Nota Kuliah - Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan
-
Upload
puworkutara-onscribd -
Category
Documents
-
view
156 -
download
16
description
Transcript of Nota Kuliah - Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan
PENGERTIAN PELBAGAI KECACATAN
Pelbagai kecacatan membawa maksud “gabungan beberapa jenis ketidakupayaan yang
membentuk kesengsaraan kepada individu yang mengalaminya. Individual Disabilities
Education Act mendefinisikan kepelbagaian kecacatan sebagai “kecacatan yang wujud pada
seseorang individu itu secara seiring atau bersama. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan
tidak dapat dimasukkan dalam pendidikan khas kerana mereka mempunyai dua atau lebih
ketidakupayaan yang berbeza. Contohnya, kanak-kanak yang menghidap sindrom down dan
disleksia secara seiring akan menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak dapat
digabungkan atau dimasukkan dalam program pendidikan khas
Dalam erti kata lain, pelbagai kecacatan bermaksud seseorang yang mempunyai dua
atau lebih kecacatan dalam sesuatu masa. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan mempunyai
IQ yang rendah, memiliki kemahiran hidup yang terhad, mempunyai masalah koordinasi
pergerakan psikomotor, menghadapi masalah deria dan mempunyai masalah masalah kesihatan
yang kritikal.
Mempunyai pelbagai kecacatan sebagai contoh pekak- buta, spastik- kerencatan
mental, terencat akal- cerebrum palsy dan sebagainya.kebiasaannya seseorang yang
mempunyai pelbagai kecacatan akan menghadapi masalah dalam kognitifnya atau mental.
Mereka mempunyai mobility yang terhad seperti penyesuaian diri terhadap persekitaran,
bermasalah pembelajaran kerana hasil dari ketidak upayaan yang pelbagai, susah untuk
mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari dalam aktiviti seharian kerana kekurangan diri
dan pergerakan yang terbatas.
Definisi dan ciri-ciri Kerencatan akal kanak-kanak juga ialah yang mempunyai daya pemikiran
yang lebih rendah daripada daya pemikiran kanak-kanak normal, mereka mempunyai
kebolehan IQ kurang daripada 50. Kepelbagaian kecacatan jugaboleh ditafsirkan sebagai
mempunyai kecacatan kognitif yang mendalam atau kurang upaya intelek sebagai contoh,
kerencatan akal- buta,kerencatan akal-masalah otot atau tulang dan sebagainya. kelewatan
perkembangan sebagai kecacatan Fizikal, kognitif, komunikasi/ pertuturan, sosial, emosi,
adaptif iaitu lebih dari 1 kecacatan juga dikenali sebagai pelbagai kecacatan.
JENIS-JENIS PELBAGAI KECACATAN
Pelbagai kecacatan membawa maksud gabungan dua atau lebih kecacatan yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Contohnya kanak yang sindrom down mungkin juga mengalami
masalah pendengaran atau penglihatan. Salah satu kecacatan pelbagai yant banyak berlaku di
seluruh dunia ialah gabungan kecacatan penglihatan dan pendengaran yang telah diistilahkan
1
”deafblindness”. Ini adalah kombinasi antara masalah penglihatan dengan masalah
pendengaran. Namun demikian, jarang-jarang berlaku di mana kanak-kanak deafblindness
mengahadpi masalah buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya. Individu yang mengalami
masalah penglihatan dan pendengaran serentak menghadapi kesukaran untuk menguasai
komunikasi dan bahasa kerana mereka tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat.
Kegagalan menguasai bahasa mengakibatkan mereka merasa sukar untuk berinteraksi dengan
orang lain, mempelajari dan juga menyesuaikan diri kepada persekitaran. Terdapat beberapa
sebab terjadinya deafblindness. Namun para penyelidik mengkategorikan punca deafblindness
kepada dua keadaan iaitu diperolehi sejak dilahirkan (kongenital) dan selepas kelahiran.
