Nota Exam Bmm3114

23
TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA Konsep Budaya Kamus Dewan : Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dari sudut etimologi ; Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya . budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Pandangan Inggeris ; Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan pemikiran mereka yang berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture . Pandangan Bahasa Arab ; Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan al-thaqafah”. Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan kecerdikan. Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang Lucy Mair : Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama. Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok manusia. Kandungan (elemen) Budaya Material Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Contoh ; keris : alat kebesaran bagi raja/lambang kekuasaan/kedaulatan. orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo Budaya Bukan Material Kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Contoh ; setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza seperti dalam perkahwinan masyarakat Melayu iaitu pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. dalam masyarakat Melayu juga ada adat pepatih & adat temenggung. Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum & peraturan yang harus dipatuhi. Istiadat: cara 2 / peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan/resam. TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA DEFINISI SECARA UMUM Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda- benda seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah. Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia. DARI SUDUT ETIMOLOGI Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya . Kalimah budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. DARI PANDANGAN INGGERIS Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

Transcript of Nota Exam Bmm3114

Page 1: Nota Exam Bmm3114

TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA

Konsep Budaya

Kamus Dewan : • Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),

berkelakuan dan sebagainya. • Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu

dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dari sudut etimologi ;• Perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang

tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”.

• “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia.

• “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

Pandangan Inggeris ;• Istilah “culture” berasal dari perkataan Latin

“colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

• Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan pemikiran mereka yang berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut.

• Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk seseorang yang mempunyai “culture”.

Pandangan Bahasa Arab ;• Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan

“al-thaqafah”. • Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami

dan kecerdikan.

Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang

Lucy Mair : Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama.

Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok manusia.

Kandungan (elemen)

• Budaya Material– Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan

serta cara-cara penggunaannya.– Contoh ;

• keris : alat kebesaran bagi raja/lambang kekuasaan/kedaulatan. 

• orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

• Budaya Bukan Material– Kepercayaan, adat istiadat dan undang-

undang. – Contoh ;

• setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza seperti dalam perkahwinan masyarakat Melayu iaitu pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

• dalam masyarakat Melayu juga ada adat pepatih & adat temenggung.

Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum & peraturan yang harus dipatuhi. 

Istiadat: cara2 / peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan/resam.

TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA

DEFINISI SECARA UMUM Kebudayaan adalah satu cara hidup yang

dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya

Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama

Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.

Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang

Page 2: Nota Exam Bmm3114

terdapat di persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia.

DARI SUDUT ETIMOLOGI Perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang

tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”.

Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

DARI PANDANGAN INGGERIS Istilah “culture” berasal dari perkataan Latin

“colere” yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk seseorang yang mempunyai “culture”.

KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang

berasal dari “budi” dan “daya” serta bahasa Arab “al-thaqafah” lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang berhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia.

Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, “culture” yang merujuk kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti pertanian. Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.

Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal.

Proses internal (dalaman) bersumberkan “budi” ataupun kecerdikan akal yang menjana proses eksternal yang berasaskan “daya” ataupun tenaga manusia sebagai momentum dalam mengatur urusan hidupan harian bermasyarakat.

KANDUNGAN (ELEMEN)BUDAYA MATERIAL

Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.

Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

BUDAYA BUKAN MATERIAL kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat

istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

CIRI-CIRI BUDAYA Diwarisi

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India

yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau

Dipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi

perlu dipelajari Bentuk dan jenis pembelajaran anggota

masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

iii. Umur seseorang.iv. Tahap pendidikanv. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Perkongsian Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu

setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Kesejagatan Kesejagatan budaya ialah kebudayaan

itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.iii. sistem sosial.iv. Bahasav. kesenian.vi. sistem pengetahuan.vii. agama dan kepercayaan.

BerubahBudaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada

Page 3: Nota Exam Bmm3114

ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakatii. pertambahan keperluan dan keinginan

manusia.iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.iv. pertembungan budaya.v. konflik yang berlaku.vi. perubahan alam sekitar.

Perlambangan Perlambangan ialah sebagai satu lambang

dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana

manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

AKOMODASI Sedar perbezaan budaya. Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan harmoni A + B + C = A + B + C

AKULTURASI Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal. Berlaku proses pinjaman – tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan A + B + C = Ai + Bi + Ci

ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan Contoh : masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya A + B + C = A

TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT

DEFINISI MASYARAKAT

Ralph Linton, 1936 :“Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu”.

Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960 :

Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam suatu kelompok dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.

Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu generasi di samping mewariskan unsur-unsur tradisi.

