Modul jawapan sejarah k3 2013 hubungan serantau t5 b9
Transcript of Modul jawapan sejarah k3 2013 hubungan serantau t5 b9
Diselaraskan oleh
PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah
SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala Lumpur
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 2
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
PENASIHAT Tn. Hj. Ismail bin Musa Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Kuala Lumpur
PENGERUSI
Cik Aziah binti Amir
PPD Kanan
Sektor Pengurusan Akademik
PPW Bangsar & Pudu KL
PENYELARAS
Pn. Hjh. Besrah binti Bakar
Ketua Unit Sains Kemanusiaan
PPW Bangsar dan Pudu KL
PANEL PENULIS
EDITOR
Pn. Masariah binti Mispari Pn. Norhayati Binti Mat Zain
PANEL PENULIS
Pn. Masariah binti Mispari Guru Cemerlang Sejarah Sekolah Sultan Alam Shah
Pn. Norhayati binti Mat Zain
Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK
En. Sohaidie bin Mohd Zain Guru Cemerlang Sejarah SMK Taman Maluri
Pn. Roshidah binti Ismail Guru Sumber Sejarah SMK Bdr Tun Razak
Pn. Mardiana binti Md Nor Guru Sumber Sejarah SMK Cochrane Perkasa
Pn. Sarina binti Mohd Burhan Guru Sumber Sejarah SMK Seri Permaisuri
En. Aziz bin Ismail Guru Sumber Sejarah SMK Puterijaya
En. Loganathan a/l S. Tarmalingam
Guru Cemerlang Sejarah SMK Vivekananda
Cik Norashikin bt Mat @ Muhammad
Guru Sumber Sejarah SMK Datok Lokman
Penghargaan
Guru-guru Bahasa Melayu SMK Seri Bintang Selatan SKK
ISI KANDUNGAN MODUL JAWAPAN
No. Perincian/Konstruk Markah Muka surat
1 Pengenalan 5 markah 5 – 8
2 Memahami 30 markah 9 – 12
3 Menganalisis 25 markah 13 – 15
4 Mengaplikasi 10 markah 16 – 20
5 Menilai 10 markah 21 – 26
6 Mencipta dan menjana idea 10 markah 27 – 30
7 Menghayati nilai/ Patriotisme 5 markah 31
8 Rumusan 5 markah 32
Modul ini digubal khas untuk calon SPM tahun 2013.
Modul ini disediakan untuk membantu calon menjawab
soalan Sejarah Kertas 3 dengan baik dan mengikut
format yang dikehendaki.
Modul ini mengandungi 8 soalan ramalan (mengikut
konstruk). Bagi soalan nombor 1, 4, 5 dan 6 disediakan
empat cadangan jawapan.
Calon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti setiap
soalan yang dicadangkan.
Untuk itu, calon perlu memahami kehendak soalan
sebenar yang bakal diperoleh semasa hari peperiksaan.
Calon perlu membuat keputusan yang bijak dalam
memilih cadangan jawapan yang disediakan agar
bersesuaian dengan kehendak soalan sebenar.
Cadangan jawapan yang disediakan adalah mengikut
format penulisan esei.
Calon dinasihatkan untuk mematuhi peruntukan masa
ketika menjawab soalan. Pastikan masa menjawab
mencukupi untuk semua soalan.
Calon digalakkan untuk membaca soalan dan cadangan
jawapan yang terdapat dalam modul ini sebelum hari
peperiksaan (14 November 2013).
Semoga penghasilan modul ini dapat membantu calon
SPM menjawab dengan baik Sejarah Kertas 3 (1249/3)
dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang
dalam mata pelajaran Sejarah SPM 2013.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 3
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP
1. Soalan Umum akan diberikan kepada
pelajar 6 minggu lebih awal daripada
tarikh peperiksaan. Gunakan peluang
ini untuk mencari maklumat
tambahan khususkan soalan
bahagian KBKK.
