MINDA KAUNSELING BIL 5 (2018) - Universiti Teknologi MARA · Terhadap Penyakit Mental yang...

1
MINDA KAUNSELING BIL 5 (2018) Pusat Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kolej Mawar, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Mental pada 25 April 2018 bertempat di Dewan Mawar Qaseh. Program ini telah dirasmikan oleh Prof DatoDr. Abdullah Mohamed Said, TNC HEP UiTM. Agenda utama dalam program ini memberi perhaan kepada para staf dan pelajar UiTM. Antara lain, objekf program ini diadakan adalah untuk :- Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang konsep kecelaruan mental, punca dan simptom serta langkah-langkah ke arah mental yang sihat. Meningkatkan keprihanan staf dan pelajar tentang isu-isu kesihatan mental di kalangan rakan sekerja dan rakan sebaya. Meningkatkan kesedaran tentang peri penngnya menjaga kesihatan mental. Memupuk kerjasama di kalangan staf dan pelajar dengan Pusat Kerjaya & Kaunseling, pihak kolej serta pihak-pihak lain yang berkaitan. PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Program diisi juga dengan forum bersama 1208 pelajar dengan tajuk Kesedaran Terhadap Isu Kesihatan Mental Di Kalangan Mahasiswa: Peranan Dan Tanggungjawab. Antara panel forum yang terlibat adalah Dr Salina Mohamed, Pakar Psikiatri UiTM Sg. Buloh, Pn Anita Abu Bakar, Presiden MIASA (Mental Awareness & Support Associaon) dan Ustaz Syazwan Jaafar, Imam Masjid Al-Qurtubi, Segambut Kuala Lumpur (Juterapi Psikologi Islam). Program diserikan juga dengan pameran psikologi & kaunseling, Counselling Outreach, Ujian Saringan DASS (Depression, Anxiety & Stress Scale), Psychology Games dan Art Therapy di Ruang Legar Dewan Mawar Qaseh. Terdapat juga pertandingan menghasilkan poster dan muara kata bertemakan Kesihatan Mental. Johan seap kategori menerima hadiah berbentuk wang tunai dan dimenangi Si Nur Ain Zulyda Bin Rosli dan Si Mashieta Bin Kamarudin. Tahniah ! Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Mohamed Soder Rahmad, Ketua Pusat Kerjaya & Kaunseling. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah kepada para staf di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, fakul-fakul di UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Selangor serta Polis Bantuan UiTM. Seramai 147 peserta telah menghadiri slot ceramah ini. Ceramah pertama bertajuk Menangani Sgma Terhadap Penyakit Mental yang disampaikan oleh Dr. Salmi Razali, Pensyarah Kanan Fakul Perubatan UiTM Sg. Buloh dan ceramah kedua bertajuk Memahami Isu-Isu Kesihatan Mental Dan Peranan Kumpulan Sokongan Sosial Dalam Organisasi disampaikan oleh Dr Ruziana Masiran, Pensyarah Jabatan Psikiatri Fakul Perubatan, Universi Putra Malaysia.

Transcript of MINDA KAUNSELING BIL 5 (2018) - Universiti Teknologi MARA · Terhadap Penyakit Mental yang...

MINDA KAUNSELING BIL 5 (2018)

Pusat Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kolej Mawar, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Mental pada 25 April 2018 bertempat di Dewan Mawar Qaseh. Program ini telah dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr. Abdullah Mohamed Said, TNC HEP UiTM. Agenda utama dalam program ini memberi perhatian kepada para staf dan pelajar UiTM. Antara lain, objektif program ini diadakan adalah untuk :-

Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang konsep kecelaruan mental, punca dan simptom serta langkah-langkah ke arah mental yang sihat.

Meningkatkan keprihatinan staf dan pelajar tentang isu-isu kesihatan mental di kalangan rakan sekerja dan rakan sebaya.

Meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya menjaga kesihatan mental.

Memupuk kerjasama di kalangan staf dan pelajar dengan Pusat Kerjaya & Kaunseling, pihak kolej serta pihak-pihak lain yang berkaitan.

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/

Program diisi juga dengan forum bersama 1208 pelajar dengan tajuk Kesedaran Terhadap Isu Kesihatan Mental Di Kalangan Mahasiswa: Peranan Dan Tanggungjawab. Antara panel forum yang terlibat adalah Dr Salina Mohamed, Pakar Psikiatri UiTM Sg. Buloh, Pn Anita Abu Bakar, Presiden MIASA (Mental Awareness & Support Association) dan Ustaz Syazwan Jaafar, Imam Masjid Al-Qurtubi, Segambut Kuala Lumpur (Juterapi Psikologi Islam). Program diserikan juga dengan pameran psikologi & kaunseling, Counselling Outreach, Ujian Saringan DASS (Depression, Anxiety & Stress Scale), Psychology Games dan Art Therapy di Ruang Legar Dewan Mawar Qaseh. Terdapat juga pertandingan menghasilkan poster dan mutiara kata bertemakan Kesihatan Mental. Johan setiap kategori menerima hadiah berbentuk wang tunai dan dimenangi Siti Nur Ain Zulyda Binti Rosli dan Siti Mashieta Binti Kamarudin. Tahniah !

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Mohamed Soder Rahmad, Ketua Pusat Kerjaya & Kaunseling. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah kepada para staf di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, fakulti-fakulti di UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Selangor serta Polis Bantuan UiTM. Seramai 147 peserta telah menghadiri slot ceramah ini. Ceramah pertama bertajuk Menangani Stigma Terhadap Penyakit Mental yang disampaikan oleh Dr. Salmi Razali, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan UiTM Sg. Buloh dan ceramah kedua bertajuk Memahami Isu-Isu Kesihatan Mental Dan Peranan Kumpulan Sokongan Sosial Dalam Organisasi disampaikan oleh Dr Ruziana Masiran, Pensyarah Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.