Ciri-ciri masyarakat : 1. Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan tinggal

tetap dalam kumpulannya. 2. Masyarakat ialah komuniti yang saling bergantung

dan memerlukan antara satu sama lain.3. Anggota masyarakat mempunyai peranan yang

tertentu.4. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan

kebudayaan tersebut boleh terus berkembang.5. Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan

status.6. Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

PERKEMBANGAN MASYARAKAT : i. Tahap savagery ii. Tahap barbarismeiii. Tahap tamadun.

Page 4: Nota Exam Bmm3114

TAHAP SAVAGERY : Tahap savagery rendah: Manusia hidup dengan makan buah-buahan dan

kekacang tanpa mengenal api. Dalam zaman ini, mereka juga meramu dengan mencari akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan liar.

o Tahap savagery pertengahan: Mereka menggunakan api dan menjadikan ikan

sebagai tambahan kepada menu mereka. Oleh itu, mereka menambah tugas seharian dengan menangkap ikan.

o Tahap savagery atas : Manusia mendapat busur dan panah untuk

kegunaan berburu.

TAHAP BARBARISME : Tahap rendah:

Periuk belanga telah dibuat.

Tahap pertengahan: Ini diikuti dengan aktiviti penternakan binatang

di Benua Lama dan menanam jagung di Benua Baharu. Seni bina batu juga wujud pada tahap barbarisme pertengahan ini dengan menggunakan batu bata yang dikeringkan oleh cahaya matahari.

Tahap atas: Alat-alat daripada besi muncul semasa tahap

barbarisme tahap atas.

TAHAP TAMADUN : Pada tahap tamadun, abjad fonetik dan

penulisan mulai dikenal

TAJUK 4 – MASYARAKAT MELAYU

TAKRIF MELAYU : Menurut Perlembagaan negara Malaysia,

Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, beragama Islam :

“...seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka ia adalah berdominasi di Persekutuan atau di Singapura atau

b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”

(Mohd Rashid Md Idris, 2007:3)

TAKRIFAN MELAYU DARI SEGI SUKU BANGSA : Melayu mestilah daripada keturunan suku Melayu

dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam Melayu. 

Suku Melayu jenis ini terdapat di Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia dan lain-lain.

TAKRIFAN MELAYU OLEH UNESCO : Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang

mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, berketinggian sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar.

Dari segi lahiriah: orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbadan sederhana serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. 

Dari segi budaya: Melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih luas, iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain.

(Syed Ali yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris) Menurut pendapat yang dikemukakan oleh

Asmah Hj. Omar yang dipetik oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008:5) Susur Galur Bahasa Melayu

Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional dikenali  sebagai gugusan pulau Melayu.

TAKRIF MELAYU - CATATAN ORANG CHINA

Page 5: Nota Exam Bmm3114

Melayu merujuk sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

TAKRIF MELAYU - PERKATAAN JAWA “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.

Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANGSA MELAYU

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur.

Beberapa pendapat :

a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

c) Orang Minangkabau (Melayu) dari Asia Tengah

TEORI NUSANTARA3 Gelombang Utama :

Negrito Proto Deutro

i) Negrito Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal

di Kepulauan Melayu Berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan.

Mereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.

ciri-ciri fizikal : berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar,berhidung lebar, berbibir penuh, saiz badan yang pendek,

Keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera

ii) Proto Perpindahan gelombang kumpulan 2 Peradaban orang melayu-proto ini lebih maju

sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat

bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan

Berpindah randah zaman mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman

Batu Baru.

iii) Deutro Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang

dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500

Peradaban yang lebih maju daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.

Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.

Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini.

TEORI NUSANTARA Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai

tamadun yang tinggi. Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai

setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara.

Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah)

Sejarah Asal Usul Bangsa MelayuDalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.

TEORI ASIA TENGGARA Orang minangkabau itu berasal daripada pengikut

Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini :

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu;

2. Adat resam bangsa Melayu mirip budaya Asia Tengah

Page 6: Nota Exam Bmm3114

TAJUK 5: KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG POLITIK)

ISI KANDUNGAN:1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran2. Institusi Sosial3. Sistem Kekeluargaan

1. SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Sistem pemerintahan disesuaikan dengan agama Islam

Sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan pahlawan

Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahan oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai

Sultan juga diaanggap mempunyai kekuatan dan keajaiban

Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa

Konsep daulat memberi peluang kepada Sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain

Institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan

PEMBESAR PERINGKAT NEGERI/DAERAH

PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG

Page 7: Nota Exam Bmm3114

2. INSTIUSI SOSIAL KEBUDAYAAN MELAYU Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa

maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat.

Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.

Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.

Herarki Sosial Masyarakat Melayu Herarki merupakan susunan sesebuah

masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran.

Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau herarkinya bersifat feudal.

Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.

Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya.

Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.

GOLONGAN YANG MEMERINTAH3.1 Raja/Sultan/Yang Dipertuan Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap

sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia.

Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.

Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka.

Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi.

Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak

atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya.

Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi.

Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat.

Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan.

Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.

Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat.

Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan.

Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan.

Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan.

Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan.

3.2 Keluarga dan Kerabat Diraja Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas

Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai

keturunan Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan.

Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang

putera kepada Sultan yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga

mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan.

Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan.

Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan menggunakan ‘bahasa dalam’.

Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini, terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang lebih istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan.

Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.

3.3 Pembesar Anggota masyarakat yang paling hampir

dengan pihak bangsawan ialah golongan pembesar.

Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari, Temenggung dan Laksamana.

3.3.1 Bendahara Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh

mekanisme pentadbiran melayu tradisional. Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara

fizikal.

Page 8: Nota Exam Bmm3114

Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan Sultan.

Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku tugas dan peranan Sultan, dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja.

Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua ‘di balai sendiri’ kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan.

Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu yang menerangkan seperti berikut;

“…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara kembali ke rumahnya…”

Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini.

Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan.

Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan sendiri.

3.3.2 Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua

selepas Bendahara dalam golongan pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.

Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan.

Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba raja.

Penghulu sebenarnya merupakan ‘Menteri Kewangan’ dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan.

Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing seperti Melaka menentang Kampar.

3.3.3 Temenggung Pembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan

Negeri. Temenggung juga menjadi ‘pengatur’ orang makan

di balai istana. Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai

Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya.

Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara.

Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;

“Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.”

Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri.

Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

3.3.4 Laksamana Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam

herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua

angkaatan tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar.

Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja.

Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).

Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan.

Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza.

Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara.

Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama.

Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.

Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.

Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan.

Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.

3.3.5 Syahbandar Syahbandar juga merupakan pembesar yang

terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan.

Syahbandar bererti ‘pemerintah pelabuhan’ yang diambil daripada perkataan Parsi.

Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing.

Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari.

Menurut Tome Pires, kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.

Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa.

Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan.

Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut.

Page 9: Nota Exam Bmm3114

Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar.

Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai ‘raja di laut’ dan syahbandar sebagai ‘raja di pelabuhan’.

3.4 Ulama Golongan yang dikatakan penting dalam

masyarakat tradisional Melayu ialah golongan ulama.

Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.

Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional.

Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu.

Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf.

Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja.

Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara.

Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.

Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak.

Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.

Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.

Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

GOLONGAN DIPERINTAH3.5 Rakyat Rakyat merupakan lapisan pertama dalam

golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu.

Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu.

Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar.

Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang.

Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang yang melibatkan kerajaan.

Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid Ahmad.

Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar.

Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

3.6 Orang Asing Selain daripada empat golongan yang terdapat

dalam herarki masyarakat tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah golongan yang turut terlibat dalam masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu golongan ‘orang asing’.

‘orang asing’ turut dikenali sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama.

Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh.

Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar.

Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina.

Secara umumnya, ‘orang asing’ ini dikategorikan kepada dua kumpulan.

Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu.

Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan.

Antara golongan ‘orang asing’ pada zaman tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam.

3.7 Hamba Institusi perhambaan di dalam masyarakat

tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu.

Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat melayu.

Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat.

Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya.

Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika itu.

Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.

3.7.1 Hamba Raja Pertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang

telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.

dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan.

Page 10: Nota Exam Bmm3114

Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang atau banduan.

Haamba raja juga dikenali sebagai ‘biduanda’ yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan.

Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah.

Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:

“Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya”.[14]

3.7.2 Hamba Biasa Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil

iaitu abdi, dengan dan hamba. Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh

melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara

turun-temurun. Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis. Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan

yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah peperangan.

Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba.

Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika.

Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah.

Terdapat juga hamba afrika yang dibawa oleh penjajah Eropah.

Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur.

Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda.

Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup.

Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.

3.7.3 Hamba Berhutang Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang

merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang.

Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka.

Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka.

Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba tebusan.

Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan.

Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.

Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil.

Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut.

Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya.

Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang.

Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.

Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman.

Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain.

Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka.

Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat

Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur.

Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini.

Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini.

Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.

Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional.

Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam.

Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.

3. SISTEM KEKELUARGAAN

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi.

.

Page 11: Nota Exam Bmm3114

DWISISI (bilateral) NASAB IBU (matrilineal)

Bentuk-bentuk perkahwinan masyarakat Melayu:1. Monogami2. Poligami3. Endogami4. Eksogami5. Perkahwinan campur

1. Monogami: Perkahwinan diantara seorang lelaki dan seorang perempuan (satu laki satu permpuan)

2. Poligami: Perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu masa

3. Endogami: Perkahwinan sesama suku (kalngan sanak saudara)

4. Eksogami: Perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain

5. Heterogami : antra kelas sosial yg berbeza (bangsawan dgn petani)

6. Homogami : kelas sosial yg sama 7. Perkahwinan campur: Antara kaum, melibatakan

kewarganegaraan, berlainan agama.TAJUK 6 – KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

KESENIAN:Kesenian merupakan perihal seni, yang berkaitan dengan seni, berasaskan seni (Kamus dewan edisi keempat, 2010). Kesenian Melayu menjadi identiti masyarakat Melayu.

1. Seni Persembahan2. Seni Tampak3. Seni Muzik

SENI PERSEMBAHAN

1) SENI GERAK

i. TARI Bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada

waktu perkahwinan, pertabalan dan sebagainya. Contoh : tarian siti payung, tarian mak inang, tarian asyik, tarian gamelan .

Wujudnya pengaruh Arab dan Parsi. Contoh : tarian rodat, tarian hadrat.

Tarian rakyat.Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget.

Khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja.Contoh : tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung.

ii. SENI DRAMA/PERSEMBAHAN PENTAS Merupakan karya drama yang dianggap oleh

masyarakat yang mewarisinya sebagai hasil yang

diwarisi secara turun-temurun dari generasi yang lampau.

Seni drama :a) Drama tari/Taridra. (Menora, Mak Yong, Mek

Mulong, Gamelan).b) Patung. (wayang kulit, wayang gedek).c) Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda (teater

orang Banjar), Kemidi Rudat (teater orang Sasak/Lombok), Lenong (teater orang Betawi)).

d) Sketsa. (Boria, Jikey).

2) SENI SUARA Cerita - penglipur lara, selampit, awang batil dan

sebagainya. Bersajak - nazam, syair, gurindam, pantun dan

sebagainya. Berlagu - dondang, mengaji al-Quran, nasyid,

berzanji, marhaban dan sebagainya. Bernyanyi - lagu-lagu ghazal, dikir barat, lagu

kanak-kanak dan sebagainya.

3) PERMAINAN RAKYAT/BELA DIRI

1)SENI

UKIR Mempunyai hubungan

rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.

Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus

Page 12: Nota Exam Bmm3114

2) SENI BATIK Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan

mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses

menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok

tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.

Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat–peringkat.

Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

3) TEKATAN Dikenali juga dengan nama suji. Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan

bentuk hiasannya mengambarkan reka bentuk bunga dan pohon–pohon.

Digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih.

Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja.

4) SENI ANYAMAN Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh

dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya

menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

5) SENI TEMBIKAR Menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu

barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.

Perusahaan membuat tembikar secara tradisioanl ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar, Perak.

6) SENI KRAFTANGAN Hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi

digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.

Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur.

Memerlukan daya estetika.

7) SENI BINA Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi

tempat penginapan orang Melayu. Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari

daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam melayu.

Contoh : rumah-rumah orang Melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah Minangkabau.

8) SENI TEMBAGA Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga yang

cantik dan indah bentuknya. Digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya di

istana raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perkahwinan atau upacara diraja yang lain.

Digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan di rumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar.

9) SENI TENUNAN• Terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa,

tenunan ikat celup dan songket.

• Tenunan songket à tenunan yang paling lengkap dan cantik.à merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa.

• Tenunan ikat à berkembang di istana raja–raja.à penciptaannya lebih rumit terutama dalam

proses menyongket solek atau menyolek. à dikenali juga : kain benang emas

SENI VOKAL• Lahir daripada pita suara yang boleh memberi

kepuasan kepada pendengar. • Berbeza mengikut masyarakat. • Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal

tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Muzik Tradisi Warisan IstanaTradisi tinggi (great tradition) • Golongan bangsawan yang merupakan golongan

kelas pemerintah.• Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana

sejak abad ke-15 lagi. • Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan,

kematian raja dan upacara mengadap.• Selain nobat muzik yang berkembang melalui

tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. • Gamelan yang terkenal di TM berasal dari kerajaan

Riau-Lingga dan Johor. • Alat-alat muzik dalam gamelan termasuklah saron,

bonang, kerompong, gendang dan gong.

Page 13: Nota Exam Bmm3114

Muzik Tradisi RakyatTradisi rendah (little tradition) • Terdiri daripada kaum petani dan nelayan.• Lahir daripada minat anggota masyarakat.• Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian

bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. • Diperbuat daripada bahan-bahan di sekeliling

seperti buluh, kayu, kulit binatang.• Rebana dimainkan dalam persembahan yang

berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulud dan lain-lain. 

Muzik Tradisi Melayu Lain• Seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi

dari zaman praislam. • Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan

Perlis menggunakan alat muzik seperti gong, rebab, gendang dan serunai.

• Muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam.

• Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi.

• Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi, dibawa melalui India sebelum berkembang di alam Melayu.

• Muzik Melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dondang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis.

• Tarian kuda kepang pula mengandungi alat-alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari.

• Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat Melayu keturunan Jawa. TAJUK 7 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG

SOSIAL)

Agama Islam, Adat dan Kepercayaan, Bahasa

Agama Islam Islam adalah agama rasmi di Malaysia Orang melayu hampir keseluruhannya beragama

Islam Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang

penting bagi orang Islam di Malaysia.

Adat Melayu1) Istiadat berinaiIstiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:

1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.

2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.

3. Berinai besar.

2) Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang

Page 14: Nota Exam Bmm3114

geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

3) BerpantangDalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.

4) Cukur Rambut/ Potong JambulAdat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

5) Bersunat / BerkhatanAdat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya   dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

6) Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

7) Bertunang Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.

Kepercayaan1. Anak dara dilarang berdandan malam dan

melihat wajah pada cermin. Dikhuatiri wajah yang selalu dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang. jauh dilihat manis, didekati tidak secantik mana. Larangan ini ada rasionalnya, anak dara tidak beralasan berhias malam.

2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau muka pintu.  Kononnya hal ini

menyebabkan penyakit berat menimpa. Ada pula beranggapan pinangan orang tergendala.

3. Kepala ikan dilarang makan terutama bagi kanak-kanak. Dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau lambat khatam Al-Quran.

Contoh-contoh Pantang-Larang  Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu malam Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah malam Tidak boleh membuka payung di dalam rumah Tidak boleh berangan pada waktu maghrib Tidak boleh tidur pada waktu maghrib Dilarang mempercayai dengan tok bomoh Dilarang menyembah berhala  Dilarang bergantung di telefon pada waktu maghrib Dilarang keluar pada waktu malam Dilarang membuang air kecil di pokok

Bahasa• Bahasa Melayu sejenis bahasa Melayu-Polinesia di

bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu.

• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura.

• Di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

• Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.

• Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Dialek Johor• Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan

empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:

1. Saya - Sayě 2. Apa – Apě 3. Berapa –  Berapě

• Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal:

1. Anda – Anda 2. Merdeka – MerdekaDialek PerakContoh:

1. Saya - Sayě - Sayěě - Saye 2. Apa - Apě - Apěě - Ape3. Berapa - Berapě - Berapěě - Berape

Dialek Kelantan1. Kawan - Kawe 2. Bulan - Bule 3. Terang - Teghe 4. Tenang - Tene 5. Bukan - Buke 6. Tangan - Tange

Dialek TerengganuEjaan Standard & dialek Terengganu

1. Makan= Makang 2. Ikan= Ikang

Page 15: Nota Exam Bmm3114

3. Bukan =Bukang 4. Badan =Badang 5. Pun =Pung 6. Zapin =Zaping 7. Kemaman (nama daerah) =Kemamang 8. Jalan =Jalang 9. Hujan =Hujang

Dialek Sarawak Ejaan Standard & dialek Sarawak

1. Saya - Kamek 2. Awak/kamu - Kitak 3. Dia - Nya 4. Tidak - Sik 5. Jangan - Sikboh 6. Ini - Itok 7. Sini - Sitok

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Nilai Dan Falsafah

• Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam.

• Kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh Islam dan akhirnya membawa banyak persamaan dengan islam.

• Kebudayaan sering kali dikaitkan dengan Islam. • contohnya :

• Nilai berbudi • Kasih sayang • Patuh kepada agama

Page 16: Nota Exam Bmm3114

TAJUK 8 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

- Perubatan- Pakaian- Permainan

PERUBATAN• Perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh

dan Tok Dukun sejak beberapa abad dahulu. • Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-

bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia.

• Perubatan Melayu adalah sistem penjagaan kesihatan dan perubatan yang diwarisi dari masa lampau.

• Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun.

• Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan.

• Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran.

• Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

PRINSIP AMALAN PERBOMOHAN• Amalan perbomohan yang menurut

perspektif Islam mestilah berdasarkan sumber-sumber yang pasti, sama ada dari al-Quran atau dari Sunnah, serta sumber-sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam.

• Sekiranya terdapat percanggahan dengan prinsip akidah Islam, maka amalan tersebut perlu disingkirkan.

• Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu, atau makhluk lain, dengan tujuan untuk bersahabat atau meminta bantuan daripada mereka, tidak dibenarkan dalam amalan perubatan Melayu.

• Justeru, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah, di samping usaha-usaha yang dilakukan.

PAKAIAN• Pakaian tradisional kaum Melayu iaitu bagi lelaki

dan perempuan.• Pakaian tradisional dipakai semasa perayaaan,

majlis-majlis rasmi, perkahwinan.• Pakaian kaum wanita = baju kurung, selendang • Pakaian kaum lelaki = baju Melayu, samping,

songkok

PERMAINAN• Permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan

masa lapang atau sukan rakyat.• Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh

dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.

• Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.

• Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.

Page 17: Nota Exam Bmm3114

TAJUK 9 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG EKONOMI)

PENGENALAN1. Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah

masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini.

2. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia.

3. Kewujudakn masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang laluu.

4. Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar Negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.

5. Aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang.

6. Kemudian wujudnya sistem mata wang.7. Secara tidak langsung telah menggalakkan

kedatangan pedagang daripada luar negara dan berlaku penyerapan asimilasi dalam budaya Melayu.

PEKERJAAN

1. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.

2. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa.

3. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakkannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan lain-lain.

4. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan.

PENGURUSAN HARTAa) Adat Perpatih

1. Kesemua harta pusaka adat adalah hak kepada suku dan bukan hak individu.

2. Berdasarkan konsep ini kita dapati bahawa Adat Perpatih telah menafikan hak milik individu terhadap harta pusaka adat.

3. Harta yang tidak dikategorikan sebagai harta pusaka adat pula seperti kereta, cincin, wang, saham dan lain-lain boleh dibahagikan kepada waris-waris si mati tanpa mendapat persetujuan daripada Lembaga.

4. Adat Perpatih telah mengiktiranya sebagai hak milik individu kerana ia hasil daripada usahanya sendiri.

5. Hak milik harta pusaka adat yang diberikan kepada masyarakat adat itu adalah hak milik yang terhad.

6. Sehinggakan dalam pembahagian atau pemindahan hak milik, seseorang itu terpaksa mendapatkan persetujuan waris dan Lembaga.

7. Dalam pemindahan hak milik melalui penjualan, waris dan Lembaga berhak menahan penjualan tersebuut. Adat melarang harta pusaka adat dijual kepada anggota suku lain.

8. Adat hanya membenarkan pemindahan hak milik berlaku dalam lingkungan suku itu sahaja.

b) Adat Temenggung1. Mengikut sistem ini, lelaki berhak mewarisi

harta yang lebih banyak daripada wanita.2. Jurai sebelah bapa lebih diutamakan.3. Jika berlaku perceraian, pembahagian harta

antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum syarak.

4. Harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata.

5. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja.

6. Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi.

7. Sebaliknya jika penceraian disebabkan oleh perangai buuk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa si suami harus membayar sejumlah tertentu emas.

Page 18: Nota Exam Bmm3114

8. Jika penceraian antara suami dan isteri disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali mendapati perangai buruk suami dan telah mendapatkan cerai, isteri tersebut harus menebus dirinya dengan memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang berpindah milik terserah kepada suami.

TAJUK 10 – PENGARUH LUAR DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

FAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU• Asalnya à Animisme (percaya akan kuasa ghaib)• Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa,

antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya.

• Percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung, terdapat penunggu yang perlu dihormati

• Punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk, saka, terkena buatan orang dan sebagainya.

• Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui upacara tertentu, menyemah dan sebagainya.

• Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ketika mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, seperti hutan,

• Mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya, “Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi memujuk penunggu di hutan tersebut agar tidak mengapa-apakan mereka.

PENGARUH HINDU• Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang

dibawa oleh pedagang.• Kepercayaan Hindu jadi cara hidup masyarakat.• Penyerapan amalan Hindu à majlis perkahwinan • Contoh :

à menepung tawar à bersiram di pancapersada à bersanding • Upacara melenggang perut à Untuk tahu jantina anak à Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu,

dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.à Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan

melahirkan anak lelaki à sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak

perempuan. à Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh

Hindu diserapkan dalam bahasa Melayu.

à Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.

à Hindu juga membawa sastera lisan mereka. à Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan

yang popular dan berkembang khususnya dalam kalangan istana.

• Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian Melayu.

àMotif-motif yang berlambangkan haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan. • Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam

masyarakat Melayu khususnya di istana.

PENGARUH ISLAM• Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu.• Berkembang dengan kedatangan mubaligh ke

rantau ini.• Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam

digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. • Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu

daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.

• Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.

• Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.

• Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu

• menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup orang Melayu.

• Contoh :Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain).

•Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa.

• Contoh :Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya.

• Pengaruh dalam bentuk tulisan • àTulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh

orang Melayu. • àAhli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf Arab

tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan ‘g’.

• àEkoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang.

• Pengaruh Islam dalam seni bina • àReka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi

menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

• àReka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.

NAMUN!!!!• Terdapat sebahagian masyarakat yang

mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme.

• Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk halus.

Page 19: Nota Exam Bmm3114

• Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain.

