NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11...
Transcript of NORDIANA MOHD NOR · viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN ... 1.7 Kepentingan Kajian 11...
HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NORDIANA MOHD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NORDIANA MOHD NOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai
dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Kimia) ”
Tandatangan :
Nama Penulis : NORDIANA MOHD NOR Tarikh : 27 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
SEKALUNG BUDI BUAT,
Bonda yang sangat dikasihi dan dirindui, Siti Mariam Cik Harun,
Jutaan terima kasih diatas pengorbanan bonda yang tak terhingga,
Membesarkan anakanda dari hanya bertatih hinggalah berjaya mengenal erti kehidupan ,
memberikan pendidikan berguna, kata-kata nasihat dan semangat.
Akan anakanda ingat pengorbananmu selamanya…
Buat yang disayamgi,
Keluarga dan saudara-mara terdekat,
Pengorbanan kalian amat adinda hargai..
Buat insan teristimewa,
Dikaulah yang membuatkan diri ini terasa dihargai,
sentiasa ceria walaupun ketika duka
dan hidup ini terasa lebih bermakna dengan kata-kata azimatmu
berlandaskan syariat Allah.
Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat yang banyak membantu,
Sama ada secara langsung ataupun tidak langsung,
Semoga Allah akan memberkati kalian semua…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia, taufiq, hidayah serta
‘inayahnya, diberikan kekuatan untuk menyiapkan penulisan ini. Dikesempatan ini juga,
peyelidik ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah banyak
memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini
sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Azizi
Yahaya, selaku penyelia projek ini di atas keperihatinan beliau meyemak,
meyumbangkan idea, memberikan teguran, nasihat, bimbingan dan dorongan sepanjang
di bawah seliaan beliau.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Johor, Jabatan Pendidikan Kelantan, Jabatan Pendidikan
Terengganu, guru-guru yang terlibat dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang telah
banyak membantu dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung semasa melaksanakan kajian ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala dorongan dan bantuan
kalian sepanjang persahabatan kita.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi
pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat
sama ada terdapat perkaitan antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan
sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan serta kaedah-kaedah seperti
perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri
pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi pelajar, dengan prestasi
pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh buah sekolah
menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu. Set soal
selidik telah digunakan untuk kajian ini. Kajian ini juga menggunakan persampelan
jenis rawak mudah. Set selidik Bahagian B merupakan ujian kecerdasan emosi
berdasarkan kajian lepas, manakala Bahagian C dan D pula adalah soal selidik yang
dibina oleh penyelidik sendiri. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
“Cronbach Alpha” yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.8689 bagi Bahagian
B, 0.8342 bagi Bahagian C dan 0.6943 bagi Bahagian D. Data dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai
kepada kecerdasan emosi, masalah yang dihadapi pelajar dan kaedah yang
digunakan untuk menstabilkan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu analisis
korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah di
bahagian B, Cdan D dengan prestasi pencapaian akademik. Didapati terdapat
hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pada nilai
signifikan sebanyak 0.162. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara
kaedah bercerita pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak
terdapat hubungan antara masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan,
