MODUL MZ 4

154
PROGRAM MUZIK KBSR DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TOPIK 1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan latar belakang Program Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR); 2. Menjelaskan isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR; dan 3. Membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di dalam bilik darjah. PENGENALAN Dalam persediaan sesuatu pengajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata pelajaran berkenaan secara mendalam, menguasai sepenuhnya segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan kepada murid. Guru perlu menganalisis bahan pengajaran tersebut dan kemudian memilih, memeringkat serta menyusun aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran. Segala pertimbangan dan perancangan perlu dibuat dalam bentuk bertulis seperti Rancangan Pengajaran Semester, Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian. Alat-alat bantu mengajar dapat memudahkan lagi pencapaian objektif pelajaran jika alat-alat tersebut berfungsi dan digunakan dengan berkesan. Peruntukkan masa untuk sesuatu pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan agar setiap langkah penyampaian pembelajaran boleh menjamin penglibatan murid- murid secara aktif, menyeronokkan dan bermakna. PERSEPSI ESTETIK 1.1 Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik 1. Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik dan selanjutnya murid berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis. Irama 1.1.1

Transcript of MODUL MZ 4

Page 1: MODUL MZ 4

PROGRAM MUZIK KBSR DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TOPIK 1

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan latar belakang Program Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR);

2. Menjelaskan isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR; dan

3. Membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di dalam bilik darjah.

PENGENALAN

Dalam persediaan sesuatu pengajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata pelajaran berkenaan secara mendalam, menguasai sepenuhnya segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan kepada murid. Guru perlu menganalisis bahan pengajaran tersebut dan kemudian memilih, memeringkat serta menyusun aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran. Segala pertimbangan dan perancangan perlu dibuat dalam bentuk bertulis seperti Rancangan Pengajaran Semester, Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian. Alat-alat bantu mengajar dapat memudahkan lagi pencapaian objektif pelajaran jika alat-alat tersebut berfungsi dan digunakan dengan berkesan. Peruntukkan masa untuk sesuatu pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan agar setiap langkah penyampaian pembelajaran boleh menjamin penglibatan murid-murid secara aktif, menyeronokkan dan bermakna.

PERSEPSI ESTETIK 1.1

Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik 1.

Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik dan selanjutnya murid berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis.

Irama 1.1.1

a. Detik, Tekanan dan MeterDetik

b. TempoPelbagai tempo: lambat; cepat; sederhana.

c. Nilai Not dan Nilai Tanda RehatNilai not: semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver.Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.

Page 2: MODUL MZ 4

d. Corak IramaCorak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin; inang; joget; sumazau.Corak irama pada ostinato: ostinato irama.

Melodi 1.1.2

a. PicAras pic: pic tinggi; pic rendah.Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga; melompat.Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.

b. SkelSkel diatonik: major; minor harmonik.

c. Warna TonWarna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik; perkusi badan; bahan improvisasi; bunyi alam sekitar.

d. HarmoniJenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato bermelodi.Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi.

e. TeksturDeskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal; nipis.Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.

f. BentukPembinaan bentuk: frasa.Jenis bentuk muzik: AB; ABA.

Ekspresi 1.1.3

a. DinamikAras dinamik: kuat; lembut.Perubahan dinamik: beransur kuat; beransur lembut.

b. MudDeskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas; takut; tenang.

Sistem Notasi 1.1.4

a. Lambang Not Muzik dan Tanda Rehat

Page 3: MODUL MZ 4

Not muzik

Tanda rehat

b. Tanda Isyarat dan Istilah

PENGALAMAN MUZIKAL 1.2

Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik.

Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali.

Page 4: MODUL MZ 4

PENGETAHUAN TEKNIK 1.3

a. Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran ton; sebutan.

b. Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang; cara memainkan.

c. Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan; penjarian; penglidahan; penghasilan ton.

d. Kriteria persembahan: keseimbangan; kesepaduan; koordinasi; etika.

PENGALAMAN MUZIK 1.4

a. Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat Malaysia.

b. Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan; dram getar; dram tenor; dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental.

c. Memainkan rekoder:

i. Memainkan not.

ii. Memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental.

EKSPRESI KREATIF 1.5

Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif.

Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik.

a. PenerokaanPengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.

b. ImprovisasiPengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan melodi.

c. Reka CiptaPengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.

PENGHARGAAN ESTETIK 1.6

Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai

Page 5: MODUL MZ 4

terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenal pasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis.

a. NyanyianMemberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan.

Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian dua lapisan suara.

b. Muzik InstrumentalMemberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan.

Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan.

PENDIDIKAN MUZIK DALAM KBSR 1.7

Beberapa kelebihan dapat diperoleh dengan memperkenalkan Pendidikan Muzik dalam KBSR antaranya:

a. Membantu perkembangan holistik kanak-kanak dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani;

b. Memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif semasa menyanyi, bermain alat dan membuat pergerakan;

c. Membantu kanak-kanak dalam mengekspresi emosi dan memberi kepuasan estetik serta dapat meluahkan perasaan melalui muzik yang dinyanyikan/dimainkan atau didengar;

d. Membuka peluang kepada kanak-kanak memberi respon secara fizikal melalui pergerakan/tarian;

e. Meningkatkan pemahaman budaya murid-murid mengenai pengenalan bangsa, agama, adat resam, dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum;

f. Memupuk nilai patariotisme kanak-kanak; dan

g. Menciptakan lagu, irama, pemahaman tentang konsep muzik dapat menajam dan memperkembangkan intelek kanak-kanak.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH 1.8

Penyemakan semula Kurikulum Persekolahan Kebangsaan adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan peluang pendidikan secara berterusan, mendukung hasrat dan cita-cita mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang serta memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat.

Sebagai suatu usaha dalam merealisasikan impian ini, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah digubal bagi membantu guru-guru memainkan peranan dengan lebih berkesan

Page 6: MODUL MZ 4

dalam usaha memperkembangkan potensi murid-murid dalam aktiviti pemikiran, penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri, dan penghasilan muzik dengan inovasi dan kreativiti mereka sendiri untuk menjadi insan yang harmonis, kreatif dan dapat menikmati keindahan muzik secara intelektual serta menghayati seni muzik warisan bangsa.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Pusat Perkembangan Kurikulum menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai dokumen sokongan kepada Sukatan Pelajaran (SP) KBSR. Dokumen ini menggariskan skop pembelajaran tahun demi tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6, yang menghuraikan secara terperinci aras pencapaian bagi item pembelajaran yang dikenal pasti, disertai dengan contoh aktiviti dan catatan am. Di samping itu, dokumen HSP juga menggariskan peranan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Pada bahagian akhir dokumen HSP, dilampirkan satu pemetaan yang memaparkan taburan isi pelajaran untuk 6 tahun program pembelajaran.

KANDUNGAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK 1.9

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ini disusun mengikut aspek seperti berikut:

a. Persepsi Estetik;

b. Pengalaman Muzikal;

c. Ekspresi Kreatif; dan

d. Penghargaan Estetik.

Kandungan setiap aspek tersebut dibentangkan dalam lajur-lajur utama iaitu:

Lajur ITEM,

Lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP),

Lajur CADANGAN AKTIVITI/CATATAN.

a. Lajur ITEMLajur ini menyenaraikan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu dikuasai murid.

b. Lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP)Pada asasnya pernyataan HP mengandungi butiran berikut:

i. Perlakuan;

ii. Faktor;

iii. Kualiti/standard; dan

iv. Situasi/syarat.

Bagi setiap item disediakan HP yang harus dicapai oleh murid. Dalam pada itu, terdapat item yang dilengkapkan dengan dua atau tiga aras pencapaian. Kebanyakan item disediakan dengan tiga aras pencapaian. Walau bagaimanapun, bagi item yang merupakan konsep asas kemahiran muzik yang fundamental kepada amalan yang berterusan dalam bidang muzik, murid perlu mencapai satu tahap penguasaan sahaja. Demikian juga, bagi item yang difikirkan pencapaiannya adalah pada tahap maksimum untuk sesuatu peringkat pembelajaran, maka hanya satu aras di sedia.

Penjelasan tentang aras pencapaian adalah seperti berikut:

Page 7: MODUL MZ 4

Aras Pencapaian Penjelasan

Aras I Tahap umum yang disasarkan untuk dicapai oleh semua murid.

Aras II Tahap yang lebih maju daripada pencapaian umum yang ditetapkan.

Aras III Tahap pencapaian yang lebih tinggi menuju ke arah pencapaian maksimum murid.

Bagi tujuan pentafsiran, semua murid hendaklah mencapai ARAS 1.

Lajur CATATANLajur ini mengandungi maklumat dan panduan am yang merangkumi contoh aktiviti dan peringatan am. Keempat-empat aspek dalam program pembelajaran Pendidikan Muzik KBSR hendaklah dilihat secara menyeluruh sebagai perkara-perkara yang saling berkaitan. Susunan aspek dan item dalam dokumen ini hanyalah bagi kemudahan merujuk dan mengesan item dan bukanlah sebagai satu sekuen yang mesti dipatuhi.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada mana-mana aspek atau unit item yang difikirkan sesuai oleh guru dengan mengambil kira konteks, latar belakang murid, kesediaan aptitud mereka.

RUMUSAN

Peranan guru sangat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

Oleh yang demikian guru adalah pemudah cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran Pendidikan Muzik.

Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

Dengan itu guru Pendidikan Muzik perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahuan muzik dan metodologi mata pelajaran ini dari masa ke semasa.

KATA KUNCI

Bahasa muzik Dram getar

Bahan improvisasi Pengalaman muzikal

UJIAN 1

1. Mengapakah guru pendidikan muzik perlu meningkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahuan muzik dari masa ke semasa?

Page 8: MODUL MZ 4

2. Terangkan tentang keempat-empat aspek yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR.

UJIAN 2

Beri pendapat anda tentang perkembangan pendidikan muzik di Malaysia kini.

PENGENALAN PENDEKATAN KODALY TOPIK 2

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menceritakan latar belakang Zoltan Kodaly;

2. Menyenaraikan tujuh falsafah yang diutarakan oleh Zoltan Kodaly;

3. Mengenal pasti lima ciri muzik/lagu rakyat; dan

4. Mengenal pasti tiga teknik yang digunakan di dalam kaedah Kodaly.

PENGENALAN

Pendekatan Zoltan Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Zoltan Kodaly merupakan tokoh muzik dari Hungary yang mengambil berat dengan muzik rakyat kerana beliau tidak mahu muzik tersebut lupus ditelan zaman. Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-lagu rakyat dengan menggunakan suara mereka sendiri. Teknik yang beliau ketengahkan ialah nyanyian tonik solfa, menggunakan isyarat tangan dan menyebut dan menotasikan irama dengan menggunakan notasi lidi.

PERSEPSI ESTETIK 2.1

Zoltan Kodaly (16 Disember 1882–16 Mac 1967) adalah seorang tokoh terkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan Hungary. Beliau merupakan seorang pencipta dan penggubah muzik, yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat Hungary dan warisan muzik Eropah. Sebagai seorang ethnomuzikologis pula beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Beliau mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu terpelihara dan tidak tercemar. Di samping itu beliau berpendapat bahawa aspek intelek, jasmani, rohani dan kebudayaan perlu ditekankan di dalam pendidikan untuk kemajuan negara.

Pada tahun 1900, negara Hungary masih di bawah pemerintahan beraja ‘Austro Hungarian’ dan ketika itu muziknya dipengaruhi oleh budaya Jerman. Pada ketika itu kesedaran tentang muzik rakyat Hungary masih belum membara. Namun, beberapa tahun selepas itu Zoltan Kodaly dan kawan karibnya Bela Bartok sedar bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan identiti negara mereka. Dengan kesedaran ini mereka menjelajahi seluruh negera sehingga ke tempat-tempat yang terpencil untuk merakamkan suara-suara kaum petani yang masih menyanyikan lagu-lagu

Page 9: MODUL MZ 4

Hungary serta mentranskripsikan irama yang dikumpulkan.

Bela Bartok meneruskan penyelidikannya di Sloviak, Rumania, Rusia, Asia, Chuvash, Chemish dan negara-negara yang berdekatan. Irama dan melodi dianalisis mengikut mod, skel, bentuk dan jenis kumpulan irama lagu yang sama. Pekerjaan yang begitu rumit yang dimulakan oleh Kodaly dan Bartok sekarang ini sedang diteruskan oleh sekumpulan penyelidik dan muzikologis dengan mengikuti perancangan Kodaly di Akademi Sains di Budapest, Hungary.

Kini terdapat lima buah jilid Corpus Musicae yang telah lengkap; setiap satu mengandungi beberapa lagu yang diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu, memikat, perkahwinan dan rintihan.

AKTIVITI 2.1

Terfikirkah anda untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara kita termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengumpul lagu-lagu rakyat. Berapa banyakkah yang anda dapat kumpulkan? Apakah maksud sebenarnya lagu rakyat?

FALSAFAH DAN KONSEP KODALY 2.2

Kodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh yang demikian, untuk memastikan muzik menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau menghasilkan falsafahnya.

Falsafah dan konsepnyanya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.

a. Muzik Kepunyaan ManusiaMuzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik adalah satu cara di mana muzik dapat diapresiasi dan dihayati. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Di samping itu ia memperkembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal dan kebudayaan seseorang kanak-kanak.

b. Nyanyian adalah Asas Kemahiran MuzikSuara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan. Oleh kerana muzik adalah untuk semua dan bukan segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya pengalaman muzik pertama dimulakan dengan nyanyian di mana sahaja atau dengan sesiapa sahaja.

Falsafah Kodaly – Alat muzi‘If I were to try to express the essence of this education in one word, that word would be “SINGING.”

Zoltan Kodaly

Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah. Nyanyian seperti ini memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang bertekstur polifoni. Ia akan memudahkan seseorang menghayati muzik dari sastera muzik ‘masterpieces’ tanpa mengetahui memainkan alat muzik.

Page 10: MODUL MZ 4

c. Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan PembelajaranNyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik ialah muzik/lagu rakyat Hungary.

Ciri-ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima (sila rujuk objektif yang dirancang). Ia merupakan:

i. Bahan asas kepunyaan rakyat;

ii. Identiti kepunyaan sesebuah Negara;

iii. Diperturunkan secara lisan;

iv. Bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak; dan

v. Pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-kanak.

Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari dan menjalankan kajian tentang bahasa asing.

d. Nyanyian KoirNyanyian koir adalah penting untuk menghasilkan keseronokan dari usaha yang kolektif. Ia mewujudkan manusia yang berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik ‘masterpieces’ dari negara sendiri dan luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam membaca skor muzik tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Sekiranya pengajaran pembelajaran tersebut menggunakan kibod ia akan menyekat perkembangan kemahiran muzik seseorang.

Nyanyian koir adalah bidang yang penting bagi seorang ahli muzik instrumental terutamanya dalam nyanyian kaunter. Seorang ahli muzik perlu ada kemahiran menulis notasi muzik melalui pendengaran dan sebaliknya tanpa memainkan pada alat muzik. Kebolehan membaca skor menunjukkan kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti berikut:

“ .... a well-trained ear, a well-trained intelligence, a well-trained heart and a well-trained hand.”

Keempat-empat ciri di atas perlu seimbang. Kodaly berpendapat solfa serta bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang pemuzik ke arah dua ciri pertama di atas. Untuk melaksanakan pengajaran supaya ia menyeluruh, seseorang perlu mengalami pelbagai jenis pengalaman di dalam bidang muzik. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar dan menyanyi di dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang cemerlang.

e. Alat Muzik Tidak Perlu DigunakanAlat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir. Ini disebabkan ada piano yang tidak setala dengan sempurna atau berbunyi sumbang. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikannya dahulu dan bukan menggunakan kibod. Ada sesetengah pemimpin orkestra menyanyikan lagu yang hendak dimainkan ketika menjalani latihan untuk memberi inspirasi dan galakan kepada pemuziknya.

f. Pengajaran Pembelajaran Muzik Perlu Berlaku Awal di Pra SekolahKanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di pra sekolah supaya tidak akan terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat mempelajari sesuatu serta berbakat

Page 11: MODUL MZ 4

dalam mengalami muzik yang bermutu tinggi. Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak perlu mempelajari membaca notasi sebelum memainkan alat muzik. Kelas persediaan dijalankan untuk memudah dan mengukuhkan pembelajaran konsep muzik dan pendengaran dalaman. Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.

g. Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di SekolahMuzik mengikut Kodaly, boleh membantu dalam perkembangan emosi, intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Isu mata pelajaran Muzik sebagai mata pelajaran yang kurang penting selalu timbul di kalangan penggubal kurikulum dan pentadbir sekolah. Selalunya mata pelajaran lain yang lebih penting seperti Matematik didahulukan. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa yang sedikit untuk mata pelajaran Muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih bermakna.

Rajah 2.1: Isyarat Tangan

Falsafah Kodaly – Alat muzik tidak perlu digunakan. Apa yang Kodaly maksudkan ialah pada permulaan

Page 12: MODUL MZ 4

pengajaran dan pembelajaran alat suara diberi penekanan dan alat muzik seperti piano digunakan setelah kemahiran nyanyian dan penggunaan suara telah mantap.

MUZIK RAKYAT 2.3

Muzik atau lagu merupakan satu kesinambungan yang menghubungkan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Ia adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya. Muzik/lagu rakyat menggambarkan cara hidup dan kebudayaan sesebuah komuniti. Ia merangkumi pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi di dalam kehidupan komuniti tersebut. Contohnya, lagu pekerjaan, kelahiran, kematian, perkahwinan, kanak-kanak, keindahan alam, keagamaan, peperangan dan lain-lain lagi. Pencipta Muzik/lagu rakyat biasanya tidak diketahui kerana ia diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi. Tradisi secara lisan ini selalunya memelihara keaslian Muzik/lagu tersebut tanpa diubah, namun, ada kalanya melodi dan atau liriknya sengaja diubah untuk mengikut zaman dan selera sesuatu komuniti. Muzik/lagu rakyat adalah cermin kepada jiwa seseorang. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan mana-mana seni yang dianggap berharga.

Mengikut Kodaly sebelum seseorang itu dapat memahami muzik negara lain ia perlu memahami muzik negaranya dahulu. Sekiranya ianya tidak diberi perhatian, dipelihara dan digunakan maka lupuslah ia, seterusnya hilanglah identiti rakyat dan negara.

Ciri-ciri Lagu RakyatAntara ciri-ciri yang terdapat di dalam muzik/lagu rakyat yang asli ialah:

a.Mencerminkan kehidupan dan budaya sesebuah komuniti.

b. Diturunkan melalui lisan atau nyanyian bukan melalui bahan bercetak.

c.Kesan dari diturunkan dari generasi ke generasi ialah kadang kala terdapat sedikit perubahan dari aspek melodi, irama dan liriknya.

d. Faktor masa. Wujud bertahun-tahun lamanya di kalangan sesebuah komuniti.

e.Penciptanya tidak diketahui.

f. Pendek dan dalam bentuk yang mudah:

i. Mempunyai melodi dan corak irama yang mudah dan berulang-ulang

ii. Renjnya kecil

iii. Menggunakan skel yang mudah

iv. Menggunakan perbendaharaan kata yang umum dan mudah

v. Liriknya menggunakan bahasa ibunda dan berulang-ulang

Sila saksikan video-video di bawah untuk mengenali beberapa lagu rakyat daripada Amerika dan Nusantara.

1. Lagu rakyat Amerika: John Hardy

AKTIVITI 2.2

Page 13: MODUL MZ 4

Dengar 5 buah lagu dan kenal pasti lagu-lagu tersebut dengan menulis tajuk lagu. Antara manakah lagu yang bukan lagu rakyat? Beri sebab-sebab kenapa lagu yang anda pilih adalah bukan lagu rakyat.

TEKNIK KAEDAH KODALY 2.4

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik.

Terdapat tiga jenis teknik yang diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran. Tiga teknik tersebut adalah:

Tonik Solfa;

Isyarat Tangan; dan

Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

a.Tonik SolfaKodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke 11.Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah “do” dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad.

Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so – mi) merupakan pengajaran pembelajaran asas. Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk di mana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor.

Sila lihat video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Tonik Solfa kaedah Kodaly.

b. Isyarat TanganIsyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar akan menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi.

Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa mudah dan merupakan satu persediaan untuk mendengar pertukaran ‘do’. Contohnya guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada pelajar dan pelajar menyanyi kepada solfa Apabila guru berhenti pada ‘mi’ dengan serentaknya ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat ‘so’ Pelajar kemudian akan menyanyi pada ‘so’ dalam pic sama seperti ‘mi’. Latihan seperti ini diteruskan sehingga pelajar dapat

Page 14: MODUL MZ 4

kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.

Isyarat tangan boleh mempertingkatkan kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan 1 menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru sementara kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Di sini guru perlu cekap dalam penggunaan isyarat tangan.

Sila lihat video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Isyarat Tangan kaedah Kodaly.

 

Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan IramaBerikut adalah di antara urutan irama yang digunakan di dalam Kaedah Kodaly:

Simbol

Muzik bergerak dalam beat yang stabil.

Ada beat yang mempunyai tekanan.

Meter-muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan.

Muzik bergerak dalam dua atau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan. 

Irama-mempunyai nilai bunyi yang panjang, pendek dan tanda rehat.

Sukukata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:

Page 15: MODUL MZ 4

RUMUSAN

Zoltan Kodaly adalah seorang pencipta dan penggubah muzik yang berasal dari Hungary. Sebagai seorang ethnomuzikologis pula beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Beliau mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu terpelihara dan tidak tercemar.

Falsafah dan konsep beliau tentang muzik adalah seperti berikut:

o Muzik adalah kepunyaan manusia.

o Nyanyian adalah asas kemahiran muzik.

o Muzik Rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

o Nyanyian Koir.

o Alat muzik perlu digunakan.

o Pengajaran pembelajaran muzik perlu berlaku awal di pra sekolah.

o Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.

Muzik/lagu adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya. Ia merangkumi pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi di dalam kehidupan komuniti tersebut. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan mana-mana seni yang dianggap berharga. Ciri-ciri muzik/lagu rakyat adalah

o bahan asas kepunyaan rakyat.

o identiti kepunyaan sesebuah negara.

o mempunyai nilai estetik yang tinggi.

o bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak.

Terdapat 3 teknik diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran.

o Tonik Solfa.

o Isyarat tangan.

o Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

KATA KUNCI

Isyarat Tangan Simbol

Notasi Tonik Solfa

Sebutan Irama  

Page 16: MODUL MZ 4

UJIAN 1

1. Dari negara manakah Zoltan Kodaly berasal?

2. Huraikan falsafah Kodaly “Nyanyian adalah kemahiran asas”.

3. Namakan satu lagu yang anda rasa ia adalah lagu rakyat. Huraikan kenapa anda menyatakan demikian.

UJIAN 2

1. Apakah teknik Kodaly yang berkaitan dengan falsafah beliau seperti di Ujian 1 no. 2?

2. Apakah 3 not solfa yang pertama yang boleh digunakan sebagai pengenalan di dalam kelas?

3. Apakah teknik yang ketiga yang berkaitan dengan konsep irama?

APLIKASI PENDEKATAN KODALY TOPIK 3

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan komponen yang terdapat di dalam kaedah Kodaly;

2. Membanding beza antara pendengaran dalaman dengan pendengaran yang biasa;

3. Mengamalkan nyanyian solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dengan tepat;

4. Mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu daripada tiga teknik Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

5. Melaksanakan pengajaran mikro dengan berkesan.

PENGENALAN

Bahagian ini memberi pendedahan yang ringkas tentang Kaedah Kodaly dalam Pengajaran Pembelajaran Muzik. Fokusnya ialah komponen yang terdapat di dalam kaedah ini. Latihan amali dalam teknik Kodaly merupakan bahagian yang penting di mana anda boleh mengamalkan untuk memahaminya sebelum anda mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Anda diberi peluang untuk membuat pengajaran mikro dengan memberi fokus kepada tonik solfa, isyarat tangan, notasi, simbol dan sebutan irama yang boleh disalurkan melalui nyanyian.

Page 17: MODUL MZ 4

KOMPONEN KAEDAH KODALY 3.1

Komponen Kaedah Kodaly meliputi lima perkara di bawah ini.

a. Kaedah Kodaly secara berurutan;

b. Nyanyian;

c. Pendengaran dalaman;

d. Penghafazan; dan

e. Improvisasi.

Kaedah Kodaly secara Berurutan 3.1.1

Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya disalurkan melalui kegiatan nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

Konsep IramaSalah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian kanak-kanak seperti berjalan (krocet – mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver – mempunyai nilai ½ kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai. Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep semibreve dengan mudah memandangkan nilainya yang mempunyai 4 kiraan di mana ia tidak terdapat di dalam perlakuan mereka setiap hari.

Di dalam pemahaman konsep irama, meter atau tanda masa yang lazim duaan dan empatan digunakan. Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2. Jenis lagu ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman konsep irama. Meter tigaan hanya diperkenalkan setelah kanak-kanak dapat mengikuti dan merasai meter duaan dan empatan dengan baik. Konsep Irama dan sebutannya akan diterangkan dengan lebih jelas pada Bahagian Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama.

Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk, harmoni, tempo, dinamik boleh diatur dan disusun secara berurutan dalam kaedah ini.

Konsep MelodiDi samping konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke 3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka.

Contohnya panggilan nama mereka di rumah:

Page 18: MODUL MZ 4

Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia. Di dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan dari negara Jepun, Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary. Jeda minor ke 3 (So – mi), jeda major ke 2(so – la) dan perfek ke 4 (mi – la) selalunya terdapat dalam nyanyian solfa ‘Sing Song Chants’.

Berikut adalah ciri-ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang perlu diambil kira sebelum kaedah berurutan ini dijalankan.

Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dan dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5 atau 6 ton dalam ‘whole tone’. Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam pic yang tepat jika terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan.

Ton yang menurun lebih mudah untuk kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton menaik. Ini menunjukkan permulaan pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan melalui lagu-lagu yang mengandungi rangkaian pic menurun.

Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat: Not G ke E lebih mudah dinyanyikan daripada G ke F#. Lompatan pic oktaf adalah paling sukar bagi kanak-kanak untuk menyanyikannya.

Mengikut kajian yang dijalankan mengenai renj kanak-kanak di dalam pengajaran pembelajaran Kaedah Kodaly, biasanya kanak-kanak akan memulakan dengan pic atas dalam jeda minor ke 3 – F#. Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam nada D, Eb dan E adalah yang paling sesuai.

“Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semula jadi kanak-kanak, iaitu suara mereka sendiri“.

Zoltan Kodaly

Nyanyian 3.1.2

Suara merupakan satu alat muzik yang semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, mengharap dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian.

Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Ia merangkumi kedua-kedua elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting dan setara. Hampir semua kefahaman dan kemahiran muzik

Page 19: MODUL MZ 4

boleh diperkembangkan melalui pengalaman dan kegiatan nyanyian di bilik darjah. Justeru, setiap pendidik perlu mengetahui cara menggunakannya dengan berkesan.

Pendengaran Dalaman 3.1.3

Pendengaran dalaman atau “Inner Hearing” merupakan kemahiran yang agak kompleks dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai ‘memikirkan’ sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan.

Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia tidak boleh diketepikan.

Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik:

a. Permainan “Mesej Rahsia”Guru memberikan sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid. Murid tersebut membaca nota tersebut dan menyanyikan secara berbisik di telinga guru.

Sebelum memulakan pengajaran guru meminta murid membaca latihan atau menyanyi dengan lambat serta senyap (di dalam kepala).

b. Meneka LaguGuru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas. (Murid juga boleh menggantikan tempat guru. Alternatif yang lain ialah menggunakan papan solfa dan penunjuk).

c. Memikir Not ke 5 (atas atau bawah)Contohnya, satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai G sebagai do. Murid-murid menyanyi dua bar pertama dan la adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B (yang sepatutnya mi) sebagai la.

Tahap yang tertinggi bagai seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini ialah apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam kepalanya.

Penghafazan 3.1.4

Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz atau “learning by heart”. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.

Contoh 1Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil “berfikir “ melodi tersebut. Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.

Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan berkali-kali murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang).

Contoh 2

Page 20: MODUL MZ 4

a. Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan;

b. Murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Di bahagian kanan pula dikosongkan;

c. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang;

d. Murid digalakkan “berfikir” dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan; dan

e. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini boleh menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa).

Contoh 2 adalah seperti berikut:not-not dalam bar ini diberi murid menulis not pada bar ini

Improvisasi 3.1.5

Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

a. Murid boleh diberi galakan dalam mengprovisasi sesuatu corak irama.

Contoh: Permainan Baling Tepuk.

i. Guru akan membaling ‘bola sakti ‘kepada murid bertuah.

ii. Guru akan bertepuk atau mengerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar:

Page 21: MODUL MZ 4

iii. Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain.

b. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi sesuatu corak melodi.

Contoh: Permainan Bersoal jawab.

Guru menulis corak irama di papan hitam.

Guru menampal nama solfa contohnya “s” “l” “m”

Murid diberi arahan untuk memulakan dengan solfa “s” pada corak irama di papan hitam.

Guru menyoal melalui nyanyian solfa.

Guru memilih murid untuk menjawab kepada soalannya.

Contoh andaian jawapan murid ialah:

Aktiviti di atas boleh dijalankan antara murid dengan murid yang lain.

c. Murid boleh diberi galakan dalam memprovisasi bentuk melodi.

Contoh: Permainan “Ikut Giliran”.

Dalam kumpulan seramai 5 orang murid, murid pertama akan memulakan dengan menyanyi satu frasa solfa diikuti oleh murid kedua, ketiga dan keempat.

Murid kelima akan menjelaskan bentuk melodi. 

Contoh petikan melodi di dalam Permainan “Ikut Giliran“ adalah seperti di bawah:

Page 22: MODUL MZ 4

LATIHAN AMALI 3.2

Di dalam pendekatan Kodaly anda perlu memahami bahawa untuk mengaplikasikan pendekatan ini ke dalam bilik darjah seseorang itu perlu berlatih menyanyi tonik solfa secara latih tubi. Di samping itu menggunakan isyarat tangan sambil menyanyi.

Berikut terdapat 10 petikan latihan nyanyian solfa. Berlatih bernyanyi dalam tonik solfa secara latih tubi. Sebelum itu anda perlu lakukan beberapa perkara seperti berikut:

a.Pic yang pertama diberi

b. Sebut irama sambil menepuk

c.Nyanyi pic yang pertama dahulu sebelum menyanyi keseluruhan petikan dalam tonik solfa

d. Nyanyi petikan tersebut berulang kali

e.Gunakan isyarat tangan sambil menyanyi

Page 23: MODUL MZ 4

m – d  Latihan 1

m – d  Latihan 2 

m – d  Latihan 3

s – d  Latihan 4

Page 24: MODUL MZ 4

s – d  Latihan 5

l – d  Latihan 6

AKTIVITI 3.1

Dengar beberapa bunyi di sekeliling anda. Salah satu contohnya di stesen LRT atau Stesen kereta api terdapat bunyi sebelum pengumuman dibuat. Cuba transkripsikan bunyi tersebut ke tonik solfa. Buat beberapa transkripsi kepada beberapa bunyi dan bincangkan dengan rakan anda.

MENGAPLIKASIKAN KAEDAH KODALY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.3

Di dalam mengaplikasikan kaedah ini anda perlu berlatih secara latih tubi nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu. Bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan nyanyian solfa di dalam P & P?

a. Mengaplikasikan pada Permulaan Pengajaran

Page 25: MODUL MZ 4

i. Membuat Imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama pelajar contohnya Ali – so – mi, Ali jawab saya dalam pic so – mi, Lee Ah Mei – do – mi – so dan lain-lain.

ii. Anda bertepuk pada corak ti – ti ta ta ta dan pelajar menepuk balik pada anda.

iii. Anda gunakan isyarat tangan pada do, mi dan so dan pelajar ikut sambil menyanyi.

iv. Mengaplikasikan pada Langkah 1. – nyanyian solfa dan sebutan irama.

Anda menyanyi lagu Tepuk Amai Amai dalam tonik solfa dan pelajar disuruh mendengar. Mereka meneka lagu tersebut.

Mereka mengikut anda menepuk dan menyebut corak irama.

b. Mengaplikasikan pada Langkah 2 – Penghafazan

i. Anda menunjukkan 2 bar lagu tersebut dan pelajar menyanyi pada solfa.

ii. Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut ditutup. Ini melatih mereka menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.

c. Mengaplikasikan pada Penutup – Pendengaran Dalaman

i. Anda mengguna isyarat tangan (3 pic – do – mi – so) tanpa menyanyi sepanjang 2 bar.

ii. Pelajar diminta melihat isyarat tangan yang anda lakukan dan menyanyikan di dalam hati.

iii. Pelajar menyanyikan balik pada la atau solfa.

iv.

PENGAJARAN MIKRO 3.4

Pengajaran mikro adalah seksyen pengajaran yang pendek, ringkas dan menepati objektif. Ia boleh mengandungi satu segmen atau bahagian contohnya permulaan pengajaran (set induksi) atau satu atau dua langkah isi pelajaran yang pendek. Ia adalah salah satu cara untuk anda melatih diri anda untuk mengamalkan sesuatu yang anda pelajari.

Contoh pengajaran mikro dalam pengajaran kaedah Kodaly ialah:

Contoh 1Langkah 1 –

m. s l s Anda menyanyikan satu frasa melodi – s

Murid anda diarah dengar dan menyanyikan balik frasa melodi tersebut.   Langkah 2 –

Anda menyanyi frasa melodi di atas yang sama.

s. l s m Murid anda diarah dengar dan menyanyikan balik mengikut (improvisasikan) melodi mereka sendiri. Contoh imrovisasi murid yang dijangka mereka akan nyanyikan ialah m

Contoh 2Set Induksi –

Anda memperkenalkan boneka harimau dan membunyikan kepada do secara dron.

Dan boneka tikus dan membunyikan so dan mi secara ostinato.

Anda menyoal murid:

Bunyi yang mana lebih rendah dan mendatar?

Page 26: MODUL MZ 4

   Jawapan: Harimau do

Anda membahagikan kelas kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A menyanyikan dron do.

Kumpulan B menyanyikan ostinato so mi.

Anda gabungkan kedua-dua bunyi dan apabila anda menunjukkan isyarat untuk berhenti barulah mereka berhenti.

Bahagian ini akan dijalankan secara

a. Ceramah – smenerangkan kepentingan penggunaan suara nyanyian konsep-konsep dan cara pelaksanaan Teknik Kaedah Kodaly dalam Pengajaran Pembelajaran Muzik.

b. Perbincangan – berbincang mengenai bidang nyanyian, pendengaran dalaman, tonik solfa dan kepentingannya serta isu atau masalah yang mungkin dihadapi dalam melaksanakan teknik ini.

c. Latihan Amali – Membimbing murid melakukan latihan amali dan praktik seperti latihan pendengaran dalaman, nyanyian tonik solfa secara berurutan dengan menggunakan ‘tuning fork’, melalui isyarat tangan dan sebutan irama.

d. Demonstrasi – Membimbing murid dengan menunjuk cara serta melakukan/Tunjuk cara teknik isyarat tangan, nyanyian solfa serta sebutan irama.

RUMUSAN

Di dalam pendekatan Kaedah Kodaly terdapat tiga teknik ia itu Tonik Solfa, Isyarat tangan dan Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

Teknik tersebut disalurkan melalui lima Komponen Kaedah Kodaly ia itu secara berurutan, nyanyian, pendengaran dalaman, penghafazan dan improvisasi.

Di dalam Kaedah Kodaly latihan amali secara latih tubi perlu dijalankan supaya anda memahami konsep tersebut dan mahir dalam mengaplikasikan teknik Kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengaplikasikannya anda perlu melalui pengajaran mikro.

KATA KUNCI

Dron  

Ostinato  

UJIAN 1

1. Dari negara manakah Zoltan Kodaly berasal?

Page 27: MODUL MZ 4

2. Huraikan falsafah Kodaly “Nyanyian adalah kemahiran asas”.

3. Namakan satu lagu yang anda rasa ia adalah lagu rakyat. Huraikan kenapa anda menyatakan demikian.

UJIAN 2

1. Apakah teknik Kodaly yang berkaitan dengan falsafah beliau seperti di Ujian 1 no. 2?

2. Apakah 3 not solfa yang pertama yang boleh digunakan sebagai pengenalan di dalam kelas?

3. Apakah teknik yang ketiga yang berkaitan dengan konsep irama?

PENDEKATAN MUZIK CARL ORFF TOPIK 4

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan sejarah dan latar belakang komposer muzik Carl Orff;

2. Menghuraikan falsafah pendekatan muzik Carl Orff;

3. Menghuraikan fungsi instrumen Orff dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

4. Mengenal pasti konsep pendekatan muzik Carl Orff melalui latihan yang disediakan.

PENGENALAN

Metodologi dalam Pendidikan Muzik yang digunakan di bilik darjah pada hari ini merupakan cantuman beberapa falsafah individu terhadap pendidikan muzik kanak-kanak. Falsafah ini terbentuk hasil gabungan aspek muzik secara azalinya, pelajar, dan pendekatan yang tertentu dalam pengajaran. Antara individu-individu itu termasuklah Carl Orff dengan pendekatan yang sering diguna pakai di bilik darjah dan dikenali sebagai Pendekatan Orff. Anda akan mempelajarinya kerana ia amat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di bilik darjah. Anda perlu memahami konsep pendekatan ini dan mengalaminya sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Aplikasi pendekatan ini yang lebih meluas akan dapat anda alami dalam Topik 5.

Page 28: MODUL MZ 4

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG CARL ORFF 4.1

Rajah 4.1: Carl Orff (Studyworld, 1996–2004)

Fahaman Orff adalah berbeza daripada persembahan tarian yang asal kerana tarian teater yang asal meletakkan ahli muzik orkestra di dalam ruang dibawah manakala penari-penari menari berada di atas pentas. Melalui inspirasi Orff, dengan berlandaskan tradisi rakyat kedua-dua pemuzik dan penari berada di atas pentas. Perubahan seperti ini merupakan inovasi yang mengejutkan pada ketika itu. Dan dalam perkembangan yang seterusnya, penari-penari itu sendiri memainkan alat-alat muzik seperti alat dram, simbal, tamborin, dan kastanet. Muzik bukan lagi hanya mengiringi pergerakan tetapi juga adalah alat dan faktor motivasi kepada penari-penari tersebut di mana mereka dapat merasakan bahawa muzik dan pergerakan merupakan perkara yang satu dan kedua-duanya adalah sama. Pada ketika itu, muzik yang dihasilkan oleh Orff adalah untuk penari dan pemuzik yang profesional sahaja dan bukan untuk kanak-kanak. Hasil karya beliau hanya memberi fokus kepada artistik tulin semata-mata dan bukan kepada istilah pendidikan.

Penglibatan Orff dalam pendidikan bermula apabila penari Mary Wigman dan rakannya Dorothee Günther mula menggunakan hasil karya beliau dalam melatih penari-penari dan ahli gimnastik yang baru di sekolah mereka yang dikenali sebagai Güntherschule di Munich pada tahun 1924. Gabungan muzik dengan gerakan diletakan sebagai proses asas yang akan digunakan dalam kaedah Orff-Schulwerk.

FALSAFAH DAN KONSEP PENDEKATAN MUZIK CARL ORFF 4.2

Page 29: MODUL MZ 4

Mengikut falsafah Carl Orff, cara kanak-kanak belajar muzik adalah sama seperti cara mereka belajar bahasa ibunda mereka. Kanak-kanak belajar bertutur dengan cara dengar dan tiru apa yang dipertuturkan oleh ibu bapa mereka dan kemudian mereka belajar membuat interpretasi terhadap symbol-simbol sebagai tulisan kepada bahasa yang dipertuturkan itu. Oleh itu, Carl Orff berpendapat bahawa konsep belajar bahasa boleh diaplikasikan juga dalam pembelajaran muzik. Mengikut beliau lagi, kanak-kanak perlu didedahkan kepada muzik, belajar menyanyi dan bermain alat muzik perkusi di peringkat awal kanak-kanak lagi. Kemudian barulah mereka membuat interpretasi terhadap symbol-simbol muzik pada skor muzik. Ketika ini pembelajaran muzik yang dipelajari oleh mereka perlu berunsurkan melodi yang mudah serta banyak bergerak. Orff percaya bahawa irama merupakan konsep muzik yang terpenting kerana irama terdapat dalam semua aktiviti sama ada dalam aktiviti pergerakan, pertuturan dan muzik itu sendiri. Elemen irama pengikat kepada kesemuanya dan Orff menamakannya muzik elemental kerana beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu merasai dan bergerak kepada muzik sebelum mereka didedahkan kepada konsep muzikal itu sendiri (Choksy, et al., 1986).

Pertuturan merupakan salah satu elemen dalam pendekatan Orff bukan kerana ia berkaitan dengan irama sahaja tetapi kerana Orff adalah salah seorang ahli falsafah pendidikan sama seperti Dalcroze, Kodaly, dan Suzuki yang menekankan pertuturan dengan irama. Perubahan dari pertuturan ke aktiviti berirama kemudian kepada lagu merupakan proses peningkatan yang semulajadi bagi kanak-kanak. Oleh itu, proses pembelajaran daripada pertuturan kepada irama perkusi badan seperti bertepuk atau tapping, dan seterusnya kepada permainan alat muzik adalah proses yang boleh diterima oleh kanak-kanak. Berdasarkan falsafah Orff pendekatan bertutur sebegini berterusan walaupun kemahiran bermain alat muzik kanak-kanak itu sudah terbentuk. Contohnya, konsep muzik seperti meter, tekanan, dan anakrusis diperkenalkan dalam corak-corak pertuturan, diperkukuhkan dalam pelbagai aktiviti, dan dipelajari dalam konteks muzikal. Contoh yang lebih spesifik adalah seperti dalam pengajaran dan pembelajaran konsep kanon atau lagu pusingan di mana pelbagai chant mudah atau bentuk irama pertuturan yang pelbagai diajarkan di bilik darjah. Seterusnya, pelajar menggunakan idea lagu pusingan itu untuk meneroka bagaimana setiap lapis permulaan lagu pusingan itu dapat dicapai dan dinyanyikan. Akhir sekali, guru menulis corak irama lagu pusingan tersebut dan menunjukkan bagaimana setiap lapis lagu pusingan itu bergabung dengan lapisan yang lain.

Pendekatan Orff dalam Pendidikan Muzik meletakkan pertuturan, chant, dan lagu atas garisan yang sama dan salah satu daripadanya akan mendahului yang lain. Pengalaman kanak-kanak dalam nyanyian adalah ekoran daripada hasil pertuturan mereka. Ini bermaksud konsep melodi sebenarnya merupakan ekoran atau pertumbuhan daripada konsep irama. Apabila kanak-kanak mula belajar menggunakan suara mereka sebagai alat muzik, sebenarnya mereka telah menyentuh bahagian awal dalam kaedah Orff.

Kanak-kanak belajar melodi dalam nyanyian dan melodi diperkenalkan melalui nyanyian solfa. Terdapat urutan yang tertentu dalam pembelajaran solfa. Seperti dalam kebanyakan teori muzik yang melibatkan nyanyian, jeda menurun minor ke tiga ‘so–mi’ merupakan jeda yang pertama diajarkan kepada kanak-kanak. Menurut Saliba (1991), nada yang sesuai bagi renj vokal kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun adalah nada D major manakala bagi kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas adalah lebih sesuai menyanyi dalam nada F major. Ton ‘la, re, dan do’ menyusul kemudian bagi melengkapkan skel pentatonik dan ton ‘fa’ dan ‘ti’ sebagai ton akhir dalam kaedah ini. Kaedah Orff menggunakan skel pentatonik kerana beliau percaya bahawa skel ini merupakan tonaliti semulajadi kanak-kanak dan mod pentatonik itu dikatakan sesuai dengan perkembangan setiap individu. Penggunaan skel pentatonik ini dapat memberikan keyakinan pada diri kanak-kanak kerana hasil ciptaan daripada skel ini adalah lebih mudah serta senang dibunyikan. Pengukuhan seumpama ini adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Elemen akhir dalam elemen pendekatan Orff adalah bergerak. Ia merujuk kepada jenis pergerakan yang tanpa diberi latihan atau pendedahan awal. Pada pendapat Orff, cara sebegini kanak-kanak itu dapat mengekspresikan diri mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak itu lebih mudah mengekspresikan fikiran dan perasaan mereka melalui pergerakan dan lukisan daripada perkataan. Cara sebegini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak itu untuk menggunakan imaginasi mereka kerana di peringkat inilah mereka mempunyai imaginasi yang paling jelas. Setelah pergerakan kanak-kanak itu diperhatikan barulah konsep muzikal dapat dikaitkan dan

Page 30: MODUL MZ 4

dibentuk. Malangnya, kadang kala terdapat juga jenis-jenis pergerakan kanak-kanak seperti jalan menjengket, melompat halangan yang diimaginasikan, atau berpusing kadang kala sehingga pening, dikecualikan oleh guru untuk melakukannya kerana pada pandangan mereka, pergerakan ini dikatakan sebagai pergerakan yang susah diberi kawalan. Sebenarnya, pergerakan-pergerakan ini merupakan pergerakan yang paling sesuai bagi kanak-kanak melahirkan perasaan mereka dan sebagai pendidik Orff yang ideal, pergerakan seumpama ini boleh digunakan untuk mengajar konsep muzikal pada kanak-kanak.

Matlamat akhir dalam pendekatan Orff ialah untuk membentuk kreativiti muzikal kanak-kanak-kanak. Pendidikan Muzik tradisional menekan bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu belajar membaca muzik demi untuk menjadi seorang pemuzik yang berdikari dan terarah kendiri berbanding dengan kaedah Orff yang memberi fokus kepada bidang kreativiti dan ekspresi kanak-kanak dalam muzik.

Kesimpulannya, pendekatan Orff dapat membantu pelajar dalam mempelajari muzik, juga dapat menunjukkan cara mengajar muzik kepada kanak-kanak dengan berpandukan kepada elemen asas yang ada pada kanak-kanak itu sendiri seperti pertuturan, pergerakan, dan nyanyian. Dan kita dapat berharap agar kanak-kanak itu tidak belajar muzik mengikut kaedah tradisional tetapi mereka belajar mengikut kaedah semulajadi mereka untuk belajar.

ALAT MUZIK ORFF 4.3

Instrumen muzik sering dikaitkan dengan kaedah Orff kerana aspek inilah yang membezakannya dengan kaedah yang lain. Menurut Saliba (1991), alat-alat muzik Orff dipilih melalui hasil inspirasi daripada alat-alat muzik yang datang daripada Afrika, Eropah, Asia, Amerika Latin. Contohnya, alat muzik zailofon datang dari Afrika, glokenspil dari Eropah, metalofon dari Asia, dan alat muzik perkusi datangnya dari Amerika Latin. Pemilihan alat-alat muzik ini adalah terdiri golongan alat muzik yang bersaiz kecil, mempunyai kepingan kayu atau logam, kepingan kayu atau logamnya pula boleh diubah-alih mengikut melodi yang diperlukan berdasarkan peringkat pembelajaran kanak-kanak. Selain daripada itu, ubah-alih kepingan kayu atau logam ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari dalam mod yang berbeza dan mengelakkan kekeliruan kepada mereka. Alat-alat muzik yang dipilih ini juga boleh dikatakan bermodel dan dikaitkan dengan alat muzik gamelan yang mana ianya bersifat puitis, sangat fleksibel, dan dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang upaya. Contohnya, pelajar yang kurang upaya dari segi penglihatan atau pendengaran akan dapat merasai bahawa mereka juga dilibatkan dalam permainan ensemble dengan mengetuk sebarang kepingan alat yang telah disusun dalam skel pentatonik.

Alat muzik dalam pendekatan Orff juga sering dikaitkan dengan penggunaan alat muzik perkusi. Ia merupakan matlamat dan tujuan asas dalam kaedah Orff dan kumpulan alat-alat muzik ini lebih dikenali sebagai Instrumen Orff. Keluarga utama instrumen muzik ini dibahagikan kepada tiga kategori primer: zailofon (kepingan kayu berpic), metalofon (kepingan logam berpic), dan glokenspil (kepingan logam berpic tinggi dan berbunyi nyaring serta bersaiz kecil). Kategori instrumen zailofon dan metalofon dibahagikan kepada empat bahagian suara: soprano, alto, tenor, dan bes. Manakala kategori glokenspil terbahagi kepada dua bahagian suara iaitu suara soprano dan alto. Tambahan kepada alat-alat muzik ini, kaedah Orff juga menggunakan alat-alat muzik perkusi yang lain seperti simbal, kerincing, kayu tik-tok dan sebagainya. Kadang kala ia juga menggunakan sekeping atau dua kepingan kayu atau logam untuk memainkan bunyi dron atau bordun bagi mendapatkan corak ostinato sebagai asas harmoni. Kepingan-kepingan kayu atau logam pada instrumen Orff boleh ditanggalkan satu persatu bagi tujuan untuk mendapatkan bunyi yang tertentu. Biasanya, pic asas yang digunakan dalam kaedah ini ialah pic ‘so – mi’ dan kemudian ditambah dengan pic-pic yang lain seperti pic ‘re, do, la’. Dalam pendekatan Orff instrumen yang memainkan melodi adalah zailofon dan glokenspil. Kedua-dua alat ini dapat menghasilkan bunyi yang baik dan jelas dengan serta-merta. Oleh itu, ketika kanak-kanak itu memainkan alat muzik tersebut dalam orkestra yang kecil, ia dapat membantu kanak-kanak itu mendengar dengan lebih sensitif dan menjadi ahli kumpulan yang lebih prihatin.

