Nota Bab 7

29
BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA OBJEKTIF PEMBELAJARAN Memerihalkan perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah Menyatakan kebangkitan Dol Said sebagai pahlawan Naning Menceritakan perjuangan Rentap Wira Sarawak : ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ Menggalurkan perjuangan Sharif Masahor sebagai wira Sarawak Menjelaskan kebangkitan Dato’ Maharaja Lela sebagai pejuang kebanggaan Perak Memerihalkan perjuangan Yamtuan Antah mempertahankan kedaulatan Seri Menanti Menceritakan perjuangan Dato’ Bahaman sebagai pahlawan Pahang Membincangkan perjuangan Mat Salleh menyanggah Syarikat Borneo Utara British Menerangkan perjuangan Antanom sebagai pahlawan anak rimba berjiwa besar Menilai kebangkitan Tok Janggut sebagai pejuang jihad Menganalisis kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pejuang tani NILAI PATRIOTISME SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 97

Transcript of Nota Bab 7

Page 1: Nota Bab 7

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memerihalkan perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah Menyatakan kebangkitan Dol Said sebagai pahlawan Naning Menceritakan perjuangan Rentap Wira Sarawak : ‘Agi Idup, Agi

Ngelaban’ Menggalurkan perjuangan Sharif Masahor sebagai wira Sarawak Menjelaskan kebangkitan Dato’ Maharaja Lela sebagai pejuang

kebanggaan Perak Memerihalkan perjuangan Yamtuan Antah mempertahankan

kedaulatan Seri Menanti Menceritakan perjuangan Dato’ Bahaman sebagai pahlawan

Pahang Membincangkan perjuangan Mat Salleh menyanggah Syarikat

Borneo Utara British Menerangkan perjuangan Antanom sebagai pahlawan anak

rimba berjiwa besar Menilai kebangkitan Tok Janggut sebagai pejuang jihad Menganalisis kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai

pejuang tani

NILAI PATRIOTISME

Sanggup berjuang mempertahankan negara Bersemangat patriotik Mendaulatkan hak dan kewibawaan bangsa Kejituan misi dan visi menjamin matlamat perjuangan Memartabatkan perjuangan pejuang-pejuang negara Kepimpinan cemerlang dan berkarisma Menghargai jasa tokoh-tokoh negara

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 97

Page 2: Nota Bab 7

PETA KONSEP BAB 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 98

PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN

KEDAULATAN BANGSA

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 7.2 Dol Said Pahlawan

Naning7.3 Rentap Wira Sarawak : Agi Idup, Agi Ngelaban

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak 7.6 Yamtuan Antah

Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar 7.10 Tok Janggut

Pejuang Jihad

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

Page 3: Nota Bab 7

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 99

Perang Pembebasan Kedah

Sebab

Tindakan Siam

Tujuan

Pemimpin

Pada tahun 1821 Siam dengan 7000 orang tentera mengepung Kuala Kedah dan menduduki Kedah

Kekejaman penjajahan Siam

Memusnahkan rumah Merampas barang Menenggelamkan perahu Menangkap tawanan untuk dijadikan hamba di

Siam

Bersatu dengan sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah

Tunku Abdullah Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) Tunku Long Tunku Muhammad Saad

Penyokong

Sebab Gagal

Tok Mo Ris (pemimpin rakyat) Syeikh Abdul Kadir (pemimpin agama)

Dikhianati British British bersubahat dengan Siam untuk

melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah British menghantar kapal perang untuk

membantu Siam mengepung Kedah

Page 4: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 100

Peristiwa Kebangkitan Kedah

1823 Tunku Abdullah memimpin

3000 tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Prai

Gagal

Kerana ?

British membantu Siam

1831 Tunku Kudin berjaya menawan

semula Kedah dari Melaka British menghantar lima buah

kapal perang untuk mengepung Kedah

1836 Sultan Ahmad Tajuddin

merancang menyerang Siam melalui Bruas, Perak

Pihak British berjaya mengesan gerakan Sultan

1838 Tunku Muhammad Sassd

memimpin kebangkitan menentang Siam di Kedah

Tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla

Siam berjaya kuasai semula Kedah

1842 Semangat juang rakyat Kedah

menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah

Sultan Kedah menghantar putera baginda, Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding

Nasib Sultan ?

Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar

Tunku Kudin terkorban

Kesan tindakan British ?

Sebab Kejayaan Siam ?

Kesan ?

Sultan Ahmad ditangkap

Bantuan British

Siam kembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad pada 1842

Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah

Page 5: Nota Bab 7

7.2 Dol Said Pahlawan Naning

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 101

Latar Belakang Naning

1. Terletak di antara Rembau dengan Melaka

2. Penghulu Naning : Dato’ Naning Abdul Said (Dol Said)

3. Pusat pentadbiran : Taboh 4. Hasil keluaran : padi, buah-

buahan, sirih dan bijih timah

Faktor Kebangkitan Dol Said

Menentang Bayaran Cukai

Melalui Undang-Undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian

Arahan ini dibuat setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British

British juga memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said

Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah

Pada tahun 1828, Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning

Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.

Mempertahankan Kemerdekaan Naning

Pada tahun 1824, British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda

Melaka diserahkan kepada British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian

daripada Melaka British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang

ditetapkan di Melaka Dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu

Dol Said dan rakyat Naning.

Page 6: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 102

Peristiwa Penentangan Dol Said

1831 1832

Pada 15 Julai 1831, British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka

British sedar Naning tidak mudah dikalahkan

British menghantar seramai 150 orang sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerang Dol Said

Angkatan British berjaya dikalahkan Dol Said

Sebab kejayaan Dol Said : Menggunakan taktik

perang gerila Mendapat bantuan

daripada Seri Menanti, Sungai ujong, Johol dan Muar

Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau turut menghantar pasukan bantuan yang diketuai menantunya Syed Sha’aban

Tindakan British : Berunding dengan Yamtuan Muda Raja

Ali Raja Ali bersetuju membantu British

dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning

Pada 9 Februari 1832, British mengeluarkan surat pelekat yang memberi amaran kepada penduduk Naning supaya tidak terlibat dalam perang Naning dan arahan untuk bekerjasama dalam memburu Dol Said

Pada Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning

Pakatan British dengan rembau berjaya mengalahkan Naning

Taboh iaitu pusat pentadbiran Naning ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar

Dol Said berundur ke seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British

Kesan Penentangan Dol Said diberi pencen dan rumah di

Melaka British kerugian 100 000 paun sterling Menghidupkan semangat juang yang

berterusan di kalangan bangsa Melayu Naning disatukan dengan Melaka

Page 7: Nota Bab 7

7.3 Rentap Wir Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban

Tokoh Rentap Pahlawan Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas Dilahirkan pada 1800 Nama asal : Libau (bermaksud “pengoncang dunia”) Digelar Raja Darat dan Raja Ulu Menggunakan slogan Agi Idup Agi Ngelaban

Sebab Penentangan

Menentang pemerintahan keluarga Brooke yang mengganffap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun

Tindakan James Brooke mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban

Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang

Tujuan Mempertahankan maruah bangsa Menentang penjajahan British di Sarawak

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 103

Rentap

Peristiwa Kebangkitan Rentap 1853

Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang

Pasukan Rentap mencapai kejayaan Seorang pegawai Brooke, Allan Lee

terbubuh Kejayaan ini mengharumkan nama

Rentap di kalangan orang Iban

Page 8: Nota Bab 7

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 104

1854

1857

James Brooke menawan kubu rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap

Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu

Kubu Rentap di Bukit Sadok :a) terletak di paras ketinggian 2725

kaki dari aras lautb) dipagari dengan kayu jenis belian

yang dapat menahan tembakan senapang

Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu daripada penduduk Iban

Rentap digelar “Raja Ulu”

James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

Charles Brooke berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanannya kukuh

1858

Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok

Charles Brooke gagal menewaskan Rentap

1863

James Brooke mengetuai pasukannya sendiri untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok

Rentap berjaya ditewaskan selepas pertempuran sengit selama sebulan

James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap

Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru

Namun beliau meninggal dunia sebelum sempat meneruskan perjuangannya

Bujang Sadok – meriam yang digunakan James Brooke untuk menentang rentap di Bukit Sadok

Bujang Timbang – meriam besi yang digunakan Rentap untuk menentang pasukan Brooke

Page 9: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 105

Latar Belakang Berasal dari kampung Igan yang terletak di

muara Sungai Rajang Pembesar Sarikei di Sungai Rajang Sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau

di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang

Faktor Penentangan

Kewibaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke

James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei

James Brooke membina kubu di Kanowit

Pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor

Peristiwa Kebangkitan Sharif Masahor

Page 10: Nota Bab 7

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggan Perak

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 106

1855

1859

1860

1861

Kesan

Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke

James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei

Sharif Masahor berasa marah dan berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusi keluar James Brooke dari Sarawak

Pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit Peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

Sharif Masahor , Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke

Pakatan ini diketahui Charles Brooke Dengan bantuan Belanda, Charles Brooke menahan Datu

Patinggi Abdul Ghapur Beliau dipenjarakan di Betawi Pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke

berlaku di Sungai Sadong Kapal dan perahu Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai

64 orang pengikutnya terbunuh Sharif Masahor berundur ke Mukah

James Brooke memaksa sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor

Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

Walaupun perjuangan Sharif Masahor dipatahkan tetapi pentadbiran Brooke menghadapi kebangkitan Banting (1894) dan Penghulu Asun (1931)

Banting ialah pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar

Penghulu Asun merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit

Mereka menentang perluasan kuasa Brooke di wilayah mereka

Dato’ Maharaja Lela

Orang Besar Berlapan Perak Penghulu di Pasir Salak Pelantikan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak

melalui Perjanjian Pangor 1874 mencetuskan konflik antara Birch dengan sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak

Page 11: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 107

Faktor Kebangkitan

Mengambil Hak Mengutip Cukaio Pada 24 Julai 1875, Birch

memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai

o Baginda diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatanganinya.

o Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor

Mencabar Ketuanan Melayuo Kemarahan sultan dan

pembesar memuncak apabila Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British pada 2 Oktober 1875

o Perisytiharan menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen

o Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu

Mencabuli Adat Resamo Birch dibenci oleh sultan

dan pembesar Perak apabila mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu

o Birch sengaja menimbulkan permusuhan dengan menyimpan hamba perempuan di rumahnya

Memperkenalkan Cukai Baruo Birch bertindak sesuaka hati

dengan memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap, senjata dan permit untuk membalak

o Setiap isi rumah dikehendaki membayar dua dolar sebagai cukai kelamin

Peristiwa Kebangkitan Di Perak

Page 12: Nota Bab 7

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 108

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela bermesyuarat di Durian Sebatang

Keputusan diambil untuk membunuh J.W.W. Birch. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato Sagor, Pandak Indut dan Seputum

menawarkan diri untuk membunuh Birch Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak

Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil alih hak mengutip cukai

Birch mendesak Sultan Abdullah menyerahkan kuasa mentadbir negeri kepada Residen

J.W.W. Birch dan rombongannya tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak mengutip cukai

Kesempatan ini digunakan oleh Dato Maharaja Lela untuk membunuh Birch.

21 Julai 1875

24 Julai 1875

2 Oktober 1875

2 November 1875

Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir

Salak Pasukan British berjaya dikalahkan dan Kapten Innes terkorban Pertemburan yang dikenali sebagai Perang Perak ini berlaku hampir setengah tahun Pihak British dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong berjaya

mengalahkan pejuang Perak

7 November 1875

Dato Maharaja Lela, Dato Sagor , Pandak Indut dan Seputum digantung sampai mati di Matang

Sultan Abdullah danNgah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles Raja Ismail dibuang ke Johor

1877

Page 13: Nota Bab 7

Tokoh Yamtuan Antah Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada 1875 Wilayah jajahan Seri Menanti : Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan

Jempol

Sebab Penentangan Tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British yang menggugat kedaulatan bangsa

Yamtuan antah tidak mengiktiraf Dato Kelana sebagai pemerintah Sungau Ujong

Tindakan Dato Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya

Peristiwa Penentangan

Residen British di Sungai Ujong, P.J. Murray menghantar tentera dan juruukur untuk menyiasat pertikaian antara Dato Kelana dengan Yamtuan Antah

Pertikaian tercetus apabila Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya pihak British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah

Kebangkitan Yamtuan Antah mendapat sokongan Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol

Pada Disember 1875, pasukan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ

Pasukan British kemudiannya berjaya menawan semula Paroi dengan bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat

Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor Maharaja Abu Bakar (Johor) menasihati baginda supaya berdamai dengan

pihak British Pada Nei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan William Jervois,

Gabenor Negeri-Negeri Selat

Kesan Penentangan

Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti Membuka peluang kepada british meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri

Sembilan

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 109

Yamtuan Antah Seri Menanti

Dato Siamang Gagap

Memimpin pasukan menentang British di Seri Menanti

Berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah, bangsa, agama dan tanah air

Prinsip ini jelas ditunjukkan apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan Yamtuan Antah berdamai dengan British

Page 14: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 110

Dato Bahaman

1. Nama sebenar : Abdul Rahman bin Imam Noh2. Diberi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan

Semantan kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang (Selangor)

3. Dilantik sebagai pembesar Temerloh selepasa kematian Orang Kaya Indera Segara

4. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

Kesan Kebangkitan

1. Menggugat kedudukan British di Pahang

2. British menanggung hutang yang banyak

3. Sultan Ahmad dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang British

Faktor Penentangan Dato Bahaman

Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasildi daerah Temerloh

Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya

Pembinaan Balai Polis Konflik antara Dato

Bahaman dengan British menjadi serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Trua tanpa berunding terlebih dahulu

Dato Bahaman mengganggap tindakan ini sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya

Perlucutan Jawatan Keengganan Dato

Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford nenganggapnya sebagai penderhaka

British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Tindakan British memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang

Peristiwa Kebangkitan Di Pahang

16 September 1891 British menangkap tiga orang pengikut Dato Bahaman kerana mengutip hasil hutan

tanpa kebenaran Tindakan British menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis

Lubuk Trua Peristiwa ini mencetuskan perang

Page 15: Nota Bab 7

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 111

26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 orang anggota tentera

menawan semula Lubuk Trua Tetapi beliau ditewaskan dalam pertempuran di Kelubi Beliau berundur dan meminta bantuan dari Singapura

Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan Sultan Ahmad dilantik mengetuai gerakan tersebut J.P.Rodger turut menyertai dalam Gerakan Sultan Pihak British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru Gerakan Sultan menawan 11 buah kubu Dato Bahaman di Pahang

Mac 1892 Dato Bahaman menawan semula Lubuk Trua. Perjuangan Dato Bahaman bertambah hebat dengan sokongan Tok Gajah dan anaknya,

Mat Kilau

8 Mei 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Trua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang

berjihad menentang British

14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram

Ampai British bertindak menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan Peristiwa ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Panhang

Mat Salleh

1. Dilahirkan di Inanam2. Berketurunan Bajau dan Suluk3. Nama Sebenar : Dato Mohammad Salleh

bin Datu Balu4. Bersifat kepahlawanan dan keberanian

berperang5. Menjadi pemerintah Sungai Sugut6. Kebangkitan beliau merupakan

kebangkitan paling besar dalam sejarah kebangkitan menentang SBUB di Sabah

Page 16: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 112

Faktor Kebangkitan Mat Salleh

Perjuangan Jihado Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad

orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina

Peraturan Yang Membebabkano Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB di Sabah kerana SBUB

memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat

Percubaan Berunding Gagalo Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan

ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort, C.V. Creagho Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan keras pegawai

SBUB terhadap penduduk tempatano Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari, beliau

meninggalkan Sandakan

Perkampungan Dibakaro Gabenor Beaufort mengganggap Mat Salleh mengancam kepentingan

SBUBo SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampungnyao SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya

menangkap Mat Salleh

Peristiwa Kebangkitan Mat Salleh

Page 17: Nota Bab 7

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 113

o Perjuangan Mat Salleh diteruskan pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta

o British berjaya nenamatkan kebangkitan Mat Salleh pada Julai 1902

Julai 1902

o SBUB berjaya menewaskan Mat Salleho Dalam pertempuran, Mat Salleh terkorban

o SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan

o Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan

o Pihak SBUB menerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran

o William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh

o Beliau menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh

o Pada April 1898, rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal

o SBUB membenarkan Mat Salleh mentadbir Tambunano Syarat Perjanjian April 1898 :a) Mat Salleh dan pengikutnya diber pengampunanb) Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa

kekacauan dibenarkan kembali semulac) Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunand) Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada

SBUB

o Mat Salleh menyerang Ambong

o Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

Januari 1900

1899

April 1898

November 1897

Julai 1897

Page 18: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 114

Antanom1. Nama sebenar : Ontoros anak

lelaki Antanom2. Dilahirkan pada tahun 18753. Ketua kaum Murut di Rundum4. Ketika berusia 30 tahun,

Antanom memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

5. Antanom menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB demi menebus maruah mereka

Faktor Penentangan Antanom

Larangan Membuka Tanah Baru Hak mereka diceroboh apabila SBUB

melarang mereka membuka tanah baru Akibatnya, mereka kekurangan beras

Menjadi Buruh Paksa Orang Murut dijadikan buruh paksa

untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

Cukai Yang Membebankan SBUB mengenakan pelbagai

cukai yang membebankan seperti :

a) cukai kepala satu dolar setiap orang

b) cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar

c) cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen

d) cukai tangkapan ikan besare) memelihara anjing sebanyak

satu dolar seekor

Menzalimi Keluarga Suami isteri kaum Murut dikehendaki

tinggal berasingan di sebelah menyebelahi tebing sungai

Mereka dikenakan satu dolar bagi setiap kali berkunjung

Jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang daripadanya akan diambil oleh SBUB untuk dijadikan buruh paksa

Pencerobohan Kawasan Hutan SBUB menceroboh kawasan

hutan untuk pembinaan jalan Kaum Murut membantah

kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan ini akan mengganggu roh nenek moyang mereka

Peristiwa Kebangkitan Antanom

Page 19: Nota Bab 7

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 115

Februari 1915

Mac 1915

April 1915

Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan di situ

Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum

Pejabat pentadbiran SBUB di Rumdum dimusnahkan Kejaan ini menaikkan semangat perjuangan orang Murut Pengikut Antanom meningkat menjadi lebih kurang 900 orang Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang

mengandungi tujuh buah rumah bawah tanah

SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom Pertempuran berlaku selama enam minggu Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan

Rundum Keadaan ini menyebabkan penentangan tersebut dikenali sebagai

Kebangkitan Rundum SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom Lapan orang kanannya dibuang daerah ke Kudat sementara yang

lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau

Bagi menggelakkan kebangkitan seterusnya SBUB mengarahkan orang murut bersumpah taat setia

Bagi menunjukkan protes terhadap SBU, orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan

Tok Janggut Nama sebenar : Haji Mat Hassan bin

Munas Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung

Jeram, Pasir Puteh, Kelantan Mendapat pendidikan pondok di Kelantan

dan Makkah Beliau menyimpan janggut hingga ke paras

dada menyebabkan beliau dikenali sebagai Tok Janggut

Tok Janggut mahir dalam ilmu persiratan Beliau menetap di Kampung Nering dan

bekerja sebagai petani dan peniaga

Page 20: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 116

Faktor Penentangan Tok Janggut

Perasaan Anti British Sentimen anti-British meningkat

apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914

Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berjihad menentang penjajah British

Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan Penduduk tempatan menghadapi

masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar

Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal

Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda

Sikap biadab pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British

Peraturan Tanah Tok Janggut menentang peraturan

cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915

Peraturan itu mewajibkan petani membayar cukai tanah

Pengenalan Cukai Yang Membebankan Petani dikehendaki membayar cukaia) pokok kelapa berbuah sebanyak tiga

senb) pokok pinang satu sen sepokokc) sireh lima sen sejunjungd) kerbau dan lembu 20 sen seekor Peraturan baru ini membebankan

rakyat

Peristiwa Kebangkitan Tok Janggut

Page 21: Nota Bab 7

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 117

Encik Abdul Latiff, Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai

Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che wan mati ditikam Tok Janggut

Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh

Mereka menduduki Pasir Puteh selama tiga hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada cengkaman British

Ungku Besar Jeram, Tuan Adam dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya

British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri Tindakan British menyebabkan Tok Janggut menyerang Pasir Puteh Pada 23 Mei 1915, pejabat Balai Polis mengeluarkan notis yang menawarkan hadiah

kepada sesiapa yang dapat menangkap Tok Janggut dan pengikutnya sama ada hidup atau mati

Penasihat British iaitu W.L. Carter menerima berita yang mengatakan Tok Janggut bersama-sama 2000 hingga 3000 orang pengikutnya merancang untuk menyerang Kota Bahru

British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring dengan bantuan tentera dari Singapura dan pasukan tambahan “Malay States Guide”

Tok Janggut terbunuh dalam pertempuran tersebut Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bahru kemudiannya digantung

songsang di Padang Balai Besar, Kota Bahru selama empat jam Mayatnya kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

28 April 1915

29 April 1915

9 Mei 1915

23 Mei 1915

24 Mei 1915

Haji Abdul Rahman Limbong1. Nama sebenar : Haji Abdul Rahman

bin Haji Abdul Hamid2. Dikenali Haji Abdul Rahman

Limbong kerana beliau kerap ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama

3. Haji Abdul Rahman Limbong berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas dalam Kebangkitan Tani di Terengganu

Page 22: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 118

Faktor Kebangkitan Tani

Pas Kebenaran Yang Membebankan Peraturan tanah baru pada

tahun 1921 mengkehendaki petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam mendapatkan pas kebenaran dengan bayaran 50 sen

Peraturan yang sama dikenakan jika menebang dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas

Peraturan baru itu telah membebankan kehidupan petani yang yang sedia ada miskin

Pengaruh Pemimpin Agama Pemimpin agama memainkan

peranan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah milik Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan

Haji Musa Abdul Ghani pula menyifatkan peraturan British sebagai bertentangan dengan syariah Islam

Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas

Undang-Undang Kawalan Binatang Buas tahun 1923 melarang penduduk memburu binatang liar

Mereka yang ingkar akan dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas

Peraturan Tanah Baru Peraturan tanah tahun 1924

mewajibkan penduduk mendaftarkan tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang

Kebangkitan Tani(1922-1928)

Page 23: Nota Bab 7

SEJARAH T2 LIM CHIN GUAN SMJK PULAU SEBANG 119

Kebangkitan Tani Tindakan British

Kebangkitan Tahun 1922 Petani di Kuala Telemong

menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran

British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah

Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

Pihak British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri

Mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan merekaKebangkitan Tahun 1925

Seramai 300-500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam

Mereka membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan

Tindakan itu dilakukan setelah mengetahui British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina

Kebangkitan Tahun 1928 Britisg mengancam akan

mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang enggan membayar cukai

Ancaman itu menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang

Mereka mengisytiharkan perang terhadap British

Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah

British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang telah menindas rakyat

British meminta bantuan tentera dari Negeri-Negeri melayu Bersekutu

Pertempuran berlaku di Padang Kacong

Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap

Mereka dibicarakan di Kuala Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut serta mencetuskan kebangkitan