Nota Bbm 3106
-
Upload
eddiewaikian -
Category
Documents
-
view
122 -
download
11
description
Transcript of Nota Bbm 3106
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
NOTA BBM 3106
TEORI LINGUISTIK
Oleh
Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif
Minggu 1
Pengenalan
Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam.
Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul.
Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran atau teori yang digunakan oleh ahli linguistik.
Zaman Yunani
Heraclitus ; kaitan bahasa dengan alam
Plato: membezakan bahasa dari kenyataan (realiti)
Bahasa realiti
Nama benda (hal. 2)
Kejituan penggunaan nama
1. Perkaitan jernih (ciri tabii)
2. Perkaitan tak jernih (persetujuan
masyarakat) (hal. 2)
Aristotle: bahasa adalah persetujuan masyarakat.
3 lapisan kewujudan: benda alam, jiwa,
dan isyarat luaran (bunyi dan huruf).
Akar kepada cabang linguistik pragmatik, semantik dan fonetik.
Aristotle mentakrifkan kata sbg unit bahasa terkecil yang mempunyai makna.
Bahasa sbg asas kajian mesti dilihat dalam konteks. (hal.3)
Kumpulan Stoik memperkembangkan idea Aristotle.
Mereka membezakan peringkat realiti
Benda rujukan … Makna … Isyarat
Bahasa
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
(hal. 4)
Analogi dan Anomali
Analogi: Terdapat banyak ciri keseragaman dalam bahasa
Anomali: Bahasa mempunyai banyak bentuk dan ciri kekcualian (hal. 5)
Aristotle berpegang pada analogi, Kumpulan Stoics berpegang pada anomali
The Alexanderians: minat mengkajia bahasa sbg sebahagian kajian kesusasteraan, berpegang kepada
analogi
Aristarchus, guru ahli tatabahasa Yunani yang menghasilkan buku nahu Yunani Techne Grammatike.
Zaman Romawi
Lanjutan Yunani tanpa banyak perbezaan pemikiran
Varro; buku tatabahasa Latin
Priscian; Institutiones Grammaticae
Nahu Latin Priscian menjadi asas falsafah linguistik abad pertengahan Eropah
Minggu 2
Zaman Islam
“Dan kami (Allah) tiadalah mengutuskan seorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya
daripadanya mereka mendapat keterangan”(Surah Ibrahim:4)
“Sesungguhnya kami (Allah) menurunkan kepada engkau al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu
fikirkannya”(Surah Yusuf:2)
Bidang linguistik dalam Kajian Al-Qur’an
Falsafah bahasa (lughat)
Sintaksis (nahwu)
Etimologi (sarf)
Morfologi (ishtiqaq)
Semantik (Ilm-ul-Ma’ani)
Stilistik (Ilm-ul-Bayan)
Retorik (Ilm-ul-Badi’)
Fonologi (ilm-ul-Qira’at)
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Wacana (Asbab-ul-nuzul)
Pengertian Teori
Pendapat yg dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara.
Maklumat yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri ilmu.
Berasaskan kebenaran sama ada fakta atau reason (dalil).
Kriteria Teori
Ada prinsip asas
Dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu
Ada korelasi antara persoalan
Kekukuhan hujah
Sistematik
Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan.
Justeru linguistik satu bidang bersifat saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar
untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa
Minggu 3
Teori Linguistik
Seperangkat hipotesis untuk menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna.
Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam
penyelidikan bahasa.
Pola Teori Linguistik
Membina satu sistem (teori) yang mujarad
Mengkaji akibat sistem tersebut
Menolak sistem jika tidak dapat meramalkan fakta
Mengganti sistem yang lebih sesuai dengan fakta
Teori Pohon
Melihat pemecahan bahasa-bahasa dari induknya spt pencabangan pokok-pokok.
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Pencabangan berlaku secara mendadak, setiap kali bercabang dua dan makin lama makin berjauhan,
tiada lagi pertembungan antara satu sama lain. (Skema 1)
Teori Gelombang
Bahasa berpisah antara satu sama lain secara beransur-ansur.
Sesudah berpisah berlaku pertembungan timbal balik antara satu sama lain, seperti halnya gerak
gelombang.
Sekitaran gelombang menebal adalah bahasa-bahasa yang masih dekat hubungannya satu sama lain.
Lingkaran luar gelombang yang menipis adalah bahasa yang sudah jauh terpisah walaupun masih
mewarisi ciri-ciri dari bahasa sumber.
Tempat jatuhnya batu merupakan bahasa induk @ purba dengan dialek-dialeknya. (Skema (2)) (hal. 18)
Teori Bahasa
Teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa
sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini.
Andaian dalam Teori Bahasa
Menurut ahli falsafah bahasa manusia secara fitrah @ innate mempunyai kebolehan untuk berbahasa.
Kebolehan ini merupakan sifat akal (bukan sifat biologis) yang bertempat di dalam otak.
Minggu 4
Linguistik Tradisional
Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit.
Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya (banyak contoh).
Nahu sebenar (prinsip pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak.
Bagi setiap rumus terdapat banyak kekecualian.
Masalah timbul apabila kekecualian melebihi bentuk yang seragam atau yang ada dalam peraturan.
Aplikasi Pemikiran Tradisional
Menurut Jespersen nahu terbahagi kepada tiga: fonologi, morfologi dan sintaksis.
Bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bahasa itu sendiri.
Golongan kata menurut Jespersen:
a. kata nama – substantif
b. kata ganti nama
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
c. kata kerja (termasuk verbids)
d. partikel
Penggolongan kata berdasarkan makna dan fungsi dalam ayat, tetapi penekanan hendaklah kepada
bentuk.
Dalam menganalisis the young boy ‘young’ sebagai kata adjektif kerana maknanya dan sebagai
penerang substantif.
Kata ‘young’ tidak boleh berakhiran jamak [-s], tetapi boleh berakhiran perbandingan [-er, -est].
Peringkat kata (primer @ sekunder) bergantung kepada fungsinya dalam frasa atau ayat sama ada
dalam hubungan sendian atau nexus.
Definisi ayat menurut Jespersen ialah “pengucapan manusia yang bebas dan sempurna. Kesempurnaan
dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian”.
Minggu 5
Strukturalisme
Bahasa adalah sistem lambang.
Lambang terdiri daripada dua komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified).
Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier.
Analisis Struktural
Kata rumah, strukturnya dua suku kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK.
Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.
Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau
Pelaku – Perbuatan.
Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk.
Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.
Konsep dalam Linguistik Struktural
Sintagmatik dan paradigmatik
Sinkronik dan diakronik
Teori Rangsangan – Gerak balas
Fitur distingtif dan tidak distingtif
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Analisis Unsur terdekat
Hukum D – M
Endosentrik dan Eksosentrik
Fungsi Bahasa
Fungsi yang dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi @ perhubungan antara pemeran
bahasa, sama ada secara bertutur @ menulis.
Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, ada kalanya tidak.
Tindak balas boleh berupa bahasa @ gerak geri @ kedua-duanya.
Antara fungsi bahasa dalam komunikasi ialah perisytiharan, penggerak komunikasi, penghargaan,
bertanya, bercerita, berbincang, bekerjasama, berbahas, mengkritik dsb.
Penggerak Komunikasi
Cara bagi memulakan perbualan antara dua pemeran
Perbualan dimulakan dengan tanya khabar yang tidak ada kena mengena dengan pokok perbualan
Dalam BI disebut phatic communion
Perintah/Permintaan
Ayat perintah
Ayat perintah dengan kata tolong
Ayat berita (tersirat makna perintah)
Ayat berita dengan penyungguhan
Ayat tanya
Minggu 6
Lakuan Bahasa
Tindakan yang dilakukan yang tergambar dalam bahasa yang digunakan.
Fungsi butir pertuturan @ tutur kata (lakuan pertuturan).
Permintaan maklumat adalah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara
(bertanya, meminta @ memberi komen).
Bertanya: Siapa nama awak?
Meminta: Saya minta izin untuk bercakap.
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Membuat komen:
A: Ini darah kotor, ya, doktor, perlu
dicuci.
B: Memang benar.
Pernyataan
Lakuan bahasa yang mengungkapkan fikiran untuk menyatakan atau memberi maklumat tentang
sesuatu,seperti keadaan, peristiwa, sifat apa sahaja, baik konkrit atau abstrak.
Pernyataan biasa
Makluman yang disampaikan melalui ayat berita, tentang apa sahaja, baik konkrit atau abstrak, mis:
a) Dia pergi ke kedai Pak Abu
b) Kejayaan memerlukan usaha dan
pengorbanan
Pentakrifan
Pernyataan yang menghuraikan sesuatu konsep dengan memberi ciri-ciri atau sifat-sifat khusus yang
dimiliki oleh konsep itu, yang membezakannya dengan konsep lain, mis:
a) Morfem adalah unit terkecil nahu yang
mempunyai makna
b) Mineral adalah bahan organik yang
terbentuk dari proses semula jadi alam
Minggu 7
Teori Lakuan Pertuturan
Bahasa digunakan oleh penutur untuk mempersembahkan lakuan.
Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri dengan bentuk lakuan yang terikat dengan
peraturan.
