Modul PdPSTPM Bhg. C : Alih Bentuk Teks 2012
-
Upload
mohd-fadil-talib -
Category
Education
-
view
3.338 -
download
0
description
Transcript of Modul PdPSTPM Bhg. C : Alih Bentuk Teks 2012
Unit Bahasa Malaysia Prauniversiti SMK. Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.
Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia Kertas 2 Bahagian C : ALIH BENTUK TEKS Disediakan oleh :
Mohd Fadil bin Talib …
01-01-2012
Hak Cipta Terpelihara
Panduan Menggunakan Masa
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 20 minit. Bermula dari tahun ini calon STPM hanya akan menjawab 1 soalan alih bahasa. Oleh itu manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.
Membaca dan memahami petikan : 5 minit
Membaca kali kedua : 3 minit
Menulis alih bahasa : 10 minit
Menyemak kesalahan ejaaan danPenyemakan akhir
: 2 minit
JUMLAH : 20 minit
ANALISIS SOALAN BAHAGIAN C : ALIH BAHASA STPM 2004-2011
No.STPM2004
STPM2005
STPM2006
STPM2007
STPM2008
STPM2009
STPM2010
STPM2011
6Dialog : cerpen
DialogProsa Klasik
Dialog : Cerpen
Undang-undang
Ikalan DialogDialog : Wawancara
7 Sajak Puisi DialogDialog : Wawancara
Prosa Klasik
SajakPuisi
Melayu Tradisional
Iklan
1
SOALAN-SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LALU
STPM 2011
6. Alih bentuk bahasa petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
ANUGERAH KEGEMILANGAN INDUSTRI (AKI) 2011(Terbuka kepada syarikat perindustrian tempatan)
Jenis Anugerah
1 Anugerah Kecemerlangan Perdana Industri2 Anugerah Kecemerlangan Pengurusan3 Anugerah Kecemerlangan Kualiti
Hadiah
Sebuah trofi dan sijil pengiktirafan Wang tunai RM20 000.00 Layak menggunakan Logo
Anugerah sebagai bahan publisiti bagi tempoh dua tahun dari tarikh menerima anugerah
ANUGERAH KHAS
ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN PRODUKSYARIKAT PENGELUAR PRODUK POPULAR 2011
(Wang tunai RM10 000.00 dan sijil penghargaan)
KEPADA YANG BERMINATSILA SERTAKAN MAKLUMAT YANG BERIKUT :
Dokumen strategi pemasaran produk Sijil / anugerah yang diterima Rekod prestasi jualan / eksport Bahan lain yang berkaitan
Catatan : Dokumen palsu – anugerah akan ditarik balik Keputusan panel penilai muktamad
Tarikh Tutup Penyertaan10 Ogos 2011
2
7. Alih bentuk bahasa kolokial di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.
Salim : Long ! Long ! Masih awal lagi, Long ! Singgahlah dulu minum.
Sulong : Eh, kau Salim ! Dah lama kau kat sini ?
Salim : Baru sekejap. Kau nak minum apa, Long ?
Sulong : Kopi sajalah. Salim : Kopi, Pak Mat ! Awal betul kau keluar pagi ni, Long !Sulong : Aku nak ke pekan. Junid apa khabar ? Aku dengar dia mintak kerja kat Kuala Lumpur.
Salim : Ya, permohonan sudah dibuat, tapi belum lagi ditemu duga. Mungkin kau dah tau pasal masalah aku. Aku memang mahu Junid berjaya dalam temu duga dia dan pergi jauh dari kampung ni sekarang juga
Sulong : Eh, kenapa kau nak anak kau tinggalkan kampung ini cepat benar ?
Salim : Kau tahu, dia sudah rapat sangat dengan budak-budak nakal kat kampung ni. Aku dah puas nasihatkan dia, tapi macam mencurah air ke daun keladi.