masalah kewangan, kaedah berjumpa kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada
Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the relationship between emotional
intelligence and students’ academic achivement. It also aimed to determine the
relationship between the problems faced by the students, such as peers influence,
family problem and financial problem also, the method that they use to maintain the
emotional such as meet the counselor, story to friends, jogging and knowing in
religion, with the students’ academic achivement. The respondents consists of 399
form 4 students from ten primary schools in three state, such as Johore, Kelantan and
Terengganu. The study uses one set of survey questions. Method used in this study is
surveying method and the sampling has been used was random sampling. Section B
of the survey was from the past study. Meanwhile, section C and section D was
constructed by the researcher. The scale Cronbach Alpha Test used on the findings
shows a realibility value of 0.8689 for section B, 0.8342 for section C and 0.6943 for
section D. Descriptive Statistic was used to analyse emotional intelligence, problem
faced and the method that used to maintain the emotional : percentage, mean and
standard deviation. Inferential Statistic that is Pearsons Correlation Analysis, was
used to analyse the correlation between emotional intelligence and students’
academic achivement. The finding shows a significance of 0.162. However, the
analysis also shows there are relationship between method of story to friends and
jogging with the students’ academic achivement meanwhile there are no relationship
between peers influence, family problems, financial problems, method of met
counselor and method of knowledge in religion with the students’ academic
achivement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI RAJAH xxi
SENARAI SINGKATAN xxii
SENARAI LAMPIRAN xxiii
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Remaja 14
1.9.2 Prestasi Akademik 15
1.9.3 Skor Kecerdasan Emosi 16
1.9.4 Emosi 16
1.9.5 Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) 16
1.9.5.1 Motivasi kendiri 16
1.9.5.2 Pengawalan Emosi Sendiri 17
1.9.5.3 Interpersonal 18
1.9.5.4 Intrapersonal 18
1.9.5.5 Mengenal Emosi Orang Lain 19
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Teori Emosi 21
2.2.1 Teori Emosi McDongall 21
2.2.2 Teori Emosi Bindra 22
2.3 Konsep Kecerdasan 22
ix
2.4 Teori Kecerdasan 23
2.4.1 Teori Howard Gardner 23
2.4.2 Teori Kecerdasan Binet 24
2.4.3 Teori Kecerdasan Guilford 25
2.5 Kajian Tentang Hubungan Antara Kecerdasan
Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar 25
2.6 Kajian Dalam Negara 27
2.7 Kajian Luar Negara 30
2.8 Model Kecerdasan Emosi 33
2.8.1 Model Empat Cabang 33
2.9 Model Kajian 36
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.4 Tempat Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Bahagian A - Maklumat Diri 42
3.5.2 Bahagian B – Kecerdasan Emosi 42
3.5.3 Bahagian C – Masalah yang Dihadapi 44
3.5.4 Bahagian D – Kaedah yang Digunakan 44
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Prosedur Kajian 45
3.8 Analisis Data 47
x
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 55
4.2 Latarbelakang Responden 56
4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina 56
4.2.2 Taburan Responden mengikut Bangsa 57
4.2.3 Pencapaian PMR Responden 57
4.2.3.1 Taburan Pencapaian PMR responden
bagi Setiap Mata pelajaran 58
4.2.3.2 Taburan Tahap Pencapaian
Akademik Pelajar 61
4.2.4 Taburan Tahap Pendidikan Bapa 62
4.2.5 Taburan Tahap Pendidikan Ibu 63
4.2.6 Taburan Pendapatan Bapa 64
4.2.7 Taburan Pendapatan Ibu 65
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 66
4.3.1 Apakah Masalah-Masalah Yang Dominan
Seperti Masalah Kekeluargaan, Pengaruh
Rakan Sebaya Dan Kewangan Yang
Dihadapi Oleh Pelajar? 67
4.3.1.1 Apakah masalah yang dominan
seperti masalah pengaruh rakan
sebaya yang dihadapi oleh pelajar? 67
4.3.1.2 Taburan Tahap Masalah Pelajar
Dari Aspek Pengaruh Rakan Sebaya 70
4.3.1.3 Apakah masalah yang dominan
seperti masalah kekeluargaan yang
dihadapi oleh pelajar? 71
4.3.1.4 Taburan Tahap Masalah Pelajar
Dari Aspek Kekeluargaan 74
xi
4.3.1.5 Apakah terdapat masalah seperti
masalah kewangan yang dihadapi
oleh pelajar? 74
4.3.1.6 Taburan Tahap Masalah Pelajar Dari
Aspek Kewangan 77
4.3.1.7 Apakah Masalah yang Dominan 78
4.3.2 Apakah Kaedah-Kaedah Yang Paling Dominan
Seperti Perjumpaan Dengan Kaunselor, Bercerita
Pada Rakan, Beriadah Dan Mendekatkan Diri
Pada Tuhan, Yang Digunakan Oleh Pelajar
Untuk Menstabilkan Emosi Mereka? 78
4.3.2.1 Apakah kaedah seperti perjumpaan
dengan kaunselor yang digunakan oleh
pelajar untuk paling dominan menstabilkan
emosi mereka? 79
4.3.2.2 Taburan Tahap Kaedah Perjumpaan
dengan Kaunselor Yang Digunakan
Untuk Paling Dominan Menstabilkan
Emosi 82
4.3.2.3 Apakah kaedah seperti bercerita pada
rakan yang digunakan oleh pelajar untuk
paling dominan menstabilkan emosi mereka? 82
4.3.2.4 Taburan Tahap Kaedah Bercerita Pada
Rakan Yang Digunakan Untuk Paling
Dominan Menstabilkan Emosi 85
4.3.2.5 Apakah kaedah seperti beriadah yang
digunakan oleh pelajar untuk paling
dominan menstabilkan emosi mereka? 85
4.3.2.6 Taburan Tahap Kaedah Beriadah Yang
Digunakan Untuk Paling Dominan
Menstabilkan Emosi 87
xii
4.3.2.7 Apakah kaedah seperti mendekatkan diri
pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar
untuk paling dominan menstabilkan
emosi mereka? 88
4.3.2.8 Taburan Tahap Kaedah Mendekatkan
Diri Pada Tuhan Yang Digunakan Untuk
Paling Dominan Menstabilkan Emosi 91
4.3.2.9 Apakah Kaedah yang Dominan yang
Digunakan Untuk Menstabilkan Emosi
Pelajar 92
4.3.3 Apakah Kecerdasan Emosi Pelajar ? 92
4.3.3.1 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang
Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi
Keupayaan Megenal Emosi Kendiri 93
4.3.3.2 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang
Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi
Keupayaan mengurus emosi kendiri 96
4.3.3.3 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang
Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi
Motivasi kendiri 98
4.3.3.4 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang
Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi
Keupayaan mengendalikan perhubungan
secara berkesan 100
4.3.3.5 Mengetahui Kecerdasan Emosi Yang
Dimiliki Oleh Pelajar Mengikut Dimensi
Keupayaan mengenal emosi orang lain 103
4.3.3.6 Taburan Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar 105
4.4 Pengujian Hipotesis 105
xiii
4.4.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara Masalah Pengaruh Rakan
Sebaya yang dihadapi oleh pelajar dengan
prestasi pencapaian akademik (PMR) 107 4.4.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara Masalah Kekeluargaan yang
dihadapi oleh pelajar dengan prestasi
pencapaian akademik (PMR) 108
4.4.3 Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara masalah kewangan
yang dihadapi oleh pelajar dengan
prestasi pencapaian akademik (PMR) 109
4.4.4 Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kaedah Perjumpaan
dengan Kaunselor, yang digunakan untuk
menstabilkan emosi oleh pelajar dengan
prestasi pencapaian akademik (PMR) 110
4.4.5 Hipotesis 5: Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kaedah Bercerita
pada Rakan, yang digunakan untuk
menstabilkan emosi oleh pelajar
dengan prestasi pencapaian
akademik (PMR) 111
4.4.6 Hipotesis 6: Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara Kaedah Beriadah,
yang digunakan untuk menstabilkan emosi
oleh pelajar dengan prestasi pencapaian
akademik (PMR) 112
4.4.7 Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara Kaedah Mendekatkan
xiv
diri pada Tuhan, yang digunakan untuk
menstabilkan emosi oleh pelajar dengan
prestasi pencapaian akademik (PMR) 113
4.4.8 Hipotesis 8: Tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara EQ dengan prestasi
pencapaian akademik pelajar (PMR) 114
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 115
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 116
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 117
5.2.2 Perbincangan Prestasi Pencapaian
Akademik Pelajar 117
5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian bagi masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar 118
5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian bagi kaedah
-kaedah yang digunakan untuk
menstabilkan emosi oleh pelajar 120
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian bagi
Kecerdasan Emosi pelajar 122
5.2.5.1 Kecerdasan Emosi Dimensi
Keupayaan Mengenal Emosi
Kendiri 123
5.2.5.2 Kecerdasan Emosi Dimensi
Keupayaan mengurus emosi
Kendiri 124
5.2.5.3 Kecerdasan Emosi Dimensi
Motivasi Kendiri 124
xv
5.2.5.4 Kecerdasan Emosi Dimensi
Mengendalikan Perhubungan
Secara Berkesan 125
5.2.5.5 Kecerdasan Emosi Dimensi
Keupayaan mengenal emosi
orang lain 126
5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian berdasarkan
hipoteis kajian 126
5.2.6.1 Hubungan yang signifikan antara
masalah pengaruh rakan sebaya, masalah
kekeluargaan dan masalah kewangan yang
dihadapi oleh pelajar dengan prestasi
pencapaian akademik 127
5.2.6.2 Hubungan yang signifikan antara
kaedah perjumpaan dengan kaunselor,
yang digunakan untuk menstabilkan
emosi oleh pelajar dengan prestasi
pencapaian akademik 128
5.2.6.3 Hubungan yang signifikan antara
kaedah bercerita pada rakan, yang
digunakan untuk menstabilkan emosi
oleh pelajar dengan prestasi
pencapaian akademik 129
5.2.6.4 Hubungan yang signifikan antara
kaedah beriadah, yang digunakan
untuk menstabilkan emosi oleh
pelajar dengan prestasi pencapaian
akademik 129
xvi
5.2.6.5 Hubungan yang signifikan antara
kaedah mendekatkan diri pada Tuhan,
yang digunakan untuk menstabilkan
emosi oleh pelajar dengan prestasi
pencapaian akademik 130
5.2.6.6 Hubungan yang signifikan antara
EQ dengan prestasi pencapaian
akademik pelajar 131
5.3 Rumusan 132
5.4 Cadangan 133
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 135
RUJUKAN 137
LAMPIRAN : A - D 141
xvii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.3 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie,
R. V. & Morgan, D. W. (1970) 40
3.4 : Pecahan senarai nama sekolah mengikut
Negeri dan Daerah 41
3.5.2 (a) : Skor Maklum Balas Skala Likert 42
3.5.2 (b) : Spesifikasi Jumlah Item Bagi Kategori
Kecerdasan Emosi 43
3.8.1 : Analisa Korelasi Pearson 48
3.8.2 : Ringkasan Pengujian Statistik
Objektif Kajian 48
3.8.3 : Jadual Pengujian Hipotesis Kajian 50
3.8.4 : Analisa Tahap Mengikut Min 52
3.8.5 : Skor pencapaian mata pelajaran 52
3.8.6 : Tahap prestasi pencapaian akademik 53
4.1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Jantina 55
4.2 : : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Bangsa 56
4.3 : Taburan Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai
Responden Mengikut Pencapaian MataPelajaran 60
4.4 : Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 61
xviii
4.5 : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kategori Tahap Pendidikan Bapa 62
4.6 : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kategori Tahap Pendidikan Ibu 63
4.7 : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Pendapatan Bapa 64
4.8 : Taburan Bilangan Responden Mengikut
Pendapatan Ibu 65
4.9 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah
Pengaruh Rakan Sebaya 68
4.10 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek
Masalah Pengaruh Rakan Sebaya 69
4.11 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah
Kekeluargaan 71
4.12 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek
Masalah Kekeluargaan 73
4.13 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Masalah
Kewangan 75
4.14 : Tahap Masalah Pelajar Dari Aspek
Masalah Kewangan 76
4.15 : Taburan Min Bagi Setiap Masalah 77
4.16 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah
Perjumpaan dengan Kaunselor 80
4.17 : Tahap Kaedah Perjumpaan dengan
Kaunselor Yang Digunakan Untuk
Paling Dominan Menstabilkan Emosi 81
xix
4.18 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah
Bercerita pada rakan 83
4.19 : Tahap Kaedah Bercerita Pada Rakan
Yang Digunakan Untuk Paling
Dominan Menstabilkan Emosi 84
4.20 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah
Beriadah 86
4.21 : Tahap Kaedah Beriadah Yang
Digunakan Untuk Paling
Dominan Menstabilkan Emosi 87
4.22 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah
Mendekatkan Diri Pada Tuhan 89
4.23 : Tahap Kaedah Mendekatkan Diri Pada
Tuhan Yang Digunakan Untuk Paling
Dominan Menstabilkan Emosi 90
4.24 : Taburan Min Bagi Setiap Kaedah 91
4.25 : Taburan Min Keseluruhan Dimensi
Kecerdasan Emosi 91
4.26 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi
Keupayaan Megenal Emosi Kendiri 94
4.27 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi
Keupayaan mengurus emosi kendiri 96
4.28 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi
Motivasi kendiri 98
4.29 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
xx
Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi
Keupayaan mengendalikan perhubungan
secara berkesan 100
4.30 : Taburan Responden Mengikut Peratusan,
Min dan Sisihan Piawai Bagi Dimensi
Keupayaan mengenal emosi orang lain 103
4.31 : Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar 104
4.32 : Korelasi Masalah Pengaruh Rakan
Sebaya Dengan Prestasi Pencapaian
Akademik 106
4.33 : Korelasi Masalah Kekeluargaan
Dengan Prestasi Pencapaian Akademik 107
4.34 : Korelasi Masalah Kewangan Dengan
Prestasi Pencapaian Akademik 108
4.35 : Korelasi Kaedah Perjumpaan dengan
Kaunselor Dengan Prestasi Pencapaian
Akademik 109
4.36 : Korelasi Kaedah Bercerita pada Rakan
Dengan Prestasi Pencapaian Akademik 110
4.37 : Korelasi Kaedah Beriadah Dengan
Prestasi Pencapaian Akademik 111
4.38 : Korelasi Kaedah Mendekatkan Diri
pada Tuhan Dengan Prestasi
Pencapaian Akademik 112
4.39 : Korelasi EQ Dengan Prestasi
Pencapaian Akademik 113
xxii
SENARAI SINGKATAN
PMR - Penilaian Menengah Rendah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages For Social Science
EPRD - Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xxi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.7.1 : Model Empat Cabang Kecerdasan 35
Emosi
2.8 : Model Kajian 36
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang
membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah pengurniaan
akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia
seiring dengan peredaran masa.
Emosi dan perasaan seperti tangisan, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan dan
ketakutan adalah satu bentuk perilaku yang dizahirkan, dalam mencorakkan kehidupan
seseorang individu itu, selari dengan norma-norma masyarakat.
Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997) dalam buku mereka yang bertajuk
“Psikologi Personaliti”, ketakutan dan kerisauan adalah perasaan yang wujud apabila
seseorang menjangka bahawa sesuatu perkara buruk akan berlaku. Kedua-dua perasaan
ini ialah emosi yang saling berkaitan, tetapi terdapat perbezaan yang nyata antaranya.
Sebagai contoh, ketakutan ialah emosi yang wujud secara khusus, iaitu satu gerak balas
kepada sesuatu bahaya yang sebenar seperti takut kepada binatang buas atau kereta yang
dipandu terlalu laju.
2
Sebaliknya pula, kerisauan adalah perasaan takut kepada sesuatu perkara yang
tidak wujud atau yang belum berlaku, contohnya risau dengan kelahiran seorang adik
kerana akan berasa terancam jika diabaikan oleh ibu bapa. Perasaan takut boleh
dikurangkan dengan mencantumkan ransangan yang ditakuti dengan sesuatu yang
menarik kepada kanak-kanak. Manakala, kanak-kanak yang sering berasa risau boleh
dibantu untuk mengatasi perasaan negatif tersebut melalui teknik mekanisme bela diri.
Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada Greek, iaitu, “emovere” yang
membawa maksud “untuk keluar”. Emosi yang dizahirkan oleh manusia adalah satu
bentuk tindakan yang memenuhi kepuasan diri individu berkenaan. Ia juga boleh
dikatakan sebagai satu keadaan dimana, perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi
dan psikologi seseorang individu (Mohd Nazar Mohamad, 1992). Ia merupakan satu set
tindakbalas autonomik, visceral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan,
tingkah laku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu.