Sewaktu bercakap, penutur sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan, seperti membuat
pertanyaan, memberikan perintah, dan membuat janji.
Lakuan pertuturan adalah yang penutur @ penulis lakukan semasa mengujarkan bentuk-bentuk kata
tertentu.
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan:
a. Lakuan pengucapan
b. Lakuan niat pengucapan
c. Lakuan tindak balas pengucapan
Ujaran performatif yang nyata
Niat pengucapan dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, mis:
a) Saya berjanji saya akan datang.
b) Saya yakin dia akan menang.
c) Saya bersetuju saya silap.
Ujaran performatif yang tidak nyata
Niat pengucapan tidak dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, misalnya:
a) Ayah akan padamkan lampu.
Syarat Kesesuaian TLP
Syarat kandungan proposisi
Syarat Persediaan
Syarat Keikhlasan
Syarat Tujuan
Ujaran Saya berjanji saya akan menunggu di kantin dapat dianggap sebagai satu janji jika ujaran
tersebut memenuhi kesemua syarat kesesuaian perjanjian.
Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai satu pertanyaan jika ujaran tersebut memenuhi
syarat-syatat kesesuaian untuk pertanyaan.
Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai permintaan jika memenuhi syarat kesesuaian
permintaan.
Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai pelawaan jika memenuhi syarat kesesuaian
pelawaan
Syarat Kesesuaian Perjanjian
Kandungan Proposisi: Penutur (T) menyebutkan satu lakuan susulan (L) yg akan dilakukannya
Persediaan: a) Pendengar (D) lebih suka jika T melakukan L
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
b) Tidak jelas kepada T dan D bahawa T akan melakukan L dalam keadaan biasa.
Keikhlasan: T berniat untuk melakukan L
Tujuan: T berniat ujaran (U) akan menjadikannya berkewajipan untuk melakukan L
Syarat Kesesuaian Pertanyaan
Kandungan Proposisi: Proposisi @ fungsi proposisi
Persediaan: a) T tidak mengetahui jawapannya
b) Tidak jelas kepada T dan D bahawa D akan memberikan jawapan pada masa itu jika tidak ditanya.
Keikhlasan: T mahukan jawapan tersebut.
Tujuan: Menganggap sbg satu percubaan untuk mencungkil jawapan daripada D.
Syarat Kesesuaian Permintaan
Kandungan Proposisi: Lakuan susulan (L) drp D
Persediaan: a) D dapat melakukan L dan T yakin D dapat melakukan L
b) Tidak jelas kepada T dan D bahawa D akan melakukan L dalam keadaan biasa.
Keikhlasan: T mahu melakukan L.
Tujuan: Menganggap sbg satu percubaan untuk menjadikan D melakukan L.
Syarat Kesesuaian Pelawaan
Kandungan Proposisi: T menyebutkan Lakuan susulan (L) kpd D
Persediaan: T tidak mengetahui dengan pasti sama ada D mahukan L atau tidak
Keikhlasan: T berniat untuk melakukan L.
Tujuan: T mahu melakukan L.
Minggu 8
Teori Transformasi Generatif
Bahasa terdiri daripada rumus-rumus yang terhad untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad.
Dalam pembentukan ayat terdapat 3 rumus:
i) Rumus struktur frasa
ii) Rumus transformasi
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
iii) Rumus morfofonemik
Rumus Struktur Frasa
Memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan membahagikan ayat kepada unsur-unsurnya,
iaitu frasa. Mis:
(1) Ayat FN + FK
(2) FN GNT + N
(3) FK Kata Kerja + FN
(4) GNT itu
(5) N budak, bola dll.
(6) Kata Kerja menendang, dll.
Rumus Transformasi
Memindahkan bentuk ayat dari satu jenis kepada jenis yang lain. Misalnya daripada ayat berita yang
paling ringkas (ayat inti) menjadi ayat tanya, ayat perintah @ ayat pasif.
Rumus Morfofonemik
Memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-lambang abstrak seperti FN, FK, dan sebagainya.
Transformasi 1965
Pemindahan struktur dari struktur dalaman kepada struktur permukaan.
Dua struktur ini sejajar dengan istilah keupayaan dan pengwujudan.
Keupayaan (competence) : pengetahuan penutur dan pendengar tentang peraturan bahasanya.
Pengwujudan (performance): penggunaan bahasa yang sebenarnya oleh penutur dan pendengar dalam
kehidupannya dalam masyarakat.
Teori Standard
Melalui karyanya Aspects (1965) tersebut, Chomsky mengemukakan teori semantiknya yang dikenali
juga dengan teori standard.
Makna sesuatu ayat ditentukan oleh struktur dalaman sintaksis.
