MZU3108 Alat Muzik Utama
-
Upload
skrenokbaru -
Category
Documents
-
view
70 -
download
3
Transcript of MZU3108 Alat Muzik Utama
MODUL NAMA PENGKHUSUSAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MZU3108 ALAT MUZIK UTAMA
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : Teknik-Teknik Vokal
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
1.3 Kandungan
Posture dan Pernafasan :
1.3.1 Postur asas dalam nyanyian
1.3.2 Kaedah pernafasan dalam nyanyian
1.3.3 Kawalan pernafasan
1.3.4 Sokongan pernafasan
KANDUNGAN MUKA SURAT
ii
Tajuk 2 : Aplikasi Teknik Vokal
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
2.3 Kandungan
Repertoire :
2.3.1 Sungai Pahang
2.3.2 Setangkai Mawar
2.3.3 Sally Garden
2.3.5 Ash Groove
Pilih dua daripada mana-mana lagu di atas bagi
peperiksaan amali
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
vi
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali
70
60
70
62
70
65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut:
1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
Kod & Nama Kursus: MZP3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1 Kandungan modul ini dibahagi kepada dua tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
AGIHAN TAJUK
INTERAKSI TAJUK/TOPIK
JUMLAH JAMMENGIKUT
PRO FORMA KURSUS
1
Teknik-Teknik Vokal
Postur asas dalam nyanyian Aplikasi Teknik Vokal
Repertoire 1- Sungai Pahang
1 jam
5 jam
2
Teknik-Teknik Vokal
Kaedah pernafasan dalam nyanyian
Aplikasi Teknik Vokal
Repertoire 2 – Sally Garden
1 jam
5 jam
3
Teknik-Teknik Vokal
Kawalan pernafasan Aplikasi Teknik Vokal
Repertoire 3 – Setangkai Mawar
1 jam
5 jam
4
Teknik-Teknik Vokal
Sokongan pernafasan Aplikasi Teknik Vokal
Repertoire 4 – Ash Groove
1 jam
5 jam
5
Teknik-Teknik Vokal
Postur asas dalam nyanyian Kaedah pernafasan dalam
nyanyian Kawalan pernafasan Sokongan pernafasan
Aplikasi Teknik Vokal
Repertoire 1, 2, 3 dan 4
1 jam
5 jam
JUMLAH 30 jam
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
TAJUK 1 TEKNIK-TEKNIK VOKAL
SINOPSIS
Kursus ini memberi peluang kepada pelajar mempraktik dan
mengaplikasikan kemahiran dan teknik vokal secara berkesan. Disamping
itu, pelajar diberi bimbingan dan panduan dalam mengatasi kesulitan yang
berkaitan dengan kemahiran vokal dari peringkat awal.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mempraktikkan teknik-teknik vokal dengan berkesan;
2. Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire lagu mudah;
3. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran vokal dalam repertoire lagu
mudah;
4. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam
persembahan nyanyian.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
KANDUNGAN ISI
Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang
berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya
menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan
terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang
diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.
Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan
badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik
bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-
otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi
mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal.
Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi
gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses
pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah
yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada
postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan
postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:
1.1.1 Postur berdiri
Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit
kehadapan.
Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan
bukan ditumit.
Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi
mengelak ketegangan.
1.1 POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan
bahagian punggung.
Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan
selesa.
Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya
memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan
menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang
akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu
tidak mendongak ke atas atau menunduk.
Rajah 1 : Postur berdiri
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
1.1.2 Postur duduk
Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit
kehadapan. Jangan sila panggung semasa menyanyi.
Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang
seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan
semasa duduk
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan
bahagian punggung.
Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya
memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan
menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang
akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak
selesa.
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu
tidak mendongak ke atas atau menunduk.
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
Rajah 2 : Postur duduk
Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi
lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal
bertindak balas dengan konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia
juga membuatkan semua proses berjalan secara bersambung-sambung
tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan seseorang
menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih
baik. Postur yang baik perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman
terhadap pengawalan postur ini amat penting dalam membantu penyanyi
mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa sekatan.
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
1.2 KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN
Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran
kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah
satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah
pernafasan.
Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru.
Bahagian otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot
diafragma, otot ini merupakan satu bahagian otot besar yang terletak di
bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian
pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam
badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau
oksigen disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi. Apabila otot
diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan
menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus
iaitu disebut ekspirasi.
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
Rajah 3: Proses respirasi dan ekspirasi di bahagian paru-paru manusia (Sumber foto: http://medicalcenter.osu.edu/greystone/images/ei_0372.gif)
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
1.3 KAWALAN PERNAFASAN
Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara yang perlu dititik
beratkan bagi mencapai kesempurnaan terhadap penyampaian nyanyian.
Bagi percakapan harian, bunyi tidak dilanjutkan seperti dalam nyanyian,
tiada hukum hakam yang perlu dipatuhi bagi menghabiskan bagi satu
baris ayat. Nafas boleh di ambil di merata-rata tempat yang dikehendaki
mengikut keselesaan. Tatapi dalam nyanyian yang didasari oleh pic,
irama dan melodi memerlukan kawalan pernafasan yang lebih dinamik
bagi mengelakkan nafas diambil pada bahagian-bahagian yang tidak
sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu yang disampaikan.
Selain itu, penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga
memerlukan kawalan pernafasan.
Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula
dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang
berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-
paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul
adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas
sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi.
Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian
maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya
perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan
tenaga mengawalnya.
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
Terdapat 4 fasa dalam kawalan pernafasan:
a. Menarik nafas – perut dan rangka rusuk mengembang.
b. Berhenti seketika
c. Menghembus nafas – dilepaskan sedikit-sedikit ketika menyanyi
d. Pulih kembali – rileks dan bersedia untuk kembali ke fasa satu.
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
1.4 SOKONGAN PERNAFASAN
Melalui pedagogi vokal, panjang sesuatu nafas dilakukan dengan
menyedut nafas secara mendalam dan melepaskan secara perlahan-
lahan dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Langkah-langkah
dalam kawalan pernafasan semasa nyanyian bermula apabila nafas
disedut, ini mengakibatkan paru-paru mengembang, fenomena ini
membuatkan diafragma kita tertekan ke bawah dan menyebabkan
bahagian sekeliling pinggang turut mengembang. Diafragma perlu dikawal
dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pingang semasa
pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup
sehingga ke akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus
ditekan atau mengeras supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara
yang lebih panjang.
Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan
meperkemaskan/mengeraskan otot-otot abdomen, menciptakan tekanan
yang tinggi pada abdomen dan thorax, membuatkan difram dalam
keadaan rileks dan terkawal (terangkat ke atas). Ia melibatkan bahagian-
bahagian badan, otot contohnya, serta kaitannya dengan kerja-kerja yang
dilakukan oleh paru-paru larynx untuk menghasilkan ton yang terbaik dan
berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not yang panjang. Penyanyi
akan dapat mengawal nyanyian (fonasi)
Bagi mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang
berterusan. Untuk itu, otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi
menyokong pengaliran nafas yang lebih lama semasa menyanyi.
Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka tidak memerlukan
tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluaran ton
suara yang lebih menyeluruh (solid).
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
TAJUK 2 APLIKASI TEKNIK VOKAL
SINOPSIS
Setiap pelajar akan diajar secara individu selama satu jam bagi setiap
interaksi bagi mempraktikkan kemahiran teori dan amali dalam bidang
yang berkaitan. Di samping itu juga, akan diadakan satu kali
persembahan mini (performance lab) dalam satu semester.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mempraktikkan teknik-teknik vokal dengan berkesan;
2. Menguasai kemahiran vokal dalam pelbagai repertoire lagu mudah;
3. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran vokal dalam repertoire lagu
mudah;
4. Mengintegrasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam
persembahan nyanyian.
2
KERANG
KANDUN
2.1.1 R
Su
Repertoire
Sungai Paha
2.1 Aplika
GKA TAJU
NGAN ISI
epertoire 1
ungai Paha
1
ang
asi Teknik V
UK-TAJUK
ng
Aplik
Repertoire
Sally Garde
Vokal
MZ
K
kasi TeknVokal
2
n
R
ZU3108 Alat
nik
Repertoire 3
SetangkaiMawar
t Muzik Uta
Rep
As
ma – Vokal
pertoire 4
sh Groove
1
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
2.1.2 Repertoire 2
Sally Garden
2.1.3 Repertoire 4
Ash Groove
2.1.3 Repertoire 3
Setangkai Mawar
MZU3108 Alat Muzik Utama – Vokal 1
Ciri-ciri suara yang baik:
a. Didengari (Audibility)
b. Resonan – ada “Ringing Quality”, tidak membosankan tetapi
bertenaga.
c. Jelas (clarity) – tiada bunyi-bunyi asing bersamanya seperti
bunyi nafas.
d. Difahami (Intelligibility) – jelas dari segi bunyi vokal dan
konsonan
e. Intonasi yang asli (Pure Intonation) – Adalah menjadi satu
keperluan yang penting seseorang berupaya untuk memulakan,
sambung semula dan berhenti sesuatu ton mengikut pic tanpa
melurut naik atau turun secara tak sengaja (sliding).
f. Pelbagai dinamik – adanya unsur-unsur kuat, lembut dan
berlakunya perubahan yang licin dari satu aras ke satu aras
yang lain.
g. Pelbagai warna ton – keupayaan menukar suara kepada
pelbagai kualiti ton mengikut imaginasi dan perasaan penyanyi.
h. Getaran (Vibrato).
i. Renj – suara yang baik perlu boleh merentasi dua oktaf atau
lebih.
j. Mudah/Bebas (Ease/Free) – Nyanyian yang baik memerlukan
daya mental dan fizikal. Walau bagaimanapun penonton tidak
peduli akan semua itu. Penyanyi perlu menunjukkan
ketrampilan diri, dan bunyi cara sesuatu bunyi itu dihasilkan –
mudah dan selesa.
BIBLIOGRAFI
Caruso, E., & Tetrazzini, L. (1975). The Art of Singing. New York: Dover
Publications.
Christy, V.A. & Paton, J.G. (1997). Foundations in singing. Boston: McGraw Hill.
Lawson, J.T. (1955). Full-Throated Ease: A Concise Guide to Easy Singing.
Canada: Wastern Music Company. Marafioti, P. M. (1949). Caruso’s Method of Voice Production: The Scientific
Culture of The Voice. New York: Dover Publications. Miller. R. (1986). The Structure of Singing. System and Art In Vocal Technique.
New York : Schirmers Book. Murray, D. & Hutchison, T. (2008). Advanced Vocal Technique: Middle Voice,
Placement & Style. Milwaukee,WI: Hal Leonard Corporation.
Philips, K.H. (n.d.) Teaching kids to sing. New York: Macmillan Inc.
Telfer. N. (1993). Successful Sight Singing, Book 1. California: Neil A. Kjos Music Company.
Telfer. N. (1993). Successful Warmups, Book 1. California: Neil A. Kjos Music
Company. Stanton, R. (1983). Steps to singing for voice classes (3rd ed.) Belmont:
Wadsworth Publishing Titze, I.R. (1994). Principles of Voice Production. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.
Trusler, I. & Ehret, W. (1992). Functional Lessons in Singing. Englewood Cliffs,
NJ: Prentice-Hall.
PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(XXX PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
FAUZILA BINTI ABDUL LATIF Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas 56000 Kuala Lumpur [email protected]
Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik (UiTM) KPLI (IPIK) Pengalaman Pensyarah (1 tahun) Guru Muzik Sekolah Menengah (10 tahun) Guru Muzik Sekolah Rendah (2 tahun)
(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)
(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)
(NAMA) (JAWATAN) (EMEL)
(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA)