Notis Konvo_37 - BM (2013).pdf
-
Upload
hairi-md-jali -
Category
Documents
-
view
277 -
download
4
description
Transcript of Notis Konvo_37 - BM (2013).pdf
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
1
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-37 (TAHUN 2013)
1. Tarikh Majlis Konvokesyen
1.1 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-37 akan diadakan di Pusat Kebudayaan
dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:
Tarikh : 26 hingga 29 Oktober 2013
Hari/Sesi :
Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (4 hari/8 sesi)
Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyen
termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran 1 (A & B)) melalui laman
web rasmi Bahagian Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my.
2. Kehadiran Graduan
2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklah
biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau
Diploma dikurniakan tanpa hadir.
2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.
2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.
3. Yuran Graduan
3.1 Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:
Graduan Diploma Pendidikan (DPLI)
Graduan Ijazah Bacelor
Graduan Diploma
: RM 100.00
: RM 100.00
: RM 75.00
3.2 Yuran Graduan UPM/Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/EKSEKUTIF yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) sama
ada menggunakan:-
(a) SLIP BANK CIMB Bank bayaran kepada “BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA”; ATAU
(b) CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang disediakan oleh CIMB
Bank Berhad. (Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web
http://www.cimbclicks.com.my); ATAU
(c) Kad kredit MasterCard atau Visa. Graduan boleh membuat pembayaran melalui kad kredit dengan:
(i) mengisi Borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit Authorisation Form) dan
menghantar melalui faksimili ke 03-89472048. Borang berkenaan boleh diperolehi
melalui laman web http://www.bursar.upm.edu.my/ di bawah menu KEWANGAN PELAJAR.
(ii) hadir ke Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
2
UPM. Wakil graduan yang ingin membuat pembayaran bagi pihak graduan perlu mengetahui nombor matrik graduan untuk dimaklumkan kepada petugas kaunter.
(PERINGATAN : Kadar minima bagi pembayaran melalui kad kredit di kaunter adalah sebanyak RM100.00).
(d) Melalui Kad Kredit Visa/Master Card dan Debit Card di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran UPM atau kaunter sementara Bendahari yang
berada di Kompleks Akademik Pusat pada 19-24 Oktober 2013.
3.3 Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar pada
bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari III (Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM). Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh
konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) dijelaskan.
3.4 Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan:
(a) SLIP BAYARAN WANG TUNAI MASUK CIMB BANK NO. AKAUN 12150007457053. Graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan SLIP BANK tersebut (salinan
Bendahari UPM) sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN : JANGAN POS SLIP BANK KE UPM); ATAU
(b) Perkhidmatan CIMBClicks, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan cetakan transaksi wang yang mempunyai nombor rujukan transaksi (8 digit yang telah berjaya
dikreditkan ke akaun Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang).
3.5 Graduan/wakil graduan yang tidak membawa mana-mana salinan transaksi di atas, mereka hanya boleh datang untuk meminjam pakaian akademik sehari selepas (untuk proses
pengesahan) urusan pembayaran menggunakan CIMBClicks dilaksanakan.
4. Kajian Pengesanan Graduan
Graduan juga dikehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2013 Secara ‘On-line’
bermula 9 Oktober 2013 (Rabu) melalui sistem kajian seperti berikut:
(a) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
(Laman Web: http://graduat.mohe.gov.my)
* Sila cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). Kegagalan graduan mengemukakan slip pengesahan ini akan menyebabkan kerumitan
semasa berurusan sepanjang minggu konvokesyen berlangsung.
5. Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik
5.1 Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam pakaian
akademik. Pengesahan membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.
5.2 Graduan (Prasiswazah) DIKEHENDAKI mengemaskini kedua-dua borang pinjaman pakaian akademik seperti berikut:
(a) borang secara ‘online’ melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di
menu ‘Mykonvokesyen’ (borang pakaian akademik);
(b) borang pinjaman pakaian akademik (hard copy) yang disertakan.
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
3
5.3 Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon), sehelai
hood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board. Manakala pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan satu unit mortar board.
5.4 Graduan diminta memastikan:
(a) jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan, Ijazah
Bacelor atau Diploma;
(b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti;
(c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna.
5.5 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubah suai mana-mana bahagian
pakaian akademik yang dipinjam.
5.6 Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat,
UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancar dan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki mengenal pasti
dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut:
Mulai 19 - 24 Oktober 2013 (Sabtu - Khamis)
Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat
19 – 20 Oktober 2013 (Sabtu & Ahad)
8.30 pg – 4.30 ptg
Semua Sesi
(Pastikan semua graduan melalui semua kaunter yang disediakan
oleh pihak Urus Setia bagi mengelakkan sebarang masalah
ketika menyertai Majlis
Konvokesyen kali ke-37 berlangsung)
21 – 22 Oktober 2013
(Isnin & Selasa)
8.30 pg – 1.00 tgh
1.00 tgh – 2.15 ptg (Rehat)
2.15 ptg – 4.30 ptg
23 – 24 Oktober 2013 (Rabu & Khamis)
2.15 – 4.30 ptg
Kaunter pakaian akademik ditutup
sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan
Raptai Konvokesyen
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen :
i. 23 Oktober 2013 jam
(9.00 pagi hingga 1.00 petang) - bagi graduan yang
menerima skrol pada sesi 1,
2, 3 dan 4; dan
ii.24 Oktober 2013 (9.00 pagi hingga 1.00
petang)
- bagi graduan yang menerima skrol pada sesi
5,6,7 dan 8
5.7
Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada atau selewat-lewatnya 1 November 2013 (Jumaat) sebelum jam 4.30 petang di Kompleks Akademik
Pusat, UPM.
(Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan di
dalam album/skrol semasa hari konvokesyen).
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
4
5.8 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat memulangkan pakaian akademik mulai 4 November 2013 (Isnin) iaitu RM10.00 hari pertama selepas
tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan
Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian
akademik.
5.9 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.
5.10 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan
skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayarannya adalah seperti berikut:
Program Jumlah Bayaran (RM)
Jubah Hood Mortar Board Bonnet Ijazah Bacelor 280.00 35.00 50.00 -
Diploma 150.00 - 50.00 -
Master 400.00 35.00 50.00 -
PhD 750.00 35.00 - 75.00
6. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen
6.1 Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen di dalam majlis itu
hendaklah berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1):-
Wanita
- pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh,baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik.
- Warna pakaian adalah bebas. - Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung
kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing (program Bacelor).
- Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan
belakang. - Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut berwarna cerah
atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN. - Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN. - Pant suits adalah dibenarkan. - TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menutup muka.
Lelaki - Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot, berseluar slack
berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik.
- Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN.
- Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK DIBENARKAN. - Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.
6.2 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya
mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI
peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor dan Diploma.
7. Kad Jemputan
7.1 Kad jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
5
7.2 Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.
7.3 Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan bagi
menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
8. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen
8.1 Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:
(a) 23 Oktober 2013 jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol untuk
sesi 1,2,3 dan 4 (rujuk Lampiran 1A).
(b) 24 Oktober 2013 jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan
yang telah ditetapkan menerima skrol untuk sesi 5,6,7 dan 8 (rujuk Lampiran 1B).
8.2 Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami acara
yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.
8.3 Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokesyen UPM Ke-37.
9. Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen
Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM (rujuk di
Lampiran 4)
UPM mempunyai lorong khas untuk laluan basikal di dalam kampus. Mohon kerja sama ibu bapa dan graduan untuk tidak meletak kenderaan di lorong laluan basikal berkenaan bagi melancarkan urusan lalu lintas di dalam kampus. 9.1 Sesi Pagi
Graduan yang hadir untuk sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam
7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi.
9.2 Sesi Petang
Graduan yang hadir untuk sesi petang hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 1.45 tengah hari tersebut. Perarakan graduan akan bermula pada jam 2.10 petang.
Surau disediakan di Bangunan Pentadbiran dan di sisi kiri dan kanan Pusat Kebudayaan dan
Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selain dari Masjid UPM untuk memudahkan
graduan beragama Islam menunaikan solat fardu Zohor.
9.3 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi arahan-
arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas.
9.4 Graduan diingatkan tidak membawa beg tangan atau barang-barang berharga semasa
berkumpul untuk sesi perarakan graduan bagi mengelakkan kehilangan dan masalah timbul semasa sesi perarakan graduan.
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
6
9.5 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen.
9.6 Ibu bapa dan tetamu dinasihati untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
9.7 Ibu bapa dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan mengganggu kedudukan tetamu yang lain.
9.8 Graduan kelainan upaya (mengandung, cacat atau kecederaan) yang memerlukan bantuan
peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia
Majlis Konvokesyen di talian 03-89466026/6250.
9.9 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung.
9.10 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga
majlis selesai.
10. Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan
10.1 Pakaian - Tetamu Lelaki
- Tetamu Perempuan
:
:
:
Kebangsaan/Lounge Suit /Batik /Tertib
Songkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3
Kebangsaan/Sopan
10.2 Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas.
10.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak
dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.
10.4 Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu, dan para graduan masuk dan ketika
berada didalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
UPM. Sila rujuk Pelan Dewan berkenaan di Lampiran 5.
11. Cara Pengurniaan
11.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.
11.2 Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas pentas samada daripada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor.
12. Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma
12.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma masing-masing sebaik sahaja sesi konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yang yuran tersebut telah dijelaskan;
(b) Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti. Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang telah
memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip.
(c) Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma UPM Serdang, skrol/transkrip mereka
boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM, pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk makluman yang dimuatkan dalam album dan skrol selepas majlis
pengurniaan/penyampaian Ijazah Bacelor dan Diploma.
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
7
(d) Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari UPM Education & Training Sdn. Bhd. atau Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.
(e) Graduan yang masih berhutang dengan UPM/UPM Education & Training Sdn. Bhd./ Unit
Program Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum 18
Oktober 2013 bagi tujuan skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan. Sila kembarkan resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan
hutang telah dijelaskan.
(f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah Bacelor
atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka.
Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil
tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar, Bahagian Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinan
fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hingga
f) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma diserahkan kepada wakil.
Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Unit
Program Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan nama, nombor kad
pengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang dilantik.
(g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
13. Turut disertakan adalah :
13.1 Tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan graduan untuk Majlis Konvokesyen Ke-37 UPM (2013) (Lampiran 2).
13.2 Senarai semak untuk membantu graduan melaksanakan perkara yang diperlukan bagi memastikan
Majlis Konvokesyen berjalan lancar (Lampiran 3).
Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke- 37 berjalan lancar. Sebarang pertanyaan, sila
hubungi talian telefon berikut: 03-8946 6060/6250/6054/6026.
The English version of the information on the 37th UPM Convocation Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my
Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
Serdang Selangor
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
8
LAMPIRAN 1A
BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37
Sesi 1 (Sabtu) 26 Oktober 2013 – Pagi
Sesi 2 (Sabtu) 26 Oktober 2013 – Petang
Nama Program Doktor Falsafah (A ke L) - SPS Doktor Falsafah - PBS Master Pembangunan Sumber Manusia - SPS Master Sains - FPAS, FEP, FRSB, INTROP Master Pentadbiran Perniagaan - Kewangan -PBS Bacelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar Bacelor Sains Teknologi Kayu Bacelor Sains Hortikultur Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian-Kimia) - FS Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat ) Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Bacelor Sains (Dietetik) Bacelor Pengajian Pengguna Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris) Diploma Kejuruteraan Pertanian - UPMKB
Nama Program Master Alam Sekitar - SPS Master Ekonomi Master Pengurusan Kejuruteraan Master Pengurusan Perladangan Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar Master Pengurusan - PBS Bacelor Pertanian (Akuakultur) Bacelor Perakaunan Bacelor Sains (Kepujian) - FS - Biologi - Fizik Bacelor Kejuruteraan (Awam) Bacelor Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) Bacelor Sastera (Bahasa Asing ) Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) Bacelor Sains (Bioteknologi) Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan - UPMKB
Sesi 3 (Ahad) 27 Oktober 2013 – Pagi
Sesi 4 (Ahad) 27 Oktober 2013 – Petang
Nama Program Doktor Falsafah (M ke Z) - SPS Master Sains Komputer
