November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA...
Transcript of November 2018 - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/wacana_minda/WACANA...
R
November 2018
SPPsi, BSM, JPM (2018) 1
APAKAH ITU KECELARUAN PERSONALITI?
Kecelaruan Personaliti boleh didefinisikan sebagai
ketidakstabilan trait personaliti yang menyebabkan
gangguan. Ia juga merupakan pola tingkah laku yang
telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong
daripada kebiasaan budaya.
Kecelaruan Personaliti terbahagi kepada 3
kluster iaitu:
1) Aneh dan Eksentrik
2) Dramatik dan Emosional
3) Kerisauan dan ketakutan
Secara umumnya, kecelaruan personaliti
mempengaruhi keseluruhan emosi dan tingkah laku
dimana ianya bermula di awal usia remaja. Ianya
lebih bersifat kekal, tidak fleksibel dan tidak
menentu sehinggakan menyebabkan tekanan yang
teruk.
Masalah yang sering timbul dalam tingkah laku
kecelaruan personaliti biasanya melibatkan
kegagalan mengawal diri sendiri dan
menghadapi kesukaran membina hubungan
rapat.
Diantara klasifikasi yang disenarai sebagai
kecelaruan personaliti adalah seperti:
1) Paranoid 5) Pinggiran
2) Skizoid 6) Histrionik
3) Anti Sosial 7) Narsisistik
4) Mengelak, Bergantung, Obsesif - Kompulsif
SPPsi, BSM, JPM (2018)2
KECELARUAN PERSONALITI
KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?
Ia mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang sentiasa menyimpang daripada kebenaran yang normal. Kepercayaanyang dialami menyebabkan mereka bertindak balas.
Ciri-ciri penghidap skizofrenia ini adalah halusinasi, mempunyai identiti lain, mempercayai kuasa dan menunjukkankemarahan dan curiga berlebihan.
PARANOID
Ia merupakan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan norma masyarakat. Penghidap kecelaruan ini adalah seorang yanganti dengan nilai kemasyarakatan yang wujud dan amat manipulatif dan mempunyai tahap empiti diri yang kurang.
Ciri-ciri Anti Sosial
Gagal mematuhi undang-undang yang ada dalam masyarakat
Berulang kali melakukan penipuan dan manipulasi
Sukar untuk mengenalpasti kesalahan sendiri
Tidak bertanggungjawab
Tidak hirau akan keselamatan diri dan orang lain.
Kecelaruan ini meresapi seseorang apabila ia berpisah daripada perhubungan dengan masyarakatnya atau apabila ia menyekatdan membataskan tahap peluahan esmosinya dalam perhubungan interpersonal dalamlingkungannya. Kecelaruan ini berlakusejak zaman awal kanak-kanak melalui pelbagai tingkah laku.
Seseorang yang mempunyai kecelaruan ini tidak mempunyai kawan rapat atau tempat untuk mengadu masalah dan tidak sukamemikirkan apa yang orang lain fikir tentang dirinya.
Mereka lebih suka sendirian dan berkhayal. Seseorang yang mengalami kecelaruan ini adalah seseorang yang introvet danmempunyai ciri yang berkekalan yang menyebabkan tingkah laku dan cara berfikir sama dalam berbagai-bagai konteks ataukeadaan.ANTI SOSIAL
SKIZOID
SPPsi, BSM, JPM (2018)3
KECELARUAN PERSONALITI
Merupakan seorang yang sengaja mengelakan diri daripada berhubungan dengan orang lain kerana takut dihina dantidak diterima. Antara tanda lain :
i. Bersikap terlalu berjaga-jaga
ii. Agak menggelabah
iii. Ketegangan dan rasa takut
iv. Bimbang mereka akan diejek dan menangus
v. Perhubungan terhad dan tiada tempat mengadu
vi. Mengharapkan kasih sayang dan penerimaan orang lain
MENGELAK, BERGANTUNG, OBSESIF - KOMPULSIF
Menggambarkan corak ketidakstabilan sifat dalam hubungan personal. Kecelaruan ini merupakan imej kenduri yang memperlihatkanbentuk yang tidak baik dan kelemahan kawalan daripada desakan hati. Mereka akan sentiasa berada dalam ketakutan sehinggamembawa kepada ancaman mencederakan diri dan bunuh diri.
PINGGIRAN
SPPsi, BSM, JPM (2018) 4
KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?
KECELARUAN PERSONALITI
Seseorang yang mengalami kecelaruan personaliti histrionik ini suka bergembira dalam keadaan yang melampau dan terlaludramatik. Antara ciri lain :
i. Tidak selesa apabila diberikan perhatian
ii. Bercakap dengan cara mengoda yang tidak sesuai dengan konteks sosial
iii. Sering berubah emosi kerana inginkan perhatian orang
iv. Memperlihatkan percakapan yang kurang jelas
Seseorang yang berkelakuan yang berlebih-lebihan dan sering mengharapkan pujian dan kurang empati. Antara ciri lain:
i. Merasakan dirinya teramat penting
ii. Berkhayal tentang kecantikan, kekayaan, pangkat
iii. Merasakan dirinya unik dan mempunyai kedudukan yang istimewa
iv. Marah apabila sesuatu kemahuannya tidak dipenuhi
HISTRIONIK
NARSISISTIK
SPPsi, BSM, JPM (2018)5
KLASIFIKASI KECELARUAN PERSONALITI?
KECELARUAN PERSONALITI
RAWATAN
i. Terapi Psikoanalitik Menggunakan kaedah perkaitan bebas, interpretasi rintangan,
tranferens, katarsis dan analisis mimpi
ii. Terapi Tingkahlaku Mempelajari tingkahlaku yang positif seperti bersosialisasi,
pengurutan kendiri, dan cara relaksasi bagi membuang tabiatyang tidak diingini
Psikoterapi
SPPsi, BSM, JPM (2018) 6
KECELARUAN PERSONALITI
i. Anti-depressants Ubat ini berguna jika pesakit mempunyai perasaan tertekan, marah, impulsif,
cepat marah atau putus asa, yang boleh dikaitkan dengan gangguan personaliti
ii. Mood stabilizers Penstabil mood boleh membantu perubahan mood walaupun dapat mengurangkan
keresahan, tekanan dan kemarahan
Ubat-Ubatan Pesakit Kecelaruan Personaliti selalunya diberikan ubat :
iii. Anti-psychotic medications Juga dipanggil neuroleptik, ia boleh mambantu jika simptom kecelaruan
personaliti termasuklah kehilangan hubungan dengan realiti (psikosis) atau jikaada kebimbangan atau kemarahan
iv. Anti-anxiety medications Dapat membantu jika pesakit mempunyai kebimbangan, pergolakan atau
insomnia. Tetapi boleh meningkatkantingkah laku impulsif
SPPsi, BSM, JPM (2018)7