MODUL BM BEKESAN

download MODUL BM BEKESAN

of 30

Transcript of MODUL BM BEKESAN

MODUL PENULISAN KARANGAN TEKNIK P &P BERKESAN MENGARANG BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

DISAMPAIKAN OLEH: JOEL SOKIAM

Syahadan apa pun pekerjaan yang dikehendaki membuat baku dalam bahasa Melayu, iaitu hendaknya dikeluarkan perkataan dari dalam bahasa Melayu juga, maka diaturkan perkataan itu masing-masing dengan pangkatnya hukum ketentuannya dan masanya, iaitu biar menurut jalan bahasa Melayu supaya jangan masing-masing orang membuat pandainya sendiri, seorang kata begini betul, seorang kata begitu betul, tetapi kedua-duanya salah, kerana masing-masing menjadi hakim atas dirinya dan fahamnya sahaja- Abdulah Munsyi, Hikayat Abdulah

Penskoran Cemerlang

KriteriayPenyampaian jelas dan menarik. yPengolahan idea yang baik. yPelbagai jenis ayat yang gramatis sesuai dengan tajuk. yPenggunaan kosa kata yang meluas. yEjaan dan tanda baca yang betul. yPenyampaian jelas. yPengolahan idea yang baik. yAyat mudah yPenggunaan kosa kata yang sederhana sesuai dengan tajuk. yTerdapat kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak menjejaskan karangan. yPenyampaian isi yang mudah dan ringkas. yKosa kata yang terhad. yBanyak kesalahan ejaan dan tanda baca. yTidak menjawab tugasan yPerkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tajuk. yPenguasaan kem. Tanda baca dan ejaan lemah. y* RUJUK BUKU PENTAFSIRAN LPM 2005

Baik

Memuaskan

Pen. Minimum

SIMBOL PENANDAAN

_______ -F POL / // (

)

Isi Kesalahan isi / isi tidak berkaitan Kesalahan struktur ayat Kesalahan penggunaan kata Kesalahan tanda baca Kesalahan tanda baca berulang Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan berulang Kesalahan imbuhan Kesalahan imbuhan berulang Kesalahan format Pengalaman orang lain Tanda tertinggal bp bilangan perkataan

WACANARUJUKAN: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Muka surat: 1794 Wacana: 1. keseluruhan tutur yang merupakan sesuatu kesatuan, ucapan, pertuturan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan; 3. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (spt pidato,khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen).

1. Wacana berhubung kait dengan makna atau pengertian yang terkandung dalam ayat, perenggan, dan keseluruhan karangan 2. Pembinaan ayat/wacana yang mantap bergantung kepada kemampuan murid menguasai sturuktur ayat, golongan ayat, jenis ayat, dan ragam ayat. 3. Wacana terbentuk hasil tindak balas (interaksi komunikasi) antara teks karangan dengan pembaca. Wacana yang baik amat penting untuk memudahkan pembaca menanggap (memahami) maksud sebenar pengarang. 4. Sesuatu idea boleh dikembangkan dengan pelbagai gaya dan cara, bergantung kepada sentuhan kemahiran dan pengalaman pengarangnya. 5. Pembinaan ayat/wacana paling mudah diperoleh melalui pengalaman penulis lain. Justeru, murid harus banyak membaca dan meneliti pelbagai jenis karangan daripada pelbagai sumber.

Strategi PenulisanPilih tajuk yang sesuai. sesuai. SEBELUM MENULIS Fahami tajuk IdeaIdea-idea (ayat: fokus, keterangan, huraian) Cari idea-idea ideapenting Sediakan kerangka idea

Pendahuluan berkaitan tajuk Satu idea satu perenggan Baiki tulisan yang tidak jelas Semak Imbuhan/ejaan dll

Pastikan ada penutup (merumus ideaidea-idea utama) Gunakan penanda wacana Semak (struktur ayat) Pastikan idea tidak tertinggal

SEMASA MENULIS

SELEPAS MENULIS

1. Perenggan terbina daripada beberapa ayat yang sempurna untuk menghuraikan sesuatu idea/isi penting tentang sesuatu perkara. 2. 3. Perenggan membolehkan penulis mengembangkan sesuatu idea dengan jelas, lancar, dan tersusun. Perenggan terbahagi kepada tiga bahagian atau komponen: perenggan pengenalan, perenggan isi, dan perenggan penutup. Setiap bahagian tersebut mempunyai kandungan dan status ayat yang berbeza sifat dan fungsinya.

1. Teknik pembinaan pendahuluan bergantung kepada kebolehan, gaya, serta kesesuaian latar cerita yang dipilih oleh murid. 2. Perenggan pendahuluan yang lazim umpamanya terbina daripada gabungan tiga komponen ayat: ayat rangsangan, ayat keterangan, dan ayat arah. Tajuk: Lawatan ke Pulau Langkawi AYAT RANGSANGAN AYAT KETERANGAN AYAT ARAH Pulau Langkawi merupakan antara pulau paling menarik di Malaysia. Meskipun kecil, pulau ini kaya dengan keindahan dan kesan sejarah silam. Oleh itu, pihak sekolah kami besepakat memilih Pulau Langkawi sebagai lokasi lawatan pada kali ini.

AYAT ARAH AYAT KETERANGAN AYAT KETERANGAN

Pihak sekolah saya baru sahaja mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Lawatan ini diadakan pada minggu lepas iaitu pada hari Jumaat, 7 Mac 2008. Kami bertolak pada pukul 10.00 malam dan pulang pada pukul 2.00 petang hari Isnin.

Tajuk: Sukan Tahunan di Sekolah Saya TEKNIK HURAIAN Kita amat digalakan bersukan. Hal ini demikian kerana bersukan amat berfaedah. Oleh sebab itu, pihak sekolah saya sentiasa mengadakan sukan tahunan pada setiap tahun. Pihak sekolah saya amat mementingkan kegiatan sukan. Hal ini demikian kerana bersukan amat berfaedah. Oleh sebab itu, temasya sukan tahunan merupakan antara acara rutin sekolah saya. Sukan merupakan aktiviti riadah yang memerlukan tenaga, kemahiran, serta ketangkasan. Aktiviti ini amat berfaedah. Oleh sebab itu, pihak sekolah saya tidak ketinggalan mengadakan temasya sukan pada setiap tahun.

TEKNIK KETERANGAN

TEKNIK DEFINISI

TEMA/TAJUK: Perkelahan di Teluk KemangBinaan ayat dalam perenggan idea/isiAYAT FOKUS AYAT KETERANGAN AYAT HURAIAN AYAT PENUTUP FOKUS Sebenarnya, Teluk Kemang antara pantai perkelahan yang terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini terletak di kilometer 16, Jalan Port Dickson Seremban, bersebelahan Tanjung Tuan. Panorama di sini begitu indah manakala pantainya pula amat bersih dan landai. Situasi ini membolehkan kami bersantai dan bermandi-manda sepuas-puasnya tanpa rasa bimbang dan takut.

PENUTUP KARANGAN

AYAT FOKUS PENUTUP

Memang, lawatan pada kali ini amat menyeronokkan sekali.

AYAT KETERANGAN Kami bukan sahaja terhibur malah terpesona akan keindahan panorama bumi bertuah ini. AYAT PENUTUP KETERANGAN Pulau Langkawi, sesungguhnya, namamu pasti terabadi di hati kami.

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 6Hasil Pembelajaran 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1 i. Menggunakan isi mengikut urutan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. Aras 2 i. Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan pemerengganan yang kohesi. Aras 3 i. Menghubungkaitkan isi utama dengan isi sampingan dengan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheran dan kohesi.

1. Koheran bermaksud kesinambungan atau keterikatan antara ayat dalam perenggan supaya mudah difahami. 2. Kohesi pula bermaksud kepautan, pertautan, atau rantaian yang terjalin antara perenggan dalam sesebuah karangan. 3. Koheran dan kohesi dapat dihasilkan dengan baik melalui penggunaan Frasa Penghubung yang sesuai. 4. Frasa penghubung bermaksud atau rangkai kata yang menghubungkan antara ayat dan antara perenggan. Frasa ini mengandungi beberapa komponen: penanda wacana, kata hubung, dan kata ganti rujukan. 5. Penanda wacana pula ialah perangkai ayat, yakni frasa dalam ayat yang menjadi penanda atau penghubung kepada ayat sebelumnya. Penggunaan penanda wacana menjadikan penghubung antara ayat dan antara perenggan tersusun, berkesinambungan, dan bertaut erat.

Ayat

Subjek (Pelaku) Watak

Predikat (Perlakuan) Kata Kerja Transitif Tak Transitif

KNA Budak itu

KNK Ali

KGND Dia

Memperluas Ayat Ayat Keterangan Sebab Alasan Cara Masa Tempat

BENTUK SOALAN BAHASA MELAYU UPSR 60% Peristiwa persekitaran sekolah Lawatan sambil belajar Hari Anugerah Cemerlang Hari Kantin Hari Perkhemahan Hari Kokurikulum Hari Terbuka Sambutan Hari Guru Hari Kanak-Kanak Majis Persaraan Guru Besar

-

-

Majlis perpisahan Tahun 6 Majlis persaraan Guru Keceriaan sekolah Kehilangan Buku Teks Tidak Hadir Sekolah Rakan sakit Pinjam padang/peralatan sekolah Persediaan menghadapi UPSR Temu ramah Guru Besar Tokoh Murid Guru Disiplin

-

Hari Maulidur- Rasul Perasmian Pusat Sumber/Bangunan Baru Perlawanan persahabatan dengan sekolah jiran Menganjurkan pertandingan di sekolah Suasana Hari Pertama Persekolahan

-

40% peristiwa Persekitaraan Murid/Keluarga pasar malam/pasar tani sambutan hari jadi hobi menghormati ibu bapa & orang tua jaga kebersihan diri, gigi, tempat tinggal faedah berkebun sayur

-

Menziarahi ahli keluarga di hospital Faedah komputer Sambutan perayaan (sebelum & semasa) telefon kenderaan

-

20% Peristiwa Persekitaraan Masyarakat Aktiviti gotong royong Fenomena alam Majlis kenduri Aduan Membantu orang dalam kesusahan Faedah menjaga kemudahan awam Temuramah doktor, polis, ketua kampung

KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN SEBENAR UPSRBil 1 Tahun Tajuk 1995 Kita dapat mengetahui pelbagai cerita aneh dengan membaca buku, mendengar 1a cerita adan menonton televisyen. Tulis sebuah cerita aneh atau ganjil yang kamu tahu. 1995 Kamu telah menyaksikan satu sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan. 1b Tulis sebuah karangan tentang sambutan itu. 1995 Ibu bapa kamu telah menziarahi saudara kamu yang sakit di kampung. Mereka 2 tidak dapat balik ke rumah oleh sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adik kamu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu menyatakan sebab-sebab kamu tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu. 1996 Kita perlu menjaga kesihatan diri dan kawasan tempat tinggal kita setiap masa. 1(a) Tulis cara-cara kamu menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal kamu. 1996 Kita semua digalakkan membaca. 1(b) Tulis faedah-faedah yang boleh kamu dapati daripada membaca. 1996 Rakan kamu telah terpilih sebagai murid cemerlang. Kamu telah berbua-bual 2 dengan dia tentang kejayaannya. Tulis perbualan kamu dengan kawan kamu itu. 1997 1(a) Sekolah kamu telah mengadakan majlis bagi mengenang jasa ibu bapa yang telah mendidik dan mengasuh kamu. Majlis tersebut dinamakan Majlis Mengenang Jasa. Sebagai ketua murid, kamu diminta memberi ucapan pada majlis tersebut. Sediakan ucapan kamu selengkapnya.