3
STPM 2010
6. Alih bentuk puisi klasik di bawah ini kepada bentuk prosa Melayu moden.
Dulu kononnya ada suatu ceteraSeorang raja memerintah negaraKerajaan besar tidak terkiraMenaklukkan negara jin dan dewa
Baginda bernama Gangga SaktiIsterinya bernama Gemala SaktiKasih baginda tidak terperiAkan adinda permaisuri
Baginda kononya sudah berputeraKedua-dua laki-laki sama setaraYang tua bernama Betara InderaYang muda bernama Betara Udara
Kasih baginda berdua tidak terperiAkan anakanda bijak bestariMasanya tiba kedua-duanya beristeriDirayakan seluruh pelosok negeri
Setelah beberapa lamanya hariSampailah bulan kedua-dua puteriBetara Indera senang dihatiPuteranya lahir bawa panah sakti
Seketika menanti lahirlah lagiBetara Udara punyai isteriMembawa pedang Gemala SaktiPutera disambut bidan yang pasti
Setelah sudah kedua-duanya dimandikanKain yang keemasan diselimutkanKepada Gangga sakti dipersembahkanDisambut baginda dengan kesukaan
(Disesuaikan daripada Syair Agung oleh Zahir Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, halaman 4
4
7. Alih bentuk bahasa dalam perbualan di bawah kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.
Azam : Hai, senang sekarang Pak Ngah !
Pak Ngah : Senang ? Orang senang tak macam aku ni. Pagi, petang, siang, malam, nak menyiapkan tempahan. Sampai terasa longgar lutut aku menghayun mesin jahit tua ni.
Azam : Ya…lah. Goyang kaki pun boleh dapat duit. Tapi saya tak tau lagi macam mana nak cari duit.
Pak Ngah : Hidup kita perlu berusaha Zam. Tak bolehlah asyik berpeluk tubuh.
Azam : Saya bukan tak berusaha Pak Ngah. Hari-hari ke pejabat pos hantar surat mohon pekerjaan. Pantang Nampak iklan jawatan kosong di suart khabar. Naik turun pejabat tak dapat nak kira lagi. Tapi satu pun tak berjaya. Belajar tinggi-tinggi pun tak boleh dapat kerja.
Pak Ngah : Kamu silap Zam. Kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung pada ijazah. Daya usaha, kesabaran, dan kegigihan lebih banyak membantu kita mencapai kejayaan dalam hidup
5
STPM 2009
6. Alih bentuk sajak di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.
Kedidi
Kawanan burung kedidi itu
Tidak singgah lagi di pantai ini
Bermain danmencari habuan
Tidak seperti beberapa tahun lalu
Tapak-tapak jarian memanjang pantai
Yang putih halus bagai salji gunung.
Pantai kita kini tercemar
Warna aslinya telah bertukar
Bersihnya telah ternoda
Hitam dan minyak tumpah di mana-mana.
Burung-burung laut yang singgah di sini
Telah terseksa
Makanan dan tempat bermain telah dilumuri bau
Minyak mentah yang keras memenuhi melata
Kering berbau hanyir pantai
Mencemari keaslian teluk persekitarannya.
Burung-burung kedidi telah banyak
Yang terkorban dan mati
Oleh rimas dan bahang panas
Keracunan dan lemas
Bangkainya terkapar di kaki pasir
Kaku di hujiung ombak yang getir.
Burung-burung kedidi telah tiada lagi di pantai kita
Bermain dan berlari berkejaran ketam-ketam angin
Bernyanyi bersiul bersama angin yang berdesir
Semua hanya impian lalu
Yang kita kenangkan
Kerana keangkuhan manusia
Memperkosa laut semahunya.
(disesuaikan daripada Marzuki Ali dalam Jeritan Satwa Luka, 2000 Dewan Bahasa dan Pustaka , hal;aman 125-126)
6
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah kepada bentuk prosa biasa.
LARIAN
JAMBATAN PULAU PINANG
1 JUN 2009
Anjuran Bersama :
Akhbar Tanjung Bungah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
TujuanBersempena dengan sambutan Perayaan ulang Tahun ke-24 Perasmian Jambatan Pulau PinangPeserta
Umur : 13 tahun dan ke atas layak menyertai larian Terbahagi kepada tiga kumpulan
Kumpulan Kategori Umur Jarak larianA Terbuka Lelaki 18-39 tahun 42 kmB Terbuka Wanita 18-35 tahun 42 kmC Veteran Lelaki 40 tahun dan ke atas 42 km
Tarikh, Masa dan Tempat Bermula
Kumpulan Tempat bermula Tarikh MasaA, B dan C Sek. Keb. Sungai Gelugor 8 Jun 2009 5:00 pagi
Laluan Bermula : Di hadapan Sek. Keb. Sungai Gelugor-Bulatan Tengku Kudin-balik ke
garisan permulaan-merentas Jambatan Pulau Pianang-Plaza Tol Lebuh Raya Bayan Lepas.
