Notes

11
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah : 1. Penguatkuasaan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-manakonsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah. Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti MajlisPerbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 2. Gotong Royong Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong- royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. 3. Program Kitar Semula Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR. 4. Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui

description

sejarah

Transcript of Notes

Page 1: Notes

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

1. Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-manakonsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan

untuk mengangkut sampah.Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti MajlisPerbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap

Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat

longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 

2. Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan

kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan

sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan

sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. 

 3. Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya

longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH

melalui Aktiviti Selepas PMR.  

4. Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan

aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan

bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula. 

Antara punca-punca pencemaran bau ialah :1. dari kawasan pelupusan sampah.Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak

Page 2: Notes

disebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggukeselesaan warga sekolah.

 2. dari kawasan penternakan ayam.Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah,juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memangmengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi! 3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

Kesan Pencemaran Bau

Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

Page 3: Notes

1. Bau busukLonggokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah,

boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau

busuk.

2. Udara tercemarLonggokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan

udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk. 

 3. Pembiakan lalat

Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di

persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.PenyakitPersekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit.

Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi

ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.  

5.Air TercemarParit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan

tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa

kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.

Kerja Kursus Geografi : Rumusan

Kami bersyukur kerana persekitaran sekolah kami bersih danbebas daripada pencemaran alam sekitar yang serius.Walaupun, sekolah kami menghadapi masalah pencemaran bau,dan warga sekolah terpaksa menerima akibatnya sepertimenghidu bau busuk tapi atas kerjasama semua pihak masalahini dapat diatasi. Pihak sekolah telah mengambil langkah positif menangani masalah ini seperti mengadakan aktiviti gotong royong. Kini sekolah kami bebas daripada pencemaran bau. 

Kerja Kursus Geografi : Rujukan

1.Sekurang-kurangnya tiga   sumber rujukan yang diperlukan:1. Buku TeksMohd Jamil Mohamed, 2004 ,Geografi Tingkatan 3,  Kuala Lumpur : Johore Central Store Sdn. Bhd.2. 2.Orang Sumber

Page 4: Notes

i-Nama :ii- Umur: iii- Pekerjaan: iv-Alamat:3. 3. Internet/Laman Web~http://kelipkelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/kesan-kesan-pencemaran-bau.html~google maps.com.my 

Kesan negatif perniagaan pasar malam

Antara kesannegatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar. Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungikawasan itu.

3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran.

4. Hargatanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibelitidak berkualiti.

Page 5: Notes

Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malamAntara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah:

1. Governan ~ Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan perumahan. Contohnya, di Indera Mahkota, tapak pasar malam yang di sediakan oleh MPK ialah di kawasan perumahan Indera Mahkota 1, yang terletak berhampiran Dewan Gelanggang Badminton.Dengan adanya tapak ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan.

2. Modal ~ Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarkan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga  pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah.

3. Pasaran Tempatan ~ Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Indera Mahkota, lokasi pasar malam di Indera Mahkota 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini dikunjungi penduduk-penduduk sekitar iaitu komuniti Indera Mahkota 1 hingga Indera Mahkota 16. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam di Indera Mahkota. 

4. Kesesuaian waktu berniaga ~ Perniagaan pasar malam di Indera Mahkota memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya dari jam 5.00 petang pada setiap hari Jumaat amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat masa bekerja pada jam 5 petang.  

Sebagai salah seorang komuniti di Indera Mahkota, saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

Kepentingan Perniagaan Pasar Malam

Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Indera Mahkota 1,Kuantan, Pahang pada setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah :

1. Menyediakan peluang pekerjaan ~ Berbagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan/minuman, peniaga buah-buahan/sayur-sayuran, penjual daging/ayam dan peniaga pakaian/kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam.

2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan ~ Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah berjaya ditingkatkan.

3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan ~ Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan dapur seperti ikan, daging dan ayam dengan mudah.

Page 6: Notes

Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinanti-nanti oleh penduduk di kawasan Indera Mahkota kerana berbagai juadah/makanan dijual.

4. Menyediakan barangan segar ~ Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, ulam-ulaman (pegaga, pucuk ketereh, dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan, udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Indera Mahkota ini, saya rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

Cadangan Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Pasar MalamAntara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Menyediakan Kemudahan Asas ~ Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam, pihak PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan boleh meletakkan lebih banyak tong-tong sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makanan akan dibuang ke dalam tong sampah itu.

2. Pengawalan harga ~ Pihak berwajib seperti PBT mesti selalu meronda atau melakukan pemantauan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai  PBT juga boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga telah menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli.

3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan.

Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!

Perniagaan Runcit Yang Berfokuskan Pasar Malam

Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya perniagaan runcit (pasar malam) mempunyai banyak jenis barang tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis.

Page 7: Notes

Perniagaan yang biasa dilakukan adalah menjual makanan dan minuman, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging. Kadang-kadang terdapat juga perniagaan pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini memerlukan modal kecil dan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kebanyakan perniagaan pasar malam seperti di Indera Mahkota, Kuantan beroperasi di jalan-jalan atau lorong-lorong perumahan yang mudah dikunjungi penduduk sekitar. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam. 

Perniagaannya terdiri daripada pengerai yang bertapak di kawasan sementara untuk menjalankan operasinya. Tapak pasar malam ini boleh diubah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerja Kursus Geografi : Persembahan Bahan GrafikPelajar hanya perlu mempersembahkan dua bahan grafik. Antara bahan grafik yang boleh dipersembahkan ialah :

1. Jadual2. Graf3. Carta Pai

Page 8: Notes

4. Peta Minda5. Carta Aliran.

Jika membina graf atau carta pai, perlu disertakan dengan jadual. Sekiranya anda menggunakan kaedah kajian pemerhatian, anda boleh membina jadual berkaitan jenis barangan yang dijual di pasar malam seperti contoh di bawah :

                     JADUAL 1 : JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN DI PASAR MALAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG**.

JENIS

BARANGAN

JUMLAH

GERAI

MAKANAN  ***

MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN

SUMBER : DAPATAN KAJIAN KKG 2012 

(masukkan tarikh bila anda jalankan kajian ini ~ melawat kawasan kajian.)

  **tulis kawasan kajian anda (lengkap daerah/bandar dan negeri)

*** masukkan maklumat jumlah gerai yang terdapat di kawasan kajian anda

Daripada maklumat dalam jadual 1, bina graf bar/graf garisan atau carta pai. Lengkapkan

graf/carta pai dengan maklumat :

1. Tajuk ~ 

a) Graf : Graf Bar menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

b) Carta Pai : Carta Pai menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

2. Petunjuk ~

Page 9: Notes

a) Graf : Label pada paksi X (jenis barangan) dan label pada paksi Y (Jumlah gerai) beserta skala yang sesuai. Melukis bar dengan lengkap.Buat petunjuk untuk jenis barangan.

b) Carta pai : Sudut sektor mesti tepat. Maklumat ditulis dalam carta pai (atau dibuat petunjuk) beserta peratus.