450 m². Jumlah bagi kerja-kerja pemasangan acuan adalah selama 15
hari dan kerja-kerja membuka acuan pula adalah selama 5 hari. Jumlah kitaran masa bagi
1 m² untuk kerja-kerja pemasangan acuan adalah sebanyak 30m²/hari manakala untuk
kerja-kerja membuka acuan pula, jumlahnya adalah sebanyak 45m²/hari.
59
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 30,250 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 450 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 15 hari
Acuan dibuka 5 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 450m²/ 15
hari
= 30m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 450m²/ 5hari
= 90m²/hari
Jadual 4.6 Analisis masa bagi Projek C
4.3.1.4 Analisis bagi Projek D
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek D
2) Jenis Bangunan Bangunan Kerajaan
3) Jumlah Kontrak Rm 1.6 Juta
4) Tarikh Projek Bermula 18 September 2015
5) Tarikh Projek Berakhir 31 Disember 2018
6) Tempoh Kontrak 34 bulan
7) Jenis Acuan Acuan Konvensional
Jadual 4.7 Maklumat Projek D
Bagi kajian kes acuan konvensional yang seterusnya ialah merupakan sebuah
projek kerajaan. Pembinaan ini mengambil masa selama 34 bulan dan berjumlah sebanyak
RM 1.47 Juta. Projek ini mengandungi satu blok kemudahan berkongsi dan 10 blok
bangunan kerajaan . Seperti projek-projek di dalam kajian kes sebelum ini, semua aktiviti
60
pembinaan ini akan dipecahkan kepada beberapa zon dan bagi projek ini jumlah zon bagi
aktiviti pembinaan adalah sebanyak 5 zon.
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 15,000 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 310 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 11 hari
Acuan dibuka 5 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 310m²/ 11
hari
= 28m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 310m²/ 5hari
= 62m²/hari
Jadual 4.8 Analisis masa bagi Projek D
Jadual 4.8 menunjukkan analisis masa bagi Projek D dan keluasan bagi satu
tingkat lantai adalah sebanyak 15,000 m². Bagi keluasan satu zon iaitu keluasan acuan
yang dibina untuk projek ini ialah sebanyak 310 m². Bagi kerja-kerja pemasangan acuan
di dalam projek ini, ia telah mengambil masa selama 11 hari untuk menyiapkan kerja-
kerja tersebut. Jumlah bagi keluasan sebanyak 1 m² pula ialah sebanyak 28m²/hari. Jumlah
kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka acuan pula adalah sebanyak 62
m²/hari.
61
4.3.1.5 Analisis bagi Projek E
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek E
2) Jenis Bangunan Bangunan Perdagangan
3) Jumlah Kontrak -
4) Tarikh Projek Bermula 13 Julai 2014
5) Tarikh Projek Berakhir 16 Januari 2017
6) Tempoh Kontrak 3 Tahun
7) Jenis Acuan Acuan Konvensional
Jadual 4.9 Maklumat Projek E
Kajian kes yang terakhir bagi penggunaan jenis acuan konvensional ialah projek
Bangunan Perdagangan. Projek ini mengandungi 32 tingkat yang mengandungi 10 tingkat
podium yang mengandungi; (1) Kompleks membeli- belah, (2) 2 tingkat apartment servis
(8 unit), (3) kemudahan dan 2 tingkat tempat letak kenderaan berserta 1 tingkat tempat
letak kenderaan bawah tanah; 22 tingkat menara A- Apartment servis (255 unit); 17
tingkat menara B- Hotel (278 unit). Projek ini mengambil masa selama 3 tahun
62
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 22,400m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 768 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 17 hari
Acuan dibuka 7 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 768m²/ 17
hari
= 45m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 768m²/ 7hari
= 110m²/hari
Jadual 4.10 Analisis masa bagi Projek E
Projek E mempunyai keluasan bagi satu tingkat lantai sebanyak 22,400 m².
Keluasan acuan yang dibina untuk projek ini ialah sebanyak 768 m². Bagi kerja-kerja
pemasangan acuan di dalam projek ini, ia telah mengambil masa selama 17 hari untuk
menyiapkan kerja-kerja tersebut. Jumlah bagi keluasan sebanyak 1 m² pula ialah sebanyak
45m²/hari. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka acuan pula adalah
sebanyak 110 m²/hari.
4.3.2 Analisis terhadap Tempoh Masa bagi Acuan Hijau Plytec
Analisis terhadap tempoh masa bagi acuan hijau Plytec ini juga telah melibatkan
sebanyak lima projek. Projek yang terlibat adalah Projek F, Projek G, Projek H, Projek I
dan juga Projek J. Analisis telah dibuat seperti yang terdapat di bawah:-
63
4.3.2.1 Analisis bagi Projek F
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek F
2) Jenis Bangunan Hospital
3) Jumlah Kontrak Rm 167,650,000.00
4) Tarikh Projek Bermula 15 Jun 2015
5) Tarikh Projek Berakhir 15 Disember 2017
6) Tempoh Kontrak 30 Bulan
7) Jenis Acuan Acuan Hijau Ply Tec
Jadual 4.11 Maklumat Projek F
Projek ini menggunakan sistem acuan hijau Ply tec. Kerja- kerja pembinaan bagi
projek ini juga telah dipecahkan kepada beberapa zon iaitu zon A hingga zon I. Projek ini
bermula pada Jun 2015 dan akan berakhir pada Disember 2017. Sistem acuan hijau ini
telah dibeli dan terdapat juga sistem acuan ini yang disewa. Projek ini merupakan sebuah
projek hospital yang mempunyai 21 tingkat keseluruhannya dan rekabentuk yang
berulang -ulang iaitu kebanyakkan keluasan lantai sesuatu bilik adalah sama.
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 6,078 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 831 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 6 hari
Acuan dibuka 4 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 831m²/ 6 hari
= 139m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 831m²/4 hari
= 208m²/hari
Jadual 4.12 Analisis masa bagi Projek F
64
Keluasan lantai bagi setiap tingkat projek ini ialah sebanyak 6,078 m² dan untuk
keluasan acuan yang dibina iaitu zon A keluasannya adalah sebanyak 831m². Ianya
mengambil masa selama 6 hari bagi kerja-kerja pemasangan acuan untuk keluasan
sebanyak 831m² itu. Jumlah kitaran masa bagi keluasan 1 m² bagi kerja pemasangan acuan
ini ialah sebanyak 139m². Bagi kerja-kerja membuka acuan pula, 208 m²/hari adalah
jumlah kitaran masa bagi 1 m² dan masa yang diambil untuk membuka acuan tersebut
adalah selama 4 hari.
4.3.2.2 Analisis bagi Projek G
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek G
2) Jenis Bangunan Servis Apartment
3) Jumlah Kontrak Rm 190 Juta
4) Tarikh Projek Bermula 1 Oktober 2016
5) Tarikh Projek Berakhir 1 Oktober 2018
6) Tempoh Kontrak 2 Tahun
7) Jenis Acuan Acuan Hijau Ply Tec
Jadual 4.13 Maklumat Projek G
Projek seterusnya yang menggunakan sistem acuan hijau Plytec adalah projek G
yang merupakan sebuah servis apartment yang mengandungi 25 tingkat. Acuan Hijau
Plytec yang digunakan oleh projek ini merupakan milik sepenuhnya kontraktor tersebut
iaitu acuan yang telah dibeli oleh pihak pembekal.
Bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan, keluasan tapak pembinaan ini telah
dipecahkan kepada lima zon iaitu Zon A,B,C,D dan juga Zon E. Projek ini akan
mengambil masa selama 2 tahun dan telah bermula pada 1 Oktober 2016 dan dijangka
65
berakhir pada 1 Oktober 2018. Acuan hijau ini akan digunakan dari awal projek
pembinaan sehingga akhir projek iaitu dari aras satu lantai hingga aras yang terakhir
menggunakan kaedah lapisan berganda papak.
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 9,800 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 700 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
a. Kerja-kerja pemasangan
acuan
7 hari
b. Acuan dibuka 3 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 700m²/ 7 hari
= 100m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 700m²/ 3 hari
= 233m²/hari
Jadual 4.14 Analisis masa bagi Projek G
Keluasan lantai bagi setiap tingkat projek ini ialah sebanyak 9,800 m² dan untuk
keluasan acuan yang dibina iaitu zon A keluasannya adalah sebanyak 700 m². Ianya
mengambil masa selama 7 hari bagi kerja-kerja pemasangan acuan .Jumlah kitaran masa
bagi keluasan 1 m² bagi kerja pemasangan acuan ini ialah sebanyak 100 m². Bagi kerja-
kerja membuka acuan pula, 233 m²/hari adalah jumlah kitaran masa bagi 1 m² dan masa
yang diambil untuk membuka acuan tersebut adalah selama 3 hari bagi keluasan tersebut.
66
4.3.2.3 Analisis Kes Projek H
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek H
2) Jenis Bangunan Apartment
3) Jumlah Kontrak Rm 213 Juta
4) Tarikh Projek Bermula Januari 2015
5) Tarikh Projek Berakhir Januari 2018
6) Tempoh Kontrak 3 Tahun
7) Jenis Acuan Acuan Hijau Ply Tec
Jadual 4.15 Maklumat Projek H
Projek ketiga bagi sistem Acuan Hijau Plytec adalah projek H yang merupakan
sebuah apartment yang mengandungi 22 tingkat. Acuan Hijau Plytec yang digunakan oleh
projek ini juga merupakan milik sepenuhnya kontraktor tersebut iaitu acuan yang telah
dibeli oleh pihak pembekal.
Kerja-kerja pembinaan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk
memudahkan perjalanan kerja dibuat. Kerja bagi projek pembinaan ini telah dipecahkan
kepada empat zon iaitu Zon A,B,C dan juga Zon D. Projek ini akan mengambil masa
selama 3 tahun dan telah bermula pada bulan Januari 2015 dan dijangka berakhir pada
Januari 2018.
67
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 23,580 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 900 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
c. Kerja-kerja pemasangan
acuan
10 hari
d. Acuan dibuka 5 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 900 m²/ 10
hari
= 90m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 900 m²/ 5
hari
= 180m²/hari
Jadual 4.16 Analisis masa bagi Projek H
Keluasan lantai bagi setiap tingkat projek ini ialah sebanyak 23,580 m². Manakala
untuk keluasan acuan yang dibina keluasannya adalah sebanyak 900 m². Jumlah kitaran
masa mengikut Program Kerja adalah selama 10 hari untuk disiapkan bagi kerja-kerja
pemasangan acuan manakala bagi kerja-kerja acuan dibuka ia mengambil masa selama 5
hari untuk disiapkan. Bagi mengukur kitaran masa untuk 1 m², keluasan acuan yang dibina
akan dibahagikan dengan jumlah hari yang telah disiapkan. Bagi kerja-kerja pemasangan
acuan, jumlah kitaran yang diperolehi hasil dari analisis yang dilakukan adalah 90m²/hari
manakala bagi kerja membuka acuan pula jumlah yang diperolehi adalah 180m²/hari.
68
4.3.2.4 Analisis Kes Projek I
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek I
2) Jenis Bangunan Servis Apartment
3) Jumlah Kontrak -
4) Tarikh Projek Bermula 1 Oktober 2016
5) Tarikh Projek Berakhir 1 Oktober 2018
6) Tempoh Kontrak 2 Tahun
7) Jenis Acuan Acuan Hijau Ply Tec
Jadual 4.17 Maklumat Projek I
Bagi kajian kes untuk Projek I, projek ini mengandungi satu blok 326 unit servis
apartmen (dari tingkat 6 - 32 ) & 8 unit kedai bersaiz 26' x 43' (di tingkat bawah) berserta
5 tingkat tempat letak keret. Projek pembinaan ini menggunakan sistem acuan hijau
Plytec bagi kerja-kerja pembinaan lantai atas. Projek ini juga dibahagikan kepada
beberapa zon untuk memudahkan segala aktiviti pembinaan dijalankan.
Sebahagian dari acuan hijau yang digunakan adalah milik kontraktor sendiri dan
sebahagian lagi merupakan acuan yang telah disewa. Projek ini mengambil masa selama
2 tahun untuk disiapkan dan telah bermula pada 1 Oktober 2016 ini dijangka siap pada 1
Oktober 2018.
69
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 11,200 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 593 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan 5 hari
Acuan dibuka 4 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 593m²/ 5 hari
= 119m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 593m²/ 4 hari
= 148m²/hari
Jadual 4.18 Analisis masa bagi Projek I
Jadual 4.18 menunjukkan analisis masa yang telah dibuat bagi Projek I. Jumlah
keseluruhan lantai bagi projek ini ialah sebanyak 11,200 m² manakala jumlah keluasan
bagi acuan yang dibina adalah sebanyak 593 m². Berdasarkan data dan maklumat yang
diperolehi dari dokumen yang terlibat iaitu Program Kerja, tempoh untuk memasang
acuan adalah selama 5 hari bagi keluasan 593 m² ini, manakala tempoh untuk acuan
dibuka adalah selama 4 hari sahaja bagi keluasan yang sama. Pengiraan jumlah kitaran
masa dibuat dengan membahagikan keluasan lantai yang dibina iaitu 593 m² dengan
tempoh hari yang telah disiapkan iaitu selama 5 hari. Hasil dari analisis itu, 119 m²/hari
merupakan jumlah kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan acuan. Bagi kerja
membuka acuan pula, jumlah kitaran masa bagi 1 m² ialah sebanyak 148 m²/hari.
70
4.3.2.5 Analisis Kes Projek J
LATAR BELAKANG PROJEK
1) Nama Projek Projek J
2) Jenis Bangunan Servis Apartment
3) Jumlah Kontrak -
4) Tarikh Projek Bermula Julai 2016
5) Tarikh Projek Berakhir Julai 2018
6) Tempoh Kontrak 2 Tahun
7) Jenis Acuan Acuan Hijau Ply Tec
Jadual 4.19 Maklumat Projek J
Kajian kes yang terakhir yang menggunakan sistem acuan hijau Plytec juga
merupakan sebuah projek servis apartment. Projek pembinaan ini menggunakan sistem
acuan hijau Plytec bagi kerja-kerja pembinaan lantai atas dari peringkat awal hingga ke
peringkat akhir. Projek ini juga dibahagikan kepada beberapa zon untuk memudahkan
segala aktiviti pembinaan dijalankan.
Acuan hijau yang digunakan adalah milik tetap pihak kontraktor yang terlibat.
Projek ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan dan telah bermula Julai 2016
dan akan berakhir pada Julai 2018. Penggunaan acuan hijau bagi projek ini juga
menggunakan kaedah lapisan berganda papak.
71
No MAKLUMAT YANG DIAMBILKIRA
1. Keluasan bagi satu tingkat lantai 7,800 m²
2. Keluasan Acuan yang dibina 464 m²
3. Jumlah Kitaran masa mengikut
Program Kerja (hari)
e. Kerja-kerja pemasangan
acuan
4 hari
f. Acuan dibuka 4 hari
4. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan
= 464m²/ 4 hari
= 116 m²/hari
5. Jumlah Kitaran masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja membuka
acuan
= 464m²/ 4 hari
= 116 m²/hari
Jadual 4.20 Analisis masa bagi Projek J
Jadual 4.20 menunjukkan analisis masa yang telah dibuat bagi Projek J. Jumlah
keseluruhan lantai bagi projek ini ialah sebanyak 7,800 m² manakala jumlah keluasan bagi
acuan yang dibina adalah sebanyak 464 m². Bagi kerja pemasangan acuan adalah selama
4 hari bagi keluasan 464 m² ini, manakala tempoh untuk acuan dibuka juga selama 4 hari
sahaja bagi keluasan yang sama. Pengiraan jumlah kitaran masa dibuat dengan
membahagikan keluasan lantai yang dibina iaitu 464 m² dengan tempoh hari yang telah
disiapkan iaitu selama 4 hari. Hasil dari analisis itu, 116 m²/hari merupakan jumlah kitaran
masa bagi 1 m² untuk kerja-kerja pemasangan acuan. Bagi kerja membuka acuan pula,
jumlah kitaran masa bagi 1 m² ialah sebanyak 116m²/hari.
72
4.4 Kesimpulan bagi objektif pertama
No
Maklumat yang diambil kira
Acuan Konvensional
Projek
A
Projek
B
Projek
C
Projek
D
Projek
E
Purata
Objektif Pertama a) Keluasan (m²) 829 576 450 310 768 -
b) Bilangan hari untuk kerja pemasangan (hari) 18 14 15 11 17 -
c) Jumlah Kitaran masa bagi 1m² untuk kerja-kerja
pemasangan acuan (m²/hari)
46 41 30 28 45 38
d) Bilangan hari untuk kerja membuka acuan (hari) 5 5 5 5 7 -
e) Jumlah Kitaran masa bagi 1m² untuk kerja-kerja membuka
acuan (m²/hari)
166 115 90 62 110 109
Jadual 4.21 Ringkasan Acuan Konvensional bagi Objektif pertama
No
Maklumat yang diambil kira
Acuan Hijau Plytec
Projek
F
Projek
G
Projek
H
Projek
I
Projek
J
Purata
Objektif Pertama a) Keluasan (m²) 831 700 900 593 464 -
b) Bilangan hari untuk kerja pemasangan (hari) 6 7 10 5 4 -
c) Jumlah Kitaran masa bagi 1m² untuk kerja-kerja pemasangan
acuan (m²/hari)
139 100 90 119 116 113
d) Bilangan hari untuk kerja membuka acuan (hari) 4 3 5 4 4 -
e) Jumlah Kitaran masa bagi 1m² untuk kerja-kerja membuka
acuan (m²/hari)
208 233 180 148 116 177
Jadual 4.22 Ringkasan Acuan Hijau Plytec bagi Objektif pertama
72
73
Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengetahui tempoh masa yang diperlukan
bagi kerja-kerja pemasangan acuan dan juga bagi kerja membuka semula acuan. Jadual
4.21 dan Jadual 4.22 menunjukkan ringkasan untuk acuan konvensional dan juga acuan
hijau Plytec bagi objektif pertama. Berdasarkan Jadual 4.21, secara puratanya, jumlah
kitaran masa bagi 1m² untuk kerja-kerja pemasangan acuan konvensional adalah sebanyak
38 m²/hari. Analisis yang dibuat bagi kerja-kerja membuka acuan konvensional pula
menunjukkan purata hasil dari kelima-lima projek adalah sebanyak 109 m²/hari.
Bagi penggunaan acuan hijau Plytec pula, purata bagi jumlah kitaran masa bagi
1m² untuk kelima-lima projek adalah sebanyak 113 m²/hari dan purata bagi kerja-kerja
membuka semula acuan pula adalah sebanyak 117 m²/hari.
Hasil analisis bagi objektif pertama menujukkan acuan hijau Plytec lebih cepat dan
banyak penjimatan masa kerana secara puratanya acuan ini mampu disiapkan sebanyak
113 m²/hari bagi kerja pemasangan berbanding acuan konvensional yang hanya mampu
menyiapkan keluasan yang kecil iaitu sebanyak 38 m²/hari sahaja. Acuan hijau Plytec
bukan sahaja cepat dari segi pemasangannya tetapi bagi kerja-kerja membuka acuan juga
acuan ini menunjukkan keluasan yang agak besar untuk disiapkan bagi sehari iaitu
sebanyak 117 m²/hari berbanding acuan konvensional yang hanya mampu disiapkan
sebanyak 109 m²/hari sahaja.
74
4.5 Analisis terhadap Objektif kedua
Analisis terhadap objektif kedua adalah mengenai produktiviti buruh bagi kerja-
kerja acuan pada struktur pembinaan lantai atas. Bagi menganalisis produktiviti buruh ini
beberapa maklumat penting perlu di perolehi. Berdasarkan borang analisis yang telah
dilampirkan, antara maklumat yang diinginkan ialah mengenai jumlah buruh yang
diperlukan bagi setiap aktiviti yang terlibat untuk kedua-dua jenis acuan.
