Mohd Rustam Bin Mohd Rameli.TT - fp.utm.my Rustam Bin Mohd... · instrumen pengukuran keresahan...

54
PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of Mohd Rustam Bin Mohd Rameli.TT - fp.utm.my Rustam Bin Mohd... · instrumen pengukuran keresahan...

PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN

MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL : PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

SESI PENGAJIAN: 2012/2013

Saya MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( �� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. NORA BINTE MISLAN 38, JALAN BALAU 3, TAMAN KEMANG, 81900, KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh: 7.7.2013 Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

���

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Psikologi Pendidikan”.

Tandatangan :……………………………………………………….

Nama Penyelia :DR. NORA BINTE MISLAN

Tarikh :……………………….………………………………

Tandatangan :……………………………………………………….

Nama Penyelia :PROF MADYA DR HAMDAN BIN SAID

Tarikh :……………………….………………………………

BAHAGIAN A – Pengesahan Kerjasama*

Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui

kerjasama antara ______________________ dengan ______________________

Disahakan oleh:

Tandatangan :.............................................................. Tarikh: ......................

Nama :.............................................................

Jawatan :............................................................. (Cop rasmi)

* Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama. ____________________________________________________________________

BAHAGIAN B – Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah

Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh:

Nama dan Alamat Pemeriksa Luar : Prof. Madya Dr. Samsilah Binti Roslan

Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia,

43400, Serdang, Selangor. Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam I: Dr. Zainudin Bin Abu Bakar

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,

81310, Johor Bahru, Johor Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam II: ..................................................................

..................................................................

..................................................................

..................................................................

Disahkan oleh Timbalan Pendaftar di SPS:

Tandatangan : ..................................................... Tarikh: .........................

Nama : ....................................................

PENGARUH ORIENTASI MATLAMAT PENCAPAIAN DAN KERESAHAN

MATEMATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

Proposal Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JULAI 2013

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :…………………………………………….

Nama Penulis :MOHD RUSTAM BIN MOHD RAMELI

Tarikh :……………………….……………………

iii

DEDIKASI

Kau

AAyah, Ibu dan Ahli Keluargaku yang Dihormati

Doa, nasihat dan pengorbananmu menjadi pelita

Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...

Kau

Penyelia-Penyeliaku yang Disanjungi

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan

Tidak akan kulupai. ...

Kalian

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Kejujuran dan keikhlasan dalam petolongan yang diberi

Akan kukenangi selamanya ...

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia serta izinNya,

juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dapatlah

saya menyiapkan Tesis Sarjana ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih saya kepada penyelia

tesis iaitu Dr. Nora Bin Mislan dan Prof. Madya. Dr. Hamdan Bin Said yang tidak

jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang empat semester tempoh

penyelidikan tesis ini.

Juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan

Universiti Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, pentadbir-

pentadbir sekolah, guru-guru serta pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama dalam

menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan serta individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut membantu dan memberi

dorongan dalam menyiapkan tesis ini. Jasa baik kalian tetap dikenang selama-

lamanya.

v

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi matlamat

pencapaian dan keresahan pelajar terhadap subjek Matematik. Orientasi matlamat

pencapaian dilihat melalui Orientasi Matlamat Masteri (OMPM), Orientasi

Matlamat) Pendekatan-Pencapaian (OMPPP) dan Orientasi Matlamat Pengelakan-

Pencapaian (OMPEP) manakala keresahan Matematik (KM) pelajar dilihat melalui

penilaian terhadap situasi, rangsangan, ekspresi muka dan kecenderungan tindakan.

Achievement Goal Questionnaire yang diubahsuai kepada domain Matematik dan

instrumen pengukuran keresahan Matematik yang dibangunkan berdasarkan Teori

Emosi Empat Faktor Parkinson serta tinjaun literatur digunakan setelah disahkan

melalui proses analisis menggunakan Rasch Measurement Model. Responden yang

terlibat dalam kajian ini ialah seramai 976 orang pelajar Tingkatan Empat daripada

20 buah sekolah terpilih dari tiga daerah Negeri Johor (Kluang, Pontian dan Johor

Bahru). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Perisian

Statistical Packages for Social Science Version 16.0 (SPSS 16.0). Hasil analisis

menunjukkan pelajar paling banyak menggunapakai OMPM dan diikuti OMPPP dan

OMPEP. Sementara itu, KM pelajar adalah pada tahap sederhana. Ujian Korelasi

Pearson pula menunjukkan OMPM berhubung secara positif dengan pencapaian

Matematik dengan nilai pekali r= 0.202 tetapi berhubung secara negatif dengan

OMPEP (r=-0.153) dan KM (r=-0.385). Kesemua hubungan tersebut adalah

signifikan (p=0.00). Bagi Ujian Perbezaan ANOVA pula, perbezaan signifikan

berdasarkan jantina ditunjukkan bagi OMPM (p=0.01), OMPEP (p=0.00) dan juga

keresahan Matematik (p=0.01). Akhir sekali, model regresi menunjukkan kombinasi

pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik berupaya

meramal sebanyak 16.6% (F=64.268; β=-0.08) kepada perubahan pencapaian

Matematik. Dapatan kajian ini menggambarkan peranan penting konstruk motivasi

dan afektif dalam mempengaruhi pencapaian Matematik dalam konteks pelajar

Malaysia.

vi

ABSTRACT

This survey study aims to identify achievement goal orientation and students'

Mathematics anxiety. There are three constructs on achievement goal orientation

which are Mastery (OMPM), Performance-Approach (OMPPP) and Performance-

Avoidance (OMPEP) while Mathematics anxiety (KM) is seen through the four

constructs, namely an appraisal of a situation, stimuli, facial expressions and action

tendencies.. Instrument for measuring the achievement goals orientation is adopted

from the Achievement Goal Questionnaire modified to Mathematics domain.

Meanwhile, the instrument measuring Mathematics anxiety is developed based on

Parkinsons’ Four Factor Theory of Emotion and literature review. Both instruments

are validated using the Rasch Measurement Model. A total of 976 Form Four

students from 20 selected schools from three districts in Johor (Kluang, Pontian and

Johor Bahru) were involved in this study. All collected data were analyzed

descriptively by using Statistical Packages for Social Sciences Version 16.0

Software. Results showed that students adapt OMPM the most and followed by

OMPPP and OMPEP. Students’ Mathematics anxiety level was moderate. Pearson

Correlation Test results showed that OMPM positively correlated to Mathematics

achievement with the correlation coefficient r=0.202 but negatively correlated with

OMPEP (r=-0.153) and KM (r=-0.385). All the correlation is significant (p=0.00).

For ANOVA Test, there were significance differences across gender for OMPM

(p=0.01), OMPEP (p=0.00) and KM (p=0.01). Finally, regression model showed that

combination of these two variables can predict 16.6% (F=64.268; β=-0.08) the

changes of Mathematics achievement. Findings of this study revealed that the

significant role of motivation and affective construct as affecting factors on

Mathematics achievement in the context of Malaysian students.

vii

ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA

SURAT

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

v

vi

vii

xiii

xvi

xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Skop dan Limitasi Kajian

1.8 Kerangka Teori Kajian

1.8.1 Kerangka Teori Orientasi Matlamat Pencapaian

1.8.2 Kerangka Teori Emosi

1.9 Kerangka Konsep Kajian

5

13

15

15

16

17

17

19

20

22

viii

1.10 Signifikan Kajian

1.10.1 Kepentingan kepada Pelajar

1.10.2 Kepentingan kepada Guru Sekolah

1.10.3 Kepentingan kepada Penggubal Kurikulum

1.10.4 Kepentingan kepada Bakal-Bakal Guru

1.10.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa atau Penjaga

1.10.6 Kepentingan kepada Ahli Akademik

1.10.7 Sumbangan kepada Pengetahuan Sedia Ada

1.11 Definisi Istilah Kajian

1.11.1 Orientasi Matlamat Pencapaian

1.11.2 Keresahan Matematik

1.11.3 Pencapaian

1.11.4 Pelajar

1.12 Penutup

26

26

26

27

27

28

28

29

29

29

30

31

31

32

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 33

2.2 Kepentingan Matematik 33

2.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Matematik 35

2.4 Aspek Afektif dan Pembelajaran Matematik

2.5 Perbezaan Gender dalam Pendidikan Matematik

2.5.1 Perbezaan Gender dalam Keresahan Matematik

2.5.2 Perbezaan Gender dalam Motivasi Pencapaian

37

38

43

46

2.6 Teori-Teori berkaitan Motivasi Pencapaian

2.6.1 Teori Bersepadu Motivasi Pencapaian Elliot (1997)

2.6.2 Teori Motivasi Pencapaian Atkinson (1964)

2.6.3 Teori Matlamat Pencapaian Dweck (1986)

50

50

51

53

2.7 Model Tindakan Dinamik 54

2.8 Teori-Teori berkaitan Pengalaman Emosi

2.8.1 Faktor Pertama: Penilaian terhadap Situasi

2.8.1.1 Penilaian Primer

2.8.1.2 Penilaian Sekunder

55

55

58

60

ix

2.8.1.3 Model Penilaian Emosi Lazarus

2.8.1.4 Emosi sebagai Motivasi

2.8.2 Faktor Kedua: Rangsangan

2.8.2.1 Teori Emosi Schachter-Singer (1962)

2.8.2.2 Teori Emosi James-Lange (1884)

2.8.3 Faktor Ketiga: Ekspresi Muka

2.8.3.1 Hipotesis Maklum Balas Muka

2.8.4 Faktor Keempat: Kecenderungan Tindakan

63

64

65

65

68

69

70

73

2.9 Pemurnian Kerangka Teori Emosi 75

2.10 Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Keresahan

Matematik

2.10.1 Pengalaman Hidup yang Lepas

2.10.2 Tekanan Sosial dan Harapan Keluarga

2.10.3 Sikap dan Pemikiran Negatif terhadap Matematik

2.10.4 Pengaruh Guru

2.10.5 Sikap, Personaliti dan Hubungan Guru dengan

Pelajar

2.10.6 Kaedah Pengajaran Guru

2.10.7 Pengaruh Rakan Sebaya

2.10.8 Mitos terhadap Matematik

2.10.9 Stereotaip Gender

2.10.10 Situasi dan Instrumentaliti Ujian atau Peperiksaan

2.10.11 Kurikulum yang Lemah

76

77

78

78

80

80

81

82

83

85

85

86

2.11 Cara Mengatasi Fenomena Keresahan Matematik

2.11.1 Mengawal Tahap Keresahan

2.11.2 Berfikiran Positif dan Melawan Percakapan

Kendiri yang Negatif

2.11.3 Memupuk Keghairahan dan Semangat

(enthusiasm) terhadap Matematik

2.11.4 Membina Kumpulan Sokongan

2.11.5 Mengubah Gaya Pembelajaran

2.11.6 Persiapan dan Strategi Mengambil Ujian atau

Peperiksaan

86

86

87

87

88

88

89

x

2.12 Orientasi Matlamat Pencapaian

2.12.1 Trikotomi Orientasi Matlamat Pencapaian

2.12.2 Kesan-kesan Trikotomi Orientasi Matlamat

Pencapaian

2.12.2.1 Kesan-Kesan Orientasi Matlamat Masteri

2.12.2.2 Kesan-Kesan Orientasi Matlamat

Pendekatan Pencapaian

2.12.2.3 Kesan-kesan Orientasi Matlamat

Pengelakkan-Pencapaian

90

91

92

92

94

95

2.13 Orientasi Matlamat Pencapaian dengan Pencapaian Pelajar

dan Keresahan Pelajar

96

2.14 Kajian-Kajian Lepas tentang Motivasi Pencapaian,

Orientasi Matlamat dengan Pencapaian Pelajar

97

2.15 Kajian-Kajian Lepas dalam Negara tentang

Fenomena keresahan dan Pencapaian

99

2.16 Penutup 106

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 107

3.2 Reka Bentuk Kajian 107

3.3 Lokasi Kajian 109

3.4 Populasi Kajian 110

3.5 Sampel Kajian

3.5.1 Teknik Persampelan

3.5.2 Pemilihan Sampel Sekolah

3.5.3 Pemilihan Sampel Pelajar

111

113

113

116

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Prosedur Pembangunan Item Keresahan Matematik

3.6.1.1 Pengujian Set Item Awalan

3.6.1.2 Maklum Balas Pelajar

3.6.1.3 Pandangan Pakar

3.6.2 Prosedur Pembangunan Instrumen Orientasi

Matlamat Pencapaian

119

119

120

125

125

129

xi

3.7 Ujian Analisis Set Item Interim

3.7.1 Rumusan Statistik

3.7.2 Kesepadanan Item

3.7.3 Kesepadanan Responden

3.7.4 Unidimensi

3.7.5 Perbezaan Fungsi Item (Differential

Item Functioning)

3.7.6 Kesahan Skala Pengkadaran (Rating Scale

Validating)

3.7.7 Pemetaan Item Responden (Person-Item Map)

3.7.8 Hasil Analisis Instrumen Keresahan Matematik

3.7.9 Hasil Analisis Instrumen Orientasi Matlamat

Pencapaian

129

130

131

133

133

135

135

136

139

140

3.8 Teknik Analisis Data 141

3.9 Penutup 144

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 145

4.2 Analisi Demografi Responden

4.2.1 Jantina

4.2.2 Markah bagi Subjek Matematik Moden

145

146

146

4.3 Hasil Dapatan Analisi Deskriptif

4.3.1 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Pertama

4.3.2 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Kedua

4.3.3 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Ketiga

4.3.4 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Keempat

4.3.5 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Kelima

4.3.6 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Keenam

4.3.7 Hasil Dapatan berdasarkan Persoalan Ketujuh

147

147

151

155

157

157

159

160

4.4 Penutup 162

xii

RUJUKAN 194

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 163

5.2 Perbincangan

5.2.1 Orientasi Matlamat Pencapaian yang Digunapakai

Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik

5.2.2 Keresahan Matematik dalam kalangan Pelajar

5.2.3 Hubungan antara Orientasi Matlamat Pencapaian

dengan Pencapaian Matematik Pelajar

5.2.4 Hubungan antara Keresahan Matematik dengan

Pencapaian Matematik Pelajar

5.2.5 Perbezaan Orientasi Matlamat Pencapaian

berdasarkan Jantina

5.2.6 Perbezaan Keresahan Matematik berdasarkan Jantina

5.2.7 Orientasi Matlamat Pencapaian dan Keresahan

Matematik sebagai Peramal kepada Pencapaian

Matematik

163

164

167

169

171

173

176

179

5.3 Implikasi Teori

5.3.1 Implikasi Teori Orientasi Matlamat Pencapaian

5.3.2 Implikasi Teori Keresahan Matematik

5.4 Implikasi Praktikal

5.4.1 Implikasi Praktikal terhadap Pelajar

181

181

183

184

184

5.5 Cadangan Kajian 185

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 188

5.7 Penutup 192

xiii

SENARAI JADUAL

2.1 Pencapaian pelajar lelaki dalam penilaian

Matematik antarabangsa

43

2.2 Rujukan yang melaprokan keresahan

Matematik pelajar lelaki yang lebih tinggi

46

2.3 Perbezaan Matlamat Masteri dan Matlamat

Pencapaian dalam konteks bilik darjah

54

2.4 Pemetaan antara turutan peringkat

mengikut Model Lazarus, contoh umum

dengan contoh berkaitan kajian

58

2.5 Perbandingan komponen yang mendasari

penilaian bagi dua situasi yang berbeza

63

2.6 Pemetaan antara turutan peringkat

mengikut Model Schachter-Singer, contoh

umum dengan contoh berkaitan kajian

67

2.7 Pemetaan turutan peringkat mengikut

Model James-Lange, contoh umum dengan

contoh berkaitan kajian

69

2.8 Perbezaan antara aksi muka berbeza

dengan kesannya

70

2.9 Taburan otot pada tiga bahagian utama

muka

71

2.10 Lapan otot muka utama yang terlibat

dengan ekspresi muka (Ekman & Friesen,

1975)

72

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

xiv

3.1 Taburan bilangan sekolah menengah di

Negeri Johor mengikut daerah

110

3.2 Pecahan bilangan pelajar Tingkatan Empat

di Negeri Johor mengikut jantina

111

3.3 Penentuan sampel kajian 112

3.4 Bilangan sampel pelajar mengikut jantina 117

3.5 Taburan bilangan item mengikut domain

dan subdomain

120

3.6 Pemetaan antara faktor mempengaruhi

pengalaman emosi, konstruk kajian,

contoh item dengan penerangan perkaitan

122

3.7 Pemurnian bahasa yang dilakukan 127

3.8 Contoh penukaran item positif kepada item

negatif

128

3.9 Pecahan item positif dan negatif 128

3.10 Pengubahsuaian item 129

3.11 Kriteria ujian kesepadanan item 131

3.12 Analisis kesepadanan responden 133

3.13 Principal Component Analysis 134

3.14 Analisis Local Dependence Test 134

3.15 Analisis Differential Item Functioning 135

3.16 Analisis skala pengkadaran 136

3.17 Penerangan perbezaan nilai structure

calibration

137

3.18 Hasil analisis instrumen keresahan

Matematik

139

3.19 Hasil analisis instrumen orientasi matlamat

pencapaian

140

3.20

Pemetaan antara persoalan kajian,

pendekatan kajian serta jenis analisis data

dan ujian statistik yang digunakan

142

3.21 Klasifikasi tahap nilai min 143

3.22 Klasifikasi tahap nilai korelasi 143

xv

4.1 Hasil analisis frekuensi dan peratusan

responden mengikut jantina

146

4.2 Hasil analisis Ujian-T markah Matematik

Moden berdasarkan jantina

146

4.3 Hasil analisis min, sisihan piawai dan

tahap min bagi setiap item dan konstruk

orientasi matlamat pencapaian

148

4.4 Hasil analisis interkorelasi antara orientasi

matlamat pencapaian

150

4.5 Hasil analisis min, sisihan piawai dan

tahap min bagi setiap item dan konstruk

keresahan Matematik

152

4.6 Hasil Analisis Ujian Kolerasi Pearson

antara orientasi matlamat pencapaian

dengan pencapaian Matematik pelajar

156

4.7 Hasil Analisis Ujian Korelasi Pearson

antara keresahan Matematik dengan

pencapaian Matematik pelajar

157

4.8 Hasil Analisis Ujian ANOVA Sehala bagi

orientasi matlamat pencapaian berdasarkan

jantina

158

4.9 Analisis min orientasi matlamat

pencapaian berdasarkan jantina

159

4.10 Hasil Analisis Ujian ANOVA Sehala bagi

keresahan Matematik berdasarkan jantina

159

4.11 Analisis min keresahan Matematik

berdasarkan jantina

160

4.12 Hasil Analisis Ujian Regresi Pelbagai 161

xvi

SENARAI RAJAH

2.1 Penilaian Kompleks Lazarus : Jenis–jenis

Manfaat, Kemudaratan dan Ancaman

56

2.2 Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

Menurut Teori Penilaian Lazarus

57

2.3 Model Penilaian Emosi Lazarus 64

2.4 Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

Menurut Teori Emosi Schachter-Singer

66

2.5 Turutan Berlakunya Pengalaman Emosi

Menurut Teori James-Lange

68

3.1 Prosedur Persampelan Kelompok Pemilihan

Sampel Sekolah

115

3.2 Pemilihan Sampel Pelajar 118

3.3 Rumusan Statistik Bagi Responden 131

3.4 Rumusan Statistik Bagi Item 131

3.5 Analisis Kesepadanan Item 132

3.6 Analisis Penyingkiran Item 133

3.7 Taburan Respon Item 136

3.8 Pemetaan Item-Responden 138

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Kajian 18

1.2 Kerangka Konsep Kajian 25

xvii

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variance

df - Degree of Freedom

FPN - Falsafah Pendidikan Nasional

GPN - Gred Purata Negeri

OMP - Orientasi Matlamat Pencapaian

KM - Keresahan Matematik

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MEB - Malaysia Education Blueprint

NCES - National Center for Education Statistics

OMPM - Orientasi Matlamat Pencapaian Masteri

OMPEP - Orientasi Matlamat Pencapaian Pengelakan-Pencapaian

OMPPP - Orientasi Matlamat Pencapaian Pendekatan-Pencapaian

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PISA - Programme for International Student Assessment

PPNJ - Pejabat Pelajaran Negeri Johor

p - Probability

SAT - Scholastic Aptitude Test

Sig - Signifikan

SSA - Sistem Saraf Automatik

STEM - Science, Technology, Engineering and Mathematics

TIMSS - Third International Mathematics and Sciences Study

xviii

SENARAI LAMPIRAN

A Soal Selidik

B Analisis Pengesahan Instrumen

C Analisis Kajian

D Borang Pengesahan Instrumen

E Skop Ujian Matematik Moden Mengikut

Sekolah

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (KPM)

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (JPN)

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (UTM)

I Bilangan Pelajar Mengikut Daerah

LAMPIRAN TAJUK

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Selain daripada sumber kewangan yang kukuh sebagai tonggak utama dalam

memacu pengukuhan ekonomi sesebuah negara, modal insan yang berkualiti dan

mempunyai produktiviti yang tinggi juga menjadi aset berharga dalam proses

pembangunan sesebuah negara kerana ianya menjadi elemen penting kepada inovasi

dan transformasi ekonomi. Justeru itu, jentera pentadbiran negara sentiasa

meletakkan agenda pembangunan modal insan sebagai fokus utama. Rancangan

Malaysia Kesembilan dalam misi nasional pada teras kedua Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan iaitu Pembangunan Modal Insan memberi tumpuan

kepada sistem, nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi

melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif, kreatif

serta boleh dipasarkan (RMke-9, 2006). Kesinambungan daripada itu, dalam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMke-10, 2011), penekanan juga diberikan kepada

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelayakan pendidikan yang tinggi menjadi salah satu ciri yang perlu ada pada

modal insan bagi sesebuah negara maju. Situasi ini jelas menggambarkan bahawa

kualiti sistem pendidikan yang cemerlang menjadi medium utama dalam memastikan

pembangunan modal insan berdaya saing yang bersifat glokal. Ekoran daripada itu,

sistem pendidikan dan perlaksanaannya seharusnya sentiasa dipantau agar

penambahbaikan boleh dilaksanakan mengikut keperluan. Untuk tujuan itu, Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan pada tahun 1989 yang berpaksikan

2

kepada matlamatnya iaitu membangunkan potensi individu secara holistik dan

bersepadu merangkumi empat aspek utama iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani

menjadi teras dan rujukan utama dalam usaha menganjak paradigma dan

mentransformasi pendidikan sedia ada. Signifikan lain kepada situasi ini

menunjukkan pembangunan diri pelajar di sekolah tidak dapat dipisahkan dengan

kesepaduan keempat-empat elemen tersebut yang juga semestinya menjadi penentu

kepada pencapaian pelajaran dalam proses pendidikan di sekolah.

Keupayaan intelek dan emosi seseorang pelajar dikenalpasti antara aspek

potensi diri yang penting seperti yang ditekankan dalam FPN. Dalam konteks Negara

Malaysia yang mengamalkan penilaian pencapaian pelajar berpusatkan kepada

peperiksaan, guru-guru sentiasa berusaha ke arah meningkatkan tahap kecerdasan

intelek pelajar yang dianggap faktor penentu utama pencapaian akademik. Hal ini

selaras dengan kenyataan Matarazzo (1972) yang mengatakan bahawa kajian

berkenaan hubungan tahap kecerdasan intelek terhadap pencapaian pelajar sudah

lama diterokai oleh banyak kajian lepas. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa

pekali hubungan antara kecerdasan intelek terhadap pencapaian pelajar adalah lebih

tinggi bagi peringkat sekolah tetapi sedikit rendah bagi pelajar di institusi yang lebih

tinggi. Dalam keghairahan untuk mengembangkan kecerdasan intelek seseorang

pelajar, aspek kecerdasan emosi kini juga sudah mula mendapat tumpuan kerana

elemen ini dipercayai membawa implikasi yang besar terhadap pencapaian

akademik.

Menurut Saniah et al. (2000), aspek-aspek pertumbuhan, perkembangan,

pembelajaran dan pencapaian manusia dipengaruhi oleh motivasi. Dengan merujuk

situasi di sekolah pula, guru-guru secara dasarnya bersetuju bahawa semua jenis

tingkahlaku adalah disebabkan oleh motivasi. Hal ini selaras dengan penyataan yang

dikeluarkan oleh Mook (1996) iaitu untuk menjelaskan perlakuan yang ditunjukkan

oleh manusia mahupun haiwan, kita akan menggunakan elemen motivasi sebagai

hujahnya. Dalam konteks pembelajaran, motivasi dirujuk sebagai kesanggupan

pelajar, keperluan, keinginan untuk melibatkan diri dan berjaya dalam proses

pembelajaran (Md Yunus dan Wan Ali, 2009). Kajian oleh Khoush, Bakht dan

Kayye (2005), Md Yunus dan Wan Ali (2009), serta Middleton dan Spanias (1999)

3

mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif antara motivasi dan

pencapaian Matematik pelajar. Dapatan kajian ini secara umumnya dapat dijelaskan

dengan kenyataan bahawa motivasi akan memberi kesan kepada perlakuan dengan

mengarahkan niat dan keinginan untuk melaksanakan perlakuan tertentu yang

berkaitan (Reeve, 2005). Oleh itu, pelajar yang berkeinginan untuk mencapai yang

terbaik dalam pelajaran pasti akan melaksanakan usaha-usaha ke arah merealisasikan

sasaran yang diletakkan.

Elemen motivasi merupakan satu cabang pengetahuan yang sangat penting

untuk dikuasai oleh guru-guru di sekolah. Hal ini kerana menurut Reeve (2005),

pengetahuan yang berkisarkan motivasi pelajar apabila diaplikasikan dapat

menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran, mengembangkan

potensi bakat pelajar serta membantu guru untuk mewujudkan suasana persekitaran

dan pengajaran di dalam kelas yang efektif dan menyokong keperluan pelajar.

Persekitaran pembelajaran yang baik amat penting kerana kehidupan mereka yang

dikelilingi persekitaran yang dapat memenuhi keperluan akan menunjukkan

kecergasan yang tinggi (great vitality) dan lebih maju (Ryan dan Deci, 2000).

Dengan melihat skop yang lebih kecil, apabila persekitaran pada kelas tidak dapat

membawa kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik mata pelajaran maka pelajar

akan berasa kurang bersungguh untuk berusaha dan mudah cepat berputus asa.

Secara spesifiknya, menurut Haspiah (2006), ketidakupayaan memahami tajuk

persamaan kuadratik dengan baik didapati mempengaruhi minat dan motivasi pelajar

seterusnya menjejaskan penggunaannya dalam komponen lain yang akhirnya

mempengaruhi sebahagian topik Matematik Tambahan. Jelas di sini menunjukkan

bahawa betapa besar kesan motivasi terhadap perlakuan dan pencapaian seseorang.

Motivasi seseorang dipercayai mempunyai hubungkait dengan emosi iaitu

emosi sebagai salah satu jenis motivasi yang merintis dan memandu perlakuan serta

emosi bertindak sebagai sistem pembaca (read-out system) yang menentukan

sejauhmana penyesuaian diri berlangsung (Reeve, 2005). Hubungan yang kuat antara

emosi dan motivasi dapat dijelaskan dengan kenyataan bahawa emosi merupakan

sistem motivasi primer (Tomkins, 1962, 1963, 1984; Izard, 1991) yang mana

mengambil alih keluar emosi seseorang adalah sama seperti mengambil alih keluar

4

motivasinya. Begitu juga dalam proses pembelajaran, aspek emosi adalah penting

dalam mengekalkan momentum tumpuan di bilik darjah. Sekiranya terdapat perasaan

tidak tenang dalam diri pelajar maka semestinya mereka tidak dapat menerima

pelajaran yang disampaikan guru dengan baik. Begitu juga dalam mempelajari

Matematik, aspek afektif dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar seperti

yang dinyatakan oleh Suinnn dan Edwards (1982) yang berhujah bahawa lebih

daripada setengah faktor yang dikaitkan dengan pencapaian akademik termasuk

Matematik dikaitkan dengan pembolehubah afektif salah satunya merupakan

keresahan Matematik.

Dalam aspek sosial-kognitif, Bandura (1997) mendefinisikan keresahan

sebagai keadaan yang menjangkakan sesuatu kemudaratan berlaku secara berlebihan

yang membawa kepada kebimbangan. Umumnya, keresahan ini adalah disebabkan

kerisauan terhadap sesuatu perkara.

Begitu juga dalam mempelajari ilmu Matematik, kerisauan pelajar terhadap

mata pelajaran tersebut sering dijadikan perbincangan lebih-lebih lagi sistem

pendidikan di Malaysia berorientasikan peperiksaan yang secara langsung

menimbulkan kebimbangan dalam diri pelajar untuk skor dalam peperiksaan.

Menurut Marzita (2002), dalam majoriti sistem pendidikan yang wujud di mana

sekalipun, kepentingan Matematik jelas ditonjolkan dalam kurikulum sekolah yang

dirangka. Kepentingan Matematik sering dikaitkan dengan aplikasinya dalam

kehidupan seharian dan secara khususnya pengetahuan Matematik dianggap sebagai

asas kepada pembangunan Sains dan Teknologi. Sama keadaannya di negara kita,

percambahan yang cepat dalam teknologi komputer dan automasi dalam kebanyakan

bidang sama ada industri mahupun komersial mendorong kepada keperluan yang

tinggi bagi semua pelajar menguasai kompetensi Matematik. Natijahnya, menyedari

akan hakikat ini pasti menimbulkan rasa kekurangan dalam diri pelajar sekiranya

mereka ketinggalan dalam menguasai subjek ini dengan baik.

Kesimpulannya, dalam menelusuri usaha ke arah negara maju, pembangunan

modal insan yang mempunyai kelayakan pendidikan yang tinggi adalah wajar

dititikberatkan. Justeru, sistem pendidikan yang efektif serta perlaksanaan proses

5

pengajaran dan pembelajaran yang baik menjadi medium pelaksana. Sebagai subjek

yang berkait langsung dengan isu ini, pembangunan pelajar menjadi fokus yang perlu

diutamakan dan tidak boleh dipandang remeh. Kepentingan elemen motivasi dan

emosi pelajar seperti yang telah dihuraikan perlu sentiasa diambilkira dan dipantau

setiap masa agar segala matlamat pendidikan yang direncanakan dapat dicapai

dengan jayanya.

1.2 Latar Belakang Masalah Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek perkembangan

potensi dan kebolehan individu secara menyeluruh dan bersepadu diberi penekanan

khusus dalam pendidikan yang dipraktikkan di negara kita (Wan Mohd Zahid, 2000).

Salah satu daripadanya ialah elemen kecemerlangan dalam pembangunan intelektual

yang kebiasaannya diberi tumpuan terhadap prestasi akademik. Prestasi akademik

pelajar di sekolah majoritinya dinilai berdasarkan keputusan dalam peperiksaan

selain hanya mengambil kira peratusan yang rendah dalam hasil projek. Bagi

seseorang pelajar yang normal, pencapaian akademik yang baik menjadi sasaran

setiap daripada mereka. Tambahan lagi, masyarakat kita masih lagi melihat

pencapaian akademik sebagai alat pengukur kepada kejayaan seseorang. Lantaran

daripada itu, isu pencapaian akademik pelajar seringkali hangat diperkatakan oleh

semua lapisan masyarakat. Salah satu topik perbincangannya berkisar kepada faktor-

faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik yang cemerlang.

Kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan merupakan pendapat peribadi individu

berdasarkan pengalaman yang rata-ratanya bersifat umum dan di peringkat dasar.

Oleh itu, adalah wajar untuk menjalankan kajian berbentuk ilmiah dalam mengenal

pasti elemen-elemen yang memberi kesan kepada pencapaian akademik seseorang

pelajar.

Dalam membicarakan isu akademik pelajar di sekolah, salah satu subjek yang

sering mendapat perhatian ialah Matematik. Para pelajar diajar dengan Matematik

asas di peringkat sekolah rendah sementara di peringkat sekolah menengah pula,

pengajaran Matematik lebih menekankan kefahaman penggunaan konsep dan

6

penyelesaian masalah (KPM, 2010, KPM, 2006). Hampir dua dekat telah berlalu,

fenomena pengajaran Matematik sebahagian besarnya masih lagi sama di semua

peringkat pengajian. Dalam melangkaui satu peringkat ke peringkat pengajian yang

seterusnya, setiap pelajar pasti melalui pengalaman pembelajaran yang berbeza sama

ada membuatkan mereka teruja atau bosan dan tidak berminat untuk menerokai

pengetahuan Matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, adalah penting

kepada guru untuk memastikan kemajuan pelajar dalam menguasai konsep dan

kemahiran Matematik pada peringkat bawahan ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Hal ini selari dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) yang

menekankan pengajaran guru kepada aspek kemahiran dan konsep yang perlu

diperolehi dalam topik pembelajaran; hierarki dan perhubungan antara topik

pembelajaran; dan kemahiran topik pembelajaran asas diperoleh sepenuhnya

sebelum beralih ke pembelajaran yang bersifat lebih berani.

Pencapaian Matematik pelajar menjadi fokus yang sering diberikan tumpuan

dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Kegagalan dalam subjek Matematik juga

menjadi isu global yang kritikal di kebanyakan negara. Di Malaysia pula, keresahan

Matematik menjadi faktor utama yang mempengaruhi pencapaian Matematik dalam

kalangan pelajar sekolah menengah (Zakaria dan Nordin, 2008) dan Darvajoo

(2007). Perkara ini seharusnya tidak dipandang remeh kerana seringkali kita kaitkan

keupayaan intelek seseorang dalam pencapaian tetapi kenyataan ini membawa

dimensi yang lain dengan mengaitkan elemen afektif dalam diri seseorang pelajar.

Untuk melihat secara mendalam tentang isu ini, pengkaji akan mengupas beberapa

isu dan fenomena sebagai latar belakang masalah yang berkaitan motivasi

pencapaian dengan pencapaian pelajar, orientasi matlamat pencapaian merentas

jantina, keresahan Matematik dengan pencapaian pelajar serta keresahan Matematik

dan stereotaip jantina.

Kepentingan motivasi dalam proses pembelajaran adalah signifikan kerana

menurut Hassan (2002), motivasi diibaratkan jantung kepada proses belajar. Tambah

beliau lagi, selain menggerakkan tingkah laku, elemen motivasi juga memperkuatkan

lagi tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam proses pembelajaran akan

konsisten dalam menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dan

7

kurang bergantung kepada guru. Namun sebaliknya akan berlaku bagi pelajar yang

kurang atau tidak bermotivasi. Selaras dengan kenyataan oleh Reeve (2005) yang

menyatakan bahawa motivasi mempunyai struktur multidimensi yang berkait dengan

pembelajaran dan motivasi akademik. Motivasi terhadap pencapaian akademik

membawa kepada perlakuan untuk pembelajaran dan pencapaian seperti melakukan

sesuatu tugasan sehingga berjaya dalam konteks tertentu (Masaali, 2007). Secara

spesifik, motivasi pencapaian yang berorientasikan masteri menyebabkan seseorang

itu lebih melibatkan diri dengan aktiviti kelas, kerja rumah dan dapat menguruskan

masa dengan lebih baik (Luo et al., 2011).

Proses pembelajaran merupakan sesuatu yang dinamik dan tidak bersifat

statik. Peningkatan dan perkembangan perlu kerana para pelajar akan melalui fasa

peningkatan dari aspek pengetahuan, kaedah pembelajaran, halangan dan sebagainya.

Oleh itu, motivasi dan pembangunan diri perlu bergerak seiring dalam proses

pendidikan agar elemen-elemen dalam fasa peningkatan tersebut dapat diimbangi.

Dalam penulisan yang bertajuk “Personality, Motivation and Achievement” oleh

Atkinson dan Rogner (1978) menyatakan bahawa pecahan motivasi pencapaian

terbahagi kepada dua iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak

kegagalan. Penggunaan unsur ‘menakut-nakutkan’ (fear appeals) dalam menghadapi

ujian oleh guru dengan menerangkan manfaat untuk pendidikan masa hadapan dan

prospek kerjaya dipercayai akan memotivasikan pelajar yang malas (Putwain, 2009).

Menurut Martin (2001) pula, seseorang pelajar akan berterusan dalam usaha untuk

terus belajar dan bermotivasi tinggi sekiranya mereka melihat nilai pada tugasan

serta aktiviti yang dilaksanakan.

Isu gender dengan motivasi pencapaian juga sudah lama dibincangkan dalam

kajian psikologi mahupun pendidikan. Bagaimanapun dapatan tentang perbezaan

gender dalam orientasi matlamat pencapaian kelihatan tidak konsisten. Sebagai

contoh, dalam kajian Anderman dan Young (1994) yang melihat kepada elemen

motivasi dan strategi dalam pembelajaran subjek Sains melaporkan bahawa pelajar

perempuan cenderung kepada orientasi matlamat berfokuskan pembelajaran tetapi

kurang pada orientasi matlamat berfokuskan keupayaan dalam subjek Sains

berbanding pelajar lelaki biarpun tahap efikasi kendiri pelajar perempuan lebih

8

rendah. Dalam kajian lain pula yang berkaitan perbezaan motivasi pencapaian antara

atlet lelaki dan atlet perempuan, dapatan menunjukkan bahawa tiada perbezaan

gender dalam orientasi ego dan skor atlet perempuan adalah lebih tinggi pada

orientasi tugasan (Hanrahan dan Cerin, 2009). Kedua-dua dapatan yang

menunjukkan perkaitan perbezaan gender dengan orientasi matlamat pencapaian

dalam domain yang berbeza (subjek Sains dan Sukan) menjadi dasar kepada kajian

ini yang ingin melihat dalam konteks pembelajaran Matematik.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik mendapat kesan secara langsung

dan tidak langsung ekoran daripada fenomena keresahan Matematik yang wujud

dalam diri pelajar. Keresahan Matematik ini boleh wujud hasil daripada pengalaman

negatif lalu yang dialami pelajar dalam mempelajari Matematik tidak kira sama ada

di sekolah mahupun di rumah. Keresahan Matematik sebenarnya berkait dengan

pelbagai kekangan dalam proses pembelajaran Matematik. Dapatan yang diperolehi

oleh Hambree (1990), Ma (1999) dan Ho et al. (2000) menunjukkan bahawa pelajar

yang mengalami keresahan Matematik akan cenderung untuk tidak mengikuti kursus

Matematik terutamanya kursus Matematik lanjutan, mengelak diri dari menceburkan

diri dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran kuantitatif serta tidak gemar

mengajar Matematik sekiranya menjadi seorang guru. Tambahan lagi menurut

Anderson (2007), keadaan keresahan yang tinggi menyebabkan pengelakan dari

melibatkan diri dengan tugasan yang melibatkan Matematik.

Kesedaran yang wujud terhadap kepentingan pengaruh elemen keresahan

terhadap proses pembelajaran dan pencapaian membawa kepada perlaksanaan kajian

untuk mendalami isu ini secara mendalam. Tinjauan literatur yang dilakukan

memperlihatkan bahawa wujud korelasi negatif antara keresahan ujian dan prestasi

dalam konteks pendidikan dan kerjaya iaitu semakin tinggi tahap keresahan, semakin

rendah prestasi yang dipamerkan (Erden dan Akgul, 2010; Cassady dan Johnson,

2002; Hambree, 1998; Ackerman dan Heggestad, 1997; Seipp, 1991). Kewujudan

perasaan resah atau bimbang merupakan perasaan emosi asas bagi setiap manusia

yang telah dikenalpasti melangkaui sempadan budaya (Bodas dan Ollendick, 2005;

Engelhard, 2001). Dalam melihat perkaitan antara perasaan resah dengan motivasi

pencapaian, terdapat kajian yang telah dilakukan dengan menyentuh aspek khusus

9

seperti keresahan ujian (Hambree, 1988; Bodas dan Ollendick, 2005) dan keresahan

Matematik oleh Bandalos, Yates dan Thorndike-Christ (1995) dan Hambree (1990).

Ancaman stereotaip menerangkan bagaimana konteks sosial menyumbang

kepada pembinaan, pengekalan atau penghapusan pencapaian yang lemah bagi

kumpulan yang didiskriminasikan (Steel, 1997). Tambahan lagi, kesedaran dan

kepekaan terhadap stereotaip negatif meningkatkan keresahan terhadap situasi

tertentu (Goffman, 1963, Howard dan Hammond, 1985; Steele dan Aronson, 1995;

Steele, 1990). Satu faktor yang dikaitkan dengan perbezaan keupayaan Matematik

pelajar ialah jantina. Ramai ahli teori berhujah bahawa dapatan kajian yang

menunjukkan keupayaan Matematik yang lebih tinggi bagi pelajar lelaki adalah

disebabkan perbezaan yang diwarisi (inherent differences) ataupun berpunca

daripada stereotaip berasaskan jantina (Hyde, Fennema, Ryan, Frost dan Hopp,

1990).

Dalam konteks pendidikan negara Malaysia, beberapa perubahan telah

dilaksanakan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan sedia ada. Terkini, acuan

terbaru dunia pendidikan di Malaysia bakal berlandaskan Malaysia Education

Blueprint (MEB) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2013 hinggalah 2025.

Penghasilan MEB adalah bertujuan untuk melonjakkan standard pendidikan negara

ke tahap antarabangsa sebagai aspirasi kerajaan dalam melahirkan generasi muda

Malaysia yang berupaya mengharungi cabaran abad ke-21. Dalam aspirasi sistem

kedua yang dicadangkan dalam MEB iaitu kualiti, semua kanak-kanak berhak

mendapatkan peluang pendidikan yang terbaik dan setanding dengan sistem

pendidikan antarabangsa (Preliminary Report MEB, 2012). Satu aspirasi yang ingin

dicapai adalah untuk menjadi salah satu daripada tiga kelompok negara yang

mempunyai prestasi terbaik dalam penilaian antarabangsa seperti Programme for

International Student Assessment (PISA) dan Third International Mathematics and

Sciences Study (TIMSS) dalam tempoh 15 tahun selain daripada penilaian-penilaian

antarabangsa yang lain.

Landskap pencapaian pendidikan yang berubah dalam konteks persaingan

dengan negara-negara lain membawa kepada persoalan di mana letaknya kedudukan

10

pelajar-pelajar Malaysia. Antara indikator penting yang perlu dijadikan asas kepada

keperluan perubahan sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan penilaian

antarabangsa yang disertai pelajar-pelajar Malaysia iaitu PISA dan TIMSS.

Berdasarkan hasil kajian penilaian PISA dan TIMSS, pelajar negara kita menghadapi

kesukaran dalam menguasai kemahiran pemikiran tahap tinggi (Preliminary Report

MEB, 2012).

Daripada 74 negara yang terlibat dalam PISA pada tahun 2009, prestasi

pelajar Malaysia adalah pada tiga kelompok terendah bagi Matematik, Sains dan juga

Pembacaan (PISA, 2009). Laporan menunjukkan skor yang diperolehi adalah kurang

daripada skor purata yang ditetapkan. Tambahan lagi, tiada seorang pun pelajar

Malaysia yang mencapai tahap advanced manakala 60% mencapai tahap kurang

daripada tahap profisiensi minimum (PISA, 2009). Secara khususnya, PISA

mentakrifkan pelajar yang berada di bawah tahap minimum ialah mereka yang tidak

berupaya untuk menggunakan pengetahuan asas logaritma, formula dan prosedur

serta tidak berupaya membuat penaakulan dan mengintepretasi keputusan. Hal ini

perlu dilihat secara teliti kerana penilaian PISA adalah menilai tahap pemikiran

tinggi pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan sebenar yang

menjadi elemen penting untuk berjaya dalam menelusuri cabaran hidup pada abad

ke-21.

Selain daripada PISA, TIMSS pula dijalankan bagi mengukur profisiensi

pelajar daripada tiga aspek iaitu kemahiran kognitif, mengingat semula pengetahuan,

aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah serta keupayaan untuk menaakul

dalam menyelesaikan masalah. Namun, pelajar Malaysia dikatakan tidak menguasai

ketiga-tiga dimensi tersebut. Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 10

daripada 45 negara terlibat menunjukkan penurunan dalam Matematik biarpun skor

yang diperoleh melepasi skor purata yang ditetapkan (TIMSS, 2003). Namun, pada

tahun 2007, berlaku penurunan yang banyak (kedudukan 20 daripada 48 negara

terlibat) dengan skor bagi Matematik dan Sains kedua-duanya kurang daripada skor

purata. Sebanyak 20% pelajar Malaysia tidak memenuhi penanda aras minimum iaitu

hampir tiga kali ganda berbanding tahun 1999 dan 2003 (TIMSS, 2007). Dapatan

11

menyimpulkan bahawa pelajar memahami konsep asas Matematik tetapi tidak

berupaya mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

Perbandingan yang dilakukan antara dapatan TIMSS 2007 (pelajar Tingkatan

Dua) dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 (pelajar Tingkatan

Tiga) pada sekolah yang sama mendapati pelajar yang mendapat gred cemerlang

Matematik dalam PMR adalah sebanyak 30% tetapi hanya 2% dalam penilaian

TIMSS. Hal ini kerana perbezaan dalam perkara yang dinilai iaitu TIMSS lebih

mengukur kemahiran penaakulan pelajar tetapi PMR mengukur kepada pengetahuan

kandungan (content knowledge).

Sebagai usaha untuk mengatasi isu yang dinyatakan, pihak kementerian akan

memastikan semua kanak-kanak perlu celik dari segi literasi dan numerasi pada

tahap yang paling asas. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk memahirkan diri

dalam subjek teras seperti Matematik dan Sains. Standard yang perlu dicapai pula

perlulah setanding dengan negara lain termasuklah dalam Matematik, Sains, Bahasa

Inggeris dan kemahiran berfikir seperti penaakulan dan penyelesaian masalah.

Antara inisiatif pihak kementerian adalah melaksanakan penilaian holistik

dengan memurnikan semula peperiksaan kebangsaan disamping memperkenalkan

pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Selain itu, pada tahun 2011 Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditukar kepada Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat. Sementara itu, pada tahun 2017,

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan menggantikan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sepenuhnya. Antara penambahbaikan yang

dilakukan pada kurikulum standard ini ialah penekanan kepada elemen 3R (Reading,

wRiting, aRithmetic) menjadi 4R (Reading, wRiting, aRithmetic dan Reasoning).

Pada tahun 2016 pula, soalan penilaian di sekolah yang menguji kemahiran berfikir

tahap tinggi akan merangkumi 80% pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

80% pada PMR serta 75% untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada subjek teras

termasuk Matematik (Preliminary Report MEB, 2012).

12

Jika dilihat pada usaha yang dijalankan pihak kementerian, kesemuanya

adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran tahap tinggi.

Dalam konteks pendidikan Matematik pula, pelajar yang dijangka dapat dilahirkan

adalah mereka yang bukan sahaja berupaya mengaplikasikan sesuatu pengetahuan

Matematik yang diperolehi ke dalam satu situasi sahaja tetapi lebih bersifat fleksibel

pada apa jua keadaan. Perubahan ini merupakan satu cabaran yang relevan untuk

dilaksanakan dengan adanya garis panduan yang jelas. Selari dengan itu, aspek-aspek

pembelajaran psikologi seperti orientasi matlamat pencapaian dan keresahan

Matematik perlulah dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Orientasi matlamat pencapaian yang digunapakai pelajar perlulah mendorong

pelajar tersebut untuk terus aktif dalam aktiviti pembelajaran disamping membentuk

pelajar yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan pelaksanaan PBS, biarpun pelajar

tidak lagi akan membandingkan skor pencapaian yang diperoleh tetapi kawalan perlu

diberikan supaya tidak pula wujud perbandingan BAND antara pelajar dengan jelas.

Situasi ini jelas menunjukkan betapa penting orientasi matlamat pencapaian

memainkan peranan penting dalam membentuk tingkahlaku seseorang pelajar.

Selain daripada itu, aspek afektif keresahan Matematik yang sering dikaitkan

dengan pencapaian perlu juga diambilkira dan tidak diabaikan hanya kerana sistem

penilaian pelajar yang tidak lagi berasaskan skor peperiksaan. Hal ini kerana,

keresahan Matematik bukan sahaja berlaku pada situasi penilaian tetapi juga

dikaitkan dengan kekurangan kemahiran pelajar dalam memahami simbol

Matematik, formula Matematik, konsep Matematik yang abstrak dan perwakilan

Matematik (Ho dan Hyun, 2011). Oleh yang demikian, dalam memastikan pelajar

berupaya membentuk pemikiran tahap tinggi, situasi keresahan Matematik perlulah

diminimumkan kerana elemen-elemen dalam keresahan Matematik mampu menjadi

penghalang kepada usaha tersebut.

Sehubungan dengan penerangan yang dijelaskan, penambahbaikan dilakukan

ke atas konteks kajian lepas bagi mengukuhkan dapatan kajian sedia ada. Pertama

sekali, kajian lepas berkaitan konstruk motivasi sudah banyak dijalankan pada

peringkat tempatan seperti yang berkaitan konsep kendiri (Conelia, 2009; Norlaily,

13

2009; Rahiman, 2009; Tay, 2002; Noor Sa’dah, 1999), penghargaan kendiri (Siti

Mariam, 2006; Nadia Azwa, 2006; Rozali, 2003), regulasi kendiri (Siti Liyana, 2008),

motivasi intrinsik dan ekstrinsik (Faridah, 2008; Abdul Ghani, 2009; Amirrul, 2007;

Siti Liyana, 2008; Saadiah, 2003). Bagaimanapun konstruk motivasi yang berkaitan

dengan orientasi matlamat pencapaian adalah kurang. Sebagai contoh, kajian oleh

Hamimah (2009) yang melibatkan orientasi matlamat pencapaian bagaimanapun

menjurus kepada domain akademik Sains dan bukan Matematik.

Kedua, kajian berkaitan keresahan pula lebih banyak dilakukan secara umum

bagi melihat aspek keresahan penggunaan perpustakaan (Ansari, 2009) dan keresahan

belajar (Vitasari et al., 2010). Tambahan lagi, kajian tersebut lebih memfokuskan

kepada mahasiswa dan mahasiswi universiti. Kajian berkaitan keresahan Matematik

yang pernah dilakukan pula ada yang berskala besar dengan melihat kepada pelajar di

negara Asia manakala kajian keresahan Matematik dijalankan kepada pelajar

universiti. Justeru, kajian ini wajar dijalankan bagi melihat kedua-dua pembolehubah

ini dalam konteks pelajar Malaysia dalam domain Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Kelayakan pendidikan yang tinggi menjadi passport yang membolehkan

seseorang itu menjalani kehidupan yang penuh cabaran pada masa kini. Pencapaian

akademik menjadi elemen penting yang sangat ditekankan dalam proses pendidikan

di Malaysia. Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang diberi fokus

utama kerana sifatnya yang universal dan bersepadu dengan subjek-subjek yang lain.

Tambahan lagi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik sangat diperlukan

dalam banyak lapangan kehidupan manusia. Banyak faktor yang dapat dikaitkan

dengan pencapaian Matematik dan salah satunya adalah faktor psikologi. Faktor

psikologi dan kesannya terhadap pencapaian Matematik kini menjadi perhatian dan

sangat dititkberatkan oleh pengkaji akademik dan juga pengamal (practitioners)

ekoran daripada kurangnya kajian dan penemuan saintifik yang terhasil pada faktor-

14

faktor tersebut. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, faktor tersebut termasuklah

orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik.

Dalam konteks pendidikan, seseorang pelajar perlulah melibatkan diri secara

aktif dalam proses pembelajaran di sekolah dalam memastikan proses perkembangan

potensi diri berlaku secara menyeluruh (Martin, 2007). Justeru, elemen yang sangat

penting dalam memastikan penglibatan pelajar adalah orientasi matlamat pencapaian.

Orientasi matlamat tertentu akan menentukan perlakuan pelajar sama ada akan terus

melibatkan diri dalam pembelajaran ataupun sebaliknya (Reeve, 2005).

Sementara itu, keresahan Matematik mempunyai kesan secara langsung

mahupun tidak kepada semua aspek dalam pendidikan Matematik. Sementara itu,

tiada konsensus yang dicapai dalam menerangkan dimensi, faktor penyebab dan

kesannya (Hakan et al., 2009). Namun, banyak hasil kajian menunjukkan perkaitan

antara keresahan Matematik dengan kesan pembelajaran yang negatif termasuklah

pencapaian yang rendah (Erden dan Akgul, 2010; Anderson, 2007; Stubblefield,

2006; Ho et al., 2000).

Berkaitan perbezaan gender, dapatan yang konsisten melaporkan pelajar

perempuan mempunyai tahap keresahan Matematik yang lebih tinggi berbanding

pelajar lelaki pada tahun 80-an (Hembree, 1990; Hyde et al.,1990) namun perbezaan

tersebut tidak signifikan pada tahun 90-an (Lubinski et al., 2010; Ma dan Xu, 2004).

Perbezaan gender bagi orientasi matlamat pencapaian juga adalah tidak jelas. Hal ini

kerana tidak banyak kajian yang melihat perbezaan gender bagi orientasi matlamat

pencapaian berbanding teori pencapaian yang lain (Meece et al., 2006).

Berdasarkan huraian latar belakang masalah yang berkaitan dengan signifikan

elemen motivasi pencapaian dan keresahan Matematik dengan pencapaian

Matematik pelajar, serta jurang perbezaan motivasi pencapaian dan keresahan

Matematik merentas jantina, maka adalah wajar untuk menjalankan satu kajian

tentang orientasi matlamat pencapaian dan keresahan pelajar terhadap Matematik

serta kesannya terhadap pencapaian Matematik.

15

1.4 Objektif Kajian Dalam penyelidikan ini, objektif yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

i. Menentukan tahap penggunaan orientasi matlamat pencapaian pelajar dalam

subjek Matematik.

ii. Menentukan tahap keresahan Matematik pelajar.

iii. Menentukan hubungan antara orientasi matlamat pencapaian pelajar dengan

pencapaian Matematik.

iv. Menentukan hubungan antara keresahan Matematik pelajar dengan

pencapaian Matematik.

v. Membandingkan perbezaan orientasi matlamat pencapaian pelajar

berdasarkan jantina.

vi. Membandingkan perbezaan keresahan Matematik pelajar berdasarkan jantina.

vii. Menentukan pengaruh orientasi matlamat pencapaian dan keresahan

Matematik pelajar terhadap pencapaian Matematik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian Persoalan yang selari dengan objektif kajian ini pula adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap penggunaan orientasi matlamat pencapaian pelajar dalam

subjek Matematik?

ii. Apakah tahap keresahan Matematik pelajar?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat

pencapaian pelajar dengan pencapaian Matematik?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan Matematik

pelajar dengan pencapaian Matematik?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan orientasi matlamat pencapaian

pelajar berdasarkan jantina?

vi. Adakah terdapat perbezaan signifikan keresahan Matematik pelajar

berdasarkan jantina?

vii. Sejauhmana orientasi matlamat pencapaian pelajar dan keresahan Matematik

menyumbang kepada pencapaian Matematik pelajar?

16

1.6 Hipotesis Kajian Daripada tujuh persoalan kajian yang dibina, terdapat empat hipotesis kajian

yang ingin diuji seperti berikut:

i. Hipotesis kajian pertama adalah selari dengan persoalan kajian yang ketiga.

Hipotesis Nol Pertama:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat

pencapaian dengan pencapaian Matematik pelajar.

ii. Hipotesis kajian kedua adalah selari dengan persoalan kajian yang keempat.

Hipotesis Nol Kedua:

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan Matematik

dengan pencapaian Matematik pelajar.

iii. Hipotesis kajian ketiga adalah selari dengan persoalan kajian yang kelima.

Hipotesis Nol Ketiga:

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan orientasi matlamat pencapaian

antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

iv. Hipotesis kajian keempat adalah selari dengan persoalan kajian yang keenam.

Hipotesis Nol Keempat:

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan keresahan Matematik antara

pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

17

1.7 Skop dan Limitasi Kajian Kajian ini secara umumnya ingin melihat hubungan dan perbezaan antara

pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik dengan

pembolehubah pencapaian Matematik pelajar merentasi jantina. Kajian ini juga

dijalankan tertakluk kepada beberapa limitasi dan tumpuan kepada skop yang

ditetapkan sahaja. Limitasi tersebut merangkumi aspek sampel kajian, pembolehubah

kajian dan instrumen kajian.

Sampel kajian ini adalah seramai 976 orang pelajar sekolah menengah.

Tingkatan Empat yang sudah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.

Sampel sekolah yang terlibat pula merupakan 20 buah sekolah menengah harian

daripada tiga buah daerah (Kluang, Pontian, Johor Bahru) yang terpilih.

Dalam pemilihan pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini pula, pengkaji

juga telah menetapkan skop pembolehubah yang ingin dijadikan tumpuan utama iaitu

hanya melibatkan pembolehubah afektif dan tidak kepada pembolehubah intelek dan

bukan intelek (perlakuan). Tambahan lagi, aspek afektif yang difokuskan ialah

orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik. Bagi pembolehubah

bersandar pula iaitu pencapaian Matematik, pengkaji mengambil markah Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2012 bagi subjek Matematik Moden sebagai indikator kepada

pencapaian pelajar. Untuk memastikan tidak wujud jurang yang terlalu besar bagi

skor pencapaian Matematik pelajar, pengkaji telah memastikan skop tajuk ujian yang

diuji adalah lebih kurang sama bagi semua sekolah (rujuk Lampiran E).

1.8 Kerangka Teori Kajian Terdapat dua teori utama yang dijadikan asas iaitu teori berkaitan motivasi

iaitu Teori Motivasi Pencapaian Elliot (1997) dan Teori Emosi Empat Faktor

Parkinson (1995) yang akan dijelaskan dalam subtopik 1.8.1 dan 1.8.2. Sementara

itu, kerangka teori keseluruhan bagi kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

18

Raj

ah 1

.1: K

eran

gka

Teor

i Kaj

ian

PEN

CA

PAIA

N

MA

TEM

ATI

K

Teor

i Mat

lam

at P

enca

paia

n (E

lliot

, 199

7)

Ori

enta

si M

atla

mat

Mas

teri

(T

eori

Mat

lam

at P

enca

paia

n D

wec

k, 1

986)

Ori

enta

si M

atla

mat

Pe

ndek

atan

-Pen

capa

ian

(Teo

ri M

atla

mat

Pen

capa

ian

Atk

inso

n, 1

964)

Ori

enta

si M

atla

mat

Pe

ngel

akan

-Pen

capa

ian

(Teo

ri M

atla

mat

Pen

capa

ian

Atk

inso

n, 1

964)

Teor

i Em

osi

Empa

t Fak

tor

(Par

kins

on, 1

995)

Fakt

or P

erta

ma:

Pen

ilaia

n (T

eori

Peni

laia

n La

zaru

s, 19

82)

Fakt

or K

edua

: Ran

gsan

gan

(Teo

ri Em

osi S

chac

hter

-Si

nger

, 196

2 da

n Te

ori E

mos

i Ja

mes

-Lan

ge 1

922)

Fakt

or K

etig

a: E

kspr

esi

Muk

a (T

eori

Mak

lum

Bal

as W

ajah

La

ird, 1

974)

Fakt

or K

eem

pat:

K

ecen

deru

ngan

Tin

daka

n (T

eori

Ran

gsan

gan

Can

non,

19

29)

19

1.8.1 Kerangka Teori Orientasi Matlamat Pencapaian Bagi pembolehubah Orientasi Matlamat Pencapaian dalam kajian ini, Teori

Motivasi Pencapaian Elliot (1997) digunakan sebagai kerangka teori bagi

menjelaskan peranan jenis orientasi matlamat yang berbeza terhadap pencapaian

khusus dalam subjek Matematik. Teori ini merupakan teori komprehensif yang

menyepadukan antara dua pendekatan Teori Motivasi Pencapaian yang utama iaitu

pendekatan klasik dan pendekatan kontemporari. Teori ini dipilih kerana ianya

merupakan teori yang signifikan disebabkan keupayaannya untuk memberikan

gambaran dan pemahaman secara mendalam dalam bidang motivasi sejak tiga dekad

yang lepas (Meece et al., 2006; Schunk et al., 2008).

Penyepaduan antara dua pendekatan klasik dan kontemporari yang bertujuan

untuk mengatasi kelemahan yang wujud membawa kepada tiga jenis orientasi

matlamat pencapaian iaitu Orientasi Matlamat Masteri, Orientasi Matlamat

Pendekatan-Pencapaian dan Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian (Elliot dan

Church, 1997).

Perkembangan terbaru dalam Teori Motivasi Pencapaian memecahkan

Orientasi Matlamat Masteri kepada dua iaitu Pendekatan-Masteri dan Pengelakan-

Masteri (Cury, Elliot, Da Fonseca dan Moller, 2006; Elliot, 1999; Elliot dan

McGregor, 2001; Pintrich et al., 2003) yang mana Orientasi Pengelakan-Masteri

memfokuskan kepada mengelak daripada menunjukkan ketidakfahaman atau

mengelak daripada tidak mempelajari atau memahirkan diri dengan sesuatu tugasan

(Elliot, 1999, 2005; Pintrich et al., 2003). Bagaimanapun, Orientasi Matlamat

Pengelakan-Masteri tidak dimasukkan kerana elemen pengelakan dalam konteks

Orientasi Matlamat Masteri ini sedikit sebanyak masih belum dibuktikan secara teori

mahupun secara operasinya (Elliot dan Mc Gregor, 2001; Pintrich, 2000). Tambahan

lagi, kerangka model 2x2 masih kurang sokongan empirikal (Linnenbrink-Gracia et

al., 2008; Pintrich et al., 2003).

20

Kerangka orientasi matlamat pencapaian trikotomi diterima secara meluas

(Keys et al., 2012) dan diterimapakai dalam kalangan ahli teori matlamat

pencapaian. Banyak kajian yang menggunakan model trikotomi seperti kajian yang

dijalankan oleh Horst et al. (2007); Malmberg (2008); Harackiewicz et al. (2008);

Gonida et al. (2009); Steinmayr dan Spinath (2009); Lavasani, Hejazai dan Varzaneh

(2011); Steinmayr et al. (2011); dan Diseth (2011). Rasional kepada pengekalan

Orientasi Matlamat Masteri tanpa dibahagikan kepada Pendekatan-Masteri dan

Pengelakan Masteri adalah kerana dapatan berkaitan Orientasi Matlamat Masteri

adalah konsisten bagi kebanyakan kajian dan seringkali mempunyai hubungkait

dengan kesan positif. Oleh itu, tiada keperluan signifikan untuk pembuktian

empirikal bagi membahagikan orientasi tersebut kepada dua (Pastor et al., 2007).