Page 31: MODUL MZ 4

Alat muzik zailofon (a)

Alat muzik metalofon (b)

Alat muzik glokenspil (c)

Rajah 4.2: Instrumen OrffSumber: www.yahoo.com/OrffInstruments

Matlamat dan tujuan asas instrumen Orff digunakan ialah ia dapat membantu pelajar membuat improvisasi dan mencipta; dan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk cuba jaya, manipulasi dan ubah bahan muzikal yang sedia ada. Secara tidak langsung ia dapat memperkembangkan pemikiran kreatif pelajar. Oleh kerana instrumen

Page 32: MODUL MZ 4

Orff mempunyai warna ton yang unik di mana jika kesemuanya dimainkan bersama, semua bahagian akan dapat didengar dengan jelas dan baik. Ini akan membuka peluang kepada pelajar untuk mendengar dengan lebih sensitif dan peka apabila bermain dalam satu ensembel. Jika dimainkan dalam kumpulan yang besar, guru akan dapat membentuk sebuah orkestra dan jika dalam kumpulan kecil pula, ia boleh digunakan sebagai muzik iringan kepada aktiviti bercerita atau aktiviti pergerakan. Instrumen Orff boleh bersepadu dengan muzik, pergerakan, tarian, dan pertuturan. Berikut merupakan gambarajah situasi pengajaran dan pembelajaran Orff di bilik darjah.

Rajah 4.3: Pendekatan Orff di dalam bilik darjah(www.yahoo.com/OrffInstruments)

PENDEKATAN ORFF DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MUZIK 4.4

Chant merupakan hasil daripada pertuturan yang berirama. Melalui lirik yang berirama, kanak-kanak dengan bebas dan semula jadi dapat mengaitkan perasaan mereka sama ada semasa mereka bermain dan berimageri (imagery). Chant boleh terbentuk daripada puisi kanak-kanak atau ciptaan kanak-kanak itu sendiri sama ada semasa mereka sedang bermain, mengusik tentang kawan-kawan mereka atau binatang peliharaan mereka.

Menepuk pula merupakan pergerakan badan yang paling mudah yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan secara spontan sebaik sahaja kanak-kanak itu dapat merasai perkataan yang berirama tersebut.

Chant dan tepuk irama-irama berikut:

Page 33: MODUL MZ 4

Orff dapati bahawa melalui penggunaan corak irama yang berulang di dalam pelbagai irama, corak irama ini mudah dikenali dan diguna semula dalam bacaan dan penulisan muzik.

Tepukan Bertalun merupakan aktiviti di mana guru menepuk satu corak irama dan ditiru oleh pelajar. Latihan seumpama ini dapat meningkatkan kemahiran mendengar, membentuk ingatan berirama, dan merasai bentuk. Tepuk latihan-latihan berikut:

Page 34: MODUL MZ 4

AKTIVITI 4.1

1. Cuba anda reka corak irama dalam meter duaan dan tigaan dengan meningkatkan tahap kesukaran irama tersebut melalui penggunaan notasi bertitik, sinkopasi, triplet, dan sebagainya.

2. Sebagai tambahan kepada aktiviti chant dan menepuk, ciri-ciri latihan irama yang jelas dalam pendekatan Orff ialah melalui pelbagai pergerakan badan seperti menepuk paha, menghentak kaki dan memetik jari. Di antara latihan yang berasaskan pendekatan Orff adalah seperti aktiviti berikut. Cuba anda lakukannya bersama.

Page 35: MODUL MZ 4

RUMUSAN

Kesimpulannya, pendekatan Orff mempunyai konsep yang menggabungkan aspek bahasa, muzik dan pergerakan.

Irama adalah elemen asas dan pergerakan adalah penting dalam menonjolkan kekuatan irama.

Bahasa merupakan aspek semulajadi dan tapak asas untuk maju dalam muzik dan menghasilkan irama muzikal.

Penglibatan pelajar pula adalah secara aktif dan kreatif yang mana ia:

o Memberi pengalaman sebelum pemahaman konsep;

o Melalui proses semulajadi iaitu melalui penemuan kendiri;

o Menyediakan situasi yang menarik dan memberangsangkan untuk mencuba dan membina

ilmu; dan

o Memberi peluang untuk mengimprovisasi.

Instrumen Orff merangkumi alat muzik zailofon, metalofon dan glokenspil di mana kepingan-kepingan besinya boleh ditanggalkan mengikut keperluan.

Seperti mempelajari bahasa, pelajar dibimbing untuk mempelajari muzik melalui kemahiran mendengar dan proses pembelajaran dimulakan dengan mengalami muzik terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan membaca dan menulis.

Pendekatan ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah mengikut peringkat perkembangan pelajar.

KATA KUNCI

Bordun Ostinato

Chant Perkusi badan

Dron Skel pentatonik

Kanon  

UJIAN 1

1. Jelaskan falsafah yang dipegang oleh Carl Orff dalam pendekatan muzik beliau.

2. Huraikan instrumen yang digunakan dalam pendekatan Orff.

Page 36: MODUL MZ 4

UJIAN 2

1. Huraikan konsep pendekatan Orff dan berikan contoh chant yang boleh dikaitkan dengan pendekatan ini.

2. Cipta lapan bar corak irama yang mengandungi empat bahagian perkusi badan dalam meter empatan.

APLIKASI PENDEKATAN MUZIK CARL ORFF TOPIK 5

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan proses pengajaran pembelajaran Orff di bilik darjah;

2. Menghuraikan tujuh matlamat tersembunyi dalam pendekatan Orff;

3. Menjelaskan konsep pendekatan ini melalui latihan-latihan yang disediakan; dan

4. Mengaplikasikan pendekatan-pendekatan muzik Orff dalam bilik darjah.

PENGENALAN

Hasil atau produk pendekatan Orff sering disifatkan sebagai suatu yang ajaib kerana pengalaman muzikal kanak-kanak itu dikatakan dapat dicapai dengan mudah dan serta merta. Di dalam bengkel Orff, para peserta berpendapat bahawa tanpa berlatar belakangkan teknik dan teori muzik, mereka dapat mengalami permainan muzik ensembel seperti yang dialami oleh seorang pemain muzik profesional. Sebenarnya, tiada keajaiban yang berlaku hanya seorang guru muzik yang berpengetahuan yang menguasai pendekatan ini dan menggunakannya untuk membantu memperkembangkan bakat muzikal semula jadi kanak-kanak.

Perkembangan pembelajaran agak lambat tetapi bergerak maju melalui penerokaan yang sensitif. Elemen-elemen dalam irama pertuturan, ekspresi tubuh badan ‘body gestures’, pergerakan, nyanyian dan teknik instrumental diadun bersama dalam bentuk muzikal yang mudah. Bentuk muzikal ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai dengan bebas dan sepenuhnya pada mana-mana aras kebolehan yang telah dicapai. Elemen-elemen dalam irama pertuturan, isyarat gerak tubuh badan, pergerakan, nyanyian dan teknik instrumental ini kemudiannya diulang dan dikembangkan isi kandungannya mengikut aras kesukaran dan seterusnya. Melalui pendekatan Orff yang pasti, kita yakin berjaya dengan cepat pada setiap aras walaupun tanpa tekanan.

Page 37: MODUL MZ 4

PROSES PEMBELAJARAN CARL ORFF 5.1

Apakah kemungkinan yang sedang berlaku jika suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah itu tidak menunjukkan respon daripada pelajar walaupun semua pelajar memandang ke arah guru yang sedang mengajar itu?

Untuk makluman para pendidik yang mengamalkan pendekatan Orff, pendekatan ini memerlukan daya fleksibiliti yang tinggi dan tenaga yang kuat. Pertukaran idea antara guru dan murid meningkatkan dan menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan definisi proses pendekatan ini. Dalam proses ini, soalan terbuka atau open-ended questions perlu banyak diajukan, peluang meneroka dalam kaedah inkuiri penemuan perlu banyak disediakan walaupun dalam latihan-latihan yang mudah. Guru perlu banyak membimbing, sebagai contoh dalam pembelajaran meter duaan, guru tidak menerangkan apa itu meter duaan tetapi sebaliknya guru memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka seberapa banyak contoh-contoh karya dalam meter duaan sehingga pelajar dapat mencari sendiri ciri-ciri meter tersebut; dapat merasainya, menyedari kesan tekanan kepada lirik, lagu, tarian, alat muzik; dan menyedari kesan kepada tempo dan dinamik. Proses pembelajaran nampak mudah tetapi sebenarnya ia memerlukan perancangan yang berhati-hati dan terperinci oleh pihak guru.

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sentiasa peka dan fleksibel dalam menghuraikan pandangan dalam menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar. Perlu sentiasa ada sifat keprihatinan guru terhadap tahap pencapaian pelajar yang berbeza; terhadap ekspresi tubuh badan body gestures pelajar sama ada mereka berjaya dalam mencapai objektif yang hendak dicapai atau sebaliknya. Jika tidak, adakah ia memerlukan aktiviti pemulihan atau pengukuhan. Guru perlu mempunyai pendengaran muzikal yang sensitif dan sentiasa bersedia untuk membetulkan kesilapan pelajar secara positif ketika pelajar belajar membuat persembahan mereka. Memperbetulkan kesilapan pelajar pula hendaklah dilakukan dalam kumpulan bukan individu. Dengan cara ini, guru tersebut dapat membantu pelajar yang melakukan kesilapan di samping memberi peluang pengukuhan yang positif kepada ahli kumpulan pelajar tersebut.

Matlamat Tersembunyi 5.1.1

Pendekatan Orff menyumbangkan banyak agenda yang tersembunyi dalam organisasi kurikulum yang dirancang. Ia merupakan proses bagi mencapai matlamat yang hendak dicapai oleh guru. Matlamat yang pertama adalah mewujudkan perasaan komuniti atau bermasyarakat. Dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, perlu ada pertukaran dan sumbangan individu dalam likaran suatu bentuk. Bentuk semula jadi kanak-kanak ialah bermain. Main melibatkan semua pemain dan ia dapat mewujudkan rasa komuniti dan bermasyarakat yang mana setiap ahli yang main atau pemain suatu kumpulan dapat merasai dirinya kepunyaan kumpulan tersebut dan perlu menyumbang kepada kumpulan itu. Semasa bermain, setiap ahli komuniti perlu dengar, lihat, ikut, pimpin jika dipilih, sokong dan hormat ahli yang lain. Oleh kerana matlamat yang pertama adalah komuniti maka pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran perlulah berasaskan muzik dalam masyarakat atau lagu rakyat.

Matlamat kedua pendekatan Orff ialah perkembangan rasa organisasi muzikal. Dalam pengajaran pendidikan muzik, penggunaan perbendaharaan kata yang konsisten, jelas dan bersistematik dalam memberikan arahan atau memimpin persembahan merupakan satu kemahiran yang amat diperlukan oleh seorang guru. Pertuturan guru perlu tepat dan jelas. Kefahaman terhadap muzik sebagai suatu seni adalah matlamat yang ketiga dalam pendekatan Orff. Lagi banyak pelajar belajar dan tahu tentang muzik maka lagi banyaklah akan mereka gunakan pengetahuan itu. Dalam mempelajari elemental muzik, kesemua elemennya perlu didedahkan agar pelajar dapat membuat assimilasi. Semua konsep dalam konteks muzik boleh dimainkan, dinikmati dan dikenal pasti oleh pelajar. Matlamat yang keempat adalah bebas bermuzikal ataumusical independence yang mana pelajar diberi peluang untuk memimpin dan memberi sumbangan. Matlamat ini boleh dicapai dalam aktiviti-aktiviti seperti

Page 38: MODUL MZ 4

memimpin ensembel di bilik darjah, menyumbang satu irama atau melodi yang dapat dikembangkan dalam kumpulan menjadi satu gubahan, atau menawarkan langkah-langkah alternatif bagi tarian atau lakonan.

Matlamat kelima adalah pertumbuhan dan perkembangan diri individu itu sendiri. Perkembangan komuniti adalah bergantung kepada kekuatan individu. Teknik yang berkembang secara bersistematik adalah perlu untuk bertutur, menyanyi, bermain alat muzik, dan menari dengan betul. Melalui penguasaan kemahiran-kemahiran ini barulah setiap individu itu bebas untuk berkembang dan berfikiran kreatif. Matlamat yang keenam dalam pengajaran Orff adalah kebolehan mempersembahkan apa yang telah dipelajari. Kepuasan individu dalam membuat persembahan adalah punca kepada pertumbuhan yang berterusan dalam muzik. Persembahan adalah major fokus dalam amalan Orff bukan sekadar persembahan untuk audien tetapi persembahan untuk kepuasan diri sendiri. Perasaan bahawa dirinya adalah sebahagian daripada keseluruhan kumpulan ensembel adalah penting dalam pembelajaran dan membuat muzik. Matlamat ketujuh amalan Orff adalah pertumbuhan dan perkembangan positif imej kendiri. Apabila kanak-kanak berasa seronok akan apa yang telah disumbangkan dalam persembahan muzik kumpulan mereka, hasil penglibatan yang amat ketara dapat dilihat adalah harga diri.

Kesemua matlamat di atas merupakan asas pengajaran pendekatan Orff. Setiap matlamat boleh berada pada setiap aras atau tahap dalam pendekatan ini. Ia merupakan elemen organisasi yang tersembunyi yang mana jika dimasukkan dalam kurikulum pendidikan muzik, secara tidak langsung ia menepati pendidikan yang menyeluruh seperti Pendekatan Gestalt dalam muzik.

Rancangan Pelajaran 5.1.2

Peranan guru menjadi lebih jelas apabila rancangan pelajaran telah dibentuk. Dalam memperkembangkan kemahiran, rancangan pelajaran perlu dirancang dengan teliti bagi menyediakan latihan yang mencukupi. Rancangan pelajaran bermula dengan pencarian inti-pati atau elemen muzik yang hendak ditemui, dialami, dan diterokai. Tiada urutan langkah yang tertentu dalam membentuk rancangan pelajaran Orff tetapi beberapa perkara perlu diberi keutamaan seperti:

a. Persediaan: perkembangan aktiviti yang dapat menyediakan kemahiran yang diperlukan.

b. Sintesis: menggunakan kemahiran yang baru dipelajari itu dengan bermain yang mana ianya dirancang dan diimprovisasikan.

c. Integrasi: menggunakan kemahiran tersebut secara berulang-ulang dan menggabungjalinkan kemahiran itu dengan pelajaran yang telah dipelajari sebelumnya.

d. Pemindahan: menghubungkaitkan kemahiran yang baru dengan media persembahan atau bahan yang lain.

Semua pelajaran berterusan daripada imitasi guru kepada ciptaan pelajar. Sebagai contoh satu urutan pengajaran dan pembelajaran elemen muzik dalam pendekatan Orff adalah seperti berikut:

a. Latihan atau bermain yang membolehkan elemen itu diterokai.

b. Perbualan atau lakonan sehingga kebolehan menguasai elemen itu dapat dipersembahkan.

c. Bermain alat muzik atau ensembel dalam bentuk dan pelbagai media.

d. Mencipta berdasarkan elemen muzik yang telah dipelajari.

e. Membuat persembahan.

Walau bagaimanapun, guru Orff yang berpengalaman tidak merancang pelajarannya satu persatu tetapi perancangan dibuat secara bersiri mengikut bahan dan isi yang hendak disampaikan. Contoh siri perkembangan pelajaran Orff adalah seperti berikut:

Page 39: MODUL MZ 4

Pelajaran 1

a. Murid masuk ke bilik darjah, menanggalkan kasut mereka dan diarah untuk duduk bersama guru diruang yang disediakan dalam separuh bulatan.

b. Pertuturan melalui puisi mudah dalam meter duaan diperkenalkan disertai dengan iringan perkusi atau melalui ekspresi tubuh badan, jika perlu. Aktiviti pertuturan dilakukan secara imitasi.

c. Pertuturan puisi berirama diulang dengan penerokaan melalui tambahan aspek baru pada setiap ulangan. Aspek baru yang ditambah adalah seperti pertukaran tempo, warna ton, dinamik. Ia boleh dilakukan dalam bentuk kanon atau pusingan, atau dengan iringan ostinati yang dicipta.

d. Pertuturan puisi berirama diberi latihtubi dengan pelbagai tambahan.

e. Persembahan pertuturan puisi berirama.

Pelajaran seterusnya adalah perkembangan daripada pelajaran yang lepas. Sebagai contoh:

Pelajaran 2

a. Guru dan murid mengulangkaji pertuturan puisi berirama dalam pelajaran yang lepas.

b. Meneroka dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi teks puisi.

c. Mengembangkan karya dengan tambahan muzik instrumental di bahagian pemulaan dan coda.

d. Jika puisi mempunyai melodi, maka ianya perlu diajar sebagaimana dalam pertuturan iaitu melalui kaedah hafalan atau ‘rote method’. Penekanan diberi kepada persembahan vokal, penghasilan ton, dan artikulasi.

e. Sebagai persembahan, nyanyian dengan iringan permainan alat perkusi.

Sekali lagi pelajaran ini tidak berhenti di sini malah ia diteruskan dengan aktiviti berikut:

Pelajaran 3

a. Jika nyanyian puisi yang telah dipelajari tadi adalah puisi tarian atau pergerakan, maka langkah tarian pula akan diajar. Dengan menggunakan kata arah dalam tarian yang konsisten, guru menyanyikan diskripsi pergerakan tarian itu frasa demi frasa sehingga keseluruhan tarian itu dapat dipelajari. Jika nyanyian puisi itu bukan puisi tarian, maka pergerakan atau tarian mengenainya hendaklah dicipta oleh murid.

b. Persembahan nyanyian dan tarian dengan iringan permainan alat muzik perkusi.

Kini instrumen Orff pula dibincang dan diperkenalkan. Rancangan pelajaran adalah seperti berikut:

Pelajaran 4

a. Guru dan murid menyediakan kepingan alat muzik mengikut sistem tonal yang hendak dimainkan. Kepingan alat muzik ini boleh diubahsuai mengikut skel pentatonik, nada atau mod tertentu.

b. Apabila alat muzik sudah tersedia, murid meneroka melodi puisi yang telah dipelajari. Mereka akan mengetuk secara rawak dalam mencari melodi yang dikehendakki.

Page 40: MODUL MZ 4

c. Pelajar yang berjaya menemui melodi yang dikehendakki akan mempersembahkan melodi tersebut secara individu.

d. Pembelajaran diperkukuhkan dengan menyanyikan nama huruf sebelum permainan alat.

e. Untuk mengukuhkan persembahan, melodi tersebut dinotasikan di papan hitam.

f. Melodi tersebut dipersembahkan lagi secara solo, duet, kuartet, atau keseluruhan kumpulan.

g. Iringan instrumental ditambah mengiringi nyanyian. Kali ini melalui bunyi dron alat bes zailofon, atau bunyi ostinato daripada kepingan alat soprano dan alto.

h. Persembahan instrumental mengiringi melodi melalui perkembangan bunyi dron, ostinati serta muzik permulaan dan coda.

Pelajaran 5: Persembahan

a. Pemilihan Pemain alat muzik, penari, dan penyanyi.

b. Kesemua murid sepatutnya diberi peluang untuk merasai sebagai pemain alat muzik, penari dan penyanyi.

c. Perkembangan bentuk.

d. Permulaan A (menyanyi dan menari).

e. Interlud A’ (permainan alat muzik dan menari).

f. Interlud A’’ (menyanyi dan permainan alat muzik).

g. Coda (menyanyi, menari dan permainan alat muzik).

Walaupun contoh pelajaran yang dirancang seperti di atas hanya menggunakan sebuah puisi sahaja namun begitu, puisi, lagu atau permainan yang lain juga boleh dimasukkan dalam mana-mana siri pelajaran dalam menyediakan perbandingan dan kepelbagaian bagi mengukuhkan kemahiran dalam mempersembahkan puisi tema yang dipilih. Proses pembelajaran ini dikatakan berjaya jika pelajar dapat memindahkan konsep dan kemahiran yang dipelajari kepada pengalaman baru, dan membuat adaptasi dalam situasi dan bahan yang baru.

APLIKASI PENDEKATAN ORFF dALAM BILIK DARJAH 5.2

Pengajaran dan pembelajaran Orff lebih sesuai dilakukan di ruang yang terbuka di mana selesa bagi kanak-kanak untuk bergerak. Perletakan instrumen Orff juga perlu difikirkan agar tidak menganggu aktiviti bergerak dan biasanya dicadangkan agar instrumen itu disusun dalam posisi semi bulatan. Ini bertujuan memudahkan bagi peserta mendengar dan melihat antara satu sama lain. Instrumen Orff perlu diletakkan di atas bangku-bangku kecil agar mudah dan selesa dimainkan selain daripada menghasilkan permainan yang betul. Piano juga boleh digunakan tetapi sebenarnya alat muzik ini adalah amat terhad penggunaannya kerana ia hanya dimainkan sebagai tambahan kepada tekstur bagi karya yang telah dihasilkan. Dalam pendekatan Orff, persembahan ensembel adalah hasil yang hendak dicapai sama ada ensembel dalam pertuturan, nyanyian, pergerakan, dan permainan alat muzik. Rajah adalah model contoh yang dicadangkan sebagai ruang pengajaran dan pembelajaran Orff:

Page 41: MODUL MZ 4

Rajah 5.1: Seting Bilik Darjah Orff

Petunjuk:A – Meja alat perkusiB – Rak kasutC – Ruang kosongD – Instrumen Orff (glokenspiel: soprano dan alto; metalofon: soprano, alto, bes; zailofon: dua set soprano, tiga set alto, dan satu set bes).E – TimpaniF – Stereo tape dekG – Piano

Irama dalam Pergerakan 5.2.1

Contoh

a. Gunakan gambar haiwan contohnya untuk membantu pertuturan berirama.

Page 42: MODUL MZ 4

 = “moo”  = “kwek”

 = “cit”

b. Tambah aktiviti kinestetik seperti menepuk paha sambil bertutur.

c. Reka frasa pertuturan untuk lapan kiraan contoh, “moo, moo, moo, moo”, kemudian bergerak untuk merasai irama tersebut di kaki mereka.

Page 43: MODUL MZ 4

d. Improvisasi dengan menggunakan alat piano untuk register rendah “moo”, tengah “kwek”, dan tinggi “cit”.

e. Bahagikan kelas kepada tiga kumpulan: lembu, itik, dan burung. Bunyikan mengikut kumpulan dan tukar kumpulan bagi murid-murid merasai bunyi dengan irama pergerakan.

f. Improvisasi dengan menggabungkan bunyi lembu dan itik, bunyi lembu dan burung, dan sebagainya.

g. Gunakan alat perkusi yang mempunyai warna ton yang berbeza dan minta murid respon kepada bunyi alat tersebut melalui pergerakan. Contohnya:

Irama dalam Pertuturan 5.2.2

a.Contoh Sukukata

i. Dapatkan pelajar untuk menyebut sukukata satu persatu dengan menggunakan suara tinggi dan rendah berselangan.

ii. Sebutkan perkataan tersebut dan tambahkan pergerakan yang sesuai.

iii. Bergerak sambil menyebut perkataan untuk merasai irama dalam pertuturan tersebut.

b. Contoh Detik Bagi  

Page 44: MODUL MZ 4

i. Mulakan merasai detik dengan gerakkan jari di atas paha kemudian ke bahagian yang lain seperti bahu dan sebagainya.

ii.  Ubah variasi detik daripada apabila mendengar perkataan “Hai”. 

iii.  Himpunkan empat nama bersama kemudian pilih nama yang dapat mengukuhkan nilai not

Seperti berikut: 

iv. Tambahkan detik dengan menepuk paha. Sebut sekali dengan suara tinggi kemudian dengan suara rendah.

v. Tambahkan himpunan nama kedua seperti berikut:

vi. Gabungkan himpunan nama dalam latihan 2 dan 3 untuk menjadikannya bentuk ABA.

c.Contoh Puisi

i. Sebutkan puisi di bawah dan tambahkan detik dengan kedua-dua tangan menepuk paha.

ii. Bahagikan kelas kepada dua kumpulan: A dan B. Kumpulan A menepuk detik dan kumpulan B menepuk tangan bagi irama perkataan Nani, ekor, dan menghentak kaki bagi irama perkataan kami, tegur.

Anak rusa NaniBaru kembang ekorApa dosa kamiLalu tidak tegur.

iii. Kembangkan aktiviti kumpulan B di atas dengan memindahkan aktiviti menepuk tangan dan menghentakkan kaki kepada permainan alat perkusi.

iv. Pilih seorang pelajar untuk lari skip mengikut puisi dan pulang ke tempat asalnya apabila puisi itu tamat.

Page 45: MODUL MZ 4

AKTIVITI 5.1

Cuba anda lakukan aktiviti berikut dalam kumpulan dan kembangkan aktiviti tersebut.

a. Buai laju-laju

Sampai pokok Sena

Apa dalam baju

Sekuntum bunga Cina.b.

c. Irama perkusi badan

Page 46: MODUL MZ 4

d. Tom Tom Bak

Mak Yong Dek Dek

Pecah sebiji

Tinggal serangkap.

Oh nenek, ayuh nenek.

Rumah nenek dah nak rebah.

Tepuk tangan:

Tepuk paha:

Melodi dalam Pergerakan 5.2.3

Dalam pendekatan Orff, instrumen yang pertama dikembangkan adalah suara. Mulakan dengan motif yang mudah dengan renj suara yang selesa. Nada yang sesuai bagi kanak-kanak prasekolah adalah D major namun begitu untuk mencapat matlamat menyanyi dalam nada yang betul dan mudah, nada F major adalah digalakkan. Konsep melodi yang asas yang perlu dicapai adalah pic tinggi dan rendah. Cara melaksanakannya adalah seperti berikut:

a.Bertutur dalam suara tinggi dan rendah.

b. Dengan menggunakan piano, bergerak di atas jari kaki untuk pic tinggi dan di atas lutut untuk pic rendah.

c.Mengaitkan bunyi alat kerincing dengan petikan jari dan bunyi alat dram bes dengan hentakan kaki.

Sebagai permulaan gunakan melodi bitonik atau tritonik yang mana kedua-duanya ini dikenali sebagai dua atau tiga not melodi. Jeda yang sesuai; yang digunakan dalam pertuturan berirama kanak-kanak seluruh dunia adalah ‘so-mi’ dan dicadangkan agar dalam mempraktikkan pendekatan ini, sebutan solfa digunakan. Sediakan ruang untuk kanak-kanak meniru dan memadankan ton nyanyian mereka dengan guru contohnya seperti aktiviti berikut:

Page 47: MODUL MZ 4

Kemudian lakukan aktiviti bergerak seperti contoh di bawah ini dengan iringan bordun daripada alat bes atau alto zailofon.

Melodi Bitonik

LATIHAN 5.1

Lakukan improvisasi pada lirik melodi bitonik.

Pengalaman Muzikal 5.2.4

Bagi aktiviti 9 di bawah ini, anda boleh iringkan melodi tritonik dengan beberapa alat muzik. Contohnya:

Page 48: MODUL MZ 4

Alat kerincing – Isyarat mula, dan penanda waktu: jam satu, jam dua

Alat bes atau alto zailofon – mainkan ‘so-do’ pada detik

Alat loceng – mainkan not kuaver

Simbal – di akhir lagu

SEMAK KENDIRI 5.1

Cuba anda fikirkan pertuturan berirama dalam permainan yang pernah anda mainkan di zaman kanak-kanak. Bincangkan sama ada permainan tersebut dapat dilaksanakan seperti situasi di atas.

Pengajaran dan pembelajaran melodi dalam pergerakan berkembang seterusnya kepada melodi tetratonik iaitu empat not ‘so, mi, la, do’, skel pentatonik dan seterusnya. Konsep pengajarannya adalah sama: bertutur, bergerak, memainkan alat, dan ensembel. Terdapat beberapa langkah dalam mengajar melodi. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

a. Nyanyian bertalun – guru menyanyi frasa melodi dengan isyarat tangan Curwen dan murid mengikut dan meniru perbuatan guru.

Page 49: MODUL MZ 4

Rajah 5.2: Isyarat Tangan Curwen Sumber: Saliba (1991)

b. Mengenal motif melodi – kenalpasti motif-motif yang terdapat di dalam melodi tersebut kemudian asingkan motif-motif itu. Nyanyikan melodi tersebut dan minta murid cantumkan semula motif-motif yang diasingkan menjadi melodi yang dinyanyikan tadi.

c. Mengenal motif nyanyian dan permainan alat.

d. Rencana – guru beritau murid not yang pertama dan menyanyikan satu motif dalam silabel dan huruf. Pelajar menyambut sambil meniru nyanyian guru dan memainkan motif tersebut.

e. Baluk tangan – mempelajari nama-nama not dan baluk muzik melalui anggota tangan.

f. Rekoder soprano – memperkenalkan kepada rekoder soprano untuk meningkatkan kemahiran membaca muzik.

g. Pendengaran dalaman – tepuk irama yang melodi yang murid kenali dan minta murid mengenalpasti melodi daripada irama tersebut.

RUMUSAN

Pendekatan Orff banyak memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri situasi pembelajaran disamping mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru.

Guru pula merupakan pakar rujuk yang dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah.

Kurikulum tersembunyi pendekatan ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan pelajar dari aspek intelek, sosial, fizikal, dan emosi.

Pendekatan ini juga melatih guru-guru membuat perancangan dan rancangan pelajaran muzik berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pelajar serta mengambil kira kebolehan mereka.

Page 50: MODUL MZ 4

Latihan yang banyak berasaskan kepada lagu-lagu atau puisi mudah dan lebih dikenali pelajar membuka ruang kepada mereka untuk meneroka dan cuba jaya dengan menggunakan alat muzik Orff.

Pelajar dilatih bertutur, bergerak mengikut irama, dan memainkan alat muzik dengan lebih yakin dan seronok.

KATA KUNCI

Bordun Ostinato

Chant Perkusi badan

Dron Skel pentatonik

Kanon  

UJIAN 1

1. Nyatakan empat matlamat tersembunyi yang terdapat dalam pendekatan Orff dan bagaimana matlamat tersebut dapat membantu meningkatkan kemahiran muzikal pelajar.

2. Nyatakan persediaan sebagai seorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Orff.

UJIAN 2

1. Beri gambaran keseluruhan dan contoh konsep rancangan pelajaran pendekatan Orff di bilik darjah.

2. Huraikan kefahaman kamu mengenai ensembel persembahan pendekatan Orff.

3. Rancangkan satu rancangan pelajaran harian muzik yang berkonsepkan pendekatan Orff.

PENGENALAN PENDEKATAN DALCROZE TOPIK 6

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan konsep pengajaran menggunakan pendekatan Dalcroze;

2. Mengenal pasti kepentingan pendekatan Dalcroze dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan

3. Mengaplikasikan pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

PENGENALAN

Page 51: MODUL MZ 4

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat muzik paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

Pergerakan adalah suatu perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan atau terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) yang dilakukan melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai cara pergerakan badan.

EMILE JAQUES-DALCROZE (1865–1950) 6.1

Pengenalan Emile Jaques-Dalcroze 6.1.1

Emile Jaques-Dalcroze (1865–1950) seorang pendidik muzik berbangsa Swiss. Beliau adalah seorang profesor muzik yang berkaliber, yang telah bertugas di Konservatori Muzik Geneva Switzerland. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Harmoni, Solfege dan Komposisi. Sebagai pendidik muzik, beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan atau inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan semata-mata secara teori. Beliau berpendapat bahawa latih- tubi pendengaran (aural training) adalah perkara terpenting kepada seseorang pelajar muzik.

Semasa beliau menjalankan kajiannya dengan sekumpulan pelajar muzik, beliau mendapati mereka sentiasa menyanyi sambil menggerakkan sebahagian daripada anggota badan mereka seperti menggerakkan tangan atau kaki, mengangguk-anggukkan kepala atau mengayunkan badan. Semua pergerakan itu berlaku secara spontan. Oleh yang demikian, hasil daripada pemerhatian tersebut, beliau berpendapat hasil nyanyian adalah lebih berkesan dengan melakukan pergerakan.

Setelah memerhatikan pula gaya dan cara pelajar-pelajarnya berjalan di dalam kampus, beliau percaya bahawa irama badan, gerak geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik.

Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik dan kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk pemahaman sesuatu pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (learning by doing).

FALSAFAH PENDIDIKAN MUZIK MENGIKUT DALCROZE 6.2

Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah berdasarkan kepada rasional berikut:

Page 52: MODUL MZ 4

a. Kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang pertama adalah berkenaan bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik.

b. Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau meluahkan emosi kanak-kanak.

c. Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan anggota badan (tindak balas otot) atau hanya dengan berdiam diri sahaja.

d. Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau spontan menggambarkan perasaan mereka ketika saat itu.

e. Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan muzik.

f. Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.

Latihan-latihan pendengaran dan latihan-latihan yang melibatkan penerangan mengenai tonaliti, pic dan harmoni tidak cukup untuk membuat seseorang murid itu meminati atau menghargai muzik.

Elemen-elemen utama dalam muzik ialah pic, irama dan dinamik. Elemen irama dan dinamik adalah berkait rapat dengan sistem otot manusia. Dengan itu Dalcroze berpendapat bahawa pergerakan manusia seperti berlari, berjalan, berdiri, duduk dan sebagainya haruslah sentiasa dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran muzik. Sebagi contoh; konsep cepat (allegro) atau sederhana (moderato) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau berjalan. Dengan itu pembelajaran muzik sentiasa diberi peluang untuk dihayati dalam kehidupan seharian murid.

Daripada kajian-kajian yang dijalankan, perkaitan muzikal anggota badan manusia dengan minda dan persekitaran dapat ditunjukkan di dalam rajah berikut:

Rajah 6.1: Hubungkait manusia dan alam persekitaran di dalam muzik

Dalam mengimplementasikan aktiviti-aktiviti muzik dalam pendidikan, Dalcroze berpendapat asas-asas pendidikan muzik adalah seperti berikut:

a. Sebarang pergerakan adalah peringkat kreativiti yang pertama.

b. Semua aspek dan elemen muzik adalah dipelajari melalui pergerakan.

c. Telinga dan anggota badan mesti dimahirkan dengan muzik sebelum belajar bermain sebarang alat muzik.

Page 53: MODUL MZ 4

d. Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa Berirama.

e. Bahan muzik dari pelbagai negara, genre, zaman dan bentuk boleh digunakan untuk mempelajari muzik.

MATLAMAT PENDIDIKAN MUZIK MENGIKUT DALCROZE 6.3

Matlamat akhir Pendidikan Muzik oleh Dalcroze dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

a. Dari segi mental dan emosi murid dapat:

i. Membentuk sikap berwaspada;

ii. Membentuk sikap peka dan prihatin;

iii. Mengintegrasi sosial dengan sihat; dan

iv. Menyatakan perasaan.

b. Dari segi fizikal murid dapat:

i. Membuat persembahan dalam muzik;

ii. Mengamalkan ketepatan waktu; dan

iii. Meluahkan perasaan secara sihat.

c. Dari segi muzikal murid dapat:

i. Mengekspresi;

ii. Bersegera;

iii. Mengimprovisasi muzik;

iv. Membaca dan menulis notasi;

v. Belajar untuk lebih peka;

vi. Bersenang hati;

vii. Bermain muzik;

viii. Menganalisis; dan

ix. Membuat ketepatan.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PENDEKATAN) DALCROZE 6.4

Dalcroze mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran dan pembelajaran. Konsep “berirama” juga dilakukan dalam semua perkara.

Mengikut Dalcroze, pendidik mestilah mengurangkan percakapan dan menggantikannya dengan arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan peringkat pengajaran yang sistematik.

Page 54: MODUL MZ 4

Sebagai contoh, pola irama dan melodi boleh digunakan oleh pendidik bagi mengarahkan murid-murid melakukan sesuatu (Jadual 6.1).

Jadual 6:1: Arahan Dalam Bentuk Irama dan Melodi

Pola Irama Tindak Balas Murid

se mua ba ngun

semua bangun

se mua du duk

semua duduk

kumpulan A ja wab

kumpulan A jawab

kumpulan B ja wab

kumpulan B jawab

Pengubahsuaian atau pertukaran semua perkara kepada bentuk “irama” ini dikenali sebagai eurhythmic. Tidak kurang pentingnya dalam kaedah eurhythmic ini ialah perancangan yang teliti sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini mungkin dibuat secara berterusan dan bukan hanya untuk 30 minit sahaja. Pendidik harus memikirkan kesinambungan dan penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran kecil agar menjadi asas kepada kemahiran-kemahiran yang lebih besar. Dalcroze menyatakan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun melalui langkah-langkah kecil adalah lebih mudah difahami daripada membuat pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan langkah-langkah yang besar.

Mengikut Dalcroze, sesuatu pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan:

a.Improvisasi atau PengubahsuaianImprovisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:

i. Bahan-bahan MuzikSeperti juga Carl Orff, Dalcroze menggunakan semua jenis muzik. Oleh kerana muzik mempunyai berbagai-bagai gaya mengikut tempat, zaman, dan jenis; maka pendidik perlulah menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajarannya.

ii. Alat-alat MuzikPengubahsuaian atau improvisasi boleh dilakukan kepada alat muzik. Sebagai contoh, pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil agar mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.

Page 55: MODUL MZ 4

iii. Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid mengenali not-not tersebut. Sebagai contoh, lima garis baluk boleh dikurangkan seperti berikut:

do re mi

do re mi

iv. Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau ruang di luar bilik darjah.

v. Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.

vi. Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1, 2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.

b. Pembelajaran Harus Dimulai dari Sesuatu yang Konkrit ke Sesuatu yang AbstrakPendidik boleh menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu mengajar yang sesuai untuk menerangkan perkara berikut:

Burung terbang tinggi .......... bunyinya twit .......... twit .......... twit ..........

Lembu makan rumput di sawah .......... bunyinya mooo ......... mooo .......... mooo ..........

Barangkali murid dapat mengagak yang mana bunyi tinggi dan yang mana bunyi rendah.

c.Penggunaan Suara atau Anggota BadanDalcroze memperkenalkan konsep “pendengaran dalaman” (internal hearing) di mana murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

LATIHAN 6.1

Page 56: MODUL MZ 4

1. Bagaimanakah anda dapat menjelaskan kepada murid-murid anda tentang konsep bentuk dalam muzik melalui pergerakan?

2. Bagaimanakah anda dapat menjelaskan kepada murid-murid anda tentang konsep tekstur dalam muzik melalui pergerakan?

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DI DALAM 6.5 BILIK DARJAH

Dalcroze berpendapat lebih banyak masa patut digunakan oleh murid untuk melakukan aktiviti. Oleh itu pendidik muzik seharusnya mengelakkan diri daripada banyak bercakap atau memberi arahan.

Pendidik muzik harus merancang rancangan mengajar muzik dengan teliti bagi setiap peringkat perkembangan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam membuat sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran, seorang pendidik muzik harus memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

a. Murid mungkin telah mendapat pendidikan muzik secara formal, tetapi mereka bukanlah pakar muzik. Mereka juga sangat sensitif dan artistik. Mereka dapat belajar tentang apa sahaja yang mereka mahukan.

b. Apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menolong murid-murid mengingati sesuatu pembelajaran?

c. Jika murid keliru, kita mengatakan mereka lembap tetapi itu tidak bermakna pendidik harus menerima keadaan sedemikian. Gunakanlah pendekatan-pendekatan yang berbeza, bersesuaian dan berkesan untuk menerangkan sesuatu.

d. Jika murid dapat membuat atau mencapai sesuatu tahap pembelajaran, ia akan cuba mencapai satu lagi peringkat pembelajaran.

Dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran, seseorang pendidik muzik haruslah menitikberatkan beberapa perkara seperti di bawah:

a. Pengajaran yang dilakukan mengikut langkah-langkah kecil adalah lebih berkesan daripada menjalankan satu langkah besar.

b. Beri peluang kepada semua anggota kelas untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh rakan mereka.

c. Selain menjalankan ulang kaji, perhatikan juga sama ada terdapat peningkatan prestasi atau kemahiran murid.

d. Berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan murid bosan atau tertekan dengan sesuatu aktiviti. Jika ada, ambil segera langkah-langkah untuk mengatasinya.

e. Periksa sama ada murid dapat menjalankan sesuatu aktiviti yang diarahkan. Ada kalanya sesuatu aktiviti yang nampaknya mudah, tidak dapat dijalankan dengan baik oleh murid.

Page 57: MODUL MZ 4

f. Latihan kemahiran patut dilakukan dalam pelbagai tempo dengan menetapkan frasa, agar murid dapat meningkatkan kefahaman konsep.

g. Pilihlah tempo yang bersesuaian bagi menjalankan aktiviti.

h. Selalulah menukar peraturan aktiviti. Sesuatu aktiviti jika ditukar peraturannya akan menghasilkan suatu aktiviti yang baru.

i. Jika bercakap, gunakanlah konsep irama tetapi ingat bahawa demonstrasi akan menjimatkan masa dan lebih memudahkan murid menjalankan sesuatu

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.6

Mengikut Dalcroze tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran yang utama adalah:

a. Mendengar dan MelihatSebagai contoh, dalam menerangkan mengenai not krocet, pendidik haruslah memberi peluang seluas-luasnya mendengar dan melihat bentuk not krocet dalam pelbagai keadaan.

b. Memberi PengalamanSelepas sesuatu penerangan, murid harus diberi peluang untuk bermain atau membuat berbagai aktiviti pergerakan berkaitan dengan not krocet.

c. MenulisSetelah faham mengenai not krocet seperti nilai, dan rupa; baharulah murid mula belajar cara menulis not tersebut sambil membayangkan (imaginasi) bunyi yang sepatutnya terhasil daripada apa yang ditulis atau dibaca.

Jenis-jenis Latihan dan Aktiviti 6.6.1

Dalcroze mencadangkan bentuk-bentuk latihan dan aktiviti seperti berikut:

a. Tindak Balas SegeraPendidik atau murid (yang berkemampuan) memainkan satu bentuk irama di mana irama tersebut telah diperkenalkan. Beri arahan mengenai apa yang diharapkan daripada mereka terlebih dahulu agar murid-murid tahu tindak balas yang sepatutnya dilakukan.

b. MeniruTujuannya supaya murid dapat menghayati dan memberi pengalaman muzik yang baharu. Sebagai contoh, pendidik menepuk sesuatu irama dan murid meniru tepukan irama tersebut. Ini dipanggil “rote learning”.

c. ImprovisasiPendidik akan memainkan satu corak irama. Kemudian murid membuat improvisasi. Sebagai contoh, pendidik menepuk corak irama berikut:

Page 58: MODUL MZ 4

murid pula akan membuat improvisasi dengan menepuk corak irama seperti berikut:

d. Suara “Echo Canon” (Talun Kanon)Murid membuat suatu suara talun berdasarkan suara utama pendidik atau seorang murid.

Contoh

i. Pendidik menyebut perkataan “la” dengan nada tinggi;ii. Murid menyahut dengan menyebut perkataan “la”; dan

iii. Dengan nada tinggi juga. (pembalikan suara).

e. Kanon BerterusanIa lebih sukar dilakukan daripada echo canon. Sebagai contoh pendidik menepuk suatu corak irama pada kiraan pertama dan sekumpulan murid bermula pada kiraan kedua dengan menepuk corak irama yang sama di ikuti dengan tepukan corak irama yang sama pada kiraan ketiga oleh satu kumpulan yang lain pula.

Contoh

Pendidik 4 3 2 1

4 3 2 1 4 3 2 1

Kumpulan 1

Kumpulan 2

PROSES EURHYTHMICS DALCROZE 6.7

Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain di kalangan murid/pelajar telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. Ia boleh memantapkan lagi persepsi pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar.

untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan badan yang bertindak berpandukan rangsangan/stimulus dalam

Page 59: MODUL MZ 4

bentuk bunyi, gerak isyarat(signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan ialah:

a. Lagu yang berasaskan lirik

b. Unsur/konsep muzik

Contoh: irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada, dan darinya jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu bentuk pergerakan secara koreografi.

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI EURHYTHMICS 6.8

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu:

a. Mendengar;

b. Merasai (feel);

c. Berimaginasi kuat (strong imagination);

d. Mengintepretasi bunyi; dan

e. Bertindak atau memberi respon membuat pergerakan.

Aktiviti Pergerakan Eurhythmics terbahagi kepada 2 jenis

a. Bukan LokomotorContoh: menepuk, berpusing, mengayun, membongkok, memintal, melentik dan lain-lain

b. LokomotorContoh: berjalan, meloncat, berlari, merangkak, merayap, bergolek, bergalop, skip, berputar, melompat dan lain-lain lagi

Kedua-dua jenis pergerakan di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE DALAM MEMAHAMI KONSEP MUZIK 6.9

Untuk murid-murid memahami konsep muzik yang diajar di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran muzik, pendekatan Dalcroze boleh diaplikasikan dengan berkesan. Antara pendekatan Dalcroze yang boleh diamalkan ialah:

a. IramaMurid menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi.

b. Meter dan TekananGunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian baharu meter triple. Gunakan pergerakan seperti skip, bergalop dan hayun untuk compound meter (6/8).

Page 60: MODUL MZ 4

c. MelodiGunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bunyi (pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama.

so (kedudukan bunyi yang tinggi)

mi, mi (kedudukan bunyi yang sama)

do (kedudukan bunyi rendah)

Seterusnya kelak, dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas. Ini juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan yang kreatif.

d. BentukPergerakan tangan berbentuk arch yang mudah boleh digunakan untuk menunjukkan frasa dalam sesebuah lagu Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu yang lain.

Contoh: lagu tradisional ”Can Mali Can”.

Di mana dia anak kambing saya,(membuat pergerakan berbentuk arch)

Anak kambing saya yang makan daun talas.(membuat pergerakan melambai)

Di mana dia buah hati saya,(membuat pergerakan berbentuk arch)

Buah hati saya bagai telur dikupas.. (membuat pergerakan melambai)

Can mali can, can mali can,(skip dalam bulatan arah ke kanan)

Can mali can ketipung payung.(skip dalam bulatan arah ke kiri)

Can mali can, can mali can,(skip dalam bulatan arah ke kanan)

Can mali can ketipung payung.(skip dalam bulatan arah ke kiri)

e. EkspresiPergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit, bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

Page 61: MODUL MZ 4

f. Warna TonPergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trompet atau oboe untuk menunjukkan bunyi yang berbeza-beza.

g. JalinanPergerakan seperti susup menyusup dalam pembentukan sesuatu bentuk atau formasi

h. HarmoniDua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru sesuatu pergerakan yang terdahulu.

RUMUSAN

Pendekatan Dalcroze digunakan hampir seluruh dunia terutamanya di Amerika Utara.

Pendekatan Dalcroze:

o Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik.

o Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak.

o Elemen irama dan dinamik adalah berkait rapat dengan pergerakan.

o Kesemua degree dalam tempo allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami,

difahami dan diekspresikan dengan pergerakan.

Emile Jaques-Dalcroze telah meninggal dunia pada Julai 1950 setelah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan pendidikan muzik seluruh dunia.

KATA KUNCI

Allegro Accelerando

Andante Ritardando

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE TOPIK 7

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

Page 62: MODUL MZ 4

1. Menerangkan tentang kaedah Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik;

2. Mengenal pasti kepentingan Pendekatan Dalcroze sebagai satu pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Musik; dan

3. Mengaplikasi Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

PENGENALAN

Pendekatan Dalcroze sangat menekankan tentang prinsip jika seorang guru itu berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan berkesan, maka beliau dianggap mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu murid-muridnya untuk berkembang. Oleh itu seorang guru haruslah mempunyai kepakaran, kemahiran, dan menggunakan beberapa teknik, kaedah dan pendekatan tertentu yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan muridnya dalam menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Sebagai seorang pendidik muzik, beliau haruslah dapat menyuntik perasaan cintakan muzik dalam diri murid-muridnya dengan membina keupayaan dalaman mereka. Sikap dan pengetahuan pendidik haruslah seiring.

“Apakah yang harus murid pelajari” dan “bagaimanakah harus murid pelajari”, adalah dua soalan yang sepatutnya sentiasa bermain di minda pendidik untuk berjaya dalam matlamatnya kerana kejayaan muridnya merupakan kejayaannya juga. Berminat, mencintai dan mahu berusaha ke arah kecemerlangan adalah satu bonus untuk menjadi pendidik yang serba boleh.

KAEDAH PENDEKATAN DALCROZE DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK 7.1

Emile Jaques-Dalcroze seorang pendidik muzik berbangsa Swiss adalah pengasas bagi pendekatan ini. Beliau memperkembangkan idea ini dengan mengambil kira bahawa muzik dan pergerakan adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Apabila beliau menyedari akan punca segala irama termasuk irama yang muzikal, boleh didapati dari tubuh badan, maka beliau berhasrat untuk mengkaji puncanya.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang terperinci, beliau merumuskan bahawa tubuh badan adalah alat muzik semula jadi untuk memahami irama. Ini disebabkan irama itu telah tersedia ada dalam diri setiap manusia seperti denyutan jantung, pernafasan, berjalan, mengayun yang sememangnya berkaitan dengan irama dalam muzik.

Irama dapat didefinisikan sebagai “pergerakan” atau “pengaliran”. Semua irama yang muzikal memerlukan dua elemen – masa dan tenaga. Dalcroze menambah elemen yang ketiga iaitu ruang. Tubuh badan dilatih untuk menggunakan ruang agar murid menyedari akan hubungan antara ketiga-tiga elemen tersebut-masa, ruang dan tenaga. Atas dasar kesedaran inilah, maka Dalcroze menjadikannya sebagai asas pendekatan untuk penyelesaian semua masalah berkaitan irama. Kita berfikir tentang tubuh badan, ia berkaitan dengan ruang, sebagai alat muzik yang mampu beraksi dalam semua tahap kelajuan mengikut sesuatu kehendak secara intensif. Semua otot – kaki, tangan, kepala digerakkan untuk membangkitkan dan memperkembangkan kesedaran tentang irama. Dalam Pendekatan Dalcroze, seluruh anggota tubuh dilatih untuk respon secara fizikal dan mental dalam menyelesaikan masalah berkaitan irama.

Pergerakan badan dengan muzik dapat meningkatkan sensibiliti atau perasaan halus, sensitiviti atau kepekaan dan kebolehan murid-murid menganalisis sesuatu bunyi khususnya muzik. Oleh yang demikian, sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan melalui pergerakan badan.

Page 63: MODUL MZ 4

Kita menggunakan pergerakan semula jadi iaitu berjalan dan hayun. Sedikit demi sedikit kita meneroka, menyedari atau peka akan keupayaan dan kebolehan tubuh badan untuk melakukan sesuatu pergerakan seterusnya kita menemui dan menggunakan banyak perbendaharaan kata untuk bergerak. Walaupun pergerakan adalah bersifat fizikal, namun otak pasti bekerjasama sepanjang masa.

Dalcroze sangat mementingkan pendekatan secara amali dan bukan semata-mata teori dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Beliau berpendapat latih tubi adalah sangat penting. Dengan itu beliau menggunakan pergerakan sebagai wahana untuk memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

“Tubuh badan adalah alat muzik paling utama”. Itulah prinsip yang dipegang oleh Dalcroze. Pergerakan yang spontan sebagai respon kepada muzik yang didengar, adalah sangat baik dan dapat membantu meningkatkan kefahaman murid-murid mengenai konsep muzik. Oleh itu murid-murid hendaklah diasuh dan dilatih untuk mengembangkan kepekaan mereka dengan “melihat irama”. mendengar irama, merasai irama dan berfikir mengenainya. Menurut Dalcroze “teori muzik adalah berkenaan dengan simbol dalam muzik bukan pengalamian (experiencing) dan penganalisisan muzik itu sendiri”.

Definisi Kaedah Pendekatan Dalcroze 7.1.1

Penggunaan Kaedah Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran-pembelajaran Pendidikan Muzik dapat disimpulkan sebagai berikut:

a. Kaedah adalah suatu siri tindakan yang sistematik dan berurutan yang dilakukan oleh seorang guru/pendidik untuk mencapai objektif khusus sesuatu pengajaran.

b. Pendekatan adalah cara bagaimana suatu mata pelajaran boleh diajar berdasarkan objektif jangka panjangnya.

c. Strategi merupakan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang digunakan secara terancang oleh guru/pendidik dalam pengajaran dan pembelajarannya bagi tujuan mencapai objektif pembelajaran yang optimum.

d. Eurhythmics berasal daripada perkataan Swiss bermaksud “good rhythm”.

e. Proses Eurhythmics adalah suatu proses pergerakan berirama berbentuk latihan untuk menangani kelemahan dalam ritma muzik dengan menggunakan pergerakan tubuh badan.

Proses Eurhythmics 7.1.2

Proses eurhythmics melibatkan diri individu secara menyeluruh. Ini termasuklah minda dan anggota badan untuk mendengar, merasai, berimaginasi dan menginterpretasi bunyi seterusnya memberi respon atau bertindak balas bagi membayangkan atau meluahkan maksud muzik secara luaran. Pergerakan individu yang dilakukan secara spontan atau terurus atau terancang melalui postur, gerak isyarat dan pergerakan badan; merupakan sesuatu rangsangan atau stimuli kepada muzik atau lirik konsep muzik atau bunyi yang didengar.

Kegiatan-Kegiatan Dalam Pendekatan Dalcroze 7.1.3

Kegiatan-kegiatan dalam Pendekatan Dalcroze terdiri daripada tiga komponen:

Page 64: MODUL MZ 4

a. Eurhythmics (pergerakan berirama);

b. Solfege (latihan dalaman); dan

c. Improvisasi (kreativiti).

Eurhythmics 7.1.4

Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama. Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Tidak memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga, atau suara; seluruh tubuh badan perlu dilatih sebab ia merupakan bahagian penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan badan pula boleh ditukar kepada sumber muzik.

Eurhythmics dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. ia dapat memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar muzik.

Dalcroze berdasarkan kepada teori yang melibatkan pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Kemahiran mendengar adalah satu kemahiran yang terpenting. Pendengaran adalah satu aktiviti dalaman yang boleh membawa kepada aktiviti luaran melalui pergerakan fizikal dan pancaindera sentuhan (motor sensory). Perkaitan antara kesemua perkara ini dapat dilihat melalui Rajah 7.1:

 7.1.5Solfege

Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang Melodi dan Harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai “ton”, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre).

Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton (pic), dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran Dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan. Pendengaran Dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang dinyanyikan di dalam hati. Pendengaran Dalaman dapat ditingkatkan melalui nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. Ia juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.

Pendengaran yang baik sangat diperlukan dalam musicianship yang baik. Ia melatih individu untuk pendengaran yang lebih tajam dan teliti. Penekanan juga diberi dalam nyanyian. Murid-murid mempelajari ton dengan suara sendiri. Ini merupakan bahagian yang paling rumit dalam proses Dalcroze kerana latihan-latihan yang terlibat, termasuklah pembinaan skel, kod, kaden, jeda, pembalikan, modulasi, nilai not dan lain-lain. Menulis dan membaca muzik adalah bahagian penting dalam solfege.

Cantuman Eurhythmics atau pergerakan berirama dengan solfege menghasilkan Improvisasi. Improvisasi merupakan satu kreativiti dalam Pendekatan Dalcroze. Melalui improvisasi, kesedaran motor tactile atausense of touch individu dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada kegiatan-kegiatan eurhythmics

Page 65: MODUL MZ 4

dan solfege.

Pendekatan Dalcroze mengutamakan enam kemahiran yang sepatutnya ada pada setiap murid iaitu:

a. Penumpuan (pay attention);

b. Konsentrasi dan mengingati;

c. Menghasilkan semula (reproduce);

d. Menukar (change); dan

e. Automatis (involuntary action).

Kesemua kemahiran ini diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan:

a. Aural (pendengaran);

b. Tactile/kinestetik (tangan/suara);

c. Visual (penglihatan); dan

d. Kreativiti.

Pendidik muzik yang mendapat latihan teknik Eurhythmics Dalcroze, berkeupayaan memerhati, memahami, memberi tindak balas yang berkesan terhadap masalah teknikal pergerakan badan dan penggunaan ruang, masa, tenaga dan keseimbangan yang sangat penting bagi menghasilkan pergerakan yang baik dan persembahan irama yang terbaik.

Kebanyakan pendidik muzik menggunakan pergerakan tetapi tidak menggunakan cara Dalcroze dalam penyelesaian masalah yang mana tanpa disedari, murid menjadi bingung dan ini menjadikan aktiviti pergerakan tidak berjaya.

Latihan berjalan dan bertepuk tangan yang dicipta oleh Dalcroze dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik tetapi tidak begitu efektif. Pendidik muzik tidak berjaya meluahkan deria sentuhan (sense of tactile) dalam pergerakan berirama. Dalam aktiviti berjalan misalnya, pergerakan tidak boleh diganti dengan deria sentuhan (sense of touch). Semasa berjalan, walaupun tapak kaki menyentuh lantai tetapi ia bukanlah sentuhan tactile. Pergerakan berjalan merupakan pemindahan berat badan sahaja. Pemindahan berat badan ini bergerak melalui proses pusingan pergerakan iaitupreparation, attack, prolongation dan kembali kepada preparation.

Dalam teori Dalcroze, terdapat empat langkah pusingan pergerakan iaitu:

a. PreparationBernafas dengan mengayunkan tangan serta bahu dijauhkan dari dada dalam tempo dan detik sepanjang proses menarik nafas.

b. AttackMenghembuskan nafas (strike dedua belah tangan).

c. ProlongationDepakan tangan dengan lebar sambil merasai detik yang panjang.

d. Kembali kepada PreparationAngkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula.

Berdasarkan keempat-empat langkah tersebut, pendidik yang terlatih boleh mencipta berbagai pergerakan fizikal dan permainan bagi persediaan kepada pengajran konsep-konsep muzik.

Page 66: MODUL MZ 4

Falsafah Dalcroze adalah sejajar dan selaras dengan falsafah dan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui tiga cara atau mod pembelajaran iaitu:

a. Mod enaktif – melalui perlakuan dan pengalaman dari persekitaran.

b. Mod ikonik – melalui penggunaan simbol grafik seperti lukisan atau gambar.

c. Mod simbolik – melalui penggunaan simbol (abjad, nombor) termasuk notasi muzik.

Kaedah Eurhythmics Dalcroze adalah satu kaedah yang menggunakan pergerakan tubuh badan sebagai alat muzik. Alat pertama yang patut dilatih dalam muzik adalah tubuh badan manusia (Englewood Cliffs: U.S.A. 1984).

Renungan“Harus berlaku satu reaksi dari minda manusia yang membayangkan sesuatu dan tubuh badanlah yang bertindak atau memberi respon dengan segera”.

(A. E. Gillespie dan Woods, 1984

Improvisasi 7.1.6

Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti Eurhythmics (pergerakan berirama). Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu kreativiti.

Latar belakang murid diambil kira dan apa yang telah dipelajarinya menjadi fokus utama. Pelbagai pengalaman improvisasi untuk suara, tubuh badan dan perkusi diberi penekanan dalam bilik darjah tetapi improvisasi menggunakan piano menjadi bahan ekspresi yang paling utama.

Improvisasi berbeza bentuknya dengan komposisi kerana ia terjadi secara spontan. Masa menjadi sangat penting kerana seseorang individu tidak boleh berhenti memainkan karya muziknya di pertengahan jalan untuk membuat sebarang perubahan. Ia perlu terus berkarya sehingga tamat persembahan.

Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri. Individu tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.

Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakan berirama (Eurhythmics) dipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Dari dua pic dapat dicipta melodi, irama dan harmoni.

Murid belajar mencipta sesuatu karya dalam pelbagai tempo, register suara dan dinamik tetapi tetap memberi perhatian kepada melodi lagu. Mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar kerana mereka menjalankan eksperimen ke atas renj yang lebih luas pada mata piano. Penggunaan pelbagai skel, mod, gaya, raga Hindu, ton, bentuk muzik sama ada tradisional, moden; semuanya dibenarkan.

Improvisasi adalah tabiat semula jadi ia seperti apa yang kita ingin cakap, apa yang kita hendak pakai dan apa yang kita hendak buat.

Page 67: MODUL MZ 4

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE DALAM BILIK DARJAH 7.2

Eurhythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total atau menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara total di mana individu atau murid itu perlu:

a. Mendengar;

b. Merasa;

c. Berimaginasi;

d. Menginterpretasi bunyi;

e. Bertindak/respon/bergerak; dan

f. Membayangkan sesuatu maksud secara luaran.

Tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang mampu mempamerkan interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

Antara perkara-perkara penting yang boleh diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan unsur-unsur atau konsep muzik seperti irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk dan lain-lain yang terkandung dalam muzik sedia ada. Dari bahan sumber inilah jika interpretasinya itu disusun secara terurus, ia boleh terhasil sebagai satu bentuk koreografi.

Pergerakan badan adalah pengalamian yang dominan. Mendengar pula adalah kunci kepada pengalamian ini. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon dan dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga yang betul, pergerakan menjadi betul dan menarik. Sebagai kontra kepada tarian, apa yang ada pada perasaan seseorang itulah yang lebih penting daripada apa yang diucapkannya. Justeru sesuatu perasaan itu kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat diucapkan dengan pergerakan badan (body gesture) atau pergerakan mata.

Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian mereka meneroka banyak perkara menggunakan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai untuk bergerak – contoh: bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit dan sebagainya. kanak-kanak menggunakan semua aras ruang – melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk meneroka dan mencari pengalaman baharu menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak dan mencapai hasrat mereka. kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi dan bermain bersama-sama. Hal ini akan menghasilkan improvisasi dalam kumpulan seterusnya dalam bilik darjah.

Kreativiti dalam bentuk yang pelbagai selalu diwar-warkan, digalakkan, dan sangat didambakan terutama dalam program Eurhythmics. Keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu adalah berbeza di kalangan murid-murid. Semua murid belajar untuk mengimprovisasi dalam pergerakan. Oleh yang demikian, ekspresi kreatif boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.

Seorang pendidik muzik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran tentang bidangnya. Ia juga harus bijak merancang dan menyampaikan isi pelajaran yang telah dirancang menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang kreatif, dan segar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pendidik muzik harus mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi

Page 68: MODUL MZ 4

pelajaran menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. Pendidik harus peka mengenai perubahan dan pembaharuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan.

Sebagai seorang pendidik muzik, sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik; haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan, dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.

Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik.

Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama sama ada dalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakan bersama-sama murid-muridnya adalah satu bonus. Tidak guna jika hanya mengharapkan murid-murid sahaja yang melakukan pergerakan jika pendidik muzik tidak turut serta kerana penyertaan pendidik akan menjadi satu motivasi dan rangsangan kepada murid. Terdapat perkara-perkara atau sesuatu pergerakan yang tidak dapat dinyatakan dengan perkataan oleh pendidik muzik, tetapi dapat diekspresikan melalui demonstrasi pergerakan – sebagai contoh, bergelop untuk menunjukkan meter 6.

Beberapa irama mempunyai kompleksiti tersendiri untuk dilakukan bergantung kepada usia dan tahap pengetahuan murid. Sebagai contoh, termasuklah tempo muzik, dinamik, nilai not, meter, frasa, dan poli-irama. Namun, semua ini direka bentuk sedemikian rupa bagi tujuan perkembangan kemahiran dan sensitiviti kepada irama.

“It is not enough to train just the mind or ear or the voice; the entire human body must be trained since the body contains all the essentials for the development of performance”.

(Emile Jaques-Dalcroze)

PENGAJARAN MIKRO 7.3

Perancangan Keseluruhan 7.3.1

Secara umum, sebelum membuat Rancangan Pengajaran Pendidikan Muzik menggunakan Pendekatan Dalcroze, beberapa perkara haruslah diambil kira iaitu:

a. Konsep MuzikDengan merancang apa yang hendak diajar dan bagaimana pendidik akan mengaplikasikan konsep muzik dengan tugasan murid, kejayaan pasti diperolehi.

b. Penyediaan RuangPastikan ruang yang akan digunakan adalah selamat untuk aktiviti yang dirancang. Pastikan juga ruang yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan cukup untuk menampung bilangan murid.

c. MuzikPilih dan sediakan muzik atau muzik rakaman, alat perakam (CD, audio, video, kaset) yang hendak

Page 69: MODUL MZ 4

digunakan. Pastikan ia berfungsi dengan baik. Jika alat improvisasi yang hendak digunakan, pastikan ia bersesuaian dengan kehendak kelas dan aktiviti.

d. PeralatanPilih dan sediakan semua bahan bantu mengajar.

Empat Langkah Pembelajaran Pergerakan Menggunakan Pendekatan Dalcroze 7.3.2

a. BincangCetuskan kesedaran di kalangan murid-murid mengenai sesuatu isu atau isi pelajaran yang hendak disampaikan.

b. PenemuanCara belajar yang baik adalah dengan cara melakaukan (learning by doing). Murid mendapat lebih kefahaman apabila mendapati perkaitan sesuatu idea muzikal dengan pergerakan atau aksi fizikal yang dilakukan.

c. KenalpastiKemahiran yang khusus akan terbina apabila pendidik mengaitkan bunyi dan deria dengan konsep dan notasi muzik. Semasa mebuat latihan murid dapat memerhatikan masa, ruang, tenaga. pemberatan dan keseimbangan.

d. MengaplikasiBelajar untuk mendengar, adalah langkah pertama dalam mengaplikasikan setiap pengalaman diikuti dengan menganalisis, membaca dan menulis. Kesedaran sepenuhnya dapat dilihat apabila murid dapat mengimprovisasi atau mempersembahkan muzik berdasarkan kefahamannya mengenai isu yang diutarakan.

Program Pergerakan 7.3.3

Program Pergerakan berkait rapat dengan:

a. Strategi pengajaran dan pembelajaran.

b. Program pergerakan asas:

i. Body awareness (kesedaran tubuh badan).

ii. Spatial awareness (kesedaran ruang).

iii. Motion (lokomotor/bukan lokomotor).

iv. Kualiti pergerakan – kepelbagaian dalam tempo, dinamik, interpretasi.

c. Kaitkan aktiviti dengan:

i. Perkusi badan.

Page 70: MODUL MZ 4

ii. Permainan berbentuk nyanyian (singing games).

iii. Pergerakan kreatif/tarian/drama.

iv. Bentuk tarian tradisional atau moden.

d. Perkaitan muzik dengan pergerakan adalah dari segi:

i. Durasi.

ii. Pic.

iii. Ekspresi.

iv. Warna ton.

v. Struktur.

Contoh Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Menggunakan Pendekatan Dalcroze 7.3.4

Mata Pelajaran: Pendidikan Muzik   Tahun: 3   Masa: 60 minit   Aspek: Penghargaan Estetik   Item: 4.1 Muzik Instrumental   Hasil Pembelajaran: Mengetahui tempo lagu yang didengar.   Objektif: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a. Mengecam tempo cepat dan lambat.

b. Membuat pergerakan menunjukkan tempo cepat dan lambat.

Pengetahuan Sedia Ada:

a. Murid boleh mengenal pasti detik lagu.

b. Murid telah belajar lagu “Menampi Padi”.

Langkah Penyampaian

Aktiviti Pembelajaran Catatan

Permulaan a. Murid menyanyi sambil menepuk detik lagu “Menampi Padi” dalam tempo cepat.

b. Murid menyanyi sambil menepuk detik lagu “Menampi Padi” dalam tempo lambat.

Tempo cepat dan lambat.

Perkembangan a. Murid mendengar dua buah lagu – bertempo cepat dan bertempo lambat.

Lagu “Pekerti Mulia” tempo cepat) dan “Menampi

Page 71: MODUL MZ 4

b. Murid menyatakan perbezaan tempo lagu-lagu tersebut.

c. Murid menyanyi kedua-dua lagu tersebut.

d. Murid memberi contoh mengenai binatang dan kenderaan yang bergerak cepat dan lambat dan berbincang mengenainya.

e. Murid membuat pergerakan/aksi cepat (hasil daripada perbincangan) dengan iringan lagu – tempo cepat.

f. Murid. membuat pergerakan/aksi lambat (hasil perbincangan) dengan iringan lagu – tempo lambat.

g. Murid menggunakan deria tactile dalam membuat pergerakan mengikut kreativiti mereka, berpandukan tema lagu “Menampi Padi” dengan iringan muzik.

Padi” (tempo lambat).

Lagu “Pekerti Mulia” (tempo cepat) dan “Menampi Padi” (tempo lambat).

Lagu “Menampi Padi”yang telah diubahsuai untuk keperluan aktiviti ini.

Penutup Murid mendengar beberapa keratan lagu dan menyatakan tempo lagu tersebut di dalam lembaran kerja.

Beberapa rakaman lagu bertempo cepat dan lambat.

Strategi Kecerdasan Pelbagai

KB:

Membanding beza

Menyelesaikan masalah

Kontekstual:

Meneroka

Menemui

Nilai murni:

Berdisiplin – bersama memulai dan mengakhiri lagu

Menghargai – alam sekitar

 

Bahan Rakaman lagu/permainan kibod Carta lirik lagu/transparensi, Lembaran kerja.

 

Lembaran Kerja (Tahun 3)

LATIHAN MENGECAM TEMPO LAGU YANG DIDENGAR

NAMA:

TAHUN:

Page 72: MODUL MZ 4

Tandakan √ pada tempo cepat atau lambat yang didengar.

Bil Lagu Tempo

1 Lagu 1 ) ) / lambat ( Cepat (

2 Lagu 2 ) ) / lambat ( Cepat (

3 Lagu 3 ) ) / lambat ( Cepat (

4 Lagu 4 ) ) / lambat ( Cepat (

5 Lagu 5 ) ) / lambat ( Cepat (

RUMUSAN

Memang secara semula jadinya kanak-kanak suka bergerak dan bermain. Ini tidak bermakna mereka tidak mempelajari apa-apa pun ketika bermain itu. Sebenarnya banyak yang mereka pelajari – mereka meneroka, mengajuk atau meniru seterusnya mengimprovisasi sesuatu. Mereka melakukan banyak perkara dan menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti mereka. Secara tidak langsung, mereka menggunakan semua deria. Gaya semula jadi kanak-kanak ini boleh dipindahkan ke dalam bilik darjah untuk pembelajaran yang lebih efektif.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai kaedah, teknik, aktiviti dan pendekatan dapat memenuhi keperluan gaya belajar kanak-kanak. Di sini, guru haruslah bijak menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikian, maka Pendekatan Dalcroze merupakan satu alternatif untuk memenuhi gaya pembelajaran tersebut.

“Learning by doing” atau lebih dikenali sebagai “experiential learning” sangat diwar-warkan dewasa ini. Dalam Pendekatan Dalcroze, gaya belajar sebeginilah yang diberi penekanan kerana ia memberi satu pengalaman belajar yang cukup berharga bagi kanak-kanak.

KATA KUNCI

Eurythmics Improvisasi

Sol fege  

UJIAN 1

1. Nyatakan kepentingan pergerakan sebagai satu pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik;

2. Bincangkan empat langkah pembelajaran pergerakan menggunakan pendekatan Dalcroze.

Page 73: MODUL MZ 4

UJIAN 2

1. Nyatakan perkara-perkara penting yang perlu diambil kira sebelum merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran pergerakan.

2. Mengapakah improvisasi diberi penekanan dalam Pendekatan Dalcroze?

3. Terangkan bagaimana pergerakan menarik minat kanak-kanak.

PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK TOPIK 8

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan konsep kecerdasan pelbagai, pengajaran masteri dan tematik serta kemahiran berfikir;

2. Mengaplikasikan pendekatan kecerdasan pelbagai, pengajaran masteri dan tematik serta kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik; dan

3. Menjelaskan kepentingan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Pedagogi berasal dari perkataan Yunani “Pedagogue”, membawa implikasi bahawa pendidiknya mempunyai bakat dan kebolehan mengajar dengan berkesan khususnya berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak pendidik muzik. Oleh itu pengetahuan beberapa pendekatan utama diperlukan dalam memastikan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Selain dari pendekatan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pendidik muzik seperti Kodaly, Dalcroze dan Carl Orff, pendekatan kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai serta pembelajaran masteri dan tematik juga mampu membantu ke arah pengajaran pembelajaran yang berkesan.TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) 8.1

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diasaskan oleh Howard Gardner (1983). Beliau menyatakan bahawa manusia mempunyai lapan kecerdasan (lihat Jadual 8.1) dan setiap satunya berasingan dan tidak saling bergantung – seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam kecerdasan yang lain. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Satu lagi kecerdasan telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman (1995) iaitu kecerdasan emosi.

Definisi Teori Kecerdasan PelbagaiTeori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dapat disimpulkan sebagai:

a. Kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah.

b. Kebolehan mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi pengetahuan baru.

Page 74: MODUL MZ 4

c. Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan budayanya.

Jenis Kecerdasan PelbagaiSeperti yang dilihat dalam Jadual 8.1, manusia mempunyai 8 kecerdasan termasuk visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Jadual 8.1: Lapan Kecerdasan Pelbagai

Ikon Penerangan Dimiliki Oleh

Verbal – Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan.

Boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubung kait.

Mengingati nama orang, tempat dan sejarah.

Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik.

Logikal – Matematik

Boleh mengira secara congak dengan cepat.

Sering mengemukakan soalan.

Cekap menggunakan komputer.

Gabungan dua kebolehan iaitu sains dan matematik.

Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer.

Visual – Ruang

Boleh berimaginasi.

Gemar melukis.

Gemar bermain “jigsaw puzzle”.

Dapat membaca peta dengan mudah.

Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik.

Kinestatik

Pintar meniru gerak geri.

Gemar dengan aktiviti fizikal.

Tidak boleh duduk setempat dalam tempoh yang lama.

Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta.

Page 75: MODUL MZ 4

Muzik

Gemar bermain alat muzik.

Mudah mengingati melodi.

Sensitif kepada bunyi dan suara.

Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu.

Interpersonal

Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Mahir bersosial.

Mudah menanam rasa simpati terhadap orang lain.

Pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

Intrapersonal

Mempunyai keyakinan diri.

Mempunyai keazaman yang kuat.

Berani mengambil risiko.

Berdikari.

Boleh mengawal perasaan.

Penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.   

Naturalis

Kebolehan mengenal mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan.

Ahli biologi, zoologi, petani, doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran.

Peringkat Pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8.1.1

Page 76: MODUL MZ 4

Rajah 8.1: Peringkat pelaksanaan

Contoh Aplikasi TKP Dalam Pendidikan Muzik 8.1.2

Mata pelajaran: Pendidikan MuzikTajuk: Muzik SinkretikSub tajuk: Zapin

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:Mengenali muzik zapin melalui nyanyian, gerak tari, lukisan dan sejarah.

Bahan pengajaran pembelajaran:

a.Radio;

b. Cakera padat berkaitan zapin; dan

c.Projektor LCD dan komputer.

Langkah Aktiviti Kecerdasan Pelbagai

Set Induksi Pelajar diperdengarkan lagu yang berentak zapin. Muzik

Langkah 1 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.  

Page 77: MODUL MZ 4

Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang mengandungi arahan aktiviti yang berbeza.

Langkah 2 Kumpulan 1

Pelajar diminta mencatat sejarah dan asal usul muzik zapin melalui rakaman kaset yang diberikan.

Kumpulan 2

Pelajar diminta mempelajari melodi berentak zapin.

Ketika persembahan mereka akan menyanyi secara karaoke.

Kumpulan 3

Pelajar diminta melukiskan alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik zapin.

Kumpulan 4

Pelajar diminta mempelajari gerak tari zapin melalui cakera padat yang dibekalkan.

Persembahan dari setiap kumpulan.

Verbal – Linguistik/interpersonal

Muzik/interpersonal

Visual – Ruang/interpersonal

Kinestetik/interpersonal

Penutup Pelajar membuat rumusan tentang muzik zapin.  

Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru menyepadukan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini ternyata melalui tinjauan yang dibuat ke beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan dapat dicapai seperti pembelajaran menyeronokkan, skor pencapaian meningkat dan harga diri murid menunjukkan perubahan positif. Ini kerana setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan yang boleh dipelajari dan sentiasa berubah kerana otak manusia adalah unik. Mereka berhak mendapat peluang mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.

AKTIVITI 8.1

1. Mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif merupakan antara sebab mengapa teori kecerdasan pelbagai (TKP) diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran. Cuba anda fikirkan lima kepentingan TKP dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran.

2. Sebagai seorang guru, anda bercadang untuk mengaplikasikan kecerdasan Verbal – Linguistik dalam pembelajaran nyanyian. Cuba anda fikirkan bagaimana kecerdasan ini boleh membantu dalam memantapkan pengajaran pembelajaran nyanyian.

Page 78: MODUL MZ 4

KEMAHIRAN BERFIKIR 8.2

Som Hj Nor (1998), memetik kata-kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir iaitu Malaysia mempunyai sistem pendidikan terbaik di kalangan dunia ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan ditentukan bagi generasi kedua, piawai baru perlu kita tetapkan dan kejayaan perlu dicapai. Antara kejayaan yang diharapkan ialah memenuhi cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Selain itu juga melahirkan masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, malah memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa depan.

Dalam merealisasikan kejayaan itu, dirasakan sudah sampai masanya Sistem Pendidikan di Malaysia mencari dan mengubah paradigma dari sesuatu yang konvensional kepada sesuatu yang lebih praktikal sejajar dengan era globalisasi. Sesuai dengan perubahan itu, elemen Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan dalam refomasi pendidikan diawal 1993.Ini seiring dengan kata-kata dari Tun Dr Mahathir (sewaktu merasmikan pelancaran Wawasan 2020) iaitu “untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi”.

Definisi Kemahiran Berfikir (KB) 8.2.1

Definisi yang sesuai bagi konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan kerana terdapat pendapat yang berbeza di kalangan tokoh-tokoh pemikir. Antaranya:

a. George (1970) – melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.

b. Edward de Bono (1976) − mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

c. Mayer (1977) − melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang bagi tujuan menyelesaikan masalah.

d. Chaffee (1988) − pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Berdasarkan beberapa definisi di atas, kita dapat dirumuskan bahawa:

“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami”.

Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir 8.2.2

Berfikir merupakan proses lumrah dalam kehidupan manusia. Pemikiran yang matang tidak diukur melalui usia atau kepintaran seseorang, tetapi dapat dilihat melalui cara mereka berfikir dalam menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Ini bersesuaian dengan kata-kata Datuk Wan Mohd Zahid Mohd Noordin iaitu “Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu.

Page 79: MODUL MZ 4

Untuk menjadi pemikir yang baik, seseorang itu perlu dilatih. Untuk menjalani proses latihan, seseorang perlukan sistem perancangan yang lebih teliti dan teratur. Dalam konteks pendidikan, cara yang terbaik ialah memuatkan proses latihan berfikir ini ke dalam kurikulum.Dengan cara ini secara tidak langsung ianya menjadi satu bidang yang wajib dan bukannya tempelan. Pelaksanaannya dilakukan dalam masa yang sama sewaktu isi kandungan pelajaran disampaikan.

Antara sebab KBKK diajar secara langsung atau sedar dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah:

a. Timbul kesedaran di kalangan pendidik akan kepentingan penguasaan kemahiran berfikir pada diri pelajar. Mereka bukan sahaja bagus secara literasi, tetapi juga mampu menjadi pemikir yang baik.

b. Untuk memberi peluang kepada semua pelajar mengalami proses kemahiran berfikir, dan ianya tidak terhad kepada golongan terpilih sahaja seperti pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya.

c. Kemahiran berfikir boleh disebatikan dalam semua mata pelajaran (merentasi kurikulum).

d. Pelajar akan sentiasa didedahkan dengan suasana yang mendorong dan menggalakkan mereka berfikir. Cara ini akan membantu meningkatkan pencapaian akademik dan kualiti pemikiran mereka. Mereka lebih yakin menangani cabaran yang dibawa oleh pelbagai situasi.

e. Bila KBKK dapat dikuasai pelajar, mereka akan dapat memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan kiri yang seterusnya dapat mengoptimumkan pembelajaran mereka.

f. Elemen berfikir yang telah lama diaplikasikan secara implisit dalam kurikulum pendidikan di Malaysia, kurang memberi kesan kepada cara dan kualiti pemikiran di kalangan pelajar.

Jenis-jenis Kemahiran Berfikir 8.2.3

Kemahiran Berfikir Secara Kritis.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.

Kemahiran Membuat Keputusan.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah. 

a. Kemahiran Berfikir Secara KritisKecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai:

i. Kewajaran sesuatu idea.

ii. Meneliti kebernasan sesuatu hujah.

iii. Membuat pertimbangan yang waja dengan alasan munasabah.

b. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

i. Kecekapan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai.

ii. Hasilan itu boleh bersifat maujud atau abstrak.

iii. Lebih menekankan penggunaan hemisphera otak kanan (HOKA).

Page 80: MODUL MZ 4

Rajah 8.2: Jenis-jenis kemahiran berfikir

Alat-alat Kemahiran Berfikir 8.2.4

Empat alat berfikir yang sering digunakan dalam kemahiran berfikir ialah:

a. Soalan dan penyoalan;

b. Peta minda;

c. Pengurusan Grafik (PG); dan

d. CORT1.

ContohPengurusan grafik (PG) bagi kemahiran membanding beza dalam menyelesaikan masalah.

Pernahkah anda melihat kedua-dua gambar di bawah?

Page 81: MODUL MZ 4

Langkah Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Pembelajaran 8.2.5

a. Tentukan tajuk/topik yang akan diajar;

b. Tentukan objektif/hasil pembelajaran khusus seperti;

c. Murid dapat menamakan alat-alat muzik barat;

Page 82: MODUL MZ 4

d. Tentukan objektif Kemahiran Berfikir seperti;

e. Murid dapat membanding bezakan antara gitar dan violin; dan

f. Fikirkan alat – alat berfikir yang sesuai.

Contoh Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Muzik 8.2.6

Masa: 2 Jam   Kelas: KSPK Muzik   Bidang: Permainan Alat Muzik Tradisional – Caklempong   Konsep: Irama   Objektif: Di akhir sessi pengajaran pembelajaran diharapkan pelajar-pelajar dapat:

a. Menamakan alat-alat muzik di dalam Caklempong.

b. Menyatakan fungsi setiap alat muzik.

c. Menyenaraikan not-not yang terlibat bagi gereteh.

d. Tingkah dan sauwa.

   Objektif KB: Di akhir sessi pengajaran pembelajaran diharapkan pelajar-pelajar dapat:

a. Membuat dan menerangkan banding beza antara Gereteh dan Sauwa dalam caklempong.

b. Membuat dan menerangkan kategori alat-alat muzik dalam caklempong.

   Pengetahuan Sedia ada:

Pelajar telah didedahkan pengetahuan mengenai klasifikasi alat-alat muzik tradisional.

Kemahiran Berfikir: a. Menjana idea.

b. Membuat banding beza.

c. Membuat kategori.

   ABM: Kaset caklempong, radio, borang pengurusan grafik.

Langkah/Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan/ABM

Set Induksi(± 08 minit)

Mengenal pasti unsur-unsur muzik dalam muzik caklempong.

Pelajar-pelajar diperdengarkan muzik caklempong.

 

Page 83: MODUL MZ 4

Langkah I(± 12 minit)

Menamakan unsur-unsur muzik yang ada.

Pelajar-pelajar dibimbing untuk mengeluarkan pendapat mengenai unsur-unsur muzik yang mereka fikirkan terdapat dalam muzik caklempong.

 

Langkah II(± 20 minit)

Memperkenalkan sejarah, alat muzik dan fungsi.

Pelajar-pelajar diberi pendedahan mengenai sejarah, nama alat-alat muzik yang terlibat dan fungsi alat-alat muzik caklempong.

 

Langkah III(± 20 minit)

Memperkenalkan notasi dan sistem nada bermain caklempong.

Pelajar-pelajar diperkenalkan bagaimana notasi dan sistem nada bermain muzik caklempong.

 

Langkah IV(± 20 minit)

Membuat pengurusan Grafik banding beza.

Pelajar-pelajar diminta berbincang dalam kumpulan dan membentuk PG banding beza antara alat muzik caklempong.

Wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil PG mereka.

 

Langkah V(± 20 minit)

Membuat pengurusan Grafik mengkategori.

Pelajar-pelajar diminta berbincang dalam kumpulan dan membentuk PG mengkategori alat muzik caklempong.

Wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil PG mereka.

 

Penutup(± 20 minit)

Refleksi. Pelajar-pelajar dibimbing menjana idea mereka mengenai kepentingan mempelajari kemahiran banding beza dan mengkategori.

Pelajar-pelajar juga diajukan soalan akan kesan menggunakan kemahiran-kemahiran ini dalam proses pembelajaran mereka.

 

Kemahiran berfikir boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran bagi membolehkan pelajar:

a.Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

b. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.

c.Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

d. Mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.

e.Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya perkembangan intelek mereka.

Page 84: MODUL MZ 4

f. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi pandangan dan kritik.

Penyebatian KB dalam pengajaran pembelajaran juga selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

AKTIVITI 8.2

1. Apakah kepentingan alat-alat berfikir dalam cara berfikir seseorang? Senaraikan alat-alat berfikir dengan terperinci berserta contoh.

2. Anda diminta mencipta corak irama dengan menggunakan empat alat perkusi bagi mengiringi sebuah lagu (ditentukan oleh pensyarah). Apakah KB yang telah anda gunakan sepanjang proses penyediaan ciptaan itu?Mengapa anda menggunakannya?

PEMBELAJARAN MASTERI 8.3

Pembelajaran Masteri (PM), merupakan satu pendekatan yang mengarahkan fokusnya kepada perkara yang diajarkan. Bloom, Hasting dan Madaus (1971), menyatakan bahawa kebanyakan pelajar boleh menguasai apa yang diajar kepada mereka sekiranya mempunyai masa yang mencukupi serta pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ahmann dan Glock (1981), menyatakan bahawa melalui pendekatan ini, satu unit kursus atau program akan dipecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti dengan tempoh masa yang sesuai.

Definisi Pembelajaran Masteri 8.3.1

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Langkah-langkah Pelaksanaan Pembelajaran Masteri 8.3.2

a. Merancang/Penentuan Hasil Pembelajaran

i. Menentukan hasil pembelajaran yang perlu murid kuasai.

ii. Susun hasil pembelajaran mengikut hierarki.

iii. Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.

iv. Menggunakan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

v. Sediakan aktiviti pemulihan bagi yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengayaan bagi yang sebaliknya.

Page 85: MODUL MZ 4

b. Mengurus/Pengajaran dan Pembelajaran

i. Melaksanakan kaedah-kaedah yang berkesan di samping penyediaan alat dan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.

ii. Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti sama ada murid telah atau belum menguasai hasil pembelajaran.

iii. Sediakan aktiviti pemulihan bagi yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengayaan bagi yang sebaliknya.

c. Menilai

i. Dilaksanakan selepas beberapa tajuk telah diajar. (ujian sumatif) atau semasa pengajaran pembelajaran.

ii. Penilaian boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan.

iii. Sasaran pencapaian dalam PM ialah murid perlu menguasai 80% aras yang ditetapkan bagi setiap tajuk/unit pembelajaran sebelum berpindah ke tajuk/unit pembelajaran baru.

iv. Membuat refleksi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 8.3: Model Pembelajaran Masteri

Contoh Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Muzik 8.3.3

Page 86: MODUL MZ 4

Masa: 1 Jam   Kelas: PISMP   Bidang: Permainan Alat Muzik Tradisional – Kompang   Konsep: Irama – RentakLangkah Pembelajaran Masteri: 1. Merancang/Penentuan Hasil Pembelajaran

a. Memainkan rentak masri dalam tiga jenis paluan iaitu melalu, meningkah, menyilang.

b. Menyanyi lagu “Padiku” dengan paluan rentak masri.

2. Mengurus/Pengajaran dan PembelajaranCadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Langkah

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Set Induksi

Pelajar diperlihatkan vcd multimedia Kompang.

Pelajar diminta mengenalpasti rentak-rentak yang dimainkan, bagaimana cara memegang, cara paluan dan jenis-jenis paluan serta corak irama setiap jenis paluan.

Pensyarah merumuskan penjelasan yang diberikan oleh pelajar melalui pemerhatian mereka.

 

Langkah 1

Setiap pelajar diberikan kompang.

Mereka dibimbing oleh pensyarah untuk memegang kompang dengan teknik yang betul.

Mereka dibimbing bagaimana membuat paluan “pak” dan “bung” dengan ton yang tepat.

 

Langkah 2

Pelajar dibimbing untuk membuat paluan melalu.

Rentak masri sambil membaca notasi.

Pelajar dibimbing untuk membuat paluan menyilang dan meningkah mengikut rentak masri sambil membaca skor.

Pelajar diminta memainkan setiap jenis paluan secara individu.

Pelajar diberi peluang berlatih setelah didedahkan dengan tiga jenis paluan sebelum memainkannya di hadapan pensyarah.

Langkah 3

Aktiviti diteruskan dengan menggabungkan paluan tersebut secara kumpulan.

Pelajar yang tidak dapat menguasai paluan dikumpulkan mengikut jenis paluan.

Pelajar yang dikumpulkan mengikut jenis paluan diberi latih tubi dengan bantuan cd multimedia kompang.

Page 87: MODUL MZ 4

Pelajar yang dapat menguasai ketiga-tiga jenis paluan akan diberikan cd multimedia Kompong untuk menerokai lagu “Padiku” berserta iringan ketiga-tiga jenis paluan rentak masri.

Penutup Persembahan dari pelajar.  

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pendekatan ini juga menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dan mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.

AKTIVITI 8.3

1. Apakah aktiviti yang boleh dijalankan sebagai tindakan susulan kepada murid yang tidak dapat menguasai nyanyian mengikut tempo yang betul?

2. Menyanyi dengan ton suara yang jelas adalah antara kemahiran nyanyian yang dapat dinilai untuk mengetahui penguasaan pelajar terhadap nyanyian. Pilih satu bidang yang terdapat dalam Pendidikan Muzik, dan sediakan senarai kemahiran yang akan digunakan untuk menilai penguasaan pelajar.

PENDEKATAN TEMATIK/BERTEMA 8.4

Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Proses pembelajaran secara tematik menolong individu berfikir dengan kreatif dan kritis semasa belajar. Ia juga membantu memberi gambaran yang jelas terhadap sesuatu tajuk.

Joan Miller dalam bukunya Ideas for drama, menyatakan tema merupakan landasan kepada cetusan idea. J. M. Machedo dalam bukunya Early Childhood Practicle Guide, pula menyatakan tema adalah satu koleksi ieda mengenai sesuatu subjek. Aktiviti-aktiviti yang dirancang boleh merangkumi beberapa bidang kurikulum, tetapi dalam konteks Pendidikan Muzik, aktiviti – aktiviti tersebut merangkumi beberapa bidang seperti nyanyian, gerakan, permainan alat perkusi.

Prinsip Pendekatan Tematik/Bertema 8.4.1

a. Tema yang dipilih haruslah sesuai dengan minat dan kebolehan individu.

b. Tema yang dipilih perlu bersesuaian dengan sukatan pelajaran.

c. Sebaiknya tema hendaklah berkait rapat dengan kehidupan seharian.

d. Pastikan setiap individu mempunyai peluang mengalami pengalaman dalam situasi yang berlainan.

e. Menggabung jalinkan pelbagai kemahiran.

Langkah Melaksanakan Pendekatan Tematik 8.4.2

Page 88: MODUL MZ 4

a. Tentukan hasil pembelajaran.

b. Fikirkan tema yang sesuai, seperti haiwan, pekerjaan, manusia dan sebagainya.

c. Pecahkan lagi sesuatu tema itu kepada subtopik. Misalnya, dari tema haiwan, boleh dipecahkan kepada topik sifat haiwan, habitat haiwan, pergerakan haiwan dan sebagainya.

d. Rancangkan bagaimana bidang-bidang dalam muzik seperti nyanyian, gerakan kreatif dan perkusi dapat membantu kanak-kanak atau pelajar memahami sesuatu topik atau tema dengan lebih mendalam dan jelas.

Contoh Pengajaran Pembelajaran Muzik Menggunakan Pendekatan Tematik 8.4.3

Tajuk lagu: Bunyi Semua (Rujuk skor)   Aktiviti muzikal: 1. Pendengaran:

o Mendengar dan melihat bagaimana bunyi yang terhasil dari beberapa

alat perkusi dan perkusi badan.

o Mengecam sifat bunyi seperti bunyi lanjut, bunyi tak lanjut, bunyi

ringan, berat dan sebagainya.

2. Nyanyian:

o Menyanyi lagu “bunyi semua” mengikut irama lagu.

o Menyanyi dengan iringan ostinato atau dron yang diambil dari seni kata

lagu seperti ing, ing, ing sebagai dron dan ing, tu, bum, cing sebagai ostinato.

3. Perkusi:

o Memainkan alat perkusi mengiringi nyanyian.

4. Pergerakan kreatif:

o Mencipta gubahan perkusi badan dan memain-kannya. (Rujuk skor)

AKTIVITI 8.4

1. Cuba rancangkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian selama 30 minit, bertemakan pekerjaan.

2. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, senaraikan tema-tema yang sesuai bagi tujuan p-p.

RUMUSAN

Pendekatan bertema perlu diberi perhatian yang serius oleh guru. Ini kerana pendekatan bertema memberi pelbagai pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Page 89: MODUL MZ 4

Daya imaginasi dan kemahiran guru semasa menyediakan aktiviti bertema ini, membuatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok dan berkesan.

KATA KUNCI

Kemahiran berfikir secara kreatif Model kesepaduan

Kemahiran berfikir secara kritis Model perkongsian

Model jalinan Model sisipan

Model jaringan Strategi berfikir

LAMPIRAN

Page 90: MODUL MZ 4

Contoh ciptaan skor perkusi badan

PENGALAMAN MUZIKAL TOPIK 9

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan konsep pergerakan kreatif;

2. Mengenal pasti tujuan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak; dan

3. Mengenal pasti kepentingan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak dan kehidupan seharian.

PENGENALAN

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi Intelek, rohani, emosi, dan jasmani manakala matlamat pendidikan muzik pula untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai, intelek, kreativiti, emosi dan rohani melalui pelbagai pengalaman muzikal secara teori dan praktikal ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks pelbagai budaya dan aspirasi negara.

Page 91: MODUL MZ 4

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), pengalaman muzikal bermaksud perkara yang ada kaitan dengan penghasilan muzik. Ini bermakna pemahaman mengenai muzik melalui unsur muzik iaitu irama, melodi, harmoni, tekstur, warna ton, ekspresi dan bentuk dapat direalisasikan dengan cara pengalamian (experiencing). Dalam lain perkataan, muzik harus difahami oleh murid secara teori dan praktikal.

Bette Fauth (1990) dalam Salmah Ayob (1992), membuktikan bahawa cara murid belajar dan mengingati, akan meningkat dengan mendadak apabila pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai. Kenyataan ini diperkuatkan lagi jika aktiviti pembelajaran yang digunakan melibatkan penglihatan (visual), pertuturan, dan perlakuan, maka daya ingatan akan turut sama meningkat. Fauth selanjutnya mengatakan bahawa semakin banyak deria yang digunakan dalam sesuatu pengalaman pembelajaran, semakin mendalam kesan dan daya ingatan terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian, pergerakan adalah sebagai satu medium dalam melibatkan kesemua deria murid untuk mencapai kehendak (needs) mereka dalam proses pembelajaran.

Murid harus diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan joyfull learning yang memberi pengetahuan dan pengalaman dengan cara yang berkesan. Murid boleh melibatkan diri dengan cara mendengar, memerhati, melakukan, mencipta dan membuat refleksi sama ada secara individu atau berkumpulan. Sebagai contoh, murid membuat sesuatu pergerakan mengikut kreativiti masing-masing sebagai respon kepada muzik yang didengar. Dalam hal yang demikian, guru sangat berperanan dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan memberi galakan, tunjuk ajar atau menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan.

PERGERAKAN 9.1

Cara terbaik bagi murid-murid atau kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (Learning By Doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat muzik paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Penekanan juga diberikan kepada penggunaan sains dan teknologi dalam konteks penyediaan bahan muzik seperti penghasilan bahan rakaman yang bermutu, berfungsi dan efektif. Ia bertindak sebagai bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. Penyediaan bahan muzik yang baik, bersesuaian dengan tema atau kehendak sesuatu isi pelajaran yang hendak disampaikan akan membangkitkan motivasi, kefahaman, kecintaan dan minat yang meluap-luap di kalangan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

Unsur-unsur muzik iaitu irama, melodi, harmoni, ekspresi, bentuk, tekstur dan warna ton dapat difahami secara teori dan praktikal melalui aktiviti permainan alat perkusi atau alat muzik, nyanyian dan pergerakan. Sebagai contoh, ketinting boleh dikaitkan dengan nilai not kuaver manakala berjalan seperti biasa, dengan nilai not krocet dan berjalan lambat dikaitkan dengan nilai not minim.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikaitkan dengan unsur alam seperti berjalan cepat dikaitkan dengan berjalan seperti arnab, berjalan pada kelajuan biasa dikaitkan dengan berjalan seperti monyet dan berjalan lambat dikaitkan pula dengan berjalan seperti gajah. Oleh yang demikian, pergerakan secara kreatif merupakan salah satu medium bagi murid meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi mereka. Ia sangat berperanan dalam

Page 92: MODUL MZ 4

usaha membina dan mengembangkan kreativiti murid.

Pergerakan mengikut kreativiti individu pula merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan ini adalah asas respon kepada muzik mengikut daya pemahaman, penghayatan dan daya kreativiti individu. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dengan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi sesuatu yang didengar atau dilihat atau yang difikirkan secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’.

Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan jika diiringi dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan lagi kepekaan, daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana muzik, begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisional, tarian istana, mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian tersebut. Oleh yang demikian semestinyalah tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai satu cabang kerjaya kelak.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dilaksanakan, pembelajaran teori dan praktikal dapat dibuat melalui aktiviti penerokaan dan penemuan, improvisasi, dan mereka cipta. Seterusnya aktiviti tersebut akan membantu murid kepada perkembangan kreativiti (creativity development).

DEFINISI PERGERAKAN KREATIF 9.2

Pergerakan Kreatif adalah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. (Salmah Ayob 1992).

“It is not enough to train just the mind or ears or the voice; the entire human body must be trained since the body contains all of the essentials for the development of performance”

(Emile Jaques-Dalcroze)

KONSEP DAN NILAI PERGERAKAN KREATIF 9.3

Pendidikan muzik juga merupakan pelengkap bagi pembinaan dan perkembangan potensi diri murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Bennett Reiner dalam bukunya “A Philosophy of Music Education” (1989) menyatakan bahawa muzik tidak sahaja sebagai bahasa emosi bagi pernyataan diri, tetapi juga mempunyai nilai-nilai positif dari segi pembangunan diri individu dan kumpulan. Ia juga bertindak sebagai saluran ke arah pemupukan semangat cintakan bangsa, negara dan agama dan juga pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya serta mempunyai nilai-nilai murni. Unsur ini jangan dipandang remeh oleh pihak sekolah khususnya guru-guru pendidikan muzik. Ia harus ditanam dan dipupuk di dalam diri murid seawal mungkin agar perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia telah sedia dimaklumi dan difahami oleh mereka.

Pergerakan secara asasnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:

a.Pergerakan bukan lokomotor:Contoh: tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik.

Page 93: MODUL MZ 4

b. Pergerakan lokomotor:Contoh: berjalan, meloncat, berlari, merangkak, merayap, bergolek, bergalop, skip, berputar, melompat.

Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi. Pergerakan non-lokomotor dan pergerakan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana pelajar dapat memanafaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.

Pergerakan kreatif pula bertindak sebagai satu alternatif bagi memperkembangkan potensi individu. Hal ini mengambil kira Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner 1983) individu khususnya individu yang mempunyai kecerdasan dari segi kinestetik dalam meluahkan atau menginterpretasi idea dan perasaan sekali gus bertindak sebagai satu cara penyelesaian masalah (problem solving) dan Teori Gaya Pembelajaran Kenneth dan Rita Dunn.

Pergerakan Kreatif adalah teknik asas yang melibatkan kesemua deria dalam memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi sesuatu melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’. Dalam lain perkataan pergerakan kreatif adalah satu pengalaman sensori yang asas untuk membantu murid memahami konsep muzik.

Pergerakan kreatif adalah suatu perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan atau terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun yang lebih dikenali sebagai koreografi) yang dilakukan melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai cara pergerakan badan. Ia dizahirkan dengan cara yang kreatif dan simbolik.

Pergerakan kreatif sebagai satu pengalaman psikomotor, mengintegrasikan domain kognitif dan domain afektif di samping mewujudkan gaya pembelajaran yang berbeza mengikut individu.

Pergerakan kreatif yang pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan. Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri, menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru.

