Modul fiqh luar negara
-
Upload
ilham-muntari -
Category
Education
-
view
2.825 -
download
3
Transcript of Modul fiqh luar negara
MODUL FIQH LUAR NEGARA1. FIQH SOLAT
2. FIQH MAKANAN
FIQH SOLAT
JAMAK SOLAT
Terdapat banyak keadaan lain yang dibenarkan
melakukan jamak selain daripada keadaan
bermusafir
1. JAMAK SEBAB HUJAN
Dalil : Nabi Muhammad melakukan jamak solatantara zohor & asar dan antara magrib & isyak di Madinah bukan sebab ketakutan dan hujan. IbnAbbas ditanya, “ Mengapa Muhammad melakukandemikian ?. Dia berkata “ Beliau mahu memberikelapangan kpd umatnya” (Hadis rwayat Tirmidzi & Muslim)
Syarat : Jemaah yg solat di masjid sahaj
jamak taqdim sahaja dibenarkan
hujan tak berhenti sehingga selesaisolat
hujan lebat
2. JAMAK SEBAB SAKIT
Dalil : Imam Ahmad mengharuskan jamak sebab
sakit itu kerana dikhuatiri akn menyusahkan kalau
dia meninggalkan jamak
Disokong juga oleh Imam Nawawi, Muzani,Qadi
Husin n bebrapa imam mazhab syafie yg lain
3. JAMAK SEBAB HAJAT
Dalil : seperti di sebelumnya
Contoh :
doktor yg trpksa melakukn pmbedahan selama berjam-jam
org yg trperangkap dlm kesesakan jln raya selama berjam-
jam
student yg ada class hingga melangkaui waktu solat
Syarat :
ia tidak dijadikan adat / kebiasaan sehingga dilakukan dlm
bnyk keadaan tanpa ada
sebab yang benar-benar mendesak.
hajat itu perlu benar-benar mendesak dan xdpt dielakkan.
Tidak djadikan alat bg mempermain-mainkn agama / muslihat
bg mereka yg malas solat.
PERSOALAN…..
Soalan;
exam saya bermula pukul 3ptg. tetapi saya telah
sampai pd pukul 3.30ptg. Saya terpaksa memasuki
dewan peperiksan dgn segera tetapi saya belum
melakukan solat zohor lagi. Bolehkah saya
melakukan jamak ta‟khir dalam kes sebegini ?
Tidak sepatutnya seorang muslim melewat-lewatkan
solat sehingga akhirnya terpaksa melakukannya di luar
waktu!
Namun begitu, dalam situasi-situasi yang tidak dapat
dielakkan, seperti kesesakan jalan raya,kenderaan rosak
, dsb, bolehlah kita berpegang pada pendapat ulama‟
berikut;
1. Imam „Atho‟, Imam Malik dan Imam Ahmad, Qadhi Husain (bermazhab Syafi‟ie), al-Mutawalli (bermazhab Syafi‟ie), ar-Ruyani(bermazhab Syafi‟ie) dan al-Khattabi, mereka berpandangan; “Diharuskan menjamak solat kerana uzur sakit atau keranakeuzuran-keuzuran lain yang seumpamanya”.
2. Imam Ibnu Sirin, Asyhab (bermazhab Malik), Ibnu al-Munzir, al-Qaffal (bermazhab Syafi‟ie), asy-Syasyi al-Kabir (bermazhabSyafi‟ie) dan Ibnu Syabramah, mereka berpendapat; “Harusmenjamakkan solat ketika dalam negeri (yakni tanpa bermusafir) jika ada suatu desakan atau keperluan asalkan tidak dijadikankebiasaan”.
3. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu „Abbas yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menunaikan solat Zohor dan Asar denganmenjamakkan (kedua-duanya) di Madinah, tanpa sebab ketakutandan juga tanpa sebab musafir” Dalam riwayat lain; “…tanpa sebabketakutan dan tanpa sebab hujan”. Ibnu „Abbas ditanya; “Kenapakah baginda melakukan demikian?”. Beliau menjawab; “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya” (HR Imam Muslim).
QASAR SOLAT
Dalil :
An-Nisa‟ : 101
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah
berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu
takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-
orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.”
Drpd Aisyah, “Solat pd awalnya difardukan sbanyak 2 rakaat.
Kemudian dikekalkan 2 rakaat dan dilengkapkan (4rakaat)
bagi solat orang-orang yang hadir (tak bermusafir)...(Hadis
rwayat Bukhari n Muslim).
Cara : zohor ngn asar, magrib ngn isyak
Hukum qasar : rukhsah. harus dilakukan dan harus
ditinggalkan. namun melakukannya adalah lebih
menepati amalan rasulullah.
JARAK UNTUK HARUS QASAR?
Menurut mazhab Malik, Syafi‟ie dan Ahmad;
jaraknya hendaklah tidak kurang dari dua
marhalah, iaitu kira-kira 85-90KM mengikut ukuran
hari ini.
Jarak yang dimaksudkan ialah sehala, bukan dua
hala
Segolongan ulamak tidak menetapkan jarak
tertentu bagi musafir yang mengharuskan solat
jamak dan qasar.
Asalkan seseorang itu menempuh satu jarak yang
dapat dinamakan musafir (perjalanan) pada bahasa
manusia di mana ia keluar dari daerah atau
negerinya menuju ke suatu tempat dengan
menempuh satu perjalanan, maka haruslah ia
mengqasar dan menjamakkan solatnya.
Di antara ulamak yang memberi pandangan
sebegini ialah Imam Ibnu Hazm, Ibnu
Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan asy-Syaukani.
Berkata Imam as-Syaukani; “Sesiapa keluar dari
negeri/daerahnya menuju ke satu tempat di mana
ia dianggap dalam perjalanannya ke tempat
tersebut sebagai musafir (yakni orang yang
menempuh satu perjalanan), maka harus baginya
menqasarkan solat sekalipun jaraknya kurang satu
Barid” (ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 167)
TEMPOH HARUS QASAR & JAMAK SOLAT?
Mukim: bermaksud menetap di sesuatu tempat.
Orang yang dianggap bermukim tidak lagi
diharuskan melakukan solat secara qasar dan
jamak kerana keduanya itu hanya diharuskan untuk
orang yang musafir sahaja.
Menurut mazhab Syafiie, apabila seseorang itu
berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi
empat (4) hari, maka ia menjadi mukim dan tidak
harus ia melakukan jamak dan qasar kecuali pada
hari ia masuk ke tempat itu dan hari ia keluar.
SEBAGAI CONTOH;
saudara bermastautin di Moscow, kemudian bermusafir
ke Volgograd. Sepanjang perjalanan, harus saudara
melakukan solat secara jamak dan qasar. Apabila tiba di
Volgograd, sekiranya saudara berniat untuk menetap di
sana melebihi 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari
keluar), saudara tidak harus lagi melakukan jamak dan
qasar.
Maksudnya, sepanjang tempoh saudara di Volgograd,
saudara hendaklah mengerjakan solat fardhu secara
sempurna dan mengikut waktunya. Hinggalah apabila
saudara keluar dari Volgograd untuk pulang atau
meneruskan perjalanan ke tempat lain, barulah boleh
melakukan qasar dan jamak semula.
NAMUN BEGITU…
Sekiranya saudara berniat untuk menetap di Volgograd
dalam tempoh kurang 4 hari, contohnya 2 hari atau 3 hari
(tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar), harus
saudara melakukan jamak dan qasar sepanjang 2 atau 3
hari tersebut.
*TAMBAHAN-TAMBAHAN SITUASI Sekiranya saudara tidak mengetahui berapa lama akan tinggal
di Volgograd, tetapi berniat akan segera pulang sebagaisebaik urusan selesai (yakni saudara menunggu-menungguurusan selesai untuk segera pulang), menurut mazhabSyafiie; saudara harus melakukan jamak dan qasarhingga 18 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari akankeluar).
Ini jika saudara tidak mengetahui urusan itu akan mengambilmasa lebih 4 hari. Sekiranya saudara sememangnyamengetahui urusan itu akan mengambil masa lebih 4 hari, maka ia kembali kepada yang pertama tadi iaitu tidakharus saudara melakukan qasar dan jamak kecuali hari tibadan hari keluar sahaja.
Sekiranya saudara tiba di Volgograd dan saudara
tinggal tanpa berniat berapa hari dan tidak pula
menunggu-nunggu urusan selesai, saudara boleh
melakukan jamak dan qasar, namun bila genap 4
hari saudara di situ, tidak harus lagi melakukan
jamak dan qasar. Maksudnya, status saudara
sebagai musafir tamat apabila genap 4 hari
saudara tinggal di Kuala Lumpur itu.
Jika pada peringkat awal saudara berniat untuk
tinggal kurang dari 4 hari, kemudian mengubah niat
untuk tinggal lebih 4 hari, dengan berubah sahaja
niat itu tidak harus lagi saudara melakukan jamak
dan qasar. Begitu juga, jika setelah beberapa hari
tinggal di Volgograd, saudara teragak-agak antara
terus tinggal atau pulang, tidak harus lagi
melakukan jamak dan qasar
SOLAT JUMAAT
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah
kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan
tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (Jumuah:9)
Apa yg tersirat di sebalik ayat ini adlah apabila
kamu mendengar azan memanggil solat jumaat
dan bilangan kamu cukup bg
berjemaah, tunaikanlah solat jumaat.
Bilangan bg berjemaah adalah 2 org yg
mukalaf, maknanya apabila cukup 2 org maka
boleh tunaikan solat jumaat.
Pendapat ini dipopularkn oleh Ibn Hazm Zahiri.
Pendapat ini turut disokong oleh kebanyakan ulama
moden zaman ini.
MENYAPU KHUF ATAU STOKIN & KASUT Hukum: Harus
Syarat:
Mazhab Syafie – stoking itu perlu tebal dan boleh dibawa berjalanjauh. ia perlu menutupi buku lali.
Mazhab Hanbali dan Hanafi – harus menyapu seperti keharusanmenyapu atas khuf
Dalil: hadis drpd Mughirah bin Syubah,”Nabi Muhammad
berwuduk lalu beliau menyapu khuf dan juga stokingnya.
(riwayat ibn majah, tirmidzi, abu daud,ahmad)
Menurut Dr wahbah Zuhayli – harus kerana lebih memudahkn
umat islam yg bermusafir.
SYARAT MENYAPU KHUF
selepas ambil wuduk yg sempurna
perlu tutup smpai buku lali
perlu halang air drpd menembusi
diperbuat drpd kulit yg suci dan melalui proses
penyucian
TEMPOH MENYAPU
bg yg bermusafir : 3h3m
bg yg bermukim : 1h1m
PERKARA YG MEMBATALKAN KHUF
sekiranya si pemakai membuka khuf
habis tempoh sapuan
hadas besar
PERSOALAN TENTANG KHUF….
Soalan:
Saya ingin kepastian bagi masalah berikut; setakat mana
stokin boleh diterima sebagai khuf atau jaurab?
Syaratnya, ianya 1.tebal, tidak nipis 2. Hendaklah berlapik
dengan kulit dibawahnya (yakni di bahagian
tapaknya).sudah pasti, stokin yang ada skrg... tidak berlapik
dengan kulit di bawah....adakah stokin yang ada hari ini
termasuk sebagai khuf atau jaurab?.
Segolongan ulamak mengharuskan menyapu jaurab
(sarung kaki) sekalipun nipis.
Menurut Imam Nawawi; pandangan ini diceritakan dari
Saidina „Umar r.a., Ali r.a., Abu Yusuf, Muhammad, Ishaq
dan Daud az-Dzahiri. Mereka berdalilkan hadis dari Nabi
s.a.w. yang menjadi dalil keharusan menyapu jaurab
(sarung kaki) di mana baginda tidak membezakan antara
jaurab yang nipis atau yang tebal.
dari Mughirah bin Syu‟bah r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan baginda
menyapu atas dua jaurab (sarung kaki) dan dua
kasutnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut
beliau, hadis ini hasan soheh).
Antara ulamak semasa hari yang cenderung kepada
pandangan di atas ialah Syeikh Muhammad Jamaluddin
al-Qasimi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa lagi.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam Fatawa
Mu‟asarahnya; “Harus menyapu atas dua stokin jika
seseorang memakainya dalam keadaan suci. Apabila
wudhuknya terbatal selepas itu dan ia ingin mengambil
wudhuk semula, harus ketika itu untuk ia menyapu atas
dua stokinnya (yakni sebagai ganti membasuh kaki).
Tempoh pemakaian stokin sama seperti khuf
Syarat2 pemakaian stokin:
yang tebal, tidak nipis,
tahan dibawa berjalan
menutupi kawasan kaki yang wajib dibasuh dalam
wudhuk, yakni yang mempunyai ciri-ciri yang sama
seperti khuf.
SOLAT DALAM KAPAL TERBANG
Orang berada di atas kapal laut, kapal
terbang, keretapi dan sebagainya, jika ia dapat
turun atau berhenti, wajiblah ia turun atau berhenti
untuk menunaikan solat.
Jika tidak, hendaklah ia menunaikan solat di atas
kenderaan-kenderaan itu jika dibimbangi akan
habis waktu jika ditunggu hingga sampai ke
destinasi.
Semasa mengerjakan solat itu, jika ia dapat/mampu
berdiri wajiblah ia berdiri
Jika tidak mampu –kerana takut terjatuh,
tenggelam, loya, tiada ruang untuk berdiri atau
sebagainya, harus ia melakukannya sambil duduk.
Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah
kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya.
Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari
arah kiblat, dimaafkan. Jika ia tidak mampu
mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap
ke arah mana yang boleh. Begitu juga dengan
rukun-rukun yang lain, hendaklah dilakukan
mengikut kemampuan.
Di dalam kaedah fiqh ada ditegaskan al-
Masyaqqah tajlibu at-Taisir (kepayahan akan
mendapat kemudahan), yakni orang yang dalam
kepayahan diberi kemudahan atau kelonggaran
oleh Syarak.
Dalil bagi kelonggaran tersebut ialah beberapa
hadis Nabi s.a.w., antaranya;
Sabda Nabi s.a.w.; “Hendaklah kamu tunaikan solat
dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan
duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di
atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat”
(HR Imam al-Bukhari dari „Imran bin Hushain r.a.)
Ibnu „Umar r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. pernah
ditanya oleh seorang lelaki; “Bagaimana hendak saya
tunaikan solat di dalam perahu/kapal laut?”. Baginda
menjawab; “Tunaikan dengan berdiri kecuali jika kamu
bimbang akan tenggelam” (HR Imam ad-Daruqutni dan
al-Hakim. Menurut al-Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat;
Faidhul-Qadier, hadis no. 5009).