MOHD NARZUKI BIN YAACOB · perniagaan, suka bergaul dan ... Penerbit rancangan radio/televisyen...

28
BIL. 1/2007 SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN BIL. 2/2007 PERAKAUNAN : KURANG PENGLIBATAN BUMIPUTERA BIL. 3/2007 AKAUNTAN TERAS ORGANISASI BIL. 4/2007 PELAJAR AMBIL PRINSIP PERAKAUNAN DAPAT 2 SIJIL BIL. 5/2007 LEPASAN SPM BOLEH TERUS IKUTI ACCA, LCCI BIL. 6/2007 KUALITI AKAUNTAN BERJAYA BIL. 7/2007 PERAKAUNAN BIL. 8/2007 SEJARAH AWAL PERAKAUNAN BIL. 9/2007 PERAKAUNAN: ETIKA DAN PROFESIONALISME Disediakan Oleh : MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

Transcript of MOHD NARZUKI BIN YAACOB · perniagaan, suka bergaul dan ... Penerbit rancangan radio/televisyen...

BIL. 1/2007

SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN

BIL. 2/2007

PERAKAUNAN : KURANG PENGLIBATAN BUMIPUTERA

BIL. 3/2007

AKAUNTAN TERAS ORGANISASI

BIL. 4/2007

PELAJAR AMBIL PRINSIP PERAKAUNAN DAPAT 2 SIJIL

BIL. 5/2007

LEPASAN SPM BOLEH TERUS IKUTI ACCA, LCCI

BIL. 6/2007

KUALITI AKAUNTAN BERJAYA

BIL. 7/2007

PERAKAUNAN

BIL. 8/2007

SEJARAH AWAL PERAKAUNAN

BIL. 9/2007 PERAKAUNAN: ETIKA DAN PROFESIONALISME

Disediakan Oleh :

MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN

LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.

Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.

"Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,' katanya kepada Utusan.

Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu: realistik (realistic) penyelidikan (investigative) artistik (artistic) sosial (social) keusahawanan (enterprising) konvensional (conventional)

Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.

Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.

Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.

Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.

"Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.

Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.

Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.

"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.

Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.

Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.

Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.

Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'.

Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.

Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.

Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.

Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.

Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.

Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.

"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.

Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.

Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.

Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.

Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Bidang saintifik/perubatan 4. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang keusahawanan 8. Bidang perkhidmatan

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan

(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai bank Pemerosesan data Penganalisis data dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi

(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan Editor Jurubahasa Penterjemah Penerbit rancangan radio/televisyen Pengacara radio/televisyen Penulis skrip Perunding komunikasi dan lain-lain

3. Perubatan/Sains

(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar) Doktor haiwan Jururawat Pembantu makmal/pembantu perubatan Juru radiologi Ahli farmasi Juru terapi

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 5

Saintis Ahli biologi/kimia Pakar nuklear Ahli geologi/geofizik dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran

(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)

Pengurus perjawatan Pegawai sumber manusia Pegawai tadbir Pembantu undang-undang Kerani Setiausaha dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti

(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis Pelukis grafik/batik Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya Pereka bentuk dalaman Jurugambar Juru solek dan lain-lain

6. Teknikal

(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)

Arkitek Perancang Bandar dan Wilayah Juruteknik Juruukur Mekanik Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain) Pakar runding ( Dan lain-lain

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 1/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 6

7. Keusahawanan

(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit Perusahaan Kilang Pemborong Kontraktor Pengusaha hotel Perusahaan bengkel Perusahaan butik dan lain-lain

8. Perkhidmatan

(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru Pustakawan Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara Tukang masak profesional dan lain-lain

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 2 /2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Perakaunan : Kurang Penglibatan Bumiputera Bersama MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN

PERAKAUNAN masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglihatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini. Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dari segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi. Pada tahun 1995, terdapat 8844 orang akauntan bertauliah di negara ini yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia. Jumlah itu telah meningkat kepada 13,661 orang pada tahun 1999 (Rancangan Malaysia Kelapan). Penawaran kursus perakaunan di universiti dan IPT tempatan membolehkan jumlah akauntan di negara ini bertambah. Program Sarjana Muda Perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbanan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara. Kursus-kursus dan program perakaunan telah distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta. Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, udang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 2 /2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakauanan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta terbasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah dan dunia pelaburan. Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akautan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Berminat dengan profesion ini (ii) Berpengetahuan di bidang matematik (iii) Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan perdangan (iv) Mempunyai pengetahuan tentan komputer TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Beberapa universiti tempatan ada menawarkan program perakaunan di peringkat sarjana muda iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Universiti-universiti di luar negara seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan United Kingdom turut menawarkan program ini. Universiti-universiti swasta seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Telekom dan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) juga menawrkan kursus ini di peringkat sarjana muda. Di peringkat diploma, IPT tempatan yang menawarkan program ini termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik Kementerian Pendidikan, Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA), maktab perguruan dan beberapa institusi pengajian swasta.

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 2 /2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN (i) Peringkat sijil atau diploma Pelajar harus lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Matematik. (ii) Peringkat ijazah sarjana muda Terdapat tiga cara untuk mengikuti program perakaunan di peringkat ini: Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik di peringkat SPM serta kepujian Bahasa Melayu dan Matematik untuk dipilih masuk ke program matrikulasi ekonomi/ perakaunan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama. Cara kedua: Pelajar harus mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matematik untuk dipilih masuk ke program matrikulasi ekonomi/perakaunan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama. Cara ketiga: Mereka yang memiliki Sijil atau Diploma Perakaunan atau kelulusan lain yang berkaitan dari universiti/IPT tempatan juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Cara keempat: Untuk melanjutkan pengajian di UiTM, calon perlu lulus Diploma Perakaunan dari UiTM atau diploma lain yang boleh dipertimbangkan. Cara kelima: Program pengajian ke luar negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil calon yang lulus cemerlang SPM. Calon perlu lulus kepujian Bahasa Inggeris serta mata pelajaran Matematik Tambahan, Prinsip Akaun atau Ekonom Asas atau Perdagangan. Cara keenam: Bagi kemasukan ke universiti-universiti swasta, calon lepasan SPM/SPMV atau STPM boleh memohon masuk dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik di peringkat SPM/SPMV. Bagi calon STPM mereka perlu lulus sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk mata pelajaran Ekonomi atau Matematik atau Perakaunan.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 3/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Akauntan Teras Organisasi Oleh Siti Fatimah Hassan

SALAH satu kerjaya yang sering menjadi impian pelajar ketika di bangku sekolah ialah ingin menjadi seorang akauntan. Nyata kerjaya itu masih dihormati dan dianggap berprestij dalam industri kewangan selain menjadi tulang belakang sesebuah organisasi besar mahupun kecil. Bidang profesional itu sememangnya memerlukan mereka yang teliti serta berkebolehan mengendalikan beberapa tugas membabitkan penyediaan akaun, audit maklumat berkaitan kewangan, memberi nasihat kewangan, bertemu dan menemuduga pelanggan, mengumpul, menganalisis dan mempersembahkan maklumat berkaitan kewangan syarikat dan menulis laporan. Menurut Lee Soo Fern daripada firma penyedia perkhidmatan profesional, Ernst & Young (E&Y), antara kriteria yang mengukur sama ada seseorang itu mampu mencapai kecemerlangan dalam kerjaya perakaunan ialah mempunyai integriti teguh serta minat mendalam terhadap bidang profesional berkenaan. Dalam ceramahnya bertajuk „Peluang dalam Bidang Perakaunan‟ sempena pelancaran Hari Perakaunan anjuran Taylor‟s Business School di Wisma Subang, Subang, Selangor, semalam, Lee berkata, kualiti kerja dalam melakukan tugas sebagai akauntan amat ditekankan supaya perkhidmatan lebih bermutu dapat disampaikan kepada pelanggan. Majlis dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Datuk Lee Hwa Beng. Menurutnya, terdapat banyak juga kelebihan yang ditawarkan dalam bidang kerjaya akauntan profesional berbanding kewangan di mana ia lebih memberi pendedahan dan kepelbagaian skop tugas. “Banyak faedah yang ditawarkan jika berkecimpung dalam bidang ini. “Antara peluang itu ialah bertukar-tukar pengetahuan, membentuk disiplin dan boleh mempraktikkan pelbagai kemahiran seperti komunikasi, cara berurusan dengan pelanggan serta kemahiran melakukan penyampaian maklumat berkaitan tugas mereka,” katanya.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 3/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

Kemahiran menggunakan aplikasi komputer dengan baik juga diperlukan di samping berupaya berkomunikasi secara lisan. Di Malaysia, perkataan „akauntan‟ dilindungi di bawah Akta Akauntan 1967 dan mempunyai badan yang bertanggungjawab iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA). Terdapat tiga kategori akauntan dalam MIA iaitu akauntan bertauliah, akauntan berlesen dan ahli bersekutu. Akauntan bertauliah adalah akauntan yang sebelum ini menjadi akauntan awam dan akauntan berdaftar. Akauntan berlesen adalah mereka yang layak berikutan pengalaman luas dalam bidang berkenaan atau ahli Persatuan Akauntan Malaysia yang lulus mana-mana ujian akhir persatuan itu dan mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun dalam bidang berkaitan. Ahli bersekutu pula adalah ahli akademik yang sedang mengajar di institusi pengajian tinggi (IPT). TIP Integriti teguh ukur kecemerlangan - Kriteria yang mengukur sama ada seseorang itu mampu mencapai kecemerlangan dalam kerjaya perakaunan ialah mempunyai integriti teguh serta minat mendalam terhadap bidang profesional berkenaan. - Kualiti kerja dalam melakukan tugas sebagai akauntan amat ditekankan supaya perkhidmatan lebih bermutu dapat disampaikan kepada pelanggan. - Banyak juga kelebihan yang ditawarkan dalam bidang kerjaya akauntan profesional berbanding kewangan di mana ia lebih memberi pendedahan dan kepelbagaian skop tugas. - Antaranya berpeluang bertukar-tukar pengetahuan, membentuk disiplin dan boleh mempraktikkan pelbagai kemahiran seperti komunikasi, cara berurusan dengan pelanggan serta kemahiran melakukan penyampaian maklumat berkaitan tugas sebagai akauntan. - Di Malaysia, perkataan „akauntan‟ dilindungi di bawah Akta Akauntan 1967 dan mempunyai badan yang bertanggungjawab iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA). - Terdapat tiga kategori akauntan dalam MIA iaitu akauntan bertauliah, akauntan berlesen dan ahli bersekutu.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 4/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Pelajar Ambil Prinsip Perakaunan Dapat 2 Sijil Berita Harian (26 Jun 2007)

SEPANG: Pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan berpeluang memperoleh sijil tambahan diiktiraf badan profesional tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan apabila program „dua pensijilan‟ diperkenalkan mulai tahun depan. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sijil tambahan dikeluarkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) itu akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sudah memiliki kemahiran asas dalam bidang perakaunan, bersaing dalam pasaran pekerjaan. “Program „dua pensijilan‟ ini membolehkan pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan memilih untuk mendapatkan sijil tambahan daripada satu atau kedua-dua badan terbabit iaitu ACCA dan LCCI sekiranya mereka mencapai tahap gred SPM dan Bahasa Inggeris yang ditetapkan tanpa menduduki peperiksaan tambahan. “Dengan kata lain, program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan mendapat pengecualian menduduki „Paper 1‟ dan Paper 2‟ bagi ACCA dan „Level 1‟ dan „Level 2‟ bagi LCCI, sekali gus memperoleh sijil kebangsaan dan profesional secara serentak,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kementeriannya dengan ACCA dan LCCI di Sekolah Menengah Teknik Sepang, di sini, semalam.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 4/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Mimi Ismail; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Teknikal), Datuk Yusoff Harun; Presiden ACCA, Datuk Khalid Ahmad; Pengarah (Asean dan Autralasia) ACCA, Tay Kay Luan dan Ketua Pengarah LCCI, Sean Leslie. Hishammuddin berkata, kerjasama formal antara kementerian dan badan profesional itu yang pertama di dunia dan dapat memastikan sistem kurikulum pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan industri dan pasaran pekerjaan. Malah, katanya, pelajar mengikuti program itu boleh memilih sama ada meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan sehingga ke peringkat lebih tinggi atau terus ke peringkat profesional kerana sudah mendapat pengecualian daripada menduduki peperiksaan awalan. “Bagi pelajar ingin meneruskan pengajian pada peringkat universiti, sijil yang diperoleh peringkat SPM mampu memberi kelebihan untuk mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan. “Bagi mereka yang enggan menyambung pelajaran, sijil profesional diperoleh boleh membuka peluang pekerjaan dalam bidang perakaunan pada peringkat perkeranian atau penyimpan kira-kira di dalam atau luar negara,” katanya. Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, setakat ini 400 pelajar Tingkatan Lima terbabit dalam projek percubaan program „dua pensijilan‟ itu. “Penaksiran akan dilakukan dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia, guru pakar mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pegawai Jabatan Pendidikan Teknikal dan wakil ACCA dan LCCI, selaku pentaksir luar,” katanya. Hishammuddin juga berkata, sehingga kini subjek Prinsip Perakaunan diajar di 1,600 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 51 Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara. Katanya, sebanyak 1,365 SMK dan SMT sudah dibekalkan dengan perisian pendidikan perakaunan ASSETBase bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 5/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Lepasan SPM Boleh Terus Ikuti ACCA, LCCI CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menduduki kertas Prinsip Perakaunan boleh memilih untuk mendapatkan sijil tambahan sama ada daripada satu atau kedua-dua badan perakaunan profesional - The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan London Chamber of Commerce and Industry (LCCI). Walau bagaimanapun, hal ini tertakluk kepada syarat iaitu pelajar tersebut perlu mencapai tahap gred SPM dan bahasa Inggeris, sebagaimana yang ditetapkan. Badan ACCA menawarkan pensijilan kepada pelajar sebagai telah mencapai tahap lulus setara bagi Paper 1 dan Paper 2 untuk Level 1, dan LCCI pula sehingga Level 2 LCCI Qualification. Hal ini bermakna pelajar lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan diberikan pengecualian menduduki Paper 1 dan Paper 2 bagi Level 1 ACCA (daripada keseluruhan tiga level), dan untuk LCCI pula mereka dikecualikan menduduki Level 1 dan Level 2 (daripada keseluruhan tiga level). Melalui projek dua pensijilan itu, pelbagai kelebihan bakal dinikmati oleh para pelajar yang menduduki Prinsip Perakaunan. Antaranya ialah para pelajar mempunyai ruang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan sehingga ke peringkat lebih tinggi melalui saluran profesional iaitu dengan terus menduduki ACCA dan LCCI yang telah diberi pengecualian daripada peperiksaan awalan. Bagi pelajar yang tidak berpeluang meneruskan pengajian perakaunan ke peringkat yang lebih tinggi, sijil profesional melalui dua pensijilan ini membolehkan mereka menceburi pekerjaan dalam bidang perakaunan di peringkat perkeranian/penyimpan kira, sama ada di dalam atau luar negara. Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menandatangani memorandum Persefahaman tentang hal itu, berharap kohort pertama, iaitu sekumpulan 400 pelajar tingkatan lima yang sedang mengikuti dua pensijilan itu akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada peluang yang diberikan.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 5/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

``Walaupun kumpulan pelajar yang dijangka akan melalui kurikulum baru sepenuhnya merupakan kohort SPM 2009, saya difahamkan pihak ACCA dan LCCI bersetuju juga memberi manfaat dua pensijilan kepada pelajar kohort SPM 2008,'' katanya. Sebagai maklumat latar, sehingga kini terdapat sebanyak 1,600 sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan mata pelajaran prinsip Perakaunan serta sebanyak 51 Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang menawarkan mata pelajaran itu. Saban tahun, sebanyak 100,000 pelajar akan menduduki peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM. ``Pada tahun ini sahaja sebanyak 98,000 akan menduduki peperiksaan itu di peringkat SPM.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 6/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Kualiti Akauntan Berjaya Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

ANTARA pekerjaan paling berprestij dalam industri kewangan adalah menjadi seorang akauntan. Ramai bercita-cita menjawat jawatan itu, namun memerlukan panduan bagaimana untuk mencapainya. Ini terutama bagi pelajar sekolah menengah yang baru menamatkan alam persekolahan dan ingin masuk ke dalam bidang profesional terbabit. Proses mencapai cita-cita sebagai akauntan mungkin mengambil masa lama jika dibandingkan beberapa bidang lain, namun ia berbaloi terutama kepada mereka yang benar-benar berminat. Untuk menjadi akauntan yang berjaya, seseorang perlu mempunyai kualiti, sikap mementingkan penelitian terhadap sesuatu perkara. Mereka perlu menanam sikap suka memberi perhatian pada maklumat terperinci dan perkara kecil yang selalunya terlepas pandang oleh pihak lain. Perkara paling penting dalam usaha mencapai cita-cita ini adalah pencapaian dalam bidang matematik yang cemerlang. Oleh itu, pelajar perlu meningkatkan penguasaan dalam matematik. Pelajar yang ingin menjadi akauntan dinasihatkan mendapat nasihat berkaitan kelas yang perlu diambil dan mata pelajaran yang perlu diberi penekanan dalam usaha menyiapkan diri memasuki kolej seterusnya mendapatkan segulung ijazah perakaunan. Lebih baik jika pelajar mendapatkan katalog dari kolej atau universiti mengenai perakaunan sebelum tamat sekolah menengah. Pelajar seharusnya membuat kajian mengenai kelayakan yang perlu ada dalam usaha bersaing mendapatkan tempat di kolej dan universiti dalam bidang berkenaan. Pelajar juga perlu membuat keputusan untuk bekerja dalam bidang perakaunan mana yang paling sesuai dengan minat mereka. Ini kerana terdapat banyak cabang perakaunan iaitu dalam bidang awam, kerajaan, pengurusan dan audit dalaman.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 6/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

Bagi pelajar yang sedang mengikuti jurusan perakaunan, mereka digalakkan bekerja secara sementara atau terbabit membantu secara sukarela ketika waktu cuti di firma akauntan bagi mendedahkan diri terhadap bidang itu, selain lebih memahami proses kerja. Malah pendedahan awal kepada bidang itu mungkin memberi kelebihan terutama ketika sesi temuduga kerana graduan akan dilihat lebih berminat dan berpengetahuan berikutan sudah mempunyai pengalaman walaupun sedikit. Akauntan selalunya bekerja dalam firma swasta, perniagaan komersial, sektor awam dan organisasi industri. Kerja mereka membabitkan penyediaan akaun, audit maklumat berkaitan kewangan, memberi nasihat kewangan, bertemu dan menemuduga pelanggan, mengumpul, menganalisis dan mempersembahkan maklumat berkaitan kewangan syarikat dan menulis laporan. Oleh itu, mereka memerlukan kemahiran bukan saja dari segi menggunakan aplikasi komputer dengan baik, malah perlu bagus dalam bidang komunikasi secara lisan dan penulisan. Di Malaysia, perkataan ‘akauntan’ dilindungi di bawah Akta Akauntan 1967 dan mempunyai badan yang bertanggungjawab iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA). Terdapat tiga kategori akauntan dalam MIA iaitu akauntan bertauliah, akauntan berlesen dan ahli bersekutu. Akauntan bertauliah adalah akauntan yang sebelum ini menjadi akauntan awam dan akauntan berdaftar. Akauntan berlesen adalah mereka yang layak berikutan pengalaman luas dalam bidang berkenaan atau ahli Persatuan Akauntan Malaysia yang lulus mana-mana ujian akhir persatuan itu dan mempunyai pengalaman bekerja selama tiga tahun dalam bidang berkaitan. Ahli bersekutu adalah ahli akademik yang sedang mengajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Ijazah dalam perakaunan ditawarkan di beberapa universiti seperti di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Pelajar seharusnya bermula awal membuat kajian dalam bidang diminati supaya mereka lebih tahu apa yang diperlukan mencapai cita-cita masing-masing.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 6/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Tip FAHAMI PROSES KERJA

- Pelajar perlu cemerlang dalam bidang matematik dan memperuntukkan banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran.

- Bagi pelajar yang sedang mengikuti kursus dalam bidang perakaunan,

beri diri anda kelebihan dalam pasaran kerja dengan mengambil ijazah dalam bidang terbabit atau dalam pengurusan perniagaan yang menjurus kepada perakaunan.

- Sertai persatuan profesional dalam usaha untuk membina rangkaian

kenalan boleh membantu mendapatkan pekerjaan atau mendedahkan diri dengan perakaunan.

- Mengisi masa lapang dengan bekerja sementara di firma perakaunan bagi

mendedahkan diri terhadap bidang itu selain lebih memahami proses kerja.

- Pendedahan awal dalam menimba pengetahuan dalam bidang terbabit

boleh memberi kelebihan ketika sesi temuduga mendapatkan kerja.

- Membuat kajian kelayakan bekerja dalam bidang itu kepada mereka yang berkaitan termasuk menyertai seminar yang dibuat.

- Perlu meningkatkan kemahiran dalam bidang komunikasi secara lisan dan

penulisan.

- Mendapatkan risalah daripada kolej atau universiti mengenai kelayakan perlu ada.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 7/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Perakaunan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia bebas.