2. Berbincang dengan guru dan rakan-
rakan.
3. Susun nota-nota yang diperoleh
dalam fail.
4. Gunakan sticky note sebagai
penanda untuk memudahkan anda
mencari jawapan ketika menulis.
5. Lakukan latihan menulis jawapan
seperti format menjawab sebenar.
6. Jadikan markah sebagai panduan
untuk anda kemukakan jawapan
khususkan bagi soalan 1 hingga 3.
7. Jangan lupa bawa buku teks
(Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota
dan contoh jawapan yang telah
dirangka semasa hari peperiksaan.
8. Semasa hari peperiksaan, kenal
pasti kehendak soalan dan
gariskannya supaya lebih jelas.
9. Sila tuliskan jawapan dalam format
esei.
10. Pastikan anda menulis nombor
soalan yang dijawab yang betul
dengan jawapan yang diberi.
11. Mesti tulis pengenalan jawapan.
12. Tulislah dengan tulisan yang cantik
dan kemas.
Bentuk Soalan Tugasan (Esei) Jumlah Soalan Tajuk Umum : akan
diberikan 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan. 1 soalan khusus dengan 8 pecahan soalan.
Wajib Jawab Semua soalan No. soalan dan Markah
Soalan 1 hingga 8. Markah ditunjukkan dalam [ ] bagi setiap soalan.
Jenis/Pecahan Soalan
1-3 (Rujukan Buku Teks) 4-8 (Soalan KBKK)
Cakupan Sukatan
Tingkatan 4 dan 5
Markah 60% Buku Teks
40% Soalan KBKK =100 markah
Wajaran Markah
20 %
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 4
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
TEMA UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 5
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (1) PENGENALAN
PENGENALAN : PILIHAN 1 Nyatakan secara ringkas apakah yang anda faham dengan maksud
pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia.
[5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(1) Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang
keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara
satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan
ekonomi, politik dan sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan,
terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh
Malaysia, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada
tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan Persatuan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 6
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
PENGENALAN : PILIHAN 2 Nyatakan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.
[5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(1) Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara
Malaysia. Antara faktor tersebut adalah faktor sejarah. Contohnya,
sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan
dengan negara China, Arab dan Siam. Selain itu, dari segi ekonomi,
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan
menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia.
Seterusnya, dari segi politik, Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen. Malaysia berhak menentukan
masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Di samping itu, dari segi geografi, kedudukan Malaysia yang
strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di
rantau Asia Tenggara. Faktor demografi juga menjadi asas kepada
penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya
beragama Islam.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 7
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
PENGENALAN : PILIHAN 3 Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-
negara lain. Nyatakan bentuk hubungan luar tersebut.
[5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(1) Antara bentuk hubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dengan
negara-negara lain adalah hubungan bilateral, iaitu merujuk kepada
hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya,
Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran
termasuklah Singapura dan Indonesia.
Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan berbentuk
multilateral iaitu merujuk kapada hubungan dalam bentuk kumpulan
dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN).
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 8
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
PENGENALAN : PILIHAN 4 Malaysia mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara.
Nyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam hubungan
tersebut.
[5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(1) Matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam menjalinkan
hubungan dengan negara-negara lain adalah untuk menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, hubungan tersebut juga
bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan
kedaulatan negara.
Seterusnya, untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan
ekonomi Malaysia. Akhir sekali, matlamat dasar luar Malaysia adalah
untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 9
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (2) MEMAHAMI
SOALAN 2
Jelaskan matlamat dan organisasi yang disertai oleh
Malaysia sehingga kini di peringkat serantau. [30 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(2) Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga
pertubuhan serantau yang telah disertainya iaitu ASA pada tahun 1961,
MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.
