Nota Ringkas Keselamatan Persekitaran

download Nota Ringkas Keselamatan Persekitaran

of 1

description

cadangan penulisan

Transcript of Nota Ringkas Keselamatan Persekitaran

Nota Ringkas HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran TOPIK 1 Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Projek ini berdasarkan konsep HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan Piagam Ottawa. Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ). Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

TOPIK 2 Tugas, tanggunggjawab serta peranan sekolah itu penting dalam mewujudkan persekitaran yang ceria di sekolah di samping dapat memainkan peranan dalam melatih murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar. Dengan adanya kesedaran ini maka amalan kebersihan di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen yang terpenting dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.