Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
-
Upload
shamimi-jamudin -
Category
Documents
-
view
1.465 -
download
8
Transcript of Minggu 9 (sastera) tema, persoalan dan isu penggarapan tema
Disediakan Oleh :-
Nur Shamimi binti Jamudin
Basirah binti Ya‟acob
Norshuhaida binti Masre
Athirahshazana binti Zakaria
Tema
Idea dasar @ persoalan pokok
yang diungkapkanoleh pengkaryabagi mendasari
karyanya.
Dalam upayamengumpulkan,
memilih, menyusun bahan-
bahan bagisesuatu karya, temalah yang
menjadi panduankepada
pengkarya.
Tema sesuatu karyatidak boleh
dinyatakan secaralangsung dengan
jelas tetapidinyatakan melaluiunsur-unsur yang membentuk karya
itu.
Tema sesuatu karyalazimnya dapatdiketahui hanya
sesudah karya itudibaca dan dihayati
seluruhnya.
Banyak perkara yang boleh dijadikan temabagi sesuatu karya, misalnya keadilan,
perjuangan, sejarah, kemiskinan,
kemanusiaan, kehijauan alam dan
sebagainya.
Persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam
sesuatu karya yang adahubungannya dengan
tema.
Wujudnya persoalan-persoalan dalam
sesuatu karya bertujuanmenghidupkan danmemperkukuh tema
yang cubadiketengahkan oleh
pengkarya.
Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.
Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.
Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.
Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi
kehidupan.
Ibu gigih mencari rezeki dan banyak
bergantung kepada Sungai Ceper yang
berfungsi sebagai sumber air kepada
tanaman.
1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.
2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya
3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.
Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar
masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan
majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan,
mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah
perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan
paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura.
Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan
untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan
Jali. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang
kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana
tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan
akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini
telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba
memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam
yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir
membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua
mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan
identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam
untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.
Semangat patriotik iaitu perjuangan
mempertahankan tanah air daripada
cengkaman penjajah.
- Pak Itam beria-ria mengadakan majlis
sambutan hari jadinya semata-mata untuk
berkongsi kisah perjuangannya
mempertahankan tanah air suatu ketika
dahulu sehingga dia keluar masuk penjara
dan kehilangan keluarga demi bangsa dan
tanah air.
1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannyabertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akandialami oleh anak bangsa.Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsaMelayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapatpendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negarasendiri.
3. Persoalan jati diri yang teguh.Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dariusia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.
Cerpen karya Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, muka surat
143 - 152 dimulai dengan cabaran berlawan catur oleh Uj kepada Um. Uj
mendakwa UM telah lama berlatih dengan Ul, Us, Uk dan Ur, tetapi Um
berdalih dia sedang memikirkan ibu yang sakit darah tinggi. Uj mula
menunjukkan amarah kepada Um yang selama ini ditatang bagi minyak
yang penuh. Uj memang mengharapkan Um dengan membangkitkan
kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur bermula di tanah
Arab. Akhirnya Um yang mulanya bersifat dingin menunjukkan minat yang
mendalam. Dalam pada itu Uk mula memasukkan jarum bisikan
menghasut kononnya UM hendak mengambil alih kedudukan Uj. Termakan
cakap Uk, Uj lalu memaksa Um berlawan dengannya. Uj segera mencegah
Um daripada memilih buah catur berwarna putih. Setelah tiga hari tiga
malam, Um berjaya mencemaskan Uj apabila satu demi satu bidak askar
Uj ditawan. Sedang Um meneguk minuman, kedudukan buah catur kota
miliknya dialihkan. Uj sebaliknya menuduh Um cuba menipu. Taktik kotor
Uj berterusan apabila Um terkena semburan asid yang diletak di bawah
meja. Ibu yang sedih dengan perbalahan adik-beradik itu tiba-tiba diserang
angin ahmar. Tuduh-menuduh tercetus tanpa mempedulikan nasihat si ibu.
Walaupun angkara siapa belum dipastikan, keluarga pemain catur itu telah
pun berpecah belah. Perenggan terakhir cerpen mengulangi perenggan
pertama cerpen...
1. Perpecahan ahli keluarga akibat perbalahan
yang berpunca daripada permainan catur.
contoh : Uj dan Um berselisih faham dan saling
mengalahkan antara satu sama lain dalam
permainan catur sehingga mengeruhkan
persaudaraan mereka yang selama ini baik.
2. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.
contoh :salah seorang ahli keluarga meletakkan
asid di bawah meja catur untuk mengenakan Uj
ataupun Um .