Antara matlamat Malaysia menyertai Persatuan Negara-
Negara Asia Tenggara (ASA) adalah ancaman komunis. Setelah
mencapai kemerdekaan, negara kita dan negara-negara
serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia,
pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan
fahaman komunis dalam kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh
kerajaan. Ahli PKM telah melancarkan gerakan gerila bagi
menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku di Thailand
yang bersempadan dengan Malaysia. Tindakan PKM menggunakan
sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerila mereka
menyukarkan usaha untuk melemahkan mereka. Malaysia ingin
mengadakan kerjasama dengan negara jiran. Oleh itu, Tunku Abdul
Rahman mencadangkan penubuhan ASA.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok
antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Hasilnya ASA telah
ditubuhkan. Antara matlamat lain penubuhan ASA ialah menjalinkan
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 10
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
kerjasama antara negara anggota dalam bidang sains, ekonomi dan
sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Mengekalkan serta
menjamin keselamatan dan kestabilan politik serantau.
ASA dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden
Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand
dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika
Syarikat. Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian pertahanan
dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia
denganFilipina tentang penubuhan Persekutuan Malaysia telah
membawa kepada pembubaran ASA dibubarkan pada tahun 1963.
Manakala MAPHILINDO pula disertai Malaysia bagi
menyelesaikan isu penubuhan persekutuan Malaysia. MAPHILINDO
merupakan cantuman tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina
dan Indonesia. Matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan
hubungan persahabatan dan menyelesaikan pertingkahan antara
Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua
negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan berhubung dengan
pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Tentangan
Filipina pula adalah kerana menuntut hak ke atas Sabah yang
didakwanya mendakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 11
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Bagi menyelesaikan masalah ini, Malaysia mengamil langkah
mengadakan rundingan dengan kedua-dua negara tersebut.
Rundingan itu akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO.
Ketiga-tiga negara itu mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB
untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang
cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963, PBB
telah hantar wakilnya yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More
untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya
majoriti rakyat menyokong pembentukan Malaysia. Namun begitu,
Indonesia dan Filipina tidak puas hati dengan hasil tinjauan PBB dan
terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang
berpanjangan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.
Pertubuhan seterusnya yang disertai Malaysia ialah Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara ( ASEAN ). ASEAN ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 di Bangkok. Antara matlamat pembentukan ASEAN
termasuklah mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara,
membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama
dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, membantu
dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan
erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN awal penubuhannya terdiri daripada 5
buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura. Jumlah anggotanya menjadi 10 apabila semua negara AT
menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myammar,
Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah
dilantik menjadi pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan
dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 12
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Logo ASEAN menggunakan sepuluh tangkai padi sebagai
simbol bagi mempamerkan impian pengasasan ASEAN, iaitu sepuluh
buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat perpaduan
dan perpaduan. Simbol bulatan pula membayangkan semangat
bersatu padu. Moto ASEAN ialah “Keamanan, Kestabilan, Kegigihan,
Kedinamikan, Kesucian, Kemakmuran”.
Bagi memastikan perjalanannya yang lancar struktur
pentadbiran ASEAN dibentuk. Persidangan Menteri-Menteri Luar
ASEAN diadakan setahun sekali. Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi
ASEAn diadakan setahun dua kali. Sidang Kemuncak ASEAN pula
diadakan mengikut keperluan. Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat
di Jakarta, Indonesia.
Terdapat dua Jawatankuasa Tetap iaitu Jawatankuasa Tetap
Sosial yang meliputi Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan,
Jawatankuasa Sains dan Teknologi serta Jawatankuasa Pembanguan
dan Sosial. Manakala Jawatankuasa Tetap Ekonomi pula merangkumi
Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank, Jawatankuasaa
Perindustrian, Galian dan Tenaga, Jawatankuasa Makanan, Pertanian
dan Perhutanan serta Jawatankuasa Perhubungan dan Pengangkutan.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 13
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (3) MENGANALISIS
SOALAN 3 Terangkan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.