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material). Pengamal perakaunan dikenali sebagai akauntan. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti Chartered Accountant (di UK, New Zealand, Kanada, India, Australia, Pakistan), Certified Public Accountant (AS, Hong Kong), Certified Management Accountant (Kanada), Certified General Accountant (Kanada), Certified Practicing Accountant (Australia). Beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (chartered) atau bersijil (certified). Kebanyakan akauntan "awam" ("public" accountants) di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, Certified General Accountant juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun 2005. Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (regulator), dan pemegang kepentingan (stakeholders) yang lain seperti pemegang saham (shareholders), pemiutang (creditors), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga dikenali sebagai bookkeeping. Sistem catatan bergu (double-entry bookkeeping system) merupakan unsur terpenting bagi perakaunan kewangan moden. Sistem ini melibatkan pemasukan sekurang-kurangnya dua catatan bagi setiap pertukaran yang dibuat dalam aliran perniagaan: satu catatan debit dalam satu akaun, serta satu catatan kredit yang

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 7/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

serentak dengan catatan debit itu dalam satu akaun yang lain. Jumlah kesemua catatan debit mestilah senantiasa menyamai jumlah kesemua catatan kredit. Ini memudahkan seseorang untuk menyemak kesilapan dalam akaun. Sistem ini julung kali digunakan di Eropah sewaktu zaman pertengahan, walaupun ada sesetengah pihak mengakui bahawa sistem ini direka di Greece zaman kuno. Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 8/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Sejarah Awal Perakaunan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia bebas.

Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun manusia (orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian. Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik (sistem catatan bergu) barangkali telah difahami orang di Itali sebelum tahun 1495, sewaktu Luca Pacioli (1445 - 1517), juga dikenali sebagai Friar Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di Venice. Buku ilmu perakaunan bahasa Inggeris yang tertua pernah diketahui diterbit di London oleh John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku ini dikenali sebagai A Profitable Treatyce called the Instrument or Boke to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor and Creditor (Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku untuk belajar mengetahui susunan baik penyimpanan pihak yang dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang). Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh John Mellis dari Southwark, di mana beliau berkata, "Akulah yang memperbaharui dan membangkitkan semula sesuatu catatan lama yang dicetak di sini di London pada 14 Ogos 1543: dikumpul, diterbit, dibuat dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle, Scholemaster, yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik, maka adanya buku ini di Lorong Marko, mukim Santo Ollaves." John Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan yang dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk "selepas bentuk Venice". Buku yang digelar The Merchants Mirrour, or directions for the perfect ordering and keeping of his accounts formed by way of Debitor and Creditor (Cermin Saudagar, atau panduan bagi penyusunan dan penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali, oleh Richard Dafforne, seorang akauntan, diterbitkan pada tahun 1635, mengandungi banyak rujukan kepada karya-karya yang lebih terdahulu mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku ini, bertajuk "Opinion of Book-keeping's Antiquity" (Pandangan Antikuiti Penyimpanan Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 8/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

penulis yang lain, bahawa sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku ini ketika itu telah dipakai di Itali selama dua ratus tahun, namun kaedah yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu zaman Julius Caesar di Rom purba ("but that the same, or one in many parts very like this, was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.") Seorang pengarang Belanda tampil untuk mencadangkan bahawa sistem catatan bergu wujud ketika zaman Yunani purba, merujuk kepada perakaunan saintifik yang sudah lebih lama dicipta daripada yang disangkakan. Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak - edisi kedua pernah diterbit pada tahun 1636, edisi ketiga pada tahun 1656, dan keempat pada tahun 1684. Buku ini merupakan karangan yang paling lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan terperincinya; edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini banyak dihargai pada abad ke-17. Sejak itu terdapat bekalan yang berterusan bagi hasil sastera dalam subjek ini, kebanyakan pengarangnya menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru jurusan ini, maka terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah. Pada awal abad ke-18, perkhidmatan akauntan di kota London digunakan dalam penyiasatan urus niaga seorang pengarah South Sea Company, yang telah lama berurusan dengan saham syarikat. Ketika penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya dikenali sebagai Observations (Pemerhatian) dihasilkan dengan penyemakan catatan Sawbridge and Company, oleh Charles Snell, Writing Master and Accountant di Foster Lane, London. England mereka konsep Akauntan Berpiagam (Chartered Accountant) pada abad ke-19, yang kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran Akautan Awam Sah (Certified Public Accountant).

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 9/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Perakaunan: Etika Dan Profesionalisme Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Banyak perkara yang mungkin boleh

dikaitkan dengan Enron, skandal perakaunan yang sukar dilupakan, seperti

mengakibatkan Arthur Andersen gulung tikar, mengetatkan lagi peraturan untuk

membendung salah laku perakaunan dan gesaan supaya wujudnya etika

perniagaan yang lebih mantap.

Selepas enam tahun, walaupun ada peraturan ketat seperti Sarbanes-Oxley dan

Basle Two, yang sebahagiannya disebabkan krisis Enron dan Worldcom,

pasaran masih terbuka kepada salah laku perakaunan.

"Malangnya, meskipun terdapat banyak peraturan dan undang-undang, tentu

akan terus ada kes salah urus seperti itu yang dilakukan menerusi salah laku

korporat, misalnya memanipulasi akaun kewangan syarikat.

"Ini boleh berlaku di mana-mana negara dan pada bila-bila masa. Kes seperti ini

tetap berlaku walaupun di negara paling maju dan dalam pasaran yang

mempunyai peraturan ketat," demikian menurut Presiden Persatuan Akauntan

Berkanun Bertauliah (ACCA), Gilian Ball.

Malah, jelas beliau, di negara ini, krisis perakaunan baru-baru ini seperti kes

Transmile Group dan Megan Media masih berlaku walaupun Malaysia

mempunyai peraturan tadbir urus bertaraf dunia dan dipuji semua pihak.

Jelas sekali, mengetatkan peraturan ala Sarbanes-Oxley tidak semestinya

mengubah tingkah laku asas atau menjadikan manusia lebih beretika.

MENJADIKAN MANUSIA DAN PERNIAGAAN LEBIH BERETIKA

Justeru, apa yang boleh dilakukan supaya manusia dan perniagaan lebih

beretika?

Menurut Ball, apa yang diperlukan ialah perubahan paradigma dalam kaedah

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 9/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

pemikiran dan membuat keputusan.

"Sekarang, keputusan perniagaan terikat kepada 'bottomline'. Secara ideal,

keputusan patut dibuat berasaskan prinsip etika. Individu patut bertanya apa

yang betul patut dilakukan, bukannya apa yang paling menguntungkan boleh

dilakukan?" terang Ball.

Beliau berpendapat untuk bermula dan berjaya, perubahan besar dalam

pemikiran etika dan membuat keputusan mesti dimulai daripada atas.

"Pemimpin mesti mengotakan kata-katanya dan tidak boleh lagi berpegang

kepada 'Buat apa yang saya suruh, bukan buat apa yang saya lakukan,"

katanya.

Hanya jika pemimpin menunjukkan tingkah laku beretika, barulah anak buahnya

mahu mengikut mereka, dan keseluruhan organisasi akan bergerak selari

dengan prinsip etika berdasarkan budaya etika 'atas-ke-bawah', jelas beliau.

MEWUJUDKAN KAYU PENGUKUR KEJAYAAN

Tidak kurang pentingnya ialah mewujudkan pengukur kejayaan bukan kewangan

yang memberi imbuhan kepada tingkah laku beretika, kata Ball.

"Berbuat perkara baik patut diberi imbuhan kerana berbuat baik tidak semestinya

meningkatkan 'bottomline'. Pemimpin dan perniagaan mesti berpegang bahawa

'bottomline' bukanlah segala-galanya dan menjadi matlamat akhir," tambah

beliau.

Ball mengakui memang sukar bagi golongan profesional untuk melakukan

perkara yang betul jika mereka sentiasa tertekan dengan ketua supaya

mencapai sasaran keuntungan semata-mata.

Beliau menyifatkan keadaan sekarang dengan peraturan yang menghukum

tingkah laku tidak beretika bukanlah utopia dan tidak banyak menggalakkan

orang berkelakuan baik.

Ball berpendapat tingkah laku etika tidak boleh didorong oleh peraturan luar

tetapi sebaliknya manusia harus mengawal tingkah laku mereka berasaskan

sejumlah prinsip dalaman.

Teladan daripada kes Enron dan Worldcom di Amerika Syarikat dan Parmalat di

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 9/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Itali menunjukkan kod berdasarkan peraturan dan undang-undang akan

menggalakkan perakaunan kreatif dan pincang, kata Ball.

Beliau percaya agak mustahil untuk mengadakan peraturan bagi semua keadaan

kerana secara idealnya manusia patut berpegang kepada prinsip etika yang

diterima semua, fleksibel dan boleh dilaksanakan dalam semua keadaan.