Master Sains Pertanian Master Kesusasteraan Melayu Master Sains - INSPEM Master Sains - PBS Master Pentadbiran Perniagaan - Tadbir Urus Korporat Doktor Perubatan Doktor Perubatan Veterinar Bacelor Pentadbiran Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa Bacelor Sains (Kepujian) - FS - Kimia Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Bacelor Kejururawatan Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) Diploma Perikanan - UPMKB
Nama Program Master Sains - SPS - FPSK, FS, FSPM (Bintulu), IPSAS, FPP, FSTM,
- IG, HALAL, ITMA Master Kejuruteraan Air Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan Master Kejuruteraan Lebuhraya & Pengangkutan Bacelor Sains Perhutanan Bacelor Sains (Perniagaantani) Bacelor Sains (Kepujian) - FS - Kimia Perindustrian - Kimia Petroleum Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Fizik - FS Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai
Bahasa Pertama) Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar
Diploma Pertanian - UPMKB
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
9
LAMPIRAN 1B BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37
Sesi 5 (Isnin) 28 Oktober 2013 – Pagi
Sesi 6 (Isnin) 28 Oktober 2013 – Petang
Nama Program Master Sains Veterinar - SPS Master Komunikasi Korporat Master Kesusasteraan Dunia Master Kejuruteraan Alam Sekitar Master Pentadbiran Perniagaan - PBS Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian- Matematik) - FS Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan) Bacelor Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
Bacelor Pendidikan ( Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
- Sandwich Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) Bacelor Senibina Landskap Bacelor Reka Bentuk (Seni Bina) Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) Bacelor Senibina Bacelor Sains dan Teknologi Makanan Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris ) Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) - UPEFBMK Bacelor Sains (Kepujian) - FBSB Diploma Pengurusan Perladangan Makanan - UPMKB
Nama Program Master Sains - SPS - FBSB,FEM,FK,IBS,FP Master Linguistik Terapan Master Penderiaan Jauh & Sistem Maklumat Geografi Master Sastera Master Pengurusan Air Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan Master Statistik Gunaan Bacelor Ekonomi Bacelor Pentadbiran Perniagaan
- Pengurusan Sumber Manusia - Pengurusan Hospitalilti - Kewangan, Pemasaran Bacelor Sains (Kepujian) - FS - Matematik, Stataistik, Sains Bahan Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) Bacelor Komunikasi Diploma Perhutanan - UPMKB
Sesi 7 (Selasa) 29 Oktober 2013 – Pagi
Sesi 8 (Selasa) 29 Oktober 2013 – Petang
Nama Program
Master Pendidikan - SPS Master Bahasa Melayu Master Keselamatan Proses Dan Pencegahan Master Kesihatan Awam Master Patologi Master Bahasa Melayu - PJJ Master Komunikasi Korporat - PJJ Bacelor Sains (Kepujian) - FS - Instrumentasi Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - PJJ Bacelor Sains (Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti) Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)
Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) - PJJ Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - PJJ Bacelor Komunikasi - PJJ Bacelor Pentadbiran Perniagaan - PJJ Bacelor Pentadbiran Perniagaan - UPEFEP Bacelor Perakaunan - UPEFEP Diploma Pendidikan
Nama Program
Master Sains - SPS - FBMK, FH, FPV, FSKTM, IKDPM, - ITA (Pertanian Tropika) Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan Master Teknologi Makanan Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan - PJJ Master Pengurusan Sumber Tanah Master Senibina Landskap Master Pembangunan Sumber Manusia - PJJ Master Pendidikan (Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) - PJJ Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) - PJJ Bacelor Sains Pertanian Bacelor Kejuruteraan (Kimia) Bacelor Sains Komputer Bacelor Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua) - PJJ Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - PEFBMK Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) - PJJ Bacelor Sastera (Bahasa Asing) - UPEFBMK Bacelor Komunikasi - UPEFBMK Diploma Perniagaantani - UPMKB
Singkatan: SPS : Sekolah Pengajian Siswazah Sandwich : Program Berkembar KPM/UPM FS : Fakulti Sains FBSB : Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul PBS : Putra Business School UPEFEP : Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan PJJ : Pengajian Jarak Jauh UPEFBMK : Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
UPMKB : UPM Kampus Bintulu
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
10
Gambarajah 1
CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN
GRADUAN PEREMPUAN GRADUAN LELAKI
Jubah
Mortar Board (untuk Ijazah
Bachelor sahaja)
Hood (untuk Ijazah
Bachelor sahaja)
Kain/skirt labuh
hingga buku lali
Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian
hadapan dan belakang
Contoh potongan rambut
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
11
LAMPIRAN 2
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37
TARIKH-TARIKH PENTING
19 Oktober (Sabtu) hingga 1 November 2013 (Jumaat)
Tarikh Aktiviti
19 – 24 Oktober 2013
(Sabtu – Khamis)
Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan Ijazah Bacelor dan
Diploma di Kompleks Akademik Pusat, UPM.