[25 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(3) Antara sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
khususnya dalam pertubuhan ASEAN adalah dengan menjalinkan
kerjasama serantau yang erat dan banyak menjayakan rancangan
yang dilaksanakan bersama. Selain itu, Malaysia juga menjadi tuan
rumah bagi menjayakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di
Kuala Lumpur pada 1971. Satu deklarasi bersama telah ditandatangani
oleh semua negara anggota termasuk Malaysia yang dikenali sebagai
Deklarasi Kuala Lumpur. Kata sepakat telah dicapai dalam
mengisytiharkan negara ASEAN menjadi kawasan zon aman, bebas
dan berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara, tidak
bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan
campur tangan kuasa-kuasa besar.
Sumbangan Malaysia seterusnya adalah kesanggupan menjadi
tuan rumah bagi mengadakan mesyuarat bagi memulihkan hubungan
Vietnam dan Kampuchea. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur
pada tahun 1982. Isu ini timbul apabila berlaku pencerobohan Vietnam
ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer
Rouge. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan
mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 14
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan bersetuju
membincangkannya dalam mesyuarat tersebut.
Sumbangan lain adalah Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain bersetuju memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengistiharan ini menunjukkan komitmen negara Malaysia dan anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Malaysia juga telah memberi sumbangan dalam meningkatkan
kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Negara-Negara
ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian
contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh
(Indonesia). Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) diumumkan
dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. AFTA
bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Ini akan
mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduk ASEAN
begitu ramai. Peningkatan barangan keluaran negara-negara ASEAN
akan mengembangkan industri terbabit dan seterusnya akan
meningkatkan ekonomi negara-negara ASEAN.
Seterusnya Malaysia juga turut memberi sumbangan dan dalam
mengemukakan idea untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi
rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
Idea itu ialah penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun
idea itu ditentang oleh negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi
usaha ini diteruskan melalui kerjasama tidak rasmi melalui konsep
ASEAN+3.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 15
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat
dilihat dalam aspek pendidikan. Penubuhan Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke
arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Selain itu,
pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di
Pulau Pinang.
Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam bidang
kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian dengan menyokong usaha penubuhan Tabung Kebudayaan.
Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam pertukaran rancangan
televisyen dan radio dijalankan. Malaysia juga memberi sumbangan
dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA pada tahun
2002. Akhir sekali, Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam
menjadikan kerjasama dalam bidang perlancongan dengan menyokong
usaha Tahun Melaawat ASEAN pada tahun 1992.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 16
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (4) MENGAPLIKASI
SOALAN 4 : PILIHAN 1 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(4) Antara manfaat yang diperoleh memajukan Malaysia dalam
pertubuhan serantau adalah dapat mengekalkan keamanaan dan
kestabilan politik negara. Malaysia juga dapat bersama-sama dengan
negara-negara serantau dapat mengekalkan keamanan di rantau Asia
Tenggara.
Selain itu, Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran
teknologi dalam bidang ICT dengan negara-negara di rantau Asia
Tenggara. Malaysia juga dapat membantu antara satu sama lain dalam
bidang pendidikan. Contohnya penubuhan RECSAM di Pulau Pinang.
Seterusnya, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan
perdagangan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat. Penyertaan
Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat membentuk
kerjasama dalam aspek pertahanan dan keselamatan.
Di samping itu, keamanan yang diperoleh Malaysia melalui
penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik
pelaburan asing ke negara ini. Semangat kerjasama dalam bidang
kebudayaan sesama negara anggota dapat merapatkan hubungan
antara negara di rantau Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 17
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
mengeratkan hubungan sesama negara anggota. Akhir sekali,
penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat menyelesaikan
masalah sesama negara anggota melalui rundingan dan diplomasi.
SOALAN 4 : PILIHAN 2 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ekonomi Malaysia?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam projek-projek pertanian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.
Selain itu, kerjasama ekonomi ini akan mewujudkan pasaran
yang luas kepada Malaysia. Hal ini secara tidak langsung akan
menggalakkan peningkatan pengeluaran barangan negara-negara
ASEAN yang akan mengembangkan lagi sektor perindustrian negara.
Seterusnya kerjasama diperluaskan dengan melibatkan negara China,
Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN +3. Perundingan Ekonomi
Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat, tetapi
kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep
ASEAN+3. ASEAN+3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin
diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur.
Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara di rantau Asia
Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 18
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
melabur modal di negara kita. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan
melalui pertukaran teknologi antara negara-negara di rantau Asia
Tenggara.Akhir sekali, ekonomi Malaysia juga berjaya ditingkatkan
melalui pertukaran tenaga kerja antara negara-negara di rantau Asia
Tenggara.
SOALAN 4 : PILIHAN 3 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial dengan terbentuknya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan. Malaysia juga mendapat manfaat dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
Dalam bidang kebudayaan, Malaysia juga mengadakan
kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara melalui
aktiviti kebudayaan seperti Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran
rancangan televisyen dan radio dijalankan. Selain itu, Sukan SEA pula
diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN
melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan pula,
kerjasama juga dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat
ASEAN.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 19
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam
mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan
negara jiran. Masalah hak tuntutan pertindihan kawasan juga dapat
diselesaikan melalui rundingan yang diadakan. Hubungan erat antara
negara-negara di rantau Asia Tenggara juga dapat mengurangkan
masalah sosial yang perlu dihadapi bersama seperti masalah
penyalahgunaan dadah.
Akhir sekali hasil kerjasama yang erat antara negara-negara di
rantau Asia Tenggara telah dapat mewujudkan keamanan di rantau
Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan negara-negara di rantau Asia
Tenggara menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
SOALAN 4 : PILIHAN 4 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan dapat meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(4) Antara manfaat yang diperoleh untuk meningkatkan
kecemerlangan rakyat Malaysia ialah dapat melanjutkan pelajaran ke
luar negara dengan adanya kerjasama antara negara di rantau Asia
Tenggara.
Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat mempelajari kemajuan
teknologi daripada negara di rantau Asia Tenggara. Rakyat Malaysia
juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT
dengan rakyat dari negara di rantau Asia Tenggara.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 20
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Di samping itu, rakyat Malaysia juga berpeluang bekerja di
negara-negara di rantau Asia Tenggara. Seterusnya, para peniaga di
Malaysia juga dapat memasarkan barangan mereka ke antara negara-
negara Asia Tenggara.
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat
menjalinkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara negara
di rantau Asia Tenggara. Keamanan yang diperoleh Malaysia melalui
penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik
pelaburan rakyat negara asing ke negara ini.
Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama
negara anggota dapat merapatkan hubungan antara negara di rantau
Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat mencungkil bakat sukan
rakyat negara di rantau Asia Tenggara.
Akhir sekali, Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau
dapat meningkatkan daya saing dan jati diri dalam kalangan rakyat
antara negara di rantau Asia Tenggara.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 21
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (5) MENILAI
SOALAN 5 : PILIHAN 1 Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah membawa banyak kejayaan kepada negara kita.Buktikan.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(5) Antara kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam pertubuhan
serantau ialah penubuhan Zon aman, bebas, dan berkecuali atau
ZOPFAN. Tujuan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan
serantau, mengekalkan kestabilan politik serantau, dan menjadikan
rantau ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.
Selain itu, dapat mengadakan kerjasama dari segi ekonomi.
Contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak. Seterusnya, berjaya
mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas atau AFTA. AFTA
bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan
kerjasama ekonomi ASEAN.
Manakala, konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr.
Mahathir Mohammad pula telah berjaya mewujudkan kerjasama antara
negara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea.
Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya
tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang
yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini
membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM)
ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 22
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di
peringkat sekolah dan universiti.
Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN
dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan
televisyen dan radio antara negara ASEAN.
Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia
SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara
negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia
Tenggara.
SOALAN 5 : PILIHAN 2 Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN sehingga kini?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(5) Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pertubuhan ASEAN
antaranya ialah kejayaan mengekalkan keamanan, keselamatan dan
kestabilan politik serantau. Kejayaan ini hasil daripada pengisytiharan
ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali atau dikenali
sebagai Zone of Peace, Free dan Neutrality (ZOPFAN).
Selain itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN juga berjaya mencapai
kata sepakat dalam memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon
Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau Asia Tenggara terjamin
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 23
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
keselamatannya dengan tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan aatau senjata nuklear.
Seterusnya, kejayaan meningkatkan kerjasama dari segi
ekonomi. Negara-negara ASEAN berjaya membentuk kerjasama dalam
projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu
Sarawak dan di Aceh Indonesia. Kejayaan ASEAN menwujudkan zon
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA. AFTA bertujuan
menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama
ekonomi ASEAN. Konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr.
Mahathir Mohammad berjaya mewujudkan kerjasama antara ASEAN
negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea.
Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya
tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang
yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini
membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM)
ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan
kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di
peringkat sekolah dan universiti.
Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN
dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan
televisyen dan radio antara negara ASEAN. Akhir sekali, kejayaan lain
ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat
ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik
dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya
melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 24
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN 5 : PILIHAN 3 Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN dalam meningkatkan ekonomi negara anggota?
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(5) Hubungan kerjasama ASEAN dapat meningkatkan ekonomi negara-negara anggota misalnya menerusi projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.
Secara tidak langsung kerjasama ekonomi ini akan
mewujudkan pasaran yang luas kepada semua negara anggota. Maka
ini akan meningkatkan produktiviti atau pengeluaran barangan negara-
negara ASEAN. Perkara ini akan memberikan impak yang besar dalam
mengembangkan sektor perindustrian di negara anggota.
Kerjasama ekonomi yang diperluaskan dengan melibatkan
negara China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN+3 secara
tidak langsung berjaya meningkatkan pelaburan dan memacu ekonomi
negara anggota. Walaupun Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
telah ditentang oleh Amerika Syarikat, namun kerjasama secara tidak
rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN+3.
Kerjasama erat yang terjalin antara negara di rantau Asia
Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk
melabur modal. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui
pertukaran teknologi antara negara di rantau Asia Tenggara.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 25
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
Selain itu kerjasama ASEAN dalam bidang perkongsian
teknologi pertanian seperti bioteknologi berjaya meningkatkan ekonomi
negara anggota. Di samping itu peningkatan ekonomi juga dapat
dilihat dari segi kerjasama dalam industri perfileman.
Akhir sekali, ekonomi negara ASEAN juga berjaya ditingkatkan
melalui pertukaran tenaga kerja antara negara di rantau Asia
Tenggara.
SOALAN 5 : PILIHAN 4 Buktikan kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serantau.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(5) Antara kejayaan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serantau ialah bersepakat mengisytiharkan negara-negara Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali( ZOPFAN). ZOPFAN telah berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Pendirian ASEAN tidak bersekongkol dengan mana-mana blok
Barat atau blok Timur dapat mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa
besar.
Keamanan rantau Asia Tenggara teruji dengan pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Tetapi ASEAN berjaya
mengatasi masalah tersebut untuk membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea dengan mengadakan rundingan di Kuala
Lumpur pada 1982.
ASEAN telah memutuskan bahawa rantau Asia Tenggara ialah
Zon Bebas Senjata Nuklear. Untuk itu, ASEAN tidak membenarkan
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 26
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan senjata nuklear bagi menjamin
keselamatan dan keamanan di rantau Asia Tenggara.
Di samping itu keamanan di rantau ini membolehkan para
pelabur asing berminat untuk menanam modal di negara-negara Asia
Tenggara. Seterusnya, keamanan di rantau ini juga menggamit para
pelancong asing untuk datang melancong di rantau ini. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan pendapatan negara anggota.
Akhir sekali, kerjasama ASEAN juga dapat menjamin
keamanan serantau misalnya melalui perkongsian pakar dalam aspek
ketenteraan dan kerjasama dalam membanteras kes-kes jenayah.
Konklusinya, kerjasama yang terjalin itu dapat meningkatkan ekonomi
negara seterusnya taraf hidup rakyat terbela.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 27
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (6) MENCIPTA / MENJANA IDEA
SOALAN 6 : PILIHAN 1 Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam mengekalkan keamanan/ hubungan serantau sejagat.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam mengekalkan keamanan sejagat ialah bagi mengatasi ancaman seperti masalah pendatang tanpa izin, jenayah antarabangsa, pencerobahan negara oleh pengganas, perang saudara, dan gejala dadah yang berleluasa. Pertubuhan serantau juga menghadapi cabaran dalam
mengekalkan hubungan baik negara anggota seperti pertikaian dalam
menuntut kawasan bertindih. Isu alam sekitar seperti jerebu juga jika
tidak ditangani dengan baik boleh meretakkan hubungan baik negara
anggota.
Faktor ekonomi juga boleh memberi kesan kepada keamanan
rantau Asia Tenggara. Keamanan akan terjejas sekiranya negara
serantau mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan nilai mata
wang, dan isu pengangguran yang tinggi.
Akhir sekali, keamanan juga tidak dapat dikekalkan sekiranya
negara serantau masih bergantung kepada negara-negara maju dan
melibatkan campur tangan kuasa asing.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 28
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN 6 : PILIHAN 2 Berikan cadangan anda bagaimanakah ASEAN boleh menjadi sebuah pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(6) Antara cadangan bagi menjadikan ASEAN sebagai sebuah
pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang ialah memilih
pemimpin yang bijak membuat keputusan, pemimpin yang berilmu
pengetahuan, pemimpin yang berpandangan jauh dan pemimpin yang
mengutamakan rundingan dan perdamaian.
Selain itu, ASEAN perlu terus mengekalkan perjuangannya
yang berkesan dalam memelihara keamanan serantau seperti konsep
ZOPFAN dan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Di samping
itu, kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan negara anggota
juga perlu diperhebatkan lagi bagi membanteras jenayah serantau.
Seterusnya, ASEAN perlu terus mempertingkatkan lagi
kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pengkongsian teknologi dan
kepakaran dalam sektor industri, dan pertanian serta
mempertingkatkan kecekapan pemasaran produk-produk negara
anggota.
Akhir sekali, hubungan yang erat antara negara anggota melalui
pengamalan nilai-nilai yang baik seperti kerjasama, tolong-menolong,
permuafakatan, tolak ansur, dan bersatu padu dalam kalangan negara
anggota merupakan pemangkin kepada kejayaan ASEAN sebagai
sebuah pertubuhan yang berkesan.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 29
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN 6 : PILIHAN 3 Nyatakan cabaran yang dihadapi dalam pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama ekonomi.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam meningkatkan kerjasama ekonomi ialah cabaran berkaitan dengan hubungan diplomatik dua hala. Terdapat percanggahan pendapat dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan isu tenaga kerja asing. Cabaran seterusnya ialah mewujudkan keseimbangan mata
wang negara anggota yang kebanyakannya bergantung kepada mata
wang dolar Amerika Syarikat. Cabaran untuk meningkatkan rangkaian
perdagangan antara negara anggota. Cabaran isu pergantungan
eksport komoditi utama seperti getah ke negara-negara seperti
Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.
Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah berkaitan isu
mendapatkan bantuan modal untuk membina rangkaian pelaburan
yang besar dalam anggota pertubuhan serantau. Isu kemelesetan
ekonomi dunia juga memberi cabaran dan banyak mempengaruhi
situasi ekonomi negara serantau.