1. Sangkaan buruk yang menjadi puncaperbalahan keluarga .
contoh : Uj menyangka Um mahumengalahkannya dalam permainan caturbukti : Abang tahu sekarang , Um sedangbersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkanabang (hal.144)
2. Perabaian terhadap ibu.
Conoth :Uj menyerahkan tanggungjawab untukmerawat ibunya kepada doktor .bukti : Itu tugas doktor untuk memikirkan . Kita sudah ada dua orang doktor keluarga.(hal. 144)
Cerpen “Seorang Yatim dan Ilmu” inimengisahkan tentang Dila seorang siswi yangterlibat dalam sebuah program sukarelawan.Takdir pertemukan Dila dengan sebuah yayasanrumah anak yatim dan di situlah dia mengenalinsan-insan yang berhati mulia yang cubamencari cahaya hidup. Kehadirannya ke sanaakhirnya mendatangkan pelbagai peristiwa yangseringkali tidak diduga. Seorang yatim yang cubamencuri kasih sayang dan mengubah persepsidirinya terhadap kehidupan yang pernah dilalui.
“Anak yatim itu mengajarkan kami tentangkehidupan.”
Nilai kasih sayang antara setiap insan.
- Dila mengikuti sebuah kumpulan
sukarelawan demi melaksanakan hasrat hati
seorang penjaga untuk membantu anak-anak
jagaannya. Menyelami perasaan anak-anak
kecil itu membuatkan Dila lebih menghargai
hidup ini.
Ketabahan dan kegigihan seorang remaja di
usia muda.
Nilai kasih sayang antara seorang kakak
dengan adik-adiknya.
Nilai persahabatan yang erat antara anak-
anak Darul Hikmah.
Cerpen ini menceritakan tentang seorang gadis yang juga merupakan seorang
pelajar, iaitu Sarah yang terpaksa menempuh pelbagai halangan bagi mencapai hasratnya
untuk mengikat tali pernikahan pada usia yang muda. Sepanjang perjalanan pulang ke
kampung sempena menyambut Hari Raya, Sarah teringat kembali peristiwa semasa dia
menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada emak dan ayahnya. Pada mulanya, emak Sarah
tidak bersetuju kerana dia mahukan anaknya habis belajar dan mendapat pekerjaan
terlebih dahulu. Ayahnya pula melarang tegas hasrat Sarah itu kerana tidak mahu Sarah
mengalami hidup susah seperti kakaknya. Akibatnya, Sarah merajuk dan mengasingkan diri
di dalam bilik.
Selepas menunaikan solat zohor, Sarah berdoa bersungguh-sungguh kepada Tuhan
supaya dipermudahkan segala urusan dan semoga hati emak dan ayahnya terbuka menerima
keputusan Sarah. Dia yakin dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan alam rumah
tangga di samping tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan pelajar.
Akhirnya, Sarah selamat menjadi isteri kepada Johan. Majlis akad nikah diadakan
secara sederhana di masjid kampung Sarah. Sarah tidak percaya kerana akhirnya emak dan
ayah bersetuju menerima keputusannya. Kesemua hadirin dan rakan-rakan Sarah
mengucapkan tahniah. Emak Sarah menyampaikan pesanan terakhirnya kepada Johan
supaya menjaga anaknya dengan baik.
Lamunan Sarah terhenti apabila bas yang dinaiki telah sampai ke destinasi, iaitu Kota
Bharu. Hati Sarah menjadi girang apabila suaminya yang tercinta menjemputnya di stesen
bas.
Kepentingan pelajaran dan pendidikan dalam kehidupan
Emak dan ayah Sarah sangat mementingkan pelajaran anaknya. Sebab
itulah mereka menghalang hasrat Sarah untuk berkahwin ketika belajar
kerana takut pelajaran Sarah terganggu dan terhenti.
Contoh:
“Kalau mengandung masa belajar, susahlah nanti. Nanti dah kahwin, mesti
pelajaran pun terganggu. Kan kamu dah tahu peraturan tempat kamu belajar
tu. Mana boleh mengandung lagi masa belajar?” bebel mak.
“Ayah tak nak kamu berhenti belajar sebab ni. Sia-sia belajar dekat enam
tahun tapi pengakhirannya begini. Ayah dan mak tak nak kamu jadi macam
Kak Lang kamu tu, tak nak belajar sebab nak kahwin dengan laki tak ada
kerja tetap. Sekarang anak dah empat pun masih mintak duit dengan mak
kamu tu,” terang ayah panjang lebar dengan nada tegas.
TEMA
Hubungan kasih sayangPerasaan kasih sayang yang kuat dapat dilihat antara Sarah dengan
ibunya. Ibunya sangat menyanyangi Sarah dan berasa sedih untuk
melepaskan anak perempuannya kepada orang lain.
Contoh:
“Terima kasih kerana sudi menerima anak ibu. Insya Allah, ibu
percaya Johan mampu membahagiakan anak ibu. Dia anak yang baik
dan mendengar kata. Hanya dialah seorang saja anak perempuan
yang ibu ada. Jagalah Sarah dan sayangilah dia dengan
sesungguhnya,” pesan ibu kepada Johan.
Penuh emosi Puan Ramlah mengungkap kata. Sehingga menerbitkan
air mata. Sarah terharu. Kucupan ibunya yang hinggap di keningnya
begitu lembut dan tenang.
Tabah menghadapi cabaran
Sarah tabah mengahadapi pelbagai tentangan daripada ibu dan
ayahnya. Walaupun banyak kali ibu dan ayahnya melarang da
berkahwin tetapi Sarah tidak pernah berputus asa untuk
meyakinkan ibu dan ayahnya yang dia sudah mampu memikul
tanggung jawab sebagai seorang isteri.
Contoh:
“Ibu, saya rasa saya nak kahwin” intro anak kedengaran.
“Boleh, nanti dah habis je belajar, teruslah kahwin. Dah ada
orangnya ke?” tanya ibu.
“Dah ada, yang saya cerita kat ibu dulu, tapi saya nak kahwin masa
belajar” sambung lagi.
“Ishh, sabarlah sikit. Biar selesai satu-satu. Kan ada dua tahun lagi
belajar? Kurang-kurangnya, tunggu lah dapat kerja, boleh kumpul
duit. Ibu tak setuju,” kata ibu dengan tegas.
***********************
Tiba-tiba perbualan aku dengan mak ayah beberapa minggu yang
lepas menerjah je dalam benak fikiranku.
“Nak buat kenduri ada duit ke?”
“Kalau mengandung masa belajar, susahlah nanti. Nanti dah kahwin,
mesti pelajaran pun terganggu.
Patuh pada agamaSarah juga berdoa kepada Tuhan selepas solat zohor agar
dilembutkan hati kedua ibu dan ayahnya untuk menerima
keputusannya berkahwin semasa belajar
Contoh :
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Selesai sahaja solat zohor, aku
menadah tangan menghadap Tuhan Yang Esa. Hanya Dia sahaja yang
berkuasa ke atas segala-galanya.
Hubungan persahabatanIkatan persahabatan antara Sarah dan teman-temannya terus erat
walaupun Sarah sudah bergelar isteri kepada Johan. Rakan-rakannya
turut sama menghadiri majlis akad nikah Sarah.
Contoh:
“Tahniah, Sarah.” Ucap teman-temanku. Tersenyum manis Sarah
mendengar ucapan ikhlas dari rakan-rakan seusianya. Dia berterima
kasih kepada semua yang datang menemaninya di waktu itu. Johan
yang berada di sisi hanya diam mengukir senyuman kecil.
Cerpen “Terimalah Taubatku” ini mengisahkan tentangseorang gadis yang menuntut di sebuah institusi pengajiantinggi yang dikelilingi dengan kehidupan yang penuhdengan dugaan dan cabaran. Kehidupan Diuji denganpelbagai dugaan tika diri ingin melakukan penghijrahan dirike arah yang lebih baik. „Mia Qaisara‟, kehidupan yangdahulunya dipenuhi dengan gejala sosial dan bebaspergaulan sana sini. Kini kembali ke pangkal jalan.Bertarung nyawa dengan penyakit yang tidak pernahterlintas di benak fikirannya, kini sedang dilalui. Dia redhadengan ketentuan Illahi dan tidak menyalah takdir yangberlaku ke atasnya. Tetapi hakikat hidup yang perlu dilaluitidak panjang dan kembali kepada yang maha Esa.
“Engkau mengujiku dengan hakikat kematian yang menantiku di penjuru hidup ini”
Kerapuhan naluri remaja yang ingin mencuba
sesuatu baharu akhirnya menjerumuskan
dirinya sendiri ke kancah yang tidak di
sangka menjadi satu titik hitam dalam
hidupnya.
Kegoyahnya prinsip dan nilai insani yang ada
dalam diri yang disebabkan oleh
persekitaran.
Iman seseorang tidak boleh diukur dengan
segulung ijazah yang bakal digenggam.
Keinsafan seorang gadis dalam meneruskan
kehidupan dunia yang hakiki.
Ketabahan dan kegigihan seorang remaja di
ambang usia muda.
Kehidupan seorang mahasiswa yang berhak
memilih sama ada ke arah jalan yang benar
atau sebaliknya.
Pergaulan hidup yang bebas
Kematian yang tidak mengenal usia, masa
dan siapa pun kita di dunia ini.
Pelajar mahu pulang ke pantai timur
Dalam perjalanan melihat kerakusan moral
masyarakat terhadap golongan tua dan
miskin.
Teringat kisah hidup pelajar itu.
Pengkhianatan terhadap ibu.
Kerakusan moral
masyarakat terhadap
golongan tua dan miskin
Nilai
• Nilai moral yang ditunjukkan olehmasyarakat
Pengkhianatan
• Pengkhianatan anak terhadapibunye sendiri
Kasih sayang
• Kasih sayang terhadap sahabat-sahabat