Teori Standard Tambahan
Struktur permukaan juga menentukan makna ayat.
Interpretasi semantik ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan.
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Minggu 9
Perkembangan Terkini TG (REST)
Makna terbahagi kepada dua, iaitu semantik linguistik (makna I) yang ditentukan oleh struktur
dalaman dan struktur permukaan sintaksis, dan semantik bukan linguistik (makna II), apabila ayat
dihubungkan dengan knowledge of the world.
Semantik Generatif
Representasi semantik dan struktur dalaman sintaksis adalah serupa.
Rumus transformasi memetakan representasi semantik kepada struktur permukaan.
Tidak ada garis pemisah antara sintaksis dan semantik.
Teori Lain
Kuasaan dan Tambatan (government and binding)
Program minimalis (Minimalist programme)
Minggu 10
Teori Semantik
Teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam
sesuatu bahasa.
Sebarang teori semantik mesti memenuhi 3 syarat:
1. Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut.
2. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.
3. Mesti menjelaskan hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan dsb.
Keperihalan Keadaan
Makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa:
Fonologi
Morfologi
Leksikal
Ayat
Faktor Keperihalan Keadaan
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan.
Perkara yang diperkatakan
Kesan daripada pertuturan.
Minggu 11
Pragmatik
Semantik: makna ditakrif semata-mata sebagai ciri ungkapan bahasa.
Pragmatik: makna ditakrif mengambil kira penutur @ pengguna bahasa.
Pragmatik adalah kajian makna yang mengambil kira situasi pertuturan.
Aspek Situasi Pertuturan
Penutur dan Pendengar
Konteks ujaran
Matlamat ujaran
Lakuan pertuturan
Kesan ujaran
Semantik Sistem Penuh
Bentuk logik
Bentuk proposisi
Prinsip pragmatik dan maklumat konteks.
Teori Relevans
Konteks
Kesan konteks
Usaha memproses
Yang ditekankan dalam ujaran adalah kerelevanan bukan kebenaran mutlak.
Kesan konteks yang banyak berserta usaha memproses maklumat yang rendah akan menjamin
kerelevanan sesuatu ujaran.
Semakin rendah usaha memproses maklumat, semakin relevanlah sesuatu ujaran.
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Minggu 12
Analisis Wacana
Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dalam urutan ujaran.
Dalam komunikasi, konteks situasi @ hubungan ujaran antara ayat sangat penting.
Analisis wacana mengkaji bahasa dari segi penggunaannya.
Ciri-Ciri Wacana
Tujuan
Keteraturan Fikiran
Tetenunan
Susunan Maklumat
Konteks situasi pertuturan
Tetenunan
Kesatuan yang yang diperlihatkan oleh sifat lahir teks.
Perkaitan kebahasaan yang ada pada teks, misalnya penggantian, pengulangan dsb.
Penggantian
Kulat yang tumbuh di atas organisma lain yang telah mati ataupun di atas sisa-sisa organisma lain. Bagi
kulat yang tumbuh di atas kayu yang telah mati, ia mendapat makanan daripada bahan-bahan yang
terdapat di dalam kayu yang telah reput. Ia menghantarkan akar-akar halus yang dipanggil rizoid untuk
menyerap bahan-bahan.
Kata ia sebanyak dua kali berfungsi sebagai pengganti, yakni menggantikan rangkai kata kulat yang
tumbuh di atas kayu yang telah mati.
Minggu 13
Pendekatan Analisis Wacana
Etnografi komunikasi (grid SPEAKING).
Analisis Perbualan (peraturan percakapan, struktur perbualan, pasangan sisi, giliran bertutur)
Analisis Genre
TAN WAI KIAN 174764 SEM 4
Genre merujuk kepada kelainan bahasa (lisan @ tulisan) yang dapat dibezakan secara formal dan telah
mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan, khutbah dsb.
Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya yang
menggambarkan adanya jaringan sosial (social network) tertentu yang menggunakannya.
Minggu 14
Unsur Genre dan Jaringan Sosial
Bentuk: pemeran (orang yg terlibat), latar (fizikal, suasana), saluran komunikasi (bersemuka, telefon),
peraturan interaksi (giliran, pilihan bahasa), dan struktur interaksi.
Kandungan: Maklumat (apa yang diperkatakan) dan tujuan (untuk apa).
Teknik: meliputi lakuan bahasa (permintaan, pertanyaan, dsb), dan strategi komunikasi (kaedah
langsung, tak langsung, bercerita semula, dsb).
Jaringan sosial: para pemeran dalam peristiwa bahasa dan pemeran di belakang tabir yang berkuasa
terhadap keseluruhan peristiwa bahasa tersebut.
Sekian, terima kasih