MSSJ Football Laws 2015.docx

15
PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK (PERINGKAT UMUR BAWAH 12 ,15 DAN 18 TAHUN) MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR ( MSSJ ) 1. NAMA PERTANDINGAN 1.1 Kejohanan Bolasepak MSS JOHOR Peringkat Umur Bawah 12 , 15 dan 18 Tahun. 1.2 Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah 100 Plus Super Cup Bawah 17 Tahun. 1.3 Kejohanan Bola Sepak Sekolah Premier MSS Johor. 2. PENGANJURAN Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) yang mana menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana daerah atau Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa tertinggi MSS Johor. 3. UNDANG-UNDANG 3.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM - Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ) 3.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut : 3.2.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor. 3.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM, MSSM dan MSS Johor. 1 201

Transcript of MSSJ Football Laws 2015.docx

Page 1: MSSJ Football Laws 2015.docx

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK (PERINGKAT UMUR BAWAH 12 ,15 DAN 18 TAHUN)MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR ( MSSJ )

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Kejohanan Bolasepak MSS JOHOR Peringkat Umur Bawah 12 , 15 dan 18 Tahun.

1.2 Kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah 100 Plus Super Cup Bawah 17 Tahun.

1.3 Kejohanan Bola Sepak Sekolah Premier MSS Johor.

2. PENGANJURAN

Semua pengelolaan pertandingan akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) yang mana menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana daerah atau Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa tertinggi MSS Johor.

3. UNDANG-UNDANG

3.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM - Malaysia,Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )

3.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

3.2.1 Keputusan berasaskan lepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Johor.

3.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan Undang-Undang bolasepak Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ), FAM, MSSM dan MSS Johor.

3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

4. PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di bawah naungan MSS Johor.

4.2 Setiap daerah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.

1

201

Page 2: MSSJ Football Laws 2015.docx

4.3 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan penyertaan dan akan menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari masa ke semasa.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Pemain mestilah terdiri dari pelajar sekolah yang berdaftar dengan JPN Johor. Pemain bukan warganegara Malaysia hanya boleh mewakili sesebuah daerah ke kejohanan peringkat MSSJ.

5.2 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan seperti berikut :

5.2.1 Pemain Bawah 12 , 15 dan 18 Tahun perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal dan Borang M01 yang lengkap dan Borang M02 Pemain yang disahkan oleh Pegawai Sukan PPD.

5.2.2 Pemain Juara Sekolah adalah 17 tahun dan ke bawah dan perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal dan Borang M01 dan M02 yang disahkan oleh Pengetua atau pentabir sekolah berkaitan. Pemain adalah pelajar yang sedang belajar di sekolah tersebut dengan mengemukakan salinan buku daftar pelajar (register) yang disahkan bagi 3 bulan terakhir sebelum tarikh pertandingan.

5.2.3 Semua pemain perlu ada borang Kebenaran Penjaga yang telah dipenuhi dari sekolah masing-masing yang ditandatangani oleh penjaga mereka.

5.3 Kelayakan umur pemain mengikut kiraan tahun semasa seperti ketetapan berikut :

5.3.1 Pemain Bawah 12 Tahun yang lahir pada dan selepas 2004

5.3.2 Pemain Bawah 15 Tahun yang lahir pada dan selepas 2001

5.3.5 Pemain Bawah 18 Tahun yang lahir pada 1997, 1998 dan 1999

5.3.5.1 Pelajar tingkatan 6 bawah boleh bertanding pada peringkat umur 18 tahun mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh MSSM dengan syarat belajar

2

Page 3: MSSJ Football Laws 2015.docx

sepenuh masa di sekolah- sekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan bergabung dengan MSSM negeri serta menunjukkan bukti pelajar tersebut belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan dan perlu mengemukakan surat tawaran asal kemasukkan ke tingkatan 6 bawah dan slip peperiksaan akhir tahun tingkatan 6 bawah.

5.3.6 Bagi pemain Juara Sekolah 2015, pemain yang layak adalah pelajar yang lahir pada tahun 1998 dan ke bawah.

5.3.7 Bagi Kejohanan Sekolah Premier hanya 2 orang pelajar dari Tingkatan

6 ATAS boleh mewakili pasukan sekolahnya.

5.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah mukktamad.

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

6.1 Pendaftaran Peman

6.1.1 Setiap pemain hendaklah mendaftar dengan menggunakan M01 / M02 / M03 bagi pelajar (menengah) dan R01 / R02 / R03 bagi pelajar (rendah) secara pendaftaran email kepada jawatankuasa pengelola :Email : [email protected] : johor2015*** borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui email di atas.

6.1.2 Setiap pemain perlu memenuhi surat pelepasan penjaga dari sekolah masing-masing yang disahkan oleh pentadbir sekolah berkenaan untuk simpanan pengurus pasukan.

6.2 Pendaftaran Pegawai

6.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan pegawai perkhidmatan pendidikan khasnya jurulatih, mereka boleh

3

Page 4: MSSJ Football Laws 2015.docx

mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai itu setaraf dengan penonton. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat diluar permainan.

6.3 Pendaftaran Pasukan

1.3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 18 orang pemain dan 3 orang pegawai dengan menggunakan Borang M01 / M02 / R01 / R02 berserta salinan surat kebenaran ibubapa/penjaga dan perlu dikemukakan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

1.3.2 Borang perlawanan (Start List) akan diuruskan oleh urusetia.

6.4 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh :-

6.4.1 Juara Sekolah disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

6.4.2 Pertandingan peringkat umur MSSJ disahkan oleh Pegawai sukan PPD.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSS JOHOR Peraturan 11 melainkan akan perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat PTPS antara MSSD.

7.1.1 Bagi Kejohanan Bola Sepak MSSJ format seeding diambil kira.

7.1.2 Bagi Kejohanan Juara Sekolah kedudukan semua pasukan ditentukan

melalui undian.

7.2 Jika 12 pasukan mengambil bahagian :7.2.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga :-

Kumpulan A - 3 pasukan ( termasuk johan tahun lalu )Kumpulan B - 3 pasukan ( termasuk naib johan tahun lalu )Kumpulan C - 3 pasukan ( termasuk tempat ke-3 tahun lalu )Kumpulan D - 3 pasukan ( termasuk tempat ke-4 tahun lalu

7.2.2 Perlawanan pusingan ke-2 ialah Suku Akhir - semua pasukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak bertanding secara kalah keluar. Ketetapan perlawanan adalah seperti berikut :-

No. Perlawanan

Perlawanan Pasukan

Peringkat

4

Page 5: MSSJ Football Laws 2015.docx

.1 Johan A lwn

N.Johan DSuku Akhir 1

2 Johan B lwn N Johan C

Suku Akhir 2

3 Johan C lwn N.Johan B

Suku Akhir 3

4 Johan D lwn N.Johan A

Suku Akhir 4

5 Menang 1 lwn Menang 3

Separuh Akhir 1

6 Menang 2 lwn Menang 4

Separuh Akhir 2

7 Kalah 5 lwn Kalah 6 Tempat 3 - 48 Menang 5 lwn

Menang 6Tempat Johan dan N.Johan

7.3 Jika 11 atau 10 pasukan mengambil bahagian :-

7.3.1 Perlawanan pusingan pertama secara liga.

Jika 11 pasukan :-

Kumpulan A – 3 pasukan ( termasuk johan tahun lepas )Kumpulan B – 4 pasukan ( termasuk naib johan tahun lepas )Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke-3 tahun

lepas )

Jika 10 pasukan :-

Kumpulan A – 3 pasukan ( termasuk johan tahun lepas )Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk naib johan tahun lepas )Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke-3 tahun

lepas )

Jika 9 pasukan :-

Kumpulan A – 3 pasukan ( termasuk johan tahun lepas )Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk naib johan tahun lepas )Kumpulan C – 3 pasukan ( termasuk tempat ke-3 tahun

lepas )

7.3.2 Pusingan ke-2 ialah SUKU AKHIR secara liga dua kumpulan. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan meneruskan cabaran di dalam 2 kumpulan.

Kumpulan X -Johan Kumpulan A, N.Johan Kump.B dan N.Johan Kumpulan C

5

Page 6: MSSJ Football Laws 2015.docx

Kumpulan Y-Johan Kumpulan B, Johan Kumpulan C dan N.Johan Kumpulan A

7.3.3 Perlawanan Akhir dijalankan secara kalah keluar.Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y (penentuan Johan dan N.Johan )Naib Johan Kumpulan X lawan Naib Johan Kumpulan Y ( Tempat ke 3 dan 4 )

7.4 Jika 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian :-

7.4.1 Perlawanan pusingan awal secara liga yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B

Kumpulan A Kumpulan BJika 6 pasukan 3 3Jika 7 pasukan 3 4Jika 8 pasukan 4 4

Termasuk Johan dan Termasuk Naib Johan Ke-4 tahun lalu dan ke-3 tahun lalu

7.4.2 Pusingan kedua separuh akhir kalah keluar.

Johan Kumpulan A lawan Naib Johan Kumpulan B - XJohan Kumpulan B lawan Naib Johan Kumpulan A - Y

7.4.3 Pusingan Akhir dijalankan secara kalah keluar.

Pemenang Kumpulan X lawan Pemenang Kumpulan Y ( Tempat 1 dan 2 )

Kalah Kumpulan X lawan Kalah Kumpulan. Y ( Tempat 3 dan 4 )

7.5 Jika 5 pasukan dan kurang.

Pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang kedudukannya teratas adalah pemenang.

7.6 Pembertian mata dalam pertandingan liga pusingan awal adalah seperti ketetapan berikut :

7.6.1 Pemberian mata – Menang : 3 mata, Seri : 1 mata dan Kalah : 0

7.6.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 15 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan jaringan 2 - 0 .

6

Page 7: MSSJ Football Laws 2015.docx

7.6.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti

berikut :

a. Perbezaan jaringan, ataub. Jumlah jaringan yang paling banyak, atauc. Pemenang Perlawanan terdahulu, ataud. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan dengan 3 kali

lambungan duit syiling.

7.6.4 Di pusingan liga dalam kumpulan 3 pasukan, andai ada pasukan seri pada perlawanan pertama, bagi menentukan pasukan mana bermain dahulu pada perlawanan berikutnya adalah ditentukan melalui pasukan yang kalah lambungan syiling sebanyak 3 kali akan bermain dahulu.

7.7 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri setelah tempoh masa bermain sebenar tamat, maka masa tambahan hendaklah diberikan. Jika keputusan seri lagi, maka akan ditentukan menerusi tendang dari tanda penalti atau mengikut budi bicara Pengurus Pertandingan.

8. JANGKA MASA PERLAWANAN

8.1 Masa Permainan Sebenar mengikut kategori adalah seperti ketetapan berikut :

8.1.1 Pemain Bawah 12 Tahun : Masa Permainan ialah 25 minit bagi setiap

Separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit (25 – 10 – 25).

8.1.2 Pemain Bawah 15 Tahun : Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit (30 – 10 – 30).

8.1.3 Pemain Bawah 18 Tahun : Masa permainan ialah 30 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit (30 – 10 – 30).

8.1.4 Juara Sekolah : Masa bermain adalah (30 -10 – 30).

8.2 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri setelah tempoh masa bermain sebenar tamat, TIADA tambahan masa diberikan. Keputusan perlawanan akan ditentukan menerusi tendangan penalti dari tanda penalti .

9. PENGGANTIAN PEMAIN

7

Page 8: MSSJ Football Laws 2015.docx

Penggantian pemain tidak melebihi 7 orang pemain yang didaftarkan dalam satu pertandingan termasuk dalam masa tambahan.

10. MINIMA PEMAIN

Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 10 orang sebelum memulakan sesuatu perlawanan.

11. PAKAIAN PEMAIN

11.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki, stokin dan alas betis ( Shin pad ) mengikut spefikasi yang dibenarkan.

11.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras tidak boleh dipamerkan.

11.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi . (Pasukan yang disebut dahulu dalam jadual perlawanan).

11.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut.

11.5 Pemakaian thermal atau tight bagi menutup aurat :- a. pastikan ianya berwarna sama seluarnya pada kaki atau jersi pada lengan. b. atau berwarna hitam sahaja11.6 Pemakaian seluar track bottom tidak dibenarkan.

12. JADUAL PERLAWANAN

12.1 Jawatankuasa Teknikal Bolasepak MSS JOHOR akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

12.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan diputuskan oleh Pengurus Pertandingan Jawatankuasa Pengelola.

13. PEGAWAI PERLAWANAN

Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Ketua

8

Page 9: MSSJ Football Laws 2015.docx

pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan.

14. TINDAKAN TATATERTIB

14.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan.

14.2 Hukuman secara automatik, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang untuk kesalahan seperti ketetpan berikut :

14.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya terima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas penggantungan, akan selagi lagi digantung daripada bermain untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

14.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain ( 1 ) satu perlawanan berikutnya.

14.2.3 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 2 ) dua perlawanan berikutnya.

14.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 3 ) tiga perlawanan berikutnya.

14.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa MSS JOHOR untuk tindakan seterusnya.

9

Page 10: MSSJ Football Laws 2015.docx

14.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

15. BANTAHAN

15.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak Berjaya.

15.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan, perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan.

16. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

16.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen.

16.2 Pegawai pasukan yang dibenarkan sahaja mengikut borang

pegawai yang disahkan boleh duduk dibangku pemain simpanan. Pastikan

tatacara berpakaian dipatuhi. Pegawai pastikan berkasut, tidak mengenakan seluar jeans dan pemakaian track bottom 3 – quarter dibenarkan. Kawasan padang adalah kawasan dilarang merokok.

16.3 Tertakluk kepada pengesahan MSS JOHOR, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.

16.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Penipuan dari segi mengisi borang pendaftaran mahupun MO1, MO2 dan M03 boleh menyebabkan penyingkiran awal sesebuah pasukan daripada menyertai pertandingan ini. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

17. JADUAL ‘COUNT DOWN TO KICK OFF’

10

Page 11: MSSJ Football Laws 2015.docx

Setiap pasukan mestilah mematuhi sepenuhnya jadual tersebut seperti di lampiran dan seterusnya penilaian mata Fair Play pasukan.

18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Peraturan AM MSS Johor adalah dirujuk.

11