Pertubuhan negara serantau juga berhadapan dengan cabaran
berkaitan dengan kerjasama dalam mendapatkan kepakaran dan juga
pertukaran teknologi dalam bidang ekonomi .
Akhir sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh negara
pertubuhan serantau ialah isu berkaitan dengan penjenamaan produk
yang belum sukar menembusi pasaran antarabangsa.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 30
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN 6 : PILIHAN 4 Nyatakan cabaran yang dihadapi dalam pertubuhan serantau bagi menangani masalah sosial serantau.
[10 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(6) Antara cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan serantau dalam
menangani masalah sosial ialah isu penyalahgunaan najis dadah,
jenayah antarabangsa, pendatang asing yang akan membawa
peningkatan jenayah dan juga masalah sosial.
Selain itu, pertubuhan serantau juga perlu berhadapan dengan
isu rasuah yang menjejaskan kelemahan pencapaian sektor
pengurusan kerajaan dan kelemahan penguatkuasaan undang-
undang.
Pertubuhan serantau juga berhadapan dengan cabaran
menangani isu cetak rompak dalam industri hiburan dan juga
perfileman. Selain itu, negara anggota pertubuhan serantau
berhadapan dengan cabaran menjadi hub industri makanan halal
kerana dasar negara yang berlainan antara satu sama lain.
Akhir sekali, negara anggota pertubuhan serantau menghadapi
cabaran dalam isu serumpun seperti budaya. Keadaan ini
menimbulkan konflik hingga boleh menyebabkan hubungan negara
anggota menjadi tegang dan berlarutan jika tidak ditangani dengan
bijak.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 31
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (7) MENGHAYATI NILAI / UNSUR PATRIOTISME
SOALAN 7 Iktibar yang boleh diambil/ dijadikan teladan daripada hubungan yang dijalankan Malaysia dengan pertubuhan serantau.
[5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(7) Iktibar yang boleh diambil daripada hubungan Malaysia dalam
pertubuhan serantau adalah dengan mengamalkan semangat ASEAN
seperti mengutamakan persahabatan, perpaduan, keamanan,
kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran.
Selain itu, kita hendaklah mengukuhkan kerjasama dan
menunjukkan sikap kesungguhan menuntut ilmu dan melengkapkan
diri dengan pelbagai kemahiran untuk memajukan negara. Jati diri
rakyat Malaysia perlu diperkasakan. Kita juga hendaklah mempunyai
semangat daya saing yang tinggi agar dapat setanding di peringkat
global. Oleh itu, kita perlu mempunyai pemimpin yang bijak dan
berwawasan untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan kestabilan
politik.
© 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 32
MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013
SOALAN (8) RUMUSAN
RUMUSAN
Rumuskan topik yang dipelajari berdasarkan:
Pengetahuan yang diperoleh.
Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. [5 markah]
CADANGAN JAWAPAN
(8) Rumusannya, pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia telah
memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau
melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui penyertaan
Malaysia yang aktif dalam pertubuhan serantau seperti ASA dan
MAPHILINDA serta ASEAN khasnya. Sebagai warganegara Malaysia
yang cinta akan negara, kita harus mengamalkan semangat ASEAN
untuk memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan keamanan rantau
ini terus terjamin. Bangsa Malaysia harus mempunyai semangat
berdaya saing tinggi bagi menghadapi cabaran serantau dan berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai
bidang. Negara kita harus mempunyai barisan kepimpinan yang
mampu mengutamakan rundingan damai dalam menyelesaikan
masalah dan berwawasan.
Konklusinya, Malaysia harus berperanan lebih aktif,
mengemukakan idea-dea yang bernas, dan terus menjalinkan
hubungan baik dengan negara serantau supaya kerjasama yang erat
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dapat terus kongsi bersama.
Malaysia juga perlu terus mendokong memperkasakan prinsip
ZOPFAN kerana ini memberi impak positif kepada keamanan sejagat,
sekali gus mampu melonjakkan kecemerlangan negara Malaysia.