Tamat : Di Universiti Sains Malaysia
Borang PenyertaanDapatkan borang dan hantarkan kepada :
Akhbar Tanjung Bungah
Lot 1234, Kawasan Perindustrian Prai
13600 Prai, Pulau Pinang
Tel : 04-1234 567
Tarikh TutupSelasa, 5 Mei 2009, jam 5:30 petang
STPM 2008
7
6. Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaUndang-undang Jenayah dan Haiwan, Abdul Aziz Hussin, 1990,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 5 dan 47)
7. Alih bentuk prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa moden.
8
UNDANG-UNDANG PEMELIHARAAN HAIWANSeksyen 9, Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
Barang siapa, yang menjadi tuan punya atau bertanggungjawab ke atas mana-mana kuda, lembu, atau kambing, membiarkan haiwan tersebut merayau-rayau pada mana-mana jalan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit bagi setiap haiwan, dan dikehendaki membayar semua kerosakan yang dilakukan oleh haiwan tersebut yang akan ditaksirkan oleh majistret.
UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN HAIWAN
(a) Barang siapa, yang bermaksud mengambil apa-apa haiwan dengan curangnya daripada milik mana-mana orang tanpa kerelaan orang itu, mengalih haiwan itu debgan tujuan hendak mengambilnya, dikatakan melakukan kesalahan mencuri.
(b) Barang siapa, yang melakukan khianat dengan membunuh, meracun, mencacatkan, atau menjadikan tidak berguna, seekor haiwan yang berharga lima ringgit atau lebih, hendaklah dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.
Hatta pada suatu hari, Sultan Abdul Jalil Syah beradu siang hari. Maka datang orang persembah nangka. Dan kepada itu waktu, bini Megat Seri Rama masuk ke dalam, tengah bunting tujuh bulan. Serta dilihat nangka itu, terlalu hendak makan nangka itu, tiada dapat ditahani rasanya. Maka bini Megat Seri Rama pun datanglah, mendapat akan penghulu istana, mintak nangka barang satu hulas. Maka, fikir penghulu istana, “Dari sebab ia buntinglah, maka sangat berkehendakkan ini”. Maka lalu diambil akannya satu hulas dan dibagikan akan bini Megat itu. Maka dimakannyalah akan nangka itu. Akan penghulu istana itu tersenyum melihat akan perangai bini Megat itu. Maka, oleh bini Megat itu diucapkannyalah akan terima kasihnya kepada penghulu. Setelah sudah maka bini Megat pun segeralah beredar dari situ. Maka penghulu istana itu pun menutupi tebuk pada nangka yang diambil itu sebelum disantap oleh Sultan Abdul Jalil.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaHikayat Siak, dirawikan oleh Tengku Said dan disenggarakan oleh Muhammad Yusoff Hashim, 1992Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 8)
STPM 2007
9
6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.
“Parut ubi kayunya dah siap, mak!” kata Mek Jarah.
“Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji…tadah airnya dalam bekas, nanti boleh bagi minum biri-biri.”
“Belah yang mana, mak !?” Tanya Mek Jarah.
“Ambil yang kulitnya kurang perang. Rasanya ada dua biji…bawa ke jemuran…belah di situ. Kalau tumpah airnya lantai tak basah.”
Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding lalu ke jemuran dan duduk bertinggung depan besen besi kuning langsat.
“Dusuk biar rapat ke lantai. Anak muda tidak baik duduk bertinggung begitu !” kata emak.
Puk ! puk ! Puuuuukkk ! Emak dengar bunyi belakang parang berantukan dengan tempurung kelapa.
“Orang belah kelapa tidak begitu. Pegang kelapa atas tapak tangan kiri, lepas itu ketuk dengan belakang parang, baru senang dibelah.”
“Tengok begini !”
Emak angkat parang tinggi dan parangnya jatuh atas kelapa lalu pecah dan airnya bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai. Emak umpil sampai kelapa terbelah dua.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kelapa Nan Sebatang, oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993. Masa Enterprise, halaman 60-61)
10
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.
Nadia : Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita berhentilah, dik ! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kepala kita dibuatnya kalau terlalu panas.
Nadzrin : Yalah, kak ! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni.
Nadia : Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka naik 2.50 C.
Nadzrin : (Mengerutkan kening) Kenapa kak ?
Nadia : Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah kenderaan telah bertambah banyak sangat.
Nadzrin : Apa kena mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak ?
Nadia : Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, dan lain-lain di atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam lapisan bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita rasa panas
Nadzrin : Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di hutan, itu pun boleh menyebabkan suhu dunia jadi panas.
STPM 2006
11
6. Alih bentuk bahasa dialog berikut kepada petikan moden yang biasa
Cik Tun : Nampak subur pokok-pokok di luar tu, Nab.
Nab : Kalau rajin taruh baja, suburlah dia.
Cik Tun : Senyap saja. Si Sudin keluarkah?
Nab : Tengah hari macam ni dia masih tidur. Kita orang perempuan ni, kerja tak habis-habis. Menyapulah, mengemaslah, memasaklah…tak ada rehat langsung.
Cik Tun : Sebab itulah aku berjalan ke rumah orang. Kalau terperap saja dalam rumah, abang haji engkau yang aku bebelkan. ( Sedang Cik Tun dan Nab berbual, mereka terdengar suara tipah memberikan salam)
Cik Tun : Suara macam kenal.
Tipah : (Hairan) Cik Tun pun ada juga?
Cik Tun : Naiklah tipah.
Tipah : Sehari tak jumpa Cik Tun ni rindu rasanya.
Cik Tun : Aku dengar , kau kata nak baiki dapur, Nab. Di mana yang engkau baiki tu? (Nak berdehem)
Tipah : Sayapun nak tahui juga, di mana yang dibaiki.
Cik Tun : Itulah, aku pun tercari-cari ni.
Tipah : Sebelah mana yang kau baiki, tengok sama saja.
Nab : Baiki apanya? Dapur gas lama tu rosak, tak boleh baiki. Tu yang beli dapur baru tu.
Cik Tun : Aku ingat kau baiki dapur, rupanya beli dapur gas. (Mereka pun ketawa)
Dipetik dan diubah suai daripada “ Senyum Sejenak”, Anjung Seri, Oktober 2002, Halaman 172-173)
7. Alih bentuk teks petikan iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.
12
STPM 2005
13
BAHAGIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
UNIVERSITI ANJUNG TIMUR KURSUS PENGURUSAN DAN KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL SECARA
JARAK JAUH
Peserta : Lulusan Sijil SPM
Pengambilan : 1 Februari , 1 Jun, 1 Oktober
Sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus
1 KURSUS PENGURUSAN Tujuan : Membekali peserta dengan pengetahuan asas yang berkaitan dengan bidang pengurusan.
Pogram 1 ( 2 bulan) Asas pengurusan Perakaunan &
kewangan
Program 2 ( 3 Bulan) Asas pemasaran Asas Statistik &
Pengeluaran
Program 3 ( 4 bulan) Penyelesaian
Konflik Pekerja Perakaunan&
kewangan Lanjutan
2 KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL Tujuan : Membantu peserta menguasai kemahiran berkomunikasi
Program 1 (2 bulan) Asas Komunikasi Lisan Penulisan Surat& Laporan
Program 2 ( 3 Bulan) Pengucapan Awam Penulisan Kertas Kerja
Borang permohonan boleh diperoleh daripada;Bahagian Pendidikan BerterusanPusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh46400 Universiti Anjung TimurSelangor Darul EhsanKirimkan:
Sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri dan bersetem RM1
Tulis KURSUS PENGURUSAN atau KURSUS KOMUNIKASI PERSONAL di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
Tarikh akhir permohonan: seminggu sebelum setiap sesi pengambilanUntuk pertanyaan, sila hubungi : Cik Asmaliyana ( 03-67822366 sambungan 2221)
25 UAT1979-2004
6. Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa Melayu moden. Al-kisah maka tersebutlah perkataan Hang Kamar orang Melaka. Adapun Hang Kamar itu orang Temenggung Seri Seroja, maka ia pergi berniaga ke Inderapura. Setela didengarnya Bendahara mati dan Sang Setu dilantik dibunuh oleh raja Inderapura itu tiada berdosa, sahaja Temenggung dengan segala pegwai dengki akan dia, maka fikirnya “jika demikian baiklah aku khabarkan ke Melaka Bendahara dan Sang Setu mati dibunuh kerna dikhianati oleh Temenggung.” Setelah sudah ia fakir demikian, maka Hang Kamar pun segera kembali ke Melaka. Maka ia naik mengadap Temenggung lalu duduk menyembah. Maka kata Temenggung, “Dari mana *mika datang ini?” Maka sembah Hang Kamar, “Adapun sahaya datuk di Inderapua itu Bendahara Seri Buana dengan Hang Kadim anak Hang Jebat itu mati dibunuh oleh raja Inderapura dengan sebab fitnah Temenggung hendak menjadi Bendahara.”
