NOTA CERPEN Tingkatan 3

18
CERPEN : MUTIARA BONDA [Osman Ayob] Sinopsis Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anaknya. Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung semasa menjalani hukuman penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu adik masih dua bulan dalam kandungan. Mohd, Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt , Jordan. Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai. Tema Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya dalam pelajaran. Persoalan 1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. 2. Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan. 3. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 4. Keciciran pelajar luar bandar. 5. Gejala sosial dalam kalangan remaja. 6. Tekanan hidup anak bekas banduan. 7. Keinsafan dalam kehidupan. Plot i. Permulaan Bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan degil.

description

moga bermanfaat

Transcript of NOTA CERPEN Tingkatan 3

CERPEN : MUTIARA BONDA[Osman Ayob]

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anaknya. Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung semasa menjalani hukuman penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu adik masih dua bulan dalam kandungan. Mohd, Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt , Jordan. Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya dalam pelajaran.

Persoalan

1.Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.2.Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.3.Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.4.Keciciran pelajar luar bandar.5.Gejala sosial dalam kalangan remaja.6.Tekanan hidup anak bekas banduan.7.Keinsafan dalam kehidupan.

Ploti.PermulaanBonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan degil.

ii.PerkembanganGambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya.

iii.KonflikKonflik timbul apabila Mohd Harraz memberitahu bahawa dia mahu berhenti sekolah . Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu memberi muka kepada Mohd Harraz.iv.KlimaksKetika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya . Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik telah diserbu oleh pihak polis. Adik bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.

v.PeleraianAdik bersyukur kerana tidak berada dipondok itu, dia telah insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya ,Mohd Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

1.PemerianAdik berlari keluar. Saya menjerit memberikan amaran, tetapi tenggelam oleh deruman ganas enjin motor.

2.Dialog Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu.

3.Imbas KembaliSejak dimasukkan kea lam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah kemalasan dan ketidaksungguhan adik terhadap ilmu

4.Monolog dalamanAh, tiada sejurungpun ihsan adik berrtamu! Saya betul-betul sakit hati . Berasap-asap bara meluat saya.

5.Kejutan Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi ke dusun bertemu rakannya.

6.SuspensPembaca tertanya-tanya adakah Mohd Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Watak dan Perwatakan

Watak utamaAdikNama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai SidiAnak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.Seorang yang degil dan keras hati.Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial .Seorang yang panas baran.Insaf setelah terlibat dalam kemalangan.Melanjutkan pelajar di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak SampinganBondaSeorang ibu tunggal .Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.Gigih membesarkan anak-anak.Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup..Mendidik anak dengan lembut.Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Kak CikAnak ketiga daripada empat orang adik-beradKurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.Sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa1.Waktu pagi2.Waktu senja3.Waktu malam

Latar Tempat1.Rumah Bonda2.Pondok Dusun3.Hospital

Latar Masyarakat

1.Masyarakat yang gigih mendidik anak.2.Masyarakat yang terlibat dakam penagihan dadah.3.Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.4.Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.Gaya Bahasa

1.PersonifikasiTimbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.2.Hiperbolakata-kata berapi yang membakar kepala,berasap-asap bara meluat saya

3.MetaforaSetem duka, album pengalaman, sampul kehidupan

4.Sinkope Bonda yang berdosa sebabtakpandai ajar anak -5.Similebonda bagai tercampak ke pulau hanaibarat mengumpul setem 6. Peribahasa mengembalikan manikam ke dalam cembulnya bersengkang mata benderea putihNilai

1.Kasih sayang.2.Bertanggungjawab.3.Kesabaran.4.Kegigihan.5.Keinsafan.6.Ketabahan.

Pengajaran

1.Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.2.Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.3.Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.4.Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.5.Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.6.Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana[Zainal Rashid Ahmad]

SinopsisCerita ini mengisahkan kehidupan masyarakat yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan moden mahal. Generasi tua telah mendidik anak-anak muda petua-petua mengubati penyakit cara tradisional. Kanak-kanak diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan benar-benar disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kehilangan kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

TemaTema cerpen ini ialah tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.

Persoalan1. Kepentingan alam semula jadi dalam masyarakat kampung.2. Pendidikan agama dalam masyarakat3. Taatan kepada guru4. Kemiskinan masyarakat di kampung5. Mengenang jasa.

Plot1. PermulaanPenulis mengingat zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.2. PerkembanganPenulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.3. PuncakKematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.4. PeleraianPenulis menganggap bahawa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot1. PemerianOrang tua-tua yang lahir dan bakal mati sebagai simiskin, dan selamanya takkan mampu pergi ke klinik kala jatuh sakit 2. Imbas KembaliWaktu masih kecil dan baru masuk sekolah, di rumah Hajah Tom, guru Quran tempat kami mengaji, dua tiga orang teman mengadu 3. DialogUntuk beroleh berkat, amalkan dengan tawakal, berserah , dan berdoalah dengan kalimat hanya Allah Yang Maha Berkuasa, kata Hajah Tom4. KejutanSolat ini terakhir untuk guru Quran yang tercintaTak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untuk Haji Salleh Pumpong pula.

Watak dan Perwatakan1. Aku/kamiPenulis merupakan anak kampung yang miskin .Penulis rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan imam Haji Salleh PumpongPenulis taat kepada Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.Penulis rajin dan bertanggungjawab

2. Hajah TomGuru QuranSuaminya meninggal akibat ditembak komunis di Gubir.Tinggal sendirian dikampungBertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matangKuat agama dan sentiasa menasihatkan anak-anak kampung agar sentiasa mengingati Tuhan.Baik hati beliau akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan .Pemurah Beliau menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.Penyayang Beliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak/penulis dan rakan-rakan telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom .3. Imam Haji Salleh PumpongImam tua di kampung penulis.Berpengetahuan luas imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama .Pembersih sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzurPenyayang menyangi kanak-kanak .Latar1. Latar MasaWaktu subuhMalam-malam pertengahan RamadhanAwal Ramadhan2. Latar TempatKampung .SurauGubirRumah Hajah Tom3. Latar MasyarakatMasyarakat kampungMasyarakat kampung yang miskinMasyarakat kampung yang taat kepada guru agama.Masyarakat yang prihatin .Masyarakat yang mengutamakan kebersihanMasyarakat yang mengenang jasa.

Gaya Bahasa1. Penggunaan bahasa Arab.Insyaalah, surah , khatam2. SimileUmpama menghadap raja

3. Personafikasilumpur pula melumuri tangga dan beranda4. PeribahasaSekangkang kera5. Pengulangan kata Kalaudia kata jangan,makasegera kami jauhi;kalaukatanya mesti,makacepat-cepat kami patuhi.Nilai1. Ketaatan2. Keprihatinan.3. Baik hati .4. Mengenang jasa .5. Kasih sayang.

Pengajaran1.Kita hendaklah taat kepada guru.2.Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.3.Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.4.Kita hendaklah mengenang jasa..5.Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

CERPEN HARGA SEBUAH LUKISANBaharudin A. Manan

Sinopsis

Kamal Hijaz murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Sirusa , dia akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Seminggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz bertemu kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di kantin. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya. Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya jua memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.

Persoalan

1. Kesungguhan untuk menghasilkan karya yang terbaik.2. Keikhlasan dalam persahabatan.3. Kesabaran dalam menghadapi masalah.4. Cepat menginsafi kesalahan yang telah dilakukan5. Baik hati dan berlapang dada memaafkan kesilapan orang.

Plot

(i)Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan artis-artis tersohor untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan lukisan yang akan disertainya. Pembaca dikenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

(ii)Pengembangan

Sebelum pertandingan lukisan dimulakan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela.Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik dengan isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi mencuci pinggan dan gelas di kantin.Semasa pertandingan berlangsung , Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya bermasalah dan sukar untuk diwarnai kerana telah disapu lilin. Dia terpaksa menukar kerta lukisan. Sekali gus dia mengubah fikiran,lalu melukis melukis Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik; berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat

(iii)Puncak Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

(iv)Peleraian

Hari terakhir persekolahan Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuk hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk ,meminta maaf kerana dia telah menukar kertas lukisan Kamal ketika Kamal mencucui pinggan di kantin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahinya sebuah lukisan.

Teknik Plot

1.PemerianWalau apa-apapun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali , tetapi dia tidaklah mahu melukis2.Monolog dalaman.Patutlah begitu. Tetapi kenapakah jadi begitu? Telah disemak ketika di rumah tadi, semuanya dalam keadaan elok.Mengapakah tiba-tiba jadi begini? Hatinya mula diserang goyah.3.DialogMarilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal. Tangan Maryati pantas, memenuhi pinggan dengan sate ayam, kuah , dan nasi himpit.4.Imbas kembaliSebenarnya, akulah yang menukar kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin dulu. Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi hadiah, tetapi kamu memamg handal.5.Imbas mukaYa, tahun depan kita akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . Semoga kita akan sama-sama mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Watak dan Perwatakan

1. Kamal HijazBerusia 14 tahunPelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.Berbakat dan berminat dalam lukisan/ sentiasa mendapat markah A dalam mata pelajaran Lukisan.Pelajar yang gigih dan bersungguh-sungguh.Tekun mencari ilham untuk persediaan pertandingan melukis.Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskanlukisannya yang kedua sehingga berjaya.Bersikap terbuka dan pemaaf2. MaryatiBerusia 14 tahunRakan sekelas Kamal Hijaz.Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.Hasad dengi dan telah menggunakan tektik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.

Gaya Bahasa

Penggunaan bahasa Inggeris Water colour, poster colourSimlileMacam nenek kebayan

Unsur peribahasaLurus bendul, membuta tuli

PersonifikasiKekecewaan menghambat perasaannya

Unsur hiperbolaMenusuk rongga hidung

Unsur bahasa asingWater colour

Latar Tempat

Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa ;Di taman mini sekolahDi tapak perhimpunan dan di kantin sekolah.Latar Masa1. Hari sabtu semasa pertandingan lukisan diadakan.2. Hari Isnin semasa perhimpunan

Latar Masyarakat1. Latar masyarakat yang berbakat dalam melukis.2. Latar masyarakat yang ikhlas dalam persahabatan.3. Latar masyarakat remaja yang gigih berusaha.4. Latar masyarakat remaja yang menghargai sejarah.5. Latar masyarakat remaja yang mengkhianati rakan untuk memenangi dalam pertandingan.6. Masyarakat yang berhati mulia.

Nilai1. Kegigihan2. Kesyukuran.3. Bersemangat tinggi4. Bersabar5. Keinsafan6. Baik hati.

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya.2. Kita hendaklah bersyukur akan nikmat Tuhan.3. Kita hendaklah bersemangat untuk berjaya.4. Kita hendaklah bersabar dan bertenang.5. Kita hendaklah menginsafi kesilapaan sendiri.6. Kita hendaklah berhati mulia.

CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING(Amy Suzani Ainuddin)

SinopsisPuan Ainun hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Puan Ainun telah memberi semangkuk daging masak Minang kepada setiap jirannya . Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Puan Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

TemaKepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.

Persoalan1.Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.2.Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.3.Dendam boleh mengakibatkan permusuhan.4.Remaja yang ringan tulang .

Plot(i)PermulaanPuan Ainun memasak daging masak Minang.(ii)PerkembanganPuan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.(iii)Konflik/PerumitanKonflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan tersebut menyebabkan Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada kepada Cik Punita.(iv)KlimaksPuan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut agama Hindu yang dilarang makan daging lembu.(v)PeleraianPuan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Plot/Penceritaan1.PemerianPuan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara dapur.2.DialogTak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku akan buat begitu pada engkau pula, kata Puan Ainun dala hati.3.Imbas KembaliPuan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.4.MonologOrang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula, rungut Puan Ainun lagi.5.Monolog dalamanBiarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.6.SuspensPuan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari jawapan tentang punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya.7.KejutanPuan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak dibenarkan makan daging lembu.

Watak dan PerwatakanWatak UtamaPuan AinunIsteri kepada Encik HilalIbu kepada Shafiq dan HanifBerjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan SalbiahMempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.Berperasangka buruk.Seorang yang mudah berkecil hati dan pendendam.Insaf akan kesilapannya

Watak Sampingan1.PunitaJiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.Fasih berbahasa Melayu.Berasal dari Ipoh.Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.Patuh pada ajaran agamanya .Mempunyai semangat kejiranan . 2. Encik HilalSuami kepada Puan Ainun.Bapa kepada Shafiq dan Hanif.Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain .

Latar

Latar Masa1.Waktu pagi2.Waktu tengah hari3.Waktu petang

Latar Tempat1.Rumah Pun Ainun2.Kawasan Perumahan

Latar Masyarakat

1.Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.2.Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .3.Masyarakat remaja rajin menolong jiran.4.Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.5.Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.6.Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.

Gaya Bahasa

1.Penggunaan bahasa InggerisBest 2. SimileSakit hati Puan Ainun makin bertambahbagaidicucuk dengan duri. 3. Peribahasa Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai

1.Bantu-membantu2.Hormat-menghormati3.Baik hati4.Kepatuhan5.Keinsafan.6.Prihatin

Pengajaran

1.Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.2.Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..3.Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.4.Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.5.Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.6.Kita mestilah prihati dengan adat dan kepercayaan jiran.

CERPEN : MENCARI NAFAS BARU[Ayusari mj]

Sinopsis

Cikgu Ana bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Cikgu Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Cikgu Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Cikgu Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya dan mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Cikgu Ana membawa Milah ke hospital dan doktor Izah mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Cikgu Ana berasa sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana. Peristiwa sedih itu menyebabkan Cikgu Ana minta ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Persoalan

1.Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.2.Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.3.Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.4.Kepentingan perubatan moden.

Plot

1.PermulaanCikgu Ana mengingati kisah ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Cikgu Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap seperti adiknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

2.PerkembanganPada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar. bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang.Cikgu Ana amat menyayangi Milah, salah seorang muridnya yang dianggap seperti adiknya sendiri.

3.KonflikKonflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah disahkan menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).4.KlimaksMilah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.

5.PeleraianCikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot

1.PemerianKini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan. Keputusan yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara yang terbaik..2.Dialog Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula kakak dibuatnya! keluh emak Milah.3.MonologYa AAlah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka kami terima dengan penuh keredaan Soal hidup dan mati terletak pada tangan-Mu! Ana mengangkat tangan memohon restu Illah.

4.Imbas KembaliAna masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditempatkan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

5.SuspensCikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.

6.KejutanMilah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Cikgu AnaGuru lulusan universiti pendidikan tempatan.Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.Gigih melaksanakan tugas.Bertanggungjawab terhadap anak didiknyaPrihatin masalah kesihatan anak muridnya.Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.Penyayang.

Watak SampinganMilahMurid tingkatan 3.Murid di sekolah Ana .Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.Ibunya berniaga secara kecil-kecilanAyahnya penangkap ikan.Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.Menghidap penyakit leukemia.Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu Ana.

Latar

Latar Masa1.Waktu pagi Sabtu2.Waktu petang3.Pada hari Jumaat.

Latar Tempat1.Kampung Chat, Hulu Pahang.2.Sekolah kebangsaan Kampung Chat.3.Kampung Lenjun4.Hospital Daerah, Kuala Lipis

Latar Masyarakat1.Masyarakat guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.2.Masyarakat guru yang penyayang.3.Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.4.Masyarakat kampung di pedalaman.5.Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.6.Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.

Gaya Bahasa

1.Penggunaan istilah SainsVincristine, Cytosine Arabinoside,

2.Personifikasikeindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuru Sungai Kuah benar-benarmenggamit Ana 3.SimileTanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

Nilai

1.Bertanggungjawab2.Kasih sayang.3.Pengorbanan.4.Kerajinan.5.Bersimpati.

Pengajaran

1.Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.2.Kita hendaklah mengasihi sesama insan .3.Kita hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.4.Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.5.Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.