Individu yang mendapat deafblindness semasa kelahiran adalah disebabkan jangkitan
semasa dalam kandungan seperti rubela, sindrom genetik dan pengambilan dadah oleh ibu.
Tiga jenis sindrom yang boleh menyebabkan deafblindness iaitu sindorm down atau “trisomy
21”, Sindrom Patau atau “trisomy 13” dan Sindrom CHARGE (mutasi protein-7”. Antara lain
penyebab ialah pengambilan ubata-ubatan dan dadah di kalangan ibu.
Penyebab deafblindness selepas kelahiran boleh terjadi pada pelbagai peringkat
umur. Kedua-dua deria; pendengaran dan penglihatan menghadapi masalah kerana penyakit
tertentu, kecederaan atau faktor umur. Jika deafblindness ini berlaku maka individu yang
mengalami keadaan ini akan menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran hasil
pengalaman mereka.
Kanak-kanak deafblindness menghadapi kesukaran dalam komunikasi. Kanak-
kanak deafblindness tidak boleh mendengar dan melihat. Mereka mempunyai persepsi yang
terhad dan sukar mempelajari konsep. Mereka juga sukar menjangkakan apa yang akan
berlaku. Motivasi tidak dapat diberikan kerana sumber motivasi tersebut tidak dapat didengar
dan dilihat.
PUNCA-PUNCA PELBAGAI KECACATAN
Faktor Baka (Genetik)
Menurut ilmu sains, bapa yang normal menghasilkan sperma yang membawa 46
kromosom (23 pasang kromosom) dan begitu juga ibu yang normal menghasilkan telur yang
membawa 46 kromosom ( 23 pasangan kromosom). Kromosom ini membawa gen dominan
dan gen resesif di mana gen resesif membawa dan mengawal penyakit baka. Dalam proses
persenyawaan sperma dan telur, proses mutasi kromosom akan berlaku. Jika salah seorang
pasangan suami isteri mempunyai resesif yang membawa penyakit baka, maka kromosom ke-
21 akan mengalami kelebihan 1 kromosom. Ini menyebabkan anak akan memiliki 47
kromosom dan ini menggambarkan ketidaknormalan, maka anak tersebut mengalami
ketidakupayaan atau kecacatan dan mungkin mempunyai pelbagai kecacatan. Inilah yang 2
dimaksudkan oleh Mohd Sharani Ahmad (2009), “kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti
berlaku akibat daripada baka. Faktor baka ini berlaku dalam dua jenis pewarisan.
Pertamanya, jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai kecacatan yang tampak
maka mereka pasti mempunyai gen resesif yang membawa penyakit baka keturunan yang
kemungkinan diwarisi oleh anak. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat
dan peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua,
‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa hanya pembawa baka cacat tetapi tidak mengalami
kecacatan secara lahiriah. Dalam situasi ini, kedua-dua pasangan normal yang membawa baka
cacat akan berpeluang mendapat 50% anak cacat pada setiap kelahiran. Jika salah seorang
daripada pasangan normal pembawabaka penyakit maka peluang untuk mendapatkan 25%
anak cacat, 25% anak normal bukan pembawa bawa penyakit dan 50% anak normal yang
membawa baka penyakit. Keadaan ini berlaku pada setiap kali kandungan. Sebagai contoh,
daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka
normal.
Faktor Masa Kelahiran
Salah satu gabungan kecacatan yang dikelasifikasikan sebagai kecacatan pelbagai
ialah gabungan ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran yang disitilahkan deafblindness.
Penyebab kepada wujudnya deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu
diperolehi selepas kelahiran dan keadaan kongenital. Keadaan deafblindness bolehberlaku
selepas kelahiran.
Pada sebarang peringkat umur. DeafBlindness yang berlaku selepas kelahiran
adalah disebabkan oleh jangkitan kuman penyakit, kecederaan dan faktor umur. Dalam
kandungan ibu, bayi sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan kuman penyakit-penyakit seperti
rubela, sindrom down dan risiko bahan toksid, nekotin dan alkohol termasuk pengambilan
dadah oleh ibu. Bayi mungkin dijangkiti kuman sebelum dilahirkan maka kanak-kanak akan
dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan penglihatan dan pendengaran.
KESAN PELBAGAI KECACATAN TERHADAP PERKEMBANGAN
PERTUMBUHAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak dengan kecacatan pelbagai mempunyai kombinasi dua atau lebih kecacatan
atau ketidakupayaan. Kombinasi ini mungkin kombinasi antara masalah mobiliti fizikal dan
masalah pertuturan, terencat akal dengan masalah pendengaran, masalah penglihatan dan
kecederaan otak dan seumpamanya. Menurut (Byers, 2004), kana-kanak yang mengalami
kecacatan pelbagai juga mempunyai masalah deria rasa, masalah tingkah laku dan masalah
3
sosial. masalah pendengaran (auditory processing) dan mempunyai masalah pertuturan yang
terbatas. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan juga menghadapi masalah menguasai
kemahiran yang baru dan tidak berupaya mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Dari
sudut pendidikan, keupayaan mereka adalah terhad berdasarkan beberapa sudut yang dikaji.
Kebolehan membaca dan menulis (Literacy)
Murid yang mengalami kecacatan pelbagai sebenarnya aktif melibatkan diri dalam
proses PDP literacy dalam kelas. Namun mereka mengalami kesukaran mengikuti pelajaran,
mengalami ketidakupayaan menyerap kemahiran dipelajari terutama kemahiran membaca dan
menulis. Murid perlu diberi sokongan menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun
demikian, murid pelbagai kecacatan boleh membaca perlahan-lahan dengan bantuan teks
bergambar dan illustrasi. Illustrasi, gambar, lukisan dan lakaran amat penting untuk membatu
mereka meningkatkan kefahaman. Gambar juga dapat membantu murid untuk mengenal huruf
dan perkataan. Seterusnya, Murid-murid tersebut juga boleh menulis perkataan mudah
berdasarkan gambar.
Bahasa lisan (Oral Language)
Murid-murid pelbagai kecacatan mengalami kesukaran komunikasi pertuturan dengan
orang lain disebabkan gangguan kognitif dan kecacatan fizikal. Disebabkan masalah ini, murid
pelbagai kecacatan tidak dapat menyampaikan maksud hati mereka kepada orang lain. Murid
yang menghadapi masalah pendengaran dapat memahami apa yang mereka dengar daripada
rakan atau guru. Namun, kadangkala pertuturan mereka adalah sukar untuk difahami maka
terjadilah mis-comunicate.Di kalangan rakan mereka, murid-murid kategori ini menggunakan
sesetengah perkataan yang dapat difahami. Namun kebanyakkan murid pelbagai kecacatan
menggunakan bentuk komunikasi bukan verbal seperti mimik muka (facial expression), gerak
badan (body gesture), gambar (picture) dan objek (object) serta gerakan tangan (sign). Dalam
proses PdP, murid pelbagai kecacatan meperlukan bantuan untuk memahami perkataan
tertentu. Ini boleh kita lakukan dengan penggunaan bahasa lisan yang mudah difahami oleh
mereka. Kefahaman mereka terhadap bahasa lisan dapat diperkukuhkan jika kita dapat
mengutarakan perkataan dalam bentuk isyarat, gambar dan objek.
Matematik
Apa yang kita faham ialah murid pelbagai kecacatan juga mengalami gangguan
kognitif dengan IQ yang rendah berbanding murid normal. Dari sudut syllabus, mereka
memang terlalu jauh ketinggalan. Penerimaan mereka terhadap kemahiran matematik agak
terbatas dan lambat, maka kemahiran yang dapat disampaikan mungkin berkitar kepada sistem
4
nombor dan operasi asas. Murid pelbagai kecacatan juga tidak berupaya menguasai berbentuk
abstrak tetapi tertumpu kepada kemahiran konkrit. Mereka mungkin belajar melalui aktiviti
seperti menggunakan alat bantuan mengajar.
Sesetengah murid pelbagai kecacatan dapat belajar Matematik dengan mengenalpasti
dan memadankan nombor dengan objek.Namun demikian, mereka juga boleh mengaplikasikan
kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Contohnya, dirumah, mereka dapat mengira
bilangan kuih di pinggan, boleh mengira bilangan anak tangga dan boleh menyatakan saiz peti
television samada besar atau kecil. Murid juga dapat belajar mengenalpasti nombor dengan
menggunakan kalkulator atau melakukan langkah dalam membuat penomboran. Contoh lain
ialah yang berkaitan dengan wang seperti urusan jual beli. Sesetengah pelajar yang mengalami
kecacatan pelbagai mungkin boleh belajar mendail 911 ketika kecemasan, tetapi mungkin
terdapat sesetengah pelajar tersebut tidak dapat mencapai kemahiran matematik ini, kerana
mereka tidak dapat mengenalpasti nombor di atas telefon tersebut.
Kemahiran matematik yang mempunyai aplikasi secara langsung dalam aktiviti
seharian, boleh memberikan kesan yang baik ke atas kualiti hidup pelajar dan menjadi
sebahagian daripada kurikulum yang bermakna (Westling & Fox, 2000 dalam Heller, 2005).
Kesannya boleh dilihat terhadap komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain kerana
mereka memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan khas yang sedia
ada . Sebagai contoh lagi masalah penglihatan dan kerencatan akal memerlukan rancangan
yang sistematik, spesifik dan efektif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kanak-kanak
pelbagai kecacatan. Perkembangan persepsi iaitu proses mengumpul dan menggabungkan
asas pengalaman sensori secara berperingkat melalui latihan yang spesifik dan berterusan bagi
menghasilkan sesuatu yang mantap dan matang untuk membantu kanak-kanak ini
MENANGANI KECACATAN PELBAGAI DARI ASPEK PEDAGOGI.
Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan tidak dapat dimasukkan ke sekolah khas
yang tertentu memandangkan mereka mereka mengalami pelbagai ketidakupayaan. Satu
penyelesaian khas perlu difokuskan khusu untuk kumpulan ini.
Kurikulum secara individu
Guru-guru sekolah khas dan guru pemulihan khas telah didedahkan dengan konsep
pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu. Rancangan Pengajaran Individu ini merupakan
salah satu program kurikulum secara individu dan bermakna. Program ini sangat sesuai
diberikan kepada setiap kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan pelbagai. Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) ini dapat direka dan disesuaikan dengan minat, matlamat peribadi
dan tahap penerimaan murid pelbagai kecacatan.5
Menurut Hallahan D.P dan Kauffman, J.M.(1978 ), RPI merupakan satu perjanjian bertulis di
antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak dan cara
bagaimanakeperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah
sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang
murid. RPI ini dibentuk berdasarkan ciri-ciri dan konsep komprehensif, spesifik, kronolgi,
realistik, difahami dan dipersetuji. Antara ciri-ciri penting ialah RPI ini merangkumi aspek
ketidakupayaan murid dan perkhidmatan penempatan di program biasa, vokasional ataupun
pendidikan khas. Objektif RPI juga dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan ditentu-ukur.
Kurikulum Teras Yang Bermakna
Murid-murid pelbagai kecacatan perlu didedahkan dengan kurikulum yang sama
dengan rakan lain yang normal. Berdasarkan (Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpa
pendedahan tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik
dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. Bagi menentukan kurikulum yang
bermakna dibina kepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan
khususnya dalam pendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif
dengan menganalisis aktiviti kurikulum yang sesuai.
Pendekatan Pendidikan Kolaborasi.
Kolaborasi bermaksud bekerjasama dan bermuafakat untuk mencapai sesuatu
matlamat. Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Bagi
murid yang mengalami kecacatan pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional
adalah amat penting. Kolabrasi amat diperlukan untuk memberikan sokongan secara berterusan
kepada murid pelbagai kecacatan supaya mereka juga dapat menikmati kualiti hidup yang baik
dan selesa, dapat dalam bergaul dalam masyarakat seperti mana yang dinikmati oleh kanak-
kanak normal.
Di negara kita, kolaborasi telah pun wujud di antara tiga agensi iaitu Kementerian
Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kerjasama tersebut
wujud untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan
pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal teruk, kerencatan akal
sederhana dan teruk dan pelbagai kecacatan. Kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan tidak
boleh ditempatkan untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
6
Penglibatan keluarga yang aktif
Memiliki anak dengan pelbagai kecacatan merupakan satu cabaran hebat di kalangan
ibu bapa yang terlibat. Membesarkan dan mengasuh anak pelbagai kecacatan bukanlah perkara
mudah namun ini bukanlah satu bebanan kepada keluarga tersebut. Ibu bapa yang rasional
dengan kehadiran anak pelbagai keupayaan dapat memudahkan tugas mengasuh anak-anak
demikian. Dalam program pendidikan, penglibatan ahli keluarga yang aktif sangat diperlukan.
Keluarga merupakan orang yang yang paling rapat dengan murid-murid tersebut maka mereka
mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan tingkah laku anak mereka.Ini sangat
penting dan berkesan dalam konsep pembangunan program individu.
Strategi dan modifikasi
Antara lain strategi yang boleh dikenakan kepada kanak-kanak yang mengalami
kecacatan pelbagai ialah intervensi awal. Itervensi ini perlu dilakukan dengan cepat seawal
kanak-kanak memulakan persekolahan. Ini melibatkan banyak pihak seperti ahli terapi, terapi
bahasa dan pertuturan, psikoterapi dan pakar-pakar berkaitan.
Pengurusan Persekitaran.
Pengurusan persekitaran tertumpu kepada pengurusan fizikal bilik darjah yang
kondusif. Sekolah perlu menyediakan peralatan yang baik dengan bantuan teknologi yang
canggih.
Integrasi Sosial.
Integrasi bersama rakan sebaya sangat penting dalam usaha membantu proses
pembangunan sosial kanak-kanak kecacatan pelbagai. Integrasi ini perlu dilaksanakan lebih
kerap. Guru juga perlu memastikan murid-murid berkaiatan mempunyai rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain. Guru juga perlu mengintegrasikan rasa bertanggungjawab
di kalangan murid dari sudut kebersihan diri dan kebersihan sekitar.
“MY OPINION”
1. Kanak-kanak pelbagai kecacatan tidak dapat belajar bersama kanak-kanak normal.
Mereka memerlukan ruang khas dan didikan khas berbeza daripada murid normal.
2. Sepertimana kanak-kanak normal, mereka ini juga perlu diberi ruang dan masa untuk
mempelajari sesuatu.
3. Mereka sokongan tambahan daripada pendidik dan pembimbing, ibu bapa sediri dan
masyarakat. Mereka sangat memerlukan perhatian yang lebih daripada kita.
7
4. Golongan pendidik dan ibu bapa menjadi sandaran utama membentuk mereka menjadi
anggota masyarakat.
5. Secara fizikal berbeza namun begitu tidak banyak bezanya dari segi emosi dan hak
menikmati hidup.
6. Panggilan “pelajar OKU” atau murid “orang kurang upaya” kepada mereka sepatutnya
dimansuhkan dan diubah kepada “pelajar khas” atau AMK
( Anggota Masyarakat Khas ).
8