(Dipetik dan diubahsuikan daripada Hikayat Hang Tuah, 1981, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 158-159)
Nota:*mika = engkau
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah.
14
“Kaunampak Pawang Kri?” tanya Alwi dengan kuat.
“Mungkin bergelut dengan buaya itu. Tapi aku ak nampak jelas!” jawab Muslim
dengan kuat juga.
Tali alai naik lagi. Tidak lama kemudian permukaan air terelah lagi. Buaya
itumuncul semula, menghempaskan badannya.
“Tembak!” jerit Alwi.
“Ada Pawang Kri?”
“Apa?”
“Ada Pawang Kri!”
“Aku tak fikir Pawang Kri boleh menyelam begini lama,” kata Muslim menurunkan
senapang dari bahunya.
“Siapa tahu? Mungkin dia boleh menyelam sampai tiga puluh minit,” jawab Alwi.
“Kita nanti lagi?”
“Ya, apa yang kita boleh buat?” ujar Alwi sambil ketawa. “Kau mahu terjun dan
mencarinya dalam Sungai Usar ini?”
“Apa? Kaujangan perli aku! Kauingat aku ni apa?” balas Muslim.
“Aku sebenarnya risau, kenapa Pawang Kri tak timbul-timbul lagi.” Alwi
merungut.
“Aku pun macam kau juga. Kenapa lama sangat ni?”
Mereka menanti lagi. Tetapi penantian kali ini menyebabkan mereka berpeluh.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Sasaran olehAnwar Ridhwan dalam Hari Kemerdekaan, selenggaraan Ramli Isin danSahlan Mohd. Saman, 1987. Marwilis Publisher Sdn. Bhd. halaman 99)
STPM 2004
15
16
17
STPM 2003
6. Alih bentuk bahasa puisi yang berikut kepada bentuk biasa.
Gadis Kecil
Tubuh itu mengingatkan daku sebatang pinang di desa sepi kurus dan tinggi. Ketika rebut besar pohon sekitarnya rebah terkapar dan pohon pinang tegak menanti sinar matari pagi.
Demikian gadis kecil itukurus dan tinggi seperti sebatang pinangbertahun berulang- alik melaluipenjara kawat duri , menemui ayahnya yang bertahun pula sendirimenentang tiap penderitaantabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku tenang dan senyuman yang agung, dengan sopan menolak pemberianku “saya tak perlu wang, pakcik, cukuplah kertas dan buku.”
usianya terlalu muda jiwanya didewasakan oleh pengalaman tidak semua orang mencapai kekuatan demikian ketabahan yang unik dan mempersonakan. Apabila aku menyatakan simpati dan dukaku rasa pilu terhadapnya sekali lagi dia tersenyum dan berkata: “jangan sedih pakcik, tabahkan hati banyak anak seperti saya di dunia ini.” ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cinta Pena, Antologi Karya Sastera Anggota Persatuan Nasional Malaysia , halaman 60)
18
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa
19
Dewan Pendeta Sdn BhdJULUNG-JULUNG KALI!
SUDAH TERBIT!ENSIKLOPEDIA SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU (ESKM)
Suntikan Ilmu Untuk Membina Masyarakat Cemerlang Mampu Merangsang Minda Rakyat
Harga: RM 1110 satu setTerbit dalam 4 jilid
Sumber maklumat tentang semua aspek tamadun Melayu Mendedahkan keunggulan masyarakat Melayu sebagai bangsa yang:
- mempunyai tradisi ilmu yang tinggi-bermaruah-dihormati
ESKM menjelaskan;- konsep dan kefahaman - adat dan kepercayaan-institusi dan organisasi - bahasa dan kesusasteraan-kebudayaan dan kesenian - tokoh dan personaliti dalam pelbagai bidang
Komen seorang tokoh akademik:“Menarik! Mantap dengan ilmu tentang tamadun Melayu”
Komen seorang sejarawan negara:“Bahan bacaan yang dapat membantu mencerminkan jati diri masyarakat Melayu”
PESAN SEKARANG! Belanja Pos Percuma untuk negeri di Semenanjung, Sabah , dan Sarawak. Belanja Pos untuk Brunai Darussalam dan Singapura: RM 15.Untuk keterangan lanjut, telefon 03-61302619 atau e-mel [email protected].