22 Oktober 2013
(Selasa)
Raptai Pegawai di PKKSSAAS
23 Oktober 2013 (Rabu)
Raptai Graduan (bagi Sesi - 1,2,3 dan 4)
Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada
sebelah pagi (8.30 pagi hingga 1.00 petang) untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada
jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang
24 Oktober 2013 (Khamis)
Raptai Graduan (bagi Sesi - 5,6,7 dan 8)
Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada sebelah pagi (8.30 pagi hingga 1.00 petang) untuk Majlis Taklimat
dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada
jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang
26 – 29 Oktober 2013 (Sabtu – Selasa)
Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 Tahun 2013 (4 hari/8 sesi)
25-30 Oktober 2013
(Jumaat-Rabu)
Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke 37 tahun 2013 di Bukit Ekspo,
UPM
26 Oktober –
1 November 2013 (Sabtu hingga
Jumaat)
Pemulangan pakaian akademik oleh graduan di Kompleks Akademik
Pusat, UPM.
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
12
LAMPIRAN 3 MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-37
SENARAI SEMAKAN GRADUAN
Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan:
1. ( ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen
UPM Ke-37.
2. ( ) melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2013 dan mencetak slip pengesahan kajian.
3. ( ) menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak dan menjelaskan selewat -lewatnya pada 18 Oktober 2013.
4. ( ) membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepada BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui CIMBClicks atau Kad
Kredit selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2013.
5. ( ) mengisi borang secara ‘online’ melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar
(SMP) di menu ‘mykonvokesyen’ (borang pakaian akademik)
6. ( ) mengisi borang peminjaman pakaian akademik (salinan keras/hardcopy) yang
disertakan
7. ( ) bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau Kad Kredit semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat
pada tarikh yang ditetapkan.
8. ( ) bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa
anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang
ditetapkan.
9. ( ) pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna.
10. ( ) menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Ke-37 pada jam 9.00 pagi
hingga 1.00 petang pada 23 Oktober 2013 (Rabu) untuk sesi 1,2,3 dan 4 dan 24 Oktober 2013 (Khamis) untuk sesi 5,6,7 dan 8.
11. ( ) membawa kad sebut nama (bagi graduan) dan kad jemputan (bagi tetamu graduan) semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
12. ( ) tiba lebih awal sebelum majlis bermula.
13. ( ) pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan.
14. ( ) pakaian akademik dipulangkan pada atau sebelum 1 November 2013 sebelum
jam 4.30 petang. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat
memulangkan pakaian akademik (mulai 4 November 2013) mengikut kadar yang ditetapkan.
15. ( ) menerima pengesahan pakaian akademik yang dipinjam telah dipulangkan; dan
16. ( ) membawa borang yang berkenaan (diedar semasa memulangkan pakaian akademik) semasa mengambil skrol/transkrip.
Lampiran 1
SUSUNAN GRADUAN MENGIKUT PROGRAM DAN SESI
Lampiran 2 TARIKH-TARIKH PENTING Lampiran 3 SENARAI SEMAK GRADUAN Lampiran 4 PETA LALUAN DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN IBU BAPA Lampiran 5 PELAN DEWAN
