MOHD FITRI BIN SAHHARI - Faculty of Education | … TAHAP BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH MENENGAH DI...
Transcript of MOHD FITRI BIN SAHHARI - Faculty of Education | … TAHAP BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH MENENGAH DI...
TAHAP BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SKUDAI: KAJIAN KES
MOHD FITRI BIN SAHHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP BEBAN TUGAS GURU
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SKUDAI:
KAJIAN KES
MOHD FITRI BIN SAHHARI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iv
DEDIKASI
Buat Ayah Bonda tersayang,
Sahhari B. Isahak dan Faizah Bt. Samsuddin,
Terima kasih atas segala-galanya.
Buat Kekanda dan Adinda yang dingati,
Nurul Hisyam, Shanrul Ain, Samihah dan Rohaiza,
Sokongan dan pengorbanan kalian telah memberikan,
Kesempatan untuk diri ini merasai erti,
Sebuah kejayaan.
Buat Guru-guru yang dihormati,
Terima kasih kerana mengizinkan diri ini,
Mengutip mutiara-mutiara ilmu yang berharga.
Buat Sahabat-sahabat seperjuangan,
Contohilah Rasulullah dan para sahabat di dalam bersahabat,
Teruskan perjuangan mu yang belum selesai,
Hingga ke akhirnya.
Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati,
Hidup kalian di dunia dan di akhirat.
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Cik Sarimah Bt Ismail atas
segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan
tesis ini dijalankan.
Seterusnya penulis ingin merakamkan terima kasih kepada kedua ibu bapa En
Sahhari B. Isahak dan Pn. Faizah Bt. Shamsuddin yang sering memberikan dorongan dan
galakkan yang tidak penah putus tanpa mereka mungkin saya tidak seperti sekarang.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua
pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal
dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap
dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam,
Mohd Fitri Bin Sahhari.
vi
ABSTRAK
Kajian kes ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap beban tugas guru di dua buah
sekolah menengah akademik harian biasa di daerah Skudai Johor. Data telah dikumpul
menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru yang tidak
memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran sekolah. Data diperolehi dianalisis
menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science Windows)
Version 11.1. Data tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual frekuensi, peratusan
dan min. Dapatan kajian menunjukkan purata beban guru-guru berada pada tahap yang
tinggi. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan bagi tajuk ini dibincangkan di bahagian
akhir laporan penulisan projek ini.
vii
ABSTRACT
This case study research is conducted to identify the level of teachers’ work load
at two daily academic school in the district of Skudai, Johor. Data have been gathered
using questionnaire that distributed to 80 teachers that do not hold high position in school
administration. Data derived was analyzed using computer software program SPSS
(Statistical Package for Social Science Windows) Version 11.1. The data was presented
in the form of frequency, percentage and mean. Finding of the study shown that
teachers’ work load was at the high level. A few suggestions for further research were
proposed is discussed at the end of this project report writing.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Halaman Judul i
Halaman Pengesahan Penyelia ii
Halaman Pengakuan iii
Halaman Dedikasi iv
Halaman Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Jadual Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
1 PENDAHULUAN 1 - 9
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
ix
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi/Istilah 8
1.9 Penutup 8
2 LATERATUR KAJIAN 10 - 15
2.1 Pengenalan 10
2.2 Tugas Guru 10
2.2.1 Beban Tugas Akademik 12
2.2.2 Beban Tugas Bukan Akademik 13
2.3 Kesan Beban Tugas Berlebihan 13
2.4 Penutup 15
3 METHODOLOGI KAJIAN 16 - 26
3.1 Pengenalan 16
3.2 Etika Kajian 16
3.3 Reka Bentuk Kajian 17
3.4 Tempat Kajian 18
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 18
3.6 Instrumen Kajian 19
3.7 Kajian Rintis 20
3.8 Prosedur Kajian 21
3.9 Penganalisisaan Data 23
3.10 Penutup 25
x
4 ANALISIS DATA 26 - 42
4.1 Pengenalan 26
4.2 Latar Belakang Responden 26
4.2.1 Bilangan responden. 27
4.2.2 Taburan responden mengikut bilangan 27
pelajar yang diajar di sekolah.
4.2.3 Taburan responden mengikut bilangsn 28
kelas.
4.2.4 Taburan responden mengikut bilangan 28
mata pelajar yang diajar di sekolah.
4.3 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 29
4.3.1 Bebanan tugas mengajar. 30
4.3.2 Beban tugas mengendalikan peperiksaan 33
dalaman dan luaran
4.3.3 Beban tugas pengurusan bilik darjah 35
4.3.4 Beban tugas penjagaan disiplin pelajar 38
4.3.5 Beban tugas ko-kurikulum 39
4.4 Rumusan 42
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan 43
5.2.1 Beban tugas pengajaran yang dijalankan 44
oleh guru
5.2.2 Beban tugas bukan akademik 45
xi
5.3 Rumusan 47
5.4 Cadangan 49
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50
5.6 Penutup 51
RUJUKAN 52 - 53
LAMPIRAN 54 - 60
Surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah 55
Borang Soal Selidik 57
xii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Taburan sampel kajian 19
3.2 Taburan bilangan item soal selidik 19
3.3 Klasifikasi kekuatan kolerasi 21
3.4 Pengkelasan skala likert 25
3.5 Klasifikasi terhadap item 25
3.6 Skala min 25
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 28
4.2 Taburan responden mengikut bilangan pelajar yang diajar 28
4.3 Taburan responden mengikut bilangan kelas yang diajar di
sekolah
29
4.4 Taburan responden mengikut bilangan mata pelajaran yang
diajar
29
4.5 Taburan peratus dan min beban tugas mengajar 31
4.6 Dapatan beban tugas guru dalam peperiksaan dalaman dan
luaran
35
4.7 Taburan kekerapan dan min beban tugas pengurusan bilik
darjah
36
4.8 Taburan kekerapan dan min beban tugas penjagaan disiplin
pelajar
39
4.9 Taburan kekerapan dan min beban tugas ko-kurikulum 41
4.10 Dapatan beban tugas guru mengikut persoalan kajian 43
xiii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
3.8.1 Kerangka operasi kajian 23
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan
“pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.”