STPM 2002
6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.
Yam : Apa yang kau menungkan malam-malam ni, Idah? Angan-angan nak balik beraya di kampung tahun ni?
Idah : Entahlah, Yam. Malam-malam lepas berbuka puasa begini, aku terbayang muka adik-adikku di kampung.
Yam : Habis tu, kau nak balik kampunglah raya ni? Kau tak jadi merambu dengan aku?
Idah : Aku tak tahu, Yam. Ikut hati, sekarang ini juga aku nak balik kampung. Nak balik rasanya. Kau tau bukan, kami dah lama tak ada emak. Bila aku ke bandar, adik-adik tinggal dengan ayah saja. Siapalah yang melayan mereka berbuka, bersahur.
Yam : Bukan ada adik kau yang nama Milah tu?
Idah : Baru dua belas tahun umurnya. Kasihan dia kena jadi emak, jadi kakak, sejak setahun aku di bandar ni. Teruk. Nak sekolah lagi; nak tolong ayah memotong getah lagi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Adibah Amin, 1977, Kumpulan Drama Radio: Pulang Gadisku Pulang, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka)
20
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana.
“Hasimah, engkau tak tau macam mana akrabnya mak engkau dengan pantun-pantun lama itu. Kau tak tau yang pesta bergendanglah membawa ayah dan makkau ke jinjang pelamin. Kau tak tau macam mana makkau menidurkan kau masa kecil dulu. Atas ribanya kau tak betah, dalam buaian kau tak senang, kau meraung sampai dinihari. Lagi-lagu dan pantun itulah yang menenangkan kau, yang menyenyakkan kau tidur sampai ke pagi. Kau tak tau tu, hashimah. Wa tau kerana Wa selalu ke sini.” Wa Siot melepaskan segala yang terbuku dalam hatinya.
Hasimah tergamam seketika.
“Betul ke tu Wa? Mak tak pernah cerita pun!”
“Orang tua memang macam tu Simah. Yang elok tu untuk semua orang, yang tak elok dan menyakitkan ditelannya sendiri. Engkau bersalah pada makkau!”
Hasimah tunduk. Rasa risau berbaur di hatinya. Dia baru sedar yang dia tidak harus menghampakan permintaan emaknya.
“Betul Wa, Simah bersalah pada mak.”
“Pergilah minta maaf pada emakkau, Simah!” Kata Wa Siot.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Ratnawati Jamil, “Bergendang” dalam Dewan Sastera, November 1992)”
21
STPM 2001
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana
”Eh Yati, kenapa kautunggu di sini ?” tanya Natrah apabila melihat Hayati berada di pondok menunggu bas di hadapan sekolah .
”Aku nak naik bas hari ini, Natrah, ” jawabnya agak kesugulan.
”Ayahkau tak dapat datang ?”
Hayati mengangguk. ”Dia banyak kerja,” katanya.
”Eloklah kita naik bas sama-sama.” Begitu riang rakannya dapat pulang bersama-sama Hayati hari itu.
”Aku lihat kautermenung saja, Yati. Kenapa?” tanya rakannya itu.
”Kauikuti ajaran guru kita tadi ?” tanya Hayati.
”Ya, tentang tanggungjawab ibu bapa dan keimanan. Kenapa?” tanya Natrah kembali.
”Aku percaya kalau ibu bapa benar-benar bertanggungjawab kepada anak-anak, tentu anak-anak akan hidup bahagia, bukan begitu Natrah?”
”Hm! Tentulah. Rumah tangga akan aman, tenteram, macam hidupkau. Kausenang, rumah besar, ada kereta besar.”
”Kaukata hidupku tenteram? Bahagia ?”
”Eh! Hidupkau tak bahagia? Mustahil, Yati !”
