Mukadimah - rmc.upm.edu.my · PDF file... Seksyen Kewangan dan Kemudahan ... prasarana R&D&C...

download Mukadimah - rmc.upm.edu.my · PDF file... Seksyen Kewangan dan Kemudahan ... prasarana R&D&C yang lengkap dan ... surau dan tapak perkhemahan. Prasarana di pusat ini juga dibuka untuk

If you can't read please download the document

Transcript of Mukadimah - rmc.upm.edu.my · PDF file... Seksyen Kewangan dan Kemudahan ... prasarana R&D&C...

  • 1Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 2011

    Kandungan 2 Prakata4 Pengenalan

    |Struktur dan Fungsi Organisasi9 Ekosistem dan Bidang Tujahan Penyelidikan12 Tadbir Urus Sistem Pengurusan Kualiti Penyelidikan

    |Pengurusan Input Penyelidikan14 Penjanaan dan Perolehan Dana Penyelidikan16 Perolehan Geran Kerajaan22 Pengurusan Kewangan Penyelidikan26 Pengurusan Menghadiri Seminar ke Luar Negara

    |Pengurusan Output Penyelidikan28 Personel R&D32 Perlindungan Harta Intelek37 Penerbitan Hasil Penyelidikan42 Pengkomersilan Hasil Penyelidikan45 Promosi Hasil Penyelidikan dan Inovasi

    |Rumusan Pencapaian Penyelidikan56 Petunjuk Indeks Utama (KPI)56 Pencapaian MyRA

    59 Analisis SciVal Spotlight63 Penilaian Pencapaian Fakulti/Institut Berdasarkan Bintang (Star Rating)

    66 Glosari

    L a p o r a n Ta h u n a nPejabat Timbalan Naib CanselorPenyelidikan dan Inovasi

  • Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 20112

    Mukadimah Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

    Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah berjaya menerbitkan buku Laporan Tahunan Pejabat Timbalan Naib

    Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 2011. Laporan ini mengandungi empat bahagian yang

    memberikan penerangan kepada usaha UPM memartabatkan R&D&C melalui semakan

    semula fungsi entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

    pengurusan input penyelidikan, pengurusan output penyelidikan dan rumusan pencapaian

    penyelidikan. Secara keseluruhannya, pada 2011, pencapaian R&D&C di UPM telah berjaya

    dilonjakkan ke satu tahap pencapaian yang baharu. Pencapaian penilaian berdasarkan

    instrumen MyRA telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 14 markah (peningkatan

    13%) berbanding 2010. Ini merupakan satu lonjakan markah yang tertinggi pernah dicapai

    UPM berbanding tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak sembilan markah sahaja.

    Diharap maklumat yang terkandung dalam laporan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak

    dalam usaha memartabatkan sektor penyelidikan dan inovasi negara.

    Wassalam.

    PROF. DATO IR. DR. MOHD SALEH JAAFAR

    D.S.I.S., P.Eng., PhD, FIEM, MASCE

    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

    Universiti Putra Malaysia

  • 3Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 2011

  • Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 20114

    PENGENALAN

    Bahagian ini menerangkan struktur dan fungsi organisasi di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), ekosistem penyelidikan, pusat kecemerlangan (CoE) UPM, bidang tujahan penyelidikan, dan tadbir urus sistem pengurusan kualiti penyelidikan.

    Struktur dan Fungsi Organisasi

    Struktur dan fungsi organisasi menerangkan peranan semua entiti di bawah Pejabat Timbalan

    Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) atau ringkasnya Pejabat TNCPI

    telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006 yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal

    penyelidikan dan inovasi universiti. Penubuhan pejabat ini adalah untuk menyokong matlamat

    Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengukuh dan memantapkan aktiviti penyelidikan,

    pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) selaras dengan status UPM sebagai sebuah

    Universiti Penyelidikan (RU).

    Misi pejabat ini adalah untuk memastikan UPM terus kekal sebagai RU dengan memberikan

    sokongan sepenuhnya kepada aktiviti R&D&C melalui entiti di bawahnya iaitu Bahagian

    Pentadbiran Pejabat TNCPI dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Struktur organisasi

    Pejabat TNCPI 2011 adalah seperti dalam Rajah 1.1.

    Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan & Inovasi)

    Prof. Dato Ir Dr. Mohd Saleh JaafarTimbalan Naib Canselor(Penyelidikan & Inovasi)

    Pusat Pengurusan Penyelidikan

    Prof. Ir. Dr. Norman MariunPengarah

    Taman Pertanian Universiti

    Prof. Dr. Abd. Wahid HaronPengarah

    Pusat Pembangunan Maklumatdan Komunikasi

    Prof. Madya Dr. Suhaimi NapisPengarah

    Pejabat Pembangunan danPengurusan Aset

    Prof. Madya Dr. Samsul BahariMohd Noor

    Pengarah

    Putra Science

    Prof. Dato Dr. Mohamed ShariffMohamed Din

    Pengarah

    Penerbit UPM

    Puan Kamariah Mohd SaidnKetua

    Pusat Sains Marin

    Prof. Dr. Siti Shapor SirajPengarah

    Bahagian PentadbiranPejabat Timbalan Naib Canselor

    (Penyelidikan & Inovasi)

    En. Mustaffa Hj. DollahKetua Pentadbiran

    Rajah 1.1 Struktur Organisasi Pejabat TNCPI Tahun 2011

  • 5Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 2011

    Dalam memperkasakan R&D&C di UPM pada 2011, beberapa entiti di UPM telah

    distruktur semula dan diletakkan di bawah Pejabat TNCPI. Susulan penstrukturan ini,

    Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) telah dibubarkan dengan fungsi Bahagian

    Perlindungan Harta Intelek telah diserap masuk di bawah struktur RMC manakala

    fungsi Bahagian Pengkomersilan dipindahkan ke UPM Holdings Sdn. Bhd. Entiti

    perkhidmatan sokongan iaitu Taman Pertanian Universiti, Pejabat Pembangunan dan

    Pengurusan Aset, Penerbit UPM, dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

    telah diletakkan di bawah struktur Pejabat TNCPI bermula pada 1 Jun 2011.

    Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI

    Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI telah ditubuhkan pada 1 November 2006

    dengan nama asalnya ialah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Bahagian Pentadbiran

    Pejabat TNCPI bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran di Pejabat TNCPI,

    RMC dan Pusat Sains Marin (COMAS) serta menyelaras aktiviti penyelidikan di UPM.

    Bahagian ini mempunyai tiga seksyen, iaitu Seksyen Pengurusan dan Pembangunan

    Sumber Manusia, Seksyen Kewangan dan Kemudahan Perkhidmatan, dan Seksyen

    Jaminan Kualiti.

  • Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 20116

    Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)

    RMC telah ditubuhkan secara rasminya pada Mei 2000 untuk menggantikan Unit Penyelidikan

    Universiti yang ditubuhkan pada 1992. RMC berperanan untuk mengurus, menggerakkan dan

    menggiatkanusaha R&D&C untuk meningkatkan produktiviti bagi penghasilan penemuan baharu dan

    output penyelidikan yang berkualiti.Selain itu, RMCjugaberperanan untuk meningkatkankerjasama

    R&D&Cdenganagensi awam dansektor swastaterutamanya untuk mendapatkan geran baharu,

    menjalin hubungan industri dan mengkomersilkanhasil penyelidikan.

    RMC terdiri daripada lima bahagian utama, iaitu Bahagian Geran Penyelidikan, Bahagian Promosi

    Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Penerbitan, Bahagian Pengurusan Ilmu dan Bahagian Sumber

    Agribio. Berikutan penstrukturan semula Pejabat TNCPI, Bahagian Penerbitan telah dipindahkan

    ke Penerbit UPM manakala Bahagian Sumber Agribio dipindahkan ke Taman Pertanian Universiti.

    Jadual 1.1 menerangkan fungsi utama bahagian di RMC.

    Jadual 1.1 Fungsi Utama Bahagian di RMC

    Bahagian Fungsi Utama

    Bahagian Geran Penyelidikan Menguruskan permohonan geran, menyelaras aktiviti penyelidikan dan

    memantau pencapaian projek penyelidikan.

    Bahagian Perlindungan Harta

    Intelek

    Melaksanakan perlindungan harta intelek dan menjadi entiti pengantara

    pengkomersilan di antara UPM dan UPM Holdings Sdn. Bhd.

    Bahagian Promosi Penyelidikan

    dan Inovasi

    Mempromosikan penyelidikan dan inovasi di UPM melalui media,

    penyertaan dalam pelbagai pameran serta menguruskan pengikhtirafan

    di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Bahagian Pengurusan Ilmu Menguruskan sistem pengurusan pengetahuan iaitu Knowledge

    Management Portal (KM Portal) dan melaksanakan penilaian pencapaian

    penyelidikan.

    Putra Science Park (PSP) PSP merupakan satu pusat tanggungjawab yang ditubuhkan secara rasminya pada 29 Mac 2010 di

    mana konsepnya merupakan penjenamaan semula identiti persekitaran UPM untuk memperkukuhkan

    aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan perkhidmatan perundingan.

    Konsep PSP ini lahir daripada penggemblengan kekuatan dan komponen utama yang dimiliki oleh

    UPM, iaitu sumber tenaga manusia yang berkepakaran tinggi, prasarana R&D&C yang lengkap dan

    keindahan landskap serta alam semula jadi UPM.

    Pejabat PSP yang terletak di Pusat Teknologi UPM-MTDC 3, juga akan bertindak sebagai pusat

    sehenti (one stop centre) yang menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UPM dalam skop

    penyelidikan dan inovasi kepada komuniti dalam dan luar.

  • 7Laporan Tahunan | Pejabat Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) 2011

    Pusat Sains Marin (COMAS)

    COMAS yang dahulunya dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Sains Marin telah ditubuhkan secara

    rasmi pada 21 Disember 1993. Pada Julai 2010, stesen ini telah diletakkan di bawah pentadbiran

    Pejabat TNCPI dan namanya ditukar kepada Pusat Sains Marin pada 1 Jun 2011. Penstrukturan

    semula pusat ini di bawah Pejabat TNCPI bertujuan untuk melonjakkan pengurusan dan perkhidmatan

    sokongan penyelidikan berkaitan aktiviti sains marin di UPM. COMAS yang terletak di Port Dickson,

    Negeri Sembilan mempunyai prasarana asas seperti bangunan pentadbiran (termasuk dewan kuliah,

    bilik mesyuarat, bilik pensya