Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

14
Jurnal Melayu (9)2012: 41-53 Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan Misran Rokimin Zubir Idris Abstrak Dalam budaya masyarakat manusia mana sekalipun membina modal insan adalah bermula dengan membangunkan pemikirannya. Daripadapembangunan pemikiran inilah akan terbangun tamadun sesebuah bangsa tersebut. Sejarah membuktikan tamadun Islam berkembang menerusi wahyu apabila Al-Quran diturunkan. Tamadun Barat pula melalui ilmu retorik oleh para pemikir mereka seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Sementara tamadun Melayu gabungan daripada Al-Quran dan ilmu persuratannya seperti pantun, perbilangan, perumpamaan dan sebagainya. Sebab itu ramai para sarjana berpendapat untuk membangunkan modal insan itu perlu bermula sejak di sekolah hingga ke universiti menerusi ilmu persuratannya. F.R. Leavis umpamanya (1972) menerusi bukunya Education and the University telah menganjurkan bahawa pengkajian ilmu persuratan (kesusasteraan) sepatutnya menjadi pengkajian semua pengetahuan yang diajar di universiti. Hal ini disebabkan bahawa pengkajian kesusasteraan jauh lebih penting demi meninggikan peradaban bangsa daripada pengkajian kejumteraan (vokasional). Selepas daripada itu barulah pembelajaran sains dan teknologi itu disampaikan. Atas alasan tersebut, pendidikan ilmu persuratan perlu diangkat dalam membina modal insan yang berupaya membuka ruang pemikiran yang luas seperti dinyatakan oleh Taib Othman (1994), manusia yang tidak menjadi alat untuk melaksanakan sesuatu, tetapi manusia yang mempunyai pengetahuan melakukannya. Kata Kunci: Modal insan, ilmu persuratan, peradaban, pemikiran, sains dan teknologi. Abstract In any cultures, human capital is developed through the initial building of thinking. With the development of thinking, the civilization of a nation would be further built. History has shown that the Islamic civilization is revealed through Allah's revelation or words in the Al-Quran. The Western civilization is spread through rhetoric knowledge by the western thinkers such as Socrates, Plato and Aristotle. The Malay civilization, however, is expanded through the combination of Al-Quran and the Malay literature such as poem, proverb, idiom and others. Many scholars believe that human capital development should be established from school to university level through the knowledge of literature. F.R. Leavis (1972) in his book Education and the University

Transcript of Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

Page 1: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

Jurnal Melayu (9)2012: 41-53

Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

Misran Rokimin

Zubir Idris

Abstrak

Dalam budaya masyarakat manusia mana sekalipun membina modal insanadalah bermula dengan membangunkan pemikirannya. Daripada pembangunanpemikiran inilah akan terbangun tamadun sesebuah bangsa tersebut. Sejarahmembuktikan tamadun Islam berkembang menerusi wahyu apabila Al-Quranditurunkan. Tamadun Barat pula melalui ilmu retorik oleh para pemikir merekaseperti Socrates, Plato dan Aristotle. Sementara tamadun Melayu gabungandaripada Al-Quran dan ilmu persuratannya seperti pantun, perbilangan,perumpamaan dan sebagainya. Sebab itu ramai para sarjana berpendapatuntuk membangunkan modal insan itu perlu bermula sejak di sekolah hinggake universiti menerusi ilmu persuratannya. F.R. Leavis umpamanya (1972)menerusi bukunya Education and the University telah menganjurkan bahawapengkajian ilmu persuratan (kesusasteraan) sepatutnya menjadi pengkajiansemua pengetahuan yang diajar di universiti. Hal ini disebabkan bahawapengkajian kesusasteraan jauh lebih penting demi meninggikan peradabanbangsa daripada pengkajian kejumteraan (vokasional). Selepas daripada itubarulah pembelajaran sains dan teknologi itu disampaikan. Atas alasan tersebut,pendidikan ilmu persuratan perlu diangkat dalam membina modal insan yangberupaya membuka ruang pemikiran yang luas seperti dinyatakan oleh TaibOthman (1994), manusia yang tidak menjadi alat untuk melaksanakan sesuatu,tetapi manusia yang mempunyai pengetahuan melakukannya.

Kata Kunci: Modal insan, ilmu persuratan, peradaban, pemikiran, sains danteknologi.

