modul pjm 3103
-
Upload
rocco-true -
Category
Documents
-
view
236 -
download
10
description
Transcript of modul pjm 3103
TAJUK 1 : PENGENALAN OLAHRAGA
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat
dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga2. menjelaskan asal usul pertandingan olahraga3. menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Pengenalan Olahraga
Sejarah Olahraga Acara-acara Olahraga
1
Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga
Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan
kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah
acara olahraga boleh dikategorikan?
Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas
seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun
dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.
Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden
pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan
Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang
mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan
Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan
Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya
dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk
prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk
mengkaji pergerakan manusia.
Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga
Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara
tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang.
Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:
i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m
ii. Acara lari jarak sederhana : 800 m , 1500 m
iii. Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m
iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m
v. Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P)
2
vi. Acara lari berhalangan : 3000 m
Acara padang pula terdiri daripada:
i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera,
melontar peluru dan membaling tukul besi
ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan
lompat bergalah
Aktiviti 1.1
1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.
2. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.
3
TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT, LARI BERGANTI – GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari
pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak
sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturan-
peraturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan
senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul.2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar.3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti
dan lari berpagar.4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak
jauh.5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat.6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Acara Balapan
Lari Pecut Lari Berganti-ganti Lari Berpagar Lari Jarak
Sederhana Dan Jarak Jauh
4
Pendahuluan
Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-
acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan
lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter .
Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika
padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.
Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut
Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat)
yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang
mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam
pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.
5
Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:
i. Fasa permulaan
Permulaan Gaya peluru:
i. Berdiri di blok, rapat kepada garisan
ii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
iii. Letakkan kaki di blok
iv. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan
v. Ruang seluas buku penumbuk
Permulaan Gaya Sederhana (Medium)
a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
b. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan
c. Ruang seluas buku penumbuk
Permulaan Gaya Panjang (Elongated)
a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok
belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki
Hadapan
c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
Kedudukan tangan, kepala dan leher
a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.
b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu
sama lain, diletak di belakang garis permulaan.
c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan
6
ii. Fasa Sedia a. Badan diangkat dan condong ke hadapan
b. Kedua tangan lurus menahan berat badan
c. Kaki belakang hampir lurus
d. Kepala pandang hadapan
iii. Fasa Berlepas
a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta
tahap rendah
b. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya
c. Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter,
kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah
d. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini
e. Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap
kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan
iv. Fasa penamat
a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah
untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar.
Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.
b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi
garisan penamat.
c. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan
d. Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang
Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti
Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari
mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor
pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara
ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.
7
Peraturan 170 : Lari berganti-ganti
8
Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan
jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-
tengahnya.
Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m)
sama dengan garisan permulaan 800m.
Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah
garisan permulaan/penamat
Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam
lorong sepenuhnya.
Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan
itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya.
Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar
zon.
Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m
dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in
line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima
baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan
jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.
Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi
penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan
secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah
pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.
Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar
9
Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang
mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan
jarak ( 100 meter – wanita, 110 meter – lelaki dan 400 meter – lelaki & wanita ).
Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )
Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh
10
Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik
dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan
kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan
pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut
terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.
Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari.
Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian.
Larian Jarak Sederhana
- 800 meter
- 1500 meter
Larian Jarak Jauh
- 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter
- 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan
- Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon
Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh
Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu
mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:
Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan
mental yang tinggi.
Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak
terpengaruh dengan larian peserta lain.
Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil
bahagian dalam larian.
Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan
dayatahan semasa berlari.
Teknik Larian
11
Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke
penamat larian.
Permulaan Larian
Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu
dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat
permulaan dengan arahan ’ Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan’.
Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari
dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-
ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam.
Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu:
Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara
’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.
Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan
permulaan satu setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong
masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong
masuk ke lorong sebelah dalam.
Semasa Larian
Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan
kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan
dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan
sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara
yang disertainya.
Teknik berlari dengan betul:
12
Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus
dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi
menegak dan seimbang.
Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.
Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter
dihadapannya.
Berlari di lorong paling dalam.
Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri
Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian.
Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan
Menamatkan Larian
Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu
dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.
Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh
Permulaan larian menggunakan gaya berdiri
Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan
hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.
Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang
bukan dikhaskan
Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’, peserta
akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama
dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera
diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.
Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut
dibatalkan.
13
Aktiviti 2.1
1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama.
2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding.
3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut.
4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti?
5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.
14
15