MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE 2015 SKSL.docx
-
Upload
norazura-zura -
Category
Documents
-
view
98 -
download
13
Transcript of MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE 2015 SKSL.docx
Mentor Mentee 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LANANG 77000 JASIN, MELAKA
NAMA MENTOR :……………………………………………………………………………………………………………………………
NAMA MENTEE :……………………………………………………………………………………………………………………………
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sri Lanang
PROGRAM MENTOR MENTEESK SRI LANANG
2015
1.0 PENGENALAN
Pembangunan sahsiah murid merupakan satu elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian Program Guru Penyayang di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters). Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang merupakan aset penting kepada sekolah. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
2.0 KONSEP Membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang.
3.0 RASIONAL 3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
4.0 OBJEKTIF Pada akhir program ini murid dapat;
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
4.2 Meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki kelemahan diri.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
4.3 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 4.4 Menyuburkan budaya sihat dalam kalangan murid dan guru yang boleh membantu meningkatkan pencapaian sahsiah unggul.
4.5 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
5.0 SASARANSemua murid tahun 6 adalah terlibat sebagai mentee. (Rujuk Lampiran B : Senarai Nama Mentor Mentee)
6.0 TENAGA MENTORProgram ini akan melibatkan seramai 32 orang guru sebagai mentor. Setiap guru akan menjadi mentor kepada seorang @ dua orang murid.
7.0 PELAKSANAANPelaksanaan Program Mentor Mentee dibahagikan kepada 2 cara:
Formal Tidak Formal
7.1 Pertemuan Secara Formal
Dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee Semasa pertemua Mentor dengan Mentee Selepas pertemuan Mentor dengan Mentee
Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee
1. Agenda pertemuan Mentor dengan Mentee serta modul perlu disemak dan diteliti oleh Mentor sebelum mengadakan pertemuan.(Rujuk Lampiran C : Agenda pertemuan Mentor Mentee secara formal dan Lampiran D : Modul Aktiviti)
2. Kehadiran semua Mentor dan Mentee adalah wajib. Kehadiran perlu dicatatkan oleh semua Mentor dalam borang kehadiran Mentee. Sekiranya Mentor yang tidak dapat hadir dalam perjumpaan (menghadiri kursus/seminar/mesyuarat) harap dapat memaklumkan lebih awal kepada Setiausaha Program. Program Mentor Mentee merupakan aspek penting bagi menjayakan program guru penyayang. Kehadiran Mentor amat penting bagi menjayakan program ini.
Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
1. Pertemuan diadakan sekali @ dua kali sebulan. (Rujuk Lampiran A : Jadual Tarikh Pertemuan Mentor dengan Mentee Secara formal & Tarikh penghangtaran Buku Laporan Program Mentor Mentee)
2. Sekiranya terdapat Mentee yang tidak hadir, Mentor hendaklah mencatat ketidakhadiran Mentee dalam Borang Kehadiran Mentee (Rujuk Lampiran F ) Mentor hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha program bagi tindakan susulan.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
3. Tanggungjawab dan peranan Mentor secara menyeluruh:
a) Bersikap prihatin serta berusaha bersungguh-sungguh membantu menangani apa jua permasalahan yang dihadapi oleh Mentee tanpa menyerahkannya dahulu kepada pihak lain dari segi kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah kendiri.
b) Melengkapkan, menyimpan dan mengemaskini Buku Laporan Program Mentor Mantee ( Maklumat peribadi termasuk markah ujian bulanan/peperiksaan hendaklah dirujuk dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan prestasi akademik mereka)
c) Merujuk anak jagaan jika perlu kepada pihak-peihak tertentu seperti Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, guru bimbingan, guru agama, guru disiplin, guru mata pelajaran dan lain-lain guru yang berkaitan.
Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
1. Semua Mentor diminta melengkapkan laporan pertemuan ke dalam Buku Laporan Program Mentor Mentee masing-masing dan menyerahkannya kepada Setiausaha Program pada keesokan harinya untuk disemak dan diserahkan kepada Guru Besar untuk tujuan disahkan. (Rujuk Lampiran A: Jadual Tarikh pertemuan Mentor dengan Mantee Secara Formal & Tarikh Penghantaran Buku Laporan Program Mentor Mentee)
2. Penyeraha Buku Laporan membuktikan penglibatan dan kehadiran Mentor mengadakan pertemuan dengan Mantee. Pihak sekolah akan menyemak senarai nama guru yang tidak menghantar Buku Laporan. Buku Laporan ini penting sebagai pemantauan kekerapan pertemuan Mentor dengan Mantee.
3. Mentor yang tidak dapat hadir semasa pertemuan Mentor dengan Mantee juga dikehendaki menghantar Buku Laporan dengan mencatatkan tidak hadir semasa pertemuan pada tarikh yang ditetapkan dengan menyatakan sebab tertentu.(Rujuk Lampiran E : Contoh Format Penulisan Laopran Pertemuan Mentor dengan Mentee)
8.0 PERTEMUAN SECARA TIDAK FORMAL
Perjumpaan secara tidak formal boleh dilakukan mengikut keperluan dan persetujuan antara mentor mentee tanpa mengganggu waktu pdp.
9.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
Semoga Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan dan berjalan dengan baik lagi. Amin.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
Mula
Menyediakan kertas cadangan
Membentangkan kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan
Menentukan pemilihan mentor dan mentee
Taklimat pelaksanaan
Penyerahan mentor kepada mentee
Laksanakan program
Pemantauan dan penilaian
Laporan
Tamat
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
MAJLIS PENYERAHAN MENTEE
Tajuk 1 : Menteeku Sayang
Masa : 30 minit
Objektif:
1. Mentee dapat mengetahui mentor masing-masing.2. Mentor dapat menerima mentee seadanya.
Bahan` : Fail Program Mentor Mentee
Aktiviti :
1. Pengacara Majlis mengumumkan nama mentor dan mentee masing-masing,2. Guru Besar menyampaikan fail program mentor mentee kepada mentor.3. Mentor menyemak kehadiran mentee.4. Meminta mentee menyediakan buku catatan dalam setiap perjumpaan.5. Mentor mengadakan perjumpaan bersama mentee mengikut jadual yang telah ditetapkan
dan perlu menghantar Buku Laporan selepasa perjumpaan bersama mentee.
Rumusan :
1. Mentor dapat mengetahui nama murid yang menjadi mentee masing-masing dan mentee dapat mengetahui nama mentor.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
TAARUF
Tajuk 2 : Salam Perjumpaan.
Masa : 30 minit
Objektif:
1. Mentor dapat mengenali mentee dengan lebih dekat.2. Mentee dapat beramah mesra dengan mentor.3. Mentor prihatin terhadap latar belakang mentee.
Bahan` : Buku Laporan Mentor Mentee, Borang Profil Mentee.
Aktiviti :
1. Mentor mengedarkan borang maklumat(profil) diri.2. Minta mentee mengisi borang dengan lengkap.3. Borang yang telah dilengkapkan diisi perlu dikumpulkan.4. Mentee diminta memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan-rakan mentee
seperti nama panggilan, hobi, aktiviti masa lapang, aktiviti yang diminati, perkara yang disukai, dan sebagainya
5. Mentor turut memperkenalkan diri kepada mentee seperti nama panggilannya,
hobi, aktiviti masa lapang, aktiviti yang diminati, perkara yang disukai dan tidak
disukai.
6. Mentor meminta dan membimbing mentee mencipta nama kumpulan, logo dan motto kumpulan.
7. Pembentangan dan rumusan.
Rumusan :
1. Mengenali mentee merupakan elemen yang penting dalam membina hubungan mesra.
2. Mengenali mentor juga akan mewujudkan rasa saling sayang dan mempercayai antara satu sama lain.
3. Kerjasama dapat menjalin ukhwah antara satu sama lain.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
POTENSI DIRI
Tajuk 3 : Potensi Diri
Masa : 30 minit
Objektif:
3. Mengenali kebolehan atau potensi diri untuk dikembangkan mengikut keperluan semasa.4. Membantu pelajar membaiki diri untuk kecemerlangan masa hadapan dalam semua aspek
kehidupan.
Bahan` : Pen dan bahan edaran
Aktiviti :
6. Mentor mengedarkan lampiran kepada mentee7. Mentee diminta menulis jawapan di lampiran kertas yang diberikan8. Mentee diminta menjawab semua soalan dengan jujur9. Mentee berkongsi pendapat dengan ahli tentang hasil kerja rakan lain sewaktu
membentangkan tugasan
Rumusan :
2. Kita patut bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita sama ada dari segi bakat, kebolahan, kelebihan, kekurangan dan kelemahan.