Pergerakan kreatif boleh dilakukan di mana sahaja. Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Memandangkan konsep muzik merupakan teras pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan muzik, maka adalah lebih mudah ia difahami jika diterapkan ke dalam aktiviti pergerakan kreatif kerana pergerakan kreatif merupakan satu proses pembelajaran melalui perlakuan dan pengalamian (Learning by Doing: Dalcroze 1950, and experiential learning).

SEMAK KENDIRI 9.1

Huraikan bagaimanakah pergerakan kreatif mempengaruhi gaya pembelajaran individu?

Page 94: MODUL MZ 4

TUJUAN PERGERAKAN KREATIF 9.4

Matlamat pergerakan kreatif adalah untuk melahir dan membentuk individu yang holistik, berdaya saing, berbudaya, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Pergerakan kreatif berperanan menyuburkan pertumbuhan total dan perkembangan kanak-kanak. Sumbangan pergerakan kreatif terhadap pertumbuhan kanak-kanak menjadi kriteria utama dalam menilai aspek integrasi dan bertindak sebagai wahana yang memenuhi keperluan intelek, fizikal, sosial, dan emosi kanak-kanak.

Bidang pergerakan kreatif mempunyai hubungan yang jelas dan secara langsung dengan konsep integrasi dalam pendidikan terutama yang bersangkutan dengan psikologi, sosiologi dan pedagogi.

Pergerakan kreatif sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan domain kognitif, afektif dan psikososial kanak-kanak melalui peningkatan daya penajaman fikiran, kemahiran berfikir, persepsi, estetika, kreativiti dan kemahiran bersosial.

Pergerakan kreatif juga adalah merupakan satu cabang seni yang unik. Proses pergerakan kreatif menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid belajar berdikari dan bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka di samping meningkatkan keupayaan minda mereka.

Teori dan Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan 9.4.1

Tujuan dan kepentingan pergerakan kreatif diperkuatkan lagi dengan teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh berikut:

a. Howard Gardner (1983)Kanak-kanak mempunyai kebolehan atau kecerdasan yang berbeza. Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan sentiasa diberikan kepada kecerdasan linguistik dan logis matematik sahaja. Kecerdasan yang lain seperti kinestetik (pergerakan) terutamanya, muzik, ruang (spacial), interpersonal dan intrapersonal kurang diberi pertimbangan sedangkan gaya pembelajaran kanak-kanak-adalah berbeza di antara individu.

Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan kanak-kanak menerima pembelajaran dengan cara yang lebih efektif. Beliau berpendapat bahawa otak yang kreatif sering menghasilkan pergerakan yang menarik, kreatif dan dapat mengintegrasikan kemahiran yang pebagai.

b. Albert EinsteinGabungan daripada pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logis matematik, kinestetik, muzik, ruang, interpersonal dan intrapersonal; perlu diamalkan untuk memantapkan proses pembelajaran kanak-kanak. Ia sangat berkaitan dengan kecerdasan intuitif, interpersonal dan intrapersonal, praktik dan estetika, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.

Beliau menekankan bahawa kecerdasan kinestetik atau pergerakan dikawal oleh otak kanan dan otak kiri melalui proses imaginasi. Seterusnya pergerakan kreatif berlaku melalui proses penaakulan dan pertimbangan-pertimbangan yang rasional mengenai interpretasi idea, perasaan, dan tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

Page 95: MODUL MZ 4

c. Torrance (1969)Beliau menegaskan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid dalam inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

d. Emile Jacques Dalcroze (1950)Beliau mendapati tahap pembelajaran dan kefahaman murid berkaitan dengan elemen muzik atau unsur muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain telah meningkat di kalangan pelajar-pelajarnya dan menjadi bertambah baik melalui aktiviti gerakan dengan muzik (music and movement). Ini membuktikan bahawa terdapat pelajar atau kanak-kanak yang cerdas dalam kinestetik (pergerakan).

Kecerdasan ini dapat dimanipulasikan untuk pemahaman sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan yang demikian beliau berpendapat cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” (learning by doing). Beliau menamakan perlakuan ini sebagai eurhythmics. Eurhythmics boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar.

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu:

a. Mendengar;

b. Merasai (feel);

c. Berimaginasi kuat (strong imagination);

d. Mengintepretasi bunyi; dan

e. Bertindak/respon/bergerak.

Untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan badan yang bertindak berpandukan rangsangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diintrepretasikan ialah:

a. Lagu yang berasaskan lirik. Contoh lagu – “menampi padi”.

b. Unsur/konsep muzik.

Contoh: irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada, dan darinya jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu bentuk koreografi.

Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian 6.2 falsafah beliau pula adalah seperti berikut:

a. Kanak-kanak mempunyai emosi. Pembelajaran muzik yang pertama adalah berkenaan bagaimana hendak menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik;

b. Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau meluahkan emosi kanak-kanak;

c. Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan anggota badan;

Page 96: MODUL MZ 4

d. Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau spontan menggambarkan perasaan mereka ketika itu;

e. Pergerakan anggota badan adalah akibat daripada cetusan emosi dikaitkan dengan muzik; dan

f. Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.

Seterusnya hasil kajian beliau melalui eksperimentasi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik; telah membawa kepada kesan yang positif. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa “tubuh badan adalah alat muzik yang paling utama” kerana kanak-kanak sangat menggemari aktiviti fizikal.

Teori KonstruktivismeTeori kostruktivisme menyatakan kanak-kanak memperoleh dan membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial amat digalakkan kerana ia melibatkan aktiviti penerokaan, pengolahan objek atau bahan dan inkuiri penemuan.

Pergerakan sebagai satu cabang pembelajaran bertindak sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresi idea secara bebas dan kreatif dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui aktiviti pergerakan kreatif, guru dapat menggalakkan murid-murid menjana idea dan menjalankan pembelajaran secara koperatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau projek tertentu dan membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

Carl OrffCarl Orff mengaitkan muzik dengan pergerakan, dengan pertuturan berirama (chanting) dalam bukunya Orff Schulwerk. Beliau berpendapat muzik dengan pergerakan dan pertuturan berirama secara tidak langsung dan spontan membantu murid mempelajari dan memahami konsep muzik dengan lebih berkesan.

Dalam pendekatan Orff, murid diberi peluang mempelajari muzik dengan cara melakukan improvisasi. Mereka melakukan improvisasi dengan cara “penemuan kendiri” (self exploration).

Dalam keempat-empat komponen Pendekatan Orff, beliau mengaitkan elemen imitasi dengan pergerakan asas seperti bertepuk tangan, menepuk peha, memetik jari, menghentak kaki dan lain-lain lagi sambil bertutur secara berirama. Begitu juga dengan komponen atau elemen eksplorasi di mana pembelajaran boleh dikaitkan dengan pergerakan secara eksplorasi.

Dalam komponen penciptaan pula, beliau mengaitkan cerita dan puisi dengan pergerakan kreatif sebagai bahan untuk penciptaan muzik.

a. Manusia mempunyai Pelbagai Kecerdasan. Pergerakan Kreatif merupakan Kecerdasan Kinestetik (pergerakan).

b. Sebagai pendidik melakukan banyak aktiviti yang melibatkan pergerakan terutamanya pergerakan yang bersifat kreatif, di dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif untuk membina kefahaman pelajar mengenai sesuatu mata pelajaran.

c. Pemahaman mengenai sesuatu konsep dapat ditingkatkan melalui aktiviti pergerakan kreatif kerana kanak-kanak sangat gemar dengan aktiviti fizikal.

Kepentingan Pergerakan Kreatif dalam Perkembangan Kanak-kanak 9.4.2

Page 97: MODUL MZ 4

Pergerakan kreatif bukan sahaja hanya digunakan dalam pendidikan muzik, malah ia boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran lain juga. Hal ini menjadikan pergerakan kreatif sebagai wahana atau sebagai alat pembelajaran akademik bagi memahami dan menghayati sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, murid membina kota A Famosa dalam mata pelajaran sejarah.

Guru juga boleh mengubahsuai sesuatu pergerakan dengan cara yang kreatif menggunakan pergerakan lokomotor dan non-lokomotor.

Pergerakan kreatif yang diiringi dengan muzik yang bersesuaian merupakan salah satu manisfetasi yang penting yang membuatkan individu berkeupayaan berfikir dan beraspirasi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Pergerakan kreatif memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif.

Murid juga dapat mengekspresi emosi melalui pergerakan kreatif dan mendapat kepuasan estetika semasa menonton atau membuat sesuatu persembahan yang berbentuk pergerakan seperti persembahan tarian, drama, drama tari, pentomin, ballet dan lain-lain. Setiap persembahan ini mempunyai estetika tersendiri.

Sebagai contoh:

a. Hiburan;

b. Komunikasi – kanak-kanak boleh dibimbing untuk melahirkan suatu ekspresi muzik yang mengandungi idea dan stail;

c. Kanak-kanak dapat respon bertindak balas secara fizikal melalui pergerakan/tarian;

d. Pemahaman budaya sebagai simbol sesuatu institusi sosial, agama adat resam, kebudayaan;

e. Nilai patriotisme;

f. Pemahaman sosial;

g. Sejarah pengenalan bangsa;

h. Peningkatan integrasi masyarakat berbilang kaum;

i. Penciptaan lagu, irama;

j. Pemahaman tentang konsep muzik menajam dan memperkembangkan intelek kanak-kanak; dan

k. Secara logiknya muzik membekalkan komponen kritikal kepada perkembangan holistik kanak-kanak: intelek, emosi, jasmani dan rohani.

UNSUR-UNSUR PERGERAKAN KREATIF 9.5

Mengikut Salmah Ayob (1992), terdapat empat unsur pergerakan iaitu:

a. Tubuh BadanBeliau berpendapat bahawa kanak-kanak berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat dalam pergerakan secara kreatif.

Page 98: MODUL MZ 4

b. RuangMerupakan lingkungan pergerakan samada dalam lingkungan umum (general space) atau lingkungan kendiri (personal space). Ruang pula meliputi:

i. Aras tinggi, sederhana dan rendah.

ii. Arah yang pelbagai seperti depan, belakang, sisi, atas dan bawah.

c. Masa

i. Pergerakan yang cepat menggunakan masa yang singkat.

ii. Pergerakan yang lambat menggunakan masa yang lebih.

iii. Kederasan pergerakan atau tempo tidak semestinya berterusan. Boleh cepat, lambat, kombinasi antara keduanya, atau beransur cepat, beransur lambat.

iv. Had kelajuan atau kederasan pergerakan boleh dijadikan sebagai rentak, beat atau detik (pulse).

d. DayaDaya adalah tenaga yang digunakan untuk bergerak sama ada menggunakan kekuatan tenaga badan (heavy movement) atau keringanan tenaga (light movement). Daya juga merangkumi imbangan badan dan perletakan tubuh badan sama ada secara symetrical atau asymetrical.

PERTIMBANGAN PENTING DALAM PERGERAKAN KREATIF 9.6

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah seperti berikut:

a.Tubuh Badan Sebagai Alat Mencurahkan Perasaan dan IdeaPenggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea adalah konsep penting dalam Pergerakan Kreatif.

b. Penggunaan Bahan RangsanganBahan rangsangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik, lukisan, riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk memperkembangkan daya imaginasi murid. Jika bahan rangsangan yang bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia dan jantina yang dipilih, maka, adalah mudah bagi murid memberi tindak balas untuk sesuatu pergerakan kreatif.

c.Daya Cipta KreativitiKebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea, menggalakkan daya cipta kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiap bentuk pergerakan terhadap rangsangan yang diberi menunjukkan daya cipta kreativiti. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang ditunjukkan.

d. Kesedaran RitmaKesedaran ritma dicapai melalui penggunaan rangsangan bunyi atau suara tetapi ritma semula jadi dalam pergerakan adalah satu daya kreatif.

e.Semangat BerkumpulanAspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu konsep penting dalam Pergerakan Kreatif terutamanya perkaitan antara seorang individu dengan pasangan atau

Page 99: MODUL MZ 4

kumpulannya. Selain daripada kedudukan dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat dalam bentuk pengucapan atau peluahan perasaan individu dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan.

f. Olahan KreatifPergerakan kreatif yang terancang (koreograf) yang dihasilkan bersama-sama oleh murid-murid dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi idea atau perasaan. Ia bukan pergerakan yang terasing-asing atau bersifat individual. Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub-tema sangat diberi tumpuan. Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.

g. Persembahan dan PenilaianDalam pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Kreatif, persembahan dan penilaian pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti merupakan tugasan yang diberi oleh guru. Pemerhatian aktif untuk penilaian atau refleksi atau kritik, sangat digalakkan di mana pelajar dikehendaki memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Nyatakan unsur-unsur pergerakan kreatif.

2. Berikan definisi pergerakan kreatif.

TEMA-TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF 9.7

Pengalaman membuat pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman mengenai konsep pergerakan. Menurut Rudolf Laban dalam buku Salmah Ayob ”Pergerakan Kreatif dan Pendidikan” (1992), Pergerakan Kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan guru dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran:

a. Tema Tahap Asas (Tema 1–8)Pengenalan asas untuk membolehkan murid-murid bergerak menggunakan kesedaran mengenai tubuh badan, daya dan masa. Ini dikaitkan dengan kesedaran ritma dan perhubungan asas dengan rakan-rakan (kerja kumpulan).

i. Tema 1 – Kesedaran mengenai tubuh badan;

ii. Tema 2 – Kesedaran mengenai rintangan kepada beban dan masa;

iii. Tema 3 – Kesedaran mengenai ruang;

iv. Tema 4 – Aliran beban badan dalam ruang dan masa;

v. Tema 5 – Penyesuaian terhadap kawan;

vi. Tema 6 – Penggunaan tubuh badan sebagai alat;

vii. Tema 7 – Lapan lakuan daya asas; dan

viii. Tema 8 – Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

b. Tema Tahap Lanjutan (Tema 9–16)Fahaman konsep yang merupakan variasi dan perkembangan lanjutan dari idea-idea pergerakan tema

Page 100: MODUL MZ 4

1–8. Aspek-aspek pergerakan diluahkan atau dihasilkan dengan fahaman atau persembahan yang lebih mencabar.

i. Tema 9 – Bentuk-bentuk pergerakan;

ii. Tema 10 – Gabungan lapan lakuan daya asas;

iii. Tema 11 – Orientasi ruang;

iv. Tema 12 – Menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan yang berlainan untuk menekankan bentuk dan daya dalam pergerakan;

v. Tema 13 – Penaikan dari lantai;

vi. Tema 14 – Kesedaran berkumpulan;

vii. Tema 15 – Formasi pergerakan dalam kumpulan; dan

viii. Tema 16 – Kualiti-kualiti ekspresif dalam Pergerakan.

Contoh-contoh bagi melakukan pergerakan kreatif mengikut beberapa tema pergerakan kreatif dilampirkan. Contoh-contoh adalah dipetik daripada Buku Panduan Guru Pergerakan Kreatif oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 1991.

RUMUSAN

Pergerakan kreatif yang diaplikasikan dalam apa sahaja mata pelajaran amnya dan pendidikan muzik khususnya, membolehkan kanak-kanak berkomunikasi secara menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melaului ekspresi pergerakan dalam kerangka perkembangan insan secara holistik. Aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berkembang secara bersepadu.

Kanak-kanak harus dibiarkan berfikir dan membuat atau menghasilkan sesuatu secara kreatif, dan logik. Galakkan mereka melakukan penerokaan yang seterusnya akan membawa kepada improvisasi dan akhirnya mencerna kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti pula dapat dipupuk dalam suasana yang memberangsangkan dan sihat dari segi fizikal dan mental. Ini akan mewujudkan rasa kepuasan dalam belajar.

Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Daya inisiatif, komitmen dan kesungguhan murid ditanam dan dibajai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai pendidik, kitalah penentu arah dan hala tuju masa depan generasi muda kini.

KATA KUNCI

Kemahiran berfikir secara kreatif Model kesepaduan

Kemahiran berfikir secara kritis Model perkongsian

Page 101: MODUL MZ 4

Model jalinan Model sisipan

Model jaringan Strategi berfikir

UJIAN 1

Berikan beberapa contoh yang menunjukkan kepentingan pergerakan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

UJIAN 2

1. Nyatakan tujuan pergerakan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Nyatakan tema-tema pergerakan kreatif.

PENGUJIAN DAN PENILAIAN TOPIK 10

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan apa itu pengujian dan penilaian dalam tingkah laku muzik;

2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga strategi yang digunakan untuk mengukur amali muzik;

3. Membandingbeza di antara ujian kemahiran aural-visual dengan ujian kemahiran aural;

4. Menjelaskan jenis-jenis ujian bertulis; dan

5. Menjelaskan fungsi serta kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian.

PENGENALANPengujian dan Penilaian adalah satu cara yang baik untuk mengukur sejauhmana keberkesanan sesuatu program muzik itu dilaksanakan. Adalah menjadi satu keperluan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dan mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan pengajaran dan bahan-bahan yang digunakan. Ini ditambah lagi bagi mengenalpasti peningkatan dalam bahan-bahan pengajaran yang perlu ditambah untuk kemajuan murid.

AKTIVITI 10.1

Apa yang akan berlaku jika sekiranya Pengujian dan Penilaian tidak dijalankan dalam mana-mana proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

Page 102: MODUL MZ 4

Apa itu Pengujian dan Penilaian dalam Tingkahlaku Muzikal?Tingkah laku muzikal merangkumi persembahan muzikal (nyanyian atau permainan alat secara solo atau kumpulan), membaca dan menulis muzik, mengubahsuai dan penciptaan muzik, mendengar muzik, bergerak dengan muzik, membaca mengenai muzik, tindakbalas perasaan terhadap muzik dan menganalisa muzik. Ia melibatkan integrasi yang kompleks dalam pelbagai aras kognitif, afektif dan psaikomotor. Perubahan dalam tingkah laku muzikal inilah yang merupakan perkara asas dalam pendidikan muzik.

Pengujian pula merupakan satu teknik untuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku murid. Prosedur yang bersistematik dijalankan untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang murid itu. Prosidur-prosidur tersebut termasuklah membina soalan, menentukan pentadbiran ujian dan menyatakan secara terperinci prosidur pemarkahan.

Sementara Penilaian pula ialah perkara-perkara mengenai pengukuran dan statistik. Data atau keputusan yang diperolehi akan dianalisa bagi menentukan arah kemajuan murid dalam pembelajaranya.

Pengujian dan Penilaian dalam tingkah laku muzikal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu amali, pendengaran (aural) dan bertulis.

AMALI 10.1

Apabila kita berbincang tentang pengujian dan penilaian amali dalam pendidikan muzik ia biasanya difokuskan kepada tahap kemahiran dalam permainan atau persembahan muzik. Pada kebiasaannya pula, apabila pendidik-pendidik muzik memperkatakan mengenai tahap-tahap dalam kemahiran tersebut apa yang dilihat ialah dari segi perlakuan psikomotor. Ini adalah kerana pendidik-pendidik muzik secara tradisinya menggunakan pengukuran psikomotor yang tertentu untuk menilai sesuatu tahap kemahiran dalam permainan atau persembahan muzik itu.

AKTIVITI 10.2

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh guru untuk mengetahui sejauh mana pencapaian muridnya dalam bidang amali vokal?

Kriteria Pemilihan Bahan 10.1.1

Dalam memilih bahan, beberapa perlu diambil kira bagi memantapkan perancangan serta ujian yang akan dilaksanakan. Antaranya:

a. Ujian perlulah mudah diurus dan mudah untuk diberi markah;

b. Objektif ujian mestilah bertepatan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran;

c. Ujian perlu mengikut piawaian dan norma-norma pengujian;

d. Data-data atau markah-markah yang dikutip senang proses dan dianalisis untuk penilaian;

e. Kebolehpercayaan yang tinggi; dan

f. Kesahan.

Persediaan dan Pelaksanaan 10.1.2

Page 103: MODUL MZ 4

Strategi-strategi pengukuran yang selalu digunakan oleh pendidik-pendidik muzik antaranya adalah senarai semak, skala mengikut susunan dan skala Likerd. Senarai semak merupakan satu senarai yang meliputi pelbagai hal yang dapat diperhatikan oleh seseorang pemeriksa atau penilai.

Berikut merupakan satu contoh senarai semak bagi mengukur kemahiran dalam permainan rekoder (lihat Jadual 10.1).

Jadual 10.1: Senarai Semak Pengeluaran Kemahiran Bermain Rekod

Ya Perkara yang Dinilai

____ Tahu penjarian not Bb dan Eb.

____ Dapat membunyikan not C tengah dengan tepat dalam lagu.

____ Bermain mengikut dinamik p dan f.

____ Not-not bertanda staccato di mainkan dengan tepat.

____ Postur yang baik.

____ Bermain mengikut tempo.

Sumber: Ubahsuai dari Abeles, H. F., Hoffer, C. F., & Klotman, R. H. (1994)

Apa yang jelas, senarai semak tidak memerlukan penilaian yang kualitatif. Guru hanya perlu memutuskan secara mudah dan bersifat dikotomi iaitu dengan membuat keputusan ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Di samping itu juga penilaian tersebut tidak menyeluruh. Ternyata senarai semak hanya sesuai digunakan untuk menilai tingkah laku muzikal yang beraras rendah dalam bidang psikomotor, di mana ia wujud di awal pengajaran sesuatu alat muzik. Walau bagaimanapun ia memberi ruang kepada tenaga pengajar bagi menjalankan pemerhatian terhadap kemajuan pelajar secara sistematik.

Seperti mana yang telah diperkatakan di atas, senarai semak tidak menyediakan indek kualiti terhadap penilaian persembahan, jadi pendidik muzik perlu mencari strategi lain yang lebih menyeluruh untuk menilai kemahiran dan persembahan pelajar. Ia dapat dijalankan melalui prosidur mengikut susunan atau skala Likerd.

Pendekatan penilaian skala mengikut susunan juga digunakan untuk mengukur kemahiran serta persembahan muzikal pelajar. Penilaian jenis ini sering digunakan oleh seseorang juri semasa di dalam sesuatu pertandingan muzik. Pengukuran jenis ini juga ada kelemahannya. Nilai pengukurannya agak terhad, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan bilangan individu melebihi lima atau enam orang. Juri-juri akan menghadapi kesukaran untuk mengingat semula persembahan pertama semasa mendengar peserta yang ke-enam bagi membuat pemarkahan dan perbandingan dalam persembahan tersebut. Borang pemarkahan juri lazimnya mengandungi lima hingga enam kriteria, antaranya seperti pic, tempo, intonasi, teknik dan interpretasi. Jadi, kriteria yang dinilai hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tingkah laku muzikal yang ada. Renj pemarkahan yang terhad ini menjejaskan skala dari segi kebolehpercayaan dan kesahan.

Pendekatan yang lebih praktikal untuk mengukur atau menilai kemahiran dan persembahan muzikal pelajar ialah skala Likert. Skala jenis ini mengandungi kriteria yang lebih panjang iaitu biasanya tiga puluh, dengan lima hingga tujuh respon pilihan. Permarkahannya lebih meluas membolehkan aras kebolehpercayaan dan kesahan ujian tersebut lebih tinggi.

Rajah 10.1 merupakan satu contoh borang pemarkahan persembahan muzik jenis skala Likerd untuk permainan

Page 104: MODUL MZ 4

klarinet bagi pelajar sekolah menengah rendah.

Tujuan penyenaraian butir-butir pernyataan di bawah adalah untuk anda menilai setepat mungkin sesuatu persembahan yang baru didengar. Sila berikan respon pada setiap penyataan tersebut sejauhmana anda bersetuju atau tidak bersetuju terhadap persembahan tersebut. Gunakan skala lima poin.

SS: Sangat Setuju 5 poinS: Setuju 4 poinTP: Tidak Pasti 3 poinTS: Tidak Setuju 2 poinSTS: Sangat Tidak Setuju 1 poin

SS S TP TS STS 1. Komunikasi muzikal yang efektif.SS S TP TS STS 2. Interpretasinya muzikal.SS S TP TS STS 3. Lagu tersebut dimainkan secara berwatak.SS S TP TS STS 4. Bermain dengan pemahaman muzikal.SS S TP TS STS 5. Bermain dengan interpretasi tradisional.SS S TP TS STS 6. Kualiti ton yang nipis.SS S TP TS STS 7. Dimainkan dengan ton semula jadi.SS S TP TS STS 8. Terdapat kekurangan dalam warna ton.SS S TP TS STS 9. Kaya dalam kualiti ton.SS S TP TS STS 10. Bunyinya yang agak cetek.SS S TP TS STS 11. Irama yang tidak rata.SS S TP TS STS 12. Permulaannya yang licin (smoothness in execution).SS S TP TS STS 13. Melodi yang berterusan.SS S TP TS STS 14. Teknik yang tidak kukuh.SS S TP TS STS 15. Iramanya yang rosak (distorted rhythm).SS S TP TS STS 16. Bermain tidak mengikut tiun.SS S TP TS STS 17. Sumbang (flat) pada not-not beraras rendah.SS S TP TS STS 18. Intonasi yang baik.SS S TP TS STS 19. Pada keseluruhannya bermain sumbang (flat).SS S TP TS STS 20. Lebih cenderung ke arah sumbang (flat).SS S TP TS STS 21. Bermain terlampau cepat.SS S TP TS STS 22. Permainan yang mengheret (seemed to drag).SS S TP TS STS 23. Bermain secara gopoh pada not-not yang diulang.SS S TP TS STS 24. Bermain secara terlalu lambat.SS S TP TS STS 25. Terkejar-kejar.SS S TP TS STS 26. Bunyi squeak.SS S TP TS STS 27. Bebas daripada bunyi bising akibat perlidahan.SS S TP TS STS 28. Attacks dan releases yang bersih.SS S TP TS STS 29. Menghasilkan bunyi lidah (“thunkie” sound).SS S TP TS STS 30. Tekanan dimainkan sebagaimana tercatat.