Teori ini juga dipilih untuk melihat perkaitan antara orientasi matlamat

tertentu dengan pencapaian pelajar khususnya dalam subjek Matematik. Banyak

kajian telah menunjukkan kewujudan hubungan antara orientasi matlamat dengan

pencapaian akademik pelajar bukan sahaja dalam seting sekolah tetapi juga di

universiti (Murayama dan Elliot, 2009; Steinmayr dan Spinath, 2009). Menurut

Pajares (2001), fokus dalam dunia pendidikan Matematik telah beranjak daripada

meningkatkan kompetensi Matematik kepada keupayaan untuk meneruskan

matlamat akademik. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memahami

bagaimana seseorang pelajar menetapkan matlamat pembelajaran Matematik mereka

dan bagaimana matlamat ini berkait dengan pencapaian mereka (Pintrich dan

Schunk, 1996). Penghuraian terperinci bagi teori yang berkaitan orientasi matlamat

pencapaian ini dijelaskan dalam Bab 2.

1.8.2 Kerangka Teori Emosi Bagi menjelaskan perasaan keresahan pelajar terhadap subjek Matematik,

Teori Emosi Empat Faktor Parkinson dijadikan sebagai dasarnya. Penerangan akan

meliputi huraian kepada faktor yang membawa kepada seseorang mengalami emosi

(keresahan) dan teori-teori berkaitan yang menyokong Teori Emosi Empat Faktor

Parkinson.

21

Teori Emosi Empat Faktor telah diperkenalkan oleh Parkinson pada tahun

1994. Beliau membuat analisis berasaskan psikologi sosial dalam menentukan

pengalaman emosi seseorang. Pada dasarnya, perasaan yang dialami oleh seseorang

dalam kehidupan seharian adalah disebabkan pentaksiran seseorang terhadap situasi

yang dialaminya dan berbeza pada tahap tertentu. Selain itu juga, Parkinson

berpendapat bahawa paparan emosi yang diekspresikan seseorang mempunyai reaksi

berjangkit pada seseorang yang lain. Tambahan lagi, bagi seseorang yang tidak peka,

mereka akan menerima pakai emosi tersebut tanpa memikirkan kesannya.

Parkinson (1995) telah menjalankan analisis terhadap pelbagai faktor yang

difikirkan mempunyai kaitan dengan pengalaman emosi seseorang. Kesimpulan yang

dibuat ialah dengan meletakkan empat komponen yang berlainan dalam mendefinisi

pengalaman emosi seperti berikut:

i. Penilaian terhadap situasi atau stimulus luaran (Appraisal): Merupakan

komponen yang paling penting dan ditekankan dalam Teori Lazarus

(1991). Penilaian kepada situasi ini menyebabkan seseorang sama ada

mengalami emosi yang positif atau negatif, tenang atau terangsang,

menyenangkan atau sebaliknya.

ii. Rangsangan (Arousal): Rangsangan menurut Deckers (2001) terbahagi

kepada tiga iaitu rangsangan fisiologi, rangsangan otak dan rangsangan

psikologi. Bagaimanapun, rangsangan dalam Teori Parkinson (1995) ini

merujuk kepada rangsangan fisiologi. Rangsangan fisiologi disebabkan

oleh pengaktifan perasaan yang membawa kepada perubahan reaksi tubuh

badan (Deckers, 2001). Dalam kata lain, untuk mengalami sesuatu emosi,

sistem saraf automatik seseorang perlulah dirangsang terlebih dahulu.

Teori Schachter-Singer dan James-Lange dapat dijadikan penyokong

kepada komponen kedua ini.

22

iii. Ekspresi muka (Facial Expression): Untuk menentukan jenis emosi yang

dialami seseorang, ekspresi muka juga dapat dijadikan indikator penting

kerana ianya merupakan perlakuan ekspresif yang dapat dikenalpasti

dengan mudah. Penerangan kepada faktor ketiga ini dijelaskan dengan

Hipotesis Maklum Balas Muka (Laird, 1974).

iv. Kecenderungan tindakan (Action Tendencies): Komponen ini dapat

dijelaskan seperti teori rangsangan yang dikemukakan oleh Cannon

(1929) iaitu seseorang yang sedang marah akan membuat aksi

mengancam manakala seseorang yang sedang mengalami perasaan takut

akan menunjukkan aksi mengundur diri. Hal ini membawa maksud emosi

yang dialami akan menentukan niat perlakuan dan kesediaan untuk

bertindak dengan cara tertentu.

Kesimpulan yang boleh dibuat bagi teori ini ialah keempat-empat komponen

tersebut mempunyai pengaruh dalam menentukan pengalaman emosi seseorang.

Komponen penilaian terhadap situasi merupakan faktor terpenting dan memberi

kesan signifikan kepada pengalaman emosi tetapi pada masa yang sama pengalaman

tersebut dipengaruhi secara sekunder oleh reaksi tubuh badan, ekspresi muka dan

kecenderungan tindakan. Biarpun Parkinson meletakkan kepentingan tertinggi

kepada komponen penilaian tetapi beliau tidak melihat penilaian situasi dan reaksi

tubuh badan sebagai dua komponen berbeza secara mutlak. Penghuraian terperinci

bagi teori yang berkaitan pengalaman emosi keresahan ini dijelaskan dalam Bab 2.

1.9 Kerangka Konsep Kajian Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu orientasi matlamat

pencapaian dan keresahan Matematik pelajar manakala pembolehubah yang

bersandar ialah pencapaian Matematik pelajar.

23

Bagi pembolehubah orientasi matlamat pencapaian ianya dilihat pada tiga

dimensi iaitu Orientasi Matlamat Masteri yang merupakan kepercayaan bahawa

usaha akan memandu ke arah kejayaan dan fokusnya ialah nilai intrinsik dalam

pembelajaran (Elliot, 1999, 2005; Pintrich, Conley dan Kempler, 2003). Selain itu

ianya melibatkan usaha mengasah kemahiran dan kebolehan seseorang untuk

meningkatkan pembelajaran, memahami bahan yang dipersembahkan atau

menyiapkan sesuatu tugasan.

Orientasi Matlamat Pendekatan-Pencapaian pula merujuk kepada keupayaan

seseorang dan nilai diri yang mana keupayaan merujuk kepada pencapaian relatif

berbanding individu lain dengan menunjukkan prestasi yang lebih baik (Ames, 1992;

Covington, 1992, 2000; Dweck dan Leggett, 1988; Nicholls, 1989).

Bagi orientasi matlamat yang ketiga iaitu Orientasi Matlamat Pengelakan-

Pencapaian ialah menjurus kepada kepercayaan dan perlakuan penghindaran untuk

menunjukkan kompetensi diri kepada individu lain (Al-Emadi, 2001; Midgley,

Kaplan dan Middleton, 2001; Schraw, Horn, Thorndike-Christ dan Bruning, 1995).

Kesimpulan ringkas yang boleh dibuat dalam menerangkan ketiga-tiga

orientasi matlamat pencapaian ini ialah Orientasi Matlamat Masteri memfokuskan

kepada keinginan untuk mempertingkat kompetensi, Orientasi Matlamat Pendekatan-

Pencapaian pula memfokuskan kepada keinginan untuk menunjukkan kompetensi

manakala Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian ialah harapan untuk tidak

mendedahkan kekurangan kompetensi diri.

Bagi pembolehubah keresahan Matematik pula diukur melalui empat

konstruk iaitu aspek penilaian, rangsangan, ekspresi muka dan kecenderungan

tindakan. Bagi aspek penilaian ianya merangkumi subdomain bahasa Matematik dan

kaedah pembelajaran (Ho dan Hyun, 2011), format dan instrumentaliti ujian

(Bonacio dan Reeve, 2010; Ho dan Hyun, 2011), guru dan rakan-rakan (Ho dan

Hyun, 2011; Meece, 1981) dan efikasi kendiri dan persepsi berkaitan tret (Bonacio

24

dan Reeve, 2010; Ho dan Hyun, 2011; Meece, 1981; Wren dan Benson, 2004; Lee,

2009).

Sementara itu, bagi aspek rangsangan pula subdomain yang terlibat ialah

tindak balas autonomik (Wren dan Benson, 2004) manakala subdomain bagi aspek

ekspresi muka ialah tindak balas ekspresi muka (Tomkins, 1962; Ekman dan Frieson,

1975). Akhir sekali, terdapat dua subdomain bagi aspek kecenderungan tindakan

iaitu tindak balas perlakuan mengganggu (Wren dan Benson, 2004) dan tindak balas

kecemasan (Cannon, 1929; Frijda, 1999).

Aspek-aspek yang dilihat bagi pembolehubah bergerak bebas ialah tahap dan

perbezaan antara jantina. Sementara itu, maklumat dari pembolehubah bersandar

iaitu pencapaian Matematik digunakan untuk mendapatkan korelasinya dengan

pembolehubah bergerak bebas. Selain itu juga, impak kombinasi pembolehubah

orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik terhadap pencapaian

Matematik pelajar juga dikenalpasti. Kerangka kajian ini dapat diperjelaskan melalui

Rajah 1.2.

25

Raj

ah 1

.2: K

eran

gka

Kon

sep

Kaj

ian

Penc

apai

an

Mat

emat

ik

Pela

jar

Hub

unga

n H

ubun

gan

Pera

mal

O

rient

asi

Mat

lam

at

Penc

apai

an

Ker

esah

an

Mat

emat

ik

Perb

ezaa

n *L

elak

i dan

Pe

rem

puan

Perb

ezaa

n *L

elak

i dan

Pe

rem

puan

26

1.10 Signifikan Kajian Kajian ini dijalankan atas beberapa sebab yang menjadi rasional kepada

perlaksanaannya. Banyak pihak difikirkan mendapat manfaat daripada penulisan dan

dapatan kajian ini seperti pelajar, guru sekolah, penggubal kurikulum, bakal-bakal

guru, ibu bapa atau penjaga serta kepada ahli akademik yang lain. Selain itu juga,

dapatan kajian dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada.

1.10.1 Kepentingan kepada Pelajar Subjek bagi kajian ini merupakan pelajar sekolah yang berhadapan dengan

keresahan Matematik. Oleh itu, kajian ini dapat memberi gambaran yang terbaik

kepada para pelajar akan isu-isu yang perlu diambil berat seperti faktor-faktor yang

menyumbang, simptom-simptom, kesan-kesan serta cara mengatasi keresahan

Matematik dalam proses pembelajaran mereka. Hal ini amat penting kerana majoriti

pelajar mengalami situasi ini. Selain itu, dapatan dapat menunjukkan bagaimana

orientasi matlamat pencapaian merentasi jantina pelajar dan kesannya terhadap

pencapaian Matematik. Diharapkan penulisan kajian ini dapat memberi pendedahan

kepada pelajar tentang isu-isu yang berkaitan orientasi matlamat pencapaian dan

keresahan Matematik.

1.10.2 Kepentingan kepada Guru Sekolah Guru merupakan antara golongan yang paling rapat dengan pelajar di sekolah.

Mereka merupakan pemerhati yang dapat melihat proses pembelajaran pelajar-

pelajar mereka. Dengan dapatan kajian ini, gambaran tentang sejauhmana pelajar

berasa bimbang untuk berhadapan dengan mata pelajaran Matematik dapat diketahui.

Lantaran itu, para guru dapat membuat persediaan yang lebih rapi dalam

menyediakan pengajaran yang boleh mengekalkan momentum motivasi pelajar

supaya dapat mengikuti kelas Matematik dengan baik tanpa ada halangan bersifat

27

dalaman dalam diri pelajar. Dalam aspek orientasi matlamat pencapaian pula, guru

dapat mengenalpasti jenis orientasi yang diamalkan pelajar dan bagaimana untuk

menyesuaikan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

1.10.3 Kepentingan kepada Penggubal Kurikulum Biarpun dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan

pelajar sekolah menengah di Malaysia, bagaimanapun generalisasi yang dibuat

terhadap semua pelajar di Negeri Johor boleh dijadikan kayu pengukur yang baik

dalam melihat tahap orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik

pelajar. Pihak yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dapat menjadikan dapatan

kajian dalam meneliti kurikulum yang sedia ada sama ada sudah mengambil kira

aspek-aspek ini ataupun tidak. Hal ini penting kerana corak pendidikan sesebuah

negara ditentukan oleh rangka dan acuan kurikulum yang dibangunkan.

1.10.4 Kepentingan kepada Bakal-Bakal Guru Dunia pendidikan pada masa kini mengalami proses transformasi yang pesat.

Banyak perubahan telah berlaku dari sehari ke sehari. Bagi bakal-bakal guru yang

masih menuntut tidak kira di mana institusi sekalipun, pendedahan awal kepada

situasi-situasi yang berlaku di sekolah perlu diberikan. Hal ini penting bagi

mengelakkan kejutan budaya kerja kerana dunia persekolahan yang mereka alami

adalah jauh berbeza dengan dunia persekolahan yang bakal mereka ceburi. Oleh itu,

menerusi kajian ini, bakal-bakal guru khususnya bakal-bakal guru Matematik dapat

mengetahui tentang fenomena berkaitan orientasi matlamat pencapaian dan

keresahan pelajar terhadap Matematik. Perkara ini secara tidak langsung dapat

membantu mereka dalam mempersiapkan diri dengan teknik-teknik pengajaran yang

difikirkan sesuai kelak.

28

1.10.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa atau Penjaga

Sekiranya guru merupakan golongan pemerhati kepada pelajar di sekolah, di

rumah pula ibu bapa atau penjaga mengambil alih tugas tersebut sepenuhnya. Ibu

bapa atau penjaga bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka sentiasa

berusaha untuk mencapai tahap akademik yang baik. Mereka juga perlu

mengenalpasti halangan-halangan yang membantutkan proses pembelajaran anak-

anak mereka. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini dapat membantu ibu bapa

dalam menentukan bagaimana orientasi matlamat pencapaian dan perasaan bimbang

anak-anak mereka dalam berhadapan situasi berkenaan Matematik. Mungkin tidak

banyak yang dapat dilakukan tetapi sekurang-kurangnya melalui penulisan kajian ini

sedikit sebanyak dapat mendedahkan ibu bapa atau penjaga akan kewujudan

halangan pembelajaran sekaligus membolehkan mereka mencari alternatif

penyelesaian yang sesuai sama ada dengan melakukan perbincangan dengan anak-

anak mahupun guru di sekolah.

1.10.6 Kepentingan kepada Ahli Akademik Selain daripada guru di sekolah mahupun penggubal kurikulum, ahli

akademik lain seperti pensyarah di institusi pengajian tinggi selaku ahli akademik

profesional juga boleh mendapat manfaat daripada penulisan kajian ini. Sebagai

contoh, pensyarah yang mengajar subjek pedagogi boleh berkongsikan idea dan

pendapat bagaimana untuk mengendalikan kelas yang mempunyai pelajar yang

berbeza orientasi matlamat pencapaian dan mengalami keresahan Matematik. Sama

pentingnya juga kepada pensyarah subjek psikologi yang perlu menekankan

kepentingan untuk menitikberatkan aspek afektif pelajar dalam proses pembelajaran.

29

1.10.7 Sumbangan kepada Pengetahuan Sedia Ada Dapatan daripada kajian ini dipercayai dapat memberi sumbangan yang besar

dalam pengetahuan sedia ada terutamanya dalam melihat faktor keresahan

Matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian yang menyentuh

elemen keresahan Matematik masih lagi kurang dijalankan di Malaysia dan seperti

dipandang mudah. Bilangan sampel yang ramai, penglibatan banyak sekolah di

daerah Negeri Johor merupakan kelebihan kepada kajian ini dalam membuat

generalisasi. Selain itu juga, metodologi analisis data yang menggunakan Rasch

Measurement Model juga memberi kelainan dan dimensi baru kepada dapatan yang

diperoleh berbanding kajian-kajian lepas yang telah dijalankan sebelumnya.

1.11 Definisi Istilah Kajian Terdapat empat istilah utama yang akan digunakan sepanjang penulisan

kajian ini. Istilah tersebut adalah berdasarkan konteks dan skop kajian. Istilah

tersebut adalah orientasi matlamat pencapaian, keresahan Matematik, pencapaian dan

pelajar. Huraian definisi bagi istilah tersebut secara konseptual dan operasional

adalah seperti berikut.

1.11.1 Orientasi Matlamat Pencapaian Istilah motivasi merupakan daya yang memandu atau mendorong disebalik

tindakan kita yang mempengaruhi keinginan, keperluan serta impian hidup

(Rabideau, 2005). Sementara itu pula, motivasi pencapaian yang merupakan salah

satu jenis motivasi ialah dorongan dalaman untuk mencapai sesuatu perkara yang

diinginkan. Secara spesifiknya lagi, kajian ini mengkhususkan motivasi pencapaian

kepada orientasi matlamat pencapaian iaitu pendekatan belajar dan pendekatan

kompetensi yang lebih luas digunakan pelajar.

30

Definisi secara operasi bagi istilah orientasi matlamat pencapaian dalam

penulisan kajian ini merujuk kepada pendekatan kompetensi yang dipilih pelajar

dalam subjek Matematik iaitu sama ada meningkatkan kompetensi (Orientasi

Matlamat Masteri), menunjukkan kompetensi (Orientasi Matlamat Pendekatan-

Pencapaian), mahupun mengelak dari menunjukkan kekurangan kompetensi

(Orientasi Matlamat Pengelakan-Pencapaian).

1.11.2 Keresahan Matematik Keresahan Matematik umumnya bermaksud keadaan tidak selesa yang wujud

apabila seseorang pelajar dikehendaki untuk melaksanakan tugasan berbentuk

Matematik (Cemen, 1987; Wood, 1988; Zaslavsky, 1994). Ma dan Xu (2004)

memberi definisi keresahan Matematik sebagai perasaan tidak bersetuju (distasteful)

yang dialami oleh pelajar semasa membuat tugasan atau melaksanakan rutin

Matematik harian. Definisi lain yang diberikan kepada keresahan Matematik adalah

seperti kebimbangan terhadap kegagalan akademik dalam Matematik (Iossi, 2007),

perasaan tidak senang hati apabila disuruh melakukan tugasan Matematik,

menghindari kelas Matematik, merasai gangguan fizikal seperti pening, ketakutan

dan panik, ketidakupayaan melakukan ujian Matematik dan penggunaan kaedah tutor

yang memberikan kejayaan yang sedikit (Smith, 1997), atau perasaan resah yang

dialami individu apabila berhadapan dengan permasalahan Matematik (Sheffield dan

Hunt, 2006).

Istilah Keresahan Matematik yang digunakan dalam kajian ini merujuk

kepada keadaan pelajar yang resah, bimbang, risau, cemas, tidak senang hati untuk

berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka menggunakan pengetahuan dan

kemahiran Matematik sama ada semasa penilaian ataupun semasa pembelajaran di

dalam mahupun luar bilik darjah selain apabila memikirkan kekurangan keupayaan

kemahiran Matematik diri. Situasi keresahan Matematik ini dikesan melalui

perubahan fisiologi, ekspresi muka mahupun tindakan perlakuan pelajar yang

berpadanan.

31

1.11.3 Pencapaian Menurut Rahiman (2009), pencapaian akademik seseorang pelajar sama ada

di peringkat sekolah atau pengajian yang lebih tinggi ialah markah yang diperolehi

oleh pelajar itu selepas menduduki sesuatu ujian atau peperiksaan. Sementara itu,

Steinberg (1993) mengaitkan pencapaian pelajar dengan kebolehan dan prestasi

mereka. Kebolehan ini berhubung dengan tumbesaran dan kognitif, perkembangan

emosi, sosial dan fizikal. Pencapaian ini juga tidak terbatas kepada sesuatu masa

tertentu sahaja kerana ia merangkumi kehidupan seluruh hayat.

Pencapian yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada markah subjek

Matematik yang diperoleh oleh responden pada peperiksaan pertengahan tahun 2012.

Markah yang diperoleh ini dijadikan pembolehubah bergerak balas yang bersandar

kepada pembolehubah orientasi matlamat pencapaian dan keresahan Matematik.

1.11.4 Pelajar Esah (2004) menyatakan pelajar merupakan individu yang berbeza dari tiga

aspek iaitu kognitif, emosi dan psikomotor. Mereka mengalami proses pembelajaran

melalui penyampaian guru.

Dalam kajian ini, pelajar merujuk kepada sampel kajian yang terdiri daripada

pelajar Tingkatan Empat dari 20 buah sekolah terpilih di Negeri Johor. Pelajar ini

menjadi subjek kajian bagi melihat orientasi matlamat pencapaian, keresahan

Matematik dan pencapaian mereka dalam subjek Matematik.

32

1.12 Penutup Aspek afektif seperti motivasi pencapaian dan keresahan Matematik dalam

kalangan pelajar dilihat sebagai faktor yang signifikan dalam menentukan

pencapaian pelajar dalam subjek Matematik. Tambahan lagi, sistem pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan menambahkan lagi kesan faktor tersebut dalam

pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu, penentuan kedua-dua faktor tersebut

adalah penting bagi mendapatkan maklumat berkaitan tentangnya. Selain itu,

instrumen atau alat pengukuran yang digunakan juga perlulah mempunyai sifat

psikometrik yang baik agar proses pengukuran dan penganalisaan data adalah tepat

dan jitu.