3. Manusia ini saling lengkap melangkapi antara satu sama lain.4. Kita harus berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk kejayaan di masa hadapan.5. Tindakan dan perubahan yang kita buat pada hari ini akan menentukan siapa kita pada hari
esok.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
DIALOG DIRI
Bil Kenyataan Catatan
1 Nama saya ialah
2 Hari ini saya rasa
3 Dua perkara yang saya suka mengenai diri saya
4 Masa yang paling menggembirakan saya ialah
5 Satu pencapaian yang amat membanggakan diri saya ialah
6 Saya menghadiri perjumpaan ini kerana
7 Saya akan merasa kecewa dengan perjumpaan ini jika
8 Satu perkara yang saya suka mengenai mentor saya ialah
9 Biasanya pada masa lapang saya akan
10 Bila rasa seronok apabila bersendirian kerana
11 Makanan dan minuman kesukaan saya ialah
12 Subjek yang paling saya minat ialah/kenapa
13 Subjek yang saya tidak gemari ialah/kenapa
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
PENGURUSAN MASA
Tajuk 4 : Masa itu Emas
Masa : 30 minit
Objektif:
1. Menyemai sikap menghormati masa dikalangan mentee2. Mentee dapat menguruskan masa mereka dengan lebih berkesan.
Bahan` : Buku catatan murid, kertas A4,
Aktiviti :
1. Mentee diminta menyenaraikan kata-kata hikmat tentang kepentingan masa.2. Mentor meminta mentee menceritakan pengurusan masa mereka dalam sehari.3. Mentor juga meminta mentee menyenaraikan akiviti-aktiviti yang berfaedah yang
perlu diutamakan dalam pengurusan masa seharian dalam buku catatan.4. Mentor meminta mentee menyenaraikan aktivit-aktiviti yang perlu dikorbankan
dalam pengurusan masa seharian mentee.5. Mentor meminta mentee membaca senarai yang telah dibuat.6. Mentor meminta mentee menyediakan satu contoh jadual pengurusan masa dalam
sehari mentee bermula dari bangun tidur pagi hingga masuk tiduk.7. Mentor meminta mentee membuat pembentangan.8. Perbincangan dan rumusan.
Rumusan :
Pengurusan masa yang berkesan menghasilkan murid yang cemerlang.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
EMOSIKU
Tajuk 5 : Emosiku
Masa : 30 minit
Bahan : Edaran
Objektif:
i. Menggalakkan mentee mencungkil emosi yang terdapat dalam dirinya.ii. Memberi mentee celik akal tentang dirinya.
Aktiviti :
i. Borang diedarkanii. Borang yang telah diisi akan dikutip dan mentor meminta mentee untuk menerangkan apa
yang ditulis oleh mereka.
Rumusan :
i. Setiap orang mempunyai pengalaman mereka yang unik kepada suasana yang sama.ii. Adalah penting bagi kita menghormati keperibadian seseorang disamping usaha kita untuk
memilih apa yang betul di sisi undang-undang, masyarakat dan agama.iii. Cuba tidak menilai dalam perbincangan tetapi dapat membuat rumusan untuk difikirkan .
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
BORANG EMOSIKU
Sila lengkapkan ayat ini
Bil Kenyataan Luahan
1 Saya tidak tahan apabila
2 Hidup ini penuh dengan
3 Saya akan marah jika
4 Saya rasa sungguh bersalah apabila
5 Saya sungguh benci dengan
6 Saya tidak boleh menerima
7 Saya takut
8 Saya gementar
9 Sekiranya saya berpeluang, saya akan
10 Saya seringkali terfikir untuk
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
CITA-CITAKU
Tajuk 6 : Cita-citaku
Masa : 30 minit
Bahan : Edaran
Objektif:
1. Mentee boleh merealisasikan cita-cita mereka
2. Berpeluang mengenal cita-cita sendiri
3. Boleh mengenalpasti kebolehan dan keistimewaan diri untuk mencapai cita-cita.
4. Mengenalpasti halangan-halangan yang mungkin ada dalam mencapai cita-cita.
5. Mengelakkan mentee mencapai cita-cita dengan cara yang salah.
Aktiviti :
1. Mentor mengedarkan edaran.
2. Setiap mentee mesti menulis berdasarkan edaran yang diberikan.
3. Perbincangan
Rumusan :
1. Setiap manusia mempunyai cita-cita masing-masing.
2. Dalam usaha mencapai cita-cita, manusia menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang
dianggap sebagai pengahalang.
3. Tidak semua manusia menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk menghadapi
cabaran ini dalam usaha mencapai cita-citanya.
4. Terdapat manusia mencari jalan mudah untuk mencapai cita-cita hidupnya. Dengan
demikian, ia akan mudah terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan naluri
manusia itu sendiri seperti rasuah, mencuri, dan menipu yang akhirnya bukan sahaja
merosakkan dirinya malah masyarakat keseluruhan.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
CITA-CITA HIDUP
1. Adakah anda mempunyai cita-cita?
Nyatakan dua cita-cita dalam hidup anda
i. Jangka Pendek :_______________________________________________
ii. Jangka Panjang :______________________________________________
2. Perkara-perkara yang menghalang daripada mencapai cita-cita.
i. _________________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
iv. _______________________________________________________________
v. _________________________________________________________________
3. Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai cita-cita ini.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________
iv. _______________________________________________________________
v. _________________________________________________________________
4. Adakah anda rasa yakin dapat mencapai cita-cita anda itu? Kenapa? Alasannya
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
PENAMPILANKU
Tajuk 7 : Penampilanku-Kebersihan, Gaya Hidup
Masa : 30 minit
Objektif: 1. Mengurus diri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri
3. Menyayangi diri sendiri
Aktiviti : 1. Mentor memilih seorang mentee yang berpakaian kemas dan bersih
sebagai role model.
2. Mentee memberi pendapat tentang penampilan mentee tersebut.
3. Mentor menerangkan kepentingan dan cara pengurusan diri yang baik.
4. Mentor memberi motivasi dan galakan pengurusan diri yang baik.
Alatan : Tiada
Rumusan : 1. Mentee mampu menguruskan diri sendiri dan mengutamakan
kebersihan diri.
2. Kita perlu menyayangi diri sendiri.
3. Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN:
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:
a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria
Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:
a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.
Sebagai pelajar, anda mestilah memastikan diri anda sentiasa bersih, sama ada dari segi pakaian,
mahupun anggota tubuh sendiri:
Pakaian
Anda mesti pastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas setiap hari.
1. Pakaian terutamanya pakaian seragam sekolah haruslah ditukar setiap hari.
2. Pakaian biasa perlu ditukar setiap hari, apatah lagi kalau anda bermain atau menjalankan
aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya
3. Pakaian seragam haruslah diseterika kemas dan kasut sekolah pula haruslah sentiasa bersih.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
4. Stokin mestilah ditukar apabila sudah kotor, lembap, atau berbau. Jika tidak, kaki anda akan
dijangkiti kulat.
5. Begitu juga dengan pakaian seragam lain seperti tali leher, skaf/tudung haruslah sentiasa
bersih dan tidak berbau.
Kebersihan tubuh
Ini amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti penyakit
1. Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
2. Rambut juga pastikan sentiasa pendek. Bagi perempuan yang berambut panjang, pastikan
anda membuat tocang.
3. Untuk mengelakkan kelemumur atau kutu, pastikan anda membasuh rambut dengan
syampu setiap hari.
4. Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik.kerana ini akan
memudahkan jangkitan misalnya kutu dan sebagainya.
5. Rambut haruslah disikat rapi dan bagi pelajar lelaki, pakai minyak rambut supaya nampak
kemas.
6. Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi.
7. Selesai mandi, lap badan sehingga kering, dan cuci telinga dengan berhati-hati.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
NILAI POSITIF & NEGATIF DIRI
Tajuk 8 : Membina keyakinan diri
Masa : 30 minit
Bahan : Edaran
Objektif:
1. Mentee dapat mengenal pasti ciri-ciri peribadi seorang remaja sebagai pelajar anak kepada
ibu bapa, ahli masyarakat ,dan warga negara.
2. Mentee dapat mengamalkan budaya hidup yang baik dan sihat bagi menjamin kehidupan
masa depan.
3. Manusia yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya lazim dikaitkan dengan individu
yang mempunyai peribadi yang baik dan dihormati.
4. Mentee /remaja perlu mempunyai jati diri dan mampu memperkasakan diri daripada
dipengaruhi oleh anasir yang cuba merosakkan diri.
Aktiviti :
1. Mentee diminta menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 ciri positif yang perlu ada
pada seseorang pelajar.
2. Mentee menyenaraikan 10 ciri negatif yang berlaku masa kini perlu dijauhi.
3. Mentor meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.
4. Mentor meminta mentee menceritakan prihal rakan-rakannya yang pernah terlibat
dengan gejala sosial. ( contoh : dadah, skodeng, rempit,bohsia…)
5. Mentee lain digalakkan bersoaljawab selepas sesi berkenaan
6. Mentor membuat rumusan.
RUMUSAN :
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
1. Manusia yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya lazim dikaitkan dengan individu
yang mempunyai peribadi yang baik dan dihormati.
2. Kemahiran ini memberikan kesedaran dalam diri seseorang bahawa gaya hidup yang sihat
menjamin kehidupan yang cemerlang.
NAMA : ....................................................................
KELAS :.......................................
BORANG KENALI DIRI
SIKAP POSITIF YANG ADA DALAM DIRI SIKAP NEGATIF YANG ADA DALAM DIRI
1. ..................................................
2. .................................................
3. ..................................................
4. ..................................................
5. ..................................................
6. ..................................................
7. ...................................................
8. ...................................................
9. ...................................................
10. ...................................................
1. .............................................................
2. .............................................................
3. ..............................................................
4. .............................................................
5. ..............................................................
6. ..............................................................
7. ...............................................................
8. ..............................................................
9. ..............................................................
10. ...............................................................
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
MOTIVASI DIRI
Tajuk 9 : Motivasi Diri
Masa : 30 minit
Objektif : Mentee tahu tentang motivasi
Aktiviti :
1. Mentor menyuruh mentee duduk dengan keadaan tenang.
2. Mentor akan memberikan motivasi kepada mentee untuk belajar bersungguh-sunggun
hingga mencapai kejayaan dandapat memberi sumbangan kepada sekolah.
3. Setiap mentee diminta untuk melengkapkan borang yang diberikan
Rumusan :
Motivasi penting dalam memastikan setiap perkara yang dilaksanakan berjaya. Motivasi adalah
suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah
keluarga atau organisasi untuk mencapai apa jua yang diinginkan.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
FAKTOR SAYA TIDAK BERMOTIVASI IALAH:
Contoh :Sentiasa leka dengan permainan video
1.
2.
3.
4.
5.
CIRI-CIRI RAKAN YANG MEMBANTU DALAM MEMBERIKAN MOTIVASI
Contoh : Sentiasa memberikan galakan dalam waktu susah dan senang
1.
2.
3.
4.
5.
SAYA PERLUKAN MOTIVASI DALAM ASPEK.
Contoh : Pembahagian Masa
1.
2.
3.
4.
5.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
KECEMERLANGAN DIRI
Tajuk 10 : Kecemerlangan
Masa : 30 Minit
Objektif :
1. Membantu mentee untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
2. Mentee sedar kepentingan amalan-amalan yang baik dalam menjana kejayaan.
Aktiviti :
1. Mentee diberikan borang peningkatan prestasi belajar dan mentee perlu mengisi borang tersebut mengikut kehendak soalan.
2. Seterusnya, mentor akan mengulas tentang perkara yang boleh dibuat untuk menuju kejayaan.
Rumusan :
Kejayaan
Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita
Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam
hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.
Kegagalan
Anda pernah gagal? Jangan takut gagal kerana kegagalan mendewasakan kita!
Menurut Kamus Dewan:
Kegagalan membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya mencapai matlamat atau cita-
cita yang dikehendaki.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kegagalan hanyalah kekalahan atau ketewasan sementara. Kita boleh mendapat pengajaran
serta membina akhlak melalui kekalahan. Kita mesti menerima kegagalan tanpa perasaan
malu atau aib. Ia hanya merupakan kegagalan sementara dalam kehidupan. Tidak ada
salahnya jika mengalami kekalahan sementara. Kegagalan yang sebenar ialah apabila
seseorang itu gagal bangkit daripada kekalahan itu.
Aktiviti Untuk PENINGKATAN PRESTASI BELAJAR
(Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang)
1.2.3.4.5.6.7.8.
CARA UNTUK MENGUBAH CARA HIDUP MENUJU KE ARAH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN
FAKTOR PENGHALANG KEPADA KEJAYAAN ANDA?
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
PENGHARGAAN
Tajuk 11 : ’Mentor dihargai, Mentee disayangi’
Masa : 30 Minit
Objektif :
1. Memupuk perasaan menghargai jasa guru dikalangan murid.
2. Memupuk rasa kasih sayang antara mentor dengan mentee.
Aktiviti :
1. Mengadakan majlis perpisahan yang ringkas.2. Ucapan dari mentee dan mentor masing-masing.3. Menyambut hari lahir.4. Saling bertukar-tukar cenderamata (terpulang kepada mentor dan mentee masing-masing
mengikut kesesuaian).
Rumusan :
1. Murid berpeluang memberi penghargaan kepada guru yang telah banyak berjasa kepada mereka.
2. Mentor penyayang melahirkan mentee cemerlang.
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
LAMPIRAN A
TARIKH PERTEMUAN MENTOR BERSAMA MENTEE SECARA FORMAL DAN PENGHANTARAN BUKU LAPORAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2015
BIL
TARIKH PERTEMUAN TARIKH PENGHANTARAN BUKU LAPORAN
1. 02 MAC 2015(Isnin)
03 MAC 2015(Selasa)
2 10 MAC 2015(Selasa)
11 MAC 2015(Rabu)
3 07 APRIL 2015(Selasa)
08 APRIL 2015(Rabu)
4 21 APRIL 2015(Selasa)
22 APRIL 2015(Rabu)
5 05 MEI 2015(Selasa)
06 MEI 2015(Rabu)
6 19 MEI 2015(Selasa)
20 MEI 2015(Rabu)
7 23 JUN 2015(Selasa)
24 JUN 2015(Rabu)
8 07 JULAI 2015(Selasa)
08 JULAI 2015(Rabu)
9 28 JULAI 2015(Selasa)
29 JULAI 2015(Rabu)
10 11 OGOS 2015(Selasa)
12 OGOS 2015(Rabu)
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
11 25 OGOS 2015(Selasa)
26 OGOS 2015(Rabu)
LAMPIRAN C
AGENDA PERTEMUAN MENTOR DENGAN MENTEE SECARA FORMAL BAGI TAHUN 2015
BIL TARIKH MASA AKTIVITI
1. 02 MAC 2015(Isnin)
7:30pg – 8:15pg(45 minit)
MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG & PENYERAHAN MENTEE1.Menteeku sayang
2. 10 MAC 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg(30 minit)
TAARUF1.Salam perjumpaan
3. 07 APRIL 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
POTENSI DIRI1.Dialog diri
4. 21 APRIL 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
PENGURUSAN MASA1.Menghargai masa
5. 05 MEI 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
PENGURUSAN EMOSI1.Mengawal emosiku
6. 19 MEI 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
CITA-CITAKU1.Cita-cita Hidupku
7. 23 JUN 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
PENAMPILANKU1.Kebersihan & Gaya hidup
8. 07 JULAI 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
NILAI POSITIF /NEGATIF DIRI1.Kenali diri
9. 28 JULAI 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
MOTIVASI DIRI1.Menangani masalah dengan bijak
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
10. 11 OGOS 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
KECEMERLANGAN DIRI1.Ciri-ciri pelajar cemerlang
11. 25 OGOS 2015(Selasa)
3:00ptg – 3:30ptg (30 minit)
PENGHARGAAN1.Mentor dihargai, Mentee disayangi
LAMPIRAN E
LAPORAN PERTEMUAN MENTOR MENTEESK SRI LANANG
Nama Mentor :_________________________________________________
Tarikh Pertemuan:________________ Masa : ___________ Tempat: _________
Bilangan Kehadiran Mentee : _________________________Bil Nama Mentee yang Tidak Hadir Sebab
LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
CADANGAN DARI MENTOR:
Tandatangan Mentor: Disemak oleh:
………………………………………………………… ………………………………
LAMPIRAN F
REKOD KEHADIRAN MENTEE
BIL TARIKH
NAMA
UBKSKSL2015
Mentor Mentee 2015
UBKSKSL2015