“Siapa pun tak akan percaya, termasuk kau. Tapi itulah yang aku rasai Natrah ! “
“Begitu ! …..”
Natrah seperti tidak percaya pengakuan rakannya itu. Akan tetapi dia mendiamkan diri. Dia ingin mententeramkan perasaan rakannya itu.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Othman Puteh, Norhale, dan Rahim Syam, 1985. Ke Mana hati Hendak Dibawa . Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd, halaman 200-201 )
22
7. Alih bentuk bahasa iklan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 5 April 2000 )
23
SEMUA DALAM SATU AKAUN
Ali nak duit cepatMudah saja! Melody menawarkan kemudahan
ATM MEPS dari lebih 3,000 rangkaian di seluruh Negara.
Meena nak lebih banyak duit.Boleh! Melody menawarkan kadar pulangan yang tinggi.
Ali sukakan kewangan yang fleksibelBeres! Dengan kemudahan overdraf automatik Melody.
Meena mahu lebih perhatian.Jangan risau! Melody menawarkan perkhidmatan perunding kewangan
peribadi.
Kawan-kawan Meena dan Ali semuanya kagum !Apa tidaknya! Kini, Melody menawarkan
Telefon AKIRA PERCUMA *(* Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
Tawaran sah dari 1 April – 30 Jun 2000 atau sementara stok masih ada. )
Adakah anda juga seperti Ali dan Meena ? Anda hanya perlukan satu akaun sahaja
MelodyDaripada BAHAGIA Bank
Hubungi 03-12345678 Sekarang !Isnin-Jumaat : 9 pagi – 5 petang
Sabtu : 9 pagi – 1 petang
BAHAGIA BankAhli Kumpulan BAHAGIA Malaysia
Sentiasa di sisi anda
PILIHAN YANG TERUNGGUL
STPM 2000
6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.
“Parut ubi kayunya dah siap, mak” kata Mek Jarah.“Belah pula kelapa dekat luar sana sebiji …. tadah airnya dalam bekas,
nanti boleh bagi minum biri-biri.”“Belah yang mana, mak? Tanya Mek Jarah.“Ambil yang kulitnya kurang perang. Rasanya ada dua biji … bawa ke jemuran
… belah di situ. Kalau tumpah airnya lantai tidak basah.”Mek Jarah mencabut parang yang diselit pada dinding, lalu ke jemuran dan duduk
bertinggung depan besen besi kuning langsat.“Duduk biar rapat ke lantai. Anak muda tidak baik duduk bertinggung begitu!”
kata emak.Puk! Puk! Puuuuuukkk! Emak dengar belakang parang berantukan dengan
tempurung kelapa.“Orang belah kelapa tidak begitu. Pegang kelapa atas tapak tangan kiri, lepas itu
ketuk dengan belakang parang, baru senang dibelah.”“Tengok, begini!”Emak angkat parang tinggi dan parang jatuh atas kelapa lalu pecah dan airnya
bercurahan masuk ke jelup besi kuning langsat atas lantai. Emak umpil sampai kelapa
terbelah dua.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kelapa Nan Sebatang, oleh Ramli Isin dan Razak Mamat, 1993.Masa Enterprise, halaman 60-61)
24
7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.
Nadia : Panasnya hari ni. Nasib baik kita dah habis tanam pokok ni. Kita berhentilah, dik! Esok kita sambung kerja kita. Sakit kelapa kita
dibuatnya kalau terlalu panas.
Nadzrin : Yalah, kak! Adik pun dah rasa sakit kepala sikit-sikit ni.
Nadia : Cikgu kakak kata, menjelang tahun 2030 suhu dunia kita dijangka naik 2.50C
Nadzrin : (Mengerutkan kening) Kenapa kak?
Nadia : Banyak puncanya. Adik tengok saja di Malaysia, jumlah kenderaan telah bertambah banyak sangat.
Nadzrin : Apa kena-mengena suhu dunia dengan kenderaan, kak?
Nadia : Pembakaran petrol melalui kenderaan akan menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain di atmosfera kita. Gas-gas ini akan memerangkap haba dalam
lapisan bawah atmosfera. Sebab itulah suhu jadi naik dan kita rasa panas.
Nadzrin : Cikgu adik pun ada kata, kalau kita banyak tebang pokok-pokok di hutan, itu pun menyebabkan suhu dunia jadi panas.
25