PENGARUH BARAT• Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan

Islam kerana penjajahan. • Nilai barat menular dalam masyarakat yang

kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam. • Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas

agama merupakan pengaruh yang negatif. • Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat

misalnya teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.

• Bahasa - banyak kosa kata yang terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi

• Peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada orang awam.

• Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.

• Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lama semakin terpencil terutamanya dalam kalangan mereka yang telah dididik dengan alam sekular sains.

• Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

PENGARUH LAIN • Orang Cina

• datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.

• bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan.

• kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu.

mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang, amah, angpau, capcai, pau, dan taugeh

• Dari segi masakan • makanan cina turut meresap dalam budaya

masyarakat Melayu.

• Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada makanan popular masyarakat Melayu.

• Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada hari raya dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.

• Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

 

TAJUK 11 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN SASTERA

Puisi Tradisional Merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk

karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa

Page 20: Nota Exam Bmm3114

berbanding dengan pengucapan biasa serta bahasa.

Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat.

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.

a. Pantun- Karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris

dalam setiap rangkap sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap.

- Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterusnya.

- Terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud.

b. Syair-  Karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri

daripada empat baris.-  Setiap baris merupakan maksud

kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.

- Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.

- Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.

- Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.

- Rima akhir syair ialah aaaa. - Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan

kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.

c. Gurindam- Karangan berangkap yang terdiri daripada dua

baris serangkap.- Terdapat gurindam yang lebih bebas dari segi

jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.

- Rima akhir gurindam ialah aa. - Baris pertama dalam gurindam mengandungi

soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya.

- Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. 

d. Seloka- Seloka dirumuskan sebagai gurau senda yang

mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.

- Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris. 

- Terdapat seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.

- Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.

- Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.   

e. Teromba

- Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan salasilah.

- Teromba mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.

- Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak sama.

f. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan peribahasa.

g. Talibun- Talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah

sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya.

- Talibun mengungkap persoalan yang berbagai. Lazimnya, isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.

h. Mantera- Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana

pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis.

- Mantera digolongkan puisi Melayu tradisional berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang sama dalam satu-satu rangkap, manakala rima askihrnya pula tidak tetap

- Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau sesuatu perkara yang dihajati.

Puisi Moden Puisi moden mempunyai bentuk, susunan baris,

rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional.

Dari segi isinya, mengungkapkan pelbagai maksud dan persoalan yang disampaikan oleh penulis.

Penghasilan puisi moden memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya yang boleh dilihat dalam karya sajak.

a. Sajak- Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas

bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.

- Penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait.

- Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.

Prosa Tradisional Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk

karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja

tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif)

Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa.

Page 21: Nota Exam Bmm3114

Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

1. Mitos 2. Legenda 3. Cerita rakyat

a) Mitos Mitos adalah cerita prosa rakyat yang

menceritakan kisah masa lampau, mengandung penafsiran tentang alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya, serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya.

Mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan para makhluk penghuninya.

Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa sejarah yang terlalu dilebih-lebihkan atau sebagai suatu penjelasan tentang ritual.

b) Lagenda Legenda adalah cerita prosa rakyat yang

dianggap oleh yang mempunyai cerita sebagai sesuatu yang benar-benar terjadi.

Lagenda telah mengalami tokok tambah sehingga sering kali jauh berbeza dengan kisah aslinya.

Oleh itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai bahan untuk sejarah, maka legenda harus dibersihkan terlebih dahulu bahagian-bahagian yang mengandungi sifat-sifat karut.

c) Cerita rakyat• Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman

dahulu yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat, yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan dan tulisan.

• Contoh cerita rakyat; Pak Pandir Pak Belalang Lebai Malang Sang Kelembai

TAJUK 12 – KEBUDAYAAN Melayu DALAM BAHAN BUKAN SASTERA

1. Bahan Ilmiah Kajian Rencana Kertas kerja

Contoh : Kertas Kerja Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas

kerja beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan :

1. Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu contohnya amalan bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak jirandansebagainya.

2. Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan norma masyarakat tetapi tidak dianjurkan oleh Islam contohnya upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dan sebagainya.

3. Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh sikap taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah)

2. Media Komunikasi Filem Video

Page 22: Nota Exam Bmm3114

Filem Melayu KlasikA. Bidang Politik

• Golongan pemerintah dan golongan rakyat (Hang Tuah)

• Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum sesiapa sahaja. (Hang Tuah, Nujum Pak Belalang)

• Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih berhak mendapat harta yang lebih berbanding anak bongsu. ( Tiga Abdul)

B. Bidang Sosial • Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri . (Hang

Tuah)• Kepercayaan terhadap perkara-perkara tahyul.

(Laksamana Do Re Mi)• Tahap pendidikan yang rendah. (Pendekar Bujang

Lapok)• Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya

tradisional)

C. Bidang Ekonomi • Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan

sebagai petani, nelayan dan peniaga

Filem Melayu Moden

• Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding filem Melayu klasik. Menerima pengaruh dari luar khususnya barat. Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.

• Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli masyarakat mempunyai kerjaya tersendiri.

• Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh: Khurafat, Jangan Pandang Belakang.

• Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen sastera tidak lagi disisipkan.

• Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar khususnya barat.

• Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet.

3. Media Komunikasi. Rakaman Drama Radio

Drama yang dimainkan di stesen - stesen radio. Contohnya, Klasik fm. Melaka fm.

Kategori drama radio :

Panggung Drama (30 minit) Drama Khas (30 minit) Drama Bersiri (12 episod) Sketsa (5 minit)

Rakaman Drama Televisyen Drama yang disiarkan di stesen televisyen RTM,

TV3, Astro dan sebagainya. Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk “Sebenarnya

Saya Isteri Dia” - menggunakan daun senduduk sebagai alat untuk menghentikan peredaran darah, perkahwinan ( bersanding)

TAJUK 13 : TASAWUR (WORLD-VIEW) DAN KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

• Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.

• Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.

• Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat di celah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.

• Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha.

• Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya.

• Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua.

• Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir.

• Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu.

• Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.

• Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu. 

• Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. 

• Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. 

Page 23: Nota Exam Bmm3114

• Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.

• Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. 

• Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia.

• Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.

• Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii.

• Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng. 

TAJUK 14: KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Definisi Kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia.

Kepentingan kebudayaan Berperanan penting dalam proses pembangunan

negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.

Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan? Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak

merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.

Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.

Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau

ini. Melaka merupakan pusat perkembangan,

penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu. Kebudayaan serantau digambarkan dengan

penggunaan Bahasa Melayu. Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras

dalam Kebudayaan Kebangsaan

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai . Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan

sebagainya Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan

kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

• Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam

• Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan

Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain

Page 24: Nota Exam Bmm3114

Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini.

Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.

Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

TAJUK 15 : KEBUDAYAAN KEBANGSAANKebudayaan kebangsaan?- Kebudayaan memainkan peranan dlm proses

pembangunan Malaysia.- Dasar yang digubal pd tahun 1971 disebabkan

tiada arah dlm mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

- Lahir drpd Gagasan Kogres Kebudayaan Kebangsaan yg dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.

- Jadi garis panduan dlm membentuk & mewujudkan serta mengekalkan identiti negara.

- Perpaduan negara diperkukuh melalui kebudayaan & keperibadian kebangsaan dipelihara berteraskan budaya penduduk asal & agama islam.

ISU/ CABARAN DAN PERMASALAHAN Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih belum

dapat lihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang jitu.

Setiap kaum & etnik masih kuat menyuarakan & meminta hak yg lebih luas utk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing.

Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas masih terbahagi mengikut kebudayaan kaum & etnik yg pelbagai.

Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai negara pelbagai kaum dan pelbagai budaya.

Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan oleh semua rakyat Malaysia dan ada yang tidak sesuai.

Jurang interaksi antara murid SK & SKJ sehinggalah ke peringkat tertinggi. Banyak universiti swasta didominasi oleh satu-satu kaum sbg majoriti.

Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuh sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa kebangsaan.

Generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan.

Kecanggihan teknologi dan arus permodenan semakin lama semakin mengaburkan nilai kebudayaan.

KEDUDUKAN TERKINI Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM

Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak membantu membentuk kelikatan perpaduan dan jalinan budaya antara kaum.

Sambutan perayaan diraikan di peringkat kebangsaan dengan mengadakan rumah terbuka.

Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni, festival citrawarna Malaysia untuk menzahirkan kebudayaan kebangsaan.

Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasa-bahasa kaum di Malaysia dan menggunakan alat-alat muzik semua kaum serta disiarkan di media elektronik.

Pengenalan baju kebangsaan – baju batik dipakai setiap hari Khamis oleh penjawat awam.

BENTUK BUDAYA PADA MASA YANG AKAN DATANG- Proses globalisasi baik melalui media massa atau

komunikasi langsung dan perbagai informasi yang terbuka mengakibatkan perbagai kebudayaan di dunia bertemu dan terjadi percampuran kebudayaan yang lebih besar.

- Perubahan yang terjadi dalam budaya masyarakat merupakan hasil dari pertemuan antara nilai yang satu dengan yang lain.

Budaya masa kini & akan datang antaranya ialah:i. Hip-hop dan K-Popii. Amalan pertuturan manglishiii. Tayangan filem yang seolah-olah tidak ditapisiv. Gaya hidup barat cth sesi ‘pre dan post

wedding photos’ dan lamaran gaya barat.v. Perkahwinan sama jenis.

Page 25: Nota Exam Bmm3114