Ball berkata, ACCA khuatir jika peraturan dengan cepat akan menjadi terlalu

banyak peraturan (yang mengongkong), dan keadaan takut kepada hukuman

tidak menggalakkan profesional kewangan untuk mengoptimumkan kemahiran

dan kebolehan mereka.

"Kami percaya peraturan perlu setimpal dengan risiko dan timbal balas material

jika wujud salah laku. Sebahagian daripada pati dan nilai profesional akauntan

adalah kebolehan mereka untuk membuat keputusan berasaskan prinsip-prinsip

etika," jelas beliau lagi.

SUKATAN PENGAJIAN BARU

Justeru, Ball menjelaskan bahawa etika merupakan teras kepada raison d'etre

ACCA dan sehubungan itu, beliau menyifatkan pengenalan sukatan pengajian

baru yang membabitkan Etika dan Profesionalisme oleh ACCA memang sesuai

dan tepat dengan masanya.

Beliau berkata pengenalan sukatan pengajian baru itu bertujuan untuk

membantu profesional kewangan menghayati kod prinsip yang luas dan

mengawal mereka ketika membuat keputusan dan bertindak dalam sebarang

keadaan.

"Kami mahu melahirkan profesional yang faham dan mengamalkan etika serta

profesionalisme," jelas Ball.

Sebagai sebuah badan perakaunan terbesar di dunia dengan 115,000 ahli dan

296,000 pelajar di 170 buah negara, ACCA secara berkala menyemak sukatan

pengajiannya bagi menggambarkan perubahan semasa dalam kerjaya

berkenaan, jelas Ball.

Ia juga bagi memenuhi kehendak majikan, kata Ball sambil menambah bahawa

inisiatif untuk menegakkan agenda etika dan profesionalisme adalah reaksi

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 9/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

kepada maklum balas perundingan ACCA dengan lebih 25,000 pihak

berkepentingan di seluruh dunia.

ETIKA DAN PROFESIONALISME

Sebagai tambahan, kata Ball, cabaran baru mencetuskan satu kemestian untuk

ACCA menjadikan Etika dan Profesionalisme begitu ketara dalam sukatannya.

Perubahan kepada Standard Perakaunan Antarabangsa yang rumit dan

mendesak termasuk berubah kepada nilai adil, yang menuntut kepada integriti

dan pemikiran waras dan keperluan untuk mematuhi kod kebangsaan yang lebih

ketat sekali gus meningkatkan tumpuan kepada nilai profesional, etika dan tadbir

urus, jelas beliau lagi.

Beliau percaya seseorang akauntan memerlukan kemahiran teras seperti

kerangka etika berasaskan prinsip untuk menangani cabaran selepas

perniagaan disesuaikan dengan kod perilaku, peraturan dan undang-undang

yang lebih ketat.

Menurut Ball, kelayakan ACCA yang baru mempunyai penekanan yang ketara ke

atas etika.

Dalam sukatan pengajian baru yang bermula dengan pengambilan Disember

2007, latihan mengenai etika disepadukan dalam 11 daripada 16 kertas

termasuk satu kertas khusus, dinamakan Akauntan Profesional.

MODUL ETIKA PROFESIONAL SECARA ONLINE

Etika juga dimasukkan ke dalam keperluan latihan praktikal ACCA dan modul

Etika Profesional secara online, kata Ball.

Menurut beliau, latihan baru ini sangat interaktif di mana para pelajar diberi

beberapa keadaan supaya mereka boleh merasai sendiri suasana berada dalam

dilema etika.

"Tiada jawapan yang betul atau salah. Asasnya, sukatan baru ini akan

meningkatkan kesedaran pelajar dan mereka akan mendapat respons dan

pengalaman berikutan keputusan mereka dalam satu situasi yang selamat," kata

Ball.

---------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan (Bil. 9/2007)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 5

Pengalaman ini boleh diterapkan dalam situasi sebenar dan mereka boleh

menggunakan simulasi itu sebagai garis panduan kepada keputusan sebenar

yang akan menimbulkan kesan yang betul, tambah beliau.

Ball menyuarakan peri pentingnya pemupukan etika dalam diri akauntan kerana

mereka adalah pihak pertama yang menyediakan nasihat perniagaan.

"Dengan menukar minda akauntan, yang kebanyakannya adalah ketua pegawai

kewangan yang memegang jawatan pemimpin utama, kita mencipta kesan

berganda dalam perniagaan."

-- BERNAMA