New Microsoft Word Document

download New Microsoft Word Document

of 3

description

l

Transcript of New Microsoft Word Document

Aspek pembelajaran sains merangkumi fakta dan konsep sains, kemahiran proses sains, kemahiran manupulatif, kemahiran mereka cipta dan KBKK. Bagaimanakah aspek pembelajaran sains ini dapat dinilai ke atas murid dengan merujuk kompetensi sains murid?K Revised TaxonomyS Kemahiran SainsA 20 Sikap dan nilai Sains

Terdapat enam istilah dalam Taksonomi Bloom yang disemak semula iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Istilah mengingat didefinisikan sebagai mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang. Contoh perkataanya adalah Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan dan sebagainya. Seterusnya, memahami pula adalah pembinaan makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan. Contoh perkataanya adalah buat interpretasi, berikan contoh, ringkaskan, bua parafrasa dan sebagainya. Istilah mengaplikasi pula adalah penggunaan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu. Contoh perkataanya adalah, dengan menggunakan, laksanakan, hitungkan dan sebagainya. Selain itu, menganalisis bermaksud memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing. Contoh perkataanya adalah bandingkan, susun atur, susun semula dan sebagainya. Istilah menilai didefinisikan sebagai membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Contoh perkataanya adalah berikan hujah anda, kritik, sokong dan sebagainya. Istilah akhir dan revised taxonomy iaitu mencipta adalah menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan. Contoh perkataanya adalah rekakan, binakan, rancangkan, hasilkan dan sebagainya.

Kemahiran saintifikmerupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripadakemahiran proses sainsdankemahiran manipulatif. Antara kemahiran proses sains adalah memerhatikan iaitu menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. Mengelaskan adalah mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Seterusnya, mengukur dan menggunakan nombor adalah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens pula merupakan membuat kesimpulan awal yang munasabah yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramalkan bermaksud membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi pula menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu,berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Mentafsirkan data adalah memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. Seterusnya, mendefinisikan secara operasi bermaksud memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah bererti mengenal pasti pembolehubah dimanipulasikan, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pembolehubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pembolehubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis pula adalah membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya. Akhirnya, mengeksperimen adalah merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu. Antara Kemahiran manipulative adalah menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betu, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat dan melakar spesimen,peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Pembelajaran sains memupuk Kemahiran Proses Sains (KPS) , Kamahiran Manipulatif (KM) di samping Sikap Saintifik dan Nilai Murni. Terdapat sebanyak 20 sikap saintifik dan nilai murni yang boleh didapati memlalui pembelajaran Sains. Antaranya adalah minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling, jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data, rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara, bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar, menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam, menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat, menghargai keseimbangan alam semula jadi, berhemah tinggi dan hormat menghormati, menghargai sumbangan sains dan teknologi mensyukuri nikmat yang dikurnikan Allah, berfikiran kritikal dan analitis, luwes dan berfikiran terbuka, baik hati dan penyayang, bersifat objektif, sistematik, bekerjasama, berani mencuba, adil dan saksama, berfikir secara rasional dan akhirnya yakin dan berdikari.