muzium samudera
Transcript of muzium samudera
-
8/18/2019 muzium samudera
1/2
Sepertimana yang kami ketahui, Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang
mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang harapan kepada bangsa
Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas
tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam
peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan
terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun
1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus
menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga
seperti emas, intan berlian, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Melaka yang
hancur akibat diserang Portugis itu.
Demikianlah kehebatan kapal yang bernama Flor De La Mar sehingga kini, kerajaan
Negeri Melaka tidak sanggup untuk melupakan kapal ini, walaupun ianya sudah bersemadi
begitu lama di dasar laut. Sebagai tanda ingatan, ianya dibina semula mengikut rekabentuk
asalnya, tetapi bukan untuk kapal perang sebaliknya replika ini dijadikan Muzium Samudera
tanda ingatan kepada Kapal Flor De La Mar. Replika muzium kapal terbesar ini berharga RM
3.8 juta. Direka oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya, Encik Kamarudin bin Mohd. Said dan
dibina dengan menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir
dan terkenal di negeri Terengganu. Muzium Samudera ini dibina pada tahun 1991 dan dibuka
secara rasmi kepada orang ramai oleh mantan Perdana Menteri yang Keempat iaitu Tun
Dr.Mahathir b.Mohamad, pada 13hb Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di tepi Sungai
Melaka, tempat yang dipercayai berlakunya serangan Angkatan Portugis ke atas Melaka kira-
kira lima kurun yang lalu. Muzium Samudera ini dibina begitu rupa bagi menimbulkan suasana
sebenar berada di dalam sebuah kapal yang sedang belayar dengan susunan-susunan
peralatan pelayaran yang bersejarah. Terdapat beberapa pameran yang berkaitan dengan
sejarah pelayaran dan kesultanan Melaka dipamerkan di dalam muzium tiga tingkat ini.
Paparan sejarah banyak dilahirkan dalam bentuk tulisan, lakaran peta, replika kapal-kapal
purba, termasuk jua barang-barang yang ditemui di dasar laut seperti peti besi, tempayan dan
cebisan-cebisan rangka kapal purba.
Melalui lawatan ke muzium, kami dapat menggambarkan situasi pada zaman
saudagar-saudagar yang datang untuk mengurus niaga di Negeri Melaka. Kedatangan
mereka telah menyebabkan Melaka menjadi sebagai pusat perdagangang di Asia Tenggara
pada zaman itu. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-
barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara,
dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
-
8/18/2019 muzium samudera
2/2
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah
berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada
pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya
sehingga kini.