Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
-
Upload
nor-anisa-musa -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
Transcript of Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
1/12
MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI KEMAHIRAN ASAS GURU DAN GURU
SEBAGAI KAUNSELOR DAN MOTIVATOR DALAM PEMBENTUKAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK.
Oleh:
Nor Anisa Musa
Pendidikan Psikologi, Fakulti Pendidikan
Abstrak
Artikel penyelidikan ini mengumpulkan hasil dapatan kajian ke atas pandangan
guru terhadap kemahiran asas interpersonal dan guru sebagai kaunselor dan motivator
dalam pembentukan akhlak dan memodifikasikan tingkah laku murid. Pandangan
responden diadaptasikan dalam bentuk jadual dan graf bagi membincangkan bilangan
responden dan peratus dapatan. Terdapat juga beberapa cadangan yang dikemukakan
oleh pakar psikologi dan ahli keagamaan. Dapatan kajian menunjukkan peratus setuju
responden adalah lebih tinggi berbanding peratus tidak setuju dan tidak pasti responden.
Pengenalan
Kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman
yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan
mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007). Kesan positif dalam perubahan tingkah laku
amat penting melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Akal pula adalah
neraca dalam menentukan kebaikan dan keburukan. Keistimewaan inilah yang
menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah s.w.t. yang
1
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
2/12
tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang. Dengan panduan wahyu
daripada Allah s.w.t, manusia telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi
ini.
Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antara kemahiran asas interpersonal
ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya dan
penampilan. Mok Soon Sang (2004) pula menyatakan, kecerdasan interpersonal
merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian
memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Bertepatan dengan asas-asas tersebut,
tingkah laku manusia menurut Islam itu ialah berobjektifkan mencapai akhlak yang mulia
sebagaiman Hadis (SAW): Aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia. Oleh itu, apa sahaja kemahiran interaksi sesama manusia yang berakhlak
memerlukan latihan dan amalan yang berterusan sehinggalah sifat insanul kamil sebati
dalam diri seseorang.
Arkes (1982) menyatakan tentang definisi motivasi; ialah those processes that
influence the arousal, strength or direction of behavior. Kaunseling pula adalah
bergantung kepada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi
individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan,
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar. Tingkah laku menurut Al-Ghazali
itu sendiri merupakan penggerak iaitu motivasi. Motivasi itu bersifat dari dalam yang
muncul dari diri manusia sendiri tetapi ia diransang dengan ransangan-ransangan luar dan
dan dalam yang terdorong untuk mengerjakan sesuatu. Selain itu, menurutnya lagi
tingkah laku mengandungi perasaan tertentu dan kesedaran akal terhadap suasana
2
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
3/12
tersebut. Maka wujudlah interaksi terus-menerus selari dengan prinsip-prinsip asas
psikologi dalam pembentukan akhlak yang mulia (Abdul, 2003).
Objektif
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran generik
seorang pendidik dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku murid.
2. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran kaunseling
dan motivator dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku murid.
Sampel
Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tengku
Mahmood Iskandar (1), Pontian. Bilangan guru yang terlibat seramai 36 orang dan dipilih
secara rawak.
Instrumen Dan Pengutipan Data
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada 14 soalan yang
dibahagikan kepada 2 komponen objektif. 7 soalan terdiri daripada keperluan kemahiran
generik seorang guru dan 7 soalan lagi untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap
keperluan kemahiran kaunseling dan motivator terhadap murid.
Kaedah Analisis Data
3
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
4/12
Data yang dianalisis dikumpulkan dengan menggunakan perisian SPSS version 16
dan statistik yang digunakan ialah bilangan responden dan peratus. Skala yang digunakan
ialah setuju dengan skor 2, tidak pasti dengan skor 1 dan tidak setuju dengan skor
0.
Metodologi Kajian
Kajian yang dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan
kajian kuantitatif. Borang soal selidik yang dibina adalah untuk mengenal pasti bilangan
pandangan guru-guru terhadap kemahiran interpersonal dan guru sebagai kaunselor
dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam konteks kajian,
pengkaji akan membuat pentaksiran secara menyeluruh berasaskan data yang diperolehi.
Maka penyelidikan ini adalah bercorak kuantitatif. Manakala teknik mengunakan borang
soal selidik merupakan instrumen yang bertepatan dalam tujuan mengumpulkan dapatan.
Dapatan Kajian Keperluan Kemahiran Intrapersonal Guru dalam Pembentukan
Akhlak Kanak-Kanak.
4
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
5/12
Jadual 1: Pandangan Guru Terhadap Kemahiran Interpersonal Guru dalam pembentukan Akhlak
Graf 1: Keperluan Kemahiran Interpersonal
Bil ItemTidak
setujuTidak pasti Setuju
1.
Guru perlu menunjukkan akhlak yang baik
kepada murid ketika mengajar atau mana-manatempat.
0% 8.3%(3 orang)
91.7%(33 orang)
2.Guru perlu menggunakan bahasa yang baik
supaya tingkah laku murid juga akan menjadi
baik.
0%
2.8%(seorang)
97.2%(35 orang)
3.
Guru perlu meminta penjelasan murid terlebih
dahulu jika murid mendatangkan apa sahaja
permasalahan tingkah laku di dalam mahupun di
luar kelas.
0%8.3%
(3 orang)
91.7%
(33 orang)
4.Guru perlu ada kemahiran memuji terhadap murid
apabila mereka berakhlak mulia untuk peneguhan
positif kepadanya.
0%2.8%
(seorang)
97.2%
(35 orang)
5.Guru perlu memberi salam terlebih dahulu atausenyum apabila bertemu dengan murid di mana-
mana.
5.6%(2 orang)
25.0%(9 orang)
69.4%(25 orang)
6.Murid akan lebih aktif dan bersemangat dalam
pembelajaran jika guru sentiasa memberi nasihat
dan motivasi.
2.8%(seorang)
25.0%(9 orang)
72.2%(26 orang)
7.
Murid seringkali bertanya guru berkenaan
pengetahuan am dan kaitannya dengan agama
kerana menganggap guru sebagai pakar dalam
mana-mana bidang.
2.8%
(seorang)
13.9%
(5 orang)
83.3%
(30 orang)
020
40
60
80
100
120
Guru perlu
menunjukkan
akhlak yang
Baik kepada
murid
Guru perlu
menggunakan
bahasa yang
baik supaya
tingkah laku
murid juga akan
menjadi baik.
Guru perlu
meminta
penjelasan
murid terlebih
dahulu jika
murid
mendatangkan
apa sahaja
permasalahan
Guru perlu ada
kemahiran
memuji
terhadap murid
apabila mereka
berakhlak
Guru perlu
memberi salam
terlebih dahulu
atau senyum
apabila bertemu
dengan murid di
mana-mana.
Murid akan
lebih aktif danbersemangatdalam
pembelajaran
jika guru
sentiasa
beri nasihat
dan motivasi
Murid seringkali
bertanya guru
berkenaan
pengetahuan
am dan
dan kaitannya dengan agama
guru sebagai
pakar dalam
mana-mana
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
5
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
6/12
Jadual 1 dan Graf 1, menunjukkan peratus pandangan responden setuju adalah
tinggi berbanding peratus tidak pasti dan tidak setuju. Keseluruhan peratus setuju adalah
melebihi 60% dan keseluruhan peratus tidak setuju responden adalah kurang dari 6%.
Bilangan responden yang tidak pasti dengan kenyataan item pula menunjukkan hanya
kurang daripada 10 orang.
Dapatan Kajian Keperluan Guru Sebagai Kaunselor dalam pembentukan Akhlak
Jadual 2: Pandangan Guru Terhadap Guru Sebagai Kaunselor dan Motivator
Jadual 2 dan Graf 2 juga menunjukkan peratus responden setuju adalah lebih
tinggi berbanding peratus responden tidak pasti dan tidak setuju iaitu hampir kepada 60%
responden. Bilangan responden tidak setuju pula tidak melebihi 10 orang, manakala
responden yang tidak pasti dengan item yang dikemukakan tidak lebih dari 12 orang.
BilItem
Tidak
setujuTidak pasti Setuju
8. Seorang guru perlu kerap membaca buku-buku ilmiah
dan buku-buku berkaitan keagamaan.0%
5.6%
(2 orang)
94.4%
(34 orang)
9.
Guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan
kepada murid dalam pembentukan akhlak dalam apasahaja bidang tugasan di dalam aktiviti kurikulum,
kokurikulum mahupun hal-hal lain.
0% 0% 100%(36 orang)
10
.Guru perlu sentiasa menyediakan insentif(ganjaran)
untuk peneguhan dalam pembentukan akhlak murid.
8.3
(3 orang)
33.3%
(12 orang)
58.3%
(21 orang)
11
.
Guru perlu menggunakan kaedah kaunseling ketika
menasihati murid yang bermasalah tingkah laku dan
pembelajaran.
0%5.6%
(2 orang)
94.4%
(34 orang)
12
.Kesabaran dan semangat guru sentiasa teguh untuk
membina akhlak dan sikap murid.0%
19.4%
(7 orang)
80.6%
(29 orang)
13.
Bagi murid yang mempunyai masalah tingkah lakudan pembelajaran, motivasi intrinsik dan extrinsik
untuk menjadi insanul kamil perlu datang daripada
sekolah.
16.7%(6 orang)
16.7%(6 orang)
66.7%(24 orang)
14
.Kemahiran interpersonal guru boleh mempengaruhi
tingkah laku dan sifat baik murid.0%
11.1%
(4 orang)
88.9%
(32 orang)
6
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
7/12
Terdapat juga item yang kesemua 36 responden setuju iaitu item 9 yang menyatakan
Guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan kepada murid dalam pembentukan
akhlak dalam apa sahaja bidang tugasan di dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum
mahupun hal-hal lain.
Cadangan
Sebagai guru yang bijak berkomunikasi dan mempunyai kemahiran mendengar
yang baik ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap.
Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong
mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Melalui sumbang saran dan memberi
laluan giliran mereka bercakap hendaklah ditunjukkan rasa minat kepada apa yang
sedang dipercakapkan (Fadzilah dan Ahmad, 2007). Hadis (SAW) menyatakan:
Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutkanlah kejahatan dengan
kebaikan supaya ia menghapuskannya dan layanilah manusia dengan akhlak yang baik.
Oleh itu, untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi,
gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan
jangan sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).
Menurut Sarina dan Yusmini (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri
dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan, emosi dan
pemikiran. Kaedah ini juga memudahkan murid memperolehi maklumat. Masa dan
pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh itu, kanak-kanak
memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa untuk melakukan perubahan
7
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
8/12
tingkah laku baik yang berterusan melalui pendedahan sifat-sifat dan contoh tauladan
daripada guru. Berikan waktu untuk melihat segala kemungkinan, berpindah dari sikap
dan sifat yang baik kepada yang lebih baik untuk menjana akhlak mereka.
Kanak-kanak biasanya sukar mempunyai jati diri tanpa inspirasi yang konkrit.
Justeru itu, menurut Azhar et. al (2006), pendidik berupaya memupuk dan
memperkayakan kebolehan dan kemampuan orang yang dididiknya. Contoh tauladan
yang baik daripada murid akan jadi lebih cemerlang dan mudah dijangkakan melalui
persiapan dan provokasi orang dewasa. Oleh itu, perspektif yang berbeza harus
diperkenalkan. Budaya, adat, kepercayaan, nilai, norma, institusi dan produk-produk
komuniti yang diturunkan dan diwarisi oleh generasi-generasi memberi impak ke atas
pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).
Menurut Mansur dan Nordinar (2003) pula, keaslian seorang kaunselor boleh
dilihat daripada keadaan spontan dan bersahaja. Justeru itu kaunselor digalakkan
menampilkan nilai diri yang sebenar, tulen dan cara yang disenangi walau pun baru di
peringkat permulaan dalam pembentukan tingkah laku anak muridnya. Kemahiran diri
yang ditonjolkan perlu menarik perhatian, mudah dan senang diterima oleh murid.
Sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai kaunselor dalam
menangani permasalahan anak murid perlulah mengambil kira panduan mengendalikan
sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), terdapat peringkat-
peringkat proses kaunseling yang telah dirumuskan, disimpulkan dan diadaptasikan
secara Islam seperti berikut:
8
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
9/12
4.1 Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan keagamaan dan psikologi
tersendiri yang boleh memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama
iaitu menerima klien seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan
suatu pendekatan awal untuk memulakan sesi pernyataan masalah.
4.2 Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya memerlukan
kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dengan bahasa yang sopan,
memahami serta empati oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah
menyelesaikan masalah klien dalam menentukan rawatan yang perlu mereka jalani.
4.3 Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan klien
hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya bahkan
semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga memberi
ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan sikap, minda
dan emosi yang bermotivasi. Pendedahan kepada tokoh-tokoh Islam mahupun bukan
Islam yang pernah kecundang merupakan suatu langkah alternatif yang boleh
memupuk semangat mereka.
4.4 Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana
membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa hadapan.
Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta penilaian dalam apa
sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan. Muhasabah diri amat
penting dalam tindakan yang pernah mereka ambil dahulu.
9
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
10/12
4.5 Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis
rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja strategi
yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan tingkah lakunya
berdasarkan kehendak-kehendak yang tidak dilarang oleh Islam. Kaunselor juga akan
mewujudkan beberapa unsur kritikal jika terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh
klien dan bagaimana cara mereka mengatasinya.
4.6 Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan oleh
klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima sama ada ia
berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi kaunseling ini
pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan sedemikian
memerlukan.
Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling
mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada kemampuan
guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan berkenaan kaunseling
serta tatacara dan pendekatan Islam juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam
proses kaunseling dan membantu perkembangan psikologi kanak-kanak di sekolah.
Kesimpulan
Keseluruhan pandangan respon terhadap keperluan kemahiran interpersonal serta
guru sebagai kaunselor dan motivator menyatakan bilangan yang positif dan dinilai
secara kuantitatif dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak yang berakhlak. Peratus
10
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
11/12
setuju adalah tinggi berbanding kenyataan tidak pasti dan tidak setuju. Ini menunjukkan
responden berpotensi melakukan sebagaimana pernyataan-pernyataan soal selidik yang
dikemukakan. Andaian bahawa, pandangan respon tentang keperluan-keperluan tersebut
adalah dari pengetahuan agama, common sense, secara semula jadi, melalui kursus-
kursus yang mereka sertai atau merupakan kurikulum yang mereka pelajari di institut-
institut perguruan. Bagaimana pun, terdapat juga kemungkinan amalan tidak selari
dengan sesetengah kenyataan, yang masih belum dikaji kerana sifat dan sikap individu
sukar dieksperimentasi dan dinilai kerana menurut teori Bandura berhubungan dengan
tingkah laku individu adalah dipengaruhi dan bergantung kepada kehendak individu itu
sendiri untuk melakukannya (Arkes, 1982).
Rujukan
Abdul Salam Yussof. 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Guru. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.
Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California:
Wadworth.
Fadzilah Kamsah Dan Ahmad Naim Jaafar. 2007. Tip Menjadi Individu Menarik. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub. 2002. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
11
-
8/14/2019 Modifikasi Tingkah Laku Melalui Kemahiran Asas Guru
12/12
Jas Laile Suzanna Jaafar. 2002.Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Mc Farland. 1965. Psychology And Teaching Second Edition. George G. Harrap & Co.
LTD. London.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim. 2006. Permainan
Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah Edisi Ketiga.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.
Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin. 2003. Proses Kaunseling Edisi
Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Rahil Mahyuddin Dan Habibah Elias. 2007. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan
Edisi Kedua. Karisma Publications Sdn.Bhd. Shah Alam.
Robiah K. Hamzah. 2003. Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Berbudaya Positif.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Shukri Abdullah. (2006). Anakku Bijak Belajar. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Setapak, Kuala Lumpur.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2007).Kaedah Mengajar Dan
Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. WangsaMelawati, Kuala Lumpur.
12