Model pembelajaran tawaf
Transcript of Model pembelajaran tawaf
Tentukan MatlamatKenalpasti ObjektifRancang Aktiviti PengajaranPilih Media PengajaranBina Alat Pengukuran
Laksana PengajaranKaji Semula Instruksi
]
TUGASAN 2 –
Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & WebSEYPUL ASMAL BIN SABOKKI [M20091000234]
SarjanaPengurusan Pendidikan Fakluti Perniagaan da nEkonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Model Reiser & Dick (1996)
Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996.
Perancangan pengajaran :
Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)
1. Mengenalpasti matlamat pengajaran
Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran,
taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah
pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan
pelajaran.
Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat
yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu
matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.
Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, tajuk yang dipilih ialah
Tawaf, dalam bab ibadah haji, matlamat pengajaran ialah pelajar seharusnya
dapat memahami konsep dan cara melaksanakan ibadah Tawaf.
2. Menganalisa pelajar
Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar
menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti
umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk
merancang reka bentuk pengajaran.
]
Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis
pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat
membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran
yang berbeza.
Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar telah dikenalpasti. Di
mana pencapaian pelajar didapati mempunyai tahap dan gaya pembelajaran
yang hampir sama. Pelajar telah mempunyai asas pengetahuan tawaf melalui
pembelajaran lalu. Pelajar juga mempunya tahap literasi penggunaan
komputer dan rangkaian internet yang baik
3. Mengenalpasti objektif
Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat
pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana
objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini
dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.
Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Tawaf ialah
:1ارس . طواففغرتين مثاتاكن .1مثاتاكن روكون طواف ..2مثاتاكن فركارا سنة طواف.3
:2ارس ممهمي كسالهن يغ سريغ دالكوكن سماس.1
منونايكن عبادة طواف حاج دان عمرة. :3ارس
منرغكن ادب سوفن سماس مغرجاكن عبادة.1طواف حاج دان عمرة.
4. Merancang aktiviti pengajaran
Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan
dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk
mencapai hasil pembelajaran.
Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,
persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti
susulan.
Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan
berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang
kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah
]
penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran disediakan bagi
membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran
yang telah ditentukan.
Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
i. Pelajar dibenarkan bersoal-jawab dengan guru tentang tawaf
ii. Pelajar menjawab soalan secara interaktif dalam MS Powerpoint dan
lembaran kerja dari guru.
5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)
Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan
panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan
baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang
sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.
Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya
adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan)
yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk
menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan
bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat pembelajaran.
Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran
bagi Tawaf, media yang digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah
dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan di samping bahan/
slide persembahan yang dibina oleh guru sendiri. Berikut merupakan senarai
bahan/media yang digunakan:
i. Klip video Tawaf. Sumber dari
ii. Animasi pergerakan tawaf-. sumber dari
iii. Slaid MS Powerpoint sebagai BBM yang menerangkan cara membuat
pusingan tawaf. ( Dibina oleh guru )
i. Sebagai set induksi, guru menayangkan ‘klip
video animasi’ berkaitan ibadah tawaf.
ii. Guru membuat penerangan sambil menayangkan
slaid dan animasi tawaf.
iii. Perbincangan kumpulan dan secara kolaboratif.
iv. Pelajar secara berkumpulan mengakses
maklumat berkaitan topik dari internet sebagai
aktiviti pengukuhan.
]
iv. Perisian MS Power point untuk digunakan oleh pelajar menjawab
soalan interaktif. ( Dibina oleh guru )
v. Aktiviti pengukuhan oleh pelajar - secara berpasangan melayari
internet merujuk sumber lain yang berkaitan tajuk. ( Alamat laman
web disediakan oleh guru )
6. Membina alat penilaian
Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang
menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk
membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai
objektif pembelajaran.
Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung
dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian
pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah :
i. Soalan interaktif MS Powerpoint - dijawab secara berpasangan.
ii. Lembaran kerja (soalan dibina oleh guru berpandukan isi pelajaran
yang diajar) - dijawab secara individu.
7. Melaksanakan pengajaran
Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran
yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di
mana pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut
sukatan pelajaran, perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat &
berkesan, satu set alat pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan
kawalan/bimbingan guru yang baik.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Tawaf ini, satu set Skema
Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi
membantu guru menjayakannya.
8. Menyemak semula pengajaran
a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian
/penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari
pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu
untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid.