Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

23
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 12 PEMASANGAN PAGAR NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 01.05 02.04 PASANG PAGAR LADANG PASANG PAGAR TAPAK SEMAIAN OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES PASANG PAGAR MENGGUNAKAN DAWAI, PITA UKUR, CANGKUL, PENGGALI, PEREGANG, BESI ANGLE IRON, BESI FLAT IRON, BOLT & NUT, KLIP, DAWAI, PAGAR CHAIN LINK, TALI, PENANDA, KAYU PENYOKONG, TOOL KIT, PENIMBANG AIR, ALAT PEREGANG, KERETA SORONG, CAMPURAN KONKRIT, PELAN

description

kursus SKM Tahap 1

Transcript of Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

Page 1: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEETKOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

Y-050-1

PEKERJA LADANG PERTANIANAGRICULTURAL FARM WORKER

TAHAP / LEVEL SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE

M 12 PEMASANGAN PAGAR

NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 01.05

02.04PASANG PAGAR LADANGPASANG PAGAR TAPAK SEMAIAN

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

PASANG PAGAR MENGGUNAKAN DAWAI, PITA UKUR, CANGKUL, PENGGALI, PEREGANG, BESI ANGLE IRON, BESI FLAT IRON, BOLT & NUT, KLIP, DAWAI, PAGAR CHAIN LINK, TALI, PENANDA, KAYU PENYOKONG, TOOL KIT, PENIMBANG AIR, ALAT PEREGANG, KERETA SORONG, CAMPURAN KONKRIT, PELAN KAWASAN SUPAYA KAWASAN SEMPADAN DIUKUR DAN DITANDA MENGIKUT PELAN KAWASAN, TAPAK TIANG PAGAR DIUKUR DAN DITANDA MENEPATI SPESIFIKASI PELAN PAGAR, LUBANG TIANG DISEDIAKAN MENEPATI UKURAN, TIANG PAGAR DIDIRIKAN TEGAK & KUKUH DAN PAGAR DIPASANG TEGANG, TEGAP DAN KEMAS.

NO KOD / CODE NO. Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 16

Page 2: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 2 drp : 16

1.0 PAGAR LADANG/TAPAK SEMAIAN

Pagar ialah sesuatu yang dibuat untuk membatasi atau menyekat atau mendinding kawasan ladang / tapak semaian. Sempadan untuk sesebuah kebun / ladang / tapak semaian biasanya didirikan pagar, berguna untuk menghalang kemasukan binatang liar atau pencerobohan dari pihak-pihak luar yang tidak dibenarkan.

1.1 Jenis pagar ladang / tapak semaian

i. Pagar chain-link tanpa kawat duri

ii. Pagar chain-link berkawat duri

iii. Pagar kawat duri

iv. Pagar elektrik

2

Page 3: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 3 drp : 16

v. Pagar zing industri

1.2 Kegunaan dan kebaikan pagar ladang / tapak semaian

i. Menghalang musuh tanaman memasuki ladang / tapak semaian.ii. Melindungi harta benda yang terdapat di dalam ladang / tapak semaian.iii. Sempadan tanah hak milik perseorangan atau agensi.iv. Dapat menggelakkan dari sebarang perbalahan yang mungkin timbul

berhubung dengan sempadan.v. Tanaman dapat tumbuh dengan baik tanpa dirosakkan oleh musuh.vi. Hasil tanaman akan meningkat

3

Page 4: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 4 drp : 16

2.0 ALAT-ALAT MEMASANG PAGAR

2.1 Jenis dan kegunaan alat memasang pagar

i. Pita ukur

- Untuk mengukur kedalaman lubang tiang pagar- Untuk mengukur dawai- Untuk mengukur jarak tiang

Pita ukur

ii. Kayu penanda

- Untuk menanda titik tiang pagar- Kayu penanda bersaiz 1" X 1" X 2' biasa diguna sebagai

penanda

iii. Tali penanda

- Untuk diikat dan direntang pada kayu penanda- Untuk menentukan titik lubang tiang pagar

Tali / benang penanda

iv. Penggali

- Untuk membuat lubang tiang- Untuk memadatkan tanah di keliling pangkal tiang semasa

menanam tiang junjung/sokongan

4

Page 5: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 5 drp : 16

Penggali

v. Cangkul

- Untuk membuat lubang- Untuk membancuh konkrit

Cangkul

vi. Skop

- Untuk membancuh konkrit dan memindahkan konkrit

Skop

5

Page 6: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 6 drp : 16

vii. Kayu penyokong

- Diguna untuk menyokong tiang pagar yang telah disimen dalam proses pengeringan

Penyokong

viii. Penimbang air

- Digunakan supaya tiang yang ditanam adalah betul-betul tegak

6

Page 7: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 7 drp : 16

ix. Alat peregang

- Untuk menegang dawai peregang

x. Pemotong dawai

- Untuk mengerat dawai kasar dengan lebih cepat

xi. Tool kit

- Untuk membuka dan mengetat bahagian berskru

7

Page 8: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 8 drp : 16

xii. Kereta sorong

- Untuk mengangkut bahan-bahan yang berat ,seperti simen,batu dan pasir

Kereta sorong

xiii. Pelan

Pelan adalah sejenis gambar rajah yang dilukis menggunakan simbol-simbol tertentu untuk memaparkan lakaran sesuatu benda, tempat, bangunan, atau kawasan. Lukisan pelan biasanya digunakan sebagai panduan dalam merekacipta dan membina infrastruktur seperti bangunan, pagar, taman atau bandar. Jenis pelan yang biasa digunakan ialah :

a. Pelan kawasanb. Pelan teknikal

a. Pelan kawasan

Pelan kawasan ialah lukisan pandangan atas yang memaparkan kedudukan sesuatu tempat atau sesuatu kawasan. Pelan kawasan mengandungi beberapa simbol yang menyatakan struktur, sempadan, jalan, sungai, bangunan, pagar, tanaman dan lain-lain. Ianya berguna untuk kerja perancangan dan penyelenggaraan projek.

b. Pelan teknikal

Adalah pelan yang memaparkan lukisan teknikel dengan pelbagai simbol dan ukuran daripada pelbagai sudut. Pelan teknikel mengandungi lukisan perspektif, pelan atas, pandangan sisi, pandangan depan dan keratan rentas.

8

Page 9: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 9 drp : 16

Contoh pelan pandangan atas

Contoh lukisan perspektif

2.2 Keselamatan semasa mengguna alat pemasangan pagar

i. Memakai pakaian keselamatan tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.

ii. Memakai sarung tangan, topi dan pelindung mata.iii. Berhati-hati menggunakan peralatan tajam.iv. Bersih peralatan selepas digunakan.v. Simpan peralatan di tempat yang selamat.

9

Page 10: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 10 drp : 16

3.0 BAHAN-BAHAN DIGUNA UNTUK MEMBINA PAGAR

Pada asasnya semua pagar yang didirikan untuk memagari ladang atau tapak semaian adalah sama, cuma bahan yang digunakan mungkin berbeza tapi fungsinya adalah sama. Bahan yang digunakan untuk membuat pagar chain-link ialah :

i. Tiang pagar ii. Penyokong pagariii. Pagar iv. Dawai peregang v. Campuran konkrit di dalam lubang tiangvi. Besi flat iron vii. Bolt & nutviii. Pin pagar

Gambar menunjukkan pagar dari bahan-bahan asas

3.1 Jenis dan kegunaan bahan diguna untuk membina pagar

i. Tiang pagar

- Jenis besi angle iron bersaiz 2 inci x 8 kaki.- Kegunaan tiang pagar ialah untuk didirikan pagar chain

link.Jarak di antara tiang ialah 8 kaki iaitu 240 cm.

10

Page 11: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 11 drp : 16

Struktur tiang pagar

ii. Penyokong pagar

- Terdiri dari jenis besi angle iron yang bersaiz 2 inci x 8 kaki panjang.

- Kegunaan penyokong pagar ialah supaya tiang pagar menjadi kukuh dan pagar sentiasa tegang.

- Di tanam di dalam lubang seperti lubang tiang pagar 4 –5 kaki daripada tiang pagar.

Struktur tiang pagar (penyokong)

11

Page 12: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 12 drp : 16

iii. Pagar

Gulungan pagar yang belum dipasang

iv. Dawai peregang

- Terdiri dari dawai Galvanize bersaiz 10 G- Kegunaannya ialah untuk diregang di antara tiang dan diikat pada

bolt serta di ikat pada tiang menggunakan pin pagar .Ini menjadikan pagar dapat didirikan dengan tegak dan tegang.

Dawai peregang

v. Campuran konkrit di dalam lubang tiang

- Campuran konkrit adalah terdiri bahan yang dicampurkan iaitu simen, pasir, batu chipping dan air.

- Supaya campuran batu dan pasir dapat mengeras dan mengukuhkan pangkal tiang pagar.

- Biasanya satu beg simen boleh digunakan untuk 4 batang tiang.

12

Page 13: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 13 drp : 16

- Untuk mempercepatkan proses pengerasan, campurkan satu kilogram kapur simen yang telah dicairkan.

Simen Sumber

air

Batu chiping Pasir

vi. Besi flat iron

- Terdiri dari besi nipis yang bersaiz 1 inci 6 kaki panjang.- Kegunaannya ialah untuk dimasukkan ke dalam jaluran pagar

yang pertama secara selang seli dan ianya berfungsi untuk memegang dan menegangkan dawai chain–link.

Besi flat iron13

Page 14: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 14 drp : 16

vii. Bolt & nut

- Terdiri dari jenis bolt & nut yang mempunyai saiz yang sesuai dengan lubang skru yang ada pada flat iron.

- Kegunaan bolt & nut ialah untuk melekatkan flat iron pada tiang pagar melalui lubang–lubang skru yang telah tersedia pada kedua-dua bahagian.

bolt & nut

viii. Pin pagar

- Terdiri dari yang diperbuat dari besi dawai yang boleh dibengkokkan.

- Kegunaan pin ini ialah untuk disematkan pada dawai penegang pada lubang tiang untuk menghalang chain-link mengendur semula.

Pin pagar

14

Page 15: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 15 drp : 16

4.0 PEMASANGAN PAGAR

4.1 Pemasangan pagar 'chain-link'

Sistem pagar rangkaian-rantai (chain-link) merupakan pilihan yang murah, tahan dan senang dipasang.

Selain dari harganya yang murah berbanding sistem lain, pagar rangkaian rantai ini juga adalah 'versalite' senang didirikan dan senang untuk memagar sesuatu harta milik.

Pagar rangkaian rantai dengan tiang keluli atau konkrit seharusnya tahan lama selama tidak disalahgunakan.

4.2 Aspek-aspek keselamatan ketika pemasangan

Langkah keselamatan yang perlu dititkberatkan semasa memasang pagar :

Semasa mengerat dawai mesti berhati-hati, kerana mungkin hujung dawai akan tercucuk badan.

Berhati-hati menggunakan cangkul dan penggali semasa menggali lubang.

Semasa membancuh simen pastikan hidung ditutup. Pakai sarung tangan. Pakai kasut bertutup.

15

Page 16: Nota Pemasangan Pagar Kursus SKM Pekerja Ladang Pertanian

NO. KOD Y-050-1 / M 12 / KP / 01 Muka : 16 drp : 16

RUJUKAN

1. Nota Syarahan Pengurusan Tanaman, Institut Pertanian Semenanjung

Malaysia, Jabatan Pertanian, Jun 1997

2. Pakej Teknologi Timun, Jabatan Pertanian Malaysia,1997

3. Noor Azimah (1997), Membaik Pulih Persekitaran – Siri Kemahiran Teknikel,

Kg. Laksamana, Jln. Sg Tua, Selangor : Penerbitan Wawasan.

16