Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
-
Upload
nor-azlin-mohd-rusdin -
Category
Education
-
view
3.081 -
download
13
Transcript of Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
Kesukaran:
Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan
jam analog di kalangan murid Tahun 1.
Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang
melibatkan setengah jam. Ramai murid yang menganggap kedudukan jarum jam
adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah jam.
Contoh soalan:
Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.:
TAJUK: MASA DAN WAKTU
2:30
Penyelesaian yang sepatutnya:
Langkah penyelesaian:
1. Guru menegaskan bahawa apabila jarum minit bergerak, jarum jam juga bergerak
cuma dengan kadar yang lebih perlahan. Pada pukul 2, jarum jam menunjukkan
tepat pada angka 2. Namun apabila jarum minit terus bergerak, jarum jam juga akan
bergerak menghampiri angka 3. Apabila jarum minit menunjukkan setengah iaitu
pada angka 6, jarum jam juga akan berada di tengah-tengah di antara angka 2 dan
angka 3.
2. Untuk membantu murid memahaminya secara konkrit, murid diberi peluang
meneroka sendiri kedudukan jarum jam dan minit bagi waktu yang dinyatakan
dengan memanipulasi jam sebenar yang disediakan oleh guru. Dengan ini murid
dapat melihat adanya perkaitan antara pergerakan jarum minit dan jarum jam.
3. Setelah murid dapat menunjukkan kedudukan jarum jam dan minit yang betul bagi
setiap waktu yang dinyatakan dengan menggunakan jam sebenar, barulah murid
diberikan latih tubi melukis jarum jam dan minit pada muka jam. yang dilukis (Rujuk
Lampiran 4).
LAMPIRAN 4
Lukis jarum jam bagi waktu yang dinyatakan.
2:30 4:30
11:30
7:30 1:30
12:30
5:30 3:30
9:30