FPK ini jika dihayati sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul
tanggungjawab yang berat. Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak
menangani masalah terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai
‘pakar’ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et al.2002)
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina negara
yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban
tugas dan tanggungjawab kerja di kalangan guru-guru perlu diambil kira.
2
Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman
yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat
dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras
dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran
pembelajaran, kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian.
Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada
pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.
Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga
kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru
menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas
ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd.
Rahim (1997 ).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan
pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian
membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu
dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan
kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991).
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas di kalangan
guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah :
a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun.
b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru
tertentu.
c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan.
3
d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru.
Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang
pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai
baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat
kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan
ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan
jumlah murid” (Harian Metro, 2005).
Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru-
guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban'
memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan
tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari
laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk
aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk
pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru
digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk
latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah.
Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930)
telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam
tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan
dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005).
Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya
ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
“stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang
seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam
menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999)
4
yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di
sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.
Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan Bil. 1/91, Jabatan Perkhidmatan Awam,
menyatakan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pegawai dan kakitangan untuk
memohon bersara pilihan sendiri pada umur 40 tahun. Ekoran persetujuan tersebut pada
tahun 1992 hingga tahun 1995 bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang
memohon bersara awal meningkat dari 608 kepada 3893 orang. Faktor beban tugas guru
dikenalpasti sebagai penyebab utama berlakunya permohonan guru bersara awal.
Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan
sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke
arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja-
kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun
atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa
dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997).
Dengan itu dirasakan adalah perlu untuk mengenalpasti beban tugas guru dalam
bidang akademik dan juga bukan akademik melalui kajian ini.
1.3 Penyataan Masalah
Pola pendidikan pada hari ini adalah jauh bezanya dengan pendidikan zaman
dahulu. Dalam situasi pada masa kini, guru-guru telah diberi tanggungjawab yang begitu
berat untuk mereka pikul. Oleh itu penyelidik ingin menyelidik dengan lebih mendalam
tentang kesan dan cara mengatasinya beban tugas akademik dan bukan akademik di
kalangan guru-guru di sekolah menengah sekitar skudai. Penyelidikan akan dibuat untuk
menjawab 5 persoalan kajian utama iaitu :
5
1.3.1 Apakah tahap beban tugas mengajar yang dijalankan oleh guru?
1.3.2 Apakah tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran yang
dijalankan oleh guru?
1.3.3 Apakah tahap beban tugas pengurusan bilik darjah yang dijalankan oleh guru?
1.3.4 Apakah tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar yang dijalankan oleh guru?
1.3.5 Apakah tahap beban tugas ko-kurikulum yang dijalankan oleh guru?
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :-
1.4.1 Mengenalpasti tahap beban tugas mengajar di kalangan guru sekolah menengah.
1.4.2 Menganalpasti tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran
di kalangan guru sekolah menengah.
1.4.3 Mengenalpasti tahap beban tugas pengurusan bilik darjah di kalangan guru
sekolah menengah.
1.4.4 Mengenalpasti tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar.
1.4.5 Mengenalpasti beban tugas ko-kurikulum.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini akan melihat kepada tahap beban tugas guru dari
segi tugas yang telah diberikan. Persoalannya :-
1.5.1 Apakah tahap beban tugas mengajar yang dijalankan oleh guru?
1.5.2 Apakah tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran yang
dijalankan oleh guru?
6
1.5.3 Apakah tahap beban tugas pengurusan bilik darjah yang dijalankan oleh guru?
1.5.4 Apakah tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar yang dijalankan oleh guru?
1.5.5 Apakah tahap beban tugas ko-kurikulum yang dijalankan oleh guru?
1.6 Kepentingan Kajian
1. Kajian ini penting untuk mengenal pasti tahap beban tugas guru-guru di
sekolah menengah sekitar Skudai. Kajian ini diharapkan dapat membantu
pihak kementerian pendidikan menyelesaikan masalah beban tugas guru di
sekolah menengah.
2. Melalui kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kementerian dan guru
sekolah bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai beban tugas guru agar
dapat merangka tindakan yang perlu diambil untuk mempertingkatkan mutu
profesion pendidikan di kalangan guru-guru.
3. Memberikan pengetahuan kepada pihak kementerian bagi memartabatkan
profesion perguruan dan pihak pentadbir sekolah dalam membuat pengagihan
tugas dan kerja di kalangan guru-guru. Seterusnya untuk melahirkan
kepuasan kerja dan imej profesion perguruan di mata masyarakat negara ini.
4. Dengan kajian yang dijalankan ini dapat membantu pihak sekolah mengenal
pasti tindakan atau perancangan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan
beban tugas guru.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan tertumpu pada mengenalpasti tahap beban tugas guru-guru
di dua buah sekolah menengah di sekitar Skudai, Johor iaitu Sekolah Menengah Desa
Skudai dan Sekolah Menengah Mutiara Rini. Sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran