Modul Msl 3073
Transcript of Modul Msl 3073
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
1/11
1
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Memahami apakah itu teori dan kepentingan teori dalam pendidikan
seni.
2. Mengenalpasti hubungan teori dan yang berkaitan dengan
pendidikan seni visual.
3. Menghuraikan bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat mendokong
Falsafah Pendidikan Negara.
4. Membincangkan bagaimana pengalaman berdasarkan dimensi sosial
dapat mendedahkan pelajar dengan pelbagai bentuk seni visual
pada peringkat pengalaman kendiri.
PENGENALAN
Seni moden di Malaysia telah berkembang lewat abad ke 19 walaupun
gambaran-gambaran awal hanya dibuat kebanyakannya oleh pegawai
Inggeris. Walaupun perkembangan seni ini berlaku sehingga kini, penerimaan
pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah dan menengah masihterhad. Sistem pendidikan yang diguna pakai di Malaysia rata-ratanya masih
terbina atas dasar-dasar saintifik dan empirikal yang menggalakkan para
pelajar untuk menangani ilmu pengetahuan dari sudut yang pragmatik,
analitik dan individualistik. Maka pendekatan seni lukis yang bersandar pada
ciri-ciri ekspresi, individualisme, ekspresif serta naturalistik dianggap tidak
begitu bernilai dalam sistem pendidikan tersebut. Walaubagaimanapun, seni
sebagai satu subjek kini telah diiktiraf satu bidang yang penting dalam sistem
pendidikan kebangsaan dan turut dapat mendokong Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang kita war-warkan.
MODUL MSL 3073: TEORI PENDIDIKAN
SENI
UNIT SATU
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
2/11
2
Dalam mengajar pendidikan Seni Visual di sekolah, aspek teori perlu diaplikasi
di dalam kelas. Ini kerana seperti subjek-subjek lain, pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Seni Visual haruslah memahami perkara-perkara
yang menjadi asas kepada aspek pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Walaupun diperkasakan dengan ilmu dan skil yang untuk mengajar subjek
tersebut, pengetahuan tentang kepentingan dan prospek bidang seni visualharuslah diperhati, dikaji dan dibincangkan secara langsung atau tidak
dalam konteks pembelajaran didalam kelas. Walaupun ramai yang
menjadikan bidang seni ini sebagai hobi, bidang seni visual ini sebenarnya
mempunyai prospek yang besar sebagai satu kerjaya, setanding dengan
kerjaya-kerjaya lain.
1.1 Apakah maksud teori?
Secara umumnya,teori adalah sejenis renungan dan pemikiran rasional
secara abstrak secara umum ataupun ia juga boleh menjadi hasil pemikiran
tersebut itu. Memandangkan terdapat pelbagai bentuk teori dalam
pelbagai bidang, maksud dan bentuk teori ini akan berbeza-beza sedikit
mengikut bidang. Maka, bergantung kepada konteks dan keadaan, teori
mungkin merangkumi contoh penjelasan umum hukum alam atau nature,
hal-hal ketuhanan (falsafah) atau metafizika. Ini kerana, perkataan teori itu
sendiri berakar umbi daripada zaman Greek Purba iaitu theoria
()yang bermaksud looking at, viewing, beholding, tetapi dalam
konteks moden kini, maksud teori telah sedikit berubah.
Dalam konteks moden, makna perkataan dan pengunaan perkataan teorimenekankan aspek spekulatif dan mencari suatu sifat teori yang umum atau
generalizing nature of theory. Dalam bidang sastera dan falsafah, perkataan
teoretikal atau theoreticalmungkin digunakan utk menggambarkan idea-idea dan fenomena empirikal yang tidak dapat diukur. Tetapi dalam sains
moden, perkataan teori merujuk kepada teori saintifik yang telah
kriterianya telah dipenuhi oleh sains moden mengikut kaedah-kaedah ynag
digunapakai dalam sains moden.
1.1.1Kenapa belajar teori?
Jadi persoalannya disini, kenapa belajar teori? Kenapa kita perlu ambil berat
terhadap teori? Apa yang teori lakukan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas?
Antara beberapa sebab yang dapat difikirkan adalah:
1. Teori dapat membantu kita mengklasifikasikan dan memahami perkara
yang melibatkan pemahaman tentang sesuatu entiti, pelbagai proses dan
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
3/11
3
hubungan dan sebab-musabab perhubungan yang melibatkan entiti
tersebut.
2. Teori dapat membantu kita memahami bagaimana dan kenapa sesuatu
keadaan yang berlaku secara berulang-ulang itu berlaku seperti bagaimana
proses pembelajaran boleh berlaku.
3. Teori dapat membantu kita meramalkan hubungan yang belum lagi dikaji.
4. Teori akan menjadi panduan asas yang berguna dalam situasi pekerjaan
seharian contohnya dalam menghadapi situasi dalam kelas.
5. Teori adalah asas untuk sesuatu tindakan seperti pepatah Inggeris "There is
nothing so practical as a good theory."
Contohnya, jika kita tidak jelas dengan teori yang ada dan yang kitagunakan dalam konteks pembelajaran, kita mungkin tidak jelas atau faham
bagaimana untuk menambah baik pengajaran kita supaya menjadi lebih
baik, menarik dan mudah difahami. Seperti kata Bracey (2003, p. 183), jika
pendidik tidak jelas dengan epistemologi yang berkaitan dengan seni, tidak
mungkin ilmu yang ingin disampaikan kepada murid-murid itu adalah ilmu
yang berkaitan dengan seni.(Bracey, 2003, p. 186)
Maka, teori dapat memberikan inspirasi kepada intelek dan nilai estetika
yang kita pegang. Pemikiran yang diinspirasikan daripada pengetahuantentang beberapa teori dan mengaplikasikannya dalam kelas dapat
menukarkan suasana dan kurikulum pembelajaran menjadi lebih menarik.
Pengetahuan tentang teori yang bersesuaian dapat merangsang bentuk-
bentuk pemikiran yang lebih kontemporari tentang seni, kesenian dan
budaya dan ini juga dapat dibincangkan didalam kelas. Melalui
perbincangan secara langsung atau tidak ini, perhatian kepada aspek-
aspek kurikulum yang mungkin diberi kurang penekanan dapat ditingkatkan.
Akhirnya, teori dapat juga mewujudkan cabaran kepada kita untuk meninjau
dan mengkaji semula perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahandan kompleksiti dunia visual dan material.
AKTIVITI:Jika peranan teori itu penting, huraikan TIGA sebab utama
mengapa kurangnya minat para pendidik dalam mengaplikasi teori-teori
pembelajaran yang dirasakan sesuai di dalam kelas seni visual.
1. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
4/11
4
3. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.2 Perbezaan-perbezaan pengunaan teori dan hubungkait teoridalam konteks yang berbeza-beza.
GAMBARAJAH 1:
Perhubungan teori yang saling berkaitan dan bertindan diantara satu sama lain.
Teori-teori yang berkaitan dengan bidang pendidikan seni ada pelbagai.
Tiada satu teori khusus yang dapat mengaitkan semua bidang ini secara
terperinci. Disebabkan sifat teori itu juga yang sentiasa diperbaiki, maka
TEORI SENICth: Plato, Kant, Hume,
Hegel, Collingwood, Danto,Dickie dll.
TEORI PEMBELAJARANCth: Behaviorisme,Constructivisme,
Constructivisme dll.TEORI PENDIDIKAN SENI
Cth: Hurwitz and Day,Lowenfeld, GeorgesHenri
Luquet dll.SENI
TEORI KREATIV
ITICth: Fisher, Chapman,
Taylor etc.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
5/11
5
didalam sesuatu bidang itu mungkin terdapat beberapa teori yang boleh
dirujuk. Ataupun, satu teori itu juga dapat diaplikasikan didalam beberapa
bidang.