Abstract

In any cultures, human capital is developed through the initial building ofthinking. With the development of thinking, the civilization of a nation wouldbe further built. History has shown that the Islamic civilization is revealedthrough Allah's revelation or words in the Al-Quran. The Western civilizationis spread through rhetoric knowledge by the western thinkers such as Socrates,Plato and Aristotle. The Malay civilization, however, is expanded throughthe combination ofAl-Quran and the Malay literature such as poem, proverb,idiom and others. Many scholars believe that human capital developmentshould be established from school to university level through the knowledgeof literature. F.R. Leavis (1972) in his book Education and the University

Page 2: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

42

states that the studies of literature knowledge should be the studies of all otherfield of knowledge taught in the university. The studies of literature are moresignificant than the studies of vokasional in the effort of enhancing the nationcivilization. This is then followed by the studies of science and technology.Science and technology provide the related skills for human to enter certainfields. It is, therefore, the literature or letters education should be elevatedin developing the broad-minded human capital as stated by Taib Othman(1994), who are not the tools of actions but knowledgeable humancapital inperforming actions.

Keywords: human capital, literature/letter knowledge, civilization, thinking,science and technology.

Pendahuluan

Dalam budaya masyarakat manusia mana sekalipun membina modalinsan adalah bermula dengan membangunkan pemikirannya. Daripadapembangunan pemikiran inilah akan terbangun tamadun sesebuahbangsa tersebut. Sejarah membuktikan tamadun Islam berkembangmenerusi wahyu apabila Al-Quran diturunkan. Tamadun Barat pulamelalui ilmu retorik oleh para pemikir mereka seperti Socrates, Platodan Aristotle. Sementara tamadun Melayu gabungan daripada al-Qurandan ilmu persuratannya seperti pantun, perbilangan, perumpamaandan sebagainya. Sebab itu ramai para sarjana berpendapat untukmembangunkanmodal insanituperlubermulasejakdi sekolahhinggakeuniversiti menerusi ilmu persuratannya.F.R.Leavisumpamanya (1972)menerusi bukunya Education and the University telah menganjurkanbahawapengkajianilmupersuratan(kesusasteraan) sepatutnyamenjadipengkajian semua pengetahuan yang diajar di universiti. Ini disebabkanbahawa pengkajian kesusasteraanjauh lebih penting demi meninggikanperadaban bangsa daripada pengkajian kejuraan (vokasional). Selepasdaripada itu barulah pembelajaran sains dan teknologi itu disampaikan.Sainsdan teknologimerupakan bidang kejuraan yang sifatnyamemangmenyediakan kemahiran-kemahirankhas kepada manusia melayakkanmereka untuk memasuki bidang-bidang tertentu. Atas alasan tersebut,pendidikan ilmu persuratan perlu diangkat dalam membina modal insanyang berupaya membuka ruang pemikiran yang luas seperti dinyatakanoleh Taib Othman (1994), manusia yang tidak menjadi alat untukmelaksanakan sesuatu, tetapi manusia yang mempunyai pengetahuanmelakukannya.

Hasil khazanah kesusasteraan Melayu tradisional banyak sekalimerakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan tamadun

Page 3: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

43

bangsa Melayu, sepertimana juga khazanah kesusasteraan dunia yanglain. Pengisian-pengisian di dalamnya merupakan cerminan peradabandan tamadun Melayu, terutama dalam memperkatakan tentangketinggian akal budi bangsanya, yang seterusnya dapat dimanfaatkandalam pembinaan modal insan. Modal insan ini adalah merujuk kepadakeupayaan manusia memaksimumkan kapasiti diri dalam mencapaimatlamat yang terbaik dalam segala aspek kehidupan berlandaskannilai-nilai kemanusiaan yang didapati daripada ajaran Islam.

Salah satu nilai modal insan yang terakam dalam hasil kesusasteraanMelayu tradisional ialah ketaatan kepada pemimpin. Berdasarkankarya-karya tersebut, rakyat disera dan dituntut supaya melaksanakanhak dan kewajipannya untuk mentaati pemimpin. Persekitaranmasyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan sistem feudal telahdimanfaatkan oleh pengarang-pengarang silam dengan menggunakankarya mereka sebagai wahana pendidikan dalam membentuk acuanmasyarakat yang bersahsiah tinggi dan memiliki ciri-ciri modal insanyang cemerlang.

Begitu juga dengan pengarang-pengarang zaman moden, merekamencipta watak-watak yang ditampilkan menerusi novel adalahmanusia unggul yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca. Watak-watak tersebut membawa manfaat kepada manusia lain sama adaperwatakannya yang Islamik, mempunyai ilmu keterampilan dalamberbagai bidang ilmu dan tentu yang paling diharapkan adalah hubunganbaik dengan Allah dan hubungan yang baik juga sesama manusia.

Makalah ini akan membicarakan bagaimana pengarang-pengarangtradisional menerusi syair, pantun, hikayat dan pengarang modenmenerusi novel atau cerpen, mengangkat kepentingan modal insanterhadap negara atau masyarakat sekelilingnya yang boleh memberikanmanfaat kepada manusia sejagat.

Konsep Modal Insan dari Perspektif Islam

Dalam makalah ini hanya menyentuh konsep modal insan dari perspektifIslam. Walaupun dari perspektif Barat pernah diketengahkan olehGary S. Becker (2006), namun penulis hanya menyentuh berdasarkanperspektif yang hampir dengan budaya hidup masyarakat Melayu.Banyak penulisan tentang modal insan ini dikemukakan dalam buku,jurnal, makalah dilihat daripada berbagai perspektif, Islam, Melayudan Barat, namun ia menjuras kepada menghasilkan manusia yangberkualiti dari segi rohani dan jasmani.

Page 4: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

44

Berdasarkan perspektif Islam banyak ayat al-Quran yangmembicarakan insan yang baik di sisi Allah. Dua ayat yang diambilsebagai contoh, pertama ayat 13 Surah al-Hujaratyang bermaksud:

Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari laki-laki danperempuandankamijadikan kamuberbangsa-bangsadanbersuku-sukusupayakamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertakwa. SesungguhnyaAllah maha mengetahuilagi dalam pengetahuannya.

Ayat kedua dara Surah Ali Imran ayat 112 yang bermaksud:

Mereka itu ditimpa kehinaan di mana mereka berada, kecuali dengan tali(agama) dari Allah dan tali (perdamaian) dari manusia.

Inti pati daripada kedua-dua ayat ini manusia yang baik itu adalahpertama insan yang bertakwa iaitu insan yang patuh mengikut ajarandan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Kedua, insan yangmempunyai hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama,keturunan dan warna kulit. Dua ayat di atas (banyak ayat lain lagi) bolehdijadikan landasan ciri-ciri insan yang boleh dijadikan model modalinsan sempurna. Sehubungan dengan itu menurut Zulkifiee Haron etal. (2006) memberikan lima ciri insan yang sempurna yang diteladanidaripada para Rasul iaitu:

1. Berfungsi sebagai abid dan khalifah Allah SWT.2. Manusia perlu menjaga kemuliaan dan menjadi model untuk

manusia lain.

3. Menggunakan keupayaan sebagai cara untuk proses menyerukebaikan dan mencegah kemungkaran.

4. Mengambil pedoman dari pelanggaran kepada ajaran Rasul sertamelakukan kerosakan sebagai sebab untuk mendapat balasan AllahSWT.

5. Pembangunan insan memiliki ciri-ciri muttaqin, syakirin, mukminindan ikhlas.

Demikian menurut perspektif Islam yang menekankan bahawadalam membangunkan modal insan, ilmu agama dan cara hidup Muslimitu perlu dititikberatkan. Justera meskipun seseorang itu mempunyai ilmuduniawi yang unggul seperti seorang doktor, jurutera, arkitek, pengamalundang-undang, usahawan berjaya dan sebagainya pegangan tali agamaitu perlu kuat dan padu agar semuanya akan menjadi tenaga pekerja yangbaik yang diterima oleh Islam.

Page 5: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

45

Teks-teks Zaman Tradisional: Ketaatan RakyatTerhadap Pemimpin dalam Karya Kesusasteraan

Melayu Tradisional

Dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional, raja/sultan digambarkanmenduduki hierarki tertinggi dalam sistem stratifikasi sosial masyarakatMelayu. Raja/sultan dikatakan mempunyai keistimewaan, kuasa, danmenjadi sumber kekuatan dalam menentukan arah tuju kehidupanmasyarakat. Hal ini adalah kerana kepercayaan masyarakat Melayuyang berteraskan bahawa pemimpin mempunyai daulat dan tulah yangmenuntut mereka meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.Hal ini seterusnya menjelaskan dan memberi jaminan betapa rakyatjelata akan sentiasa bersedia bersama-sama dengan pemimpin demimempertahankan institusi pemerintahan yang mereka dukungi.