4.5.1 Analisis terhadap Produktiviti Buruh bagi Acuan Konvensional
Analisis ini juga dibuat berdasarkan pecahan jenis acuan iaitu Projek A hingga
Projek E merupakan projek yang menggunakan acuan konvensional manakala Projek F
sehingga Projek J merupakan projek yang menggunakan acuan hijau Plytec. Bagi
mengetahui tahap produktiviti buruh terhadap kerja- kerja yang melibatkan acuan ini,
suatu pengukuran telah dibuat. Pengukuran ini dibuat berdasarkan kajian N. Mine et al
(2010). Semakin tinggi nilai buruh-min/m², semakin rendah tahap produktiviti buruh
kerana ia dikira berdasarkan setiap minit. Formula bagi mengukur tahap produktiviti
buruh ini ialah seperti ini;
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja (min))
Kuantiti kerja (m²)
M= buruh-min/m²
75
4.5.1.1 Analisis kes Projek A
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
a) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
b) Kerja-kerja pemasangan acuan 8 Orang 7 Orang - 15 Orang
c) Acuan dibuka 1 Orang 4 Orang 3 Orang 7 Orang
Jumlah Keseluruhan 23 Orang
Jadual 4.23 Jumlah Buruh bagi Projek A
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 16 orang x 480 min = 9.26 buruh-min/m²
829 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 8 orang x 480 min = 4.63buruh-min/ m²
829 m²
Jadual 4.24 Analisis Produktiviti buruh Projek A
Data dan maklumat hasil daripada analisis dokumen yang dibuat menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh bagi Projek A adalah sebanyak 23 orang secara
keseluruhannya. Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 15 orang
dan bagi kerja membuka acuan pula adalah seramai 7 orang yang terdiri daripada pekerja
mahir, separa mahir dan tidak mahir. Bagi kerja-kerja menyelia pula, kedua-dua aktiviti
76
kerja ini mempunyai penyelia yang sama dan hanya memerlukan seorang penyelia.
Pengiraan produktiviti buruh telah dilakukan secara berasingan bagi mengetahui tahap
produktiviti buruh dengan lebih terperinci.
Bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia, produktiviti buruh adalah sebanyak
9.26 buruh-min/m² iaitu 16 orang jumlah keseluruhan buruh di darabkan dengan jumlah
waktu bekerja buruh dan dibahagikan dengan kuantiti kerja yang dibuat. Manakala bagi
kerja membuka acuan pula, jumlah produktiviti adalah sebanyak 4.63buruh-min/ m².
4.5.1.2 Analisis kes Projek B
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
a) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
b) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 8 Orang 10 Orang 20 Orang
c) Acuan dibuka 1 Orang 4 Orang - 5 Orang
Jumlah keseluruhan 26 Orang
Jadual 4.25 Jumlah Buruh bagi Projek B
77
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 21 orang x 480 min = 17.5buruh-min/m²
576 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min= 5.0 buruh-min/m²
576 m²
Jadual 4.26 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek B
Bagi Projek B pula hasil dari data dan maklumat yang diperolehi, menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh adalah sebanyak 26 orang iaitu bagi kerja yang melibatkan
pemasangan acuan dan juga bagi kerja membuka acuan. Bilangan buruh bagi kerja
pemasangan acuan adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada pekerja mahir, separa
mahir dan tidak mahir dan bagi kerja membuka acuan pula adalah seramai 5 orang.
Bagi kerja-kerja menyelia pula, kedua-dua aktiviti kerja ini juga mempunyai
penyelia yang sama dan hanya memerlukan seorang penyelia. Pengiraan produktiviti
buruh telah dilakukan secara berasingan bagi mengetahui tahap produktiviti buruh dengan
lebih terperinci. Bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia, produktiviti buruh adalah
sebanyak 17.5buruh-min/m² iaitu 21 orang jumlah keseluruhan buruh di darabkan dengan
jumlah waktu bekerja buruh dan dibahagikan dengan kuantiti kerja yang dibuat. Manakala
bagi kerja membuka acuan pula, jumlah produktiviti adalah sebanyak 5.0 buruh-min/m².
78
4.5.1.3 Analisis kes Projek C
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
d) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
e) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 8 Orang 10 Orang 20 Orang
f) Acuan dibuka 1 Orang 4 Orang - 5 Orang
Jumlah keseluruhan 26 Orang
Jadual 4.27 Jumlah Buruh bagi Projek C
Projek C menunjukkan bahawa jumlah bilangan buruh bagi kedua-dua jenis kerja
yang dilakukan adalah sebanyak 26 iaitu bagi kerja yang melibatkan pemasangan acuan
dan juga bagi kerja membuka acuan. Bagi kerja-kerja menyelia, kedua-dua aktiviti kerja
ini juga mempunyai penyelia yang sama dan hanya memerlukan seorang penyelia.
Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 20 orang yang terdiri
daripada pekerja mahir, separa mahir dan tidak mahir dan bagi kerja membuka acuan pula
adalah seramai 5 orang.
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 21 orang x 480 min = 22.4 buruh-min/m²
450 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 6.4 buruh-min/m²
450 m²
Jadual 4.28 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek C
79
Hasil daripada analisis yang telah dibuat, produktiviti buruh bagi kerja
pemasangan acuan menunjukkan nilai 22.4m²/jam dengan jumlah pekerja seramai 21
orang dan keluasan lantai yang dibina sebanyak 450 m². Bagi kerja membuka acuan pula,
produktiviti buruh adalah sebanyak 6.4 m²/jam dengan jumlah pekerja seramai 6 orang.
4.5.1.4 Analisis kes Projek D
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
g) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
h) Kerja-kerja pemasangan acuan 4 Orang 8 Orang - 12 Orang
i) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang 2 Orang 7 Orang
Jumlah keseluruhan 20 Orang
Jadual 4.29 Jumlah Buruh bagi Projek D
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 13 orang x 480 min = 20.12 buruh-min/m²
310 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 8 orang x 480 min = 12.38 buruh-min/m²
310 m²
Jadual 4.30 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek D
80
Jadual 4.29 menunjukkan jumlah tenaga buruh bagi Projek D yang telah diperolehi
hasil daripada pengumpulan data melalui dokumen-dokumen yang terlibat. Jumlah
keseluruhan tenaga buruh yang digunakan adalah seramai 20 orang iaitu seramai 12 orang
bagi kerja-kerja pemasangan acuan dan 7 orang bagi kerja-kerja membuka semula acuan.
Hasil daripada analisis yang dibuat, produktiviti bagi kerja pemasangan buruh adalah
sebanyak 20.12 buruh-min/m² dan sebanyak 12.38 buruh-min/m² bagi kerja-kerja
membuka semula acuan.
4.5.1.5 Analisis kes Projek E
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
j) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
k) Kerja-kerja pemasangan acuan 10 Orang 8 Orang 3 Orang 21 Orang
l) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah keseluruhan 27 Orang
Jadual 4.31 Jumlah Buruh bagi Projek E
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 22 orang x 480 min = 13.75 buruh-min/m²
768 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 3.75 buruh-min/m²
768 m²
Jadual 4.32 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek E
81
Data dan maklumat hasil daripada analisis dokumen yang dibuat menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh bagi Projek E adalah sebanyak 27 orang bagi kedua-dua
aktiviti iaitu bagi kerja yang melibatkan pemasangan acuan dan juga bagi kerja membuka
acuan. Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 21 orang dan bagi
kerja membuka acuan pula adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada pekerja mahir,
separa mahir dan tidak mahir. Bagi kerja-kerja menyelia pula, kedua-dua aktiviti kerja ini
mempunyai penyelia yang sama dan hanya memerlukan seorang penyelia. Pengiraan
produktiviti buruh telah dilakukan secara berasingan bagi mengetahui tahap produktiviti
buruh dengan lebih terperinci.
Bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia, produktiviti buruh adalah sebanyak
13.75 buruh-min/m² iaitu 22 orang jumlah keseluruhan buruh di darabkan dengan jumlah
waktu bekerja buruh dalam unit minit dan dibahagikan dengan kuantiti kerja yang dibuat.
Manakala bagi kerja membuka acuan pula, jumlah produktiviti adalah sebanyak 3.75
buruh-min/m².
4.5.2 Analisis terhadap Produktiviti Buruh bagi Acuan Hijau Plytec
Projek yang terlibat di dalam analisis produktiviti buruh bagi Acuan Hijau Plytec
ini ialah Projek F, Projek G,Projek H, Projek I dan juga Projek J. Bagi mengetahui tahap
produktiviti buruh terhadap kerja- kerja yang melibatkan acuan ini, suatu pengukuran
telah dibuat. Pengukuran ini juga dibuat berdasarkan kajian N. Mine et al., (2010) sama
seperti pengiraan produktiviti buruh bagi acuan konvensional.
82
4.5.2.1 Analisis kes Projek F
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
m) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
n) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 3 Orang 2 Orang 7 Orang
o) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah Keseluruhan 13 Orang
Jadual 4.33 Jumlah Buruh bagi Projek F
Data dan maklumat hasil daripada analisis dokumen yang dibuat menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh bagi Projek F adalah sebanyak 13 orang sahaja bagi kedua-
dua aktiviti iaitu bagi kerja yang melibatkan pemasangan acuan dan juga bagi kerja
membuka acuan. Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 7 orang
dan bagi kerja membuka acuan pula adalah seramai 5 orang. Bagi kerja-kerja menyelia
pula, kedua-dua aktiviti kerja ini mempunyai penyelia yang sama dan hanya memerlukan
seorang penyelia seperti di dalam projek yang menggunakan acuan konvensional.
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 8 orang x 480 min = 4.62 buruh-min/m²
831 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 3.47 buruh-min/m²
831 m²
Jadual 4.34 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek F
83
Analisis yang telah dibuat untuk Projek F ini menunjukkan bahawa produktiviti
buruh bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia adalah sebanyak 4.62 buruh-min/m²
iaitu dengan hanya 8 orang tenaga buruh yang diperlukan. Manakala bagi kerja membuka
acuan pula, jumlah produktiviti adalah sebanyak 3.47 buruh-min/m² dengan
menggunakan seramai 6 orang buruh dan keluasan lantai yang dibina adalah sebanyak
831 m².
Produktiviti bagi Projek F menunjukkan sedikit perbezaan dari segi nilainya yang
dilihat agak sedikit berbanding dengan projek-projek sebelum ini kerana Projek F ini
menggunakan jenis acuan hijau Plytec.
4.5.2.2 Analisis kes Projek G
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
p) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
q) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 8 Orang - 10 Orang
r) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah Keseluruhan 16 Orang
Jadual 4.35 Jumlah Buruh bagi Projek G
84
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 11 orang x 480 min = 7.54 buruh-min/m²
700 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 4.11 buruh-min/m²
700 m²
Jadual 4.36 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek G
Bagi Projek G pula hasil dari data dan maklumat yang diperolehi, menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh bagi kedua-dua jenis kerja yang dilakukan adalah
sebanyak 16 orang iaitu bagi kerja yang melibatkan pemasangan acuan dan juga bagi kerja
membuka acuan.
Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 10 orang termasuk
seorang penyelia dan bagi kerja membuka acuan pula adalah seramai 6 orang juga
termasuk dengan seorang penyelia. Pengiraan produktiviti buruh telah dilakukan secara
berasingan bagi mengetahui tahap produktiviti buruh dengan lebih terperinci.
Bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia, produktiviti buruh adalah sebanyak
7.54 buruh-min/m² manakala bagi kerja membuka acuan pula, jumlah produktiviti adalah
sebanyak 4.11 buruh-min/m².
85
4.5.2.3 Analisis kes Projek H
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
s) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
t) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 8 Orang - 10 Orang
u) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah Keseluruhan 16 Orang
Jadual 4.37 Jumlah Buruh bagi Projek H
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 11 orang x 480 min = 5.87 buruh-min/m²
900 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 3.2 buruh-min/m²
900 m²
Jadual 4.38 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek H
Jadual 4.37 menunjukkan jumlah tenaga buruh bagi Projek H yang telah diperolehi
hasil daripada pengumpulan data melalui dokumen-dokumen yang terlibat seperti yang
terdapat di dalam borang analisis dokumen seperti yang telah dilampirkan.
Jumlah keseluruhan tenaga buruh yang digunakan adalah seramai 16 orang iaitu
seramai 10 orang bagi kerja-kerja pemasangan acuan dan 5 orang bagi kerja-kerja
membuka semula acuan dan seorang penyelia bagi kerja acuan ini.
86
Manakala jadual 4.38 pula menunjukkan hasil daripada analisis yang dibuat
mengenai produktiviti bagi kerja pemasangan dam membuka acuan. Bagi kerja
pemasangan acuan nilai produktiviti adalah sebanyak 5.87 m²/jam dan hanya 3.2 m²/jam
bagi kerja-kerja membuka semula acuan.
4.5.2.4 Analisis kes Projek I
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
v) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
w) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
x) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah Keseluruhan 11 Orang
Jadual 4.39 Jumlah Buruh bagi Projek I
Bagi Projek I yang menggunakan sistem acuan hijau Plytec, jumlah tenaga buruh
yang diperlukan yang melibatkan aktiviti acuan pada struktur lantai atas ini ialah sebanyak
11 orang. 5 orang buruh diperlukan untuk kerja pemasangan acuan dan 5 orang buruh juga
digunakan untuk membuka acuan serta seorang penyelia untuk menyelia kerja-kerja acuan
ini.
Bagi Projek I, analisis produktiviti buruh yang melibatkan kedua-dua kerja
menunjukkan nilai produktiviti yang sama iaitu 4.86 buruh-min/m² dengan keluasan lantai
sebanyak 593 m².
87
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 4.86 buruh-min/m²
593 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 4.86 buruh-min/m²
593 m²
Jadual 4.40 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek I
4.5.2.5 Analisis kes Projek J
No
Kerja-kerja yang dilakukan
Kategori pekerja
Mahir Separa
mahir
Tidak
Mahir
Jumlah
y) Kerja-kerja menyelia acuan 1 Orang - - 1 Orang
z) Kerja-kerja pemasangan acuan 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
aa) Acuan dibuka 2 Orang 3 Orang - 5 Orang
Jumlah Keseluruhan 11 Orang
Jadual 4.41 Jumlah Buruh bagi Projek J
88
No Kerja-kerja yang dilakukan Produktiviti
a) Kerja pemasangan acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 6.20 buruh-min/m²
464 m²
b) Kerja membuka acuan dan
menyelia
M = (Bilangan pekerja x Bilangan jam bekerja)
Kuantiti kerja
M = 6 orang x 480 min = 6.20 buruh-min/m²
464 m²
Jadual 4.42 Analisis Produktiviti Buruh bagi Projek J
Data dan maklumat hasil daripada analisis dokumen yang dibuat menunjukkan
bahawa jumlah bilangan buruh bagi Projek J adalah sebanyak 11 orang bagi kedua-dua
aktiviti iaitu bagi kerja yang melibatkan pemasangan acuan dan juga bagi kerja membuka
acuan. Bilangan buruh bagi kerja pemasangan acuan adalah seramai 5 orang dan bagi kerja
membuka acuan pula adalah seramai 5 orang yang hanya melibatkan pekerja mahir dan
separa mahir .Bagi kerja-kerja menyelia pula, kedua-dua aktiviti kerja ini mempunyai
penyelia yang sama dan hanya memerlukan seorang penyelia. Pengiraan produktiviti
buruh telah dilakukan secara berasingan bagi mengetahui tahap produktiviti buruh dengan
lebih terperinci.
Bagi kerja pemasangan acuan dan menyelia, produktiviti buruh adalah sebanyak
6.20 buruh-min/m² iaitu dengan 6 orang jumlah keseluruhan buruh di darabkan dengan
jumlah waktu bekerja buruh dan dibahagikan dengan kuantiti kerja yang dibuat. Manakala
bagi kerja membuka acuan pula, jumlah produktiviti juga adalah sebanyak 6.20 buruh-
min/m².
89
4.6 Kesimpulan bagi objektif kedua
No
Maklumat yang diambil kira
Acuan Konvensional
Projek
A
Projek
B
Projek
C
Projek
D
Projek
E
Purata
Objektif Kedua a) Keluasan 829 576 450 310 768 -
b) Bilangan buruh bagi pemasangan acuan (orang) 16 21 21 13 22 -
c) Produktiviti buruh bagi pemasangan (buruh-min/m²) 9.26 17.50 22.40 20.12 13.75 16.60 d) Bilangan buruh bagi membuka acuan (orang) 8 6 6 8 6 -
e) Produktiviti buruh bagi membuka acuan (buruh-min/m²) 4.63 5.00 6.40 12.38 3.75 6.43
Jadual 4.43 Ringkasan Acuan Konvensional bagi objektif kedua
No
Maklumat yang diambil kira
Acuan Hijau Plytec
Projek
F
Projek
G
Projek
H
Projek
I
Projek
J
Purata
Objektif Kedua a) Keluasan 831 700 900 593 464 -
b) Bilangan buruh bagi pemasangan acuan (orang) 8 11 11 6 6 -
c) Produktiviti buruh bagi pemasangan (buruh-min/m²) 4.62 7.54 5.87 4.86 6.20 5.82 d) Bilangan buruh bagi membuka acuan (orang) 6 6 6 6 6 -
e) Produktiviti buruh bagi membuka acuan (buruh-min/m²) 3.47 4.11 3.20 4.86 6.20 4.37
Jadual 4.44 Ringkasan Acuan Hijau Plytec bagi objektif kedua
89
90
Jadual 4.43 dan Jadual 4.44 menunjukkan kesimpulan bagi objektif kedua.
Objektif kedua kajian ini adalah untuk membandingkan tahap produktiviti buruh dari segi
pemasangan acuan dan acuan dibuka. Analisis bagi objektif kedua ini menggunakan
formula berdasarkan kajian N. Mine et al., (2010) iaitu semakin rendah nilai buruh-
min/m², semakin tinggi tahap produktiviti buruh terhadap kerja tersebut. Berdasarkan
Jadual 4.43, purata keseluruhan bagi produktiviti buruh bagi kerja pemasangan acuan
adalah sebanyak 16.60 buruh-min/m² manakala bagi kerja membuka semula acuan pula
purata keseluruhan bagi kelima-lima projek adalah sebanyak 6.43 buruh-min/m².
Analisis mengenai acuan hijau Plytec pula menunjukkan secara puratanya
produktiviti buruh bagi kerja pemasangan adalah sebanyak 5.82 buruh-min/m². Bagi
kerja-kerja membuka acuan pula, purata bagi produktiviti buruh adalah sebanyak 4.37
buruh-min/m².
Melalui analisis ini, acuan hijau Plytec menunjukkan nilai buruh-min/m² yang
lebih rendah sama ada dari segi kerja pemasangan dan kerja membuka semula. Hal ini
terbukti kerana acuan hijau Plytec hanya memerlukan 5.82 buruh-min/m² untuk
memasang acuan berbanding acuan konvensional yang memerlukan 16.60 buruh-min/m²
iaitu satu nilai produktiviti yang agak tinggi untuk memasang acuan dan nilainya tiga kali
ganda lebih tinggi dari acuan hijau Plytec.
Bagi kerja membuka acuan pula, acuan hijau Plytec juga menunjukkan nilai buruh-
min/m² yang lebih rendah berbanding acuan konvensional. Acuan hijau Plytec hanya
memerlukan 4.37 buruh-min/m² untuk membuka acuan tetapi acuan konvensional
memerlukan 6.43 buruh-min/m² iaitu satu nilai buruh-min/m² yang agak tinggi dan ini
menunjukkan tahap produktiviti buruh yang rendah.
91
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai kesimpulan dan cadangan secara
keseluruhan bagi kajian yang telah dijalankan. Kesimpulan kajian ini merangkumi
objektif-objektif kajian untuk memastikan matlamat kajian ini tercapai. Batasan kajian
dan cadangan kajian lanjutan juga akan disertakan bagi penambahbaikan untuk kajian
pada masa akan datang.
Secara keseluruhan, bab ini menghuraikan rumusan pada capaian objektif kajian
pertama dan juga objektif kedua iaitu untuk membandingkan tempoh pembinaan sistem
acuan konvensional dan sistem acuan hijau Plytec pada struktur lantai atas dan
membandingkan produktiviti buruh di dalam sistem acuan konvensional dan juga sistem
acuan hijau Plytec. Selain itu, terdapat beberapa batasan kajian yang dikenal pasti ketika
menjalankan kajian dan terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang dapat
meningkatkan tahap pembinaan sesuatu projek dengan penggunaan acuan hijau ini.
92
5.2 Kesimpulan kajian
Kajian bab ini akan menentukan sama ada hasil dapatan memenuhi objektif yang
telah ditetapkan pada awal kajian ataupun tidak. Setiap analisis telah menerangkan
keputusan kajian dan hasil kajian akan di terangkan pada objektif satu dan dua seperti di
bawah:-
5.2.1 Objektif 1: Tempoh pembinaan Acuan Konvensional dan Acuan Hijau Plytec
pada struktur lantai atas
Berdasarkan hasil dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak
perbezaan yang melibatkan kedua-dua acuan ini. Hasil daripada kajian yang telah di
analisis, penggunaan acuan hijau plytec di lihat lebih cepat berbanding acuan
konvensional. Hal ini kerana purata bagi kerja-kerja pemasangan acuan menujukkan
acuan hijau plytec lebih cepat dan banyak penjimatan masa kerana acuan ini mampu
disiapkan sebanyak 113 m²/hari berbanding acuan konvensional yang hanya mampu
menyiapkan keluasan yang kecil iaitu sebanyak 38 m²/hari sahaja. Acuan hijau plytec
bukan sahaja cepat dari segi pemasangannya tetapi bagi kerja-kerja membuka acuan juga
acuan ini menunjukkan keluasan yang agak besar untuk disiapkan bagi sehari iaitu
sebanyak 117 m²/hari berbanding acuan konvensional yang hanya mampu disiapkan
sebanyak 109 m²/hari sahaja.
5.2.2 Objektif 2: Produktiviti Buruh
Penggunaan buruh yang ramai tidak dapat menjadikan tahap produktiviti sesuatu
kerja itu meningkat , hal ini kerana kesemua projek yang menggunakan acuan
konvensional mencatatkan nilai buruh-min/m² yang agak tinggi. Oleh kerana pengiraan
ini dikira berdasarkan minit, semakin tinggi nilai buruh-min/m², semakin rendah tahap
93
produktiviti buruh. Melalui analisis ini, acuan hijau plytec menunjukkan nilai buruh-
min/m² yang lebih rendah sama ada dari segi kerja pemasangan dan kerja membuka
semula. Hal ini terbukti kerana acuan hijau plytec hanya memerlukan 5.82 buruh-min/m²
untuk memasang acuan berbanding acuan konvensional yang memerlukan 16.60 buruh-
min/m² iaitu satu nilai produktiviti yang agak tinggi untuk memasang acuan dan nilainya
tiga kali ganda lebih tinggi dari acuan hijau plytec.
Bagi kerja membuka acuan pula, acuan hijau plytec juga menunjukkan nilai buruh-
min/m² yang lebih rendah berbanding acuan konvensional. Acuan hijau plytec hanya
memerlukan 4.37 buruh-min/m² untuk membuka acuan tetapi acuan konvensional
memerlukan 6.43 buruh-min/m² iaitu satu nilai buruh-min/m² yang agak tinggi dan ini
menunjukkan tahap produktiviti buruh yang rendah.
5.3 Batasan kajian
Semasa kajian dilaksanakan , terdapat beberapa masalah yang dihadapi untuk
mencapai objektif kajian terutamanya di peringkat mengumpul data. Antaranya ialah :
a) Sukar untuk mendapatkan nombor telefon pihak yang menguruskan projek bagi
mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
b) Sebahagian dokumen yang diperlukan adalah sulit dan terdapat pihak yang tidak
membenarkan untuk mengambil sebarang salinan dan juga gambar. Sebarang
maklumat yang diperlukan hanya boleh di ambil atau terus ditulis pada borang
analisis dokumen.
94
5.4 Cadangan kajian lanjutan
Kajian yang telah dilaksanakan adalah terhadap tempoh masa dan bilangan buruh
sahaja. Setelah melaksanakan kajian ini, didapati terdapat beberapa kajian yang boleh
dilaksanakan bagi mengembangkan lagi hasil kajian ini. Cadangan kajian lanjutan tersebut
ialah:
a) Kajian mengenai perbandingan Kos diantara kedua-dua jenis acuan di dalam
penggunaannya untuk tempoh jangka masa yang panjang.
b) Kajian mengenai penghasilan sisa bahan pembuangan dari pelbagai jenis acuan
yang digunakan di dalam industri pembinaan.
5.5 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan berjaya mencapai kedua-dua
objektif yang diiginkan. Melalui analisis yang dijalankan ini, penyelidik dapat
memastikan samada penggunaan acuan yang manakah lebih bagus untuk digunakan dari
segi kepantasan dan juga pengurangan buruh binaan. Hasil dari analisis yang diperolehi
sudah terbukti bahawa sistem acuan hijau plytec ini mengambil masa yang tidak lama
untuk dipasang serta ia juga mudah dibuka semula. Penggunaan acuan hijau plytec ini di
masa depan diharap mampu menjadikan sesuatu projek bergerak dengan lebih cepat dan
pengurangan tenaga buruh yang ramai.
95
RUJUKAN
Abdul Kadir. W.P. Lee M.S. Jaafar S.M. Sapuan A.A.A. Ali, (2006),"Construction
performance comparison between conventional and industrialised building
systems in Malaysia", Structural Survey, Vol. 24 Iss 5 pp. 412 – 424
Amitm. (2012). Bab 3 Kotak Bentuk Retrieved October 10, 2016, from
http://www.slideshare.net/azmitm135/bab-3-10812008
Ary, D., Jacobs, L. C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education.
Australia: Wadsworth, Thomson Learning.
Chudley, R., & Greeno, R. (2013). Building construction handbook. London: Routledge.
Collins Cobuild learner's dictionary. (1996). London: HarperCollins.
Cooke, B., & Yusof, Z. M. (1996). Kontrak perancangan & prosedur berkontrak. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Pearson/Merrill
Prentice Hall.
Denzin, N. K. (1994). Introduction: Entering the Field of Qualitative Research (bab 1).
Dalam: Norman K. Denzin dan Yvonn S. Lincoln (ed). 1994. Handbook of
Qualitative Research.
Ply Tec Green formwork System Industries Sdn Bhd. Retrieved October 1, 2016 from
http://www.plytecformwork.com/green-formwork
Hanna, A. S. (1999). Concrete formwork systems. New York: Marcel Dekker.
96
Hassin, S. (2010). The element identification for suitable formwork system (Degree
thesis, Universiti Teknologi Malaysia).
IBS akan segerakan pembinaan rumah mampu milik - CIDB: Retrieved October 1, 2016
from http://www.bharian.com.my/node/11627.
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
McGraw Hill.
Illingworth, J. R. (1993). Construction methods and planning. London: E & FN Spon.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29
Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor
Darul Ta'zim.
Kerlinger, F.N. & Pedhazur, E.J. (1973). Multiple regression in behavioral research.
New York:Holt, Rinehart, and Winston.
Kim, G. H., An, S. H., Cho, H. H., Seo, D. S., & Kang, K. I. (2005). Improved
productivity using a modified table formwork system for high-rise building in
Korea. Building and environment, 40(11), 1472-1478.
Likin, S. (2008). Pekerja Asing di Malaysia: Keperluan Atau Pembaziran Modal
Insan Tempatan.Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.
Miles, M.B., & A. M. Huberman (1994) . Qualitative data analysis: An expanded
sourcebook (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage
Muhd. Yusof Ibrahim, (2000). Ilmu Sejarah: Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
97
Nawi, T., & Azrin, T. M. (2013). Penggunaan sistem bangunan berindustri (IBS) bagi
pembinaan bangunan dalam kalangan kontraktor di Negeri Kelantan (Doctoral
dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
N.Mine,S.H. Wai,T.C. Lim an An observational study on the productivity of formwork
in building construction.
Proverbs DG, Holt GD, Olomolaiye PO, (1998). Factors impacting construction project
duration: a comparison between France,Germany and the UK Building and
Environment 1999;34:197–204.
Punch, K. F. (2001) , Introduction to Social Research Quantitative and Qualitative
Approaches. London: Sage.
Rancangan Malaysia Kesebelas – rmk11.epu.gov.my.(n.d). Retrieved October 30, 2016,
from http:/rmk11.epu.gov.my/book/bm/Rancangan-Malaysia-Kesebelas/Buku
RMKe-11.pdf
Robson, C. (2002). Real World research. London : Blackwell Publishing
Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Prentice Hall.
Shahbani, S. (2015). KOTAK BENTUK 2 - Documents. Retrieved November 5, 2016,
from http://documents.tips/documents/kotak-bentuk-2.html
Transformasi sektor pembinaan. (n.d.). Retrieved October 30, 2016, from
http://www.bharian.com.my/node/61449
Wallen ,Fraenkel, Jack R. &, Norman E. 1993. How To design and Evaluate Research in
Education. New York: McGraw-Hill.
Y. Miyatake. Journal Of Management In Engineering / July/August 1996., 12(4): 23-27.
98
Na/dab/2017
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
BORANG ANALISIS DOKUMEN BERKAITAN TAJUK
PENGGUNAAN ACUAN HIJAU ‘PLYTEC’ DI DALAM PROJEK PEMBINAAN
OBJEKTIF:
Untuk membandingkan tempoh masa pemasangan acuan dan acuan dibuka bagi struktur lantai atas dalam penggunaan sistem
acuan hijau Plytec dengan acuan konvensional.
Membandingkan nilai produktiviti buruh yang diperlukan dalam sistem acuan hijau Plytec dengan acuan konvensional.
Disediakan oleh:
Pelajar: Nur Amirah Binti Abd Jabar
No IC: 930721-11-5096
No Matrik: B14BE0043
Tel: 013-6777240
Email: [email protected]
Penyelia: En. Ismail Bin Haron
99
Na/dab/2017
BAHAGIAN A
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang projek.
1. Nama Projek
2. Klien
3. Kontraktor Utama
4. Jumlah Kontrak
5. Tarikh Projek Bermula
6. Tarikh Projek
Berakhir
7. Tempoh Kontrak
100
Na/dab/2017
BAHAGIAN B
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif pertama kajian iaitu tempoh masa pemasangan acuan dan
acuan dibuka bagi struktur lantai atas dalam penggunaan sistem acuan hijau Plytec dengan acuan konvensional.
TAJUK KAJIAN : PENGGUNAAN ACUAN HIJAU ‘PLYTEC’ DI DALAM PROJEK PEMBINAAN
PROJEK
________
JENIS DOKUMEN
JENIS ACUAN YANG DIGUNAKAN
SEWA/BELI
* Jika menggunakan Acuan Hijau Plytec
KELUASAN LANTAI
KELUASAN ACUAN YANG DIBINA
JENIS REKABENTUK LANTAI
ANGGARAN KITARAN MASA
(Hari)
Kerja-kerja pemasangan acuan
Pemasangan Tetulang Besi
Pengkonkritan dan pengawetan
Acuan dibuka
101
Na/dab/2017
BAHAGIAN C
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kedua kajian iaitu membandingkan nilai produktiviti buruh
yang diperlukan dalam sistem acuan hijau Plytec dengan acuan konvensional
TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN ACUAN HIJAU ‘PLYTEC’ DI DALAM PROJEK PEMBINAAN
PROJEK
________
JENIS DOKUMEN
KELUASAN LANTAI
KELUASAN ACUAN YANG DIBINA
TENAGA BURUH YANG TERLIBAT
Mahir Separa Mahir Tidak Mahir
102
Na/dab/2017
JUMLAH TENAGA BURUH PADA
SETIAP AKTIVITI
Tugas yang
dilakukan
TENAGA BURUH (ORANG)
MAHIR
SEPARA MAHIR
TIDAK MAHIR
Menyelia
kerja-kerja
pemasangan
acuan
Kerja-kerja
pemasangan
acuan
Acuan dibuka
103
Na/dab/2017
SENARAI NAMA PROJEK/KONTRAKTOR TERLIBAT
BIL. NAMA PROJEK DAN KONTRAKTOR
1. Sri Binaraya Sdn Bhd
Pandan Mas-Parcel A (Rumah Mampu Milik)
2. EGI Construction sdn bhd
MM RESIDENCY
3. Johawaki Sdn Bhd
Hospital DEMC,Pakar Wanita dan Kanak-kanak
4. Cicet (M) Corporation Sdn Bhd
Pembangunan satu blok Apartment
5. E & J Construction Sdn Bhd
Apartment, Puchong
6. Projek Twin Danga
Sourthen Builders Sdn Bhd
7. Pembinaan Bangunan-bangunan Kerajaan
Sunway Construction
8. Capital 21
Twin Unitrade
9. Pasaraya Besar Mydin
Jurustra Sdn Bhd
10. Aliff Avenue
Sourthen Builders Sdn Bhd