Contohnya, didalam Teori Pembelajaran, terdapat tiga pandangan utama
iaitu Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstructivisme.
Teori Behaviorismemengkaji pembelajaran yang didapati melalui perubahan
perlakuan yang dapat diperhatikan. Maka, Behaviorisme adalah satu
falsafah pembelajaran yang hanya memberi tumpuan objektif kepada
tingkah laku tanpa mengambil kira aktiviti mental. Ahli teori Behavourisme ini
mentakrifkan pembelajaran sebagai tidak lebih daripada perolehan tingkah
laku yang baru. Antara ahli teori yang mengasaskan teori berdasarkan
kepada pendekatan Behavourisme ini adalah seperti John B. Watson, Ivan
Pavlov, B.F. Skinner, E. L. Thorndike dan lain-lain.
Teori Kognitivisme pula mengkaji pemikiran disebalik sesuatu perlakuan
tersebut. Ia adalah satu teori pembelajaran yang menekankan pemprosesan
mental yang aktif dalam menerima maklumat. Ia menolak pandangan
pembelajaran yang pasif yang diutarakan oleh behaviorisme dan
mencadangkan bahawa proses pembelajaran melibatkan lebih daripada
proses input dan output. Mereka percaya bahawa proses pembelajarn
berlaku apabila minda terlibat dalam mengsintesis dan menganalisis
maklumat dan merumuskan idea-idea tanpa mana-mana input. Maka prose
pembelajaran berlaku apabila individu manambah maklumat baru kepada
skema, atau struktur maklumat yang telah disimpan di dalam otak. Dalam
Teori Kognitivisme, minda disamakan dengan komputer dimana data, atau
maklumat sampaikan dan diproses membawa kepada hasil, atau
pengetahuan baru. Ahli teori dan penyumbang kepada teori ini termasuk
David Merrill yang mengagaskan Component Display Theory (CDT), Charles
Reigeluth, Robert Gagne, L. J. Briggs, dan lain-lain.
Teori Konstruktivismemenggagaskan bahawa pengetahuan dibina atauconstructed melalui perhubungan dan salingkaitan di antara pengetahuan
yang sedia ada dan pengalaman baru individu seseorang. Maklumat-
maklumat baru yang diterima dikaitkan dengan pengetahuan yang telah
sedia ada didalam diri seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar
belajar dengan membina maklumat tersebut dengan membina representasi
dan realiti di dalam minda. Ahli teori dan penyumbang kepada teori ini
adalah Lev Vygotsky, Jean Piaget, John Dewey, Giambattista Vico, Richard
Rorty dan Jerome Bruner.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
6/11
6
Dalam Pendidikan Seni Visual pula, Teori Pembelajaran masih diambil kira
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Kneeth M. Lancing (1971) pada dasarnya membincangkan bahawa
pendidikan seni perlu adalah suatu subjek yang memberikan penekanan
sama terhadap tiga domain utama pembelajaran iaitu kognitif, afektif danpsikomotor. Domain Kognitif memainkan peranan dalam bidang seni iaitu
sebarang bentuk pengetahuan yang berkaitan dengan gubahan, prosedur,
sejarah dan apresiasi, estetika serta bentuk-bentuk seni dalam kehidupan.
Domain Afektif pula adalah aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat,
keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan
mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor pula iaitu menumpukan
kepada peningkatan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang
boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti dalam
peningkatan koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.
Walaupun dalam subjek Seni Visual, Teori Pembelajaran dan Kreativiti banyak
digunakan tetapi pengetahuan beberapa teori tentang seni itu sendiri dapat
membantu pemahaman apakah seni itu sendiri. Didalam memahami seni
beberapa teori telah dikemukakan seperti Formalisme. Dimana semua
pemahaman seni yang berkaitan dengan konteks dan maksud mestilah
berkaitan dengan prinsip-prinsip dan elemen-elemen-elemen seni yang
formal seperti komposisi, bahan, bentuk, rupa, garisan, warna dan lain-lain.
Kajian seni yang menekankan ikonografi dan ikonologi iaitu mengenalpastidan mengkaji motif-motif dan imej-imej yang digunakan dalam karya-karya
seni, teori Semiotik atau teori tanda (sign). Lewat 1970an, teori-teori seni yang
digunakan untuk mengkaji produk-produk seni bergerak ke arah pendekatan
silang disiplin seperti semiotik, teori budaya, teori kritikal dan lain-lain.
AKTIVITI:
Pilih salah seorang ahli teori diatas dan bincangkan perancangan di dalam
kelas yang dapat digunakan mengikut teori yang dikemukakan oleh ahli
teori tersebut.
1.3 FALSAFAHPENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAHPENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahlebih
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
7/11
7
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Gambarajah 2:
Perbezaan KBSR dan KSSR
Sumber:http://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaan
Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
mendukung hasrat mulia negara yang tertera dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan diatas. Di dalam pelajaran pendidikan seni, terdapat
beberapa pertukaran yang telah dibuat bagi mendokong hasrat yang ditulis
dalam Falsafah Pendidkan Negara tersebut. Pertukaran dari nama subjek
Seni Lukis dan Pertukangan kepada Pendidikan Seni telah dibuat pada
awal tahun 1980an apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah Rendah (KBSR)
diperkenalkan. Pada tahun 2002, subjek tersebut telah ditukar nama kepada
Pendidikan Seni Visual. Akhir-akhir ini sukatan pembelajaran seni ini diubah
http://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaanhttp://kssr.bpk.my/pengenalan/perbezaan -
5/26/2018 Modul Msl 3073
8/11
8
sekali lagi selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kurikulum baru yang dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa ini
dibuat bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem
persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untukbersaing di peringkat global. Anjakan daripada KBSR kepada KSSR sperti
dalam rajah diatas bermaksud sepatutnya berlaku perubahan dan
peningkatan yang lebih menyeluruh. Pembelajaran mengikut sistem KSSR
direka supaya dapat merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap
murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Maka, subjek Dunia Seni Visualtelah menggantikan nama Pendidikan SeniVisual yang terdahulu. Nama Pendidikan Seni Visual lebih menampakkan
pendekatan subjek tersebut yang lebih khusus kepada seni tampak atauvisual, manakala, subjek Dunia Seni Visual dirangka untuk memberi peluangyang lebih luas kepada murid untuk memupuk minat, memperkembangkan
keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta membuat hubung kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Maka subjek Dunia Seni Visual diharap dapat memainkanperanan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi,
dan daya pemikiran berdasarkan pemupukan sifat kreatif, ekspresif, dan aktif
yang terdapat pada murid. Kegiatan-kegitan yang merangkumi proses
pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
yang diperkenalkan dalam kelas diharap dapat membantu murid
menyatakan idea dan ekspresi diri serta membina keyakinan diri, membuat
penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Maka, subjek Dunia SeniVisual direka agar merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan aspekpenerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan
aspek kritikan.
1.4 Pelaksanaan Pendidikan Seni Visual dan Dimensi Sosial
The single most important factorinfluencing learning iswhat the learner already knows. Ascertain this and teachhim accordingly.David Ausubel
Kita tidak akan memahami cara pengajaran yang sesuai jika tidak
mengetahui perkara-perkara asas tentang aspek teori yang berkaitan
pembelajaran, pendidikan seni visual dan seni itu sendiri.
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
9/11
9
Tetapi, pengetahuan tentang teori tidak berguna jika tidak diimplementasi
dalam konteks kelas dengan perlaksanaan yang sesuai. Pendedahan
kepada pelbagai jenis teori dan memahami latarbelakang sosial pelajar itu
dapat membantu kita memahami pelbagai keupayaan pembelajaran dan
tahap-tahap pembelajaran mereka. Ini akan membantu kita mengubahsuaistrategi pedagogi mengikut kesesuaian dan penerimaan pelajar.
Juga, kita tidak akan memahami kepentingan pendidikan seni jika kita tidak
menyedari pelbagai bentuk seni visual yang berada disekeliling kita.
FIKIR-FIKIRKAN:
Jenis pengajaran yang bagaimana yang kita jalankan? Dalam situasi
yang formal? Kurang formal?
Suasana dan konteks pembelajaran?
Bilangan pelajar? Bahan pengajaran? Adakah murid mempunyai pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada?
Apakah pengalaman anda dalm menghadapi suasana pengajaran
yang susah?
GAMBARAJAH 2:
Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi pelajar.
Masyarakat dan Budaya Keluarga dan taraf hidup
Umur, jantina, bangsadan agama
MURID
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
10/11
10
Latar belakang masyarakat dan budaya, keluarga dan taraf hidup, umur,
jantina, agama dan bangsa akan membawa pengalaman apresiasi seni
yang berbeza untuk setiap murid. Walaupun pengalaman seni yang dibawa
oleh murid ke dalam konteks kelas itu berbeza-beza, guru perlu
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Walaupunterdapat beberapa objektif khusus yang ingin dicapai dalam subjek tersebut
diperingkat sekolah, para guru boleh memanjangkan aktiviti kreativiti dan
apresiasi berdasarkan beberapa faktor seperti latar belakang masyarakat
dan budaya, keluarga dan taraf hidup, umur, jantina, bangsa dan agama.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan
dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Memandangkan terdapat kepelbagaian latarbelakang didalam kelas,
mungkin tumpuan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diperolehi olehsetiap pelajar akan berbeza. Maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan didalam
kelas haruslah kreatif mengambil kira faktor-faktor yang diatas. Ini kerana seni
dan sosial secara langsung atau tidak mempunyai hubungan. Ini kerana,
untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni
dan seni visual secara lebih umum mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi
sesuatu masyarakat. Maka, jika apresiasi seni visual dapat dijalankan
berdasarkan pengalaman ini dapat mendedahkan murid untuk mengenali
dan mengetahui aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam
pelbagai kegiatan kehidupan seharian.
AKTIVITI: Bincangkan bagaimana pengetahuan tentang latar belakang
pelajar seperti umur, jantina dan bangsa dapat membantu guru memilih
aktiviti yang sesuai dalam subjek Dunia Seni Visual?
KATA KUNCI:
seni
seni visual
teori pembelajaran
teori pendidikan seni
teori seni
Falsafah Pendidikan kebangsaan
seni dan masyarakat
-
5/26/2018 Modul Msl 3073
11/11
11
RUJUKAN:
Askew, J. Educational Theories, lihat
http://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htm
Bracey, T. (2003). Art education in New Zealand: Questions of theory and
criticality. In E. M. Grierson & J. E. Mansfield. (Eds.), The Arts in education.
Critical perspectives from Aotearoa New Zealand. (pp. 181-198). Palmerston
North: Dunmore Press.
Carroll, N. (ed.), Theories of Art Today, Wisconsin: University of Wisconsin Press
(2000).
DAlleva, A.Methods & Theories of Art History, UK: Laurence King (2005).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi
dam Misi, lihat http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
Langsing, Kennet M. (1971).Art, Artists and Art Education. New York: Mc
Grraw-Hill Book Company.
Outline of Educational Learning Theories and Theorists, lihat
http://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.html
http://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htmhttp://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htmhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://www.teachersgarden.com/professionalresources/learningtheorists.htmlhttp://crescentok.com/staff/jaskew/isr/education/theories.htm