Waadat di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun sepertiyang dikisahkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telahmemberi implikasi yang penting dalam masyarakat Melayu tradisionaldan seterusnya mendasari corak hidup masyarakat Melayu tradisional.Merajuk kepada waadat tersebut, Mohammad Haji Yusuf mengatakan,"kepatuhan dan ketaatsetiaan manusia Melayu itu menjadi sesuatu yangseakan-akan semula jadi. Selagi wujud sistem raja-rakyat maka selagiitulah berterusan fenomena patuh dan taat setia itu." Sulalatus Salatin adamerakamkan akibat apabila berlakunya perlanggaran terhadap perjanjianyang dimeterai antara raja dan rakyat, yang akan diterima oleh kedua-duabelah pihak sekiranya ingkar terhadap waadat tersebut (Peristiwa SangRajuna Tapa melakukan pembelotan terhadap raja).

Peri pentingnya manusia Melayu taat setia kepada rajanya turutdisentuh dalam kebanyakan karya-karya prosa sejarah Melayu. HikayatHang Tuah misalnya adalah antara epos Melayu yang sangat terkenaldalam mengangkat darjat manusia Melayu yang taat setia kepadapemimpinnya. Pengabdian Hang Tuah sebagai wira yang diangkatdalam hikayat ini dinukilkan sebegitu rupa oleh pengarang lantaranadanya hubungan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Prinsip yangdipegang oleh Hang Tuah yakni "tiada adat hamba Melayu menderhakakepada raja" menunjukkan bahawa raja dipercayai mempunyai daulat,dan seseorang yang menentang raja dapat dianggap sebagai mencabarkedaulatan raja.

Berdasarkan watak Hang Tuah dan Sang Rajuna Tapa itu tadi,maka dapat difahami betapa sifat taat setia rakyat kepada pemimpinnyamenjadi tunjang dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. Konsep

Page 6: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

46

'pantang derhaka' atau dengan makna lain, tidak khianat kepada rajamenjadi satu dogma dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini adalahkerana tertanamnya kepercayaan dalam jiwa orang Melayu bahawa rajamempunyai 'daulat' atau kuasa yang boleh memberi dampak yang besardalam perlakuan sikap masyarakat mereka.

Dalam Kitab Nasihat al-Muluk pula, Imam al-Ghazali mengatakanbahawa semua orang yang beriman wajib mengasihi raja, kerana rajaorang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi pemerintah didunia. Raja yang telah dipilih laksana "bayangan Tuhan di dunia."Sebaliknya, orang tidak haras berasa dengki atau cemburu terhadap segalakeistimewaan yang dimiliki oleh raja. Pemilihan raja atau pemerintahadalah atas kekuasaan Allah SWT dan setiap orang haras menerima sertamematuhi ketentuan Allah SWT Hal berkenaan dinyatakan oleh Imamal-Ghazali seperti yang berikut:

Maka seyogianya bahawa diketahui bahawa barang siapa yang diberi Allah Taalaakan dia akan pangkat kerajaan dan dijadikan akan dia bayang-bayang-Nya dibumi, maka bahawasanya wajiblah atas segala makhluk itu mengasih akan dia.Dan wajib mereka itu mengikut akan dia dan bakti kepadanya. Dan tiada harus

bagi mereka itu dengki akan dia dan membantah akan dia...

Nasihat agar rakyat mematuhi perintah raja turut mendapat perhatianNuraddin al-Raniri dalam Bab III Bustan al-Salatin. Menuratnya, setiaporang wajib (fardu) mengikut perintah raja. Rakyat yang tidak menurutperintah raja dianggap sebagai penderhaka. Sesiapa pun yang menjadipemerintah, hatta seorang yang hamba yang rendah keturunannya,haras diparuhi dan ditaati oleh rakyat. Pandangan Nuraddin al-Raniriini disokong pula dengan petikan beberapa hadis dan kata para ulama.Antara hadis tersebut adalah seperti yang berikut:

Barang siapa mati itu dan tiada diketahuinya dan tiada dikenalnya akan raja padamasanya itu maka sanya ia mati dengan kematian yang derhaka.Dan barang siapa mati tiada pada batang lehernya suatu perjanjian maka matilahia dengan kematian yang derhaka.

Barang siapa berbuat bakti akan raja serasa berbuat bakti akan daku, dan barangsiapa berbuat bakti akan daku serasa ia berbuat bakti akan Allah, maka masuklahia ke dalam syurga. Dan barang siapa berbuat derhaka akan raja maka serasaia derhaka akan daku, dan barang siapa berbuat derhaka akan daku serasa iaderhaka akan Allah Taala, maka masuklah ia ke dalam neraka.

Kupesan bagi kamu dengan takut akan Allah Taala dan kamu dengar barang kataraja kamu, dan ikut oleh kamu akan dia jika ia sahaya yang Habsyi sekalipun(Bustan al-Salatin).

Page 7: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

47

Selain daripada karya-karya yang telah dinyatakan, gambaran rasataat setia rakyat terhadap pemimpin juga diabadikan pengarang dalamsyair-syair perang. Syair Perang Mengkasar misalnya memperlihatkanbagaimana tertanamnya rasa keterikatan taat setia yang tidak berbelahbahagi antara raja dan rakyat. Hal ini dapat dilihat daripada sambutanyang diberikan rakyat kepada pemerintah sebaik-baik sahaja mengetahuiketibaan pihak musuh iaitu Belanda di Makasar. Hal ini dirakamkandalam rangkap-rangkap syair berikut:

Segala ra'jat jang melihatAda jang suka ada jang dahsatSekalian ra'jat berkampung musjawaratMasuk mengadap duli hadrat. (r.41)

Daeng dan Kare masuk ke dalamMengadap duli makota 'alamBerkampunglah segala kaum IslamMenantikan titah Sjahi 'alam. (r.42)

Rangkap-rangkap syair di atas memperlihatkan komitmen yangdiberikan oleh rakyat Makasar kepada sultan mereka. Selurah kalanganrakyat digambarkan telah berkumpul untuk berbincang dengan pemimpinmereka, malah hanya menunggu titah perintah daripada sultan untukbertindak menghadapi pihak musuh. Kesiapsiagaan yang ditunjukkanoleh rakyat Makasar ini menjelaskan betapa utuhnya ikatan taat-setiayang wujud antara raja dan rakyat.

Selain itu, teks juga merungkaikan bahawa adanya ikatan sumpahtaat-setia antara raja dan rakyat telah membekalkan kekuatan dansemangat yang ampuh dalam kalangan pahlawan Makasar dalamperjuangan mereka menentang pihak musuh. Hal ini dapat dilihatberdasarkan beberapa rangkap syair berikut:

Akan sembah Datu' Seri Amar DiradjaPatik pun seorang hamba jang sahadjaTuanku titahkan pada barang kerdjaMohonlah patik memalingkan durdja. (r.63)

Setelah habis sekalian bertjakapSemuanja beratur duduk mengadapKetjil dan besar hatinja tetapKarena anak radja-radja sekalian bertjakap. (r.66)

Page 8: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

48

Dengan sesa'at putus musjawaratBaginda pun kembali beristirahatSetelah berkampung sekalian ra'yatMenantikan titah maka berangkat. (r.158)

Berkandjar itu di hadapan SultanSekalian ra'jat dan pahlawanGembiranja sangat hendak melawanKeraeng Djaranika jang diturutkan. (r.455)

Rangkap-rangkap syair di atas antara lain memperlihatkan akankesediaan rakyat untuk menggempur musuh demi menunjukkan taatsetia yang jitu kepada rajanya. Frasa-frasa seperti "Setelah berkampungsekalian ra'yat ... menantikan titah maka berangkat," "Tuankutitahkan pada barang kerdja ... mohonlah patik memalingkan durdja"memerihalkan bagaimana rakyat jelata pahlawan-pahlawan Makasarmenunjukkan kesediaan mereka untuk berbakti demi menjunjung kasihterhadap rajanya.

Berdasarkan huraian dan contoh-contoh yang telah diberikan, dapatdilihat betapa mengakarnya sifat taat setia yang tertanam antara raja danrakyat. Beberapa konsep yang telah dijelaskan seperti 'waadat', 'pantangderhaka' dan 'daulat' menjadi asas yang kukuh dalam menghubungkan-eratkan hubungan antara kedua-dua golongan ini. Adanya institusi yangakrab antara raja-rakyat ini secara tidak langsung menjadi salah satufaktor yang membantu kepada pembangunan negara yang makmur dansejahtera.

Teks Zaman Moden

Setelah meneliti gambaran modal insan daripada teks-teks tradisionalseperti dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan syair yangdibincangkan di atas, berikut gambaran modal insan yang terdapat dalamkarya kreatif zaman moden. Teks yang dianalisis adalah sebuah novelberjudul Salam Maria karya Fatimah Busu.

Novel Salam Maria dibina daripada cerpen, Perkembalian SeorangMaria Zaitun yang terdapat dalam kumpulan cerpen Al-Isra' (1985).Sebelum itu dengan judul Hijrah telah disiarkan secara bersiri dalammajalah Horizon, Jakarta pada tahun 1982. Watak Maria Zaitun adalahsatu figura yang diambil daripada Maria Zaitun dalam sajak W.S.RendraNyanyian Angsa.

Maria Zaitun ialah watak utama dalam novel Salam Maria yang

Page 9: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

49

menjadi mangsa fitnah oleh masyarakat sekitarnya sebagai pelacur.Fitnah tersebut menjadikan dia manusia yang lebih bertawaduk' kepadaAllah. Untuk mengelakkan daripada teras difitnah dia merantau darisatu tempat ke satu tempat dan jika berkesempatan singgah di masjidyang ditemuinya untuk menunaikan kewajipan terhadap Tuhannya.Tekadnya hanya satu iaitu untuk mengabdikan dirinya terhadap Allahbagi mendapatkan keredaannya.

Pada suatu hari ketika berjalan-jalan di pekan kecil bernamaBeringin, dia bertemu seorang tua yang buta dengan tiga orang gadisbersamanya yang berumur lingkungan belasan tahun. Setelah berkenalan,orang tua buta itu bernama Kimbung Tua dan tiga orang cucunya itubernama Tasnim, Salsabil dan Kaufhar. Kedatangan mereka di pekan kecilitu untuk menuaj akar-akar kayu, dan sayur-sayuran kampung. MariaZaitun meminta kebenaran untuk mengikut mereka pulang ke kampungmereka iaitu kampung Beringin. Kampung ini letaknya tiga kilometermasuk ke dalam hutan dari lebuh raya Timur-Barat. Setelah tinggaldi kampung itu Maria Zaitun memperlihatkan ketokohannya denganmembimbing komuniti kampung itu yang semuanya tinggal di rumahkongsi yang dikosongkan oleh pekerja balak. Maria Zaitun mengajarmereka ilmu fardu ain, fardu kifayah bagi melengkapkan mereka denganilmu akhirat.

Bagi memantapkan sumber ekonomi, Maria Zaitun mendidik merekacara berniaga dengan lebih teratur. Bagi menyediakan infrastraktur dikawasan tempat tinggal, Maria Zaitun berikhtiar menyediakan tandascurah, mengalirkan air dari bukit dengan membina pancuran air yangdibuat dari buluh untuk disalurkanke rumah agar tidakdiganggubinatangbuas. Bagi memudahkan untuk solat berjemaah mereka membina surauserta membina pagar mengelilingi tempat tinggal mereka. Mereka jugadiajar oleh Maria Zaitun menyediakan makanan yang berkhasiat. MariaZaitun amat disanjung dan disayangi oleh komunitinya kerana membawamereka menikmati kehidupan yang sempurna. Setelah kematiannyaakibatsakityangbanyakmenghilangkan darah,komuniti di rumahkongsiyang sudah semakin ramai, benar-benar merasai kehilangannya. Bagimereka Maria Zaitun seorang insan yang baik, tulus ikhlas, berilmu danpandai dalam menguraskan kehidupan seharianmereka sehinggamerekamenjadi manusia yang boleh mengenai Tuhan dan tulis baca.

Berdasarkan sinopsis yang diberikan di atas watak Maria Zaitunseorang yang istimewa. Dia mempunyai hubungan baik dengan Allahdan hubungan baik dengan manusia. Dengan ilmu yang ada padanya diaberjaya merubah masyarakat kampungnya menjadi manusia yang kuatberiman kepadaAllah dan melepaskan mereka daripada kehidupan yang

Page 10: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

50

gelap yang tidak mengetahui selok-belok agama dan kehidupan duniayang perlu menguasai kebolehan membaca dan menulis.

Hubungan Maria Zaitun Dengan Allah

la bermula daripada doanya:

Terimalah taubatku ya Allah ... terimalah taubatku ya Allah. Sesungguhnyaaku benar-benar bertaubat di atas mana-mana jua perbuatan yang melanggarperintah-Mu.Aku benar-benarbertaubat kepada-Mu ya Allah dengan sebenar-benar taubat nasuha. Aku berjanji tidak akan melakukan apa-apa juga yangmelanggarperintahdan larangan-Mu selamahidupkunanti.(Salam Maria: 183).

Untuk mendapatkan keredaan Allah Maria Zaitun sentiasamendampingi Allah dengan banyak mengerjakan amal ibadat daripadaamalan yang wajib sehinggalah amalan sunat. Ia boleh digambarkanseperti Rajah 1 berikut:

Taatkan Rasul

INSAN BERTAQWA

MARIA ZAITUN

Melakukan amalan baik

Solat wajib/sunat

Puasa wajib/sunat

Wirid/zikir Baca al-Quran

RAJAH 1 Hubungan dengan Allah

Rajah 1 menjelaskan gambaran perjalanan hidup seharian MariaZaitun yang sentiasa mendampingi Allah dengan melakukan amalanwajib dan sunat untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah contohwanita yang mempunyai kekuatan dalaman yang berasaha mendekatkandirinya agar menjadi wanita solehah sepertimana yang dituntut Allahsebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas pada awal tulisan iniiaitu, 'sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allahialah mereka yang bertakwa'. Untuk mencapai insan bertakwa itulahmenjadi matlamat hidup Maria Zaitun seperti yang diungkapkannya,'YaAllah, ya Rabbi,' kata Maria Zaitun perlahan-lahan. 'takdirkanlah akanazamku ini. Aku hanya mahu membuktikan bahawa aku benar-benarmenjadi seorang hamba-Mu yang taat yang sentiasa memperbaiki danmenambahkan ibadat untuk-Mu' (Salam Maria, him. 419).

Page 11: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

51

Hubungan Baik Maria Zaitun dengan Manusia

Tugasnya sebagai manusia tidakhanyamelakukan ibadat kepada Allah.Ada tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Maria Zaitun,dengan kemampuan pemikirannya bersungguh-sungguh berusahamembangunkan minda membantu kehidupan masyarakat tempat diatinggal. Sebagai seorang yang berbudi, kerana tidak diterima olehmasyarakat kotayangmenuduhnya seorang pelacur lalutinggal bersamaKimbung Tuadi kampung Beringin, MariaZaitunberasahamembantumasyarakat kampung Hutan Beringin yang begitu jauh ketinggalankehidupan sosial mereka. Maria Zaitun mendidik mereka memahamitentangagama,kepentingan ilmu,menjagakeselamatan dankebersihan,berarasan jual beli dan sebagainya. Dengan sedikit pengetahuan agamayang ada dapatlahdia mendidikmasyarakat kampungtersebut.

Penduduk Hutan Beringin yang merupakan sebuah komuniti kecilterdiri daripada Kimbung Tuayangbuta,tigaorangcucu: Tasnim, Salsabildan Kauthar serta dua orang wanita orang asli Makcik Ijuk, dan MakcikLangdanseorang lagiwanita Makcik Jarah. Bagimembalas budimerekaMariaZaitunbekerjakerasuntukmembantukehidupanorang-orang inidengan keupayaan yangada. Rajah 2berikut memperlihatkan gerak kerjayangdilakukan olehMariaZaitunterhadap komuniti kampung Beringinini.

Hubungan semasa manusia

Maria Zaitun

1. Mengajar Al-Quran/fardu ain/fardu kifayah, menulis dan membacatulisan rumi/jawi.

2. Sifat keusahawanan, berniaga hasil hutan, upah menjahit.3. Penasihat pemakanan, ambil makanan berzat untuk kesihatan boleh

bekerj a/beribadat.4. Agenpembangunan. Menyediakan infrastruktur: pagarrumah, pancuran

air tandas curah dan surau.

5. Kaunselor: memberi nasihat kepada gadis mengandung luar nikah.

RAJAH 2 Hubungan dengan manusia

Lima tugas yang dipikul oleh Maria Zaitun yang dirasakan amatberat dilaksanakan tetapi berkat kesabaran, ketabahannya semuanyadapat dilaksanakan denganjayanya. Ini menyerlahkan lagi watakMaria

Page 12: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

52

Zaitun yang dibina dengan begitu teliti oleh pengarang. Walaupunpada peringkat awal dia menghadapi banyak rintangan tetapi dengankesungguhan akhimya diaberjaya menjadi insan mulia. Bukan itusahajamalahan Maria Zaitun menjadi asetamat penting yang akhimya berjayamerubah kehidupan komuniti tempat dimana diatelah diterima menjadianggotanya.

Manusia berkualiti seperti Maria Zaitun yang bertakwamenyerahkan kehidupannya semata-mata untuk mendapatkan keredaanAllah. Disamping itudiatidak mengabaikan tanggungjawabnya kepadamasyarakat yang perlukan bimbingan. Walaupun dengan ilmu yang terhadnamun Maria Zaitun teras gigih yangmemberi erti kehidupan di duniaini. Jelasnya Maria Zaitun memenuhi konsep modal insan yang dituntutoleh Islam, yang mempunyai ketahanan diri cukup ampuh, memiliki dayaintelektual yang tinggi yang membolehkan dia menabur bakti kepadamasyarakatnya.

Rumusan

Karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional dan moden adalahsatu hasil nukilan masyarakat yang secara langsung menggambarkankebudayaan Melayu dan bertunjangkan Islam, yang sarat dengan nilaietos, pemikiran dan falsafah masyarakat yang menciptanya. Nilai taat-setia kepada pemimpin oleh rakyat adalah antara nilai utama yangdidukung masyarakat Melayu. Tulisan ini telah menjelaskan sikap taatkepada pemimpin ini telah mewujudkan persefahaman dan perpaduanyang kukuh dalam kalangan masyarakat Melayu yang digambarkandalam teks-teks yang dikaji: tradisional dan moden. Pemilikan nilaipositif dan mulia seperti yang ditunjukkan oleh masyarakat yangditeliti ini seharusnya dicontohi, malah dijadikan sebagai teras dalammelahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap Tuhan, pemimpin danmanusiabiasa.Dalamkonteksmasyarakat Malaysiapadahari ini, hal inimenjelaskan betapasikaptaat setiakepadapemerintah dan adil kepadamasyarakatbawahan di sampingmenjagahubunganbaik denganAllahadalahmerupakan satuelemenpentingdalamprosespembinaan modalinsan dansahsiah diriyangbaik, yangseterusnyajadipemangkin dalamproses melahirkan kemakmuran negara, bersesuaian dengan prinsipRukunNegara, yangmenuntutrakyatpercayakepadaTuhan, memberikankesetiaan Kepada RajadanNegara (Rajadanrakyat berpisah tiada) danmenjaga kesopanan dankesusilaan banyak diungkapkan menerusi karya-karya tradisional dan moden.

Page 13: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan

53

Rujukan

Becker, G.S. 2006. Human Capital. http://www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html.

Fatimah Busu. 2004. Salam Maria. Rawang: Absolute Press.Jelani Harun. 2003. Pemikiran AdabKetatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahmud Yunus (t.t.) Tafsir Quran Karim. Singapore: Tawakal Trading.Mohamad HajiYusuf. 1991. HubunganAntaraKelompok: RujukanKepadaBuku

Sejarah Melayu. SARI (Jurnal Bahasa, Kesusasteraan dan KebudayaanMelayu)9(7). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skinner, C. 1963. Syair Perang Mengkasar (The Rhymed Chronicle of theMacassar War) by EntjikAmin. VKI (40).

Zulkiflee Haron et al. (2006). Dakwah para Rasul sebagai model pembangunaninsan menurut Al-Quran. Dim. Ahmad Zaki Ibrahim@Ibrahim et al. (ed.).Presiding Seminar Tamadun Islam tentang Pembangunan Modal Insan.Seminar anjuran Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi PengajianIslam. Universiti Malaya, pada 22 -27 Julai 2006 di Dewan Kuliah Utama,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Page 14: Modal Insan Melayu: Iktibar dari Persuratan