Jual Kamera Pocket - Harga Kamera Digital Terbaik _ Lazada ID
No Slide Title Kamera Analog. 7 2. ... Selalunya terdapat lampu imbasan bina dalam. Jenis-jenis...
Transcript of No Slide Title Kamera Analog. 7 2. ... Selalunya terdapat lampu imbasan bina dalam. Jenis-jenis...
3
Definisi kamera?
Kamera adalah sebuah kotak kedap cahaya
(light-proof) mempunyai satu tetingkap berkanta pada
bahagian hadapannya.
Tingkap tersebut sentiasa tertutup. Ia hanya
dibuka sekadar beberapa saat sahaja untuk
mendedahkan filem yang terdapat di dalam kotak
tersebut kepada cahaya.
Definitions
4
Definisi kamera?
Dengan kemajuan sains dan teknologi, bentuk
dan fungsi kamera telah diperbaiki dan diperkemaskan
dengan tambahan pelbagai kemudahan dan
kecanggihan elektronik seperti fokus automatik, putara
filem sendiri dan kesanan kepekaan filem automatik.
Definitions
5
Definisi kamera?
Dan kini bertambah pula dengan kehadiran
kamera digital yang boleh menghasilkan gambar dan
disunting dengan komputer.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh George
Eastman apabila beliau melancarkan fotografi amatur
dengan kamera Kodak Brownie pada tahun 1881 dulu:-
“ You press the button, we do the rest!”
Definitions
6
Dijeniskan mengikut saiz filem digunakan:-
1. Kamera Kotak/Fokus Tetap
Bentuk kamera paling ringkas.
Terdiri dari satu kanta ringkas, satu butang
pengatup dan tuil penggerak filem.
Sesuai untuk snap shoot dan mutu gambar
tidak dihiraukan.
Filem saiz 110, 120,dan 127 .
Jenis-jenis Kamera Analog
7
2. Kamera Format Kecil
(i) Jenis Kompak Biasa
Menggunakan filem bersaiz
35mm.
Binaan ringkas.
Peralatan asas kamera
sahaja.
Tujukan kepada subjek dan
tekan butang pengatup.
Selalunya terdapat lampu
imbasan bina dalam.
Jenis-jenis Kamera Analog
8
2. Kamera Format Kecil
(ii) Jenis Rangefinder
Menggunakan filem bersaiz
35mm.
Pemidang tiliknya digabungkan
dengan pelaras fokus pada
kanta.
Dengan memutar pelaras fokus
pada kanta (kiri/kanan) sambil
melihat melalui pemidang tilik,
dapat dipastikan samada subjek
kelihatan jelas atau kabur ( in-
focus or out-focus).
Jenis-jenis Kamera Analog
9
2. Kamera Format Kecil
(ii) Jenis Rifleks Kanta Tunggal
(Single Lens Reflex (SLR).
Gunakan kanta utama sebagai
pemidang tilik dan kanta objektif
untuk merakam foto.
Subjek atau pemandangan yang
terdapat pada pemidang tilik akan
dirakam ke atas filem.
Kanta boleh ditukar ganti dengan
kanta-kanta yang berlainan jarak
fokus untuk mendapatkan kesan-
kesan penggambaran yang berlainan.
Jenis-jenis Kamera Analog
11
2. Kamera Format Kecil
(ii) Kamera Format Sederhana
Guna filem saiz 120 atau 220
yang mempunyai ukuran bidang
60mm X 60mm.
Bentuk kamera besar dan berat.
Terdapat jenis
(a) SLR seperti SLR filem 35mm
(b) TLR.
Jenis-jenis Kamera Analog
12
2. Kamera Format Kecil
(ii) Kamera Format Sederhana
TLR (Twin Lens Reflex)
mempunyai kanta serupa yang
dipasang di atas satu sama lain.
Kanta atas sebagai pemidang
tilik dan kanta di bawah sebagai
kanta objektif / utama.
Sesuai pentingkan mutu foto,
format besar membolehkan
pembesaran gambar lebih baik.
Jenis-jenis Kamera Analog
13
3. Kamera Format Besar
Guna filem saiz 120 atau 220
yang mempunyai ukuran bidang
> 60mm X 60mm.
Bentuk kamera besar dan berat.
Digunakan dalam studio oleh
jurugambar profesional
Jenis-jenis Kamera Analog
20
Kotak kalis cahaya (light tight enclosure) - badan
kamera.
Kanta - untuk membentuk imej di atas filem.
Iris atau diafram - untuk mengawal jumlah cahaya.
Pengatup (Shutter) - mendedahkan filem kepada cahaya
mengikut jangka masa tertentu.
Pemidang tilik (view finder) - untuk melihat keadaan
pemandangan / subjek yang dirakamkan.
Pemegang filem atau alur filem - tempat untuk meletakan
kepingan atau gulungan filem
Bahagian Kamera
21
KANTA (Lenses)
membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem
ciri utama ialah jarak fokusnya.
berlainan jarak fokus membentuk imej berlainan saiz
Jarak fokus disukat dalam unit mm.
Secara umum kanta di bahagi kepada 3 kategori.
Kanta jarak dekat atau kanta sudut luas (wide-angle)
Kanta jarak normal atau kanta 'standard'.
Kanta jarak jauh atau kanta sudut kecil (telefoto).
Komponen Kamera - Kanta
29
mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit
sama ada
(i) gabungan sudut luas ke normal atau
(ii) normal ke sudut jauh.
memainkan peranan beberapa buah kanta yang berlainan
jarak fokus.
sesuai pada subjek yang berubah dengan cepat dan
jurugambar tidak ada masa untuk menukar kepada kanta-kanta
yang berlainan kepada kameranya.
Komponen Kamera - Kanta
30
Bentuk kanta zoom yang biasa terdapat.
28mm- 50mm Sudut luas ke normal
28mm - 70mm Sudut luas ke sederhana
28mm- 80mm Sudut luas ke sederhana
50mm- 100mm Normal ke sederhana
70mm- 200mm Sederhana ke jauh
135mm- 300mm Sederhana ke jauh.
Komponen Kamera - Kanta
31
SSJ - Syot Sangat Jauh( VLS-very Long Shot)
SJ - Syot Jauh (LS-Long Shot)
SS - Syot sederhana(MS-Mid-shot)
SD - Syot Dekat (CU-Close up)
SDE -Syot Dekat Ekstrim (XCU-Extreme Close-up)
Komponen Kamera - Kanta
32
Foto Jarak Dekat. (Close-up)
Kadangkala penggambaran jarak dekat ( jarak yang kurang
2 kaki) diperlukan untuk membuat slaid tajuk atau menyalin
slaid/gambar daripada bahan bercetak
Bagi tujuan ini kamera SLR paling ideal digunakan dan
digabungkan dengan kanta yang sesuai.
Komponen Kamera - Kanta
33
1. Kanta Makro.
Kanta khas punya jarak fokus amat dekat untuk besarkan imej
subjek yang berada hampir dengan kamera.
Kebanyakan kanta zoom masa kini dilengkapi dengan fungsi
makro sebagai 'standard'.
Sebolehnya gunakan ' copy stand' dan setkan saiz apertur
paling kecil yang boleh bagi menghasilkan gambar foto yang
tajam serta mendapat bidang fokus yang luas.
Komponen Kamera - Kanta
34
2.Kanta Saring Pendekat (Close-Up Lens-filter).
kanta cembung yang perlu disambungkan pada
bahagian hadapan kamera yang bertujuan
membesarkan imej benda yang kecil.
saring pendekat dibekalkan dalam beberapa
kekuatan atau 'diopter' seperti berikut:-
+ 1 akan membesarkan imej 1 X ganda
+ 2 akan membesarkan imej 2 X ganda
+ 3 akan membesarkan imej 3 X ganda
Komponen Kamera - Kanta
35
Bagi mendapatkan kesan pembesaran yang lebih
besar, saring boleh digabungkan. Contohnya, +3 +1
untuk mendapatkan +4.
gunakan ' copy stand' dan setkan saiz apertur paling
kecil yang boleh bagi menghasilkan gambar foto yang
tajam serta mendapat bidang fokus yang luas.
Komponen Kamera - Kanta
36
3. Salung (Bellows).
Sistem penyambung kanta dipasang di antara
badan kamera dengan kanta utama.
Komponen Kamera - Kanta
37
4. Tiub Tambahan.
Beberapa tiub logam atau plastik yang boleh
disambungkan antara badan kamera dengan
kanta.
Komponen Kamera - Kanta
38
Kanta Saring (Lens-Filter).
Perlu disebabkan cahaya terlalu cerah atau
keadaan subjek tidak bermaya atau untuk
menghasilkan kesan yang istimewa kepada gambar
foto. Bagi menghasilkan ini beberapa jenis kanta
saring boleh digunakan. Antaranya:-
Komponen Kamera - Kanta
39
1. Polariser.
Menggelapkan warna-warna tertentu serta
boleh melenyapkan kesan pantulan cahaya daripada
objek berkilat. Sering digunakan untuk
menggelapkan warna langit.
Tanpa Kanta Saring Polariser Kanta Saring Polariser
Komponen Kamera - Kanta
40
2. "Split Field'.
Kanta dekat yang digabungkan dengan sekeping
saring cahaya normal. Saring ini akan membentuk
dua imej yang berbeza - imej dekat akan kelihatan
jelas dan imej jauh juga kelihatan jelas.
3. 'Center Spot'.
Bahagian tengah gambar foto akan kelihatan jelas
sementara kawasan tepi menjadi kabur. Amat
sesuai untuk potret.
4.'Star Burst'.
Punca-punca cahaya terang akan terbentuk sebagai
pusar cahaya gemerlapan seperti bintang berpusar
4 bucu, 6 bucu atau 8 bucu.
Komponen Kamera - Kanta
41
5.'Skylight dan UV'.
Membuatkan pandangan jauh kelihatan lebih
jelas dan baik. Boleh dilekatkan terus pada
sesuatu kanta sebagai pelindung / pengadang
kanta tersebut.
Komponen Kamera - Kanta
42
Iris atau Diafram (Aperture).
Lubang bukaan yang mengawal kadar cahaya
yang dibenarkan masuk melalui kanta
Saiz iris boleh dibesarkan atau dikecilkan bagi
menentukan kadar cahaya yang masuk.
Saiz iris / apertur diukur menggunakan unit f.
Komponen Kamera - Aperture
43
Filem hanya memerlukan kadar cahaya tertentu
sahaja untuk pendedahan yang baik.
Kalau cahaya terlalu banyak gambar foto akan
terlalu cerah.
Gambar foto akan menjadi gelap kalau cahaya tidak
cukup.
Jika nombor f besar lubang irisnya kecil dan
sekiranya nombor f besar lubang irisnya kecil.
Nombor f yang biasa terdapat pada sesebuah kamera
ialah:-
f1.4 f1.8 f2 f3.5 f4 f5.6 f8 f11
f16 f22
Komponen Kamera - Aperture
44
Secara umumnya saiz iris di bahagikan kepada tiga
suasana umum.
Cahaya terik (matahari) f11 atau f16
Cahaya redup (berawan) f5.6 atau f8
Cahaya malap f1.8 atau f2 (kalau gelap
mungkin perlukan lampu imbasan / 'flash light'.)
Komponen Kamera - Kanta
45
Pengatup (Shutter).
Tingkap yang menutup permukaan filem
daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan
hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu
yang sesuai untuk mendapatkan gambar foto yang
baik.
Kelajuan Pengatup.
Jangka masa untuk tingkap pengatup terbuka
& tertutup semula.
Komponen Kamera - Pengatup
46
Bagi menentukan intensiti cahaya yang
terdedah kepada filem.
Kelajuan disukat dalam masa persaat.
Kelajuan pengatup yang biasa ditemui pada
kamera adalah seperti berikut:-
1s, 1/2s, 1/4s, 1/8s, 1/15s, 1/30s, 1/60s, 1/125s,
1/250s, 1/500s, 1/1000s, 1/2000s dan 1/4000s.
Contoh:- 1/125s bererti tingkap akan terbuka
selama 1 per 125 saat untuk membenarkan cahaya
jatuh ke atas filem, selepas tempuh itu ia akan
tertutup.
Komponen Kamera - Pengatup
50
Kelajuan 1s hingga 1/30s - kelajuan lambat.
Sesuai menggambar subjek pegun atau tidak
bergerak.
Kelajuan pengatup 1/60s, 1/90s & 1/125s
kelajuan imbasan. Kebanyakan kamera telah
disesuaikan dengan kecepatan lampu imbasan
(flash light) pada kelajuan pengatup ini.
Kelajuan pengatup 1/125s ke atas – kelajuan
cepat dan sesuai untuk semua jenis subjek yang
bergerak sama ada pergerakan lambat atau laju.
Komponen Kamera - Pengatup
51
Keadaan subjek Kelajuan pengatup
pegun 1/60
berjalan perlahan 1/125
berjalan laju 1/250
lari pantas 1/250
Kenderaan laju 1/500
1/1000
1/2000
Komponen Kamera - Pengatup
52
FOKUS
Proses mengubah jarak kanta dari permukaan
filem supaya satu imej subjek yang jelas terbentuk
di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan
dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri
atau ke kanan, sambil melihat subjek melalui
pemidang tilik (view finder).
TIDAK FOKUS FOKUS
Fokus
53
Terdapat tiga jenis kaedah fokus.
1. Kaedah 'Rangefinder'.
Terdapat 2 bentuk 'rangefinder'.
i. Imej bertindan.
ii. Imej terbahagi.
Fokus
54
2. Kaedah 'Mikroprisma'.
Pemidang dipenuhi mikroprisma-mikroprisma.
Keadaan imej yang terbentuk akan menentukan sama
ada subjek di fokuskan atau tidak. Imej yang jelas
bererti subjek berada di dalam fokus.
mikroprisma
Fokus
55
3. Fokus Automatik.
Satu unit pemprosesan fokus akan
menentukan fokus sesuatu subjek dengan cara
automatik.
Apabila butang pengatup ditekan separuh satu
isyarat infra merah atau pun bunyi frekuensi tinggi
akan dipancarkan dari kamera kepada subjek.
Kamera akan memproses lama masa yang
diperlukan untuk isyarat tersebut dipantulkan semula
ke dalam kamera, dan diterjemahkan menjadi jarak
sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus kanta
akan diubah secara automatik.
Fokus
56
Medan Fokus (Depth of Field).
Medan fokus ialah kawasan yang kelihatan
jelas apabila kanta difokuskan kepada sesuatu
subjek.
Semakin kecil apertur semakin luas medan
fokus serta sebaliknya.
Fokus
58
Semakin jauh jarak kamera subjek, semakin
luas medan fokus serta sebaliknya.
Kawasan belakang lebih luas medan fokus dari
kawasan hadapan.
Kanta dengan jarak fokal yang pendek
mempunyai medan fokus yang lebih luas
berbanding kanta jarak fokal yang panjang.
Fokus
59
FILEM.
Kepingan plastik khas yang mempunyai satu
permukaan bahan kimia peka cahaya. Kecepatan filem
adalah kadar kepekaan filem kepada cahaya. Kepekaan
filem di sukat berdasarkan beberapa skala.
ASA American Standards Association
JIS Japan Industrial Standards
DIN Deutche Industrie Norme
ISO International Standards Organisation.
Pada masa kini hanya satu unit sukatan sahaja
digunakan iaitu ISO.
Filem
60
Kepekaan Filem.Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya
kepada cahaya.
1. Filem LAMBAT
Kurang peka kepada cahaya - perlukan kadar cahaya yang banyak
Nilai ISO 25 - 64, amat sesuai untuk subjek pegun.
Sesuai untuk pembesaran gambar foto yang amat besar kerana
butiran bahan kimianya amat halus dan sekata.
2. Filem SEDERHANA
Lebih peka kepada cahaya.
Sesuai untuk keadaan cahaya biasa pada waktu siang hari, sesuai
untuk kebanyakan subjek biasa. ISO 80 - 200.
3. Filem CEPAT
Sangat peka kepada cahaya. Perlu sedikit sahaja cahaya. Sesuai
untuk gambar foto sukan dengan pergerakan pantas / laju / waktu
malam. ISO 400 ke atas. Gambar foto kelihatan kasar berbintik-
bintik apabila gambar foto dibesarkan.
Filem
61
DEDAHAN (EXPOSURE).
Hubungan yang betul di antara pemilihan apertur, kelajuan
pengatup dan kepekaan filem. Cara paling mudah tentukan dedahan
yang betul ialah dengan mengikut panduan dedahan cahaya yang
dibekalkan bersama dengan gulungan filem yang anda beli. Panduan
tersebut telah direka khas oleh pembuat filem agar gambar foto yang
paling maksimum kesannya dapat dirakamkan.
Kaedah Penentuan Kadar Dedahan.
1. Meter Cahaya - kaedah paling baik.
i. Kaedah cahaya tuju - meter cahaya dibawa
berhampiran dengan subjek dan dihalakan kepada
kamera untuk membaca jumlah cahaya yang jatih ke atas
subjek.
ii. Kaedah cahaya pantulan - meter diletakan hampir dgn
kamera dan di halakan kepada subjek untuk
membaca kadar cahaya yang dipantulkan daripada
subjek itu.
Filem
62
Meter dedahan bina dalam kamera.
Kamera jenis automatik mempunyai satu
meter cahaya yang telah dibina dalam
badan kamera itu.
Gabungan kesan bacaan meter dedahan
bina dalam dengan sama ada kelajuan
pengatup atau saiz apertur atau kedua-
duanya sekali. Jadi dengan hanya
menentukan kelajuan pengatup atau pun
mengubah saiz apertur nilai dedahan yang
sempurna akan sentiasa terhasil.
Dua bentuk mudah penentuan dedahan
yang biasa terdapat ialah bentuk samakan
jarum (match-needle) dan bentuk LED.
Filem
63
Kamera berautomatik sepenuhnya, tidak perlu
menentukan kadar dedahan.
Pengguna hanya perlu memilih fungsi P
(program) atau AUTO dan mikroprosesor dalam badan
kamera akan menentukan kadar dedahan yang
sempurna.
Filem
64
TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR FOTO.
Panduan berikut boleh digunakan.
1. Ringkas - tumpukan perhatian pada satu
elemen utama dalam sesuatu situasi. Elakan atau
buangkan unsur-unsur laian atau 'sampah' yang
dapat mengalih pengamatan penonton.
2. Adakan perbandingan saiz - penonton tidak
dapat menentukan saiz sebenar sesuatu benda
atau bahan yang terdapat dalam gambar foto.
Oleh itu adalah penting dimasukan satu benda
biasa yang dapat menyatakan saiz secara visual.
3. Gunakan satu bentuk format sahaja - sama ada
berbentuk menegak atau mendatar. Memudahkan
penontoh melihat gambar foto dengan tersusun.
Teknik Fotografi
65
4. Latar belakang - gunakan latar belakang ringkas
atau kosong untuk mengfokuskan perhatian
penonton kepada subjek utamanya.. Kalau
keadaan latar belakang tidak dapat dihindarkan
lansung, gunakan kesan fokuys bandingan -
gunakan apertur besar ( f2 atau f3.5) untuk
membuat latar belakang kelihatan kabur.
5. Komposisi - jangan letak elemen utama betul-
betul pada bahagian tengah gambar. Gunakan
kaedah komposisi informal agar gambar kelihatan
lebih dinamik.
6. Jika aksi atau pergerakan dilibatkan dalam
sesuatu gambar, berikan lebih ruang atau kawasan
dalam arah aksi itu, bukan jauh darinya.
Teknik Fotografi
66
7. Sudut - pelbagaikan sudut kedudukan
kamera untuk menggambarkan subjek.
8. Kontras - pastikan terdapat perbezaan
kontras yang nyata di antara subjek dengan
latar belakang
Teknik Fotografi
79
Tugasan Dewasa ini, kamera digital semakin popular dan menghakis pasaran
kamera jenis analog.
a) Huraikan asal-usul dan sejarah perkembangan kamera jenis digital.
b) Kekuatan dan kelemahan kamera digital berbanding dengan kamera analog
c) Huraiakn konsep-konsep berikut :
(i) Imej Konvensional (Conventionalized image)
(ii) Imej Digital (Digital Image)
(iii) Kad Memori
- MS (Memory Stick)
- SD/MMC (Multimedia Cards & Secure Digital Cards)
- CF (CompactFlash Cards)
- Zoom Digital dan Zoom Optical