Rajah 10.1: Contoh skala likerd lima pilihanSumber: Ubahsuai dari Abeles, H. F., Hoffer, C. F., & Klotman, R. H. (1994)

Page 105: MODUL MZ 4

PENDENGARAN (AURAL) 10.2

Penentuan Jenis Penilaian 10.2.1

Ujian pendengaran ataupun apa yang dikenali sebagai ujian aural melibatkan dua perkara iaitu pendengaran serta penglihatan (pemerhatian). Dengan cara ini, guru dapat menilai sejauh mana pencapaian murid di peringkat tertentu dari segi muzikalitinya. Ia juga dapat mengukur pelajar dari segi kemahiran aural-visual dan kemahiran aural.

Kemahiran aural-visual memerlukan interaksi di antara pendengaran dan penglihatan. Contoh yang biasa dijalankan seperti mencari kesalahan-kesalahan yang terdapat pada sebuah skor muzik yang bercetak, dan diktasi melodi dan harmoni (melodic and harmonic dictation. Sementara Kemahiran aural pula merujuk kepada keupayaan memberi persetujuan (recognition) dan diskriminasi. Antara contohnya ialah seperti sama ada sesuatu itu sama atau berbeza atau tinggi atau rendah, dan mengira bunyi not yang terdapat di dalam triad.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 10.3.1

JSU adalah merupakan perancangan sesuatu ujian dengan menyediakan ‘blue print’ atau rancangan persediaan. Setiap ujian yang ingin dibina memerlukan perancangan yang rapi. Apakah yang sebenarnya yang patut kita uji terhadap murid? Isi pelajaran yang manakah yang perlu diberi penekanan? Ini adalah antara soalan-soalan yang kita perlu fikirkan sebelum membina soalan ujian. Guru mesti menentukan pembahagian soalan mengikut tajuk dan objektif dan berdasarkan kepentingannya. Jadi fungsi JSU adalah untuk merancang sesuatu ujian.

Dalam JSU, perkara-perkara yang dianggap penting akan disenaraikan. Ini termasuklah aras objektif mengikut taksonomi Bloom atau taksonomi yang seumpamanya, tajuk, jenis soalan atau mungkin juga bilangan muka surat bagi sesuatu tajuk yang dipilih. Sebagai contoh, terdapat tiga tajuk yang ingin diuji dalam bidang vokal. Jumlah muka surat masing-masing ialah 40, 20 dan 10 helaian. Jika kita memutuskan ujian tersebut akan mengandungi 35 soalan aneka pilihan, maka, pembahagian bilangan soalan akan menjadi 20, 10 dan 5 soalan. Ini akan menggambarkan pembahagian yang seimbang.

Satu contoh lain yang boleh diketengahkan, pembina soalan boleh memikirkan secara lebih objektif, sama ada jenis soalan mana yang boleh atau sesuai digunakan untuk ujian tersebut. Mungkin diputuskan satu soalan jenis esei yang meliputi ketiga-tiga tajuk bidang vokal itu tadi boleh dibentuk serta sejumlah soalan jenis aneka pilihan mengikut kepentingan dan keutamaan dalam tajuk-tajuk tersebut. (Sila lihat Contoh JSU dalam lampiran 7).

Reka bentuk JSU yang dilampirkan mempunyai beberapa pembahagian atau petak-petak tertentu. Antaranya adalah seperti pertama, petak Konstruk yang mengandungi topik-topik pelajaran, jam interaksi dan jumlah item mengikut jenis soalan. Kedua ialah petak Pengetahuan, di mana di dalamnya terdapat indikator-indikator bagi aras Pengetahuan tersebut serta jumlah item mengikut jenis soalan. Ketiga, petak Kemahiran, kandungannya adalah sama iaitu terdapat indikator-indikator bagi aras Kemahiran serta jumlah item mengikut jenis soalan. Akhir sekali, ialah petak Nilai yang di dalamnya mengandungi terdapat indikator-indikator bagi aras Nilai tersebut serta jumlah item mengikut jenis soalan sama seperti yang terdapat pada petak sebelumnya.

Dalam JSU perkara-perkara berikut boleh dimasukkan:

a. Tajuk-tajuk yang hendak diuji;

b. Aras objektif mengikut taksonomi Bloom atau taksonomi seumpamanya;

Page 106: MODUL MZ 4

c. Bilangan muka surat;

d. Jenis-jenis soalan dan bilangannya; dan

e. Jam Interaksi mengikut tajuk.

Kepentingan JSU

a. Ujian dapat dirancang dengan rapi;

b. Bilangan soalan bergantung mengikut kepentingan tajuk. Ini menjamin kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi;

c. Menjadi panduan dan penentu semasa membina soalan;

d. Mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian dari masa ke semasa; dan

e. Guru lain akan dapat membina ujian yang sama mutu, taraf dan kesukaran.

Menstruktur Soalan Mengikut Aras dan Kemahiran 10.3.2

Pada amnya, tingkah laku yang ingin diuji adalah dari segi domain pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan nilai (afektif). Dalam bidang pendidikan, bila kita membincangkan tentang domain kognitif, kita lebih mengenali taksonomi Bloom (1956). Domain psikomotor pula ialah E. J. Simpson. Manakala domain afektif lebih kepada Krathwohl (1964).

Dalam objektif kognitif taksonomi Bloom, terdapat enam kategori iaitu:

a.Pengetahuan;

b. Kefahaman;

c.Penggunaan;

d. Analisis;

e.Sintesis; dan

f. Penilaian.

Aras yang agak rendah ialah pengetahuan dan kefahaman, sementara aras yang lebih tinggi merupakan penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh soalan bagi aras pengetahuan yang rendah ialah seperti namakan not-not. Contoh bagi aras yang tertinggi atau lebih sukar ialah seperti memberikan penilaian sendiri berdasarkan bukti-buktinya persembahan bagi dua buah kumpulan koir.

Objektif psikomotor pula melibatkan pergerakan anggota atau motor. Menurut E. J. Simpson terdapat tujuh aras perkembangan taksonomi melibatkan pergerakan:

a.Pengamatan;

b. Set (persediaan);

c.Pergerakan terkawal;

d. Mekanisme;

e.Pergerakan khusus;

Page 107: MODUL MZ 4

f. Penyesuaian; dan

g. Keaslian.

Dalam Objektif afektif, ia menitikberatkan perasaan dan emosi seperti minat, sikap, nilai dan penghargaan. Taksonomi afektif yang dianjurkan oleh Krathwohl pula bermula dari aras yang rendah iaitu Penerimaan, Membalas, Menghargai, Organisasi dan akhirnya yang paling tinggi ialah aras Perwatakan. Aras yang paling rendah, seseorang sanggup mendengar sebuah lagu seriosa. Aras yang lebih tinggi berlaku apabila seseorang itu memilih untuk mendengar sebuah lagu daripada beberapa buah lagu yang ada. Akhir sekali lahirnya satu nilai yang lebih kompleks yang mempengaruhi gaya hidupnya sehingga membuat persembahan atau minat yang mendalam pada muzik violin.

Kebanyakan perlakuan muzikal melibatkan penggabungan domain dan kategori-kategori yang kompleks. Walau bagaimanapun pemahaman mengenai taksonomi ini amat berharga kepada kita yang membina soalan kerana ia memperlihatkan pelbagai aras pengetahuan, keupayaan dan minat yang mana menjadi unsur penting dalam menentukan jenis ujian yang akan dibina nanti.

AKTIVITI 10.4

Terangkan pembahagian dan aras objektif pengajaran dan pembelajaran domain-domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Pelaksanaan Dan Penilaian 10.3.3

Ujian ObjektifIa merupakan ujian di mana jawapan bagi setiap item soalan hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat. Contohnya, ujian item betul/salah, item memadankan dan item beranika pilihan. Walau bagaimanapun, tidak semua ujian objektif benar-benar objektif. Terdapat juga unsur-unsur subjektif seperti ujian item jawapan pendek, item melengkapkan ayat dan item perkaitan.

Jenis-jenis Ujian ObjektifIa dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. Jenis item pilihan jawapan bebas

i. Jawapan pendek – soalan atau pernyataan yang diberi dijawab dalam bentuk perkataan atau rangkai kata.

ii. Melengkapkan ayat – satu ayat yang lengkap akan tetapi satu perkataan atau rangkai kata ditinggalkan – agar diisi oleh murid.

iii. Perkaitan – jawapan ada hubung kait dengan perkataan di sebelahnya.

b. Jenis item pilihan jawapan tetap

i. Betul/Salah – jawapan berbentuk dikotomi sama ada pilih betul atau salah.

ii. Memadankan – terdapat dua ruang perkataan di kiri dan kanan. Padanan dibuat antara keduanya.

iii. Susun Semula – menyusun satu set ayat yang tidak tersusun agar menjadi satu cerita atau perenggan yang bermakna.

Page 108: MODUL MZ 4

iv. Beraneka pilihan – ujian ini mengandungi pokok soalan yang boleh berbentuk soalan yang terbuka, pernyataan atau pernyataan tergantung dan disusuli dengan pilihan jawapan. Hanya jawapan yang terbaik sahaja yang perlu dipilih. Secara teori semakin banyak pilihan jawapan di sediakan, keberangkalian untuk meneka jawapan semakin berkurangan. Biasanya sebanyak 3 hingga 5 pilihan jawapan diberikan. Hanya satu jawapan sahaja yang betul, yang lainnya di panggil pengganggu. Pengganggu – pengganggu di dalam anika jawapan akan membuatkan pemilihan jawapan yang tepat menjadi lebih mencabar.

Terdapat beberapa jenis item aneka pilihan. Ia adalah seperti berikut:

a. Bentuk soalan – ada mengandungi pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan. Hanya satu jawapan sahaja yang betul.

b. Ayat tidak lengkap – Soalannya tidak lengkap dan diikuti dengan beberapa pilihan. Hanya satu jawapan sahaja yang betul.

c. Jenis jawapan terbaik – setiap pokok persoalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya, walau bagaimanapun hanya satu jawapan sahaja yang paling tepat.

d. Negatif – kesemua jawapan adalah betul kecuali satu salah. Yang salah itulah jawapan yang dikehendaki. Perkataan-perkataan seperti KECUALI, TIDAK dan BUKAN sering digunakan di dalam pokok soalan.

e. Interpretif – soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berbentuk peta, rajah, jadual, graf atau petikan karangan.

f. Cantuman – mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul dan pelajar dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan itu.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membina item aneka pilihan:

a. Pilihan jawapan yang terlalu panjang atau pendek perlu dielakkan.

b. Corak jawapan yang dapat diramal (contoh ABCDE, ABCDE, ABCDE) perlu dielakkan.

c. Jawapan bagi setiap huruf mestilah sama rata. Dalam 40 item soalan, jawapan A hanya digunakan sebanyak 3 kali sahaja. Ia patut dielakkan.

d. Jawapan seperti “semua di atas”, “tiada jawapan”, dan “sebahagian sahaja yang betul” sebaik-baiknya perlu dielakkan.

e. Jawapan yang bukan-bukan perlu dielakkan kerana ia mengecilkan pilihan jawapan.

Ujian SubjektifIa dikenali juga sebagai ujian esei. Murid perlu mengarang mengikut tajuk yang diberi. Murid juga bebas untuk mengolah isi-isi dalam karangannya mengikut apa yang difikirkan tepat. Jawapan esei bukan sahaja bebas tetapi juga perlu meluas dan asli. Dari segi pemarkahannya pula, ia akan diberikan berdasarkan kriteria yang telah ditentukan atau apa yang sering kita kenali sebagai Panduan Memberi Markah (PMM). (Sila lihat contoh Lampiran 2).

Biasanya, dalam ujian esei, aras objektif kognitif yang digunakan adalah aras yang lebih tinggi seperti analisis, sintisis dan penilaian. Gubahan eseinya adalah lebih rumit dan perlukan pemikiran yang luas, imaginatif, dan kreatif. Antara kata-kata kunci yang digunakan untuk mengubal soalan esei ialah:

a. Sebutkan, Senaraikan atau Namakan.

Page 109: MODUL MZ 4

b. Penjelasan.

c. Galurkan.

d. Terangkan.

e. Bandingkan.

f. Bincangkan.

g. Ceritakan.

h. Huraikan

i. Analisis

j. Beri Penilaian.

RUMUSAN

Pergerakan kreatif yang diaplikasikan dalam apa sahaja mata pelajaran amnya dan pendidikan muzik khususnya, membolehkan kanak-kanak berkomunikasi secara menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melaului ekspresi pergerakan dalam kerangka perkembangan insan secara holistik. Aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berkembang secara bersepadu.

Kanak-kanak harus dibiarkan berfikir dan membuat atau menghasilkan sesuatu secara kreatif, dan logik. Galakkan mereka melakukan penerokaan yang seterusnya akan membawa kepada improvisasi dan akhirnya mencerna kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti pula dapat dipupuk dalam suasana yang memberangsangkan dan sihat dari segi fizikal dan mental. Ini akan mewujudkan rasa kepuasan dalam belajar.

Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Daya inisiatif, komitmen dan kesungguhan murid ditanam dan dibajai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai pendidik, kitalah penentu arah dan hala tuju masa depan generasi muda kini.

KATA KUNCI

Irama Modulasi

Kod Triad

UJIAN 1

Nyatakan prosedur yang terdapat dalam pembinaan ujian objektif dan subjektif secara terperinci.

Page 110: MODUL MZ 4

UJIAN 2

Huraikan apa itu pengujian dan penilaian amali, aural dan bertulis dalam pendidikan muzik serta untuk setiap satu berikan satu contoh.

LAMPIRAN 1

Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tahap Asas Istilah Bentuk Badan

     

     Tema 4 Aliran:

a. Aliran Terikat

b. Aliran Bebas

   

PersediaanMemerhatikan Gambar

Rangsangan

a. Tamborin

b. Gambar Binatang dan Objek

 

Tugasan (Contoh)

1.

a. Gambarkan Lakuan Binatang Seperti Arnab dan Kanggaru.

b. Gambarkan Pergerakan Seperti Gasing, Layang-Layang dan Bola.

Perhatian Pengajaran

1. Sediakan Gambar Yang Sesuai Untuk Setiap Pelajar Atau Kumpulan.

2. Bergerak Mengikut Lakuan Binatang dan Pergerakan Objek.

2. Goncangkan Tamborin Berterusan.

Aliran Bebas

3. Gambarkan Situasi Kereta Api Dari Kuala Lumpur Ke Butterworth Dengan Hentian Di Beberapa Stesen.

3. Lakukan Pergerakan Bebas dan Membeku Bila Berhenti. Menjadi Patung Bila Berhenti.

 

4. Lari Dan Berhenti Mengikut Bunyi Tamborin.

4. Ulangkan Pergerakan.

 

Page 111: MODUL MZ 4

Tamborin Digoncang Untuk Bergerak. Tamborin Ditepuk Untuk Berhenti.

LAMPIRAN 2

Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat

Tahap Asas Istilah Bentuk Badan

     

     Tema 6 Bentuk tubuh badan    PersediaanMemahami istilah empat bentuk badan asas.

Rangsangan

a. Getah atau tali elastik.

b. Tamborin, kayu.

Lurus

Bulat

PulasTugasan (Contoh)

1.

a. Gerak edar, berhenti dan gunakan tali elastik untuk membentuk, mengikut arahan.

b. Tukar bentuk badan dari bentuk asal dengan tali elastik.

Perhatian Pengajaran

1.

a. Isyarat bunyi diberi. Gunakan iringan tamborin.

b. Beri bimbingan dengan perkataan seperti: “Bentuk dengan menggunakan satu kaki, dua tangan.” (rujuk kepada bahagian tubuh badan).

2. Latihan di atas boleh dilakukan dengan pasangan atau kumpulan kecil.

2. Galakkan kreativiti dalam pembentukan untuk membayangkan kerjasama.

3. Gerak edar, berhenti dan membeku dengan bentuk badan tanpa

3. Pergerakan dan isyarat khas untuk membentuk diiringi dengan ketukan

Page 112: MODUL MZ 4

bantuan tali elastik. kayu atau goncangan tamborin.

Berkumpulan

4. Dengan perlahan, ubah bentuk badan serta aras.

4. Gunakan isyarat khas.

5. Dengan perlahan, ubah bentuk badan serta aras.

5. Pada mulanya, narnakan bahagian tubuh badan yang akan mendahului pembentukan. Selepas itu pelajar sendiri akan memilih.

6. Rangkaikan bentuk tubuh badan secara berpasangan dan berkumpulan.

6. Galakkan kerjasama dalam kumpulan.

LAMPIRAN 3

Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tahap Lanjutan Istilah Bentuk Badan

     

     Tema 10Transisi lapan daya asas

Perubahan perlahan-lahan 10.1

Perubahan beransur 10.2

Perubahan serta merta 10.3

  ContohWarna

Persediaan

a. Memerhati pertukaran warna dari merah ke jingga (perubahan perlahan-lahan)

b. Memerhati pertukaran warna dari jingga ke kuning (beransur)

c. Memerhati pertukaran warna dari kuning ke hijau (beransur)

d. Memerhati pertukaran warna dari merah ke hijau (beransur)

Rangsangan

a. Carta warna yang menunjukkan pertukaran warna dari merah ke jingga, kuning ke hijau dan pertukaran warna dari merah ke ungu dan ke hijau.

b. Muzik yang mempunyai kualiti ekspresif yang berbeza.

Tugasan (Contoh) Perhatian Pengajaran

Page 113: MODUL MZ 4

1. Berdiri dalam bulatan besar, menghadap ke tengah. Bergerak setempat. Warna digunakan untuk merangsang lakuan lapan daya asas.

1. Galakkan pergerakan yang membayangkan idea warna.

2. Bergerak dengan menunjukkan perubahan antara dua jenis warna.

2. Galakkan respon individu secara kreatif.

LAMPIRAN 4

Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat

Tahap Asas Istilah Bentuk Badan

     

     Tema 14 Kesedaran kumpulan

Kesatuan kumpulan 14.3

  Aspek MasaPergerakan serta-merta dan kawal-lambat secara berkumpulan.

Aspek KuangFormasi menggunakan ruang.

Persediaan

a. Ulangi istilah pergerakan.

b. Memerhatikan cara magnet digunakan dengan besi.

Rangsangan

a. Magnet dan besi

b. Tamborin

Tugasan (Contoh)

1. Pelajar bergerak ke arah guru yang berada di tengah

Perhatian Pengajaran

1. Galakkan pergerakan

Page 114: MODUL MZ 4

kawasan.

2. Bergerak ke arah guru dengan pergerakan tersendiri.

3. Semua ahli kumpulan cuba menunjukkan perkaitan kepada seorang ketua.

4. Membeku semasa isyarat diberi dan membentuk formasi dalam kumpulan.

yang menggunakan arah, aras dan kualiti pergerakan yang berbeza.

2. Gunakan tamborin sebagai rangsangan.

3. Pilih pemimpin dalam kumpulan. Ketua kumpulan menjadi fokus.

4. Galakkan bentuk formasi yang menunjukkan mud, idea atau perasaan.

Aspek BebanSentuhan antara ahli kumpulan.

LAMPIRAN 5

Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat

Tahap Asas Istilah Bentuk Badan

     

     Tema 3 Kesedaran ruang

Kawasan 3.1

  Ruang Diri

Page 115: MODUL MZ 4

a. Ruang diri

b. Ruang am

Peta Perakan di ruang am

Ruang Diri

Persediaan

a. Bergerak dengan pelbagai cara semasa berdiri setempat.

b. Bergerak edar dengan pelbagai cara kawasan bebas.

Rangsangan

a. Gendang

b. Cerita

c. Gambar

Tugasan (Contoh)

1. Bergerak setempat mengikut cerita sehelai daun yang ditiup angin tetapi belum gugur.

2. Bergerak seperti sehelai daun yang gugur dan ditiup angin.

3. Gunakan tangan, kaki dan kepala untuk mengelilingi ruang dan menolak ruang.

4. Meneroka ruang secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Perhatian Pengajaran

1. Ceritakan berkenaan sehelai daun di alas pokok yang ditiup angin.

2. Bunyikan gendang dengan rentak berbeza. Pelajar bebas memilih pergerakan. (Cuba memberi gambaran angin kencang dan angin reda).

3. Bunyikan gendang dengan rentak berbeza.

4. Galakkan pelajar menunjukkan perasaan atau idea melalui pergerakannya.

LAMPIRAN 6

Page 116: MODUL MZ 4

Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa Tahap Asas   

   Tema 1Kesedaran tubuh badan

Keseluruhan tubuh badan: 1.1

a. Lokomotor

b. Non-lokomotor

HuraianPenekanan diberi kepada penggunaan keseluruhan tubuh badan bertujuan memberi pengalaman bergerak dan berhenti secara bebas dan terikat supaya mencapai kawalan aliran pergerakan.

a. Aktiviti lokomotor ialah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

b. Aktiviti non-lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu seperti aktiviti buka-tutup, naik turun dan pusing-putar.

Daya cipta kreatif daapt dilihat dalam variasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor (non-lokomotor) yang diciptakan untuk menunjukkan perasaan dan idea yang sesuai.

LAMPIRAN 7

Page 117: MODUL MZ 4
Page 118: MODUL MZ 4

LAMPIRAN 8

Contoh Panduan Memberi Markah

BAHAGIAN STRUKTUR

(12 markah)

Soalan 1

a.1 × 2 markah

 

  Jumlah = 2 markah   

b.Mula dari C sampai ke C Tengah = 1 markah2 tanda kromat Bb dan Eb [2 × 1] = 2 markah

 

  Jumlah = 4 markah   

c.  

 Y = Bb atau EbZ = A atau D

2 markah2 markah

 

 Jumlah = 4 markahJumlah Markah = 10 markah

Soalan 2

a. Setiap bar - ½ markah4 bar – 4 × ½ markah = 2 markah

 

  Jumlah = 2 markah   

b. Setiap alat perkusi – 2 markahSatu alat perkusi – 1 bar – ½ markah – 2 bar × ½ markah = 1 markahDua alat perkusi – 2 × 2 markah = 4 markah

 

  Jumlah Markah = 5 markah

BAHAGIAN ESEI

(20 markah)

Soalan 1

a. Teknik vokal yang difokuskan:

i. Pernafasan

(Diaframatic-costal breathing)

Pernafasan yang secukupnya mengikut rangkailagu

Page 119: MODUL MZ 4

Kawalan dan sokongan pernafasan

ii. Pengeluaran suara

Melontarkan suara ke hadapan

Tidak menjerit-jerit

Perubahan suara yang licin

iii. Perangkaian

Sesuai dengan pernafasan

Pernafasan yang mencukupi

iv. Sebutan

Jelas

Bunyi vokal dan konsonan yang jelas

v. Ekspresi

Menyanyi mengikut dinamik

Mud lagu

Penghayatan senikata lagu

vi. Ketepatan pic

5 fakta / isi × 2 markah = 10 markahJumlah = 10 markah

b. Cara memperbaiki kelemahan

i. Latihan Pernafasan

Postur yang betul.

Menggunakan pernafasan yang mendalam (diaframatic-costal breathing).

Tarik nafas yang sesuai mengikut frasa lagu.

Kawalan pernafasan.

Sokongan pernafasan.

ii. Latihan pengeluaran suara

Membuka rongga-rongga mulut, tenggorok dan hidung semasa menyanyi (seperti menguap).

Kedudukan lidah dalam keadaan rata.

Menyanyi solfa.

iii. Perangkaian

Page 120: MODUL MZ 4

Senafas untuk setiap perangakaian lagu.

Mengambil nafas sebelum rangkaialagu atau sebaik sahaja selepas rangkaia lagu.

Mengambil pernafasan yang mencukupi untuk setiap rangkai lagu.

iv. Sebutan

Nyanyian bunyi vokal, mulut perlu dibuka sama luas.

Rahang digerakkan secara tenang dan semulajadi.

Nyanyian bunyi konsonan, gaya sebutan yang berlebih-lebih perlu dilakukan (exaggeration).

Sebutan yang betul dan jelas.

v. Ekspresi

Menyanyi mengikut symbol-simbol dinamik yang ada pada lagu.

Faham serta menghayati lrik lagu.

Dapat menyesuaikan nyanyian mengikut mud lagu.

vi. Ketepatan pic

Memperbanyakkan nyanyian solfa dan arppegio.

Membunyikan balik pic yang diperdengarkan dengan tepat.

Menyanyikan semula melodi atau suara tertentu (koir) dengan tepat.

Menyesuaikan nada lagu mengikut kemampuan kumpulan koir.

5 huraian × 2 markah = 10 markahJumlah = 10 markahJumlah Markah = 20 markah