Bila dikaji dengan lebih mendalam lagi, perasaan dan emosi adalah penting
untuk kesejahteraan dan kebahgiaan serta keselarasan ruang lingkup hidup. Oleh itu,
kecenderungan dalam mengawal emosi dengan baik adalah faktor penentu
kecemerlangan sesuatu urusan sama ada secara personal mahupun professional
(Goleman, 1995, dalam : Prakas Rao, 2001).
Menurut Goleman (1995) lagi, EQ (kecerdasan emosi) boleh dikaitkan juga
dengan kebolehan mengenal pasti perasaan individu lain dan mengambilnya sebagai
pengalaman sendiri, empati kepada perasaan orang lain, mempunyai motivasi diri serta
kebolehan untuk berinteraksi dengan berkesan.
Habibah Elias (1997) pula menakrifkan maksud kecerdasan sebagai kebolehan
menaakul dengan baik dan logik, kebolehan menyelesaikan masalah, kebolehan bertutur
dengan lancar, kebolehan membaca dengan meluas, menguasai perbendaharaan kata
yang baik, kebolehan membaca dengan kefahaman, kebolehan menulis dengan baik,
3
ingatan yang baik dan pengetahuan yang luas. Sesetengah orang juga menganggap
kecerdasan sebagai kebolehan untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang baik.
Kecerdasan Emosi boleh didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang
bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, mengdiskriminasi suatu
emosi, menggunakan maklumat berkaitan untuk mengawal pemikiran dan tindakan
(Mayer & Salovey, 1993).
Manakala prestasi pencapaian akademik pelajar adalah berkaitan dengan tahap
kecermelangan seseorang individu atau sejauh mana seseorang individu dapat
menguasai ilmu yang dipelajari berdasarkan kepada mata nilai yang tertinggi yang dapat
dikumpul, yakni yang dapat dilihat dan diukur nilainya untuk menjalankan kajian ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Konsep “Kecerdasan Emosi” adalah tidak asing lagi di dunia pendidikan kini.
Jika dikaji, konsep “Kecerdasan Emosi” ini bermula daripada kajian 2 orang
cendekiawan terkenal dalam bidang psikologi, iaitu, Peter Salovery dan John Meyer dari
Universiti Yale dan New Hampshire, USA (Ng, 2002).
Selain itu, ada juga pendapat mengatakan kecedasan emosi juga amat berkait
rapat dengan konsep “Kecerdasan Sosial” yang dikemukakan oleh E.L Thorndike pada
tahun 1920. Konsep ini menekankan keupayaan individu untuk memahami dan
berhubung dengan individu lain secara berkesan (Ng, 2002).
Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu
adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu,
terutamanya pelajar. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995)
berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20%
4
daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi
secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi” yang baik
adalah faktor yang amat dititikberatkan dalam kehidupan seseorang individu yang
berjaya (Zainuddin, 2000).
Selain itu, dalam bidang pekerjaan juga mengikut Goleman, “orang yang
mempunyai IQ yang tinggi tidak melakukan kerja dengan sempurna berbanding dengan
individu yang mempunyai IQ yang sederhana, kurangnya kestabilan emosi boleh
menyebabkan prestasi kerjaya dan akademik terganggu”. Ini membawa maksud
kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan aspek emosi (Ismail,
2005).
Mengikut Lindenfield, (1997) dalam Ismail Zain (2005) melalui buku
"Emotional Confidence", keyakinan emosi bermaksud "satu keadaan di mana kita dapat
menaruh kepercayaan terhadap kebolehan diri kita untuk mengawal perasaan". Ianya
juga merupakan salah satu komponen dalam konsep keyakinan diri (self-confidence).
Dalam ertikata yang mudah aspek keyakinan emosi ini memberi penekanan bahawa
segala bentuk idea yang lahir dalam jiwa kita akan terlaksana untuk dihasilkan sekiranya
kita yakin pada apa yang kita fikirkan itu tanpa dipengaruhi oleh apa-apa unsur yang
boleh melemahkan tindakan kita
Dalam kehidupan manusia seharian, perkara seumpama ini selalu berlaku pada
diri kita. Bagi golongan pelajar, kurang keyakinan dalam emosi mengakibatkan mudah
rasa bosan dan mudah mengalah. Manakala golongan usahawan, pekerja, pegawai dan
para pemimpin pula, kurangnya keyakinan emosi ini akan menyebabkan kurangnya
minat dan keberanian untuk mengambil risiko, membuat keputusan atau meyampaikan
pendapat serta membuat satu anjakan paradigma dalam bidang yang diceburinya.
Imam Al-Ghazali sendiri berpendapat bahawa akal hanyalah penasihat kepada
hati yang mempengaruhi pelakuan manusia (Irana’an, 2002). Di sini menunjukkan
adanya perkaitan yang jelas di antara kecerdasan emosi dengan masalah yang dihadapi
5
oleh pelajar, seterusnya memberikan impak yang besar kepada prestasi akademik pelajar
berkenaan.
Pernyataan di atas juga turut disokong oleh Child (1986) dalam Irana’an (2002)
yang membahagikan emosi kepada tindak balas fisiologi dan psikologikal, yang mana
mempengaruhi persepsi pembelajaran dan pengajaran. Menurut Ismail Zain pula, dalam
artikelnya yang bertajuk “Kecerdasan emosi Menstabilkan Diri Individu. ”, masalah
kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di antara
beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas
harian. "Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat
menjejaskan kedudukan dan hubungan mesra antara individu.
Selain itu, EQ boleh dicirikan kepada 2 komponen utama iaitu interpersonal
(emosi untuk perhubungan orang lain) dan intrapersonal (emosi perhubungan kendiri).
Persoalannya di sini, adakah pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang rendah turut dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap
pencapaian akademik yang rendah. Ini mungkin kerana mereka mempunyai kurang
daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, sentiasa berfikiran negatif, sukar
menjalinkan persahabatan dengan orang lain dan juga terdorong untuk melakukan
kegiatan jenayah yang kian berleluasa di Negara ini.
Sebagai bukti yang nyata, terpampang jelas didada-dada akhbar, yang
menunjukkan semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan
rompakan, perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan
perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami, walhal
untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi pembelajaran
mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat
sekitar.
6
Salah perilaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin disebabkan mereka
terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh rakan sebaya, masalah
kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan emosi yang
terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada beberapa masalah tertentu,
seterusnya menggugat prestasi akademik pelajar berkenaan.
Hasil daripada pendapat dan kajian tersebut, penyelidik cuba untuk meninjau
perkaitan hubungan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik
pelajar. Tinjauan ini dijalankan di dalam ruang lingkup pelajar-pelajar yang bersekolah
di beberapa buah sekolah utama di sekitar negeri Johor, Kelantan dan Terengganu.
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini, tidak hairan jika ramai cendekiawan-cendekiwan baru yang muncul
dengan tahap kepintaran intelek (IQ) yang tinggi, tetapi tidak kurang juga yang
berpeleseran di Bandar-bandar besar, semata-mata ingin mencari sesuap nasi akibat dari
pencapaian akademik yang merosot. Oleh itu, satu kajian diperlukan untuk mengenal
pasti sama ada terdapat kelangsungan hubungan di antara kestabilan emosi dan prestasi
pencapaian akademik mereka, yang menyebabkan masalah di atas berlaku.
Selain itu, kajian ini dijalankan, supaya masalah yang berkaitan dengan pelajar
dapat dikaji. Peringkat remaja dikatakan sukar dan menimbulkan banyak masalah
seperti ponteng sekolah, mencuri, mencederakan orang lain, lari dari rumah, pelacuran
dan membunuh diri. Kebanyakkan remaja melakukan perkara-perkara yang diketahui
mereka memang salah. Tetapi biasanya remaja hanya terlibat dengan kesalahan-
kesalahan kecil seperti menyeluk poket, mencuri, menyerang guru atau kawan. Kajian
tentang kenakalan remaja menunjukkan bahawa remaja yang melakukan kesalahan
didapati mendapat markah yang rendah dalam ujian penglihatan, pertuturan, bacaan,
matematik, dan kecerdasan am (Brickman, 1984, dalam : Habibah, 1997). Remaja yang
7
terlibat dalam jenayah, mempunyai masalah untuk berfikir secara abstrak, menyusun
objek, atau idea mengikut susunan yang teratur dan menumpukan perhatian. Keadaan
ini mungkin disebabkan oleh remaja yang belum lagi mempunyai kawalan kognitif
untuk menangani perasaan atau mood. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
mereka mungkin menjadikan mereka sukar untuk menumpukan perhatian dan mengawal
perasaan dan tindakan mereka.
Melarikan diri dari rumah merupakan penyelesaian yang digunakan oleh
sesetengah daripada remaja untuk menyelamatkan diri daripada perhubungan keluarga
yang sudah retak. Biasanya remaja mengalami konflik dengan keluarga dan mereka
begitu terdesak untuk meninggalkan rumah mereka. Apabila remaja telah keluar dari
rumah mereka terpaksa menyara diri dan kadang-kadang terpaksa melakukan delinkuen
seperti mencuri. Remaja yang terlibat dengan jenayah didapati pernah berasa tidak
gembira, kesunyian, berasa tidak selamat atau berasa malu (Weisberg, 1985 dalam :
Habibah, 1997).
Oleh itu, melalui kajian ini, kaedah-kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk
menstabilkan emosi mereka dikenalpasti dan seterusnya meramalkan tahap prestasi
sebenar pelajar-pelajar sekolah berdasarkan daripada keputusan peperiksaan yang telah
ditetapkan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
(i) Mengenalpasti masalah-masalah yang dominan dari aspek masalah
pengaruh rakan sebaya, kekeluargaan dan kewangan yang dihadapi oleh
pelajar
8
(ii) Mengenalpasti kaedah-kaedah yang dominan dari aspek perjumpaan
dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri
pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar untuk menstabilkan emosi
mereka
(iii) Mengenalpasti Kecerdasan Emosi (EQ) pelajar
(iv) Mengenalpasti tahap akademik pelajar
(v) Melihat hubungan antara masalah-masalah yang dominan seperti masalah
kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, dan kewangan yang dihadapi oleh
pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar
(vi) Melihat hubungan antara kaedah-kaedah yang dominan seperti
perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan
mendekatkan diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi
oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar
(vii) Melihat hubungan antara EQ dengan prestasi pencapaian akademik
pelajar
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan yang dikenalpasti berkaitan dengan objektif kajian adalah
seperti berikut :
(i) Adakah terdapat masalah-masalah yang dominan seperti masalah
pengaruh rakan sebaya, kekeluargaan dan kewangan yang dihadapi oleh
pelajar?
(ii) Adakah terdapat kaedah-kaedah yang dominan seperti perjumpaan
dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri
pada Tuhan, yang digunakan oleh pelajar untuk menstabilkan emosi
mereka?
(iii) Apakah Kecerdasan Emosi (EQ) pelajar?
(iv) Apakah prestasi akademik pelajar?
9
(v) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah pengaruh
rakan sebaya yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian
akademik pelajar?
(vi) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah kekeluargaan
yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik
pelajar?
(vii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara masalah kewangan
yang dihadapi oleh pelajar terhadap prestasi pencapaian akademik
pelajar?
(viii) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah perjumpaan
dengan kaunselor, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar
terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar?
(ix) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah bercerita pada
rakan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar terhadap
prestasi pencapaian akademik pelajar?
(x) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah beriadah, yang
digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar terhadap prestasi
pencapaian akademik pelajar?
(xi) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah mendekatkan
diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi oleh pelajar
terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar?
(xii) Adakah terdapat hubungan antara EQ dengan prestasi pencapaian
akademik pelajar?
1.6 Hipotesis Nol Kajian
Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis berikut :