2 3

4 5 6

7

8

1997 1(b) 1997 2

Kamu ingin mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang akan diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan ialah Pentingnya Kerjasama di Kalangan Murid. Tulis syarahan kamu selengkapnya. Kamu telah lewat untuk pergi ke sekolah. Kamu masih mahu pergi ke sekolah pada hari itu kerana ada ujian. Ceritakan bagaimana cara kamu pergi ke sekolah dan apa yang kamu lakukan setelah sampai di sekolah. Kamu dan rakan-rakan kamu telah berjaya memasuki pertandingan akhir perbahasan antara sekolah di daerah kamu. Tajuk perbahasan ialahBelajar Secara Kumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian. Sediakan hujah-hujah kamu untuk menyokong atau membangkang tajuk tersebut. Kelas kamu telah mengadakan mesyuarat bertujuan menubuhkan kelab buku. Sebagai setiausaha yang dilantik, kamu diminta menyediakan laporan tentang mesyuarat tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya. Kamu dan keluarga kamu telah pergi menyaksikan satu pesta. Dalam suasana yang sibuk dan sesak dengan orang ramai, kamu telah terpisah daripada keluarga kamu. Ceritakan apa yang akan kamu lakukan pada masa itu. Pada bulan Mei yang lepas, sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Selaku ketua murid, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya. Baru-baru ini kamu telah menerima sepucuk surat daripada rakan lama kamu yang telah berpindah ke sekolah lain. Dia ingin mengetahui persediaan yang telah kamu buat bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini. Balas surat rakan kamu itu dengan menceritakan persediaan yang telah kamu buat untuk menghadapi ujian itu.

9

10

1998 1(a)

11

1998 1(b)

12

1998 2 1999 1(a) 1999 1(b)

13

14

15

1999 2

Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berbasikal ke sekolah. Tiba-tiba kamu ternampak seorang tua terjatuh ketika melintas jalan. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan rakan-rakan kamu ambil untuk membantu orang tua itu. Pada hari Sabtu yang lepas, kamu telah menyertai gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong-royong itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kamu. Kamu telah ditugaskan oleh guru kelas kamu menulis laporan gotong-royong tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya. Persatuan Matematik sekolah kamu akan menganjurkan kuiz Matematik peringka sekolah. Selaku setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon kebenaran menggunakan dewan dan peralatan sekolah. Tulis surat itu sepenuhnya. Kamu dan beberapa orang kawan kamu sedang bermain di padang permainan. Tibatiba kedengaran suara jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan rakan-rakan kamu ambil ketika itu. Sekolah kamu akan mengadakan Hari Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang cemerlang. Ceritakan majlis Hari Penyampaian Hadiah itu.

16

2000 1(a)

17

2000 1(b)

18

2000 2 2001 1(a)

19

21 22 23

2001 2 2002 1(a) 2002 1(b) 2002 2 2003 1(a) 2003 1(b) 2003 2

Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah. Namun demikian, peristiwa itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini. Sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Tulis berita tentang majlis tersebut. Cuti sekolah hampir tiba. Kamu merancang untuk mengadakan suatu aktiviti semasa cuti sekolah nanti. Tuliskan sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mempelawanya menyertai aktiviti tersebut. Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari bahawa dia telah kehilangan wang. Dia tidak mempunyai wang untuk berbelanja dan meminta pertolongan daripada kamu. Ceritakan bagaimana kamu membantunya. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan. Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan. Kawan kamu telah terpilih sebagai peserta terbaik sukan tahunan sekolah. Kamu telah berbualbual tentang kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan kawan kamu itu selengkapnya. Kamu dan kawan-kawan kamu sedang mengikuti kelas kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakan kamu tercedera. Ceritakan pengalaman kamu menghadapi peristiwa itu.

24

25 26

27

Kekerapan karangan yang diujiTAHUN JENIS KARANGAN 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

01 Surat Rasmi 02 Surat Tidak Rasmi03 Ucapan X

X XX

XX

04 Syarahan 05 Perbahasan06 Dialog 07 Temuramah

X X

XX X

X

08 Laporan 09 Berita10 Catatan/Diari 11 Fakta 12 Autobiografi 13 Biografi 14 Keperihalan 15 Perbincangan 16 Gambaran 17 Peribahasa 18 Cerita 19 Menyudahkan Cerita 20 Situasi X

X

X X

X

X X

X

X

X

X X

X

X

X

X

Disediakan oleh : EN. MD YUSRI BIN MD SAID