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
13
PU
CH
ON
G
/ S
KV
E/
PU
TR
AJ
AY
A
LE
BU
HR
AY
A K
AJ
AN
G-P
UC
HO
NG
B
AN
GI
KP
Z
KO
LE
J 1
3
KO
LE
J
CA
NS
EL
OR
KT
DI
KO
LE
J2
KO
LE
J 5
KO
SA
SS
S
KM
R
KO
LE
J
11
DE
WA
N
BE
SA
R
BA
NG
UN
AN
PE
NT
AD
BIR
AN
ST
AD
IUM
UP
M
FS
KT
M
KO
MP
LE
KS
AK
AD
EM
IK
PU
SA
T
FP
SK
TN
C
JIN
M
GS
O
FB
MK
PE
RP
US
TA
KA
AN
MT
DC
BA
NQ
UE
T
HA
LL
PU
SA
T
EQ
UIN
K
EL
AB
GO
LF
UP
M
L E B U H R A Y A K L - S E R E M B A N
KA
JA
NG
SE
RI
SE
RD
AN
G
HO
SP
ITA
L
SE
RD
AN
G
MIN
ES
/
BA
LA
KO
NG
KO
MP
LE
KS
MA
HA
SIS
WA
P
1
PU
TR
A I
NF
OP
OR
T
P2
1
P1
4
P1
5
P6
P7
P1
2 P1
3
P2
P1
7
P4
P9
P8
S
ER
I
SE
RD
AN
G
BS
N
RU
MA
H
PE
NG
ET
UA
KO
MP
LE
KS
PE
RU
MA
HA
N
AN
TA
RA
BA
NG
SA
KU
AR
TE
RS
U
PM
PA
LA
PE
S
PU
SA
T
KE
SIH
AT
AN
TO
L
SG
.BE
SI
TO
L
UP
M
FP
P
FK
ITM
A
PA
RK
IR
PU
SA
T
P
P5
PA
DA
NG
KA
WA
D
P
BU
KIT
EK
SP
O
MA
RD
I
LA
LU
AN
1
LA
LU
AN
4
LA
LU
AN
2
LA
LU
AN
3
KO
LE
J
10
P
ET
UN
JU
K
LA
LU
AN
MA
SU
K
LA
LU
AN
KE
LU
AR
F
FA
KU
LT
I
/PU
SA
T
KO
LE
J
P
K
ME
DA
N K
EN
DE
RA
AN
IBU
BA
PA
LA
ND
AS
AN
ER
L
PO
S P
EN
GA
WA
L
PIN
TU
P
PA
RK
IR V
IP
PA
RK
IR
PE
RP
US
TA
KA
AN
P
P3
FP
V
KO
LE
J
SE
RU
MP
UN
P1
1
Peta
La
lua
nK
en
dera
an
Ma
jlis
Ko
nv
ok
esy
en
UP
M K
e 3
7
Ta
hu
n2
01
3
DE
WA
N
BE
SA
R
TE
MP
AT
MA
JL
IS
KO
NV
O
BU
KIT
EK
SP
O
TE
MP
AT
PE
ST
A
KO
NV
O D
AN
EK
SP
O
PE
RT
AN
IAN
LE
BU
H
SIL
IKO
N
P1
6
PA
RK
IR
KM
R
P
BU
LA
TA
N
LA
MP
U I
SY
AR
AT
FR
SB
KO
LE
J 6
PE
JA
BA
T
KE
SE
LA
MA
TA
N
JA
BA
TA
N
PE
RT
AN
IAN
GA
ZE
BO
P
LAMPIRAN 4
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-37 (2013)
14
PELAN LANTAI DEWAN BESARPUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
GR
AD
UA
N B
ERK
UM
PUL
LAMPIRAN 5
APAKAH DANA WAKAF ILMU?
MANFAAT DANA WAKAF ILMU DI UPM
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
CARA MENYALURKAN SUMBANGAN
Dalam konteks Universiti, dana wakaf ilmu UPM bermaksud inisiatif program penjanaan dana di UPM yang mengguna pakai kaedah wakaf melalui sumbangan individu, sumbangan korporat, koperasi dan badan bukan kerajaan, pulangan dari hartanah wakaf, hasil projek sektor pertanian dan perladangan, hasil projek sektor perindustrian dan pulangan portfolio pasaran wang dan modal bertujuan untuk mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik melibatkan Warga UPM.
MAKLUMAT KHAS UNTUK GRADUAN UPM SEMPENAMAJLIS KONVOKESYEN UPM KE- 37 TAHUN 2013
(ALUMNI KELAS 2013)
Para graduan yang ingin membuat sumbangan ikhlas, boleh menyalurkan sumbangan melalui Kaunter Dana Wakaf Ilmu yang akan dibuka semasa Minggu Pengambilan Jubah di Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP) UPM bermula 19 - 24 Oktober 2013.
Setiap dana derma dan wakaf di UPM, sama ada wakaf Am atau wakaf Khas, akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyediaan fasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan, merangkumi program pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan, penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti yang menjadi aktiviti teras universiti.
Setiap penderma dan pewakaf Dana Wakaf Ilmu UPM berhak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967 (No. Rujukan : HQ 162 / 1888 44(6) Warta kerajaan 7613).
1. Melalui kaunter ( tunai/cek )2. Melalui skim potongan gaji ( Staf UPM sahaja )3. Melalui peti besi di Masjid UPM, Bangunan Pentadbiran UPM 4. Perbankan Internet ( Online Banking ).